Blogger Layouts

Thursday 23 February 2012

CINTA YANG BENAR (PART 2)


CINTA YANG BENAR (PART 2)
“Semalam Zara balik pukul berapa?”
“ Sampai rumah dekat pukul 12 juga, nasib ada orang tumpangkan... Kalau tak tahulah macam mana.. Bas dengan teksi tak ada lalu pula”
“ Zara kenal ke dengan orang yang tumpangkan Zara tu?”
Miazara hanya menggelengkan kepala. Tangannya ligat menyapu habuk-habuk pada rak dengan menggunakan bulu ayam.
“ Kalau tak kenal kenapa naik? Kalau orang tu orang jahat macam mana? Lelaki ke perempuan? Tua ke muda?”
Miazara menoleh kea rah Ghazali. Dia tersenyum kepada Ghazali.
“ Orang tu lelaki dan muda.... Ghaz jangan risau okey! Dia baik... Lagipum dia tu bukannya bernafsu dengan perempuan pon...”
“Maksud Zara?”
Miazara menoleh kiri dan kanan sebelum berkata perlahan kepada ghazali.
“Dia tu gay....”
“Hah? Gay?” jerit Ghazali. Dia sedikit terkejut mendengar jawapan Miazara.  Miazara memukul perlahan lengan Ghazali.
“slow sikitlah Ghaz. Nanti orang dengar!”
“Apa yang korang bisik-bisik ni...? Siapa yang gay?”
Miazara terkejut . Rupanya, Balkis juga berada di situ.
“Eh, Balkis  bila kau sampai? “
“Baru aje sampai.. Korang cerita pasal siapa ni?”
“Tak ada siapa-siapalah....”
“Si Zara ni, semalam dia balik dengan siapa entah. Orang tu gay pula tu...”
Miazara menjegilkan matanya kepada Ghaz. Tak boleh simpan rahsia betul. Ghazali hanya membuat muka selamba saja.
“Owwh! Ghaz, jom teman I pergi makan. Laparlah... Zara boleh kan aku pinjam Ghazali kesayangan kau ni kejap...”
Miazara sedikit terkejut dengan permintaan Balkis. Tapi dia malas mahu memikirkan yang bukan-bukan.
“Boleh je... Tapi Zara okey tak?”
Miazara memandang seketika ke arah Ghazali. Tak sangka Ghazali akan bersetuju dengan ajakan Balkis itu. Belum sempat Miazara menjawab, Balkis telah memberi keputusan terlebih dahulu.
“Nanti aku belikan kau nasi ayam ea Zara... Jom Ghaz! I dah lapar ni..”
Balkis meraba-raba perutnya tanda sudah lapar. Dia lantas menarik tangan Ghazali untuk keluar dari kedai itu. Ghazali hanya menurut sahaja. Sedikit pun tidak membantah. Miazara pula hanya melihat sahaja. Tidak sempat juga untuk mengatakan apa-apa.
................................................
“Lama betul dorang ni pergi makan... Aku pun dah lapar juga ni...hermmm”
“Ding Dong... Ding Dong...’’
Loceng pintu berbunyi, tanda ada orang masuk ke dalam kedai itu. Miazara segera menegur pelanggan yang masuk ke kedai itu. Sudah menjadi kebiasaan jika ada pelanggan yang datang, Miazara  akan mengucapkan ‘Selamat Datang’ dan ketika mereka keluar, Miazara akan mengucapkan ‘Terima Kasih. Sila datang lagi’.
“Selamat datang...” Miazara tersenyum kepada pelanggan tersebut.
“Cik Mia?”
“En. Mikha?”
Mereka berdua sama-sama ketawa. Tak sangka mereka akan bertemu lagi di situ.
“Cik Mia kerja kat sini ke?”
“Haah.. Tak payahla ber Cik-cik dengan saya En. Mikha. Panggil Mia aja...”
“Baiklah... Tapi Mia pun jangan panggil saya Encik. Panggil Mikha aja...”
“Baiklah... Mikha nak cari souvenir ke?”
“Haah... Untuk adik perempuan saya dengan Ilham”
“Owwh.. En. Ilham macam mana? Dia dah ok?”
“Dah okey sikit.. Ni yang saya nak carikan souvenir untuk dia...”
Miazara hanya tersenyum sahaja. ‘bagi souvenir kat En.Ilham. Mesti nak pujuk ni. Tak sangka aku, gay pun macam orang normal biasa bila bab pujuk memujuk ni.’
“Kenapa Mia?”
“Tak ada apa-apa... Mari saya tolong Mikha cari souvenir tu. Pelanggan lain tengah tak ada ni....”
Miazara menunjukkan souvenir yang terdapat di kedai itu kepada Mikhail. Sambil mencari souvenir yang berkenaan di hati, mereka berbual-bual. Sesekali tangan Miazara menepuk perlahan lengan Mikhail. Sangat mesra sekali mereka berdua, seperti sudah lama kenal. Miazara memang seorang yang ramah dan menyenangkan. Mikhail begitu selesa dengan Miazara. Personaliti Miazara begitu mencuit hatinya.
“Okey Mia, saya rasa nak yang inilah untuk Ilham... Tapi ada warna lain tak? Warna Silver..”
“Kejap ye, saya pergi tengok kat stor...”
Miazara menuju ke stor. Mikhail mengekornya dari belakang. Miazara terpaksa memanjat tangga untuk mengambil souvenir yang dikehendaki oleh Mikhail. Mikhail yang risau melihat Miazara memanjat, turut masuk ke dalam stor tersebut. Ketika Miazara ingin turun dari tangga, tanpa  sengaja dia tergelincir dan terjatuh kea rah Mikhail. Miazara telah terhempap di atas dada bidang Mikhail tanpa sengaja. Pandangan mereka bertemu dan menerbitkan getaran di dalam hati. Miazara yang rasa tidak selesa dengan situasi tersebut terus bangun dari terus menghempap Mikhail. Dia bersila dilantai dengan tangan masih memegang souvenir tersebut. Mikhail masih lagi terbaring di lantai.
“Err.. Mikha, maaf ya.. Saya tak sengaja..”
“ It’s ok.. Mia okey ke ni?”
Miazara hanya tersenyum. Dia membantu Mikhail duduk.
“habis baju awak... Mari saya bersihkan..”
Miazara menepuk-nepuk debu yang melekat di baju Mikhail dengan tangannya. Sesekali tepukannya kuat sehingga Mikhail mengaduh.
“Aduh! Ganas juga awak ni ye Mia..”
“Err.. Sorry, saya buat slow-slow ok..”
Sambil-sambil itu mereka berbual dan sesekali kedengaran gelak ketawa  mereka berdua. Tidak lama itu, Balkis dan Ghazali pulang dari makan. Mereka berdua terkejut melihat Miazara bersama di dengan seorang lelaki di dalam kedai itu.
“Err... Ghaz dengan Balkis dah balik...”
Miazara segera berdiri dan dia membantu Mikhail bangun sekali.
“Siapa ni Zara?!”
“Kawan Zara....”
“Mikhail Irshad...”
Mikhail menghulurkan tangan kepada Ghazali tetapi Ghazali menepisnya. Miazara sedikit terkejut melihat tindakan Ghazali tu.
“Kawan ke kekasih baru?! Ghaz keluar kejap, Zara senang-senang berseronok dengan lelaki lain kat belakang Ghaz ya...?”
“Apa kau buat ni Zara? Tak sangka aku kau curang dengan Ghaz...”
“Errr....Ghaz dengan Balkis dah salah faham ni... Mikha dengan Zara tak ada apa-apa hubungan...”
Ghazali sudah meninggalkan Zara di situ. Balkis turut mengekori Ghazali. Dia tersenyum sendiri. Barangkali ini adalah pengakhiran hubungan Miazara dan Ghazali.
“Errr.. Mikha, sorry ya. Awak tunggu kejap.. saya nak pergi pujuk Ghaz..”
Miazara mendapatkan Ghazali di mejanya. Balkis juga berada di situ . Hanya menjadi pemerhati.
“Ghaz.. Ghaz dah salah faham ni...”
“Salah faham apa lagi Zara? Kemain mesra lagi Zara dengan dia. .. Kalau Zara suka dia, buat apa lagi kita nak teruskan hubungan ni?”
“Ghaz! Zara tak suka dialah! Lagipun Mikha tu gay..!!”
Mikhail yang terdengar akan ungkapan dari mulut Miazara it uterus meluru kepada mereka. Dia tidak sangka Miazara boleh berkata begitu.
“Apa maksud awak kata saya gay dekat diaorang?!”
“Errr.... “
Belum sempat Miazara membalasnya, Mikhail sudah keluar dari kedai itu meninggalkan mereka. Dia sedikit bengang dengan ungkapan yang keluar dari mulut Miazara. Miazara rasa bersalah kerana telah memecahkan rahsia Mikhail. Dia terus mengajar Mikhail untuk minta maaf.
“Mikha..tunggu!”
“Apa lagi awak nak? Awak sedar tak apa yang awak cakap tadi?”
“Err.. saya minta maaf. Saya tak sengaja nak pecahkan rahsia awak..”
“Rahsia apa?”
“Yang awak ni gay.....”
“Hah? Sudahlah Mia....” Mikhail tidak tahu ingin berkata apa. Dia sedikit bengang. Dia terus meninggalkan Miazara. Kerana bengang , dia terus membiarkan Miazara salah faham dengannya tanpa memberitahu perkara sebenar.
“Zara...? Zara okey?”
“Ghaz.....”
“Dah jom.... Ghaz minta maaf sebab salah faham... Tu ke mamat yang tumpangkan Zara semalam?”
Miazara hanya mengangguk. Entah mengapa hatinya rasa sedih tatkala melihat kereta milik Mikhail berlalu pergi. Perasaan bersalah  menghantui jiwanya. Ghazali menarik Miazara supaya mengikutnya kembali semula ke kedai.





