Blogger Layouts

Monday, 27 August 2012

~ CINTAKU UNTUKMU (21-30) ~


BAB 21
“Ibu, nampak Fira tak?” tanya Fikri kepada ibunya yang sedang berehat di tepi kolam ikan bersama papa dan adiknya.
“Tak nampak pula ibu. Kamu berdua dah berbaik ya Fik?” tanya Datin Maria ceria.
Fikri hanya melemparkan senyuman kepada ibunya. Kemudian dia meminta diri untuk mencari isterinya itu.
Fikri melangkah ke dapur, dia ternampak Fira sedang memanjat tangga untuk memetik buah mangga di belakang rumah itu. Segera dia menegur isterinya itu.
“Awak buat apa tu?” tanya Fikri.
Fira yang tersentak mendengar teguran Fikri secara tak sengaja telah terpijak kainnya. Belum sempat Fikri datang kepadanya, dia sudah jatuh terjelepuk ke atas tanah. Lantas Fikri segera mendapatkan isterinya itu.
“Awak tak apa-apa ke?” tanya Fikri cemas.
‘’Okey kot” jawab Fira sambil berusaha untuk bangun.
“Aduh...” aduh Fira sambil terduduk semula menahan sakit.
“Mari sini saya tengok...” pinta Fikri sambil melihat kaki Fira.
“Awak terseliuh ni...” tambah Fikri lagi.
“Itulah, lain kali pakailah seluar. Siapa suruh pakai kain, kan dah jatuh terpijak kain sendiri...” bebel Fikri kepada Fira.
Air mata Fira sudah mula bergenang di tubir mata kerana menahan sakit. Ditambah pula dengan bebelan Fikri. Tetapi hatinya senang mendengar bebelan itu. Dia dapat merasakan keprihatinan Fikri terhadapnya.
“Dahlah tu, jangan nangis. Awak ni ciweklah...” gurau Fikri.
Fira tersenyum mendengar perkataan itu. Fikri lantas mengangkat Fira dan membawanya masuk ke dalam rumah
“Hah Fik, kenapa ni?” tegur Datuk Faizal saat melihat Fikri menggendong Fira masuk ke dalam rumah.
“Fira jatuh kat belakang tadi...” jawab Fikri.
“Macam mana boleh jatuh ni Fira? “ tanya Datin Maria pula. Dia risau dengan keadaan menantu kesayangannya itu.
“Errr... Fira nak ambil buah mangga tadi kat belakang, masa nak turun Fira terpijak kain Fira. Lepas tu terjatuh..” jelas Fira.
“Laa, kenapa tak minta tolong Fik? Kamu ni Fik, kenapa biar Fira buat semua tu sendiri?” bebel Datin Maria kepada Fikri.
Fira hanya tersenyum kelat mendengar bebelan ibu mertuanya itu. Dia menoleh ke arah Fikri. Rasa bersalah kerana membuat suaminya itu dibebelin ibunya. Baru sahaja ingin berbaik, sudah jadi begini.
“Errr! Ibu, Fik bawa Fira pergi klinik dululah ya...” beritahu Fikri seraya ingin melarikan diri dari mendengar leteran ibunya itu.
..............................................................
“Awak, sorry susahkan awak. Sebab saya, ibu marah awak...” ucap Fira memecahkan kesunyian di dalam kereta.
Fikri hanya mendiamkan diri, fokus pada pemanduannya.
“Awak?” panggil Fira dengan air mata yang sudah bergenang.
Dia risau jika Fikri akan kembali seperti tadi. Tidak mahu bercakap dengannya.
“Awak ni, sudahlah tu. Asyik menangis aja. Tengok mata tu, dah sembab...” bebel Fikri.
“Lain kali jangan gatal-gatal panjat pokok ke tangga ke apa ke. Tengok apa dah jadi? Apasal tak panggil saya?” tambah Fikri lagi.
“Saya tak nak susahkan awak...” jawab Fira perlahan.
“Habis, ni tak susahkan saya ke?” tanya Fikri.
Fira hanya tunduk. Sambil menahan sedu. Fikri yang merasakan dirinya sudah tersalah cakap, segera mendiamkan diri dan meneruskan pemanduannya sehingga ke klinik.
.............................................................
Setibanya di rumah.
“Macam mana dengan kaki Fira, Fik?” tanya Datin Maria sebaik sahaja Fikri dan Fira melangkah masuk ke dalam rumah
“Tak ada apa-apa, cuma terseliuh sikit. Doktor dah bagi ubat tahan sakit...” beritahu Fikri sambil memapah Fira masuk.
“Nak kena urut juga ni, baru cepat baik...” tambah Datuk Faizal pula.
“Nanti ibu tolong urutkan kaki Fira ni ya bu. Ibu kan pandai mengurut...” pinta Fikri kepada ibunya
“Ups! Tak boleh. Malam ni, papa dah tempah ibu untuk urut papa..” ucap Datuk Faizal memberi alasan sambil mengenyitkan mata pada isterinya.
“Haah, minta maaflah ye Fik...” ucap Datin Maria pula sambil tersenyum.
“Fik kan pandai mengurut juga, apa guna ada ilmu mengurut yang Fik belajar dari arwah opah dulu , kalau tak di praktikkan...” tambah Datuk Faizal lagi.
Sesungguhnya ibu Datin Maria, arwah opah Fikri pandai mengurut . Datin Maria dan Fikri mempelajarinya dari arwah opahnya itu.
Fikri tidak mampu berkata apa lagi. Fira yang tidak mengerti apa-apa hanya diam.
“Emm, yelah. Fik bawa Fira naik dululah...” beritahu Fikri
.................................................
Di dalam bilik.
“Mari sini kaki awak tu, saya urutkan. Biar cepat baik...” arah Fikri kepada Fira.
Fira serba salah ingin menghulurkan kakinya . Lantas Fikri menarik kaki Fira dan segera menyapukan minyak. Perlahan-lahan dia mengurut kaki isterinya itu. Sesekali terdengar Fira mengaduh kesakitan.
Slow sikitlah awak, sakit...” ucap Fira dengan suara yang seperti nak menangis.
“Kalau slow-slow, macam mana nak baik. Awak ni asyik nangis aja, tak penat eah?” bebel Fikri. Tangannya masih lagi ligat mengurut kaki Fira.
Fira hanya mencebikkan mulutnya.
“Buatlah macam tu, saya cium baru awak tahu... “ gertak Fikri.
Fira yang agak kalut mendengar gertakkan Fikri terus menarik kakinya.
“Ish awak ni, duduk diam-diam boleh tak?” ucap Fikri sambil menarik semula kaki Fira.
Fikri meneruskan urutannya sehingga selesai. Selepas itu, dia menyuruh Fira berehat.
“Dah, awak rehatlah dulu. Doktor dah bagi awak mc 3 hari. Esok saya beritahu Sheqa. Kalau  nak apa-apa beritahu saya, kalau saya tak ada, minta tolong ibu atau sesiapa yang ada kat rumah ni...” pesan Fikri kepada Fira sambil bangun dari katil itu.
“Awak....” panggil Fira lembut.
“Yups,  kenapa? Awak ada nak apa-apa ke?” tanya Fikri lembut.
“Terima kasih awak...” ucap Fira sambil memberikan senyuman manis kepada Fikri.
Fikri turut membalas senyuman itu.
....................................
Di ruang tamu.
“Senang hati saya tengok budak berdua tu dah berbaik bang...” ucap datin Maria kepada suaminya.
“Biasalah hidup berumah tangga ni. Yang penting kena sabar, saling bertolak ansur...” balas Datuk Faizal.
“Saya risau kalau dia orang tak bahagia bang. Maklumlah, kahwin pun sebab kita yang suruh...” tambah Datin Maria lagi.
“Kita doakan ajalah yang terbaik untuk mereka. Saya tengok dia orang ok aja. Kita biarkanlah dia orang berdua sesuaikan diri masing-masing dulu...” balas Datuk Faizal.
“Agaknya harapan saya nak dapat cucu awal pun makin cerahlah jawabnya...” ucap Datin Maria penuh berharap.
“Yang itu, biarlah dulu. Jangan kita paksa budak berdua tu, ada rezeki adalah...” balas Fatuk Faizal pula.
“Kita tak usahlah masuk campur hal rumah tangga mereka. Sebagai ibu bapa , kita cuma boleh nasihat mana yang patut aja. Jangan dipaksa sangat mereka ikut kehendak kita. Cukuplah kita dah suruh mereka ikut kehendak kita untuk berkahwin. Jangan ditambah pula dengan desakan lain lagi...” tambah Datuk Faizal lagi mengingatkan isterinya.
“Ye lah bang, saya harap apa yang kita buat ni betul...” balas Datin Maria kembali.





BAB 22
Selepas 3 hari bercuti, Fira pun kembali bekerja semula.
“Hay, dah sihat kau?” tanya Sheqa sebaik sahaja nampak kelibat Fira.
“Alhamdulilah....” balas Fira pendek sambil tersenyum kepada Sheqa.
“Weyh, kau datang dengan bos kesayangan kau ke tadi?” tanya Sheqa ingin tahu.
“Ish, sibuk betullah kau ni. Mana ada, terserempak sajalah tadi...” balas Fira.
“Asyik terserempak aja tak sudah-sudah...” perli Sheqa.
“Betullah. Ni aku nak bagitahu kau, aku dah tak payah datang awal macam dulu. Aku boleh buat kerja dengan normal sekarang. Hehehe”  beritahu Fira kepada Sheqa dengan riang.
“Kiranya, kau dah berbaik dengan bos kau lah ni ya? Patutlah kau mc hari tu, dia yang tahu dulu. Selalu kan aku yang tahu dulu...” balas Sheqa kembali.
“Kitaorang memang baiklah...” ucap Fira sambil tersenyum.
“Baiklah konon. Macamlah aku tak tahu, kau dengan En. Fikri tu tak sehaluan. Sekarang ni aja kot baru ok. Entah-entah korang ada apa-apa tak?” perli Sheqa sambil mengerdip-ngerdipkan matanya pada FIra
Belum sempat Fira menjawab, Ely telah menegur mereka.
“Eh, you all ni tak ada kerja ke? Bergosip tak sudah...” perli Ely sinis.
Sheqa hanya mencebikkan bibir tanda meluat. Fira pula hanya buat tak tahu.
“Bos you ada tak Fira? I nak jumpa dia!” tanya Ely kasar.
“Aik! Sejak bila Cik Ely pandai nak bertanya dulu ni? Selalu main terjah aja...” perli Fira sinis
“Huh!.”  Ely yang bengang dengan Fira terus melangkah masuk ke bilik Fikri.
Selepas Ely keluar, Fikri memanggil Fira masuk ke biliknya melalui intercom.
“Yer En.Fikri, ada apa-apa yang Encik nak?” tanya Fira lembut sambil tersenyum kepada Fikri.
“Errr...?? ”terpegun seketika Fikri melihat senyuman yang diberikan Fira. Tapi cepat-cepat dia tersedar.
“Err... Tak... Saya cuma nak beritahu, sekejao lagi saya ada meeting kat luar. Tak tahu sampai pukul berapa. Nanti apa-apa hal saya beritahu awak...” jelas Fikri.
“Boleh saya tahu meeting dengan siapa? Dan En. Fikri akan pergi dengan siapa nanti ke sana?” tanya Fira ingin tahu.
“Saya pergi seorang. Meeting tu dekat Hotel Parlimen, dengan wakil  dari syarikat-syarikat yang supplier bahan untuk projek kita nanti...” jelas Fikri lagi.
