Blogger Layouts

Thursday, 21 July 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 11)


BAB  11
Sudah seminggu Fira menjadi isteri kepada Fikri. Dia melaksanakan tanggungjawab di rumah dan di pejabat dengan sebaiknya. Datin Maria yang tidak tahu duduk perkara sebenar merasa curiga dengan tingkah laku anak dan menantunya itu.
“ Fira..ibu peliklah dengan kamu ni... kenapa tak pergi dan balik kerja saing-saing dengan Fik...? pagi kamu akan keluar dulu, dan pulang kamu akan pulang lewat. Ada apa-apa yang kamu rahsiakan daripada ibu ke...?” tanya datin maria meminta kepastian.
“ Errrr.. tak ada apa-apa lah ibu...” jawab Fira tergagap-gagap
Datin maria tidak berpuas hati dengan jawapan menantunya itu. Lalu, tanpa pengetahuan mereka berdua, Datin Maria telah menyelidiki sendiri apa yang terjadi. Setelah berhari-hari datin maria selidiki, dia telah menemui sesuatu. Dia pasti itulah puncanya.
................................
Satu malam, selesai memunaikan solat, Fikri mencari-cari salinan syarat-syarat yang telah dikenakan terhadap isterinya itu sewaktu baru bekerja dengannya dulu.
“ Fira... awak ada nampak tak salinan syarat-syarat kita dalam laci ni...?” tanya Fikri sambil menyelongkar laci di cabinet sebelah katilnya.
Fira yang sedang melipat pakaian menoleh ke arah Fikri dengan muka yang penuh tanda tanya.
“hah..salinan syarat kita...? dalam bentuk apa? Disket ke? Kertas ke? Gambar ke?” seloroh Fira
“ aduhai.....dalam bentuk gamabr sayang oiii....” balas Fikri mengenakan isterinya
“hah...?? dalam bentuk gambar? Ada gambar kita ke? Cop..cop... awak panggil apa tadi...??”tanya Fira yang seakan-akan blur.
“ tak ada panggil apa-apa pon... awak yang perasan kot..aish lurus sungguhlah...” kata Fikri bersahaja
“ apa awak kata...???” tanya Fira geram.
“ tak ada apa-apa, saya kata salinan syarat kita tu. Salinan kertas yang ada tanda tangan awak dan saya...” jelas Fikri
“ oowh...awak tak ada simpan dalam pendrive ke? Pc ke?” tanya Fira lagi
Tak ada..kan saya tulis tangan aja.... Fotostat pon saya tak sempat..” jawab Fikri
“ nak buat apa dengan salinan syarat-syarat tu..” tanya fira meminta kepastian
“ nak tokok tambah syarat....” jawab Fikri pendek
Belum sempat Fira membalas semula, pintu bilik mereka diketuk dari luar.
Tok..tok...tok..
Fira lantas membuka pintu bilik, terjengul wajah Faiz di depan piontu bilik itu.
“ hah.. faiz kenapa ni..” tanya Fikri
“ ibu suruh abang Fik dengan kak fira turun bawah.. ibu kata urgent...” jelas faiz
Beberapa ketika kemudian mereka menuju ke ruang tamu untuk bertemu datin maria. Fikri terkejut melihat salinan syart yang dibuatnya sebelum ini berada di atas meja.
‘hah..Fik, Fira... duduk... ibu nak cakap sikit...” arah datin maria
Fira yang tidak tahu apa-apa hanya menurut.
“ Err.. ibu nak cakap pasal apa ni..?” tanya Fikri tergagap-gagap
“ pasal benda ni.. kamu tahu kana pa benda ni Fik...” tanya datin maria sambil menunjukkan kertas di tangannya.
Fira hanya duduk diam tanda tidak mengerti. Dikri pula sudah menggelabah tidak ketahuan.
“Er,,,,,” jawab Fikri tergagap-gagp
“ sudah...! ibu tak nak tahu apa-apa..yang ibu tahu, lepas ni tak ada lagi syarat apa-apa antara kalian berdua.. dan kamu Fik, kalau ibu tahu kamu cuba buli Fira lagi.. tahulah kamu...” jelas datin maria sambil mengoyakkan kertas tersebut