Wednesday 22 February 2012

♥ JATUH CINTA!! 12 ♥

BAB 12
“Mie betul-betul serius ke dengan apa yang Mie cakap semalam?” tanya Raja Salman meminta kepastian dari Tengku Shahmie.
“Yups! Mie memang serius... Kalau boleh Mie nak ikat Meera terus jadi pasangan hidup Mie. Mie tak nak bercinta lama-lama...” jelas Tengku Shahmie bersungguh-sungguh
Melihat kesungguhan Tengku Shahmie inginkan Raja Shameera membuatkan Raja Salman yakin dengan keputusan yang bakal dibuat nanti.
“Emm... Baiklah! Sebenarnya Along suruh Mie datang ni pun pasal hal semalam tulah...” beritahu Raja Salman. Raja Syazwan di sebelah hanya diam sahaja, memberi ruang kepada abangnya bercakap. Tengku Shahmi berasa gementar menunggu apa yang bakal diberitahu oleh Raja Salman.
“Kami berdua dah buat keputusan nak bagi peluang pada Mie untuk dekati Sham. Tapi....... “ belum sempat Raja Salman meneruskan kata-katanya, Tengku Shahmie  sudah mencelah terlebih dahulu.
“Tapi apa Long...?” tanya Tengku Shahmie tidak sabar. Raja Salman tersenyum kepada Raja Syazwan sebelum dia meneruskan kata-katanya. Tindak tanduk mereka itu membuatkan Tengku Shahmie kembali gusar.
“Tapi ada syaratnya... Angah, tolong bagitahu Mie apa syaratnya..!” Raja Salman mengarahkan Raja Syazwan memberitahu Tengku Shahmie syarat-syarat yang telah mereka bincangkan.
“Syaratnya tak banyak cuma …... Pertama, kau kena putuskan hubungan dengan semua awek kau. Kedua, kami akan bawa kau jumpa nenek. Kalau nenek setuju, kami pun setuju dan yang ketiga, kau kena berusaha sendiri untuk pikat hati Sham. Kami tak akan masuk campur, melainkan atas sebab-sebab tertentu.” Jelas Raja Syazwan satu persatu. Tengku Shahmie mendengar dengan teliti setiap syarat yang disebutkan oleh Raja Syazwan.
“Itu aje ke syarat-syaratnya?” tanya Tengku Shahmie
“Kenapa? Kau nak kita orang tambah lagi ke?” Tanya Raja Syazwan. Sengaja ingin menduga sahabatnya itu.
“Eh, tak adalah! Cukuplah tu….” Jawab Tengku Shahmie sambil tersengih.
“So, macam mana? Mie setuju ke tak dengan syarat kami tu?” Raja Salman pula tiba-tiba bertanya untuk mendapatkan kepastian dari Tengku Shahmie.
Tengku Shahmie hanya mengangguk dan tersenyum tanda bersetuju.
“Hah! Lupa pula aku nak bagitahu, kau tak dibenarkan bercakap dengan Sham kalau korang berjumpa selagi kau tak jumpa nenek, okey…!” tambah Raja Syazwan lagi.
“Aku setuju! Apa syarat sekalipun aku sanggup. Asalkan aku diberi peluang untuk mendekati Meera. Aku memang sungguh-sungguh dan ikhlas sayangkan dia. Mungkin korang anggap benda ni gila. Sebab mustahil untuk jatuh cinta dalam tempoh masa yang sekejap. Tapi aku yakin, perasaan yang aku rasa sekarang ni adalah anugerah terindah dari Allah.” Balas Tengku Shahmie bersungguh-sungguh dan penuh semangat.
“Baiklah! Tapi ingat, kalau Along tahu Mie guna cara kotor untuk dapatkan Sham, Along takkan teragak-agak untuk tarik balik peluang ni…” tegas Raja Salman memberi peringatan kepada Tengku Shahmie. Dia risau kalau-kalau Tengku Shahmie menggunakan cara yang salah untuk mendapatkan adik kesayangannya itu. Orang kalau dah mabuk cinta, benda lain dah tak difikirkan. Yang penting dia dapat apa yang dia nak.
“Kami percayakan kau! Aku harap kau takkan sia-siakan kepercayaan kami pada kau.” Raja Syazwan pula menambah.
“InsyaAllah! Along dengan Wan boleh percayakan Mie. Mie takkan buat sesuatu yang salah, sebab Mie nak jadikan Meera teman hidup Mie bukan perempuan simpanan…” jelas Tengku Shahmie dengan penuh keikhlasan.
“Tapi, Sham tu masih belajar lagi. Mie sanggup ke tunggu?” tanya Raja Salman lagi
“Kalau betul dia jodoh Mie, Mie sanggup tunggu...” jawab Tengku Shahmie sambil tersenyum.
“Aku harap kau tak cepat putus asa layan kerenah Sham tu!” celah Raja Syazwan sambil tersenyum sinis.
“Apasal pula?” tanya Tengku Shahmie kembali.
“Yelah, Sham tu kan kasar. Garang pula tu. Kuat membebel dan macam-macamlah lagi. Mie sanggup ke nak ngadap perangai dia tu?” Raja Salman menjawab sebelum sempat Raja Syazwan membalas.
“Kau pula tu banyak pula songehnya. Apa hari tu kriteria calon teman hidup yang kau nak?” saja Raja Syazwan memulangkan paku buah keras kepada Tengku Shahmie.
“Hahaha Aku rasa Meera ada kot semua tu! Budi pekerti dia elokkan? Dengan kata lain, tak tinggal solat dan jaga adab. Kalau perangai dia yang entah apa-apa dan tak bertudung tu, kita boleh didik dia pelan-pelan! Hehehe Masak pun dia pandai, cantik pun cantik, comel pun comel. Kiranya sedaplah mata memandang kan! Cuma yang boros tu aku tak tahulah. Tak pernah keluar dengan dia. Hehehe So,  aku rasa dah kira sedang elok dan memenuhi citarasa hati akulah tu...” jelas Tengku Shahmie. Setiap kriteria yang disebut oleh Tengku Shahmie hanya dibalas dengan anggukan sahaja oleh Raja Syazwan tanda mengiyakan kata-kata Tengku Shahmie itu.
“Sham tu, kalau bab berbelanja ni dia fifty-fifty. Kadang jimat kadang boros! Hahaha” Raja Salman mencelah tiba-tiba.
“Ha’ah, kalau kau nak tahu Sham tu pelik sikit. Kadang-kadang dia sangatlah pemurah alias pemboros, kadang-kadang penjimat alias kedekut! Kalau dia suka sesuatu tu, dia akan berbelanja ikut suka hati dia. Kadang-kadang, kalau dia  suka tapi dia rasa benda tu tak perlu dan tak ada kegunaan, memang jangan haraplah dia nak keluarkan duit untuk beli. Dia kata ‘ sayang duit. Nak dapat duit bukan senang.’ Kalau dia rasa pemurah sangat, dia akan belanja kami dan kawan-kawan dia makan ataupun belikan something untuk kami, even benda tu sesuatu yang simple. Tapi bila datang time kedekut dia, kalau dia nak benda tu tapi tak nak keluar duit, dia akan kikis kami. Bila kami cakap dia kedekut, dia akan jawab ‘ Nak kaya kenalah kedekut’ dan lepas tu dia ketawa. Itulah Raja Shameera adik kesayangan kita orang. Kalau kau nak tahu lebih lanjut, cuba kau try bawa dia pergi shopping ke ataupun dalam tempoh kau nak usha dia tu, ajak dia keluar dan tengok macam mana perangai dia yang sebenar! Tu pun kalau dia naklah... hehehe”  Jelas Raja Syazwan panjang lebar. Tengku Shahmie begitu teruja mendengar penjelasan Raja Syazwan. Mendengar penjelasan Raja Syazwan itu membuatkan Tengku Shahmie tergelak mengenangkan keletah Raja Shameera.
“Hahaha Macam-macam aje adik korang ni eak? Aku tahu dia tu baik hati walaupun agak pelik sikit fi’il dia tu. Hahaha” balas Tengku Shahmie sambil ketawa.
#############
“Siapa ajelah lagi yang sebut-sebut aku ni? Uhuk-uhuk...” Raja Shameera yang sedang minum air tersedak tiba-tiba. Nasib baik tidak tersembur air yang diminumnya.
“Nasib baik bukan masa persembahan tadi! Kalau tak, habis rosak semuanya...!” tambah Raja Shameera lagi.
“Entah-entah kau minum tak baca Bismillah kot. Tu pasal tersedak!” tegur Damia Tan
“Ye ke? Aku pun lupa, aku dah baca Bismillah ke belum. Hehehe” balas Raja Shameera sambil tersengih.
“ Korang ni balik pukul berapa?” tanya Fatiha tiba-tiba.
“Aku tunggu abang-abang aku ambil, Mia tunggu Ummi dia. Korang pula?’ tanya Raja Shameera kembali.