“Erm, ok. Ada apa-apa lagi yang En.Fikri nak?” tanya Fira minta kepastian sebelum keluar dari bilik itu
‘‘Rasanya tak ada, itu saja.” balas Fikri.
Fira melangkah keluar dari bilik itu.  Senang hatinya apabila mendapat tahu yang Fikri akan keluar seorang tanpa Ely.
...............................................................................
Waktu petang di pejabat.
“Bosanlah, lambat pula nak pukul 5 ni...” jerit Sheqa tiba-tiba.
“Kau buat apa tu wey?” tanya Sheqa kepada Fira. Dilihat Fira begitu leka sekali menghadap skrin komputernya.
‘’Aku tengah baca novel kat blog Penulisan2u ni. Sambil-sambil borak dengan user yang lain dekat chatbox ni...” jelas Fira. Matanya masih tekun menghadap skrin komputernya.
“Patutlah tersenyum sorang-sorang. Kau ni tak ada kerja ke?” tanya Sheqa kembali.
“Tak ada, semua dah siap. Sebab tu aku layan novel  online ni...” balas Fira kembali.
“Fira, jom lepak kat pantry. Sembang-sembang sambil minum petang...” ajak Sheqa seraya bangun dari tempat duduknya.
Fira turut mengekori Sheqa menuju ke pantry.
Sedang mereka menikmati minum petang sambil berbual-bual kosong. Tiba-tiba Sheqa mengutarakan satu soalan yang tidak diduga.
“Weyh,  Fira! Cuba kau bagitahu aku, apa hubungan kau dengan En. Fikri sebenarnya?” pancing Sheqa.
“Hubungan bos dengan p.a lah...” jawab Fira selamba.
“Kau jangan tipu aku, korang bercinta ea?” duga Sheqa.
“Mana ada. Merepek aja kau ni...” jawab Fira cuba menutup rahsia.
“Alah, kalau bercinta pun apa salahnya. Lagipun aku dah banyak kali terserempak korang bersama...” ucap Sheqa pula.
“Ada ke?” balas Sheqa kecut.
“Jangan kelepet lah. Aku ada bukti, kau nak tengok?” gertak Sheqa.
Tiba-tiba telefon bimbit Fira berbunyi. Tertera nama ‘MY HUBBY’ dan gambar Fikri di skrin telefon bimbitnya. Fira kelihatan teragak-agak. Dia membiarkan sahaja telefon itu berbunyi.
“Hah, apasal kau tak angkat? Siap berhubby-hubby lagi. Ni kau kata tak ada apa-apa?”  perli Sheqa lagi.
Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi dan tertera nama pemanggil yang sama. Lantas Sheqa menekan butang ‘ANSWER’ dan ‘LOUDSPEAKER’ pada telefon itu.
“Hello awak?” ucap Fikri setelah panggilannya di jawab.
“Emm, hello....” jawab Fira takut-takut.
“Awak ni kenapa? Ok ke tak? Kenapa tadi saya call tak angkat? Awak kat mana?” tanya Fikri bertubi-tubi
Sheqa hanya menjadi pendengar setia
“Err, sorry awak. Saya kat pantry. Tak perasan tadi. Kenapa awak?” tanya Fira tergagap-gagap.
“Saya nak bagitahu yang saya mungkin tak balik office semula. Meeting saya tak habis lagi ni. Nanti awak balik tumpang papa ye....” beritahu Fikri kepada Fira.
“Emm, ok...” jawab Fira pendek.
“Awak ni ok ke tak?” tanya Fikri tidak puas hati.
“Erm? Saya ok je. Ada apa-apa lagi ke?” tanya Fira kembali. Cuba menutup kegusaran di hati.
“Emm... Lagi satu, nanti fail kat atas meja saya tu, tolong bawa balik. Saya nak buat kerja sikit nanti balik rumah...” pesan Fikri.
Selepas menamatkan perbualan, bertubi-tubi pertanyaan yang keluar dari mulut Sheqa.
“Apa sebenarnya hubungan korang ni? Siap panggil Datuk papa segala. Nak kata adik beradik, aku rasa tak. Nak kata bercinta, mungkin juga. Pasangan kekasih? Tak kanlah sampai duduk serumah. Entah-entah korang ni....” duga Sheqa sambil tersenyum sinis.
“Entah-entah apa? macam-macamlah kau ni...” balas Fira. Dalam hati sudah tak tentu arah mendengar setiap telahan Sheqa tentang hubungannya dengan Fikri.
“Kau orang ni dah kahwin senyap-senyap ke?” duga Sheqa.
Fira hanya membuat tidak faham sahaja dengan pertanyaan itu.
“Baik kau ngaku. Ke kau nak aku tanya sendiri kat En. Fikri?” ugut Sheqa.
‘’Ish,  kau ni. Yela-yela, aku beritahu. Tapi janji tau. Ini rahsia kita berdua...” beritahu Fira. Dia tidak mahu orang lain tahu akan rahsia ini. Dan pastinya dia akan dimarahi Fikri andai kata rahsia mereka ini diketahui oleh orang lain.
“Okey, i promise. Hehehe ” balas Sheqa sambil tersengih kepada Fira.
Fira menceritakan segala yang terjadi kepada Sheqa. Bagaimana dia boleh berkahwin dengan Fikri dan bagaimana hubungannya dengan Fikri.
“Lama juga ye. Dah 3 bulan. Baik betul korang simpan rahsia. Hehehe” balas Sheqa.
Sedang mereka berdua berbual-bual, tiba-tiba Ely muncul.
You all berdua ni tak sudah-sudah bergosip kan. Tadi you all sebut-sebut nama Fikri  kenapa?” tanya Ely ingin tahu.
Mereka hanya buat tidak tahu sahaja dengan pertanyaan Ely itu.
“Mentang-mentang Fik tak ada, seronok you curi tulang ye Fira...” tambah Ely lagi. Dia geram kerana pertanyaannya tidak dijawab. Jadi dia mencari pasal pula dengan Fira. Sememangnya dia amat membenci Fira sejak hari pertama dia bekerja di situ.
“Yang you nak sibuk kenapa Cik Ely? I susahkan you ke? Kalau you nak beritahu En. Fikri atau Datuk pun I tak heranlah...” balas Fira berani.
Sheqa hanya mengangguk tanda menyokong kata-kata temannya itu.
‘‘Huh! Berlagak you sekarang ye Fira. You ingat sekarang you dah pandai bergaya, you boleh dapat Fikri. Fikri tu I punya. Jangan cuba-cuba nak dekati dia...” gertak Ely.
“Ada I kisah? I ni p.a dia, dah confirm-confirm I lagi dekat dengan dia...” balas Fira cuba menyemarakkan kemarahan Ely.
“Betul tu Cik Ely. Cuba Cik Ely tengok, dorang berdua ni memang sepadan. Fira, Fikri... Nama pun dah dekat-dekat...” tambah Sheqa pula sambil tersenyum mengejek.
“Huh! Tak guna betul korang ni...” balas Ely yang sudah mula nak mengamuk. Tangannya ingin dilayangkan ke muka Fira tetapi sempat di tahan oleh Fira.
“Tangan you ni tak layak nak dilayangkan ke muka I yang suci bersih ni...” ucap Fira sinis sambil menepis tangan Ely.
“Dah, jom Sheqa kita bla. Biar perempuan senget ni sorang-sorang...” ucap FIra sambil menarik tangan Sheqa beredar dari situ.
Sheqa hanya mengikut sahaja Fira. Tinggallah Ely seorang diri di situ menahan rasa amarah dan bengang.















BAB 23
Petang itu Fira menumpang bapa mertuanya, Datuk Faizal untuk pulang. Nasib baik Fikri telah memaklumkan papanya terlebih dahulu. Kalau tidak pasti Datuk Faizal curiga.
Ketika Fira pulang, Fikri masih lagi belum pulang. Setelah menyapa ibu mertuanya di halaman rumah, dia terus masuk ke dalam rumah untuk membersihkan diri.
..................................
Ketika Fira keluar dari bilik air, Fikri sudah pun pulang dan berada di dalam bilik itu. Nasib baik Fira sudah siap berpakaian dari dalam bilik air. Muka Fikri kelihatan sedikit tegang.
“Bila awak balik?” tegur Fira sambil tersenyum kepada Fikri.
Fikri tidak menjawab tetapi terus menyoal Fira kembali.
“Awak buat apa kat Ely tadi?” tanya Fikri serius.
“Boleh tak kalau awak tak cari pasal dengan dia?” tambah Fikri lagi.
“Err... Dia mengadu dengan awak ke?” tanya Fira pula.
“Yang awak berani sangat cakap macam tu dekat dia kenapa? Awak memang nak sangat semua orang tahu rahsia kita kan?” berang Fikri.
“Tak, saya cuma bela diri saya je. Dah dia yang cari pasal dulu, saya balaslah balik....” jawab Fira membela diri.
“Sudah!! saya tak nak tahu apa-apa.  Lepas ni jangan nak cari pasal dengan dia. Jangan nak susahkan saya dengan benda-benda macam ni. Saya rimas!!” selepas itu Fikri terus berlalu ke bilik air.
Macam-macam yang Fira rasakan waktu itu. Geram dengan Ely yang mengadu pada Fikri tentang hal itu. Sedih bila Fikri memarahinya kerana Ely. Baru hendak berbaik, begini pula jadinya. Sesungguhnya dia merasa sedih apabila mengenangkan yang Fikri terlalu menyebelahi Ely dari dirinya. Dia tidak tahu sampai bila mereka akan berkeadaan begini.
........................................................
Selepas makan malam, semua orang duduk berkumpul di ruang tamu. Fira pula meminta diri untuk ke bilik. Datin Maria merasa curiga.
“Fik, Fira kenapa monyok aja? Kamu bergaduh lagi ke dengan dia?” tanya Datin Maria.
“Mana ada ibu, dia datang bulan kot...” teka Fikri.
“Datang bulan? Berapa kali nak datang bulan? Bukan baru lepas ke?” tanya Datin Maria lagi.
“Errr... Ermm...” Fikri hilang kata-kata.
“Kamu jangan macam-macam ya Fik...” tegas Datin Maria.
“Fik naik dululah bu, papa. Tengok Fira kejap...” beritahu Fikri seraya ingin melarikan diri. Dia terus berlalu ke tingkat atas.
........................................
Fikri melangkah masuk ke biliknya. Dilihat Fira sedang berbaring di katil dengan keadaan mengerekot. Fikri yang tidak tahu kenapa dia berkeadaan begitu terus menyerangnya dengan kata-kata.
“Awak ni kenapa? Asyik nak buat hal saja. Boleh tak muka tu jangan nak monyok aja. Sebab awak, saya kena leter dengan ibu. Tegur sikit nak buat perangai. Tak kan nak bergaduh lagi? Baru baik kan?!” bebel Fikri.
Fira masih lagi berkeadaan begitu. Fikri hairan dan merasa geram tiba-tiba. Lantas dia mendapatkan Fira.
“Fira!! Awak dengar tak?!” tanya Fikri geram sambil mendapatkan Fira.
Dilihatnya muka Fira pucat, dia sedang menahan kesakitan. Air matanya laju saja mengalir.
“Fira? Awak kenapa ni? Awak ok?” tanya Fikri lembut. Dia risau melihat keadaan Fira begitu
“Saya senggugut... Tolong awak... Sakit sangat..” jawab Fira tergagap-gagap. Tak pernah dia alami senggugut yang sebegitu teruk sekali.
“Err, apa saya nak buat?” tanya Fikri terpinga-pinga.
