Blogger Layouts

Thursday 29 March 2012

~ CINTA YANG BENAR (PART 5) ~



CINTA YANG BENAR (PART 5)
Sudah seminggu peristiwa itu berlalu. Miazara juga tidak lagi bekerja dengan Ghazali. Selama seminggu itu, dia hanya berkurung sahaja di rumah. Hari ini dia tekad, dia harus keluar dari kepompong kesedihannya. Dia harus kuat dan tabah menghadapi dugaan hidup.
Miazara mengemaskan dan berhajat untuk membuang semua barang yang menjadi kenangan antaranya dengan Ghazali. Begitu juga kenangannya denan Balkis. Dia tidak mahu berhubungan lagi dengan mereka berdua. Walau perit dia harus tabah menghadapi segalanya.
Hari ini, Miazara keluar untuk mencari pekerjaan. Selepas berhenti kerja dengan Ghazali, dia harus mencari pekerjaan yang baru untuk meneruskan kehidupannya.
Sudah beberapa kedai dan company yang Miazara pergi , namun rezeki langsung tidak berpihak kepadanya.
Miazara menyusuri rumah-rumah kedai seorang diri, mencari-cari kalau ada iklan tentang jawaan kosong. Hampir seharian dia berlegar-legar mencari pekerjaan. Sedang dia leka menjengah-jengah mencari iklan jawatan kosong, tiba-tiba dia terdengar suara perempuan meminta tolong. Dia berpaling seketika ke arah suara itu. Dan belum sempat dia mengecam apa yang terjadi dia telah dilanggar oleh seseorang yang tergesa-gesa melarikan diri. Hampir sahaja dia terjatuh dan suara perempuan yang meminta tolong itu masih jelas kedengaran.
“Tolong...!!!!! Tolong!!!!  Peragut..! Peragut..!!!!”
Tanpa berlengah, dengan segala kudrat dan kekuatan yang ada pada dirinya, Miazara berlari mengejar peragut yang dimaksudkan. Dia yakin benar orang yang melanggarnya tadi adalah peragut yang dimaksudkan. Kebetulan ketika itu, memang tidak ramai orang yang lalu lalang di situ.
Sambil berlari, dia sempat menanggalkan kasut tumit tebalnya. Dengan segala keyakinan dan keberanian yang ada, Miazara membaling orang itu dengan kasutnya itu. Tepat mengenai kepala orang itu, dan akibat tidak dapat mengawal dirinya terjatuh. Miazara segera mendapatkan orang tersebut.
“Banyak-banyak kerja, meragut juga yang kau pilih....!”
Miazara mengambil beg wanita yang diragut itu dan dengan rasa geram dia memberi pukulan kepada lelaki itu. Tanpa Miazara sedar, Mikhail yang baru sahaja keluar dari kedai berhampiran terlihat aksinya memukulnya peragut itu.
Beberapa orang yang berada di situ, hanya menyaksikan sahaja.  Mikhail segera mendapatkan Miazara dan bertindak menghalangnya dari terus memukul peragut tersebut.
“Mia...! Hey, awak buat apa ni....? sudah-sudahlah tu... mati pula karang dia...”
“Orang macam ni memang patut diajar....”
Mikhail geleng kepala melihat Miazara. Lantas dia menarik Miazara, dan mengarahkan mereka yang ada disitu menghubungi pihak polis untuk menangkap peragut tersebut.
“Dahlah tu, awak okey ke ni?”
“Okey.. Alamak! Saya pergi dulu ye.. mesti mak cik tu tengah tunggu beg dia...”
Miazara terus pergi meninggalkan Mikhail. Mikhail hanya tersenyum melihat Miazara berlari pergi meninggalkannya.
......................................................
“Mama okey ke? Kalau Lysa tak tinggalkan mama sendirian kat sini tadi, mesti tak jadi macam ni...”
“Mama okey sayang... Lysa jangan risau ya, tadi mama nampak ada orang tolong kejarkan peragut tu.. harap-harapnya dapatlah beg mama semula...”
“Mama nak Lysa telefon abang tak? Tak payahlah ... nanti kita bagitahu dia bila dah tiba rumah aja... okey..”
Alysa hanya menurut sahaja kata mamanya itu.
Miazara mendapatkan wanita yang telah diragut itu. Kelihatan wanita itu bersama dengan seorang wanita muda.
“Puan ok? Ni beg Puan.. ceklah kalau ada apa-apa yang kurang...”
Miazara menyerahkan beg wanita itu.
“Alhamdulilah..tiada apa yang hilang... terima kasih ya.. siapa nama kamu?”
“saya Miazara Syuhada.. panggil saja Zara...”
Miazara menghulurkan tangan kepada Datin Sofia.
“oowh.. ni kenalkan Alysa....”
