Blogger Layouts

Tuesday, 19 July 2011

~ CINTAKU UNTUKMU (BAB 7) ~

BAB 7
Sudah lebih 3 bulan Fira bekerja di bawah Fikri. Hari ini, Fira merasakan yang dia harus mengakhiri segalanya. Sudah tidak tertahan lagi rasanya diperlakukan sebegitu oleh Fikri. Pernah sekali, Fikri melemparkan air yang dibuat oleh Fira ke lantai, alasannya tidak sedap. Hakikatnya, dia hanya mahu mencari kesalahan Fira. Sejak akhir-akhir ini, Fikri sering kali menyakiti hatinya. Lebih-lebih lagi setelah diberitahu bahwa mereka berdua bakal dijodohkan dalam tempoh 6 bulan dari sekarang.


“ Assalamualaikum...” Fira member salam sebelum melangkanh masuk ke dalam rumah.
Dia terkejut melihat kereta Datuk Faizal berada di luar rumahnya ketika dia pulang tadi. Dia lebih-lebih terkejut apabila melihat seisi keluarga Datuk Faizal berada di situ kecuali Fikri.
“Waalaikummussalam...” jawab pakcik Fakrul dan semua yang ada disitu.
“Hah..dah balik pon Fira,,,,” tegur pakcik Fakrul
“Err.. Fira naik atas dulu ya semua,....” jawab Fira yang masih terpinga-pinga dengan tujuan kedatangan mereka sekeluarga. Mereka yang berada diditu mengangguk tanda faham.
“ bagaimana Fakrul..? kau setuju? Kau tahuka Maria ni, dah sayang benar dia dengan Fira tu.. lagipon kami semua berkenan sangat dengan Fira tu. Kami pon tak ada anak perempuan...” jelas Datuk Faizal
“ Aku tak ada masalah faizal.. Mana yang baik aku setuju aja... tapi macam mana pula dengan dua-dua tuan punya badan ni...??” tanya Pakcik Fakrul pula meminta kepastian.
“ Kalau si Fik tu, kau jangan risau.. dia memang dah serahkan bulat-bulat pada kami soal mencari jodoh untuknya...lagipon inilah masanya kita nak mengeratkan lagi hubungan kita...” tambah Datuik Faizal lagi.
Datin maria hanya mengangguk tanda setuju dengan pendapat suaminya itu.
“ Emm.. kalau dah begitu kata kamu..aku ikut sajalah... Aaku pon setuju... Tapi nanti aku tanyakan pada Fira duu ya....” Pakcik Fakrul meminta izin dari mereka untuk meminta persetujuan Fira
Pakcik Fakrul bertemu Fira di biliknya dan dia menerangkan tujuan kedatangan mereka.
“ Em... abah tak paksa Fira.. tapi macam yang abah kata tadilah...terpulang pada Fira sama ada nak terima atau tidak...” jelas pakcik fakrul.
“ Emm.. demi abah... demi hubungan keluarga kita dan Datuk, Fira setuju.. tapi Fira minta masa untuk kenal lebih dekat lagi dengan Fik tu...” jelas Fira.
Setelah mendapat persetujuan san kata sepakat . mereka bersetuju untuk menyatukan Fira dan Fikri dalam masa lebih kurang 6 bulan lagi.

Fira menerjah masuk ke bilik Fikri tanpa mengetuk terlebih dahulu seperti biasa yang dilakukannya. Fikri yang terkejut dengan perbuatan Fira itu, tidak dapat megawal perasaan geramnya.
“ Woooiitt.. sejak bila kau pandai masuk bilik aku tanpa izin ni..?!!!” tengking Fikri
Fira tidak menjawab, tetapi dia hanya diam membatukan diri sambil matanya tajam merenung ke arah Fikri.
“ Kau pekak ke...? kau nak apa hah?? “ tanya Fikri kasar
“ Saya tak nak apa-apa... saya Cuma nak tahu kenapa en. Fikri buat saya macam ni..? saya dah penat tahu tak layan karenah en. Fikri... selama ini saya sabar aja dengan semua syarat –sayarat yang en. Fikri kenakan pada saya. Tapi sejak akhir-akhir ni, en. Fikri dah melampau tahu tak...” balas Fira ebrtubi-tubi. Dia sudah peduli lagi dengan siapa dia berhadapan sekarang.
“ apa lagi..kalau dah tak tahan, berhenti ajalah...” balas Fikri
“ kau jangan ingat, semua family aku suka kau.. aku pon akan suka kau..sori beb...!!” tambah Fikri lagi sambil tersenyum sinis kea rah Fira.
“ kalu tak suka saya, kenapa setuju dengan cadangan Datin dan Datuk..??” Tanya FIra tidak berpuas hti.
“ Ahhh...!!! sekarang aku Cuma nak kau buat dia orang bencikan  kau..” balas Fikri kembali
Fira keluar dari bilik itu dengan perasaan sebak dan pilu. Dia tidak menyangka bahawa Fikri amat benci kepadanya. Dia berjumpa dengan Datuk Faizal untuk menghantar notis berhenti 24 jam tetapi Datuk Faizal melarang. Datuk Faizal mencadangkan agar Fira mengambil cuti selama seminggu. Fira bersetuju dengan cadangan itu.  Fira tidak menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kepada abahnya mahupun Datuk dan Datin.


2 comments:

Yong said...

hurm mcm ringkas plk cter ni.rasa blh kasi lagi pjg lagi ni.

Anonymous said...

pendeknyer macam terburu2 nak cepat sgt ceritanyer jadi macam kurang seronok :) boleh perbaiki lagi plot cerita supaya lebih menarik:)