“Awak tolong ambilkan pil warna pink dalam laci tu dengan losyen mustajab tu sekali...” beritahu Fira dengan air mata yang masih mengalir.
Fikri lantas mengambil pil yang dimaksudkan dan juga losyen mustajab.
Dia membantu Fira bangun. Fira dibiarkan bersandar di kepala katil. Fira masih lagi menangis menahan kesakitan. Fikri memberikan pil dan air kepada Fira.
“Macam mana? Dah ok?” tanya Fikri.
Fira hanya mengangguk. Tangisannya sudah mula reda.
“Err, tak apalah. Awak keluarlah dulu. Nanti saya sapu sendiri losyen tu.” beritahu Fira.
‘’Tak payah. Malas saya nak turun, nanti ibu tanya macam-macam kat saya. Bak sini losyen tu, saya tolong awak. Dah baring, saya tolong...” arah Fikri.
Fikri sudah ingin menyelak baju Fira untuk menyapu losyen dan mengurut perut Fira bagi meredakan kesakitan. Tetapi Fira melarang.
“Err.... Awak nak buat apa ni?” tanya Fira sambil menghalang tangan Fikri dari menyelak bajunya.
“Nak urutlah. Dah jangan banyak soal... “ ucap Fikri lantas menyelak baju Fira. Perlahan-lahan dia menyapu losyen mustajab dan mengurut perut Fira.
“Selalu ke awak senggugut macam ni?” tanya Fikri yang masih lagi mengurut perut Fira.
“Err.... ?” Fira yang terlalu asyik melayan perasaan, terkejut seketika.
“Berangan ke?” tanya Fikri. Fira tidak menjawab. Malah dia mengucapkan terima kasih kepada Fikri
“Awak... Terima kasih ya. Saya minta maaf asyik susahkan awak je...” ucap Fira dengan air mata yang sudah mula mengalir.
Dia terharu dengan apa yang Fikri lakukan. Walaupun marah dan benci kepadanya, Fikri tetap mengambil berat akan dirinya.
“Awak ni nangis lagi. Tak sudah-sudah nangis. Murah betul air mata awak tu ya...” ucap Fikri pula.
“Bagus juga macam ni. Dapat saya tengok dan pegang perut awak yang gebu ni. Hahaha” tambah Fikri lagi dengan ketawa yang kedengaran.
“Erk...” Fira malu dengan kata-kata Fikri itu. Lantas dia menundukkan wajahnya. Mukanya sudah merona merah.
“Kenapa? malu ke? Hahaha..” ucap Fikri lagi
“Esok nak mc ke?” tanya Fikri lagi menukar topik.
“Tak payah kot. Okeylah ni kejap lagi, takkan nak mc lagi. Baru mc kan 3 hari lepas...” beritahu Fira.
“Yelah, suka hati awaklah. Dah lah, pergi tidur. Tidur awal sikit. Lagi satu, jangan sampai ibu tahu yang awak tengah period. Nanti kantoi pula, kena bebel lagi dengan ibu...” pesan Fikri.  Lantas menyudahkan apa yang patut.
Malam itu Fira tidur dengan hati yang riang. Kadangkala  dia tidak faham dengan sikap Fikri yang ada kalanya terlalu bengkeng dengannya dan adakalanya terlalu mengambil berat.





BAB 24
Hari ke hari hubungan Fira dan Fikri bertambah baik. Walaupun kadangkala sikap Fikri kasar kepada Fira. Fira sedaya upaya ingin menjadi isteri yang baik kepada Fikri. Dia tidak mahu Fikri marah kepadanya seperti yang terjadi sebelum ini.
“Fira, Kak Yati ni. Datuk nak jumpa Fira dengan En. Fikri sekarang...” beritahu Haryati, setiausaha Datuk Faizal  kepada Fira melalui intercom.
“Ok kak, terima kasih...” ucap Fira
Fira melangkah ke bilik Fikri.
Tok..tok...tok..
Fira masuk setelah diarahkan oleh Fikri.
“Yups, kenapa?” tanya Fikri.
“Papa nak jumpa awak dengan saya...” beritahu Fira kepada Fikri.
“Ada apa papa nak jumpa?” tanya Fikri ingin tahu.
“Tak tahu” jawab Fira pendek.
Kemudian mereka beriringan menuju ke bilik Datuk Faizal.
Tok..tok..tok..
Mereka melangkah masuk setelah diarahkan.
“Kunci pintu sekali...” arah Datuk Faizal.
“Papa ada benda nak beritahu ni...” ucap Datuk Faizal memulakan bicara.
Fira dan Fikri hanya mendengar dengan teliti
“Sebenarnya papa nak beritahu, yang Fik kena bertugas di luar selama sebulan. Papa nak minta Fik pantau projek kita kat Kuching...” beritahu Datuk Faizal.
“Fik akan pergi seorang ke?” tanya Fikri meminta kepastian dari papanya.
“Tak, kamu akan pergi dengan Syafiq...” beritahu Datuk Faizal lagi.
“Tapi perlu ke Fik pergi sekali pa?Lagipun ni bukan tugas Fik...” tanya Fikri.
“Sepatutnya papa. Tapi oleh sebab Fik yang akan ambil alih syarikat ni, papa minta Fik pergi. Boleh kan? Atau sebenarnya Fik berat hati nak tinggalkan Fira?” duga Datuk Faizal.
“Baiklah Fik setuju. Tapi apa kena mengena dengan Fira dalam hal ni?” tanya Fikri lagi.
Fira pula sedari tadi hanya mendiamkan diri
“Fira kan isteri kamu. Fik nak tinggalkan dia kat sini ke selama sebulan?” tanya Datuk Faizal
“Fira, kalau kamu nak ikut Fik sekali, pergilah. Boleh honeymoon sekali...” ucap Datuk Faizal sambil tersenyum.
“Err... kalau Fik bagi, Fira tak ada hal...” jawab Fira tergagap-gagap.
“Tak payahlah. Kalau Fira pergi, nanti apa kata staf lain? Lagipun Syafiq ada sekali. Nanti dia curiga pula. Lagipun perkahwinan kami kan masih lagi rahsia...” balas Fikri.
“Biar sajalah dia dekat sini. Nanti kalau ada orang cari senang...” tambah Fikri lagi.
“ Emm, kamu ok ke Fira?” tanya Datuk Faizal.
“Erm, ok je pa. Betul juga kata Fik tu...” balas Fira, walaupun dalam hatinya sedih.
“Bila Fik kena bertolak pa?” tanya Fikri.
“Sabtu ni...” jawab Datuk Faizal.
Maknanya ada lebih kurang 2 hari saja lagi sebelum Fikri bertolak ke Kuching.
................................................
Sehari sebelum bertolak ke Kuching.
“Nanti awak tak ada, mesti saya rindu...” ucap Fira perlahan sambil mengemaskan pakaian Fikri untuk ke sana.
“Apa?” tanya Fikri seolah-olah tidak mendengar ungkapan Fira itu.
“Emm?? Tak ada apa-apalah...” jawab Fira terkejut.
‘‘Baik cakap!” desak Fikri.
“Tak.... Err... Saya cakap, nanti awak tak ada macam mana saya nak pergi kerja?” balas Fira.
“Tumpanglah papa. Naik teksi ke. Tak pun bawa aja kereta saya tu...” balas Fikri kembali
“Saya mana ada lesen....” beritahu Fira.
“Tak ada lesen pergilah ambil lesen...” balas Fikri bersahaja.
“Erm, awak... Nanti dekat sana, jangan lupa telefon saya ya. Tak pun mesej ke...” balas Fira sambil tersenyum mesra kepada Fikri.
“Tengoklah kalau saya rajin....” balas Fikri selamba sambil melangkah keluar dari bilik itu.
Fira meneruskan tugasnya mengemas pakaian Fikri
....................................................................
Sudah seminggu Fikri berada di Kuching, tiada satu mesej dan panggilan pun yang diterima Fira dari Fikri. Tetapi Fikri ada pula menghubungi ibunya, sedangkan Fira dibiarkan sepi tanpa berita. Apabila ditanya, Fira berbohong kepada Datin Maria. Ingin dihubungi Fikri, dia takut Fikri marah, jadi dia juga senyap sahaja.
Malam itu, tanpa diduga Fira telah menerima panggilan telefon dari Fikri. Gembira hatinya tetapi dia berpura-pura merajuk dengan Fikri. Sengaja ingin diduganya.
“Hello, assalamualaikum...” ucap Fikri apabila panggilannya dijawab.
“Waalaikummussalam....” jawab Fira kembali.
“Awak sihat ke? Dah makan?” tanya Fikri, rindu benar dia akan suara itu. Tetapi kerana ego dia menyembunyikan perasaannya itu.
“Entah. Baru nak ingat saya ke? Buat apa telefon? ” balas Fira yang konon-kononnya merajuk.
“Awak ni kenapa? Nak buat hal?” tanya Fikri geram.
“Merajuk...” jawab Fira pendek
“Tak nak cakap dengan saya kan? Nak sangat merajuk. Silakan...”
Pap..!! Fikri mematikan talian. Bukan niat dia ingin buat begitu kepada Fira tetapi egonya yang mendorong dia buat begitu.
‘Erk.... Dia letak telefon. Sampai hati betul. Nak merajuk sikit pun tak boleh.’ gumam Fira di dalam hati.
Lantas Fira menelefon Fikri kembali, tetapi Fikri tidak menjawabnya. Setelah puas menelefon beberapa kali, akhirnya Fira mengalah. Dia mengambil keputusan untuk menghantar mesej kepada Fikri.
“Awak, saya  minta maaf ya. Janganlah marah dengan saya. Saya cuma nak merajuk sikit-sikit aja. Tapi kalau awak tak suka tak apalah. Saya mengalah demi awak. I miss u so much. please reply my message. =)”
Fira menghantar mesej kepada Fikri
Fikri tersenyum membaca mesej daripada Fira. Ingin sahaja dia membalas semula mesej itu dan menyatakan yang dia juga merindui Fira, tetapi egonya menghalang semua itu. Dia membiarkan sahaja mesej itu tidak berbalas.
Fira menanti balasan mesej dari Fikri sehingga tertidur.
.........................
Keesokkan harinya, Fira menghantar lagi mesej kepada Fikri dengan ucapan “Selamat pagi. =)”, begitu juga pada waktu tengahari dan malam. Tapi satu mesej pun tidak dibalas Fikri.
Selepas tiga hari berturut-turut Fira menghantar meseg yang sama, barulah Fikri membalasnya. Riang hati Fira menerima mesej dari Fikri.
Tak penat ke hari-hari mesej? Bukan saya balas pun.”
“Tak. Saya tahu awak mesti balas punya nanti.”
“Kalau saya tak balas? Awak nak buat apa?”
“Saya call lah awak.”
“Kalau saya tak angkat?”
“Saya mesej lagi. Sampai awak balas.”
“Suka hati awaklah. Saya tak ada awak mengular ya? Dah-dah, pergi buat kerja.”
“=p”
Fikri tersenyum menerima mesej terakhir Fira itu. Seronok juga bermesej rupanya. Ucap Fikri di dalam hati.
Syafiq yang melihat Fikri tersenyum sendirian, lantas menegur.
“Aik bos... Senyum sorang-sorang ni kenapa? Mesej dengan siapa tu?” tegur Syafiq.
‘BOS’ itulah panggilan yang digunakan oleh Syafiq kepada Fikri.
“Hah? Mana ada...” jawab Fikri. Dia terkejut mendengar teguran Syafiq itu. Dia tidak perasan yang Syafiq memerhatinya sedari tadi.
