BAB 4
“Along pergi beli tiket, Angah pergi beli popcorn... adik pergi tunggu kat situ okay.. jang pergi mana-mana...” pesan Raja Salman sambil menunjuk ke arah kerusi kosong kepada Raja Shameera.
Raja Shameera hanya menurut. Kemudian dia melangkah ke arah kerusi kosong yang dimaksudkan. Ramai sungguh orang yang ingin menonton wayang pada hujung minggu itu. Nasib baik Raja Shameera membawa MP4 nya, tidaklah dia bosan duduk sendirian sementara menunggu abang-abangnya.
...............................
“sayang, i nak pergi toiletlah.. teman jom...” ajak Awin selepas membeli tiket wayang.
“Eh You ni...! pergi sendirilah... tak kuasa I... I tunggu sini aja...” balas Tengku Shahmie selamba. Malas dia mahu melayan sikap mengada-ngada Awin itu.
“You ni... !!” rengus Awin. Kemudian dia melangkah pergi meninggalkan Tengku Shahmie.
Tengku Shahmie bin Tengku Iskandar. Siapa yang tidak kenal dengan lelaki kasanova itu, perempuan keliling pinggang tetapi tak seorang pun yang benar-benar serius dengannya. Kebanyakan wanita yang berdampingan dengannya hanyalah semata-mata kerana kekayaannya. Walaupun dia seorang kasanova tapi dia bukanlah buaya darat yang menerkam mangsa-mangsanya untuk memuaskan nafsu. Baginya, hanya perempuan yang bergelar isteri sahaja yang layak disentuh dan dicintainya.
Sementara menanti Awin kembali dari toilet, Tengku Shahmie merayau-rayau seketika di perkarangan panggung. Tiba-tiba dia terpandangkan seseorang.
‘‘comel.... sweet...!!’’ tanpa sedar, terkeluar perkataan itu dari mulut Tengku Shahmie. Inilah kali pertama dia memuji perempuan. Walaupun dia selalu berdampingan dengan perempuan-perempuan cantik, tetapi tidak pernah sekali pun dia memuji mereka dan menaburkan janji-janji manis buat mereka. Lagi pula wanita-wanita itu sendiri yang datang kepadanya. Dia pula hanya melayan sekadar untuk suka-suka.
Lantas dia mendapatkan gadis yang sedang duduk sendirian itu.
“hai cik adik.... sorang aja ke...?” tegur Tengku Shahmie. Buat pertama kalinya dia mengusha seorang awek. Namun tiada reaksi dari gadis itu.
Raja Shameera yang sedang khusyuk mendengar MP4 nya tidak perasan ada orang yang menegurnya. Dia menoleh ke sebelah, apabila dia terasa seperti ada orang duduk di sebelahnya. Dia memperlahankan MP4 nya dan berganjak sedikit dari tempat duduknya.
“Hai...!!!” tegur Tengku Shahmie lagi sambil tersenyum.
“Waalaikummussalam...!!!!” balas Raja Shameera selamba.
“Err... Assalamualaikum..” ucap Tengku Shahmie sedikit malu.
“Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh... Islam rupanya....! Ya Encik..? ada apa-apa yang boleh saya bantu..??” balas Raja Shameera selamba sambil tersenyum sinis.
“Err.. tak ada apa-apa...” jawab Tengku Shahmie sedikit teruja. Jantungnya berdegup kencang saat terpandangkan mata dan senyuman manis Raja Shameera walaupun mungkin senyuman yang dilemparkan gadis itu tidaklah begitu ikhlas untuknya.
“Saya Tengku.....” belum sempat Tengku Shahmie memperkenalkan diri, Raja Shameera sudah memotong terlebih dahulu.
“okeylah En. Tengkujuh... abang-abang saya dah sudah tu... saya pergi dulu ya..” ucap Raja Shameera sedikit sinis. Malas dia mahu melayan mamat poyo yang rasa handsome tu.
‘Ingat dia handsome, boleh senang-senang nak ngurat aku ke..? boleh bla..tapi.. Handsome ke dia..? bolehlah kot buat ada-ada...hehe’ desis hati kecil Raja Shameera. Dalam diam dia tersenyum sendiri.