“Kejap lagi kita orang balik bilik, kemas-kemas. Lepas tu , keluar. Malam ni, aku nak ajak Dahlia tidur rumah Mak Cik aku. Esok kami balik hostel semula.” Jelas Fatiha
“Owwh! Kau Mika? Yani? Stay hostel ke keluar?” tanya Raja Shameera kepada mereka berdua.
“Aku nak keluar ke mana aje? Bukan ada kawan lain sangat selain korang ni, roommate aku pun aku tak rapat! Nak balik rumah mak abah aku, jauh kat Perak sana. Lepak hostel ajelah gaknya!” jawab Fazliyani.
“Ikut aku balik jom... Hari Isnin pergi kelas dari rumah aku je karang! Kau bawalah baju lebih-lebih sikit...” ajak Raja Shameera sambil tersenyum.
“Haahlah Yani, jomlah.... Esok kita keluar jalan-jalan. Nanti aku pinjam kereta Ummi aku.hehehe” pujuk Damia Tan pula.
“Aku nak ikut juga balik rumah kau, boleh tak? Hehehe” celah Rayyan Mikael sambil tersengih kepada Raja Shameera.
“Sibuk aje kau ni Mika! Asyik nak menempel dengan dorang aje.. Apa kau ni dah tak ada kawan sejenis ke?” selamba sahaja Fatiha menegur Rayyan Mikael.
“Entah! Sibuk aje... Tak malu ea? Asyik nak menempel dengan kita orang. Kau pergilah balik rumah family kau sana..!” Raja Shameera pula menokok tambah dengan selamba. Rayyan  Mikael hanya tersengih sahaja sebelum dia membalas balik kata-kata mereka.
Family aku kat Selangorlah! Jauh juga kot nak balik... penat tu....”
“ Kalau esok aku nak joint korang keluar, boleh tak?” tanya Rayyan Mikael.
“Suka hati kaulah Mika... Tapi pergi sendiri tau! Kita jumpa kat tempat kejadian je nanti...” jawab Raja Shameera. Rayyan Mikael tersengih mendengar jawapan Raja Shameera. Ini adalah peluang untuk dia mendekati Raja Shameera.
......................................
Selepas mengemas barang-barang mereka, Raja Shameera dan Damia Tan menunggu keluarga mereka datang menjemput di kafe. Fazliyani juga telah bersetuju untuk mengikut Raja Shameera pulang ke rumahnya. Sebaik sahaja Fazliyani bersetuju, dia terus sahaja beritahu abang-abangnya. Rayyan Mikael pula berbesar hati untuk menemani mereka bertiga di kafe sementara menanti kedatangan keluarga masing-masing. Fatiha dan Dahlia pula sudah terlebih dahulu keluar selepas mereka makan.
Selepas ini, mereka berempat akan jarang bertemu dengan Fatiha dan Dahlia kerana untuk course yang mereka ambil telah dibahagikan kepada dua kelas. Fatiha akan sekelas bersama Dahlia. Manakala Raja Shameera, Damia Tan, Fazliyani dan Rayyan Mikael pula akan berada di kelas yang sama.
“Eh! Ummi aku dah sampailah. Aku balik dulu ya! Esok aku call korang, inform pasal plan kita tu.. okey!” Damia Tan meminta diri untuk pulang apabila kereta yang dipandu ibunya sudah sampai. Mereka bertiga hanya mengangguk dan melambai kepada Damia Tan.
Best kan kau dengan Mia, duduk kat luar...” Rayyan Mikael bersuara tiba-tiba kepada Raja Shameera. Kini hanya tinggal mereka bertiga sahaja.
“Nak macam mana, rumah dekat! Ikutkan aku, nak duduk hostel je, lagi best...” balas Raja Shameera. Rayyan Mikael hanya mengangguk sahaja. Fazliyani pula sedari tadi hanya diam sahaja.
“Eh Yani, yang kau ni senyap aje kenapa? Malu dengan Mika ke?” tegur Raja Shameera selamba sambil menepuk bahu Fazliyani.
“Hah? Mana ada... Aku tak tahu nak cakap apalah... Sebab tu aku senyap je...!” balas Fazliyani tergagap-gagap menahan malu ditegur begitu.
“Eleh, yelah tu! Kau malu dengan Mika kan? Kan? Kau suka Mika ea...?” galak Raja Shameera menyakat Fazliyani. Muka Fazliyani sudah memerah disakat begitu.
‘Eh, dia ni! Aku suka kaulah! Bukan budak Yani. Haish!’ gumam Rayyan Mikael di dalam hati. Dia begitu leka merenung Raja Shameera yang sedang galak menyakat Fazliyani. Raja Shameera seperti terperasan yang Rayyan Mikael sedang memandangnya. Dengan selamba dia menegur Rayyan Mikael.
“Kau ni pehal tengok aku macam tu?” tanya Raja Shameera seperti tidak berpuas hati.
“Err... Tak adalah, aku tengok mata kau tu cantik lah. Warna hazel... Ori ke tiruan? Hehehe “ seloroh Rayyan Mikael. Dia terkejut akibat ditegur Raja Shameera.
“Ori ar beb! Mana main tiruan-tiruan ni... hahaha  Dah-dah, jangan nak tengok lama-lama. Karang kau jatuh cinta kat aku baru tahu!” jawab Raja Shameera selamba.
“Memang aku ...........” belum sempat Rayyan Mikael meneruskan kata-katanya, Raja Shameera sudah memotong terlebih dahulu.
“Abang aku dah sampailah!” beritahu Raja Shameera saat melihat kereta Honda Civic warna hitam milik Raya Syazwan berhenti berhampiran dengan tempat mereka menunggu. Raja Shameera terus mendapatkan abangnya. Dia meninggalkan Fazliyani dan Rayyan Mikael seketika.
“Hai adik! Lama dah ke tunggu?” tanya Raja Syazwan seraya keluar dari keretanya.
“Cer tengok rambut adik ni? Dah beruban ke belum? Kalau ada, maknanya lama jugalah tu...!” perli Raja Shameera selamba. Raja Syazwan hanya tersengih sahaja.
“Tak payah nak sengih-sengih lah Angah..! Geli tengok. Hahaha “
“Along mana? Apasal tak ikut sama?” tanya Raja Shameera saat tersedar bahawa Alongnya tiada bersama.
“Along ada hal...” jawab Raja Syazwan pendek.
“Ada hal ke malas nak ikut? Hahaha Ni mesti kes kedekut nak guna kereta kesayangan dia tu... Ngeh ngeh ngeh “ balas Raja Shameera sambil ketawa dan membuat gaya ala-ala devil.
“Entah! Hahaha Macam-macam ajelah adik ni! Mana barang adik? Kata ada kawan nak ikut...” Raja Syazwan terus menukar topik.
“Kejap..! Adik pergi kat dorang!” Raja Shameera meninggalkan abangnya di kereta dan pergi mendapatkan Rayyan Mikael serta Fazliyani.
“Yani, jom! Kita gerak sekarang... “ ajak Raja Shameera. Fazliyani hanya menurut sahaja. Sebelum sempat Raja Shameera mengambil begnya, Rayyan Mikael sudah mengambil terlebih dahulu. Raja Shameera menoleh seketika kepada Rayyan Mikael.
“Tak apa, biar aku tolong bawakan!” ucap Rayyan Mikael sambil tersenyum.
“Suka hati kaulah!” balas Raja Shameera. Malas Raja Shameera mahu menghalang. Dah ada orang sudi nak bawakan begnya. Dia pun membiarkan sahaja.
Mereka bertiga berjalan menuju ke kereta Honda Civic milik Raja Syazwan.
“Mana beg adik? Budak lelaki ni pun ikut sekali ke?” tanya Raja Syazwan selamba.
“Eh, taklah bang! Saya tolong bawakan beg Sham ni aje...” jawab Rayyan Mikael mewakili Raja Shameera.
“Owwh! Adik buli dia eak? Ish apalah adik ni... Tak baik tau!” tegur Raja Syazwan sambil menggelengkan kepala.
“Eh, Angah! Adik baik tau! Mana main buli-buli orang ni. Dah dia nak bawa, adik biar ajelah...” balas Raja Shameera selamba. Raja Syazwan hanya mencebik sahaja.
“Meh adik kenalkan kawan-kawan adik ni... Yang ni Yani dan yang ni pula Mika. Ni angah aku, Raja Syazwan... Suka hati korang nak panggil apa. Angah boleh, Abang Wan pun boleh.” Raja Shameera memperkenalkan mereka kepada Raja Syazwan dan sebaliknya. Fazliyani hanya mengangguk dan tersenyum kepada Raja Syazwan, manakala Rayyan Mikael bersalaman dengan Raja Syazwan.
Selepas memasukkan beg ke dalam kereta, Raja Shameera meminta diri untuk pulang.
“Okeylah Mika! Kita orang blah dulu! Esok kita jumpa lagi ya kalau jadi. Daa~~ “ ucap Raja Shameera sambil melambaikan tangan kepada Rayyan Mikael.