“Ye lah tu. Dari tadi aku tengok kau dengan handset tak sudah-sudah. Dah berkenan dengan mana-mana awek kat sini ke?” duga Syafiq.
“Macam-macamlah kau ni. Dahlah jom pergi lawat site...” balas Fikri  cuba mengubah topic.
........................
“Wah, yang kau tersenyum sorang-sorang ni kenapa?” tanya Sheqa tiba-tiba.
“Tak ada apa-apa. Fikri balas mesej aku akhirnya...” jawab Fira riang.
“Patutlah. Macam orang bercinta pula dah aku tengok. Hahaha” balas Sheqa.
“Bercinta? Hahaha Tak salah pun kan suami isteri bercinta... “ balas Fira pula.
Boleh dikatakan setiap hari Fira menghantar mesej kepada Fikri. Kadangkala Fikri membalasnya, kadangkala dia hanya senyap sahaja. Walaupun Fikri tidak menelefonnya, sekurang-kurangnya dengan bermesej dapat juga mengubati kerinduannya pada Fikri.
Masuk hari ni sudah 3 hari Fikri tidak membalas mesej Fira. Tidak ketahuan juga Fira dibuatnya. Tiba-tiba dia menerima panggilan dari Fikri.
“Awak....!” jawab Fira ceria. Dia sedikit teruja menerima panggilan daripada Fikri.
“Assalamualaikum...” Fikri memberi salam.
“Err, waalaikummussalam...” jawab Fira termalu sendiri.
“Pandai pun. Kot ya pun excited sangat, janganlah lupa nak beri salam...” perli Fikri.
“Mana ada...” balas Fira pendek.
“Kenapa tak balas mesej-mesej saya?” tanya Fira pula.
“Malas. Penat nak taip mesej “ jawab Fikri selamba.
“Emm...” itu sahaja yang keluar dari mulut Fira.
‘’Kenapa? Tak suka saya call ke?” duga Fikri.
“Emm, .tak lah. Kalau mesej kan lagi jimat...” jawab Fira.
“Suka hati sayalah. Kredit saya...” balas Fikri selamba. Tiada kemesraan langsung.
“Ye lah... ” jawab Fira pendek.
“Jangan nak buat hal ya...” ucap Fikri apabila dia merasakan antonasi suara Fira berubah.
“Okeylah, nak tidur. Saja je call. Saya tahu awak rindu nak dengar suara saya kan. Okey night...” ucap Fikri sambil mematikan telefon.
Tak sempat Fira membalasnya. Tetapi terubat juga rindunya ketika mendengar suara Fikri. Begitu juga dengan Fikri.

















BAB 25
Hari ini genap sebulan Fikri bertugas di Kuching. Dia telah memaklumkan kepada Fira yang dia akan pulang pada hari itu. Fikri telah meminta Fira memasakkan untuknya. Buat kali pertama Fira akan masak untuk Fikri. Dia sangat teruja. Fira telah menanyakan ibu mertuanya berkenaan makanan kegemaran Fikri. Datin Maria telah membantu Fira. Senang hatinya melihat anak dan menantu kesayangannya bahagia. Walaupun dia tidak tahu jelas tentang situasi mereka berdua.
Fira menyambut kepulangan Fikri dengan wajah yang ceria. Dia hanya menanti Fikri di rumah bersama dengan yang lainnya.
“Assalamualaikum...” ucap Fikri sesampai saja di muka pintu. Dia terus menyalami kedua ibu bapanya. Kemudian Fira mendapatkan Fikri dan mencium tangannya.
“Siti, tolong bawa beg  Fikri ke atas...” arah Datin Maria kepada pembantu rumah mereka.
“Fira ajak Fik makan. Lepas makan baru naik berehat...” tambah Datin Maria lagi
Fira hanya menurut sahaja arahan ibu mertuanya itu.
“Ibu dan papa tak makan sekali ke?” tanya Fikri.
“Kamu makanlah dulu. Tak apa kami bagi can...” balas Datuk Faizal sambil tersenyum.
..................................
Di ruang makan.
“Awak, ni saya dah masakkan makanan kesukaan awak....” ucap Fira sambil mencedokkan lauk yang dimasaknya ke dalam pinggan Fikri.
“Sedap tak? Kalau tak sedap saya tak nak...” balas Fikri selamba.
“Cubalah dulu, baru tahu...” balas Fira kembali sambil tersenyum.
Buat pertama kalinya, Fikri makan masakan Fira. Fira menanti penuh debaran komen-komen yang bakal keluar dari mulut Fikri. Sehingga selesai makan, Fikri masih lagi tidak memberikan sebarang komen. Akhirnya Fira sendiri yang bertanyakan kepada Fikri.
“Awak, macam mana? Sedap kan?” tanya Fira sambil tersenyum.
“Sedap? Entah, saya rasa biasa aja...” balas Fikri bersahaja.
“Ye lah tu. Awak makan sampai licin, maknanya sedaplah kan? Kan?” duga Fira sambil tersenyum mengejek.
“Licin sebab saya tengah lapar. Bukan sebab sedap....” ucap Fikri bersahaja sambil bangun dari tempat duduk. Kemudian dia melangkah ke bilik untuk membersihkan diri dan berehat.
Fira pula mengemaskan meja makan, kemudian dia juga menuruti Fikri ke bilik.
.............................
“Awak, betul ke tak sedap saya masak tadi?” tanya Fira tidak berpuas hati, sambil tangannya ligat mengeluarkan pakaian dari beg pakaian yang dibawa Fikri.
“Entah, Tak tahu. Dah lah nak tidur. Penat. Jangan lupa matikan lampu...” ucap Fikri kemudian dia merebahkan diri untuk tidur.
Selesai mengemaskan pakaian-pakaian Fikri, Fira mematikan lampu dan menuju ke tempat tidur.
“Awak? Dah tidur ke?” panggil Fira perlahan.
Tiada sebarang jawapan dari Fikri. Kemudian Fira merebahkan diri di sebelah Fikri dan meletakkan bantal peluk di tengah seperti biasa.
Baru Fira ingin melelapkan mata, tiba-tiba dia terasa ada orang mencampakkan bantal di sebelahnya. Kemudian dia merasakan ada tangan yang melingkari pinggangnya. Fira terjerit kecil lerana terkejut.
“Mak..!!” Fira terjerit kecil.
“Shhhh....!! Jangan bising. Saya bukan mak, saya Fikri...” bisik Fikri perlahan.
Fikri menarik Fira ke dalam pelukannya. Fira cuba melepaskan pelukan Fikri.
“Err... Awak nak buat apa ni? Saya cuti. Awak jangan macam-macam...” ucap Fira tergagap-gagap sambil cuba melepaskan pelukan Fikri.
“Saya tak kata pun nak buat apa-apa kat awak...” ucap Fikri pula. Pelukkannya semakin erat, sehingga mukanya berada setengah inci sahaja dari Fira.
Fira masih lagi cuba untuk membebaskan diri dari pelukan Fikri.
“Baik awak diam-diam sahaja. Kalau tak, saya buat lebih dari ni...” ugut Fikri perlahan di telinga Fira.
Fira akhirnya mengalah. Dia  membiarkan sahaja Fikri memeluknya.
“Saya rindu awak. Thanks sebab masak untuk saya tadi. Sedap...” ucap Fikri lembut.
Fira hanya terkaku mendengar ucapan itu. Akhirnya perlahan-lahan tangannya merangkul Fikri. Malam itu dia tidur dengan lena. Sememangnya kedua-duanya saling merindui. Tetapi Fikri yang ego, menyebabkan dia menolak perasaannya.
........................................................................
Fikri tersedar apabila jam loceng berbunyi. Rangkulan Fira padanya menyukarkan dia untuk bangun. Mahu tidak mahu, terpaksa dia mengejutkan Fira.
“Fira!!” jerit Fikri di telinga Fira untuk membangkitkannya.
“Hah! Kenapa awak?” ucap Fira terkejut dan tangganya masih lagi memeluk Fikri.
“Bangunlah, saya nak mandi nak solat...” ucap Fikri.
“Bangun ajelah. Kenapa pula dengan saya...” jawab Fira lugu.
“Kalau awak masih macam ni. Macam mana saya nak bangun...” balas Fikri pula.
“Hah? Errr, sorry...” setelah menyedari yang dia masih lagi memeluk Fikri, Fira segera bangkit.
“Malulah tu. Awak ambil kesempaatn atas saya ye?” ucap Fikri sambil tersenyum nakal.
“Mana ada. Awak yang .........” belum sempat Fira meneruskan kata, Fikri telah memotong terlebih dahulu.
“Saya apa? Cuba awak tengok bantal tu kan kat sebelah awak. Maknanya awaklah yang ambil kesempatan. Tengoklah tadi pun awak yang peluk saya kan?” balas Fikri sambil tersenyum nakal. Suka dia melihat muka Fira yang sudah merona merah.
Fira hanya senyap menahan malu. Di dalam hati dia bermonolog sendiri
‘Huh! Dia yang ambil kesempatan, aku pula yang kena. Tak aci betul.’
Kemudian Fikri terus melangkah ke bilik air meninggalkan Fira sendirian. Fira masih lagi termangu di atas katil
...............................................................
Selesai solat subuh, Fikri bermalas-malasan di bilik. Fira pula masih lagi termangu di situ. Kadangkala dia tersenyum sendiri.
“Mereng ke? Senyum sorang-sorang...” tegur Fikri selamba.
“Hah? Errr....” jawab Fira tergagap-gagap sambil tersengih kepada Fikri.
“Awak ni tak nak mandi ke? Nak sambung tidur lagi?” tanya Fikri.
“Kenapa? Awak nak joint sekali ke?” gurau Fira perlahan.
“Tak nak lah saya. Nanti awak ambil kesempatan dekat saya macam malam tadi...” ucap Fikri sambil tersenyum mengejek.
“Eyhhh!! Mana ada. Awak yang ambil kesempatan pada saya...” balas Fira pula malu-malu.
“Ye ke? Ada bukti tak? Lainlah awak memang jelas buktinya...” ucap Fikri mengenakan Fira kembali.
“Sudahlah pergi mandi. Lepas tu turun bawah buatkan saya sarapan. Buat apa duduk dalam bilik lama-lama. Bukan ada aktiviti pun. Lainlah kalau awak tengah green light...” tambah Fikri lagi sambil tersenyum nakal ke arah Fira.
Fira malu mendengar kata-kata Fikri. Mukanya berubah rona. Lantas dia terus bangun dan melangkah ke bilik air. Fikri pula hanya ketawa melihat Fira.
Ketika Fira keluar dari blik air, Fikri sudah tiada di dalam bilik itu. Dilihat katil sudah pun berkemas. Pasti Fikri yang mengemaskannya. Desis hati kecil Fira. Dia tersenyum sendiri.













BAB 26
Selepas bersiap, Fira turun ke dapur. Dia mencari-cari kelibat Fikri.
“Hah!! awak cari saya kan?” sergah Fikri yang entah dari mana datangnya.
“Errr, mana ada. Saya cari orang  dalam rumah ni. Mana semua orang pergi? Sunyi sepi je...” ucap Fira menutup malu.
“Mak Jah dengan Siti kan cuti. Ibu, papa dengan Faiz keluar kot...” beritahu Fikri.
“Owh...” itu sahaja yang keluar dari mulut Fira. Dalam hati dia berasa gementar juga, apabila berada berdua-duaan dalam rumah besar itu bersama Fikri.
“Hah! Apa lagi, cepatlah buat sarapan tu. Saya dah lapar ni...” arah Fikri
“Errr, awak pergilah duduk depan dulu. Saya tak biasalah orang tengok saya masak...” balas Fira pula.