“Cik...!!” panggil Tengku Shahmie ketika Raja Shameera sudah bangun untuk beredar.
Klik..!! Tengku Shahmie sempat menangkap gambar Raja Shameera sebelum Raja Shameera beredar jauh meninggalkannya. Dia memberikan senyuman pada Raja Shameera.
Tengku Shahmie tersenyum puas. Kemudian dia pergi mendapatkan Awin yang sedang mencari-cari kelibatnya.
‘Huh...! siot punya Tengkujuh... berani kau ambil gambar aku..!!’ gumam Raja Shameera sedikit geram. Dia mendapatkan abangnya Raja Salman yang baru selesai membeli tiket. Raja Syazwan masih lagi beratur membeli popcorn.
“ Apa adik buat dekat sini.....? kan Along suruh tunggu sana...” tanya Raja Salman saat melihat Raja Shameera yang sudah mendapatkannya.
“Ada mamat poyo bajet handsome kacau adiklah...” beritahu Raja Shameera
“mana dia..?! meh along bagi ceramah free sikit...” balas Raja Salman pula.
“Dah blah dah...” jawab Raja Shameera pendek. Malas ingin memanjangkan cerita.
“dah jom tolong angah tu..” Raja Shameera menukar topik saat dia terpandang lambaian Raja Syazwan dari kaunter snek. Pasti ingin meminta bantuan mereka untuk membawa makanan dan minuman yang dibelinya.
“Mak aii angah..! banyaknya beli... nak kenduri apa..?” perli Raja Shameera
“ Ni semua untuk elakkan mengantuk...hahaha” jawab Raja Syazwan selamba.
“Dah-dah... Jom masuk..! dah time dah ni..” ajak Raja Salman.
###############
“Seronok juga cerita Alvin tu kan..?” ucap Raja Syazwan selepas keluar dari panggung.
“kan..? kan..?? best kan cerita tu..hehehe” balas Raja Shameera pula.
“hai Angah pun dah jadi budak-budak macam adik juga ke..?” perli Raja Salman
“ Eh, Along.. Angah ni kira muda remaja lagilah juga jika nak dibandingkan dengan along tu yang dah terlebih dewasa..hahaha” galak Raja Syazwan mengenakan abangnya itu.
“oowh... kenakan Along ya..!!” Raja Salman menyekeh kepala Raja Syazwan. Kemudian dia ketawa. Raja Syazwan membalasnya. Akhirnya mereka berlawan sesama sendiri.
“Haish along dengan angah ni... sudahlah tu..!! awak dua orang kan dah dewasa...! mengalahkan saya muda remaja ni lah...!!” bebel Raja Shameera yang rimas melihat kedua-dua abangnya itu tak sudah berlawan dan bergurau sesama sendiri. Begitulah Raja Shameera kalau sudah membebel. Ganti nama juga turut ditukar.
“hahahaha kami gurau ajalah dik... dah lama kita tak macam ni kan angah...” balas Raja Salman sambil memeluk bahu Raja Syazwan.
“nak bergurau pun janganlah kat tempat awam macam ni.. awak dua orang tu dah dewasa.... malulah orang tengok..haish..!!” Raja Shameera terus berjalan meninggalkan kedua-dua abangnya itu.
Raja Salman dan Raja Syazwan mengejar Raja Shameera dari belakang. Bila sudah hampir dengan Raja Shameera, Raja Syazwan terus mencubit kedua-dua belah pipi Raja Shameera dari belakang. Terjerit Raja Shameera dibuatnya.
“Hey..!!!” jerit Raja Shameera.
“Shhh... slow sikitlah adik.. tengok semua orang pandang...” Raja Salman menekup mulut Raja Shameera dengan tangannya. Raja Shameera mengalihkan tangan abangnya itu. Raja Syazwan di sebelah hanya tersenyum memandang Raja Shameera. Dengan pantas, satu cubitan hinggap di perut Raja Syazwan sebelum sempat dia mengelak.
‘‘Yes..!!! hahaha” Raja Shameera riang dapat membalas balik pada Raja Syazwan.