                                                    by : achiem~

Thursday 16 February 2012

CINTA YANG BENAR (PART 1)



CINTA YANG BENAR (PART 1)
“Alamak dah pukul berapa ni.... Dahlah hari ni majlis perasmian kedai  Ghaz...  Kalau aku tak datang mesti dia kecil hati...”
Tanpa berlengah, Miazara terus bangun dan menuju ke bilik mandi. Dia mandi dan bersiap ala kadar sahaja.
“ah..! bolehlah ni, cun juga aku ni...” Miazara membelek dirinya di hadapan cermin. Apabila dia rasakan dirinya sudah okey, dia terus keluar dari rumah.
Nasib Miazara kurang baik kerana tiada teksi yang lalu lalang ketika itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk  menaiki bas. Dia menapak ke bus stop berhampiran. Hampir setengah jam menunggu, barulah bas muncul. Sekali lagi nasibnya kurang baik,  bas yang dinaikinya penuh sesak dengan penumpang. 1 jam kemudian, barulah dia sampai ke tempat yang dituju.
Ketika Miazara sampai, majlis tersebut sudah berakhir. Hanya tinggal beberapa orang sahaja. Miazara terus mendapatkan Ghazali saat ternampak kelibat lelaki itu.
“Hai Ghaz. Sorry late. Dah sudah ke? Zara minta maaf ya, Zara terlewat bangun tadi...”
“Tak apalah, Zara dah sampai pun dah okey dah ni... Zara dah sarapan?”
Miazara hanya menggelengkan kepala sahaja dan tersenyum kepada Ghazali.
“Balkis dah sampai?”
“ Awal-awal lagi dia dah sampai... Zara pergilah ambil makanan kat bawah khemah tu, pergi sarapan dulu...”
Miazara terus berlalu ke khemah yang dimaksudkan oleh Ghazali. Melihat makanan yang ada di situ membuatkan Miazara lapar serta merta. Dia mengambil segala macam makanan yang ada. Kemudian dia duduk di satu sudut dan menikmati makanan yang telah diambil.
“Oiii Miazara Syuhada!! Banyaknya kau makan. Nasib  badan kau bukan jenis cepat naik.. Kalau tak dah lama bulat agaknya.”
“opocot mak kau..!! eh kau ni Balkis.. Buat terkejut aku aja.. Aku lapar lah...hehehe” Miazara meneruskan makannya tanpa mempedulikan Balkis. Balkis merupakan sahabat baiknya dan Ghazali pula merupakan teman lelakinya. Sudah hampir 5 tahun dia berhubungan dengan Ghazali tapi tidak pernah langsung lelaki itu menunjukkan keseriusannya terhapa perhubungan mereka berdua. Tapi Miazara masih lagi setia menanti.
“Kau tu memang kuat makan...kalau dah nampak makanan lupa orang keliling..  macam manalah aku boleh kawan dengan orang yang macam  ni... kuat makan, fesyen pun entah apa-apa aja...serabut kadang aku tengok kau ni... Nasib lah badan tu sentiasa maintain kalau tak lelaki pun tak nak..”
Serta-merta Miazara berhenti dari mengunyah. Dia sedikit terasa dengan kata-kata Balkis. Walaupun selamba tapi sinis percakapannya. Selama ini pun, Balkis seringkali mengecilkan hatinya walaupun mereka kawan baik. Tidak sedikit pun Balkis meminta maaf kepadanya setiap kali berbuat salah kepada Miazara. Kerapkali Miazara yang  mengalah dalam banyak hal. Ini kerana dia sayangkan Balkis dan persahabatan mereka. Ini juga kerana dia tidak mempunyai siapa-siapa melainkan Balkis.
“Kau tengok aku ni teruk sangat ke Balkis?  Habis kau pun tak pernah nak tolong aku ubah penampilan dan jaga kecantikan... Kau cantik tak macam aku...” walaupun terasa dengan kata-kata Balkis tadi, Miazara seboleh-boleh menyembunyikan rasa kecil hatinya itu.
“ Aku tahulah aku cantik... kau tak payah cakap pun aku dah tahu... Aku bukan tak nak tolong, tapi tengok kau ni semangat aku nak menolong hilanglah... Macam manalah kau boleh bercinta dengan Ghaz tu eak? Ghaz yang rabun ke kau yang tak sedar diri...?” Semakin dibiarkan semakin sinis sahaja kata-kata Balkis. Hampir tumpah juga air mata Miazara mendengar kata-kata sinis yang keluar dari mulut Balkis itu. Bila diingatkan balik Ghazali juga sejak beberapa bulan kebelakangan ini seringkali berkata sinis dengannya. Bila mereka bertiga duduk bersama, ada sahaja kata-kata sinis yang dilemparkan oleh Ghazali dan Balkis kepadanya. Apa yang dikatakan oleh Balkis sering mendapat sokongan dari Ghazali. Sepatutnya Ghazali memihaknya tetapi ini sebaliknya. Terlintas juga di fikirannya kadangkala, Ghazali dan Balkis mempunyai hubungan di belakangnya. Tapi cepat-cepat diusir rasa itu.
“Dah sudah makan ke?”
“Eh, Ghaz.... Zara baru sudah... “
“You all boraklah dulu ya.. I nak masuk dalam  nak tengok kedai Ghaz...”
Balkis meninggalkan Miazara dan Ghazali berdua. Dia melemparkan senyuman manis kepada Ghazali dan Ghazali turut membalasnya mesra. Miazara hanya menjadi pemerhati.
“Cantik kan Balkis tu Ghaz...  tak macam Zara, asal   boleh je... Tapi nasib Ghaz tak kisah kan..hehehee”
“Errr... Jom masuk dalam tengok kedai Ghaz....”
Miazara hanya mengikut sahaja. Dia dan Ghazali beriringan masuk ke dalam kedai Ghazali. Ghazali telah membuka  sebuah kedai cenderamata.
“Ghaz, siapa yang akan kerja dengan Ghaz nanti?”
“Setakat ni, Ghaz belum ambil sesiapa lagi untuk kerja dengan Ghaz.. Kenapa? Zara nak kerja dengan Ghaz ke?”
“Boleh ke?  Kalau Ghaz tak kisah, Zara pun tak kisah.. lagipun sekarang kan Zara tengah tak kerja... Nanti lama-lama duit simpanan Zara habis, nak makan apa pula...”
“ I pun nak kerja dengan You juga boleh tak Ghaz?”
“Eh kau kan dah ada kerja Balkis. Takkan kau nak berhenti kat Sekolah tu?”
“Alah... Aku kerja kat sekolah tu kan pagi.. Petang kerjalah kat sini pula... Macam mana? Boleh kan Ghaz..?”
“Kalau korang berdua tak kisah, Ghaz okey je.. Tapi untuk permulaan ni, Ghaz tak dapatlah nak bagi korang gaji lebih sikit. Ikut jam boleh? Sebab business baru nak mula kan.”
Miazara dan Balkis tersenyum gembira. Dapat juga dia kerja setelah hampir sebulan menganggur. Miazara telah berhenti dari menjadi setiausaha di sebuah syarikat swasta setelah hampir 5 tahun dia bekerja di situ. Sikap bosnya yang menjengkelkan membuatkan dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Walaupun dia sayang dengan kerjanya itu, tapi dia tiada pilihan lain. Dengan peluang yang diberikan oleh Ghazali, setidak-tidaknya dapat juga dia mencari wang saku walaupun tidak sebanyak seperti waktu dia bekerja sebagai setiausaha dahulu.
Bagi Balkis pula, ini merupakan peluang untuknya dekat dengan Ghazali. Sebenarnya, tanpa pengetahuan Miazara, Balkis dan Ghazali memang mempunyai hubungan dibelakangnya. Sebab itu dia tidak pernah menunjukkan keseriusan dalam perhubungan, apatah lagi ingin melamar Miazara sebagai surinya. Perhubungan Balkis dan Ghazali mula mesra dan melebihi sebagai kawan sejak 5 bulan yang lalu. Tetapi mereka masih merahsiakan hal ini kerana, kedua-duanya mahu mengambil kesempatan ke atas Miazara. Walaupun Miazara seorang yang lurus dan lugu, dia tidak kedekut dan selalu mengalah. Jikalau Ghazali dan Balkis kesempitan wang atau ada masalah, Miazaralah yang akan menghulurkan bantuan.
“Bila kami boleh mula kerja?”
“ Hari ni pun boleh kalau Zara dengan Balkis tak kisah...”
“I okey je, tapi petang karang lah  I datang ya? Lepas balik dari sekolah.. Ni I nak kena balik ke sekolah semula.” Balkis meminta diri untuk kembali semula ke sekolah. Balkis merupakan seorang kerani di sebuah sekolah rendah.
“Okey, hati-hati ya...”
“Jom Zara kita mulakan kerja kita..” Miazara hanya patuh kepada arahan Ghazali merangkap bos barunya itu.
...................................
Mereka menutup kedai pada jam 10.00 malam. Selepas mengemaskan apa yang patut mereka meminta diri untuk pulang.
 “Zara, Ghaz tak hantar balik ya? Zara okey tak balik sendiri?”
“Tak apa, Zara dah biasa... Kau tak nak balik sekali ke Balkis..?”
“Eh, tak apalah.. Aku tunggu kawan aku datang ambil kejap lagi.. Kau nak tumpang?” sengaja Balkis menekankan perkataan kawan dan mempelawa Miazara pulang bersama. Hakikatnya, Balkis akan pulang bersama Ghazali. Sebab itulah Ghazali tidak menghantar Miazara pulang. Miazara pula langsung tidak curiga.
“Tak apalah. Aku tak nak ganggu kau nak dating... hehehee”
“yelah, hati-hati ye balik sorang-sorang tu...”
“Elok-elok ye Zara, ada apa-apa telefon Ghaz ya..”