Fira yangmsih blur hanya mengangguk tanda faham. Begitu juga dengan FIkri, mahu tidak mahu dia terpaksa akur dengan kehendak ibunya.
......................................................
Di dalam bilik mereka..
“ sukalah awak, syarat antara kita dah terbatal...” bentak Fikri geram
“ tak faham betul saya... siapa anak ibu yang sebenarnya ni..? huh... ibu sayang awak lebih daris aya nampaknya....” protes Fikri tidak berpuas hati
“errrrrr..... “ hanya itu yang mampu Fira ucap. Dalam hati dia gembira atas apa yang ibu mertuanya lakukan.
Fikri masih lagi meluahkan perasaan tidak puas hatinya. Fira pula hanya menajdi pendengar setia. Ketika Fikri ingin bersiap-siap untuk tidue, tanpa diduga Fira telah mengajaknya tidur bersama di atas katil tiu.
“ Fik...awak tak sakit ke tidur atas sofa tu...” tanya Fira lembut, seakan-akan cuba menggoda.
“ dah 2 minggu saya tidur sini, baru nak tanya ke..?” balas Fikri
“ Err.. awak tak nak tidur kat katil awak ni ke...” tanya Fira lagi
“habis kalau saya tidur situ, awak nak tidur atas sofa ni  ke..” tanya Fikri kembali
“Err..” Fira cuba merangka ayat yang sesuai
“ tak apalah.. kita tidur sama-sama...” jawab Fira dengan wajah yang malu-malu kucing
Fikri tersentak mendengar jawapan Fira itu.
“boleh kan...?” tanya Fira kembali dengan malu-malu. Di dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa hebatnya degupan jantung Fira ketika menawarkan ajakan itu kepada Fikri
“ kalau jadi apa-apa nanti macam mana..? “ tanya Fikri menduga Fira dengan senyuman yang nakal
“ macam mana apa...?” tanya Fira tidak mengerti
‘‘ Ermm... tak ada apa-apalah... sudahlah..tidur aja...” arah Fikri lantas membaringkan diri di sofa
Belum sempat Fikri melelapkan mata, Fira sekali lagi memanggilnya.
“Fik....” panggil Fira lembut
“ Emmmm...”sahut Fikri
“ awak tidurlah kat katil ni..kesian awak, nanti badan sakit-sakit...” ajak Fira dengan suara yang manja
Fikri hanya senyap , tidak mengendahkan Fira. Fira masih lagi memujuk Fikri. Akhirnya fikri merasa bosan dan dia mengalah.
“dah..tepi sikit...” arah Fikri sambil membaringkan diri di sebelah Fira.
Fira tersenyum senang hati. Di dalam hatinya penuh debaran
“awak jangan ingat saya dah kalah dengan pujuk rayu awak.... saya bosan dengar awak tak berhenti-henti bercakap...” tambah fikri lagi
Baru sahaja Fikri ingin melelapkan mata. Fira memanggilnya lagi
“awak.....” panggil Fira
“ apa lagi ni..!!! apa lagi yang tak puas hatinya  ni..?” Fikri mula berang dengan karenah Fira
Lantas dia duduk di katil itu. Fira juga ikut duduk.
“Awak nak apa lagi ni...” tanya Fikri dengan nada yang geram
“Err.... macam mana kalau ajdi apa-apa nanti..?” tanya Fira tergagap-gagap
Fikri tidak terus menjawab eprtanyaan itu. Dia terus mengambil bantal peluk dan meletakkannya di tengah-tengah antara mereka.
“ kalu bantal ni beralih ke tempat awak, maknanya awak yang ambil kesempatan. Kalau kat tempat saya, maknanya saya yang ambil kesempatan..” jelas fikri
“ dah jangan kacau saya lagi..saya nak tidur.. siap awak kalau bangunkan saya sekali lagi...” ugut Fikri lantas membaringkan tubuhnya kembali.
Fikri tidur membelakangi Fira, manakla Fira mengadap Fikri dengan senyuman bermakna.
Buat Kali pertama mereka tidur sekatil selepas bergelar suami isteri.

2 comments:

Yong said...

hehe bagus2 xde la fira kena buli lagi.

Anonymous said...

kelas gitu pujuk rayu best jerat mengena ;)