“dah lah tu... balik rumah karang sambung lagi eak..?” perli Raja Salman
“jom pergi solat maghrib.. lepas tu kita pergi cari port untuk makan.. adik ada barang nak cari tak..? next week dah nak pergi daftar study kan..?” tanya Raja Salman sebelum mereka berpisah untuk solat maghrib .
“tak apalah, adik dah janji dengan Mia.. esok kita orang nak keluar, nanti adik carilah barang apa yang adik nak.. tapi nak minta bantuan sikit...” beritahu Raja Shameera.
“bantuan apa...?” tanya Raja Salman dan Raja Syazwan serentak. Mereka berdua sangat menjaga kebajikan adik mereka yang sorang itu. Lebih-lebih lagi adik mereka itu perempuan. Mereka tidak mahu sesuatu yang tidak baik terjadi pada adik kesayangan mereka itu.
“nak minta Angah tolong hantarkan kami esok pergi Dataran Pahlawan.. boleh kan...?” pinta Raja Shameera sambil membuat muka comel.
“untuk adik kesayangan Angah ni.. apa-apa pon boleh.....” jawab Raja Syazwan sambil mencuit hidung Raja Shameera.
“terima kasih angah..!! balik sekali tau... jangan lupa tolong ambil.. nak minta tolong along, confirm sibuk dating...” perli Raja Shameera selamba.
“jeleslah tu... hahaha” balas Raja Salman sambil mencebik
Mereka bertiga berpisah setelah tiba di surau wanita dan lelaki. Selepas solat maghrib dan makan, mereka terus pulang ke rumah.
“Angah...nanti pukul 2 jangan lupa hantarkan adik pergi DP (Dataran Pahlawan).. tapi sebelum tu, kita pergi rumah Mia dulu okey, ambil dia..” pinta raja Shameera kepada abangnya Raja Syazwan. Raja Salman pula pagi-pagi lagi sudah keluar dengan tunangnya, Farahana.
“Okey...! Angah nak joint korang boleh tak..? bosanlah, nak keluar tak ada kawan..”balas Raja Syazwan sambil tersengih minta simpati.
“Alah angah ni... kacau daun betullah...hehehe”
“kalau tak boleh... tak apalah” Raja Syazwan membuat muka sedih.
“Alah.. ngengada betullah Angah ni..haish.! nanti adik tanya Mia, dia ok ke tak..” beritahu Raja Shameera. Raja Syazwan hanya persengih mendengar kata-kata Raja Shameera.
....................................
Petang itu, Raja Syazwan menghantarkan Raja Shameera dan Damia Tan ke Dataran Pahlawan. Damia Tan adalah seorang gadis kacukan Melayu Cina. Dia merupakan teman baik Raja Shameera semasa di sekolah dahulu. Selepas SPM, Mereka berdua menyambung Tingkatan 6. Damia Tan meyambung Tingkatan 6 di sekolah lama mereka. Manakala, Raja Shameera pula menyambung Tingkatan 6 di sekolah yang berhampiran dengan rumah neneknya di kampung. Kini mereka akan menyambung pelajaran di peringkat Ijazah sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Pemasaran. Kedua-duanya juga telah memilih Universiti yang sama iaitu Universiti Teknologi Mara Cawangan Bandaraya Melaka.
“Adik... Mia... Angah rasa, tak jadilah nak joint korang berdua...” beritahu Raja Syazwan ketika di dalam kereta.
“kenapa pula..? gedik betullah Angah ni..haish...” rungut Raja Shameera. Susah payah dia berkompromi dengan Damia Tan untuk membenarkan Raja Syazwan mengikut mereka , akhirnya Raja Syazwan membatalkannya.
“Tadi abang Mie call, dia jak Angah karok...hehehe” beritahu Raja Syazwan
“Perghh..!! karok tak ajak... nak ikut juga....!” rengek Raja Shameera.
“ish... tak boleh..! korang budak-budak tak boleh joint.. hohoho” balas Raja Syazwan sambil ketawa seperti santa clause.
“Ceth..!! dah kena sumpah jadi santa pula angah aku ni Mia weyh....hahaha” balas Raja Shameera pula. Damia Tan yang sedari tadi senyap turut ketawa.