Datin Sofia memperkenalkan Alysa. Alysa bersalaman dengan Miazara dan tersenyum nipis.
“ Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu ya Puan, Cik Alysa ...”
“Nanti dulu... usah ber puan dan bercik dengan kami.. panggil aja auntie, dan lysa...”
Miazara hanya mengangguk dan tersenyum.
“sebagai membalas jasa baik Miazara, mintalah apa saja.. InsyaAllah auntie akan beri...”
“Errr... tak perlulah auntie..saya ikhlas menolong...”
“janganlah macam tu kak Zara... kakak dah tolong mama, akak cakap aja apa yang akak nak..kami akan cuba tunaikan...”
Miazara berfikir sejenak. Memandangkan dia tidak ada kerja sekarang ini, agak-agaknya sudi tak mereka menggajikannya sebagai pembantu rumah. Mesti mereka ni orang kaya.
“Ermm.. sebenarnya saya ni tengah cari kerja, kalau auntie tak keberatan ... boleh tak ambil saya bekerja dengan auntie...? “
“Bekerja dengan auntie...? tapi zara nak kerja apa? Lysa, syarikat kita ada nak pakai pekerja ke?”
“setakat ni tak ada mama, tempat yang kosong nanti pun Lysa dah ambil...”
“Ehh...  Kerja sebagai pembantu rumah pun tak apa auntie...  yang penting saya ada kerja....”
Datin Sofia berfikir sejenak tentang permintaan Miazara itu. Memandangkan Miazara sudah menolongnya, dengan rela hati dia bersetuju dengan permintaan Miazara itu.
“Baiklah... Ni alamat dan nombor telefon auntie. Esok Zara datang ye...”
Datin Sofia menyerahkan kertas yang tertulis alamat dan nombor telefonnya kepada Miazara.
..................................
Miazara tersenyum riang, akhirnya dia dapat juga mencari pekerjaan. Pekerjaan sebagai pembatu rumah. Walaupun itu bukan cita-citanya. Tidak kisahlah kerja apa pun, asal halal dan dia dapat menampung kehidupannya.
Tidak sangka, peragut itu memberi rezeki kepadanya. Dia pun tidak sangka, dia boleh seberani itu memukul peragut tersebut.
Sedang dia duduk tersenyum sendiri di rumahnya, tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi.
Ting tong..ting tong..
Miazara segera membuka pintu rumahnya. Terjengul wajah Mikhail di depan pintu rumahnya.
“Boleh saya masuk....?” tanya Mikhail sambil menunjukkan bungkusan makanan yang dibawanya.
Miazara agak teragak-agak , tetapi dia tetap membuka pintu rumahnya dan membiar Mikhail masuk. Mikhail terjeda seketika melihat penampilan Miazara yang hanya mengenakan baju tidur separas lutut dan sedikit jarang. Dia menelan liur. Miazara yang baru terperasan keadaan dirinya yang begitu, meminta diri sebentar.
“Duduklah dulu Mikha, saya ke belakang kejap..”
Miazara terus masuk ke biliknya dan menyarung kain batik. Sebelum dia keluar, dia memikirkan sebarang kemungkinan yang berlaku.
‘agak-agak selamat ke aku duduk berdua aje dengan dia ni.. macam mana kalau dia apa-apakan aku? Tapi dia tu kan gay...ada perasaan ke kat perempuan.. ermmm.. harap-harap dia gay tulen yang memang tak ada nafsu...’
Miazara melangkah ke ruang tamu sambil membawa minuman.
“Awak okey ke Mia?”
Mikhail tersenyum melihat Miazara yang keluar dengan berkain batik.
“saya okey jek..kenapa pula?”
Miazara meletakkan minuman yang dibawanya di atas meja. Kemudian dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan Mikhail.
“Awak takut duduk berdua-duaan dengan saya ke Mia?”
“Takut? Kenapa pula..?”
“Yerla, saya kan lelaki... awak tu perempuan... berdua aje pula tu...”
“saya tahu awak takkan buat apa-apa kat saya... lagipun ...”
“lagipun apa...?”
“lagipun....... awak kan gay....”
Perlahan sahaja Miazara menuturkan ayatnya yanga terakhir itu. Terus dia menunduk ke lantai. Tidak mahu memandang wajah Mikhail. Dia tahu Mikhail tidak suka dia menyebutkan hal itu. Walaupun perlahan, masih jelas pada pendengaran Mikhail tentang apa yang diucapkan oleh Miazara itu.
‘Balik-balik ingat aku gay... arggh, apelah perempuan ni...!! Aku kerjakan juga baru tahu...!’
‘Sabar Mikhail, sabar...! Kau gila nak kerjakan anak dara orang... kau bukan lelaki jenis macam tu okey..!’