“Saya nak duduk sini, tengok awak masak. Nak tengok betul ke tak awak yang masak. Entah-entah semalam tu, ibu yang masak...” duga Fikri sambil tersenyum mengejek.
Fira tidak tahu ingin berkata apa lagi. Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga membiarkan Fikri berada di situ. Tidak keruan Fira dibuatnya. Fikri hanya memerhatikan sahaja tingkah laku Fira. Sesekali ada juga dia bertanya.
“Awak nak masak apa pagi ni?” tanya Fikri.
“Nasi lemak dengan sambal udang. Boleh tak awak.?” tanya Fira meminta persetujuan Fikri.
Padahal dia sudah pun menanak nasi dan merebus telur.
“Apa-apa sajalah...” jawab Fikri pendek.
Fira sudah mula untuk menumis sambal, sementara menunggu sambal tersebut masak, dia memotong timun. Walaupun di dalam hati, Fira merasa tidak selesa dengan adanya Fikri di situ, dia tetap buat seperti biasa. Fikri yang perasan akan ketidak selesaan Fira, berhajat untuk mengenakannya. Perlahan-lahan dia pergi kepada Fira. Lantas dia memeluk Fira dari belakang dan mengucup bahu Fira. Fira yang terkejut terus melepaskan pisau di tangannya.
“Kenapa berhenti?” tanya Fikri seakan-akan ingin menggoda.
“Errr....” Fira kaku tak terkata.
Terasa peluh didahi ingin menitis. Fikri memusingkan Fira agar menghadapnya. Dia tersenyum melihat rona wajah Fira yang sudah berubah menjadi merah. Fikri membetulkan anak rambut yang jatuh di dahi Fira dan die mengelap peluh yang hampir menitis di dahi Fira. Fira yang seakan baru tersedar, meninggalkan Fikri di situ dan terus masuk ke dalam toilet di dapur itu. Perasaan malu menerpa ke wajahnya.
“Awak buat apa dalam toilet tu?” jerit Fikri dari luar.
“Errr... Tak buat apa-apa...” jawab Fira tergagap-gagap dari dalam.
“Dah tu? Keluarlah...” balas Fikri pula.
“Errr, saya malulah. Dah hilang malu nanti saya keluar...” balas Fira kembali.
Fikri hanya ketawa mendengar jawapan Fira itu. Dan seraya itu, dia baru tersedar akan sambal yang dimasak Fira hampir hangus. Kemudian dia menyambung tugas-tugas Fira yang terbengkalai sebentar tadi.
“Berapa lama awak nak duduk dalam toilet tu? Takkan tak hilang-hilang lagi malunya kot...” ucap Fikri kepada Fira.
Fira ingin keluar tapi perasaan malu yang menyelubunginya tidak dapat dibendung. Memandangkan hanya mereka berdua sahaja yang berada di rumah itu.
Selesai memasak dan menghidangkan di atas meja, Fikri memanggil Fira keluar sekali lagi.
“Dah dekat setengah jam awak duduk dalam toilet tu. Takkan tak nak keluar kot...” ucap Fikri.
‘’Fira??” panggil Fikri sambil mengetuk pintu toilet.
“Ya, kejap lagi saya keluar...” jawab Fira.
“Takkan tak hilang-hilang lagi malu awak tu?” tanya Fikri lagi.
Tidak lama itu, Datuk Faizal dan Datin Maria pulang bersama Faiz.
“Emm, macam bau nasi lemak je...” tegur Datuk Faizal yang baru melangkah ke ruang makan.
“Papa dengan ibu pergi mana?” tanya Fikri saat terlihat papa dan ibunya.
“Kami pergi jogging kat taman. Faiz pun ikut sama...” beritahu Datuk Faizal.
Fikri hanya mengangguk tanda faham
“Fira mana Fik?” tanya Datin Maria pula bila dilihat Fira tiada bersama Fikri.
“Menantu kesayangan ibu ada dalam toilet tu. Entah apa yang dibuat agaknya, berejam dalam tu. Ibu panggillah dia dia pula, dari tadi Fik suruh keluar dia tak nak keluar. Lepas ni bolehlah kita sarapan sama-sama...” ucap Fikri.
Datin Maria segera mendapatkan menantunya itu.
“Fira? Fira okey ke? Mari keluar sarapan sama-sama...” panggil Datin Maria.
“Err, Fira okey bu. Kejap lagi Fira keluar...” beritahu Fira.
“Baiklah, kami tunggu kat ruang makan ya...”
Beberapa minit kemudian, Fira menuju ke ruang makan sambil membawa minuman.
“Fira tak sihat ke?” tanya Datin Maria.
“Emm, Fira okey aja bu...” jawab Fira.
“Dah tu kenapa duduk kat toilet tu lama sangat? Kalau tak sihat, nanti ajak Fik pergi klinik”
“Fik, nanti bawa Fira pergi klinik cek apa yang patut. Risau ibu kalau ada apa-apa jadi kat Fira...” Arah Datin Maria.
“Tak apalah bu, Fira okey je. Sihat aja, tadi cuma sakit perut biasa je. Tu yang lama dekat toilet...” dalih Fira.
Fikri hanya tersenyum sinis sahaja mendengar kata-kata Fira itu.
“Betul ni Fira okey?” tanya Datin Maria yang masih lagi tidak berpuas hati.
“Yang kamu ni Fik, tersenyum-senyum kenapa? Ada yang tak kena ke?” tanya Datin Maria pula kepada Fikri ketika melihat senyuman yang terukir di bibirnya.
“Sudah-sudahlah tu soal selidiknya. Mari sarapan dulu...” ucap Datuk Faizal cuba menukar topik. Selagi tidak mendapat jawapan, selagi itulah isterinya itu akan terus menyoal siasat anak menantunya itu.
Fikri merasa lega. Papanya telah menyelamatkan keadaan.
“Ni, Fira yang masak ke semuanya?” tanya Datuk Faizal ketika Fira mencedokkan nasi lemak ke dalam pinggannya.
“Fik yang masak, orang tu berejam dalam toilet...” ucap Fikri mengejek.
Fira hanya menjeling Fikri.
“Ye ke Fira, Fik yang masak? Tak sangka pula ibu, anak ibu ni  pandai masak...” ucap Datin Maria sambil tersenyum mengejek.
Fira pula hanya tersenyum kelat.
See the leg la bu...” ucap Fikri sambil ketawa kecil.
“Kalau tengok kaki abang tu, kaki buli adalah. Bukan kaki masak. Hahaha “ sakat Faiz kepada abangnya setelah dia diam sedari tadi.
Mereka yang ada di situ turut ketawa mendengar kata-kata Faiz. Fira melagakan ibu jarinya dengan ibu jari Faiz tanda menyokong kata-kata Faiz itu.
“Entah-entah tadi abang buli Kak Fira bu, sebab tu lah Kak Fira berkurung dalam toilet...” tambah Fikri lagi.
Fikri sudah menjegilkan matanya kepada Faiz. Pandai-pandai sahaja adiknya itu membuat telahan. Faiz buat muka selamba sahaja. Fira di sebelah sudah tersenyum-senyum melihat Fikri disakat adiknya.
“Jangan nak senyum-senyum sangat ye? Siap awak nanti!” Fikri berbisik perlahan di telinga Fira memberi peringatan. Serta-merta Fira mematikan senyumannya.
‘Tahu takut!’ desis hati Fikri sambil tersenyum bila dilihat Fira cuba mengawal senyumannya.

Datuk Faizal dan Datin Maria hanya tersenyum sahaja melihat keletah anak-anaknya. Yang tua dengan yang muda sama sahaja perangainya. Yang tua pun kadang kala berperangai seperti budak-budak.
Sambil bersarapan, sempat Datuk Faizal bertanyakan projek di Kuching kepada Fikri.











BAB 27
Fira dapat merasakan sikap Fikri yang semakin mesra dengannya sejak  pulang dari Kuching. Fikri juga semakin gemar mengenakannya. Fira rasa bahagia dengan kehidupannya sekarang. Walaupun Fikri masih lagi mahu merahsiakan perkahwinan mereka, sekurang-kurangnya dengan layanan baik Fikri terhadapnya membuatkan jiwanya tenang. Cuma satu hal yang Fira tidak dapat terima, Fikri lebih mementingkan Ely dari dirinya. Kadang-kadang terlintas juga di fikirannya, yang Fikri dan Ely mempunyai hubungan istimewa.
.................................
Panas yang disangkakan kepetang rupanya hujan di tengah jalan. Rupa-rupanya dalam diam Ely menyusun strategi untuk menyingkirkan Fira. Walaupun perkahwinan mereka masih lagi rahsia, Ely tetap tidak senang melihat kemesraan di antara Fikri dan Fira. Dia tidak mahu kalah di tangan Fira. Pelbagai usaha dilakukan termasuklah memburukkan Fira pada Fikri. Pada mulanya Fikri tidak mahu mempedulikan tapi lama-kelamaan dia termakan juga dengan kata-kata Ely.
I nak tanya sikit boleh tak Fik?” tanya Ely memancing perhatian Fikri yang begitu tekun menghadap skrin komputernya.
“Ya. Apa dia?” jawab Fikri pendek, seolah tidak berminat dengan apa yang ingin ditanyakan Ely itu.
You dengan p.a you tu, ada apa-apa hubungan ke? You all ni couple ke?” tanya Ely lagi.
“Hah? Erm, Just bos and secretary. Kenapa you tanya I macam tu?” tanya Fikri seraya memandang wajah Ely.
“Tak ada lah. I tak nak you rapat sangat dengan dia...” balas Ely pula. Dia sudah mula memasang strateginya.
Why?” tanya Fikri kembali.
She’s playgirl. I tak nak dia main-mainkan you. Dia tu nampak aja baik kat depan, tapi kat belakang. Nauzubillah...” jelas Ely sambil membuat muka yang kononnya Fira seorang yang sangat teruk.
I cakap ni, bukan sebab I tak suka dia, tapi sebab I dah banyak kali terserempak dia dengan lelaki lain kat luar sana. You sendiri pun pernah nampak dia dengan Hisyam sebelum ni kan.”
You pun tahu, sebelum ni dia rapat dengan Hisyam. Lepas you balik dari Kuching, dia tiba-tiba aja baik dengan you. Padahal semua orang tahu, you dengan dia memang tak berapa nak ngam walaupun you bos dia. I cuma tak nak dia ambil kesempatan pada you. Kesian I tengok Hisyam tu, macam tu saja Fira tinggalkan dia. Last week, I nampak dia dengan Danial kat Hotel Maniac...” tambah Ely lagi. Bersungguh-sungguh dia memburukkan Fira pada Fikri.
“Erm, biarlah bukan urusan I pun. Terima kasih atas keprihatinan you tu...” ucap Fikri
Tetapi di dalam hatinya sedikit terkesan juga dengan kata-kata Ely itu. Ely yakin yang Fikri sudah termakan dengan kata-katanya itu.
....................................
Di rumah Datuk Faizal, selepas makan malam. Ketika Fira sedang duduk santai di tepi kolam ikan, Fikri datang menghampirinya.
“Seronok senyum sorang-sorang. Teringatkan buah hati ke?” tegur Fikri sinis.
“Kus semangat. Ish, awak ni. Buat terkejut saya aja...” jawab Fira yang terkejut dengan teguran Fikri itu.
“Terkejut ke?” tanya Fikri sinis.