“maknanya... tak dapatlah nak minta Angah belanja Baskin Robin kan Sham...” ucap Damia Tan.
“hah... tahu tak pa...penat jerk kita plan baik punya kan Mia..” Jawab Raja Shameera pula.
“Cethh...!! korang ada niat rupanya ya bagi Angah joint korang.. hampeh tol...!” balas Raja Syazwan sambil mencuit pipi Raja Shameera.
“Ish.. apa angah ni,, sakitlah...” bentak Raja Shameera. Raja Syazwan hanya tersengih sahaja.
Raja Syazwan memberhentikan Raja Shameera dan Damia Tan di hadapan pintu masuk utama Dataran Pahlawan.
“Nanti dah sudah shopping, telefon Angah okey..! “ pesan Raja Syazwan kepada adiknya itu.
“okeyh..! Angah pergi karok dekat mana...?” tanya Raja Shameera.
“ kat MP (Mahkota Parade) aja kot..” beritahu Raja Syazwan
“Yelah... karang dah sudah adik telefon angah... karok tu jangan lupa solat pula...” Raja Shameera mencium tangan Raja Syazwan sebelum keluar dari kereta. Sempat juga dia menitip pesan buat abangnya itu.
....................................
Raja Shameera dan sahabatnya Damia Tan shopping hingga ke maghrib. Sedang mereka berjalan untuk mencari surau, telefon Raja Shameera berbunyi. Berkumandang lagu kegemarannya “Ai-Ni” nyanyian Cindy Wong.
“Hello, Assalamualaikum adik...!” Raja Syazwan memulakan bicara sebaik sahaja Raja Shameera menjawab panggilan.
“Waalaikummussalam...” belum sempat Raja Shameera bercakap lebih lanjut. Raja Syazwan sudah memotong terlebih dahulu.
“Adik kat mana tu..? Dah sudah shopping ke..?” tanya Raja Syazwan.
“Dah... kami nak pergi cari surau kejap... nak solat maghrib.. lepas tu nak makan... kenapa Angah..?”tanya Raja Shameera pula.
“Angah bosanlah... nak joint korang boleh...? Abang Mie dah blah dah.. Awek nombor 2 dia nak jumpa...” beritahu Raja Syazwan.
“Kasanova betul Abang Mie tu eak.. ? handsome sangat ke dia tu, sampai awek keliling pinggang..? hahaha” sempat lagi Raja Shameera memerli.
“kita orang nak solat dulu, Angah pun pergilah solat dulu. Lepas tu kita makan sama-sama.. Angah belanja ok..? hehee “ tambah Raja Shameera lagi.
“ Yelah-yelah...” balas Raja Syazwan.
“ Nak Angah tunggu korang kat mana nanti...?” Tanya Raja Syazwan
“Tunggu je kat Pizza Hut kat MP tu... nanti kita orang pergi sana okey..!” beritahu Raja Shameera.
“Nak minta Angah belanja Pizza lah tu.. hampeh betul adik ni..hahaha”
“Of courselah... hahaha Dah-dah.. Angah tunggu aja sampai adik dengan Mia datang... Adik nak pergi menghadap ILAHI ni..daaa~~ “ Raja Shameera menamatkan perbualannya dengan Raja Syazwan dan terus masuk ke surau untuk menunaikan solat maghrib.
..............................
Selepas menunaikan solat maghrib, Raja Shameera dan Damia Tan terus menuju ke destinasi mereka seterusnya iaitu Restoran Pizza Hut di mahkota Parade yang berhadapan dengan Dataran Pahlawan tempat mereka membeli belah. Ketika ingin keluar dari pintu utama, tiba-tiba Raha Shameera dilanggar seorang wanita sehingga dia dan beg-beg plastik yang dibimbitnya jatuh ke lantai. Wanita yang melanggar Raja Shameera terus sahaja meninggalkannya tanpa membantu Raja Shameera bangun, apatah lagi meminta maaf.
“Sham.. kau okey tak ni..?” tanya Damia Tan seraya membantu Raja Shameera bangun sambil mengutip beg-beg plastik yang terjatuh di lantai.
“Hampegas betullah siapa yang langgar aku tadi.. bukan nak tolong..! minta maaf pun tak..!” rungut Raja Shameera sambil bangun.
Rupa-rupanya tidak jauh dari mereka, ada sepasang mata yang sedang memerhati. Orang itu adalah Tengku Shahmie. Manakala wanita yang baru sahaja melanggar Raja Shameera itu pula sedang mendapatkannya.
“Hai darling.. Sorry late..! dah lama tunggu..?” Tanya Asmida saat bertemu tengku Shahmie.
“Lama tak lama.. Sempat jugalah solat...!” jawab Tengku Shahmie bersahaja.
“ You langgar budak tu tadi kan..? kenapa tak minta maaf dengan dia..?” tanya Tengku Shahmie sambil menunjuk ke arah Raja Shameera.
“alah... biar ajalah...! jom darling!” ajak Asmida dengan gayanya yang sedikit gedik itu. Tangannya sudah memaut lengan Tengku Shahmie.
“I nak pergi kat budak tu kejap..”Tengku Shahmie melepaskan tangan Asmida yang memaut lengannya. Dia berjalan menuju ke arah Raja Shameera dan Damia Tan.
Raja Shameera sedang membetulkan pakaiannya dan menyemak barang-barangnya yang terjatuh tadi.
Tengku Shahmie sudahpun berada di depan Raja Shameera dan Damia Tan. Setiap kali terpandangkan Raja Shameera pasti jantung tengku Shahmie berdebar-debar.
‘comel..!!’ desis hati kecil Tengku Shahmie saat melihat Raja Shameera. Raja Shameera hanya berpakaian simple dengan jeans dan t-shirt, di luar dia memakai jaket jeans dan dipadankan dengan beg sandang.
Walaupun pemakaiannya nampak seperti lelaki tetapi wajah comelnya tetap tidak dapat menyembunyikan keperempuanannya.
“Cik tak apa-apa ke..?” tanya Tengku Shahmie kepada Raja Shameera.
Raja Shameera dan Damia Tan yang tidak perasan akan kehadiran Tengku Shahmie sebentar tadi terus menoleh ke arah suara yang menegurnya tadi.
‘Eh...! Ni mamat Tengkujuh yang nak ngurat aku semalam ... Ish! Dia ni kat mana aku ada, mesti ada dia juga..Huh..!!’ gumam Raja Shameera di dalam hati.
“Cik..? Cik okey ke..?” tanya Tengku Shahmie sekali lagi bila Raja Shameera tidak menjawab pertanyaannya.
Raja Shameera masih lagi diam membisu , tidak menjawab apa yang ditanya.
“Weyh, Sham..!! Encik ni tanyalah... apasal kau senyap aja..?” sergah Damia Tan yang pelik melihat Raja Shameera.
‘owwh..Sham nama dia..’ Tengku Shahmie berkata sendiri di dalam hati. Dalam diam dia tersenyum.
“hah..?? Apa En. Tengkujuh ni tanya tadi..?”
‘Eh.. alamak..!! terlepaslah pula..!’ desis Raja Shameera dalam hati.
“En. Tengkujuh..?” tanya Damia Tan curiga.
“Err.. tak ada apa-apa.. jom blah..!!” ajak Raja Shameera sedikit kalut. Tengku Shahmie hanya tersenyum melihat Raja Shameera.
“Eh.. nantilah dulu Cik Sham yang comel..” haling Tengku Shahmie sambil memegang lengan Raja Shameera.
‘Eh mamat Tengkujuh ni..!! lebih pula , pegang-pegang tangan orang...!!!’ gumam Raja Shameera sedikit geram.
“Hey...!! apa pegang-pegang ni..!! suka-suki aja sentuh orang..!! batal air sembahyang aku..!! huh...!!” bentak Raja Shameera. Tengku Shahmie yang sedar akan keterlanjurannya terus melepaskan tangan Raja Shameera.
‘‘ups..sorry...!!”
‘garang juga budak comel ni...hehehe’ Tengku Shahmie tersenyum sendiri.