Mikhail berperang sendiri dengan perasaannya.
“Okey kalau awak fikir macam tu... Saya balik dulu lah Mia, ni makanan ni awak makanlah...”
Mikhail terus bangun dari kerusi . dia ingin pulang. Tidak tahu kenapa hatinya rasa sebal bila mendengar Miazara mengatakannya gay.
“Err, Mikha... “
Belum sempat Miazara menghalang. Mikhail sudah melangkah keluar dari rumahnya terlebih dahulu. Miazara pelik dengan sikap Mikhail yang tiba-tiba itu.
............................
Mikhail sendiri tidak tahu, kenapa dia begitu sensitive tatkala Miazara mengatakannya gay. Sedangkan dia tahu itu semua salah faham dan dia sendiri  seakan sukar untuk menceritakan hal yang sebenar kepada Miazara.
Sejak kebelakangan ini, wajah Miazara sering mengganggu fikirannya. Masih teringat lagi saat Miazara menangis di dadanya, melepaskan segala kekecewaan. Selepas seminggu peristiwa itu berlalu, baru hari ini dia berpeluang berjumpa dengan Miazara. Bukan dia tidak mahu melawat Miazara pada hari-hari sebelumnya, tetapi kerana kesibukan dan kekangan waktu , dia tidak mempunya peluang untuk bertemu dengan Miazara.
Hajat kedatangannya pada malam ini adalah untuk menjenguk Miazara sekalian bertanyakan kejadian yang berlaku siang tadi. Tetapi ternyata tidak kesampaian.
............................................
“Mikha dari mana ni?”
“Mikha baru balik jenguk kawan, Ma...”
Mikhail yang baru pulang segera mendapatkan ibu dan adiknya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
“Abang... Lysa ada benda nak bagitahu ni...”
“Kenapa? Lysa nak kahwin ke?”
“Apa abang merepek ni... Abang tu yang patut kahwin dulu, tak adalah rumah ni sunyi bila mama balik London nanti... dahlah orang gaji pun tak ada...”
Mikhail Irsyad merupakan anak kepada ahli perniagaan Datuk Kamarul dan Datin Sofia. Dia mempunya seorang adik perempuan bernama Alysa. Sebelum ini Alysa tinggal bersama papa dan mamanya di London, manakala Mikhail Irsyad tinggal di Malaysia menguruskan perniagaan keluarga mereka di sini. Dua bulan sekali, Datin Sofia akan pulang ke Malaysia untuk menjenguk rumah mereka. Kadang kala dia pulang bersama Alysa dan kadangkala bersama suaminya. Kali ini, Alysa akan pulang terus ke Malaysia untuk bekerja di syarikat milik keluarganya yang diuruskan oleh Mikhail Irsyad. Sepanjang ketiadaan keluarganya di Malaysia, Mikhail Irsyad tinggal bersendirian di rumah mewah milik keluarganya itu. Mereka memang tidak menggajikan pembantu rumah untuk menguruskan rumah itu kerana Mikhail Irsyad sendiri yang tidak mahu. Dia lebih selesa tinggal sendirian. Cuma dalam seminggu sekali sahaja, aka nada orang yang datang untuk membersihkan rumah. Dan jika Datin Sofia pulang, dia sendiri akan memasak bersama dengan Alysa. Mereka sekeluarga sudah dibiasakan untuk hidup berdikari walaupun keluarga mereka adalah golongan yang berada.
“Abang? Belum ada calon lagilah....”
“Dahlah, apa yang Lysa nak bagitahu abang tadi?”
“Hah... Lysa nak bagitahu ni, tadi petang masa keluar shopping dengan mama, ada orang ragut beg mama....”
“Hah? Betul ke ni mama? Habis macam mana? Mama okey tak? Kenapa tak bagitahu MIkha?”
“Mama okey... Mama bukan tak mahu bagitahu MIkha, Mama tak nak Mikha kelang kabut ... Kan Mikha tengah kerja...”
“Abang jangan risau, semuannye under control...hehehe Ada sorang awek cun dah tolong selamatkan beg mama....”
“Awek cun?? Siapa?”
“Kalau mama tak lupa, nama dia Zara... Nama panjang apa Lysa?”
“Miazara Syuhada... “
“Miazara Syuhada...??”
Pantas Mikhail mengingatkan kejadian petang tadi. Maknanya, orang yang Miazara bantu petang itu adalah mamanya. Sungguh kebetulan.
“Kenapa Mikha...?”
“Hah? Err... tak ada apa-apa...”
“Esok dia datang sini, nanti mama kenalkan dia pada MIkha...”

1 comments:

Eppy Safri said...

hihihiii, jodoh si mia nmpaknye pada mikha..
sukerrr sgt, xsabo nk tau nexttt