Miazara hanya tersenyum kepada mereka berdua. Dia berjalan meninggalkan kedai Ghazali dan menuju ke bu stop berhampiran. Jarak dari kedai dan bus stop agak jauh sedikit, Miazara terpaksa melalui beberapa buah bangunan kedai untuk sampai ke bus stop tersebut.
Setelah mereka pasti yang Miazara sudah jauh dari mereka, mereka segera mengorak langkah dan beriringan memasuki kereta Ghazali. Malam itu mereka ingin keluar berhibur untuk meraikan kejayaan pelancaran kedai Ghazali.
“Ish, kenapalah tak baik betul nasib aku hari ni.. Asyik takde kenderaan aja... bas tak lalu-lalu.. teksi pon aku tak nampak..” Miazara mengeluh sendiri. Sudah hampir setengah jam dia menunggu di bus stop itu, tapi takda satu bas dan teksi pun yang lalu di situ. Jam sudah menginjak ke 11.00 malam.
Miazara mengambil keputusan untuk berjalan sehingga hotel yang terdapat berhampiran tempat dia menunggu bas. Pasti di situ banyak teksi yang lalu lalang.
Sedang dia berjalan-jalan, dia ternampak seorang lelaki sedang memapah seorang lagi lelaki menuju ke kereta. Tingkah laku mereka sedikit mencurigakan. Miazara terhendap-hendap memerhatikan tingkah laku mereka berdua. Dia melihat seperti lelaki yang dipapah itu seperti merayu-rayu kepada lelaki yang sedang memapahnya itu. Dia cuba memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka itu.
.......................
“ Sayang.. Please jangan tinggalkan I...”
“Eh kau ni dah mabuk lah, tulah aku cakap jangan minum.. degil...”
Ilham tidak langsung mengendahkan kata-kata Mikhail. Hatinya remuk redam akibat ditinggalkan kekasih. Dia langsung tidak sedar apa yang dibuatnya. Dia memeluk Mikhail dan mencium pipi Mikhail. Sudah lagak seperti seorang gay. Mikhail pula geli geleman diperlakukan begitu.
“Eh kau ni gila apa... malu lah orang tengok..!”
Miazara yang melihat aksi itu, menutup mulut dan beristighfar seketika. Dia juga menyangka bahawa dua orang lelaki tersebut adalah pasangan kekasih. Pangan kekasih yang songsang atau kata lainnya Gay.
“Ish mamat ni, muka aja handsome tapi gay...” Miazara menggeleng-gelengkan kepalanya .
Mikhail cuba membantu Ilham masuk ke dalam keretanya. Dia harus membawa Ilham pulang sebelum keadaan temannya itu bertambah parah.
Tanpa diduga, seekor katak telah melompat ke arah Miazara. Dan dia terjerit akibat terkejut.
“Ooh mak kau kebabom..!” Miazara terus melompat keluar dari tempat persembunyiannya.
Mikhail yang juga terkejut mendengar jeritan itu terus menoleh ke arah Miazara.
“awak siapa? Awak buat apa kat situ...”
“Errr... boleh saya tolong Encik? Macam susah je nak masukkan kawan Encik tu dalam kereta...”
Miazara segera membantu Mikhail. Sebenarnya dia malu kerana perbuatannya disedari. Mikhail hanya membiarkan sahaja Miazara membantunya memasukkan Ilham ke dalam kereta.
“ okey Encik... Dah settle... saya minta diri dululah ye..”
“Nanti-nanti.. Nama awak siapa? Awak buat apa kat situ tadi?”
“Errr... Saya Miazara Syuhada... tak ada buat apa-apa.. okeylah encik..?”
“Mikhail Irshad... Just call me  Mikha...”
“Hah, Okeyla En. Mikha.. saya balik dulu ya...?”
“Nanti dulu... ! Awak balik naik apa? Tak nampak pun kenderaan awak...”
“Naik teksi atau bas..tengoklah yang mana satu ada...”
“ Awak nak balik mana?”
“Balik Apartment Sri Selasih...”
“Apartment Sri Selasih? Mari saya tumpangkan... Kebetulan saya memang nak hantar kawan saya ni ke sana, dia duduk sana...”
“Err.. tak apalah... saya balik naik teksi atau bas aja..”
“Dah malam ni.. lagipun takkan awak nak tunggu sorang-sorang kat sini.. Awak tu perempuan...”
Miazara serba salah dengan perlawaan Mikhail. Dia masih memikir-mikirkan perlawaan itu.
“Kenapa? Awak curiga dengan saya ke? Jangan risau, saya bukan orang jahat... saya takkan apa-apa kan awak..”
‘boleh percaya ke mamat ni... tapi mungkin betul kot, lagipun dia ni kan gay.. mana ade perasaan kat perempuan.’ Miazara berkata sendiri di dalam hati.
‘Err.. baiklah...”
Mikhail membukakan pintu hadapan keretanya untuk Miazara. Ilham pula sudah terbaring di belakang tempat duduk.
“Terima kasih ya En.Mikha sudikan tumpangkan saya....”
“tak apa.. awak pun dah tolong sya walaupun tanpa sengaja...hehehe lagipun tempat yang nak dituju sama kan...”
Miazara hanya mengangguk dan tersenyum sahaja.
“Awak buat apa sorang-sorang kat situ sampai lewat malam.?”
“Oowh, saya kerja kat kedai cenderamata dekat-dekat situ.... tak sangka pula time nak balik tak ada bas lalu... ingat nak jalan ke hotel tu tunggu teksi kalau-kalau ada lalu lalang... tapi tak sangka pula, ternampak awak dengan kawan awak..hehe” Miazara tersengih kepada Mikhail.
“Oowhh... Ilham ni....” belum sempat Mikhail meneruskan kata-katanya. Ilham sudah bangun dan mula meracau.
“Sayang...... I rindu you...” Ilham yang berada di tempat duduk belakang  memeluk Mikhail dari belakang. Dia mengucup-ngucup kepala Mikhail. Miazara sudah memandang mereka dengan geli geleman. Mikhail yang perasan akan pandangan Miazara itu merasa serba salah.
‘Sial betul Ilham ni....! tak pasal-pasal karang minah ni ingat aku gay...’ Mikhail menyumpah di dalam hatinya. Dia hanya tersenyum memandang Miazara. Lantas tangannya menolak kepala Ilham . Perbuatan Ilham serba sedikit menganggu konsentrasi pemanduannya.
Selepas itu, Ilham senyap semula  . begitu juga dengan Mikhail dan Miazara, sepanjang perjalanan mereka hanya senyap sahaja sehinggalah tiba di Apartment Sri Selasih.
Apartment yang diduduki oleh Miazara berada selang beberapa buah sahaja dari Apartment yang diduduki oleh Ilham. Sebelum pulang ke apartmentnya, Miazara membantu Mikhail memapah Ilham ke apartmentnya.
Ketika Mikhail membawa Ilham masuk ke bilik, Miazara hanya menunggu di luar sahaja. Selepas membukakan baju Ilham, dan memastikan Ilham dalam keadaan okey, barulah Mikhail keluar bertemu Miazara.
“Terima kasih ye Cik Mia sebab dah tolong saya.... Mari saya temankan sampai ke apartment awak...”
“Eh, tak apalah En. Mikha, tak payah susah-susah.. bukan jauh pun...”
“Err, saya tanya sikit boleh...”
“Ye silakan...”
“Dah lama ke En. Mikha dengan kawan En. Mikha tu berhubungan?”
“oowh.. Ilham? Dah lama juga, dekat 5 tahun... sejak dia  kerja dengan syarikat saya....”
Mikhail yang tidak faham maksud sebenar soalan MIazara itu terus menjawab tanpa rasa sangsi. Berbeza pula dengan Miazara, dia sebenarnya beranggapan bahawa Mikhail dan Ilham itu merupakan pasangan kekasih yang songsang.
“Lama juga tu.... family En. Mikha tahu ke pasal hubungan En. Mikha dan En. Ilham?”
Mikhail merasa sedikit pelik tapi dia mengangguk juga tanda mengiyakan pertanyaan Miazara.
“Diorang tak kisah ke?”
“Tak pun.. seluruh family saya okey je dengan hubungan kami...”
“En. Mikha tak takut ke kena laknat Allah?”
“Hah? Laknat Allah....”
Belum sempat Mikhail meneruskan kata. Terdengar suara Ilham sekali lagi meracau .
“Sayang...... Jangan tinggalkan baby sayang.... Sayang....!!!!”
“parah Ilham ni....” Mikhail berkata perlahan sambil menoleh ke pintu.
“En. Mikha ada masalah dengan En. Ilham ke?”
“Masalah...? kami okey je? Kenapa awak tanya macam tu?”
“Tak adalah... dari tadi saya tengok En. Ilham tu meracau-racau tak sudah-sudah...”
Sebelum sempat Miazara berkata panjang. Ilham sudah di depan pintu dalam keadaan yang serabai.
Dia meluru ke arah Mikhail.
“sayang.....” Ilham memeluk Mikhail dan mencium Mikhail. Geli pula Miazara melihatkan aksi itu.
Mikhail sudah malu diperlakukan begitu oleh Ilham.
“err... Baik En. Mikha uruskan En. Ilham dulu.... teruk benar dah saya tengok dia ... Saya balik dulu ye...” Miazara terus berbalu pergi meninggalkan Mikhail dan Ilham
“Eii!!! Kau ni menyusahkan aku betullah... Adoiii aiii... Entah apa agaknya, Mia tu fikir tengok kau peluk aku, cium aku..”
Mikhail menarik Ilham masuk ke dalam rumah dan dia menutup pintu.
“ Tu lah aku cakap jangan minum, nak juga minum.... tengok dah meroyan... perempuan dengan lelaki pun dah tak reti bezakan....”
Sepanjang perjalanan menuju ke apartmentnya, Miazara asyik terfikirkan Mikhail dan Ilham. Dia tak sangka lelaki handsome macam Mikhail itu boleh memilih jalan hidup songsang.  Dia berharap satu hari nanti lelaki itu akan kembali normal dan bertaubat.






