Blogger Layouts

Friday, 22 July 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 12)


BAB 12
Fikri tersedar dari tidur apabila mendengar bunyi deruan air di bilik mandi. Lantas dia mengerling ke tubuhnya, cuba mngingati apa yang berlaku. Seingatnya tiada apa yang berlaku. Lantas dia mengerling jam di meja , sudah menunjukkan 6.45 pasi. Waktu subuh hamper habis. Lantas dia bergegas menuju ke bilik air di tingkat bawah.
Ketika dia masuk semula ke bilik untuk bersolat dan bersiap-siap ke pejabat, dilihatnya Fira sudah siap dan ingin keluar dari bilik itu. Dia tidak mengendahkan Fira, lantas melaksanakan apa yang harus dilaksanakannya.
Setelah selesai semuanya, Fikri turun ke bawah untuk bersarapan pagi. Tetapi dilihatnya kelibat Fira tiada di situ.
Ketika Fikri bersarapan, datin maria bertanya kepadanya.
“ kamu masih guna pakai lagi syarat-syarat kamu tu ke Fik..?” tanya Datin maria serius
“ syarat..? bukan ibu dah koyakkan ke semalam.. so, mana ada syarat lagi...” balas fikri
“ dah tu... kenapa pagi-pagi lagi Fira dah keluar.. sepatutnya mulai hari ini, dia tak perlu lagi keluar awal macam selalu...” tanya datin maria meminta kepastian
‘’ermmmm.. patutlah tak ada..dia lupa agaknya tu bu.... tak apalah, nanti kat office fik ingatkan dia.....” balas fikri kembali
.....................................
Setibanya di pejabat, fira telah menunggu fikri seperti biasa di hadapan pintu masuk dan membawa briefcasenya menuju ke bilik fikri
‘emm...sah dia ni lupa..’ gumam Fikri di dalam hatinya
Ketika fira ingin keluar dari bilik itu, fikri telah menahannya.
“Fira.....nanti kejap...”
“yups....kenapa en. Fikri..??” tanya fira
“awak dah lupa sesuatu ke...?” tanya Fikri mencari kepastian
“ lupa apa....?” tanya fira tidak mengerti
“syarat antara kita...?? kan dah terbatal tadi malam... ibu dah koyakkan lagipun...” jelas fikri
“err... ye ke..? alahai.. saya terlupa lah awak.. dah terbiasa...” balas fira bersahaja sambil tersengih
Hilang terus panggilan ‘en.fikri’ yang digunakan kepada suaminya itu selama ini.
“ ermmm... lepas ni jangan lupa.... nanti ibu marah saya...” balas Fikri kembali
Mulai hari itu, fira menjalankan tugasnya seperti biasa. Tiada lagi syarat-syarat di antara mereka. Tetapi dalam masa yang sama, fira masih lagi melaksanakan tugas-tugas dan arahan yang dirasakan wajar seperti  yang terdapat di dalam syarat tersebut.

2 comments:

YONG JIAO XIU said...

so dia dah tak balik lewat ke?

Anonymous said...

hehehe fira memang lurus bendul dan fikri memang anak mak dah kenalah sgt2 tu hehehe :)bab demi bab semakin menarik plotnyer syabas :)