“Yelah, awak tiba-tiba datang sergah macam tu. Mana tak terkejut. Suka kan awak ni nak sakat saya...” ucap Fira sambil tersenyum riang kepada Fikri
“Dah tak ada musim nak kenakan awak...” balas Fikri serius sambil melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan Fira.
“Emm, kenapa ni awak?” tanya Fira kepada Fikri. Dia pelik dengan sikap Fikri yang dirasakan seperti dingin saja dengannya malam itu.
Nothing...” jawab Fikri pendek.
“Betul ni? Baik bagitahu. Macam ada sesuatu aja ni...” balas Fira sambil tangannya mencuit-cuit bahu Fikri ingin bergurau. Fikri menghalang tangan Fira dari terus-terusan buat begitu kepadanya.
Enough!!” berang Fikri tiba-tiba sambil memegang tangan Fira.
Fira terkejut dengan reaksi Fikri. Sudah lama Fikri tidak begitu, kenapa tiba-tiba hari itu dia kembali ke sifat asalnya.
“Kalau saya dapat tahu awak melayan lelaki lain di belakang saya, siap awak!!” tegas Fikri sambil melepaskan tangan Fira dan berlalu pergi meninggalkan Fira sendirian di situ.
Fira tergamam seketika. Dia tidak tahu mengapa tiba-tiba Fikri bersikap sebegitu. Apakah dia ada membuat salah. Dia sendiri tidak pasti.
.....................................................
Fira tidak tahu kenapa Fikri tiba-tiba sahaja berang dengannya. Semenjak pulang dari Kuching, Fikri tidak pernah meninggi suara dengannya. Tiba-tiba hari itu, Fikri kembali kepada sikap asalnya.
Sejak peristiwa lebih kurang dua bulan lalu, Fira berusaha untuk tidak menyakiti hati Fikri. Dia tidak mahu kejadian itu berulang lagi. Biarpun dia terpaksa mengalah dalam banyak hal. Dia terlalu sabar melayani Fikri, kerana baginya keredhaan Allah adalah terletak pada keredhaan suami setelah dirinya berkahwin.
“Awak?” panggil Fira lembut ketika mereka berdua berada di dalam bilik.
“Saya ada buat salah ke?” tanya Fira lagi. Dia ingin mencari tahu apa sebenarnya yang terjadi sehingga Fikri dingin dengannya.
“Awak, tolonglah jangan macam ni. Kalau saya ada buat salah, awak bagitahulah...” tanya Fira lagi apabila dilihat Fikri masih lagi mendiamkan diri. Suaranya sudah berubah menjadi sayu.
Fikri memang kalah dengan suara Fira yang sayu. Lebih-lebih lagi melihat air mata isterinya itu tumpah.
“Siapa Danial? Awak buat apa dengan dia kat Hotel Maniac last week?” tanya Fikri tanpa menjawab pertanyaan Fira.
“Danial? Awak marah saya sebab tu ke?” tanya Fira kembali. Sengaja dia ingin menduga Fikri.
“Jawab apa yang saya tanya!” tegas Fikri
“Emm, dia kan Pegawai Tadbir Bahagian Rekod kat syarikat kita. Minggu lepas tu kan kami pergi kursus kat Hotel Maniac. Kan saya dah sedia maklum pada awak. Awak lupa ya?” jelas Fira.
‘Erk! Ada ke? Adus, kenapalah aku ni.’ gumam Fikri di dalam hati. Dia terlupa yang Fira ada memaklumkan kepadanya tentang hal itu.
“Ada orang buat cerita tak baik pasal saya ke dekat awak?” tanya Fira lagi.
“Tak ada apa-apalah. Jangan mesra-mesra sangat dengan lelaki kat office tu. Sedar sikit status awak tu...” ucap Fikri sinis.
“Ya, saya sedar status saya. Walaupun suami saya tak sedar status dia...” ucap Fira perlahan tapi masih jelas di pendengaran Fikri.
“Awak jangan nak cari pasal ya...” balas Fikri tegas.
“Mana ada. Awak ni, Asyik marah saya aja. Awak cemburu ea? Atau awak dah mula sayang kat saya sebenarnya?” duga Fira sambil tersenyum mengejek
“Tak kuasa melayan awak ni. Sudahlah pergi tidur...” balas Fikri kembali.
Fikri memang mengakui yang dia sudah mula menyayangi Fira, tetapi egonya terlalu tinggi untuk mengakui semua itu.



BAB 28
Walaupun Fira sudah menjelaskan perkara sebenar kepada FIkri, tetapi suaminya itu masih lagi menyimpan curiga terhadapnya. Setiap gerak gerinya dan perlakuannya diperhatikan Fikri dan disoal Fikri. Kadangkala rimas juga tetapi sebagai seorang isteri dia akur.
“Fira, masuk bilik saya sekarang!” panggil Fikri melalui intercom.
Tidak lama kemudian, Fira masuk ke bilik Fikri.
’Yes bos, what can i do for you?” tanya Fira sambil tersenyum. Cuba beramah mesra dengan suaminya itu kerana sejak akhir-akhir ni, Fikri terlalu dingin dengannya.
“Tolong kunci pintu tu...” arah Fikri tanpa memandang Fira.
Fira hanya menurut . Dalam hatinya bermonolog sendiri.
‘Apalah dia nak buat agaknya ni. Aish!’
Fikirannya sudah terpesong entah ke mana.
“Sila duduk, saya ada benda nak beritahu awak...” ucap Fikri lagi.
“Saya nak awak baca ni...” arah Fikri sambil menghulurkan sehelai kertas kepada Fira.
Fira meneliti tulisan yang terpampang di atas kertas tersebut, satu persatu ayat di dalam kertas itu dibaca.
“Syarat-syarat sebagai isteri kepada Mohd Fikri Yazed di tempat kerja, di rumah atau di mana sahaja.
1)   Jangan memakai pakaian menjolok mata (di tempat kerja/awam)
2)   Jangan terlalu mesra atau melayani lelaki lain berlebihan
3)  Jangan tunjukkan kemesraan yang berlebihan dengan bos (bagi mengelakkan kecurigaan staf lain di pejabat)
4)    Setiap pergerakkan sila beritahu
5)     Di depan family, tolong berlagak mesra dan romantik
6)     Sila patuh setiap arahan”
“Ini sahaja ke?” tanya Fira seakan-akan memerli.
“Awak perli saya ke?” balas Fikri.
“Tak lah, saya tanya aja...” jawab Fira selamba.
“Apa motif awak buat semua ni?” tanya Fira. Terdengar keluhan kecil keluar dari mulutnya.
“Untuk memberi peringatan kepada awak supaya tak buat perangai dan sedar status awak...” jawab Fikri sinis.
“Kalau saya buat?” duga Fira.
“Tunggu saja apa yang terjadi...” ucap Fikri.
“Herm, awak buat semua ni kenapa? Perlu ke? Atau sebenarnya awak memang dah mula sayangkan saya?” duga Fira sambil tersenyum sinis.
“Sayang? Forget it!!” balas Fikri sinis.
“Saya tak fahamlah. Saya penatlah macam ni. Awak ni kejap okey kejap macam ni. Saya dah cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak. Tapi ............ Entahlah .......” luah Fira. Dia tak tahu bagaimana lagi caranya untuk meyakinkan  Fikri tentang keikhlasan hatinya kepada Fikri.
‘’Kalau dah penat. You can resign...” jawab Fikri selamba tanpa menoleh wajah Fira.
‘’Awak!!” jerit Fira. Dia tidak menduga sampai macam tu sekali pemikiran Fikri.
Sebak hati Fira. Kerana geram, dia mengoyakkan kepingan kertas tersebut di hadapan Fikri. Lantas dia keluar meninggalkan Fikri.
Setelah Fira keluat meninggalkannya, baru Fikri tersedar akan keterlanjurannya berkata-kata.
‘Ya Allah... Apa aku dah buat ni? Aku sayangkan dia, tapi kerana ego aku buat dia macam ni... ‘ Fikri bermonolog sendiri sambil meraup muka. Berkali-kali dia beristighfar.
Fira berlalu ke tempat duduknya. Sheqa terkejut melihat raut wajah temannya yang suram.
Perasaan sebak di dalam dada Fira tidak dapat dibendung. Tanpa berkata apa, dia terus menuju ke tandas. Sheqa yang risau akan keadaan temannya itu menuruti Fira ke tandas.
Ely dari jauh tersenyum gembira. Dia dapat menjangka apa yang terjadi.
...............................................
Fira melepaskan segala tangisannya di tandas. Kebetulan tiada sesiapa di situ. Masih terngiang-ngiang di telinganya, ungkapan terakhir Fikri tadi. Bukan berhenti sebagai setiausahanya, tetapi sebagai isterinya. Ya! Itulah yang dimaksudkan oleh Fikri tadi.
Sheqa yang baru masuk ke tandas itu, terus mendapatkan Fira.
“Fira,kenapa ni? Apa En. Fikri dah buat pada kau?” tanya Sheqa bertubi-tubi.
Fira hanya menangis tidak berkata apa. Lantas dia memeluk Sheqa.
Tiba-tiba Ely masuk ke dalam tandas tersebut.
“Kasihan you kan...” ucap Ely sambil berpura-pura simpati.
“Apa maksud Cik Ely?” tanya Sheqa tidak mengerti.
Nothing. Itulah, dulu lagi I dah ingatkan. Jangan mimpi yang you boleh dapat Fik. Sekarang you tengok, apa dah jadi?” ucap Ely angkuh.
“Owh, you lah yang buat semua ni? You yang rosakkan hubungan kami? Tega you Ely...” ucap Fira dalam sedu sedan.
“Hahaha His mine. So, please stay away from him!” balas Ely dan terus meninggalkan mereka di situ.
“Aku tak sangka dia sanggup buat macam tu. Aku yakin dialah punca Fikri layan aku macam ni...” ucap Fira dengan tangisan yang masih bersisa.
“Aku rasa kau patut berbincang dari hati ke hatilah dengan En.Fikri. Jangan biarkan benda ni melarat. Kalau kau sayangkan dia, sayangkan rumahtangga korang. Buatlah sesuatu...” nasihat Sheqa.
“Aku tak tahu, aku buntu. Aku tak tahu nak ngadu pada siapa. Kau pun tahu kan, parents kami tak ada kat sini. Pergi umrah, next week baru balik...” balas Fira.
“Kau bincanglah berdua dengan dia. Luahkan apa yang kau rasa tak puas hati. Jangan  dipendam-pendam, tapi jangan pula sampai melampaui batas...” nasihat Sheqa lagi.
“Entahlah, aku buntu. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni...” balas Fira. Fikirannya sangat kusut ketika itu.
“Apa kata kau gertak dia sikit. Tengok dia nak mengalah tak?” cadang Sheqa.
“Emm, tengoklah. Aku rasa aku nak baliklah. Tak ada mood dah nak duduk kat office ni lama-lama.” beritahu Fira.
.............................................
Fira melangkah masuk ke bilik Fikri dengan wajah yang sembab. Fikri merasa bersalah melihat wajah sembab isterinya itu. Dia tahu isterinya itu menangis gara-garanya.
“En.Fikri, this in my resign letter. From now on, i'm quit. I'm quit from being your p.a. and wife...” ucap Fira dengan air mata yang sedikit bertakung.
“Apa awak merepek ni?” tanya Fikri seakan tidak percaya , tanpa langsung melihat isi kandungan surat yang dimaksudkan oleh Fira itu.
