BAB 11
Sudah sebulan Fira menjadi isteri
Fikri. Selama itulah, dia melaksanakan tugasnya sebagai isteri dan p.a Fikri dengan sebaiknya. Dia tidak
mahu Fikri merungut dengan tugas yang dilaksanakannya. Perubahan pada sikap Fikri
juga jelas kelihatan. Fikri sudah mula mahu senyum dan bertegur sapa dengan
staf yang lain.
“Weyh fira, aku tengok En. Fikri
macam dah lainlah sekarang ni...” ucap Sheqa.
“Lain apanya? Tak ada lainnya pun
aku tengok, sama aja...” balas Fira bersahaja.
“Sejak kau baik dengan Datin Maria
ni, En. Fikri dah nampak lainlah sikit sikap dia ...” tambah Sheqa lagi.
“Kau ada buat apa-apa pada dia ke?”
tanya Sheqa curiga.
“Buat apa pula kau ni?
Macam-macamlah.” balas Fira pula.
Sedang mereka rancak berbual, Fikri
masuk ke ruang pejabat bersama seorang wanita. Wanita tersebut kelihatan cukup
seksi dan menggoda pada pandangan mata Fira. Dalam diam Fira cemburu melihat
kemesraan wanita itu dengan Fikri, suaminya.
“Okey semua, hari ni kita ada
staf baru. Kenalkan, Cik Elyana Safira. Boleh panggil Cik Ely. Mulai hari ini,
dia akan bekerja di sini sebagai Ketua Akauntan yang baru bagi menggantikan
Puan Rafidah yang telah berhenti.” Jelas fikri memperkenalkan wanita itu kepada
semua staf yang berada di bawah pantauannya.
Wanita yang dikenali sebagai Ely
itu bersalaman dengan semua staf. Tiba di hadapan Fira, sempat Ely mengerling benci
dirinya.
Selesai sesi suai kenal, semua
staf beredar ke tempat masing-masing bagi meneruskan kerja. Kemudian Fikri dan
Ely berlalu ke bilik Fikri.
“Fira, tolong bawakan 2 cawan
teh...” pinta Fikri melalui intercom.
Fira masuk ke bilik Fikri dengan membawa
2 cawan teh yang dipinta. Kelihatan Ely dan Fikri sedang berbual mesra.
“Ely kenalkan Fira, P.A I...”
Fikri memperkenalkan Fira kepada Ely sekali lagi, di luar tadi Fikri tidak
sempat memperkenalkan Fira sebagai setiausahanya.
Fira hanya tersenyum sambil
menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Ely.
“P.A You? Huh! Budak kampung ke? Tak berpesonaliti menarik langsung.
Old fashion...” perli Ely dengans senyuman
sinis.
Langsung tidak menyambut salam
yang dihulurkan oleh Fira.
Wajah Fira berubah mendengar
kata-kata berbaur hinaan itu. Lagi sakit hatinya bila melihat Fikri hanya
mendiamkan diri tanpa sepatah kata untuk membela dirinya. Hatinya tiba-tiba
menjadi sebak. Lantas dia keluar dari bilik itu.
........................................................................................................................................
Hari itu, Fira meminta izin
kepada Fikri untuk pulang awal. Dia tidak betah berada di pejabat itu. Sakit
hatinya melihat sikap Ely yang tergedik-gedik dengan suaminya. Hatinya bukan
kepalang sedih apabila Fikri juga seolah-olah seperti tidak mengendahkannya.
Tidak tahu ke mana hendak di
tuju, Fira membuat keputusan untuk pulang saja ke rumah. Datin Maria terkejut
melihat Fira pulang awal pada hari tersebut.
“Awal Fira pulang hari ni. Ada
apa-apa ke?” tanya Datin Maria curiga.
“Tak ada apa-apalah Bu. Fira cuma
rasa macam tak ada semangat aja nak kerja. Tu minta pulang awal dari Fik...”
balas Fira sambil berlalu ke biliknya.
Datin Maria tidak berpuas hati
dengan jawapan menantunya itu. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang sedang
melanda hati menantunya itu.
Tok..tok..tok...
“Fira, boleh ibu masuk?” tanya
Datin Maria.
“Err, ibu! Masuklah...” jemput Fira.
“Fira..kenapa ni sayang? Ibu
tengok wajah Fira suram saja. Kenapa ni? Cuba cerita pada ibu...” tanya Datin Maria
lagi cuba memujuk Fira.
Dalam mahu tidak mahu, akhirnya
Fira menceritakan kejadian di pejabat kepada Datin Maria. Barulah Datin Maria
tahu apa yang sedang melanda jiwa menantu kesayangannya itu.
“Sudahlah tu. Fira jangan
bersedih lagi ya. Hujung minggu ni kita kerluar berdua...” pujuk Datin Maria
lagi.
“Keluar ke mana bu?” tanya Fira
ingin tahu.
“Fira nak cantik kan? Nak nampak menarik
pada pandangan Fik kan?” tanya Datin Maria pula.
Fira hanya mengangguk
“Hujung minggu ni, ibu nak bawa
Fira pergi spa, shopping baju baru dan belajar berdandan. Nanti beritahu Fik yang
hujung minggu ni ibu nak bawa Fira keluar...” pujuk Datin Maria.
..........................................................................................
Di bilik mereka, selepas makan
malam.
Fira hanya mendiamkan diri tanpa
menegur Fikri sepanjang Fikri pulang dari kerja petang tadi hingga pada waktu
itu.
“Awak ni kenapa Fira? Senyap saja
dari tadi. Selalu asyik bercakap aja.” tanya Fikri memulakan bicara.
Fira yang sedang membaca novel,
menghadap seketika kepada Fikri sambil menjungkit bahu. Kemudian kembali semula
menghadap novel di tangannya. Sikit pun tidak diendahkan Fikri.
Fikri merasa tidak puas hati.
Lantas dia merampas novel yang berada di tangan Fira.
“Awak dengar tak saya tanya ni?”
tanya Fikri geram.
“Tanya apa?” tanya Fira kembali
dengan riak bersahaja.
“Erm, awak ni betullah! Saya tanya
awak ni kenapa senyap aja?” tanya Fikri sekali lagi. Kali ini dia cuba mengawal
antonasi suaranya.
“Emm, tak ada apa-apa. Mulut
sakit tak boleh banyak cakap...” jawab Fira bersahaja.
“Betul ni?” tanya Fikri lagi.
Fira hanya mengangguk lantas
mengambil semula novelnya dari tangan Fikri.
“Kalau betul tak apalah.. ” jawab
Fikri pendek.
Di dalam hati Fira merasa sungguh
kecil hati. Sikit pun Fikri tidak cuba memujuknya dan mencari tahu apa yang
sebenarnya berlaku.
“ Erm, awak...” panggil Fira
dengan lembut.
“ Hemmm... ” jawab Fikri malas
sambil matanya leka menonton televisyen yang terdapat di dalam bilik itu.
“Ely tu siapa dengan awak
sebenarnya?” tanya Fira kepada Fikri.
Fikri menoleh ke arah Fira sambil
tersenyum sinis.
“Owh, saya tahu sekarang. Ni yang
buat awak senyap sebenarnya kan? Hahahaa Awak cemburu?” Fikri berkata sambil
ketawa.
“huh! Tak ada masa saya nak
cemburu dengan orang yang tak sayang saya....” dengus Fira.
“Owh, ye ke? Dah tu?” tanya Fikri
lagi dengan tawa yang masih bersisa.
“Saya tak suka cara dia. Suka-suka
hati saja kutuk orang. Ingat dia cantik sangat ke? Sudahlah pakai baju tak
cukup kain. Huh!” balas Fira melempiaskan rasa tidak puas hatinya.
“Hahahaa Dah dia memang macam tu,
nak macam mana.” balas Fikri kembali dengan bersahaja.
Geram Fira dengan sikap Fikri
yang seperti tidak mengendahkan luahannya itu. Bertambah geram bila Fikri terus
merebahkan dirinya untuk tidur tanpa memikirkan perasaan Fira.
“Awak.....” panggil Fira sekali
lagi.
“ Ya, nak apa sayang?” jawab
Fikri dengan mata terpejam.
Sayang? Jantung Fira seakan
terhenti tatkala mendengar panggilan itu.
“ Errr... Hujung minggu ni, boleh
tak saya keluar dengan ibu?” tanya Fira tergagap-gagap.
“suka hati awaklah, janji tak
mengganggu dan tak menyusahkan saya...” balas Fikri kembali.
Baru hati Fira hendak terubat dek
kerana panggilan sayang yang keluar dari mulut Fikri, Terus hatinya menjadi
pilu kerana mendengar ungkapan yang baru sahaja keluar dari mulut Fikri
sebentar tadi. Apakah dirinya mengganggu dan menyusahkan hidup Fikri selama
ini. Fira bermonolog sendiri.
BAB 12
Hujung minggu yang dinanti
akhirnya tiba. Tanpa pengetahuan Fikri, Datin Maria sebenarnya membawa menantu
kesayanganya itu ke spa dan membeli
belah. Bermacam fesyen pakaian yang mereka beli, begitu juga kasut. Dari yang
kasual, formal dan pakaian tidur.
Sedang mereka bersiar-siar di
pusat membeli belah itu, Fira ternampak kelibat suaminya, Fikri dengan seorang
wanita seksi. Dia cuba mengelak dari bertembung dengan Fikri tetapi tanpa
diduga dia dan Datin Maria bertemu jua Fikri di sebuah kafe yang terdapat di
situ. Datin Maria lantas mendapatkan Fikri dan wanita itu.
“Hai Fik, kamu buat apa kat
sini?” tanya Datin Maria sambil melirik ke arah wanita yang ada di sebelah
Fikri.
“Eh, ibu...” jawab Fikri yang
agak terkejut dengan kehadiran ibunya itu. Lebih terkejut lagi apabila melihat
perubahan pada isterinya.
“Ibu buat apa kat sini?” tanya
Fikri tergagap-gagap.
“Buat apa lagi, nak makanlah. Kamu
buat apa kat sini? Ini siapa?” tanya Datin Maria serius.