Thursday 9 February 2012

♥ JATUH CINTA!! 11 ♥

BAB 11
Hari Jumaat itu, Che Wan Husna telah membuat jamuan makan malam untuk keluarganya. Dia turut menjemput Raja Salman dan adik-adiknya. Tengku Shahmie juga telah diingatkan untuk pulang pada hari tersebut.
“Assalamualaikum...!” ucap Raja Salman kepada Tengku Shahmie yang sedang menunggunya dan Raja Syazwan di muka pintu.
Mereka bertiga bersalaman dan berpelukan seketika. Selepas melepaskan pelukan, Tengku Shahmie seperti meninjau-ninjau mencari kelibat seseorang. Raja Syazwan yang perasan akan hal itu, segera menegurnya.
“Kau cari siapa Mie..?” tanya Raja Syazwan ingin tahu
“Err.. Mana Meera?  Tak nampak pun..” tanya Tengku Shahmie cuba menyembunyikan kegusaran di hatinya.
“Sham tak ada, dia kan tengah orientasi sekarang ni..” jelas Raja Syazwan
“Orientasi?” tanya Tengku Shahmie sedikit pelik
“Kau tak tahu ke? Kan dia sambung belajar kat UiTM, sekarang ni tengah orientasi. So, kenalah stay kat hostel. Sabtu ni dia baliklah...” jelas Raja Syazwan lagi
“Oowh...” jawab Tengku Shahmie pendek. Dia rasa sedikit kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan Raja Shameera. Sudah beberapa hari tidak ketemu, membuatkannya rindu kepada gadis itu. Harapannya untuk bertemu dengan gadis yang berjaya mencuri hatinya itu ternyata tidak kesampaian. Hampa menyelubungi diri Tengku Shahmie
“Jomlah masuk... Ibu dengan Ayah ada kat dalam.. Dah siap agaknya dorang..” ajak Tengku Shahmie
Mereka bertiga beriringan masuk dan mendapatkan Tengku Iskandar dan Che Wan Husna yang sudah berada di ruang makan.
“Eh, Man... Wan... Sham mana?” tanya Che Wan Husna saat ternampak mereka
“Sham tengah orientasi bu, kan sekarang ni dia dah sambung belajar kat UiTM...” beritahu Raja Salman. Dia dan Raja Syazwan bersalaman dengan Tengku Iskandar dan Che Wan Husna
“Oowh.. Ibu tak tahu pula...” jawab Che Wan Husna sambil tersenyum
“Sudahlah, nanti kita sambung cerita lagi! Mari makan dulu.” Tengku Iskandar mengajak mereka menikmati makan malam yang telah disediakan
Di meja makan, mereka lebih banyak membicarakan soal kerja. Cuma sekali sekala sahaja terselit cerita peribadi.
............................................
Selepas makan, Raja Salman bersama Raja Syazwan dan Tengku Shahmie duduk santai di gazebo yang terdapat di perkarangan rumah Tengku Iskandar sambil menikmati minuman coklat.
“Along, Wan.... Mie rasa, Mie dah jatuh cintalah...Jatuh cinta pandang pertama..!” Luah Tengku Shahmie tiba-tiba. Raja Salman dan Raja Syazwan sedikit tersentak mendengar pengakuan dari Tengku Shahmie.
“Jatuh cinta? Kau ni betul-betul ke main-main? Kau dah jatuh cinta dengan siapa? Emily? Johana or siapa lagi awek-awek kau tu...?” seloroh Raja Syazwan
“Aku seriuslah! Kali ni aku betul-betul dah jatuh cinta... Seminggu tak jumpa dia, rasa rindu... Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang...” luah Tengku Shahmie lagi dengan penuh perasaan
“Baguslah tu Mie! Perempuan tu tahu tak Mie suka dia?” tanya Raja Salman pula. Tengku Shahmie hanya menggeleng sahaja
“Mie pergilah luahkan perasaan Mie tu kat dia... Terima atau tak, tu belakang kira...” tambah Raja Salman lagi
“Macam mana nak luahkan Long... Asal jumpa Mie je dia naik hangin... Jangan kata nak tengok muka  Mie, cakap dengan Mie pun dia macam tak sudi aja...” balas Tengku Shahmie meluahkan rasa hatinya sambil menghirup hot chocolate.
“Kau ada gambar perempuan tu? Agak-agak aku kenal tak?” Raja Syazwan meminta Tengku Shahmie menunjukkan gambar perempuan yang dimaksudkan kepadanya.
“Kau kenal dia... Kenal sangat-sangat!” jawab Tengku Shahmie sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Kemudian dia menunjukkan gambar perempuan yang dimaksudkan kepada Raja Syazwan. Raja Syazwan mengambil telefon bimbit tersebut dari tangan Tengku Shahmie untuk melihat gambar itu. Raja Syazwan yang sedang minum tersedak melihat gambar yang ditunjukkan.
“Hai Angah, kenapa ni? Sampai tersedak-sedak...” tegur Raja Salman. Raja Syazwan terus menunjukkan gambar yang dimaksudkan kepada Raja Salman
“Betul ke ni Mie?” tanya Raja Salman sambil menoleh ke arah Tengku Shahmie, meminta kepastian. Tengku Shahmie hanya mengangguk.
“Betul ke kau dah jatuh cinta kat Sham ni Mie?” tanya Raja Syazwan pula minta kepastian.
“Yups! Aku dah jatuh cinta kat Meera... Raja Shameera, adik kesayangan korang tu..” luah Tengku Shahmie jujur
“Sejak bila? Setahu Along, Mie baru jumpa Sham sekali aja kan?” tanya Raja Salman
“Dah tu? Macam mana dengan awek-awek kau yang lain?” Raja Syazwan pula menyoal sebelum sempat Tengku Shahmie menjawab pertanyaan Raja Salman.
“Perempuan-perampuan lain tu, pandailah aku uruskan nanti...”