“Saya cuma nak orang yang saya sayang bahagia. Saya rela korbankan kebahagiaan saya demi orang yang saya sayang. Saya nak En. Fikri tahu, sayang dan cinta saya hanya untuk En. Fikri sorang. Hanya untuk suami saya. Saya tahu En. Fikri berkahwin dengan saya kerna terpaksa. Tapi saya redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Saya terima En. Fikri apa adanya. Semua yang saya lakukan hanya untuk suami yang saya sayangi dan saya cintai. Saya dah berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik buat En. Fikri. Tapi saya tetap gagal untuk buat En. Fikri menyayangi saya. Mungkin kita hanya layak menjadi kawan sahaja...” jelas Fira panjang lebar dengan air mata yang sudah menitis. Kemudian dia  terus melangkah keluar dari bilik itu.
Fikri terpempan seketika mendengar luahan hati isterinya itu. Dia berfikir apa yang harus dijawab kepada orang tua mereka nanti, jika apa yang dinyatakan Fira itu benar.

















BAB 29
“Syafiq, datang bilik aku kejap...” Fikri menelefon dan meminta Syafiq ke biliknya.
Tok..tok..tok..
“Masuk...” arah Fikri
Yes boss?”
“Kau kenapa ni Fik? Ada masalah ke?” tanya Syafiq ketika melihat keadaan Fikri yang murung dan tidak tentu arah itu.
“Fira....” ucap Fikri.
“Kenapa dengan dia? Ada masalah apa.?” tanya Syafiq lagi.
“ Fira, sebenarnya dia isteri aku...” balas Fikri lemah.
What?! Datuk tahu tak pasal hal ni?” tanya Syafiq terkejut.
“Tahu. Sebenarnya kami dah lama kahwin. Family atur. Tapi aku yang tak mahu dedahkan...” terang Fikri.
So, sekarang apa masalahnya?” tanya Syafiq lagi.
“ Dia kata dia nak berhenti dari jd p.a and wife aku. Sebenarnya...” beritahu Fikri.
“Sebenarnya apa?!” tanya Syafiq ingin tahu.
“Sebenarnya aku dah mula sayangkan dia. Sebab ego, aku biarkan sahaja perasaan tu dan tak pernah nak mengaku pada dia...”
“Ni resign letter dia... “ Fikri menunjukkan sampul surat yang diberikan Fira kepada Syafiq.
Syafiq mengambil sampul surat tersebut dan membukanya.
“Surat apa ni? Ni borang balik awal lah. Dia cuma bagi borang balik awal. Bukan surat apa-apa pun. Hahaha” balas Syafiq sambil ketawa. Dia tidak dapat menahan gelak bila memikirkan yang Fikri tidak dapat nak membezakan antara borang balik awal dan surat letak jawatan.
“Hah? ye ke?” balas Fikri terkejut. Kerana kalut memikirkan kata-kata Fira tadi, dia langsung tidak menyemak isi kandungan surat yang terdapat di dalam sampul itu.
Tanpa membuang masa, Fikri segera mendail nombor Sheqa di luar.
“Sheqa, Fira mana?” tanya Fikri setelah panggilan dijawab.
“Dia tak ada, dia dah balik tadi. En. Fikri tak tahu ke?” jawab Sheqa.
“Betul ni dia balik? Bukannya resign?” tanya Fikri lagi meminta kepastian.
“Setahu saya dia cuma kata nak balik saja. Tak adalah pula kata nak resign...” jelas Sheqa lagi.
“Ok, thanks...” balas Fikri kembali. Lega hatinya mendengar jawapan Sheqa tadi.
“Apa masalah korang sebenarnya ni?” tanya Syafiq setelah Fikri menamatkan perbualan dengan Sheqa.
“Ada selisih faham sikit tadi dengan dia. Tolong aku Syafiq. Aku risau kalau dia betul-betul nak tinggalkan aku. Apa aku nak jawab pada family kami nanti...” jelas Fikri.
“Kau takut dia tinggalkan kau ke, kau takut tak tahu nak jawab apa pada family korang?’’ duga Syafiq.
“Dua-dua. Aku tak nak dia tinggalkan aku, sebab aku sayang dan cintakan dia. Kalau family aku tahu, apa aku nak jawab? Abah dia dah amanahkan aku untuk jaga dia dengan sebaiknya. Ibu aku pula sayang sangat dekat dia...” jelas Fikri sambil menungkat kepalanya di atas meja.
“Aku pun tak tahu nak cakap mana. Aku sendiri tak ada pengalaman. Mungkin kalau ada anak. Kau boleh gunakan alasan tu...” balas Syafiq kembali.
“Anak? Macam mana nak ada anak?Kami tak pernah bersama pun...” Fikri memberitahu perkara sebenar.
“Kental juga kau ya. Dah lama kahwin pun masih tak bersama lagi. Hahaha” ucap Syafiq sambil ketawa. Sempat dia memerli Fikri.
“Weyh! Aku serius ni...” balas Fikri kembali.
“Ok-ok. Apa lagi pergilah buat anak dengan dia. Aku tengok kau ni dah macam cerita bicara hati lah, nak ikat bini guna cara macam tu. Macam-macam ajelah kau ni. Hehee” Seloroh Syafiq.
“Ikat bini?” tanya Fikri tidak mengerti.
“Faham-faham sendirilah bro. Tak kan nak kena ajar kot...” balas Syafiq pula.
“Ok-ok. Habis kalau dia tak nak? Macam mana?” tanya Fikri lagi.
“Apalah kau ni. Pujuklah elok-elok. Ayat power-power sikit. Kau ni kurang membaca ke? Takkan benda macam tu aku nak ajar, Aku pun tak kahwin lagi lah. Tak pandai nak ajar lebih-lebih. Lagipun malam ni malam jumaat kan...”balas Syafiq sambil tersenyum nakal.
“Kenapa dengan malam jumaat?” tanya Fikri tidak mengerti.
“Aduhai! Kau ni tak tahu ke buat tak tahu? Kot ye pun tengah rungsing, takkan benda macam tu pun aku nak kena bagitahu...” Syafiq menepuk dahinya.
Fikri hanya tersenyum sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Okey-okey! Aku cuba...” balas Fikri sambil tersenyum penuh makna.
Ketika Fikri sampai di rumah, Fira masih belum pulang lagi. Puas Fikri menghubungi Fira tetapi tidak berjawab. Fikri gelisah tidak menentu.
Selepas Isyak, barulah Fira pulang ke rumah. Fikri yang sedang menunggunya di luar rumah langsung tidak dihiraukan. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah dan mendaki tangga naik ke bilik. Fikri hanya menuruti Fira dari belakang. Sedikit pun Fira tidak memperdulikannya.
Fikri geram melihat sikap Fira yang langsung tidak mengendahkannya. Dia menarik tangan Fira dengan kasar dan terus menyoalnya.
“Awak ke mana?!” tanya Fikri tegas.
“Lepaslah! Saya ke mana, bukan urusan awak!” balas Fira berani. Dia cuba melepaskan tangannya dari pegangan Fikri.
“Kenapa awak tipu saya?” tanya Fikri lagi.
“Tipu? Bila masa saya tipu awak?” tanya Fira seakan tidak mengerti.
“Kenapa awak kata borang pulang awal tu resign letter awak? Awak nak buat perangai ke?” tanya Fikri geram.
“Kenapa? Awak risau? Awak takut saya betul tinggalkan awak? Sebab awak dah mula sayang saya atau sebab awak takut tak tahu nak jawab apa dengan parents kita nanti?” tanya Fira sambil tersenyum sinis
Fikri hanya mendiamkan diri. Dia kehilangan kata-kata. Dia cuba mengumpul kesabaran dan kekuatan untuk berhadapan dengan Fira.
“Dah lah,saya nak mandi. Penat nak layan kerenah awak ni...” balas Fira seraya melepaskan tangannya dari Fikri dan terus berlalu ke bilik air.
......................................
Fikri mundar mandir di dalam biliknya. Dia memikirkan semula apa yang dikatakan oleh Syafiq siang tadi.
Fikri tekad malam ini dia harus mengikat Fira. Walau bagaimana cara sekalipun. Fira harus menjadi miliknya luar dan dalam. Dia harus bersabar dan membuang segala egonya saat itu.
Dia harus melakukan sesuatu untuk menyelamatkan rumah tangganya itu. Dia tak mahu kehilangan Fira.
Fira baru tersedar yang dia tidak membawa pakaian gantian masuk ke bilik mandi tadi. Kerana marahkan Fikri, dia lupa semuanya. Dalam diam dia mengutuk dirinya.
‘Sengal betul aku ni! Benda macam ni pun boleh lupa. Macam mana aku nak keluar ni.’ Fira menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia mundar mandir di dalam bilik mandi.
‘Takkan nak keluar macam ni? Habislah aku kalau dia ada kat luar. Silap-silap boleh jadi macam dalam cerita novel pula. Haish!’ Fira menggeleng-gelengkan kepalanya bila memikirkan hal tersebut.
“Awak?” panggil Fira dari dalam bilik mandi.
“Kenapa?” jawab Fikri lembut. Dia melupakan segala yang terjadi tadi.
“Tolong saya. Tolong ambilkan baju tidur saya dalam almari...” jerit Fira dari dalam bilik mandi.
Fira juga seakan terlupa tentang peristiwa tadi.
“Ambil sendirilah...” balas Fikri.
“Huh! Minta tolong pun tak boleh!” bentak Fira. Dia geram dengan Fikri yang tidak mahu menolongnya.
“Kalau awak tak nak tolong, saya tidur aja dalam bilik mandi ni. Biar kesejukan. Puas hati awak agaknya!” gertak Fira.
“Yelah-yelah. Tunggu kejap...” balas Fikri kembali. Dia harus berlembut dengan Fira malam ni.
‘Main ugut-ugut pula...’ desis hati kecil Fikri.
“Baju tidur yang mana? Banyak sangatlah baju awak ni...” tanya Fikri. Dia tak tahu mahu mengambilkan Fira baju tidur yang mana satu.
“Mana-manalah! Cepatlah sikit, saya dah kesejukan ni!” pinta Fira kepada Fikri.
Setelah memilihkan baju tidur untuk Fira, Fikri menghulurkan kepada Fira yang masih berada di dalam bilik mandi.
Hanya tangan Fira sahaja yang kelihatan semasa menyambut huluran dari Fikri. Fikri ingin mengambil kesempatan yang ada untuk menarik Fira keluar dari situ. Tapi Fira lebih pantas. Dia telah menutup pintu bilik mandi itu dengan kuat sehingga menyebabkan tangan Fikri tersepit.
Fikri mengaduh kesakitan.
“Arghh!!! Awak nak bunuh saya ke?” jerit Fikri menahan kesakitan.
‘Ish! Macam tahu-tahu je aku nak buat sesuatu...!” gumam Fikri. Nampaknya Fira seakan mengetahui apa yang ada difikiran Fikri saat itu.
Fira yang berada di dalam bilik mandi, agak terkejut juga dengan jeritan Fikri itu.
‘Kuat sangat ke aku tutup pintu tadi. Ish, risau pula aku dibuatnya.’ Fira bermonolog sendiri. Rasa bersalah pula buat begitu pada Fikri.
Dia cepat-cepat menyarungkan pakaian tidur ke tubuhnya. Dia agak terkejut melihat baju tidur yang dipilih oleh Fikri untuknya.
‘Apasallah, dalam banyak-banyak baju. Baju ni juga yang dia pilih. Bukan dia tak suka aku pakai baju seksi-seksi ke? Ah! Lantaklah.’
Setelah lengkap berpakaian, Fira melangkah keluar dari bilik mandi. Dia mencari-cari kelibat Fikri.
 “Awak?” panggil Fira. Fira mencari-cari Fikri di dalam bilik itu. Tetapi tiada.