“Err, ini Ely Bu, kawan Fik masa belajar dulu. Sekarang dia
kerja kat syarikat kita.” beritahu Fikri tergagap-gagap.
“Owh, ini ibu you ye Fik? Hai auntie...” tegur Ely cuba beramah mesra.
“Eh, you pun ada juga?” tanya Ely apabila terpandangkan Fira.
“You looks different today...” tambah Ely lagi dengan sinis.
Fira hanya tersenyum kelat. Tidak
tahu ingin menjawab apa-apa. Hatinya gusar melihat pandangan tajam Fikri yang
seakan ingin menelannya saat itu.
Datin Maria yang perasan akan
situasi itu terus meminta diri untuk beredar.
“Okeylah Fik, ibu pergi dulu.” ucap
Datin Maria meminta diri.
“Eh, tadi auntie kata nak makan kan?” tanya Ely berpura-pura ramah.
“Tak apalah, kami makan kat
tempat lain aja. Lagipun kesian pula Fira ni, dia tak makan kat tempat macam ni.
Auntie pun kurang selesa. Jadi ada
baiknya kami cari tempat lain.” Sinis sahaja jawapan yang keluar dari Datin
Maria.
Fikri hanya mengangguk dan
tersenyum kelat. Dia tahu ibunya memerlinya dalam diam. Sedar tak sedar dia
turut memuji kecantikan isterinya itu dan dia akui yang dia cukup terpegun
melihat perubahan pada isterinya itu.
“Rapat betul ibu You dengan Fira tu kan. Ada apa-apa ke?”
tanya Ely memecahkan lamunan Fikri.
“Hah? Err? ” jawab Fikri
tergagap-gagap.
“You ni kenapa? Dah angau ke?” tanya Ely geram.
“Tak ada apa-apalah. Apa You tanya tadi?” tanya Fikri sekali lagi.
“I tengok Ibu You dengan p.a u tu rapat semacam..ada apa-apa ke?
Kemain lagi hari ni dia ya...” balas Ely pula.
“Emm... Diaorang memang rapat. Fira
tu sebenarnya anak bestfriend papa I...” jelas Fikri
“Owh, ye ke? Entah-entah ibu You nak jodohkan You all tak?” sengaja Ely menduga.
“Ish, You ni. Tak kanlah...” balas Fikri.
Hakikatnya memang mereka berdua
telah dijodohkan. Hanya keluarga mereka sahaja yang tahu akan hakikat itu.
“Kalau macam tu, bolehlah I jadi partner You..” balas Ely
sambil meliuk manja tubuhnya ke Fikri.
Fikri yang tidak selesa dengan
perlakuannya itu segera mengajak Ely beredar dari situ.
“Jom kita pergi tempat lain.”
ajak Fikri. Ely hanya menurut sahaja. Ketika Fira pulang bersama Datin Maria.
Fikri sudahpun berada di rumah.
Fira perlahan-lahan membuka pintu
bilik mereka, dia berasa aman apabila melihat Fikri tiada di situ.
“Hah! Baru nak balik ke? Ingatkan
nak tidur terus kat sana...” sergah Fikri dengan sinis.
Fira yang terkejut dengan
sergahan itu, terus melepaskan segala beg plastik yang mengisi barang-barang
yang dibelinya tadi.
“Errr...” jawab Fira
tergagap-gagap.
“Siapa yang bagi awak izin keluar
shopping ni?” tanya Fikri dengan
kasar.
“ Errr, kan saya dah minta izin kat awak malam
semalam...” jawab Fira takut-takut.
“Awak kata nak keluar dengan ibu.
Tak ada pula kata nak shopping...”
tambah Fikri lagi
“ Tapi.....”
Belum sempat Fira menjawab, Fikri
sudah memotong terlebih dahulu.
“Tapi apa?!!!” tanya Fikri kasar.
Fira tersentak sekali lagi
mendengar tengkingan Fikri. Dia sudah memandang lantai, air matanya sudah hampir
menitis. Dia gagahkan juga dirinya untuk menjawab.
“Tapi... awak juga yang kata,
suka hati saya nak buat apa. Asalkan tak mengganggu dan tak menyusahkan
awak...” jawab Fira tersedu-sedu. Sebak hatinya bila mengulangi balik ayat
tersebut. Dia tidak mampu menahan air matanya dari mengalir.
Fikri terpinga-pinga. Dia
bermonolog sendiri.
‘Ada ke aku cakap macam tu..’
“Kalau awak marah sebab saya
mengganggu awak sedang dating dengan
Elyt adi, saya minta maaf. Saya tahu, saya ni tak ada maknanya pada awak....”
tambah Fira lagi dengan sedu sedan yang sudah jelas kedengaran.
Fikri merasa kasihan dan bersalah
melihat wajah cantik isterinya itu dibasahi dengan air mata.
“Sudahlah, kemas semua ni. Lepas
mandi, tolong siapkan makan malam untuk saya...” arah Fikri dan terus berlalu
pergi meninggalkan Fira di situ. Sedikit pun tidak meminta maaf pada Fira.
Sedih hati Fira bila diperlakukan
sebegitu oleh suaminya. Sejak bergelar isteri kepada Fikri, tidak pernah Fira
mengingkari dan bercakap kasar dengan Fikri. Setiap yang dilakukan Fikri
terhadapnya disimpan sahaja dalam hati.
BAB 13
Sudah seminggu perkara itu
berlaku, Fira juga sudah melupakannya. Selepas peristiwa itu juga, Fikri tiada
di rumah kerana bertugas di luar kawasan semenanjung selama seminggu. Selama
itu jugalah Fira tidak bersua muka dengan suaminya itu. Sms dan panggilan
telefon juga tidak diterimanya.
Ketika Fira pulang dari kerja,
Fikri sudah pun berada di rumah. Sedikit pun Fikri tidak menegurnya. Fira
merasa sedih dengan perlakuan Fikri itu, lantas die terus melangkah naik ke
bilik. Kebetulan ketika itu, Datin Maria, Datuk Faizal dan Faiz tiada di rumah.
Kalau tidak pasti mereka sudah ditegur oleh Datin Maria.
Fira terkejut ketika melihat satu
set barangan kemas yang diperbuat daripada mutiara berada di atas
katil mereka beserta sekeping kad yang tertulis “Untuk Isteriku Yang Ciwek”. Fira tersenyum sendiri menerima hadiah
itu. Sedang dia membelek-belek set barangan kemas itu, Fikri masuk ke bilik
tersebut.
“Awak suka dengan hadiah tu?”
tanya Fikri.
Fira terkejut mendengar
pertanyaan itu, lantas dia menoleh dan tersenyum ke arah Fikri.
“Saya tak tahu nak beli apa. Apa
yang awak suka. Saya rasa benda tu cantik, jadi saya ambil aja lah...” beritahu
Fikri.
“Emm, saya suka. Terima kasih
awak...” balas Fira sambil menuju ke arah Fikri dan tanpa sedar dia memeluk
Fikri.
Fikri terkejut dengan perlakuan
Fira itu. Dalam tempoh lebih kurang 2 bulan mereka menjadi suami isteri, inilah
kali pertama Fira memeluknya. Fikri dapat merasakan jantungnya berdegup kencang
saat itu. Fira yang seakan baru tersedar, terus melepaskan pelukannya itu.
“Errr... Awak pergilah bersiap, kita
makan kat luar kejap lagi...” arah Fikri kepada Fira . Cuba menghilangkan
debaran di dada.
Fira hanya mengangguk tanda patuh
dengan arahan Fikri itu.
..............................................................
Selesai makan, mereka terus
pulang ke rumah. Setiba di rumah, semua ahli keluarga mereka juga telah berada
di rumah.
“Kamu berdua dari mana ni?” tanya
Datuk Faizal kepada anak menantunya itu.
“Kami keluar makan tadi. Fira ni,
dia kata malas nak masak...” jawab Fikri seraya melabuhkan punggungnya di
kerusi sebelah papanya.
‘Aish! Bila masa pula aku malas
masak? Huh!’ Fira bermonolog sendiri sambil menjegilkan matanya kepada Fikri.
Fikri pula hanya membuat muka selamba.
Datin Maria yang baru turun,
terus menyampuk.
“Alah, apa salahnya kamu bawa
Fira makan luar sekali sekala. Lagipun kamu baru balik, tak salah ambil masa berdating dengan isteri sendiri...”
balas Datin Maria menyebelahi menantunya. Fira hanya tersenyum.
“Fira naik atas dulu ye, belum
solat Isyak lagi ni...” Fira meminta izin untuk ke biliknya.
“Fik pun nak naik dulu...”
beritahu Fikri sambil bangun dan terus menuju ke tingkat atas
..........................................................................
"Abang rasakan, ada harapan
tak kita nak dapat cucu awal?” tanya Datin Maria kepada suaminya.
“Ish kamu ni, ke situ pula.
Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?” soal datuk faizal kembali.
“Cuba abang tengok budak berdua
tu, dah nampak semakin serasi rasanya lepas saya ubah sikit penampilan Fira
tu...” tambah Datin Maria sedikit ceria.
“Awak ubah apa? Tak payah ubah
pun tak apa. Dah memang cantik dah menantu kita tu, macam awak muda-muda dulu...” balas
Datuk Faizal.
Datin Maria hanya tersenyum
mendengar kata-kata suaminya itu.
..........................................................................................
Selesai solat Isyak berjemaah,
mereka berdua hanya duduk di bilik. Fikri sibuk membaca manakala Fira pula
mengemaskan beg pakaian Fikri.
“Suka-suka awak aja kata saya
malas masak kan...” ucap Fira sambil tangannya ligat mengemaskan beg pakaian
Fikri.
“Tak betul ke? Sepanjang hampir 2
bulan kahwin ni, memang awak tak pernah masak pun kan?” balas Fikri selamba.
“Awak tak pernah pun suruh saya
masak....” Fira juga selamba sahaja membalas balik kata-kata Fikri.
“Memanglah tak pernah, sebab saya
tahu awak tak pandai masak...” balas Fikri sambil menutup buku di tangannya.
“Huh! Ok, fine. Nanti saya masak, jangan tak nak makan pula. Suka-suka kata
orang tak pandai masak. Silap-silap dia yang makan tak cukup jari nanti...”
balas Fira geram.
“Buktikan...” balas Fikri sambil
tersenyum sinis dan bersiap-siap untuk keluar.
“Awak nak ke mana pula tu?” tanya
Fira ingin tahu saat melihat Fikri bersiap-siap.
“Nak keluar, pergi dating....” balas Fikri selamba.
“ Erm...” hanya itu yang keluar dari mulut Fira.
...................................................
Fira sudah tidur ketika Fikri
pulang. Lantas Fikri menukar pakaian dan membersihkan diri sebelum tidur
“Fira...Fira...” panggil Fikri
“Emmmm....Arggghhh!!!!..” Fira
membuka mata dan dia terjerit kecil melihat Fikri.
‘‘Ish, awak ni buat terperanjat
orang ajalah...” marah Fira kepada Fikri.
Fikri hanya ketawa melihat Fira
begitu
“Apasal awak seksi sangat malam
ni? Awak nak goda saya ea?” duga Fikri sambil tersenyum nakal.
“Hah! Mana ada seksi. Huh! Siapa
yang nak goda awak tu...” balas Fira kembali.
“Tu....” tunjuk Fikri ke arah
pakaian Fira yang sudah tersingkap hingga ke pangkal peha.
‘‘Hah! Alamak...” Fira terus
bangun dan mencari seluar panjangnya di dalam almari.
Fikri hanya tergelak melihat
telatah isterinya itu.
Selama seminggu ketiadaan Fikri,
Fira sudah terbiasa tidur dengan memakai baju tidurnya yang separas lutut tanpa
memakai seluar panjang. Hari itu dia terlupa yang suaminya sudah pulang.
Sekembalinya Fira ke katil, Fikri
sudah pun merebahkan dirinya di atas katil itu. Fira meletakkan bantal peluk di
tengah-tengah seperti kebiasannya sebelum ini.
“Awak... Dah tidur ke?” panggil
Fira lembut.
‘’Emm.... “ jawab Fikri perlahan.
“ Esok boleh saing kan pergi
kerja?” tanya Fira lagi.
“ Yer, mulai esok pergi kerja
saing. Tapi esok kena awal sikit. Saya ada hal...” beritahu Fikri dengan mata
yang masih terpejam.
“Ok bos...” balas Fira dengan
senyuman yang terukir di bibir. Riang hatinya, usaha untuk mendekati suaminya
semakain berhasil.
BAB 14
Pagi itu, Fira terlewat sedikit.
Kerana itu, Fikri telah meninggalkannya untuk ke tempat kerja. Geram hati Fira,
sikit pun Fikri tidak mahu menunggunya. Fira sampai di pejabat lewat 15 minit
berbanding selalu.
“Fira, kau baru sampai ke?” tanya
Sheqa seraya nampak kelibat Fira.
“Haah! Kenapa? Bos aku cari ke? “
tanya Fira.
“Haah! Dah berapa kali dia tanya
kau tadi...” beritahu Sheqa.
‘‘Tak apalah, aku masuk bilik dia
dulu ya...” pinta Fira sambil berlalu ke bilik Fikri.
Tok..tok...
”Masuk...” arah Fikri
Fira melangkah masuk ke bilik
Fikri dengan wajah bersahaja.
Belum sempat Fikri bertanya, Fira
sudah terlebih dahulu memberi jawapan.
“Sorry lah bos, saya kena tinggal tadi. Saya bukan sengaja nak
lambat. Kalau tak saya dah sampai awal sama dengan bos tadi. Tapi sebab kena
tinggal, terpaksalah saya naik teksi. Teksi pun tak banyak pula hari ni. Jenuh
juga saya nak tunggu teksi...” terang Fira bertubi-tubi. Belum sempat Fira
menyambung lagi , Fikri sudah memotong terlebih dahulu.
“Sudah... Sudah... Banyak betul
alasan awak. Kira awak nak salahkan saya lah ni, sebab tinggalkan awak tadi?”
tanya Fikri sambil matanya memandang Fira dari atas ke bawah.
“Ye lah, tak kan salah saya pula...”
jawab Fira selamba.
“Kenapa awak pandang saya macam
tu? Saya tahulah saya cantik hari ni...” balas Fira selamba sambil tersenyum
menggoda.
“Emm, perasan!” balas Fikri
pendek.
“Apa awak kata?” tanya Fira
kembali. Dia seperti terdengar Fikri berkata sesuatu kepadanya.
“Tak ada apa-apa. Owh, pasal nak
bersiap macam divalah yang awak lambat tadi ya?” tanya Fikri pula.
Fira hanya tersenyum.
“Lambat tetap lambat, jangan nak
salahkan saya atas kelambatan awak tu. Balik nanti balik sendiri...” balas
Fikri serius.
“Tapi..........” belum sempat
Fira meneruskan kata-katanya. Ely sudahpun menerobos masuk ke dalam bilik
Fikri.
Fikri dan Fira tergamam seketika
dengan kemunculan Ely yang tiba-tiba itu.
“Ups! Sorry. Tak tahu pula ada orang lain dalam bilik You...” beritahu Ely.
“ Its ok. Fira, awak boleh keluar sekarang...” arah Fikri
Fira hanya mengangguk tanda
faham. Berbeku hatinya dengan sikap Fikri itu. Sebelum dia melangkah keluar,
sempat Ely menegurnya.
“Fira? Fira ke? Wah! Bergaya
sakan You ye semenjak Fikri balik
ni...” ucap Ely dengan nada yang sinis.
“You nak goda Fikri ye Fira?” tamabh Ely lagi.
Fikri hanya berdiam diri sahaja.
Fira pula terus melangkah keluar meninggalkan mereka berdua. Malas dia ingin
melayan wanita itu. Dalam hatinya, geram dengan sikap Fikri yang bersahaja itu.
Ditambah pula Fikri menyalahkannya kerana lambat.
..........................................................
“Weyh!
Apa kau buat lama-lama dalam bilik En. Fikri tu?” tanya Sheqa ketika terlihat
kelibat Fira baru keluar dari bilik Fikri.
“Buat
apa lagi, macam selalulah...” balas Fira sedikit malas.
“Hah,
ye lah tu. Muka monyok aja ni kenapa? Kena marah ke?” duga Sheqa.
“Emm...”
jawab Fira pendek.
“Ish,
kau ni. Kejap-kejap! Aku rasa kau nampak lainlah hari ni...” balas Sheqa sambil
matanya melilau-lilau melihat penampilan Fira pada hari itu.
“Apa
yang lainnya?” tanya Fira tidak mengerti.
“Kau
nampak cantik dan bergaya hari ni.” puji Sheqa sambil tersenyum.
“Erk?
Lain sikit aja kot. Lagipun dah seminggu aku ubah, takkan baru perasan kot...”
balas Fira sambil tersenyum simpul.
“Perasan...
Tapi hari ni lagi cantik. Lagi seksi. Hahahaa” balas Sheqa sambil ketawa.
“Hari
ni aja ke..? Sebelum ni aku tak cantik ke?” seloroh Fira.
“Cantik!
Kau tu dah memang cantik dari dulu...” ucap Sheqa ikhlas.
Sedang
mereka asyik berbual, tiba-tiba mereka didatangi seseorang.
“
Hai Fira. You looked beautiful today...”
tegur En. Hisyam, Pegawai Pemasaran mereka.
Fira
hanya ersenyum.
“Eh!
En. Hisyam, tak pernahnya tegur Fira. Tiba-tiba aja hari ni. Mentang-mentanglah
Fira cun hari ni...” tegur Sheqa selamba.
‘’Erm,
tak adalah. Pandai-pandai saja awak ni Sheqa...” jawab Hisyam.
“Saya
ingat nak ajak keluar makan sama tengahari ni. Sudi tak?” pelawa Hisyam kepada
Fira.
“Err...
ermmmm...” Fira serba salah ingin
memberikan jawapan. Dia memandang Sheqa meminta bantuan.
“Boleh,
tapi dengan syarat kena bawa saya sekali. Sebab, Fira ni dia tak biasa keluar
berdua dengan lelaki...’’ jawab Sheqa mewakili Fira.
Fira
hanya tersenyum dan mengangguk tanda mengiyakan jawapan yang diberikan oleh
Sheqa tadi.
Hisyam
kelihatan seperti berat hati dengan tawaran itu.
“Macam
mana En. Hisyam?” tanya sheqa bila dilihat Hisyam seperti serba salah.
“Erm,
baiklah. Saya setuju. Tengahari ni kita keluar. Nanti saya ajak Zul sekali. Baru
cukup korum...” jawab Hisyam sambil tersenyum mesra.
Fira
dan Sheqa hanya mengangguk tanda setuju.
BAB 15
Tengahari
itu, Fira keluar bersama Sheqa, Hisyam dan Zul. Seperti kebiasaanya Fira akan
memaklumkan kepada Fikri terlebih dahulu sebelum dia keluar. Tetapi kerana
geram dengan Fikri, dia pergi begitu sahaja tanpa memaklumkan terlebih dahulu
kepada Fikri. Bukan sahaja kerana ditinggalkan pagi tadi tetapi juga kerana
kemesraan Fikri dan Ely. Sakit hatinya bila mengenangkan.
........................................................
Fikri
keluar dari biliknya dan dilihat Fira tiada di tempatnya. Dia mengerling jam di
pergelangannya, sudah masuk waktu rehat. Pasti Fira sedang berehat. Tetapi
kenapa dia tidak memaklumkannya terlebih dahulu seperti hari-hari kebiasaannya.
Tak kan seminggu Fikri tiada di pejabat, Fira sudah lupa kebiasaannya. Tanpa
berlengah, Fikri terus menelefon Fira untuk mendapatkan kepastian.
“Hello...
Awak kat mana tu?” tanya Fikri setelah panggilannya dijawab.
“Kat
mana-mana ajalah. Yang awak nak tahu kenapa?” jawab Fira selamba.
“Saya
tanya ni! Jawab betul-betul boleh tak?” tegas Fikri.
Kecut
perut Fira mendengar suara Fikri yang tegas itu.
“Emm,
saya keluar makan dengan Sheqa, En.Hisyam dan Zul...” Fira akhirnya memberitahu
perkara sebenar kepada Fikri.
“Hisyam?”
tanya Fikri ingin kepastian.
“Yups!
En. Hisyam, kenapa? Jealous ea?” duga Fira.
“Tak
kuasa saya. Ni sejak bila dah tak reti nak maklum saya dulu ni bila keluar?”
tanya Fikri lagi.
“Ye
ke? Maklumkan dekat awak? Tak perlu kot. Okeylah awak, dia orang dah tunggu.
Saya letak dulu ye. Selamat bersuka ria dengan Ely ye...” ucap Fira sinis
seraya menamatkan perbualan mereka.
Fikri
terkejut apabila Fira tiba-tiba menamatkan perbualan mereka. Geram sungguh
dengan tindakan Fira itu.
‘Takkanlah
sebab aku tinggalkan dia pagi tadi, dan sebab kejadian kat bilik aku pagi tadi,
Fira jadi macam tu. Ini tak boleh jadi. Tahulah macam mana nanti.’ Fikri
bermonolog sendiri.
..................................................................
Fira
terkejut melihat gambarnya ditampal di skrin komputernya. Bukan setakat di
situ, malah di dinding patisyennya juga. Sheqa yang tidak tahu apa-apa pergi mendapatkan
Fira.
“Mangkuk
betullah! Siapa punya kerja ni?” marah Fira.
“Heii!
Kenapa kau ni? Gambar siapa pula ni?” tanya Sheqa.
“Siapa
punya kerjalah ni. Mana datang gambar ni pun aku tak tahu...” bebel Fira tanpa
menjawab pertanyaan Sheqa.
“Bak
sini aku tengok. Uitt... Ni gambar kau kan? Sweet
gila muka kau time tidur yer. Siap
tidur dengan beg baju. Hehehee “ Sheqa tergelak kecil melihat gambar itu.
“Siapa
pula yang ambil gambar kau ni?” tanya Sheqa lagi
“Entahlah...”
jawab Fira pendek.
Fira
cuba mengingati siapa gerangan yang mengambil gambar tersebut. Setelah puas berfikir,
baru dia teringat. Gambar itu pasti diambil oleh Fikri pada malam perkahwinan
mereka dahulu. Sewaktu dia terlelap ketika mengemas pakaian.
“Bak
sini gambar tu. Aku tahu kerja siapa...” Fira merampas gambar itu dari Sheqa
dan dia terus menerjah masuk ke dalam bilik Fikri. Sheqa agak terkejut dengan
perilaku kawannya itu.
...........................................
Fikri
terkejut apabila Fira tiba-tiba sahaja meredah masuk ke biliknya dengan wajah
yang masam. Dia lihat di tangan Fira
memgang sesuatu dan dia pasti akan benda itu. Dia hanya tersenyum sinis, manakala
Fira pula memberikan jelingan maut kepadanya.
Fikri
bangun dari tempat duduknya dan berlalu ke pintu. Fira berfikiran bahawa Fikri
ingin keluar meninggalkannya di dalam bilik itu. Tetapi ternyata sangkaannya
silap. Rupa-rupanya Fikri mengunci pintu biliknya itu. Fira menjadi cuak
tiba-tiba apabila Fikri mendekatinya.
“Awak....
Awak nak buat apa ni?” tanya Fira tergagap-gagap. Perlahan-lahan dia berundur
sehingga dirinya tersandar ke dinding.
“Tak
ada buat apa-apa. Sepatutnya saya yang tanya, kenapa awak masuk bilik saya tiba-tiba...”
tanya Fikri dengan suara yang cukup menggoda.
“Saya
cuma nak tanya pasal ni...” jawab Fira sambil menunjukkan gambar di tangannya.
“Yes! Kenapa dengan gambar tu? Cute kan? Hahahaa” balas Fikri sambil
ketawa.
Belum
sempat Fira menjawab, Fikri terlebih dahulu mencelah.
“Tu
baru sikit... ” balas Fikri sambil mendekatkan dirinya kepada Fira. Fira dapat
merasai hembusan nafas hangat Fikri. Wangian yang dipakai Fikri membelai
nalurinya. Tapi cepat-cepat dia tersedar.
Fikri
mengerling pada pakaian Fira. Fira yang merasakan dirinya diperhatikan, terus
menolak Fikri dari terus menghimpit tubuhnya.
“Awak
tengok apa?” marah Fira sambil kedua tangan menyilangi dada.
Fikri
tidak terus menjawab, malah dia terus menolak Fira ke dinding dan meghimpitnya,
Sehingga Fira tidak mampu bergerak ke mana-mana lagi. Tangannya sudah digari
kemas oleh Fikri.
“Saya
tak suka awak pakai macam ni ke tempat kerja!” ucap Fikri serius.
“Kenapa
pula? Bukan seksi sangat pun” balas Fira bersahaja.
“Saya
tak suka! Skirt pendek atas lutut, baju sendat dengan leher luas. Awak nak
tayang pada lelaki kat office ni ke?!!
” ucap Fikri sedikit tegas.
“Saya
pakai untuk suami saya....” balas Fira perlahan.
“Untuk
suami awak?” tanya Fikri sambil mukanya semakin hampir ke wajah Fira. Fira
memejamkan mata kerana takut Fikri akan bertindak lebih ke atas dirinya.
Ternyata
sangkaan Fira meleset sekali lagi. Fikri melepaskan tangan Fira dan dia
berpusing ke belakang.
Fira
terkejut dan geram dengan tindakan Fikri itu yang seperti mempermainkannya.
“Ya!
Untuk suami yang tak pernah nak menganggap saya sebagai isterinya....” jawab
Fira berani.
“Awak
tahu kenapa saya tak bagitahu awak saya keluar rehat tengahari tadi? Sebabnya
saya memang sengaja. Saya nak balas dendam dengan awak. Dahlah pagi tadi masa
pergi kerja awak tinggalkan saya, lepas tu oleh pula awak buat tak tahu aja
masa Ely kutuk saya dan kata macam-macam dekat saya. Awak ingat saya tak geram
ke awak buat macam tu...” Fira terus meluahkan rasa tidak puas hatinya pada
Fikri
Tanpa
Fira sedar, Fikri berpusing semula ke arah Fira lantas mencium bibirnya. Fira
yang terkejut dengan tindakan refleks Fikri itu tidak sempat mengelak dan dia
terkaku seketika. Sepanjang perkahwinan mereka, itulah kali pertama Fikri
menciumnya.
Fira
tersedar apabila terdengar suara Fikri memberi amaran kepadanya.
“ 1) Saya tak nak awak buat perangai macam tadi lagi.
Ingat yang awak tu isteri saya. Setiap
pergerakkan awak sila maklumkan pada saya.
2) Saya tak suka awak pakai macam ni di office, seksi awak hanya untuk pandangan mata saya seorang sahaja.
Tak salah bergaya, asal berpada-pada.
3) Nanti balik sendiri. Sama ada naik teksi seperti selalu atau tumpang
papa. Kalau saya tahu awak balik dengan orang lain, siap! Dan lagi datu, bila
saya balik awak mesti dah ada kat rumah....” jelas Fikri satu persatu.
Fira
hanya mendiamkan diri. Lantas dia segera bergegas meninggalkan bilik itu.Mukanya
sudah terasa bahang dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Antara percaya
dengan tidak sahaja. Fikri tersenyum melihat wajah Fira yang sudah berubah rona
itu.
“Weyh, apa dah jadi? Yang muka kau tiba-tiba
jadi merah ni kenapa?” tanya Sheqa bertubi-tubi.
“Hah?
Tak ada apa-apalah. Aku pergi toilet
kejap...” beritahu Fira.
Sheqa
tidak berpuas hati dengan penjelasan Fira itu. Dia merasakan seperti ada
sesuatu yang terjadi antara bos dan rakannya itu.
‘Aku
mesti siasat benda ni… ‘ kata Sheqa di dalam hati.
………………………………..
Fikri
keluar dari biliknya dan berlalu ke meja Fira.
“Saya
nak keluar dan mungkin tak akan masuk semula…” beritahu Fikri
Fira
hanya mengangguk tanda faham. Dia malu untuk memandang wajah Fikri selepas apa
yang terjadi tadi. Fikri pula hanya tersenyum melihat Fira.
“Lagi
satu, jangan lupa apa yang saya pesan tadi…” tegas Fikri memberi peringatan.
Fira
hanya mengangguk tanpa berkata apa.
“Pelik... Pelik…” Sheqa bersuara tiba-tiba
setelah Fikri keluar.
“Apa
yang peliknya?” tanya Fira pula
“Entahlah,
aku rasa pelik je. Macam ada udang di sebalilk mee…” Sheqa cuba berkias.
“Aish!
Tak fahamlah aku dengan kau ni. Macam-macam aja…” balas Fira pula.
Sheqa
hanya tersenyum. Di dalam kepalanya bermacam rencana telah dibuat untuk
mengorek rahsia bos dan juga rakannya itu. Fira sedikit pun tidak curiga dengan
perangai Sheqa itu.
BAB 16
Petang
itu Fira pulang menaiki teksi. Dia bernasib baik kerana ketika pulang, Fikri
masih belum sampai lagi. Jika diikutkan hati, dia tidak mahu pulang ke rumah
besar itu. Mahu saja dia bermalam di rumah abahnya. Tetapi apabila memikirkan
amaran Fikri dan juga apa kata orang tua mereka nanti dia gagahkan juga dirinya
untuk pulang ke rumah besar itu.
Fikri
sampai di rumah setengah jam kemudian. Masuk sahaja di dalam rumah, dia terus
mencari kelibat isterinya.
“Faiz,
Kak Fira dah balik?” tanya Fikri kepada adiknya yang sedang menonton televisyen
di ruang tamu.
“Dah!
Dia ada kat atas rasanya…” jawab Faiz.
“Tadi
dia balik dengan siapa?” tanya Fikri lagi.
“Entahlah,
rasanya macam naik teksi…” jawab Faiz.
“Okey, thanks...” balas Fikri sambil berlalu
ke tingkat atas.
Fikri
memulas perlahan tombol pintu biliknya. Suasana sepi menyelubungi bilik itu.
Fikri tersenyum melihat sekujur tubuh sedang lena di atas katil. Fikri perlahan-lahan berjalan menuju ke katil. Dia
melabuhkan punggungnya di sisi Fira yang sedang lena . Diamati wajah isterinya
yang polos itu.
‘Comel
betul dia ni time tidur…’ desis hati
kecil Fikri. Dalam diam , dia memuji isterinya itu.
‘Lurus
tapi nakal...’ tambah Fikri lagi di dalam hati bila mengenangkan sikap dan
keletah isterinya itu.
Tanpa
diduga ketika Fikri ingin bangun, kakinya terpijak sesuatu dan dia tergelincir.
Wajahnya tersembam ke tubuh Fira. Tepat pada bahagian dada Fira. Fira yang
terkejut terus terbangun. Dia menjerit dengan sekuat hati kerana terkejut
dengan apa yang terjadi.
“Arghhhh……….!!!”
jerit Fira lantang
Seisi
rumah itu terkejut mendengar jeritan Fira. Datuk Faizal dan Datin Maria lantas
bergegas ke bilik mereka.
Fikri
kalut apabila melihat isterinya menjerit seperti orang histeria. Dia cuba
menenangkan Fira.
Tok..tok…tok..
Fikri
membuka pintu apabila mendengar ketukan dari luar. Terpacul ibu dan papanya di
luar bilik mereka.
“Fik,
Fira... Kenapa ni?” tanya Datuk Faizal
Datin
Maria sudah menerobos masuk mendapatkan menantunya.
“Kenapa
ni Fira? Fik buat apa pada kamu?” tanya Datin Maria pula.
“Errr…Ermmm..”
Fira yang masih terkejut, tergagap-gagap
untuk menjawab.
“Erm,
tak ada apa-apalah Bu. Fira ni terkejut sebab ada lipas terjatuh atas dia
tadi…” jawab Fikri cuba menutup perkara sebenar.
‘Lipas?
Huh! Lipas kepala hitam nama Mohd Fikri Yazed…’ gumam Fira di dalam hati.
“Lipas?
Ke kamu yang jadi lipas?” balas Datin Maria dengan senyuman sinis di bibir.
Fira
hanya mendiamkan diri. Fikri pula hanya tersenyum kelat.
“Kalau
ya pun nak buat kerja, tunggulah tengah malam Fik. Ini dah nak Maghrib...” perli
Datuk Faizal dengan senyuman di bibir.
Datuk
Faizal dan Datin Maria berlalu pergi meninggalkan mereka berdua bila keadaan
sudah tenang.
“Awaklah
ni. Kalau awak tak menjerit, mesti ibu dengan papa tak kemari...” bebel Fikri
sambil menutup pintu bilik mereka.
“Bukan
salah saya. Salah lipas besar tu, siapa suruh ………………….” Fira tidak jadi
ingin meneruskan kata-katanya. Dia hanya membuat wajah selamba sahaja.
“Apa?”
tanya Fikri geram, melihat wajah selamba isterinya itu.
Fira
tidak mengendahkan pertanyaan Fikri. Dia terus berlalu menuju ke bilik air. Seketika
itu dia terlupa apa yang terjadi di pejabat siang tadi dan apa yang berlaku
sebentar tadi.
.................................................................
Selesai
makan malam, Fira terus naik ke bilik. Tidak betah dia duduk lama-lama
menghadap Fikri. Dia fikir dia boleh melupakan dua kejadian tersebut
tetapi ternyata silap. Apabila terpandang wajah Fikri, automatik fikirannya
akan teringatkan dua kejadian tersebut.
Datin
Maria yang sedar akan sikap menantunya itu, cuba merisik khabar dari anaknya.
“Fik,
kenapa ibu tengok Fira tu lain macam aja?” tanya Datin Maria.
“Lain
macam mana pula tu Bu?” tanya Fikri kembali.
“Lain
macamlah. Macam ada sesuatu aja yang tak kena...” terang Datin Maria.
“Tak
adalah Bu. Biasa aja Fik tengok...” balas Fikri pula.
“Biasa
apanya, makan pun ibu tengok tak lalu. Muka macam tak bersemangat. Entah-entah...”
Datin Maria mula mahu serkap jarang.
“Entah-entah
apa pula ni Bu?” tanya Fikri ingin tahu.
“Entah-entah....
Dah ada isi kot....” teka Datin Maria sambil tersenyum penuh mengharap.
Fikri
tersedak mendengar ungkapan ibunya itu. Di dalam hati, dia bermonolog sendiri.
‘Nak
ada isi apanya. Buat isi pun tak pernah...’
Faiz
yang terdengar perbualan mereka, tiba-tiba menyampuk.
“Apa
Bu? Faiz dah nak dapat anak buah ke?” tanya Faiz ceria.
“Ish
kamu ni. Orang tua-tua berbual jangan menyampuk. Jangan menyibok hal orang
dewasa...” tegur Datin Maria.
“Cuba
kamu bawa dia pergi klinik....” usul Datin Maria kepada Fikri.
‘‘Ish,
ibu ni. Tak ada apa-apalah dengan Fira
tu. Dia rindu kat abah tu. Kan dah lama tak pergi jenguk abah. Lagipun Fira
tengah lampu merah lah Bu. Mana ada isi...” balas Fikri membuat andaian sendiri.
“Lambat
lagilah ni ye ibu nak dapat cucu? Ermm, kamu tu pun pergilah bawa Fira jumpa
abah dia minggu ni. Kesian ibu tengok...” arah Datin Maria.
“Erm,
InsyaAllah...” jawab Fikri pendek
“Fikri
naik dululah ye Bu, nak tengok Fira kejap...” ucap Fikri meminta diri seraya
melangkah naik ke bilik.
.....................................................................
Fikri
menuju ke bilik tidurnya. Fira yang sedang khusyuk membaca terus merebahkan
diri, berpura-pura tidur saat terdengar tombol pintu dipulas dari luar.
“Tak
payahlah awak nak pura-pura tidur...” tegur Fikri kepada Fira.
Fira
hanya membuat tak tahu sahaja dengan teguran itu dan dia masih lagi
berpura-pura tidur. Fikri berhajat mengenakan Fira. Dia mengambil sesuatu di
dalam laci dan membalingkannya ke arah Fira.
“Lipas...
Lipas....” jerit Fikri.
Fira
yang terkejut, secara automatik bangun dari katil itu sambil terjerit. Fikri
tergelak riang kerana dapat mengenakan isterinya itu.
“Hahahaha
Takut lipas rupanya awak ni ya. Hahaha “
ejek Fikri dengan ketawa yang masih kedengaran.
Fira
hanya menjeling tajam ke arah Fikri. Kemudian dia terus duduk di birai katil.
Fikri juga sama.
“Hujung
minggu ni kita balik rumah abah...” beritahu Fikri kepada Fira.
Wajah
Fira yang masam, berubah menjadi ceria mendengar berita itu.
“Ye
ke ni awak? Betul ke ni?” tanya Fira seakan tidak percaya.
“Ye
lah...” jawab Fikri pendek
“Saya
ingat awak dah tak nak cakap dengan saya dah. Cakap aja nak pergi rumah abah
terus berubah mood...” perli Fikri.
“
Erm, apa-apalah awak. Yang penting saya dapat jumpa abah. Thanks awak...” balas Fira dengan senyuman yang terukir di bibir.
“Kan
elok macam tu. Ini macam tapai busuk aja saya tengok...” perli Fikri.
“Dah
ibu ingat awak tu ada isi...” tambah Fikri lagi.
“Ada
isi?” tanya Fira tidak mengerti.
“Ada
isilah. Pregnant....” jawab Fikri
seraya mengambil buku dari tangan Fira.
“Hah?
erk....” terkejut Fira mendengar kenyataan Fikri itu.
“Pregnant? Herm, entah bila agaknya atau
mungkin tak kan pernah terjadi...” ucap Fira perlahan.
‘’Apa?”
tanya Fikri. Bukan dia tidak dengar apa yang diperkatakan Fira, tetapi sengaja
dia bertanya.
“Erm?
Tak ada apa-apalah. Dah tu awak iyakan ke?” tanya Fira pula.
“Taklah.
Tak kan saya nak mengada-adakan benda yang tak ada. Saya cakap kat ibu yang
awak tengah lampu merah...” beritahu Fikri.
“Pandai
juga awak bagi alasan ya, tapi saya tak lampu merah...” balas Fira selamba.
Fikri
terus memandang Fira. Mendengar jawapan Fira itu membuatkan FIkri ingin
mengenakannya sekali lagi.
“Kiranya
green light la ni ya? Kalau macam tu,
bolehlah kita tunaikan hajat ibu tu kan? Papa pun cakap tadi kan, nak buat
kerja biar tengah malam...” balas Fikri sambil tersenyum nakal kepada Fira.
“Hah?”
Fira yang terkejut mendengar kata-kata Fikri itu, terus merebahkan diri sambil
menyelubungi seluruh tubuhnya dengan selimut. Fikri tidak dapat menahan
ketawanya melihat keletah isterinya itu. Sesungguhnya Fira masih belum sedia
untuk itu semua. Walaupun sudah dua bulan mereka berkahwin.
“Esok
jangan lambat lagi. Lambat saya tinggal. Lagi satu, jangan nak pakai baju tak
cukup kain macam siang tadi...” pesan Fikri kepada Fira.
BAB 17
Pagi
itu Fira bangun lebih awal. Dia tidak mahu Fikri meninggalkannya seperti
semalam kerana lambat bersiap. Ketika Fikri turun, Fira sudah pun menunggunya
di bawah. Hari itu, mereka ke pejabat memakai pakaian yang sedondon warnanya.
“Cepat awak hari ni ya? Takut kena tinggal
ke?” perli Fikri.
Fira
hanya mendiamkan diri. Sedikit pun tidak mengendahkan kata-kata Fikri.
Sebenarnya dia masih lagi malu dengan peristiwa yang terjadi semalam.
“Ada
pun baju yang cukup kain. Kalau tak ada, pakai aja baju kurung awak yang
dulu-dulu tu...” perli Fikri lagi.
Fira
masih juga mendiamkan diri. Buat muka selamba. Fikri bengang dengan sikap Fira
yang selamba itu. Tiba-tiba Fikri membrek keretanya. Fira yang terkejut dengan
tindakan refleks Fikri itu terus memarahi Fikri kerana tiba-tiba sahaja membrek
keretanya tanpa sebab.
“Awak....!!
Gila ke brek kereta ni tiba-tiba? Huh!!” marah Fira.
“Ada
pun suara. Ingat dah bisu tadi....” perli Fikri. Dia memandu semula keretanya.
Sekali
lagi Fira senyap. Membuat muka selamba. Geram pula Fikri dengan sikap Fira itu.
“Awak
ni kenapa? Nak buat perangai lagi ke?” berang Fikri. Dia tidak suka melihat
sikap selamba Fira itu.
“Errr,
saya tak tahu nak cakap apa...” jawab Fira perlahan. Kecut perutnya bila mendengar
suara Fikri yang sudah berubah antonasi itu.
“Jawab
apa yang saya tanya, itu pun susah ke? Kenapa mesti nak senyap? Ada emas ke
dalam mulut awak tu?” bebel Fikri kepada Fira.
Fikri
mengerling ke arah Fira. Fira hanya mendiamkan diri. Tunduk memandang ke bawah.
Sebenarnya, dia takut untuk memandang wajah Fikri.
“Jangan
ngada-ngada nak buat perangai lagi...” tegas Fikri memberi amaran.
Dalam
pada itu, sempat juga Fikri menilik pakaian yang dipakai oleh Fira. Dia baru
perasan yang Fira juga memakai baju yang sedondon warna dengannya.
“Awak
memang sengaja kan, pakai baju sama dengan saya?” tanya Fikri dengan
suara yang sudah mula mengendur.
“Errr,
tak adalah. Baju ni dah siap iron. Mana
saya tahu awak pun pakai baju sama colour
dengan saya...” jawab Fira tergagap-gagap. Hakikatnya, Fira memang
merancang untuk memakai pakaian sedondon dengan Fikri.
Fikri
hanya tersenyum sinis mendengar jawapan Fira itu. Selepas itu, suasana kembali
senyap sehingga mereka sampai ke tempat kerja.
..................................................
Fikri
dan Fira beriringan masuk ke pejabat. Tanpa mereka sedari ada sepasang mata
sedang memerhatikan mereka. Orang itu adalah Ely. Dalam diam rupanya Ely
menaruh hati kepada Fikri. Bukan tidak pernah Ely memberi ‘hint’ kepada Fikri tentang perasaannya tetapi Fikri sengaja tidak
mahu mengendahkannya. Fikri dan Fira berpisah apabila Fikri masuk ke
biliknya.
Sampai
sahaja di tempat duduknya, Fira telah ditegur oleh Sheqa.
“Wah
kau hari ni, datang sama tepat dengan bos. Tak bising ke dia, engkau datang
sama masa dengan dia?” tanya Sheqa.
“Alah,
terkebetulanlah. Bukannya saing pun. Ni aku nak cerita sikit ni...” jawab Fira.
“Hah,
apa dia? Cepat cerita...” balas Sheqa tak sabar ingin tahu.
“Ish
kau ni, bab gosip cepat aja kan...” belum sempat Fira meneruskan kata-katanya,
Fikri sudahpun berada di hadapan mejanya. Tidak jadi dia ingin meneruskan
ceritanya. Sheqa pula terus berpura-pura sedang membuat kerja,
“Errr...
Ya En. Fikri, ada apa-apa yang encik nak ke?” tanya Fira tergagap-gagap.
Dia
menjadi kalut. Sudahlah datang-datang kerja tadi dia terus berbual dengan
Sheqa, langsung tidak ke bilik bosnya seperti selalu yang dilakukan pada awal
pagi. Dia takut kalau-kalau Fikri akan memarahinya kerana tidak masuk ke bilik
Fikri awal pagi itu.
“Saya
nak keluar kejap. Nanti pukul 11.00 pagi, ikut saya pergi meeting di Syarikat En. Leong. Saya kena gantikan Datuk. Jangan
lupa dapatkan segala maklumat dari Kak Yati...” beritahu Fikri sebelum dia
keluar meninggalkan pejabat.
Fira
hanya mengangguk tanda faham. Sebelum keluar, Fikri sempat melemparkan senyuman
kepada Sheqa.
“Weyh!
Weyh! Bos kau senyum kat akulah...” beritahu Sheqa dengan nada percaya dan
tidak. Dia berasa sedikit teruja, kerana sebelum ini Fikri amat susah untuk
memberikan senyuman kepada staf di situ.
“Sukalah
kau ya. Entah-entah dia suka kat kau tak?” gurau Fira.
“Banyaklah
kau. Dah tu laki dengan anak aku tu nak campak mana?” balas Sheqa semula.
“Aku
rasakan macam ada sesuatu yang luar biasalah hari ni...” tambah Sheqa lagi dengan
penuh curiga.
“Apa
yang luar biasanya?” tanya Fira seakan tidak mengerti.
“Kau
dengan En. Fikri. Baru aku perasan, yang baju korang warna sedondon. Dia pakai
warna ungu, engkau pun sama. Berjanji ke? Ataupun...?” balas Fira dengan penuh
curiga.
“Erkkk?
Ala, terkebetulan ajalah. Tak kuasa aku nak berjanji-janji dengan dia. Kau pun
tahu kan aku dengan bos aku tu macam mana...” terang Fira pula. Cuba menutup
hakikat yang sebenar.
“Ye
lah tu. Banyak betul kebetulan korang ye hari ni...” perli Sheqa sambil
tersenyum sinis.
“Mana
baju kau yang vogue macam semalam tu
weyh?” tanya Sheqa lagi.
“Simpan.
Ada orang tak suka aku pakai macam tu...” balas Fira bersahaja.
“Siapa?
En. Fikri? En. Hisyam?” Sheqa cuba serkap jarang.
“Siapa-siapa
ajalah Sheqa oiii. Yang penting aku tetap nampak cun kan? Hahaha” seloroh Fira.
Malas dia mahu melayan Fira berlebihan. Silap-silap hari bulan, rahsianya boleh
terbongkar.
“Yelah
tu, cunla juga. Kalau macam semalam lagi meletup beb. Hahaha” galak Sheqa
menyakat Fira.
“Macam-macamlah
kau ni. Dah lah weyh, aku nak prepare
untuk meeting nanti. Karang kalau tak lengkap maklumat, aku juga yang kena
dengan En. Fikri...”
Mereka
menamatkan perbualan mereka setakat itu. Selepas itu, Fira terus melakukan
tugas yang diarah oleh Fikri.
BAB 18
Hari-hari
seterusnya, Fira dan Fikri ke tempat kerja bersama-sama. Suatu hari tanpa
diduga, rupanya saat mereka tiba , Sheqa juga baru sampai . Mereka tidak perasan
bahawa Sheqa nampak mereka berdua turun dari kereta yang sama. Tanpa mereka
sedari, Sheqa telah mengambil gambar mereka berdua dan dia terus beredar dari
tempat letak kenderaan itu.
Untuk
mengelakkan staf di pejabat mencurigai mereka berdua datang bersama, Fikri
meminta Fira masuk ke pejabat terlebih dahulu . Rupa-rupanya selain Sheqa, ada
sepasang lagi mata lain yang mengintai gerak geri mereka berdua. Dan orang itu ialah
Ely. Sejak peristiwa seminggu lalu, Ely rupanya telah mengintai mereka
berdua dalam diam.
................
“Bos
aku dah samapi?” tanya Fira kepada Sheqa seraya melabuhkan punggung di
kerusinya. Dia berpura-pura bertanya, sedangkan dia sendiri tahu hakikat
sebenar.
“Belum.
Bukan dia datang dengan kau ke?” duga Fira. Dia ingin melihat reaksi kawannya
itu.
“Datang
dengan aku? Bila masa pula?” jawab Fira seakan-akan tidak mengerti.
“Eleh,
sudahlah. Macamlah aku tak tahu. Kau nak aku tunjuk bukti ke?” tanya Sheqa
seakan mengugut.
Fira
kecut perut mendengar jawapan Sheqa itu. Dia sudah menggelabah ingin membalas
apa.
“Hah,
tahu takut. Hahaha “ balas Sheqa sambil ketawa. Dia tahu Fira menggelabah
mendengar kata-katanya itu.
Beberapa
minit kemudian , Fikri masuk ke pejabat beriringan dengan Ely. Jelas senyuman
sinis Ely dilemparkan kepada Fira. Fira bermonolog sendiri di dalam hati.
‘Patutlah
suruh aku jalan dulu. Rupanya dia tunggu si gedik ni. Huh!’
“Fira
nanti masuk bilik saya...” arah Fikri ketika dia melintasi meja Fira.
Tok..tok..tok...
“Masuk...’’
arah Fikri
Fira
melangkah masuk ke bilik Fikri setelah diarahkan. Fikri menyuruh Fira duduk.
“Ada
apa-apa ke yang En. Fikri nak?” tanya Fira kepada bos merangkap suaminya itu
“Tak
ada. Cuma saya nak beritahu awak, yang saya tak dapat nak bawa awak pergi rumah
abah minggu ni. Petang ni saya ada meeting
dengan Syarikat Bukit Mas. Saya akan pergi dengan Ely. Esok pula, Ely minta
saya teman dia jumpa client dari
Taiwan. So, saya harap awak faham...”
jelas Fikri.
Seperti
mahu menangis Fira saat mendengar penjelasan Fikri itu. Siapa sebenarnya dia di
mata Fikri, dia ingin membantah tetapi dia sedar tak mungkin Fikri ingin
mendengarnya. Sejurus itu, Fira terus melangkah keluar dari bilik Fikri.
...............................................
Hari
itu, Fira merasa seperti tiada semangat untuk membuat kerja. Menjelang waktu
rehat, Fira terus meluru ke bilik Fikri sebelum lelaki itu keluar.
“Yups!
Fira , kenapa?” tanya Fikri yang sedang bersiap-siap untuk keluar.
“Ermm...
Saya nak minta balik awal...” beritahu Fira.
“Balik
awal? Kenapa pula?” tanya Fikri ingin tahu.
“Entah.
Saya rasa macam tak sihat. Tak ada mood nak
kerja...” jawab Fira malas.
“Owh!
Malas nak kerja rupanya...” duga Fikri kembali.
“Awak nak
bagi ke tak ni?” tanya Fira kembali.
“Kalau
saya tak nak bagi, awak nak buat apa?” duga Fikri.
“Jangan
macam-macamlah, saya tak ada mood ni...” balas Fira. Malas dia mahu berbasa
basi dengan Fikri. Yang dia tahu dia ingin segera pulang.
“Eh!
Saya bos ke awak bos? Saya ada hak untuk bagi keizinan awak pulang awal atau
tak...” tegas Fikri.
“Ok, fine. Kalau awak tak nak bagi tak
apa. Saya minta izin papa aja...” tukas Fira dengan riak wajah yang sudah
berubah.
“Yela-yela.
Sini borang tu, saya sign. Kalau ya pun,
janganlah sampai nak menangis...” seloroh Fikri.
Fira
menyerahkan borang pulang awal kepada Fikri untuk ditanda tangani. Sesudah
Fikri menanda tangani borang itu, Fira terus melangkah keluar tanpa berkata
apa. Fikri terkedu dengan tindakan Fira.
.............................................................
Fira
mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah abahnya. Sebelum itu, dia
menghubungi ibu mertuanya terlebih dahulu untuk memaklumkan
keberadaannya. Pada Fikri, dia hanya mendiamkan diri.
“Eh,
Fira. Sorang saja? Fik mana?” tanya Pakcik Fakrul. Dia pelik melihat Fira pulang
ke rumahnya seorang diri tanpa Fikri.
“Fik
sibuk” jawab Fira pendek.
“Ni
Fira ke mari, Fik tahu tak?” tanya Pak cik Fakrul lagi.
“Fira
dah bagitahu dia tadi masa kat office...”
bohong Fira. Padahal dia langsung tidak memberitahu ke mana arah tujunya kepada
Fikri.
“Fira
naik dulu ya Bah. Letih...” balas Fira lagi. Dia tidak mahu berlama-lamaan di
situ, pasti abahnya akan bertanya lebih banyak lagi.
.........................................
Fikri
pulang lewat malam setelah mesyuarat selesai. Dia terus menanyakan Fira kepada
ibunya.
“Fira
mana bu? Dah tidur ke?” tanya Fikri.
“Aik!
Fira kan ke rumah abahnya. Kamu tak tahu ke?” balas Datin Maria.
“Alamak,
lupalah Bu. Tadi Fira ada bagitahu...” bohong Fikri. Hakikatnya dia tidak tahu-
menahu langsung yang Fira ke rumah abahnya.
“Apalah
kamu ni. Entah-entah dia merajuk agaknya. Kamu dah janji tapi tak tunaikan...”
balas Datin Maria.
“Fik
bukan sengaja. Fik ada kerja. Tak apalah Bu, nanti Fik telefon dia...”balas
Fikri kembali. Dia terus melangkah menuju ke tingkat atas.
Selepas
membersihkan diri, Fikri cuba menghubungi Fira tetapi Fira tidak menjawabnya.
BAB 19
“Abah, Fira nak keluar kejap ya. Tengahari
nanti Fira balik...” beritahu Fira kepada abahnya sebelum dia keluar.
“Fira
nak ke mana tu? Dah minta izin Fik?” tanya Pak cik Fakrul.
“Sudah..”
bohong Fira. Dia sedar dia sudah melakukan kesalahan dengan berbohong kepada
abahnya dan juga tidak meminta izin kepada Fikri sebelum keluar. Tapi hatinya
sakit mengenangkan Fikri yang seperti tidak ambil peduli tetang dirinya itu.
Baginya sama sahaja kalau dia beritahu kepada Fikri atau tidak.
“Fira
nak keluar beli barang sikit...” tambah Fira lagi.
“Ye
lah. Hati-hati ya...” pesan Pakcik Fakrul.
.....................................................
Ketika
Fira mencari barang yang dikehendaki, dia terserempak dengan Hisyam, Pegawai
Pemasaran di tempat kerjanya. Hisyam telah menegurnya terlebih dahulu.
“Fira?
Buat apa kat sini? Sorang aja ke?” tegur Hisyam.
“Eh!
En. Hisyam. Haah, sorang saja. Cari barang sikit. En. Hisyam buat apa kat sini?
Sorang juga ke?” balas Fira.
“Sorang
juga...” jawab Hisyam sambil tersenyum mesra.
“Awak
dah sudah cari barang ke? Jom pergi makan?” tambah Hisyam lagi.
Hisyam
mempelawa Fira untuk makan tengahari bersama dengannya, tetapi Fira menolak.
Berkali-kali dipujuk akhirnya Fira bersetuju.
Mereka
telah bertembung dengan Fikri dan Ely di kedai makan yang sama mereka kunjungi.
Hisyam mendapatkan mereka berdua. Kebetulan mereka berdua baru sahaja selesai
membuat pembayaran di kaunter.
“Hai,
En. Fik... Ely... Tak sangka jumpa you
all kat sini...” tegur Hisyam mesra.
Fira
di sebelah hanya membuat muka selamba.
“Hey!
You all pun makan dekat sini ke? Tak
sangka I, rupanya dalam diam you dengan Fira. ye Hisyam..”
balas Ely pula. Tangannya berpaut mesra pada lengan Fikri
Fikri
merenung tajam ke arah Fira tetapi dia sedikit pun tidak menunjukkan riak takut
seperti selalu. Panas hati Fikri melihat sikap selamba isterinya itu.
“Okeylah
Hisyam, kami pergi dulu. Ada hal...” balas Fikri sambil mengatur langkah
meninggalkan kedai makan itu bersama Ely.
Beberapa
minit selepas Fikri meninggalkan kedai itu, Fira menerima panggilan dari Fikri.
“Balik
sekarag!!!” arah Fikri dengan suara yang kedengaran begitu tegas.
Belum
sempat Fira menjawab, Fikri telah pun mematikan talian terlebih dahulu.
Fira
tidak mengendahkan arahan Fikri itu. Lebih kurang sejam lebih kemudian, dia
mendapat panggilan dari abahnya yang menyuruhnya pulang segera.
“En.
Hisyam, saya pulang dulu ya. Abah saya call
bagitahu kawan saya datang...” beritahu Fira.
“Kalau
macam tu, marilah saya hantarkan...” pelawa Hisyam.
“Eh,
tak apalah. Okeylah saya balik dulu ya. Terima kasih...” balas Fira seraya
meninggalkan tempat itu.
................................................
“Kenapa
Fira lambat? Lama Fik tunggu Fira. Fira tak tahu ke Fik nak datang?”
tanya Pakcik Fakrul saat Fira melangkah masuk ke dalam rumah.
“Fik
mana Bah? “ tanya Fira tanpa menjawab pertanyaan abahnya. Dia meninggalkan
semua barang yang dibelinya di atas meja makan.
“Dia
ada kat atas, dalam bilik kamu...” beritahu Pakcik Fakrul.
Fira
terus melangkah naik menuju ke bilik tidurnya. Dia memulas tombol pintu
biliknya. Dilihatnya Fikri sedang berdiri di tepi tingkap. Fikri segera
berpaling menghadap Fira yang baru melangkah masuk ke biliknya itu.
“Baru
balik?” tanya Fikri tegas.
“Awak
dah mula nak buat perangai lagi ke? Awak ke mana tadi?” bertubi-tubi soalan
yang keluar dari mulut Fikri.
“Kenapa awak nak tahu? Awak keluar dengan Ely,
saya tak ambil tahu pun...” balas Fira selamba. Sengaja ingin menyakiti hati
Fikri.
“Saya
tanya awak ke mana tadi!! “ tanya Fikri sekali lagi dengan suara yang lebih
keras.
“Saya
keluar beli barang...” jawab Fira perlahan.
“Beli
barang atau pergi jumpa Hisyam?” tanya Fikri yang masih lagi tidak berpuas
hati.
“Suka
hati awaklah nak fikir apa...” balas Fira kembali. Sudah beritahu perkara yang
sebenar pun masih mahu disalah anggap, malas dia mahu melayankan.
“Kan
saya dah kata, jangan nak buat perangai!
Jangan keluar dengan dia! Lagi satu selagi awak tu isteri saya, maklumkan semua
pergerakan awak pada saya terlebih dahulu!.” jelas Fikri dengan suara yang
masih meninggi.
“Saya
tunggu awak kat rumah ni dekat 2 jam, tapi awak tak balik-balik. Awak ingat
saya apa?” berang Fikri.
“Saya
tak suruh pun awak ke mari. Saya tak suruh pun awak tunggu saya. Ada saya marah
bila awak tak tunaikan janji awak? Ada saya melenting bila awak lebihkan orang
lain dari saya? Ada saya marah tengok awak keluar dengan Ely? Bermesraan dengan
dia? Adak e? Ada? Awak hanya tahu fikir marah awak aja? Perasaan saya ni?
Pernah awak fikir? ” luah Fira dengan tangisan yang sudah mula kedengaran.
Fikri
rasa bersalah mendengar apa yang diluahkan isterinya itu. Fira sudah menangis
hiba, dia tidak dapat menahan air matanya dari mengalir. Fikri ingin mendekati Fira untuk memujuknya tetapi Fira menolak. Ego lelakinya rasa
tercabar diperlakukan begitu.
“Pergi!
Saya tak perlukan awak! Awak tak payah datang sini lagi! Pergi! pergi dari
sini...” Fira menghalau Fikri tanpa dia sedari.
Fikri
yang rasa dirinya diperlakukan begitu, terus berlalu pergi meninggalkan Fira
sendirian.
“Fik
nak pergi mana ni?” tanya Pakcik Fakrul saat melihat Fikri ingin bergegas
keluar dari rumahnya.
“Fik
nak balik. Lagipun Fira tak suka Fik ada kat sini...” jawab Fikri sambil
menyalami bapa mertuanya. Kemudian dia terus berlalu pergi meninggalkan rumah
mertuanya itu.
Pakcik
Fakrul segera menuju ke bilik Fira. Dia melihat Fira sedang menangis
teresak-esak di tepi katil.
“Fira,
kenapa ni sayang?” tanya Pakcik Fakrul lembut.
