BAB 16
Hujung minggu yang dinanti akhirnya tiba. Tanpa pengetahuan Fikri, Datin Maria sebenarnya membawa menantu kesayanganya itu ke spa dan membeli belah. Bermacam fesyen pakaian yang mereka beli, begitu juga kasut. Dari yang kasual, formal dan pakaian tidur.
Sedang mereka bersiar-siar di pusat membeli belah itu, Fira ternampak kelibat suaminya, Fikri dengan seorang wanita seksi. Dia cuba mengelak dari bertembung dengan Fikri tetapi tanpa diduga dia dan Datin Maria bertemu jua Fikri di sebuah kafe yang terdapat di situ. Datin maria lantas mendapatkan Fikri dan wanita itu.
“ Hai Fik... kamu buat apa kat sini..” tanya datin Maria sambil melirik ke arah wanita yang ada di sebelahnya.
“ Eh..ibu...” jawab Fikri yang agak terkejut dengan kehadiran ibunya itu. Lebih terkejut lagi apabila melihat perubahan pada isterinya.
“ ibu buat apa kat sini....?” tanya Fikri tergagap-gagap
“ buat apa lagi, nak makanlah... kamu buat apa kat sini...? ini siapa?” tanya Datin maria serius
“ Err... ini Ely bu... kawan Fik masa belajar dulu... sekarang dia kerja kat syarikat kita..” beritahu Fikri tergagap-gagap
“ oowh..ini ibu u ye Fik...? hai auntie..” tegur Ely cuba beramah mesra
“eh..u pon ada juga..?” tanya Ely apabila terpandangkan Fira
“U look different today...” tambah Ely lagi dengan sinis
Fira hanya tersenyum kelat. Tidak tahu ingin menjawab apa-apa. Hatinya gusar melihat pandangan tajam Fikri yang seakan ingin menelannya saat itu.
Datin Maria yang perasan akan situasi it uterus meminta diri untuk beredar.
“okeylah Fik..ibu pergi dulu..kesian pula Fira ni..” kata Datin Maria sinis.
Fikri hanya mengangguk dan tersenyum kelat. Di dalam hatinya memuji kecantikan isterinya itu dan dia akui yang dia cukup terpegun melihat perubahan pada isterinya itu.
..............................
“rapat betul ibu u dengan Fira tu kan.. ada apa-apa ke..?” tanya Ely memecahkan lamunan Fikri
“hah...? errrr...” jawab Fikri tergagap-gagap
“u ni kenapa..? dah angau ke?” tanya Ely geram
“ tak ada apa-apalah..apa u tanya tadi...?” tanya Fikri sekali lagi
“i tengok ibu u dengan p.a u tu rapat semacam..ada apa-apa ke? Kemainlagi hari ni dia ya...” balas Ely pula
“Emm... diaorang memang rapat.. Fira tu sebenarnya anak bestfriend papai...” jelas Fikri
“ oowh ye ke..? entah-entah ibu u nak jodohkan u all tak..?” tanya Ely ingin menduga
“ ish u ni..tak kanlah..” jawab Fikri
Hakikatnya memang mereka berdua telah dijodohkan.
“ kalau macam tu, bolehlah i jadi partner u..” balas Ely sambil meliuk manja tubuhnya ke Fikri
Fikri yang tidak selesa dengan perlakuannya itu segera mengajak Ely beredar dari situ.
“ jom kita pergi tempat lain..” ajak Fikri. Ely hanya menurut sahaja.
1 comments:
uiiii getik betul la minah tu. er fira ni bertudung ke tak?hehe kot blh pakai daring mcm si ely tu. kasi fik jeles. kasi laki lain minat kat fira sama. baru pdn muka fik tu.
Post a Comment