Fira bergerak menuju ke almari pakaiannya. Dia ingin menukar pakaian tidurnya itu.
Tiba-tiba dia merasakan ada sepasang tangan kasar yang memautnya dari belakang. Dia cuba menjerit meminta tolong. Tetapi mulutnya terlebih dahulu ditutup. Dengan kekuatan yang ada, dia menggigit dan menyiku perut orang yang memautnya itu. Terlepas sahaja pautan itu, dia terus berpaling dan menolak orang itu tanpa melihat siapa gerangannya.
“Awak?!! jerit Fira terkejut.
“Awak ni dah gila ke apa? Tak puas-puas lagi nak sakitkan hati saya hari ni? Nak jadi penculik? Perogol?” marah Fira.
Rupa-rupanya Fikri yang memautnya tadi. Entah apa yang ada di fikiran Fikri saat itu pun Fira tak tahu.
Fikri yang sudah terduduk di atas lantai, mengerang kesakitan. Langsung tidak diendahkan kata-kata Fira itu.
“Awak ni nak bunuh saya ke apa? Sudahlah tadi tangan tersepit pintu, sekarang ni kena gigit pula. Aduh!!” Fikri mengerang kesakitan. Memang dia sedang menahan kesakitan akibat tangannya tersepit pintu dan digigit Fira. Perutnya juga senak gara-gara di siku Fira tadi.
Fira merasa kasihan pula melihat keadaan suaminya itu.
“Siapa suruh cari pasal. Sendiri buat sendiri tanggunglah!”
Dalam pada membebel dan geram kepada Fikri, dia pergi juga mendapatkan Fikri yang sedang kesakitan itu. Dia terlupa sebentar segala kemarahannya pada Fikri.
“Awak okey ke?” tanya Fira. Dia membantu Fikri bangun dan memapah Fikri ke katil. Tak jadi rasanya Fikri ingin meneruskan niatnya malam itu.
Fira melihat-lihat keadaan Fikri. Tangan Fikri yang tersepit pintu lebam dan bahagian yang digigit Fira juga lebam dan merah. Rasa bersalah pula Fira dibuatnya.
Lantas dia mengambilkan ubat sapu dan air kosong untuk Fikri minum.
“Nah, minum air ni...” Fira menyuakan air kepada Fikri.
“Terima kasih...” ucap Fikri sambil merenung Fira. Fira sengaja buat tidak tahu.
Tangannya ligat menyapukan ubat pada kesan-kesan lebam dan merah pada tangan Fikri.
Selepas menyapukan ubat, Fira ingin bangun meninggalkan Fikri. Tetapi Fikri lebih pantas memaut tangannya.
“Awak  nak apa?” tanya Fira sedikit kasar.
“Saya nak awak...” jawab Fikri.
Sebentar tadi Fikri cuba melupakan niatnya, tapi dek kerana layanan Fira itu , dia berhajat untuk meneruskan sahaja. Dia tahu Fira seorang yang lembut hati, akan dia pujuk isterinya itu.
“Jangan nak macam-macamlah! Tidurlah sana..” balas Fira seraya cuba melepaskan pegangan Fikri.
Fikri bertindak lebih pantas dengan menarik Fira. Fira terduduk semula di katil. Lantas Fikri memeluknya erat.
Fira merasa sesak diperlakukan begitu.
“Tolong lepaskan saya! Saya rimas tahu tak!!” bentak Fira.
Fikri langsung tidak mengendahkan permintaan Fira itu.
“Awak sayangkan saya kan?” tanya Fikri lembut.
“Lepaskan saya boleh tak? Jangan nak buat baik dengan saya lepas apa yang awak dah cakap dekat saya siang tadi!” ucap Fira cuba mengingatkan Fikri.
Fikri melepaskan pelukannya pada Fira.
“Maafkan saya. Saya tahu saya bersalah.” Ucap Fikri sambil mengelus lembut pipi Fira. Inilah kali pertama dia menuturkan kata maaf dan mengaku salah kepada Fira.
Entah kenapa mudah sahaja Fira mengalirkan air matanya.
“Maaf?? Senang kan. Buat salah lepas tu minta maaf. Awak ingat saya ni apa? Kenapa awak buat saya macam ni?” Fira sudah tidak dapat menahan tangisannya. Dia menundukkan wajahnya. Dia tidak mahu kelihatan lemah dimata Fikri.
Fikri merasa bersalah melihat air mata isterinya itu tumpah gara-garanya.
 “Shhh... Jangan menangis sayang...” ucap Fikri lembut sambil mengangkat wajah Fira agar menghadapnya. Dia mengelap air mata yang sudah membasahi pipi isterinya itu.
“Sayang...” panggil Fikri lembut, cuba memujuk hati isterinya itu.
 “Jangan panggil saya sayang kalau awak tak tahu apa yang awak ucapkan tu!”  ucap Fira. Dia merenung tajam wajah Fikri dengan air mata yang mengalir.
Fikri tahu Fira begitu terluka dengan apa yang dikatakannya siang tadi. Sekali lagi dia menarik Fira ke dalam pelukannya.
“Jangan menangis lagi sayang. Maafkan saya. Maafkan saya...” hanya itu yang mampu Fikri ucapkan.
 “Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa?” Sekali lagi Fira betanyakan hal yang sama.
“Shhh....” Fikri hanya membiarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan. Dia meletakkan jari telunjuknya di bibir Fira. Dia menyeka air mata Fira dengan jarinya. Dia mengucup lembut ubun-ubun Fira, Saat Fikri mengucup ubun-ubunnya, satu perasaan yang suka diramal hadir dalam jiwanya. Dia rasa selamat berada bersama lelaki itu. Dia dapat rasakan segala kesedihannya terhapus. Perasaan sayangnya untuk Fikri dirasakan mencurah-curah. Walaupun dia sendiri tidak pasti apakah perasaan Fikri padanya saat itu.
Bila dilihat Fira senyap tidak melawan, Fikri cuba memainkan peranannya. Tetapi belum sempat dia bertindak jauh, Fira terlebih dahulu menghalangnya.
“Awak, maaf. Saya belum bersedia lagi...” ucap Fira memohon pengertian Fikri.
“Berapa lama awak nak kata yang awak tak bersedia? Sanggup ke awak hampakan permintaan suami yang awak sayangi ni? Lagipun malam ni kan malam jumaat” lembut sahaja Fikri berkata tapi jelas ketegasannya.
Mahu tidak mahu Fira mengalah jua akhirnya. Dalam terpaksa, fira merelakannya juga. Dia kalah dengan belaian mesra Fikri. Dia dibuai mimpi indah dalam syurga ciptaan Fikri. Buat kali pertamanya Fira menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada Fikri. Fikri berpuas hati kerana akhirnya dia berjaya mengikat Fira untuk menjadi hak miliknya yang mutlak dari segi zahir dan batin. Fira berharap kebahagiaan yang dirasakannya saat itu bukan sekadar mimpi. Dia rela dan redha  melakukan apa sahaja demi insan yang dia sayangi.



BAB 30
Fira tersadar ketika jam loceng disisinya berbunyi. Dikerlingnya jam disebelah, sudah pukul 6.00 pagi. Dia cuba mengingati kejadian yang berlaku malam tadi antara dia dengan Fikri. dia tersenyum sendiri. Dia menoleh Fikri disebelahnya. Tangan Fikri masih lagi melingkar kemas di pinggangnya. Dia merenung dalam-dalam wajah yang amat dikasihi itu. Perasaan sayang dirasakan membuak-buak untuk lelaki itu. Dia mengusap perlahan pipi Fikri. Tiba-tiba Fikri tersedar. Fira terkedu dan dia ingin segera bangun. Dia malu kerana perbuatannya disedari Fikri. Fikri segera menarik Fira kembali dalam dakapannya.
“Nak ke mana?” tanya Fikri seraya menarik Fira ke dalam dakapannya.
“Err, nak bangunlah. Mandi ... Solat... Pergi kerja...” jawab Fira. Mukanya merona merah bila mengenangkan kejadian tadi malam.
“Ye ke?” sengaja Fikri menduga Fira. Dia tahu Fira masih malu dengannya selepas apa yang terjadi antara mereka. Tetapi Fikri bersyukur kerana Fira sudah pun menjadi hak miliknya yang mutlak. Dalam lembut Fira terselit juga sifat keras hatinya.
“Apa? Dahlah, saya nak bangun...” balas Fira malu-malu sambil berusaha untuk melepaskan diri dari dakapan Fikri.
“Nantilah dulu sayang. Awal lagi ni....” ucap Fikri romantis. Semakin erat dia memeluk isterinya itu.
Fira cuba menghalang Fikri dari bertindak lebih ke atasnya.
“Err, awak lupa ke? Awak kena pergi seminar kat Johor, pukul 10.00 pagi ni kena daftar...” ucap Fira cuba mengingatkan Fikri.
“Hah? Ya Allah, saya lupalah...” balas Fikri pula. Dia segera bangkit dari katil. Fira juga turut bangkit sama.
“Tapi...” Fira cuba menyatakan sesuatu kepada Fikri.
“Tapi apa?” tergendala seketika Fikri ingin ke bilik air. Dia ingin mengetahui apa yang ingin dinyatakan oleh Fira kepadanya.
“Awak kan tak sihat. Tu tangan awak kan cedera... “ ucap Fira sambil matanya melorot pada tangan Fikri yang lebam dan merah-merah.
“Tak apa. Dah baik dah, kan dah dapat ‘ubat’ tadi malam.” Ucap Fikri sambil mengenyitkan matanya  seraya memberikan senyuman nakal buat Fira.
Sebenarnya Fira keberatan untuk membiarkan Fikri pergi. Dia baru sahaja ingin merasai kebahagiaan bersama Fikri.
“Tak boleh ke, kalau tak pergi?” tanya Fira.
“Tak boleh sayang. Seminar tu penting...” jawab Fikri.
“Awak janganlah macam ni, saya pergi 3 hari aje. Ok?” pujuk Fikri sambil memegang lembut wajah Fira.
“Oklah...” jawab Fira walaupun dia tak rela. Lalu dia memberikan senyuman kepada Fikri dan Fikri turut membalasnya.
Selepas itu Fikri terus meninggalkan Fira sendirian untuk segera bersiap.
......................................................
“Awak tak nak sarapan dulu ke?” tanya Fira saat dia lihat Fikri seperti tergesa-gesa.
“Tak apalah, nanti saya singgahlah mana-mana. Saya tak sempat nak hantar awak hari ni. Takut jalan sesak pula nanti. Nanti awak naik teksi atau minta Pak Man hantar ya?” balas Fikri.
Sempat juga Fira mengemaskan beg pakaian Fikri pagi itu. Kalau tidak kerana mereka bergaduh semalam, mungkin awal-awal lagi Fira sudah mengemaskannya.
Fira mengiringi pemergian Fikri hingga ke muka pintu. Sebelum pergi, Fikri sempat menitip pesan buat isterinya itu.
“Saya tak ada, jangan nakal-nakal. Nak ke mana-mana, bagitahu...” pesan Fikri sambil mencium dahi Fira.  
“Baik bos. Awak jaga diri baik-baik ya kat sana. Jangan lupa sms atau call saya nanti.” Balas Fira pula sambil tersenyum. Dia mencapai tangan Fikri dan menciumnya.
Kereta Fikri meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah, Fira melambai sehingga kereta itu hilang dari pandangan matanya.
Fira berharap hari-hari seterusnya Fikri akan melayannya dengan baik. Bukan setakat untuk hari itu sahaja dan juga bukan semata-mata ingin mendapatkan haknya sebagai suami.

0 comments: