CINTA YANG BENAR (PART 2)
“Semalam Zara balik pukul berapa?”
“ Sampai rumah dekat pukul 12 juga, nasib ada orang tumpangkan... Kalau tak tahulah macam mana.. Bas dengan teksi tak ada lalu pula”
“ Zara kenal ke dengan orang yang tumpangkan Zara tu?”
Miazara hanya menggelengkan kepala. Tangannya ligat menyapu habuk-habuk pada rak dengan menggunakan bulu ayam.
“ Kalau tak kenal kenapa naik? Kalau orang tu orang jahat macam mana? Lelaki ke perempuan? Tua ke muda?”
Miazara menoleh kea rah Ghazali. Dia tersenyum kepada Ghazali.
“ Orang tu lelaki dan muda.... Ghaz jangan risau okey! Dia baik... Lagipum dia tu bukannya bernafsu dengan perempuan pon...”
“Maksud Zara?”
Miazara menoleh kiri dan kanan sebelum berkata perlahan kepada ghazali.
“Dia tu gay....”
“Hah? Gay?” jerit Ghazali. Dia sedikit terkejut mendengar jawapan Miazara. Miazara memukul perlahan lengan Ghazali.
“slow sikitlah Ghaz. Nanti orang dengar!”
“Apa yang korang bisik-bisik ni...? Siapa yang gay?”
Miazara terkejut . Rupanya, Balkis juga berada di situ.
“Eh, Balkis bila kau sampai? “
“Baru aje sampai.. Korang cerita pasal siapa ni?”
“Tak ada siapa-siapalah....”
“Si Zara ni, semalam dia balik dengan siapa entah. Orang tu gay pula tu...”
Miazara menjegilkan matanya kepada Ghaz. Tak boleh simpan rahsia betul. Ghazali hanya membuat muka selamba saja.
“Owwh! Ghaz, jom teman I pergi makan. Laparlah... Zara boleh kan aku pinjam Ghazali kesayangan kau ni kejap...”
Miazara sedikit terkejut dengan permintaan Balkis. Tapi dia malas mahu memikirkan yang bukan-bukan.
“Boleh je... Tapi Zara okey tak?”
Miazara memandang seketika ke arah Ghazali. Tak sangka Ghazali akan bersetuju dengan ajakan Balkis itu. Belum sempat Miazara menjawab, Balkis telah memberi keputusan terlebih dahulu.
“Nanti aku belikan kau nasi ayam ea Zara... Jom Ghaz! I dah lapar ni..”
Balkis meraba-raba perutnya tanda sudah lapar. Dia lantas menarik tangan Ghazali untuk keluar dari kedai itu. Ghazali hanya menurut sahaja. Sedikit pun tidak membantah. Miazara pula hanya melihat sahaja. Tidak sempat juga untuk mengatakan apa-apa.
................................................
“Lama betul dorang ni pergi makan... Aku pun dah lapar juga ni...hermmm”
“Ding Dong... Ding Dong...’’
Loceng pintu berbunyi, tanda ada orang masuk ke dalam kedai itu. Miazara segera menegur pelanggan yang masuk ke kedai itu. Sudah menjadi kebiasaan jika ada pelanggan yang datang, Miazara akan mengucapkan ‘Selamat Datang’ dan ketika mereka keluar, Miazara akan mengucapkan ‘Terima Kasih. Sila datang lagi’.
“Selamat datang...” Miazara tersenyum kepada pelanggan tersebut.
“Cik Mia?”
“En. Mikha?”
Mereka berdua sama-sama ketawa. Tak sangka mereka akan bertemu lagi di situ.
“Cik Mia kerja kat sini ke?”
“Haah.. Tak payahla ber Cik-cik dengan saya En. Mikha. Panggil Mia aja...”
“Baiklah... Tapi Mia pun jangan panggil saya Encik. Panggil Mikha aja...”
“Baiklah... Mikha nak cari souvenir ke?”
“Haah... Untuk adik perempuan saya dengan Ilham”
“Owwh.. En. Ilham macam mana? Dia dah ok?”
“Dah okey sikit.. Ni yang saya nak carikan souvenir untuk dia...”
Miazara hanya tersenyum sahaja. ‘bagi souvenir kat En.Ilham. Mesti nak pujuk ni. Tak sangka aku, gay pun macam orang normal biasa bila bab pujuk memujuk ni.’
“Kenapa Mia?”
“Tak ada apa-apa... Mari saya tolong Mikha cari souvenir tu. Pelanggan lain tengah tak ada ni....”
Miazara menunjukkan souvenir yang terdapat di kedai itu kepada Mikhail. Sambil mencari souvenir yang berkenaan di hati, mereka berbual-bual. Sesekali tangan Miazara menepuk perlahan lengan Mikhail. Sangat mesra sekali mereka berdua, seperti sudah lama kenal. Miazara memang seorang yang ramah dan menyenangkan. Mikhail begitu selesa dengan Miazara. Personaliti Miazara begitu mencuit hatinya.
