CINTA YANG BENAR (PART 4)
Puas Miazara mengalirkan air matanya. Dia duduk termenung di taman permainan yang terdapat di kawasan tempat tinggalnya. Sudah sejam dia duduk sendirian di situ. Selepas kejadian tadi dia terus meninggalkan kedai, dan menuju ke mana sahaja kakinya melangkah untuk menghilangkan kesedihannya. Dan baru sejam ini dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Tetapi dia tidak langsung naik ke rumahnya, sebaliknya dia singgah di taman permainan yang terdapat di situ.
Dari kejauhan Mikhail melihat Miazara duduk termenung seorang diri di taman itu. Sudah hampir 15 minit dia memerhati Miazara. Kebetulan Mikhail memang ingin melawat sahabatnya Ilham yang tidak sihat.
Mikhail mendapatkan Miazara yang duduk sendirian di taman permainan itu.
“Mia? Awak okey ke?”
Miazara menoleh ke arah suara yang menegurnya itu.
“Awak menangis ke? Apa yang dah jadi ni? “
Mikhail dapat melihat wajah Miazara yang sembab dan dihujani dengan air mata. Miazara langsung tiada menjawab pertanyaan Mikhail. Dia berkalih dari menghadap wajah Mikhail. Langsung tidak diendahkan keberadaan Mikhail di situ.
“Mia???”
Mikhail memegang kedua-dua bahu Miazara supaya menghadapnya. Dia kasihan melihat wanita itu. Melihat air mata wanita itu membuatkan dia merasa sayu.
Miazara menepis tangan Mikhail yang memegang bahunya. Kemudian dia bangun dan berlari meninggalkan Mikhail. Mikhail agak terkejut dengan perbuatan Miazara yang tiba-tiba itu.
“Miaa....!!!! Tunggu..!”
Mikhail mengejar Miazara yang sudah berlari masuk ke dalam bangunan apartment.
Mikhail ingin mengekori Miazara hingga ke apartmentnya. Dia risau melihat keadaan Miazara begitu. Walaupun dia tidak kenal rapat dengan Miazara, tetapi hati kecilnya meronta-ronta untuk mengetahui apa yang terjadi kepada wanita itu. Mikhail sempat mengekori Miazara hingga ke depan pintu apartmentnya. Belum sempat Mikhail mendapatkan Miazara, telefon bimbitnya berbunyi.
“Hello Ilham?”
“Aku dah sampai ni... tunggu kejap..”
Mikhail terus mematikan telefonnya dan segera pergi ke apartment Ilham. Dia bercadang untuk singgah ke apartment Miazara sebentar nanti. Tapi sekarang dia harus menjenguk Ilham terlebih dahulu.
Sesampai sahaja di depan pintu apartment Ilham, Mikhail terus menekan loceng. Terjengul wajah Ilham yang sedikit sugul di depan pintu.
“Masuklah! Apesal kau lambat? Dah nak mati kering aku ni tunggu kau datang...”
“ Sorrylah...! Nah makanan dengan ubat! Aku nak cepat ni.. Ada hal...”
“ Hah, yelah! Thanks Bro...”
Mikhail terus berlalu pergi selepas menyerahkan bungkusan makanan dan ubat kepad Ilham. Hasratnya untuk berlama-lama di rumah sahabatnya itu dilupakan. Buat masa ini dia harus mengetahui keadaan Miazara.
...............................
Miazara duduk terjelepuk di depan pintu apartmentnya. Mikhail yang baru sampai di hadapan apartment Miazara sedikit risau melihat keadaan wanita itu. Segera dia mendapatkan Miazara. Mikhail duduk mencangkung di sebelah Miazara.
“Mia...? “
Miazara menoleh kea rah Mikhail tanpa sepatah kata. Hanya air mata yang berlinangan. Entah kenapa sayu hati Mikhail melihat wajah Miazara yang sudah sembab dihujani air mata itu. Perlahan dia menarik Miazara ke dalam dakapannya. Dia mengusap lembut kepala Miaza untuk menenangkan wanita itu. Miazara menangis semahunya di dada bidang milik Mikhail.
Hampir setengah jam mereka berkeadaan begitu. Bila merasakan sudah agak lega, Miazara melepaskan dakapan Mikhail. Dia mengesat air matanya dengan jemari.
“Awak ok?”
“Ok.. terima kasih Mikha... Maaf, saya dah basahkan baju awak....”
Miazara rasa sedikit malu.
“Tak apa.... mana kunci rumah awak? Mari saya tolong...”
Miazara menyuakan kunci rumahnya kepada Mikhail. Mikhail membukakan pintu buat Miazara. Miazara melangkah masuk ke dalam rumahya. Tanpa diduga , Mikhail turut sama masuk ke dalam rumahnya.
“Mana dapur awak?”
Miazara menunjukkan dapurnya. Dia tidak terkata apa sangat Mikhail masuk ke rumahnya, walaupun dia agak terkejut dengan tindakan lelaki itu. Nasib baik kawasan itu kawasan yang memang sudah dijaga dan jarang-jarang pencegah maksiat akan datang. Pintu rumah Miazara juga dibiarkan terbuka luas.
Mikhail kembali semula dengan membaca secawan air kosong.
“Nah! Minum dulu air ni...”
Mikhail menyuakan minuman kepada Miazara sambil melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapan Miazara.
“Terima kasih...”
“Awak kenapa ni? Tengahari tadi masa saya jumpa awak okey je? Tiba petang tadi saya tengok awak dah macam ni..”
“Ermmm.. Entahlah Mikha... Mia tak tahu kenapa dorang sanggup buat Mia macam ni...Apa salah Mia pada dorang? Mia tak ada siapa-siapa melainkan mereka berdua. Tapi Mia tak sangka rupanya, mereka sanggup khianati Mia...”
“Maksud Mia Ghaz dan Balkis ke?”
Miazara hanya mengangguk.
“Tapi bukan ke Balkis tu kawan baik awak, takkan dia sanggup khianati persahabatan kalian?”
“Entahlah Mikha....saya dah tak tahu nak buat macam mana lagi....”
Sebak Mia bila teringatkan apa yang telah terjadi kepadanya tadi.
“sabarlah Mia, anggap ni semua dugaan buat Mia....”
“Terima kasih Mikha.....”
“Okeylah Mia, saya rasa saya nak beransur dulu... tak elok pula duduk rumah awak ni lama-lama... Ni kad saya, kat situ ada nombor telefon saya.. kalau ada apa-apa awak boleh contact saya... Mulai hari ni, anggap saya kawan awak ye...”
Mikhail menghulurkan kad namanya kepada Miazara. Miazara menyambut huluran Mikhail itu dan tersenyum kepadanya.
Miazara menghantarkan Mikhail hingga ke muka pintu.
.............................................
Miazara sedikit tenang dengan kehadiran Mikhail walaupun hatinya sedikit terluka. Tetapi bila tinggal bersendirian , hatinya dipagut rasa sayu. Sekali lagi dia menangis sendirian mengenangkan nasibnya itu.
Mikhail tidak tahu apa yang merasuk fikirannya sehingga dia sudi mendengar masalah Miazara dan meminjamkan bahunya bagi menenagkan wanita itu. Dia tersenyum sambil menggelengkan kepalanya bila teringat kembali tindakan di luar pemikirannya tadi.
1 comments:
sikitnyerrr...
tp x pe, ok jer
Post a Comment