BAB 18
Sudah seminggu perkara itu berlaku, Fira juga sudah melupakannya. Selepas peristiwa itu juga, Fikri tiada di rumah kerana bertugas di luar kawasan semenanjung selama selama seminggu. Selama itu jugalah Fira tidak bersua muka dengan suaminya itu. Sms dan panggilan telefon juga tidak diterimanya.
Ketika Fira pulang dari kerja, Fikri sudah pun berada di rumah. Sedikit pun Fikri tidak menergurnya. Fira merasa sedih dengan perlakuan Fikri itu, lantas die terus melangkah naik ke bilik. Kenetulan ketika itu, Datin Maria, Datuk Faizal dan Faiz tiada di rumah. Kalau tidak pasti mereka sudah ditegur oleh Datin Maria.
Fira terkejut ketika melihat satu set barangan kemas yang diperbuat daripada mutiara berada di atas katil mereka beserta sekeping kad yang tertulis “untuk isteriku yang ciwek”. Fira tersenyum sendiri menerima hadiah itu. Sedang dia membelek-belek set barangan kemas itu, Fikri masuk ke bilik tersebut.
“awak suka dengan hadiah tu...?” tanya Fikri.
Fira terkejut mendengar pertanyaan itu, lantas dia menoleh dan tersenyum kea rah Fikri.
“saya tak tahu nak beli apa... apa yang aawak suka...saya rasa benda tu cantik, jadi saya ambil aja lah...” jelas Fikri lagi
“Emm...saya suka..terima kasih awak...” balas Fira sambil menuju kea rah Fikri dan memeluknya.
Fikri terkejut dengan perlakuan Fira itu. Dalam tempoh lebih kurang 2 bulan mereka menjadi suami isteri, inilah kali pertama Fira memluknya. Fikri dapat merasakan jantungnya berdegup kencang. Fira yang seakan baru tersedar, terus melepaskan pelukannya itu.
“ Err... awak pergilah bersiap..kita makan kat luar kejap lagi...” arah Fikri kepada Fira . cuba menghilangkan debaran di dada.
Fira hanya mengangguk tanda patuh dengan arahan Fikri itu.
..............................................................
Selesai makan, mereka terus pulang ke rumah. Setiba di rumah, semua ahli keluarga mereka juga telah berada di rumah.
“ kamu berdua dari mana ni...?” tanya datuk faizal kepada anak menantunya itu.
“ kami keluar makan tadi... Fira ni, dia kata malas nak masak...” jawab Fikri seraya melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah papanya.
‘aish..bila masa pula aku malas masak..huh..’ Fira bermonolog sendiri sambil menjengilkan matanya kepada Fikri. Fikri pula hanya membuat muka selamba.
Datin maria yang baru turun, terus menyampuk.
“alah.... apa salahnya kamu bawa Fira makan luar..sekali sekala...lagipun kamu baru balik, tak salah ambil masa berdating dengan isteri sendiri..” balas datin maria menyebelahi menantunya. Fira hanya tersenyum
“ Err..Fira naik atas dulu ye.. belum solat isyak lagi ni...” Fira meminta izin untuk ke biliknya
“ Fik pun nak naik dulu...” beritahu Fikri sambil bangun dan terus menuju ke tingkat atas
..........................................................................
"abang rasakan, ada harapan tak kita nak dapat cucu awal...?” tanya datin maria kepada suaminya
“ish kamu ni..ke situ pula.. kenapa tiba-tiba tanya macam tu..?” soal datuk faizal kembali
“cuba abang tengok budak berdua tu, dah nampak semakin serasi rasanya..lepas saya ubah sikit penampilan Fira tu...” tambah datin maria
“awak ubah apa...? tak payah ubah pun taka pa.. dah memang cantik dah menantu kita tu, macam awak muda-muda dulu..” balas datuk faizal
Datin maria hanya tersenyum mendengar kata-kata suaminya itu.
2 comments:
igt jgk fik kat fira.hehehe
yahooo fik sebenarnya dah mula sayang pada fira :)
Post a Comment