“Okey Mia, saya rasa nak yang inilah untuk Ilham... Tapi ada warna lain tak? Warna Silver..”
“Kejap ye, saya pergi tengok kat stor...”
Miazara menuju ke stor. Mikhail mengekornya dari belakang. Miazara terpaksa memanjat tangga untuk mengambil souvenir yang dikehendaki oleh Mikhail. Mikhail yang risau melihat Miazara memanjat, turut masuk ke dalam stor tersebut. Ketika Miazara ingin turun dari tangga, tanpa sengaja dia tergelincir dan terjatuh kea rah Mikhail. Miazara telah terhempap di atas dada bidang Mikhail tanpa sengaja. Pandangan mereka bertemu dan menerbitkan getaran di dalam hati. Miazara yang rasa tidak selesa dengan situasi tersebut terus bangun dari terus menghempap Mikhail. Dia bersila dilantai dengan tangan masih memegang souvenir tersebut. Mikhail masih lagi terbaring di lantai.
“Err.. Mikha, maaf ya.. Saya tak sengaja..”
“ It’s ok.. Mia okey ke ni?”
Miazara hanya tersenyum. Dia membantu Mikhail duduk.
“habis baju awak... Mari saya bersihkan..”
Miazara menepuk-nepuk debu yang melekat di baju Mikhail dengan tangannya. Sesekali tepukannya kuat sehingga Mikhail mengaduh.
“Aduh! Ganas juga awak ni ye Mia..”
“Err.. Sorry, saya buat slow-slow ok..”
Sambil-sambil itu mereka berbual dan sesekali kedengaran gelak ketawa mereka berdua. Tidak lama itu, Balkis dan Ghazali pulang dari makan. Mereka berdua terkejut melihat Miazara bersama di dengan seorang lelaki di dalam kedai itu.
“Err... Ghaz dengan Balkis dah balik...”
Miazara segera berdiri dan dia membantu Mikhail bangun sekali.
“Siapa ni Zara?!”
“Kawan Zara....”
“Mikhail Irshad...”
Mikhail menghulurkan tangan kepada Ghazali tetapi Ghazali menepisnya. Miazara sedikit terkejut melihat tindakan Ghazali tu.
“Kawan ke kekasih baru?! Ghaz keluar kejap, Zara senang-senang berseronok dengan lelaki lain kat belakang Ghaz ya...?”
“Apa kau buat ni Zara? Tak sangka aku kau curang dengan Ghaz...”
“Errr....Ghaz dengan Balkis dah salah faham ni... Mikha dengan Zara tak ada apa-apa hubungan...”
Ghazali sudah meninggalkan Zara di situ. Balkis turut mengekori Ghazali. Dia tersenyum sendiri. Barangkali ini adalah pengakhiran hubungan Miazara dan Ghazali.
“Errr.. Mikha, sorry ya. Awak tunggu kejap.. saya nak pergi pujuk Ghaz..”
Miazara mendapatkan Ghazali di mejanya. Balkis juga berada di situ . Hanya menjadi pemerhati.
“Ghaz.. Ghaz dah salah faham ni...”
“Salah faham apa lagi Zara? Kemain mesra lagi Zara dengan dia. .. Kalau Zara suka dia, buat apa lagi kita nak teruskan hubungan ni?”
“Ghaz! Zara tak suka dialah! Lagipun Mikha tu gay..!!”
Mikhail yang terdengar akan ungkapan dari mulut Miazara it uterus meluru kepada mereka. Dia tidak sangka Miazara boleh berkata begitu.
“Apa maksud awak kata saya gay dekat diaorang?!”
“Errr.... “
Belum sempat Miazara membalasnya, Mikhail sudah keluar dari kedai itu meninggalkan mereka. Dia sedikit bengang dengan ungkapan yang keluar dari mulut Miazara. Miazara rasa bersalah kerana telah memecahkan rahsia Mikhail. Dia terus mengajar Mikhail untuk minta maaf.
“Mikha..tunggu!”
“Apa lagi awak nak? Awak sedar tak apa yang awak cakap tadi?”
“Err.. saya minta maaf. Saya tak sengaja nak pecahkan rahsia awak..”
“Rahsia apa?”
“Yang awak ni gay.....”
“Hah? Sudahlah Mia....” Mikhail tidak tahu ingin berkata apa. Dia sedikit bengang. Dia terus meninggalkan Miazara. Kerana bengang , dia terus membiarkan Miazara salah faham dengannya tanpa memberitahu perkara sebenar.
“Zara...? Zara okey?”
“Ghaz.....”
“Dah jom.... Ghaz minta maaf sebab salah faham... Tu ke mamat yang tumpangkan Zara semalam?”
Miazara hanya mengangguk. Entah mengapa hatinya rasa sedih tatkala melihat kereta milik Mikhail berlalu pergi. Perasaan bersalah menghantui jiwanya. Ghazali menarik Miazara supaya mengikutnya kembali semula ke kedai.
1 comments:
Best...smbung lg ya biar lah panjang ckit ceta nyer
Post a Comment