Asmida yang memerhati dari jauh sudah tidak senang diri melihat aksi tersebut. Lantas dia mendapatkan Tengku Shahmie yang berada bersama Raja Shameera dan Damia Tan.
“You buat apa dengan dia orang lama sangat ni darling...!!” tegur Asmida sedikit bengang.
“takkan budak macam ni pun you nak usha..!! dahlah macam jantan..!” perli Asmida sinis sambil mengerling ke arah Raja Shameera.
“Apa you ni As..? dahlah tadi you langgar dia , you tak minta maaf.. ni datang-datang nak cari pasal pula..” balas tengku Shahmie yang sedikit bengang dengan sikap Asmida.
‘owwh... Minah ni rupanya yang langgar aku tadi..!! bajet hot betul.. kalau ikut tak sabar aku... dah aku sound cukup-cukup biar menanah telinga dia dengar ceramah aku..hahaha’ Raja Shameera bermonolog sendiri dan tanpa sedar dia tersenyum sinis kepada Asmida.
“Jom Mia, blah...! okeylah, En. Tengkujuh, semoga kita tak berjumpa lagi..!!” Raja Shameera mengajak Damia Tan beredar dari situ. Malas dia nak melayan karenah dua orang tersebut. Lagipun, kasihan pula pada abangnya Raja Syazwan, pasti lama menunggu mereka.
“Dia orang dah blah..jom kita pergi makan...!” ajak Asmida sambil menarik tangan Tengku Shahmie.
“Malas..!! I dah tak ada mood..I nak balik..!!” balas Tengku Shahmie. Dia melepaskan tangan Asmida dari tangannya. Kemudian dia melangkah pergi meninggalkan Asmida sendirian di situ.
.............................
“Angah...!! Sorry late..ada permasalahan sikit...” Raja Shameera menegur Raja Syazwan sebaik sahaja mereka sampai di Restoran Pizza Hut tersebut.
“Permasalahan apa pula ni..? macam-macam aja adik ni.. lama tau Angah tunggu..! kalau lambat lagi 5 minit tadi, Angah cancel belanja korang pizza..” bebel Raja Syazwan.
“Alah... sorrylah... bukan sengaja.. tadi adalah sorang Hamba Allah langgar adik masa nak keluar DP... tak percaya tanya Mia...” Beritahu Raja Shameera.
“Betul Angah...! tadi ada sorang minah ni langgar Sham masa kami nak keluar dari DP.. lepas tu dia buat tak tahu aja .. minta maaf pun tak..” jelas Damia Tan bersungguh-sungguh.
“habis tu... ? ada luka kat mana-mana tak ni..?” tanya Raja Syazwan risau.
“Taklah.. tak ada apa-apa pun.. bukan kena langgar kat tengah jalan pun...” jawab Raja Shameera bersahaja.
“terlanggar badan sama badan aja kat pintu masuk tadi...” tambah Raja Shameera lagi.
“lepas tu kan angah... ada mamat handsome ni datang kat kita orang.. tanya okey ke tak kat Sham...” tokok Damia Tan pula sambil tersengih.
“siapa mamat tu..? korang kenal ke...?” tanya Raja Syazwan.
“entah..!! tapi mamat tu lah yang tegur adik masa kita pergi tengok wayang semalam... Rasanya perempuan yang langgar adik tu, awek dia kot..” beritahu Raja Shameera
“oowh.. patutlah kau macam kenal dia aja...” ucap Damia Tan pula.
‘‘Lepas ni, kalau orang yang tak kenal tegur jangan layan okey..!!” pesan Raja Syazwan kepada Raja Shameera.
‘’dah..! cepat order.. cepat makan, cepat balik..!” tambah Raja Syazwan lagi.
Selepas makan, mereka terus pulang ke rumah. Minggu hadapan Raja Shameera akan memulakan sesi kuliahnya.
3 comments:
aahaha. encik tengkujuh. wakaka. lawak laa. teruskan usaha!
lawak ke?? hehehe terima ksih menjadi yang pertama komen..hehehe
Hahahahaha!! aku lau baca ayat2 dalam nih macam dalam kehidupan aku jek... tapi sonok gak citer nih... teruskan usaha anda!! chayok2!!!
Post a Comment