“Fira
benci Fik abah.... Fira benci...” balas Fira dengan suara yang tersedu sedan.
“Fik
buat apa pada Fira? Dia pukul Fira ke?” tanya Pakcik Fakrul lagi.
Fira
hanya menggeleng.
“Sudahlah
tu. Tak baik membenci suami Fira. Fik kan suami Fira...”
“Cuba
Fira cerita kat abah, apa yang berlaku sebenarnya....” pujuk Pakcik Fakrul.
Dalam
sedu sedan, Fira menceritakan apa yang telah terjadi kepada abahnya.
“Sudahlah
sayang, Abah rasa Fik tak salah. Dia marah Fira pun bersebabkan? Itu maknanya
dia sayangkan Fira. Fira kena faham kerja Fik, dia sibuk. Tapi cuba Fira tengok
tadi, dia nak juga kan datang...” pujuk Pakcik Fakrul lembut.
“Kalau
dia sayangkan Fira, kenapa dia tinggalkan Fira tadi? Kenapa dia tak pujuk Fira?”
tanya Fira pula.
“Mungkin
dia kecil hati sebab Fira suruh dia pergi...”
“Fira
sayang.... Fira dah lupa ke apa yang abah pesan dulu? Syurga isteri terletak
bawah kaki suami apabila seorang perempuan itu berkahwin. Keredhaan Allah terletak
pada keredhaan suami. Pergilah balik, minta maaf pada Fik. Tak baik macam ni.
Tak salah Fira beralah nak...“ nasihat Pakcik Fakrul kepada Fira.
Fira
berasa terkesan dengan kata-kata abahnya itu. Dia sedar dia telah bersikap
kasar terhadap suaminya itu. Dia juga telah melakukan sesuatu yang Fikri tidak
suka.
“Isteri
yang mendatangkan kemarahan pada suami dan suami pula tidak memaafkannya
sebelum tidur, isteri itu akan dilaknat malaikat sehingga subuh...” tambah Pak
cik Fakrul lagi seraya meninggalkan Fira sendirian.
Fira
memikirkan balik apa yang diperkatakan oleh abahnya itu.
...........................................................
“Assalamualaikum.
Cik Yah, saya ni Fakrul...” ucap Pakcik Fakrul sejurus panggilan dijawab.
“Waalaikummussalam.
Ya Fakrul, nak cakap dengan Faizal ke? Dia tak ada, keluar sekejap dengan
Faiz...” beritahu Datin Maria.
“Tak
mengapa, dengan Cik Yah pun boleh...”
“Saya
nak tanya ni, Fik dah balik ke?” tambah Pakcik Fakrul lagi.
“Dia
baru aja balik. Ada dalam bilik dia. Kenapa Fakrul?” tanya Datin Maria pula.
Pakcik
Fakrul telah menceritakan serba sedikit apa yang terjadi antara Fikri dan Fira kepada
Datin Maria.
“Cubalah
Cik Yah pujuk si Fik tu, tentang Fira jangan risau. Nanti saya pujuk dia balik
ke sana malam ni...” jelas Pakcik Fakrul.
“Baiklah
kalau macam tu...” balas Datin Maria kembali.
BAB 20
Malam
itu, Pakcik Fakrul telah menghantar Fira pulang ke rumah mertuanya.
“Ibu,
maafkan Fira...” Fira mendapatkan ibu mertuanya yang berada di ruang tamu. Dia
memeluk ibu mertuanya dengan esak tangis.
“Sudahlah
tu sayang, kamu tak salah dengan ibu. Pergilah naik atas, jumpa Fik...” arah Datin
Maria.
Fira
terus melangkah naik menuju ke bilik tidurnya meninggalkan semua yang ada di
ruang tamu. Ketika dia melangkah masuk ke dalam bilik itu, dia lihat Fikri
sedang membaca buku. Segera dia menghampiri Fikri.
“Awak.....
saya minta maaf...” pinta Fira kepada Fikri
Fikri
hanya diam tidak mengendahkan kehadiran Fira di situ. Sebenarnya dia sedikit
terkejut dengan kehadiran Fira. Dia tidak menyangkan Fira akan mengalah dan
datang memujuknya.
“Awak,
tolong maafkan saya. Saya tak ada niat nak suruh awak pergi tadi...” ucap Fira.
Bersungguh-sungguh dia meminta maaf tetapi Fikri tetap begitu.
Fikri
terus menutup buku yang dibacanya. Lantas dia merebahkan dirinya di katil.
Fiar
duduk di sisi katil sambil memegang tangan Fikri.
“Awak,
tolonglah maafkan saya. Saya tahu saya salah.. Demi Allah, saya tak ada niat
langsung jumpa dengan Hisyam. Kami terserempak masa saya beli barang tadi.
Tolong maafkan saya awak. Saya dah berkasar dengan awak tadi. Saya tak nak
malaikat laknat saya , sebab buat awak berasa hati dengan saya dan tak maafkan
saya...” pinta Fira dengan sedu sedan yang jelas kedengaran.
Basah
tangan Fikri dihujani air mata Fira. Sayu hatinya mendengar kesungguhan
isterinya memohon maaf. Tersentuh juga hati lelakinya. Dalam hati Fikri
mengakui yang dia telah memaafkan isterinya itu. Dia juga sedar akan
kesalahannya. Tetapi dia masih lagi begitu, tidak mahu bercakap dengan Fira. Sehingga
akhirnya kedua-dua terlelap.
Fikri
tersedar sewaktu jam menunjukkan angka 3 pagi. Dilihat isterinya sudah terlena
ditepinya dengan pipi yang dibasahi air mata. Fikri bangun dan mengucup dahi
Fira. Dia merasa kasihan dan bersalah melihat isterinya itu. Terlalu kejamkah
dirinya itu kepada Fira? Dia sendiri tidak pasti apa yang dibuatnya ini benar
atau salah. Perlahan-lahan Fikri mengangkat Fira dan meletakkannya di atas
katil.
........................................
Ketika
Fira bangun, Fikri sudah tiada di dalam dilik itu. Setelah selesai membersihkan
diri, dia terus bersiap-siap turun ke bawah.
“Ibu,
Fik mana?” tanya Fira kepada ibu mertuanya yang sedang bersarapan.
“Dia
keluar pergi jogging dengan papa dan Faiz..”
beritahu datin Maria.
“Mari
sini Fira, sarapan dengan ibu....”
pelawa Datin Maria.
Fira
segera melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan ibu mertuanya.
“Fira
dah okey ke dengan Fik?” tanya Datin Maria.
“Entahlah
bu, Fik senyap aja dari malam tadi. Pagi tadi pun Fira tak sempat jumpa dia.
Marah sungguh Fik dengan Fira agaknya ya bu...” jawab Fira dengan suara yang
pilu.
“Sabarlah
sayang. Fira jangan putus asa ya nak. Teruskan usaha Fira pujuk Fik. Lama-lama
lembutlah hati dia tu nanti...” pujuk Datin Maria sambil tersenyum mesra kepada
Fira.
Fira
hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Datin maria.
Tidak
lama selepas itu,Fikri pulang dari berjogging
bersama papa dan adiknya. Fira terus menegur suaminya itu tetapi tidak
diendahkan.
“Awak
dah balik? Awak nak sarapan?” tanya Fira memancing perhatian Fikri.
“Ibu,
Fik naik dulu ya. Nak mandi...” beritahu Fikri kepada ibunya dan terus berlalu
ke tingkat atas.
“Sabar
ya Fira....” pujuk Datuk Faizal pula. Dia tahu menantunya itu berasa hati
dengan layanan Fikri.
Sehingga
ke petang Fikri masih lagi begitu. Sudah puas Fira meminta maaf kepadanya, tapi
langsung tidak diendahkan.
Tiba-tiba
Fira teringat akan pesan abahnya, “kalau mahu pikat hati suami, kena pikat
perutnya dahulu...” Seraya itu dia teringat akan janjinya pada Fikri untuk
memasakkan sesuatu buat suaminya beberapa minggu lepas.
Selesai
membuat ‘Fruit Cheese Tart’ kegemaran
Fikri, Fira membawakan juadah itu ke bilik bacaan di mana Fikri sedang berada.
Tok..tok..
“Masuklah...”
arah Fikri.
“Awak,
saya bawakan kuih kegemaran awak...” ucap Fira sambil tersenyum mesra.
“Ermm...”
balas Fikri pendek. Langsung tidak menoleh ke arah Fira.
“Awak,
saya nak minta maaf. Tolong maafkan saya ya...” ucap Fira kepada Fikri.
Fikri
masih lagi mendiamkan diri
“Awak,
tolonglah. Saya tahu saya bersalah. Saya sungguh-sungguh menyesal. Saya janji
tak buat lagi. Tolong maafkan saya, awak....” rayu Fira dengan air mata yang
sudah mula bergenang.
Tersentuh
juga hati lelaki Fikri melihat kesungguhan isterinya itu. Sesungguhnya dia
kalah dengan air mata wanita itu.
“Sudahlah
tu, jangan menangis lagi. Tinggalkan aja kat situ. Nanti saya makanlah...’’
ucap Fikri.
“Awak?”
ucap Fira perlahan dengan air mata yang masih berlinang. Dia seakan tidak
percaya yang Fikri sudah mahu bercakap dengannya.
“Ya,
sudahlah. Saya dah maafkan awak. Dah jangan nangis lagi, buruk dah...” gurau
Fikri sambil tersenyum.
“Terima
kasih awak...” ucap Fira gembira sehingga tanpa sedar dia mencium pipi Fikri.
Fikri terkedu seketika. Fira pula malu tak menentu.
“Errr...
Saya tinggal dulu ya, jangan lupa makan. Saya buat khas untuk awak...” balas
Fira tergagap-gagap menahan malu atas tindakannya sebentar tadi.
“Tengoklah.
Nanti saya komen. Kalau habis maknanya okeylah tu, kalau tak habis faham-faham
sendirilah....” ucap Fikri kepada Fira.
Fira
terus keluar dari bilik itu dengan senyuman terukir di bibir. Fikri pula tersenyum
sendirian di bilik itu sambil menikmati juadah buatan isterinya.
0 comments:
Post a Comment