“Sebenarnya, Mie dah pernah terserempak dengan Meera beberapa kali sebelum ni. Tiga hari berturut-turut. Semua tu kebetulan, Mie tak tahu langsung yang Meera tu adik korang. Sampailah masa Mie datang rumah korang hari tu. Dari first time jumpa dia, jantung Mie asyik berdebar-debar aja. Akhir-akhir ni, Mie kerap teringatkan dia. Rindu nak tengok muka dia, dengar dia membebel, senyuman dia dan semuanya tentang dia. Mie rasa, Mie dah mula suka dan sayangkan dia. Mie ikhlas sayangkan dia Along...! Kali ni Mie tak main-main...!” Jelas Tengku Shahmie panjang lebar. Lega sedikit hatinya dapat meluahkan apa yang terbuku di sanubari.
##############
“Uhuk!” Raja Shameera tersedak tiba-tiba ketika dia sedang membuat perbincangan dengan rakan sekumpulannya untuk persembahan esok.
“Siapa pula yang sebut nama aku malam-malam ni...” bebel Raja Shameera
“Uhuk! Uhuk!” sampai berair-air mata Raja Shameera akibat tersedak
“Teruk nau kau tersedak ni Sham! Sampai berair mata...” tegur Damia Tan sambil menepuk perlahan belakang Raja Shameera
“Sham... Nah, minum air ni dulu..!” Rayyan Mikael menyuakan sebotol air mineral kepada Raja Shameera. Raja Shamera menyambut botol air mineral itu dan meneguknya perlahan.
“Terima kasih ya  Mika...” ucap Raja Shameera sambil tersenyum. Rayyan Mikael turut membalas senyuman itu.
“Sham, bulu mata kau gugurlah..” tegur Fazliyani. Raja Shameera meraba-raba bawah matanya, dan memang benar. Ada sehelai bulu matanya yang gugur.
“Orang kata, kalau bulu mata kita gugur maknanya ada orang rindu kat kita...” tambah Fazliyani lagi sambil tersenyum.
“Siapalah agaknya yang rindu kat kau ya Sham? Entah-entah boyfriend kau kot..!” seloroh Fatiha
Boyfriend? Kau dah ada boyfriend ke Sham?” tanya Rayyan Mikael. Dia sedikit gusar mendengar pernyataan yang keluar dari mulut Fatiha itu.
“Kalau Sham dah ada boyfriend, apa salahnya. Dia perempuan kot... Cantik pula tu, walaupun ada sedikit jantanlah dalam diri dia tu... hehehe” ucap Fatiha selamba. Nasib baik Raja Shameera jenis selamba dan tidak mudah terasa hati. Kalau tak, sudah lama dia sula mulut si Fatiha yang selamba itu.
“Apa korang merepek ni? Haish..!! Tak ada boyfriend-boyfriend nya.. kalau ada orang yang nak rindu aku pun, tak lain tak bukan abang-abang kesayangan aku dengan nenek aku je..!” balas Raja Shameera. Rayyan Mikael tersenyum mendengar jawapan Raja Shameera itu. Hatinya sedikit tenang dengan pernyataan itu.
“Kau ni Mika, apa hal tersenyum-senyum? Dah gila ke?” perli Raja Shameera
“Err.... Tak ada apa-apalah... Jomlah kita sambung perbincangan kita tadi..” jawab Rayyan Mikael, cuba menyembunyikan rasa di hatinya.
Mereka berenam kembali memberi tumpuan kepada perbincangan mereka yang tergendala sebentar tadi.
####################
“Angah rasa, Mie tu sungguh-sungguh ke suka dekat adik?” tanya Raja Salman kepada Raja Syazwan ketika mereka dalam perjalanan pulang.
“Entahlah Long! Tapi dari gaya dia tu, nampak macam sungguh-sungguh...” jawab Raja Syazwan
“Tak sangka kan, rupanya mamat poyo bajet handsome yang adik benci sangat tu adalah Tengku Shahmie... Patutlah masa Mie datang hari tu, dia layan Mie macam apa je... hahaha Macam-macam aje dorang ni...”Raja Salman ketawa kecil bila mengingatkan kembali cerita dan layanan Raja Shameera kepada Tengku Shahmie.
“Tulah kan Along..! Semua tu tak boleh jangka... Si Mie tu dah tahap kronik suka adik, dan adik pula meluat tahap kronik dengan si Mie tu...!” balas Raja Syazwan pula.
So, macam mana Along? Nak bagi peluang ke dekat Mie?” tanya Raja Syazwan tiba-tiba.
“Entahla eak? Ni kira untuk masa depan adik juga. Along pun tak tahu nak cakap macam mana. Angah kan lebih rapat dengan Mie, mesti Angah lagi tahu Mie tu macam mana...” luah Raja Salman sedikit bimbang.
“Mie tu okey Long... Tak adalah teruk sangat. Rasanya ini kali pertama dia cakap yang dia jatuh cinta kat perempuan. Selama Angah kawan dengan dia, tak pernah pun dia cakap macam tu. Mungkin dia betul-betul serius  agaknya kali ni...” jelas Raja Syazwan
“Emmm!! Apa kata kita kenakan syarat pada dia.. Kalau dia setuju, kita bagilah peluang dekat dia.. Mungkin kita dapat lihat kesungguhan dia dengan cara ni...” cadang Raja Salman
“Kalau Along rasa cara tu okey, Angah ikut aje...Mana tahu Mie tu boleh jinakkan adik. Ye tak? hehehe” balas Raja Syazwan sambil tersenyum.
“Boleh jadi juga..! Esok suruh Mie datang rumah...” pesan Raja Salman. Raja Syazwan hanya mengangguk tanda faham.
Di dalam kepala Raja Salman sudah memikirkan pelbagai syarat yang akan dikenakan kepada Tengku Shahmie. Dia sudah tersenyum sendirian.
Manakala di rumah Tengku Iskandar, Tengku Shahmie masih termenung sendiri di luar balkoni biliknya. Dia risau kalau-kalau Raja Salman dan Raja Syazwan tidak memberinya peluang untuk mendekati Raja Shameera. Dia sudah bertekad, yang dia akan berusaha untuk memenangi hati Raja Shameera walaupun dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan. Ini adalah kali pertama dia jatuh cinta dengan seseorang. Tengku Shahmie sangat berharap, Raja Salman dan Raja Syazwan memperkenankan hajatnya itu kerana dia sungguh-sungguh dan ikhlas menyayangi Raja Shameera.
                                        
