BAB 9
“Fira...auntie nak ucapkan terima kasih sebab sudi jadi menantu auntie...” ucap Datin Maria
“Auntie harap FIra akan sayangkan Fikri sepenuh hati Fira dan bukan kerana auntie....” pinta Datin Maria
“Auntie jangan risau... Fira janji Fira akan jadi isteri dan menantu yang baik.....” balas Fira
“Terima kasih Fira... auntie nak tanya sikit... Fira sayangkan FIk...???” tanya Datin Maria
Fira hanya tersenyum malu, dan dia hanya membiarkan sahaja pertanyaan Datin Maria. Datin Maria dapat menangkap apa yang terbuku di hati gadis itu.
“kalau macam tu, menangi hati Fik ya...” balas Datin Maria kembali sambil tersenyum.
Fira juga turut tersenyum
.........................................................................
Fikri merasakan sejak akhir-akhir ini, Fira berkelakuan pelik, tidak seperti sebelumnya. Apa yang diarahkan, Fira laksanakannya dengan patuh tanpa banyak bicara. Fikri juga dapat merasakan, sikap Fira yang lebih lemah lembut, manja dan menggoda berbanding sebelum ini.
“kenapa aku rasa kau macam pelik aja sejak akhir-akhir ni...???” tanya Fikri penuh curiga
“apa yang peliknya..? saya rasa biasa saja....” jawab Fira selamba
“ kenapa aku rasa kau macam cuba nak menggoda aku saja gayanya....” duga Fikri
“ tak ada apa yang peliknya... saya Cuma sedang belajar cara-cara nak menyayangi bakal suami saya... itu saja...” jawab Fira sambil tersenyum
Fikri terdiam. Dia terkaku dengan jawapan dan juga senyuman Fira yang dirasakan cukup menawan itu.
“Em.... boleh saya minta tolong sesuatu...?” tanya Fira lembut
“Em... apa dia...?” tanya Fikri kembali
“Tolong jangan guna aku kau dengan saya... gunalah apa sahaja panggilan yang baik, asalkan bukan aku kau... boleh kan..??” pinta Fira kepada Fikri
“Errr....... Ermmmm.... baiklah...” jawab Fikri sambil mengangguk tanda setuju
“ Lagi satu, aku nak ingatkan kau....upssss.... saya nak ingatkan awak, jangan ingat mentang-mentang awak dah jadi isteri saya, saya akan berlembut dengan awak. Syarat-syarat yang saya berikan pada awak tetap awak kena patuhi....” tegas Fikri member peringatan.
Membahasakan diri dengan panggilan ‘saya awak’bukanlah suatu perkara yang susah sangat bagi Fikri.walaupun pada mulanya tersasul. Selama ini pun, dia menggunakan panggilan itu di hadapan orang lain.
“ok bos.... saya tak kisah..” balas Fira sambil tersenyum dan emlangkah keluar dari bilik Fikri.
2 comments:
ei ego betul la mamat tu.huhuhu kesian fira,sabo je la ye.
mmm sabarnyer fira kesian dia
Post a Comment