                                                                                      by : achiem~

Wednesday 8 February 2012

♥ JATUH CINTA!! 10 ♥


BAB 10
Sudah 3 hari Raja Shameera menjadi pelajar semula dan mengikuti orientasi. Selama itu jugalah dia tidak bertemu dengan kedua orang abangnya dan tidak terserempak dengan Tengku Shahmie. Raja Shameera sangat seronok dengan kehidupan barunya walaupun penat dan tidak cukup tidur, tetapi dia sangat seronok dengan apa yang dilaluinya sekarang. Tidak perlu memikirkan hal luar dan dalam masa yang sama dia tidak akan terserempak dengan Tengku Shahmie lagi.
Berbeza pula dengan Tengku Shahmie. Selepas pertemuan terakhirnya dengan Raja Shameera kelmarin, tidurnya tak lena, makan tak kenyang dan mandi tak basah. Setiap saat teringat akan Raja Shameera. Selama 3 hari ini juga, dia tidak langsung melayan dan keluar dengan mana-mana koleksi aweknya. Hanya wajah Raja Shameera sahaja yang berada di ruang mata dan mindanya.
‘Kenapa aku asyik teringat dia aja ni. Haish!!’ Tengku Shahmie berbicara sendiri di dalam hati.
‘Senyuman dia... Mata dia... Betul-betul buat jantung aku berdegup kencang.’ Tanpa sedar  Tengku Shahmie tersenyum sendiri.
‘Tapi dia tu dahlah garang...! Kuat membebel! Macam tak ada perasaan pun ye juga..Hish..!! Kasar pula tu..!’ Tengku Shahmie menggeleng-gelengkan kepalanya apabila mengingatkan sikap-sikap Raja Shameera itu.
‘Ah...! Tu tak penting... Tu semua boleh ubah.. Yang aku tahu aku dah suka dia..! Dahlah cute... Pandai masak pula tu.. Ermmm, tiba-tiba rindu pula kat dia...’ Tengku Shahmie tersenyum sendiri. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya, kemudian dia membuka galeri yang menyimpan gambar Raja Shameera. Dalam diam dia mempunyai 3 gambar Raja Shameera di dalam telefon bimbitnya. Gambar ketika pertama kali berjumpa di Golden Screen Cinema, Jaya Jusco, yang kedua ketika di Dataran Pahlawan dan yang ketiga ketika dia menemani Raja Shameera memasak tempoh hari. Dua gambar tersebut diambil secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan Raja Shameera. Tengku Shahmie tersenyum sendiri saat melihat gambar-gambar tersebut. Dia begitu leka sekali melihat gambar-gambar Raja Shameera sampaikan setiausahanya masuk ke dalam biliknya pun dia tak perasan.
“Hai Mie, dari tadi I tengok You tersenyum tak sudah-sudah. Ada apa-apa ke?” tanya Emily
Emily merupakan setiausaha kepada Tengku Shahmie merangkap salah seorang daripada koleksi teman wanitanya. Tetapi Emily sedikit berbeza dengan teman wanita Tengku Shahmie yang lain. Dia sangat bersungguh dalam mendapatkan cinta Tengku Shahmie. Dia tidak pernah berputus asa walaupun dia sedar yang Tengku Shahmie mempunyai ramai teman wanita dan tidak mungkin akan membalas cintanya. Malah, kesemua teman wanita Tengku Shahmie sedar akan perangai Tengku Shahmie itu. Bagi mereka itu tidak penting, yang penting dapat berdampingan dengan lelaki kaya yang mampu beri apa sahaja yang mereka mahu. Emily pula, walaupun acapkali Tengku Shahmie menyatakan perasaannya yang sebenar, dia tetap tidak peduli dan masih lagi berusaha menagih cinta Tengku Shahmie.
“Eh..! Bila You masuk?”tanya Tengku Shahmie saat terperasankan kehadiran Emily di dalam biliknya.
You tu khusyuk sangat dengan handset, sampai I masuk pun tak perasan..!” balas Emily sedikit kecewa
“Errr... Sorry..!” hanya itu yang mampu dibalas Tengku Shahmie
You masuk bilik I ni ada apa-apa ke yang You nak bagitahu..?” tambah Tengku Shahmie lagi
“Tak ada. Saje je..! Tiba-tiba rasa rindu dekat You..!” akui Emily jujur. Emily mendapatkan Tengku Shahmie. Kemudian dia duduk di atas meja sambil menghadap Tengku Shahmie. Tangannya  sudah bermain-main dengan tali leher Tengku Shahmie.
“Eh, Emily..! Janganlah macam ni. Tak eloklah.. Nanti kalau orang nampak macam mana?” tegur Tengku Shahmie yang kurang selesa dengan perbuatan Emily terhadap dirinya itu.
“Alah..! Tak apalah, biar semua orang tahu yang I ni kekasih You... Nanti tak adalah yang gatal nak main mata dengan You..” jawab Emily sambil tersenyum manja kepada Tengku Shahmie
“Emily... You tahu kan I anggap You macam mana..! Macam tu juga dengan Johana, Awin, Suzita, Diandra, Asmida, Rachel... Kalau dorang semua boleh faham kenapa You tak boleh faham..??”  walaupun nampak tegas penjelasan yang diberikan tetapi masih terselit lagi kelembutan pada nada suaranya. Habis disebut satu persatu nama teman wanitanya.
“Dorang tu tak ikhlas..! Dorang cuma nak kikis You aje.. I ikhlas cintakan You. Selagi You belum jadi milik siapa-siapa, selagi tulah I akan cuba dapatkan cinta You...”balas Emily sambil tersenyum penuh makna
“Emm... Kalau I dah ada seseorang yang memiliki hati I, You akan berhenti menagih cinta I..?” duga Tengku Shahmie mencari kepastian
“Kenapa...? You dah ada someone special ke?” yang diduga menduga kembali. Tengku Shahmie seolah-olah terperangkap dengan pertanyaan sendiri.
Belum sempat dia menjawab pertanyaan Emily, pintu biliknya diketuk dan ditolak dari luar. Terjengul wajah Raja Syazwan di sebalik daun pintu.
“Ups..!! Sorry disturb...” ucap Raja Syazwan
“Eh..! Tak adalah, masuklah...! “ arah Tengku Shahmie. Nasibnya baik, kerana Raja Syazwan datang tepat pada waktunya. Tengku Shahmie segera bangun dari kerusi dan mendapatkan Raja Syazwan. Emily turut turun dari meja dan meminta diri untuk beredar.
I keluar dulu la ye... En. Syazwan, You nak minum apa? I buatkan..” tanya Emily sebelum keluar
It’s okay... Thanks...” balas Raja Syazwan sambil tersenyum. Emily hanya mengangguk dan membalas senyuman Raja Syazwan. Kemudian dia beredar dari bilik Tengku Shahmie.
“Fuh...!!! Nasib baik kau datang. Kalau tak, tak tahulah aku...!” ucap Tengku Shahmie selepas Emily beredar dari biliknya.
“Eh, jemputlah duduk..” pelawa Tengku Shahmie
“Lah...! Kenapa pula? Patutnya aku minta maaf kat kau sebab kacau kau tengah bercinta. Hahahaha “ perli Raja Syazwan sambil ketawa
“Bercinta? Tolonglah..! Tak ada masa nak bercinta-cinta ni. Lepas ni kalau dah ada calon, aku terus ajak kahwin je..! Elak maksiat.. hahaha “ balas Tengku Shahmie pula
“Eh, bukan kau dah ada calon-calonnya ke? Tinggal pilih aje kot..” perli Raja Syazwan lagi
“Dorang semua tu? Not my taste lah... Semua kaki kikis, dah tu semua lagi tua dari aku..” jawab Tengku Shahmie
“Dah tahu tua, yang kau melayan juga buat apa..? Tapi tua sangat ke dorang tu?” Tanya Raja Syazwan ingin tahu
“Tua setahun dua dari kita. Yang muda dari kita tak silap aku si Johana dengan Awin kot..” jawab Tengku Shahmie. Dia sendiri kurang pasti dengan umur mereka semua. Malas mahu mengambil tahu, kerana dia berhubungan dengan mereka sekadar suka-suka bukan kerna cinta.
“Aku ni kalau nak cari calon, biarlah elok budi pekertinya... Tak boros, pandai masak, sedap mata memandang....” tambah Tengku Shahmie lagi sambil tersenyum penuh makna
“Banyak betul kau punya kriteria eak? Hahaha Dahlah, aku datang sini bukannya nak dengar kau cerita pasal calon-calon kau ke awek-awek kau ke..! Aku datang sini sebab nak ajak kau pergi lunch!” Raja Syazwan memberitahu tujuan asalnya berjumpa dengan Tengku Shahmie.
“Dah kau tanya, aku jawablah... hahaha” seloroh Tengku Shahmie
“Along mana? Selalu kau bukan lunch dengan dia ke?” tanya Tengku Shahmie pula
“Along dah keluar dulu, dia pergi airport. Hantar Kak Fara, dia nak balik Toronto hari ni..”  beritahu Raja Syazwan
“Owh... Patutlah cari aku. Hahaha”
“Lama juga dorang bertunang kan? Bila lah nak kahwin agaknya.”
“Kalau aku, tak naklah bertunang lama-lama ni. Nak kahwin aja terus. Hahaha” ucap Tengku Shahmie sambil ketawa
“Banyak songeh pula kau ni. Hahaha Hujung tahun ni dorang kahwin lah kot, lepas Kak Fara Habis belajar. InsyaAllah..!” balas Raja Syazwan
“Bila Kak Fara habis belajarnya?” tanya Tengku Shahmie lagi
“Pertengahan tahun ni kalau ak silap aku. Eyh! Dahlah... Aku dah lapar ni, jom keluar!” Raja Syazwan mengajak Tengku Shahmie keluar untuk makan tengahari bersama
“Yelah-yelah.. Jom! Naik kereta kau okey!”
...............................................................
Jam 2.30 petang barulah Tengku Shahmie pulang semula ke pejabat. Selepas menghantar Tengku Shahmie, Raja Syazwan terus kembali semula ke pejabatnya.
“Hai Mie, dari mana ni? Keluar dating dengan awek nombor berapa hari ni?” perli Tengku Iskandar saat terserempak dengan Tengku Shahmie di depan pintu masuk pejabat mereka.
“Eh, Ayah..! Mana ada dating... Mie baru balik makan dengan Wan tadi,” jawab Tengku Shahmie sambil tersengih kepada Ayahnya itu.
“Yelah Mie tu, macam Ayah tak tahu..!” balas Tengku Iskandar
“Betul..! Mie tak tipu..!” ucap Tengku Shahmie bersungguh-sungguh sambil mengangkat tangan seperti orang mengangkat sumpah.
“Dah-dah...! Macam-macam aja Mie ni..”
“Ni Ayah nak bagitahu, ibu suruh balik hari Jumaat ni, dia nak buat makan malam sikit. Ajak tiga beradik tu sekali, “ beritahu Tengku Iskandar kepada Tengku Shahmie
“Tiga beradik? Siapa yah?” tanya Tengku Shahmie tidak mengerti
“Siapalah kalau bukan kawan baik Mie tu, Si Wan dengan abang dan adik dia.” Jelas Tengku Iskandar
Sorry lah yah.. Mie blur sikit. Hehehe” seloroh Tengku Shahmie
“Jangan lupa pula ye pesan kat dorang. Ayah nak masuk dulu..” Tengku Iskandar  mengingatkan Tengku Shahmie sekali lagi dan dia kemudiannya meminta diri untuk masuk ke biliknya. Tengku Shahmie hanya mengangguk dan tersenyum. Kemudian dia juga terus berlalu ke biliknya.