Blogger Layouts

Thursday, 8 March 2012

~ CINTA YANG BENAR (PART 3) ~


CINTA YANG BENAR (PART 3)
Sejak kejadian itu, Miazara tidak lagi bertemu atau terserempak dengan Mikhail. Hatinya diburu rasa bersalah pada lelaki itu. Andai dia bertemu dengan lelaki itu, dia ingin memohon maaf di atas keterlanjurannya membuka rahsia lelaki itu.
“Zara.... Kenapa ni? Ghaz tengok, sejak akhir-akhir Zara asyik macam ni je.. Asyik termenung aje, kerja pun buat sambil lewa je. Zara ada masalah ke?”
“Eh Ghaz! Zara tak apa-apa. Zara ok je.. Zara minta maaf ya... Lepas ni Zara akan buat kerja betul-betul.”
“Emmm... Lain kali masalah peribadi janganlah bawa ke tempat kerja.”
“Dahlah! Ghaz nak keluar kejap. Zara tolong tengok kedai ya. Kalau nak pergi makan, tutup je kedai ni... Lagi satu, Balkis dia tak datang lagi hari ni...”
“Err... Ghaz nak pergi mana? Akhir-akhir ni , kenapa Zara tengok Ghaz dengan Balkis lain macam aje?”
“Ghaz ade hal sikit. Apa yang lain macamnya? “
“Yelah, Ghaz selalu tinggalkan Zara jaga kedai ni sorang-sorang. Balkis pun kejap datang kejap tak. Kalau cuti, Ghaz dah tak pernah nak ajak Zara keluar. Zara ada buat salah dengan Ghaz ke?”
“Apa Zara merepek ni..?! Dahlah Zara, Ghaz nak keluar ni... Tolong jaga kedai..”
Miazara sedikit terkejut mendengar tempikan Ghazali. Tidak pernah dia begitu sebelumya. Ghazali terus sahaja meninggalkan Miazara tanpa berkata sepatah kata.
................................................
Setelah meninggalkan Miazara sendirian menjaga kedai, Ghazali terus menuju ke sebuah taman permainan yang terdapat tidak jauh dari bangunan kedai mereka. Kelihatan seseorang sedang menantinya di situ.
“Hai sayang.. sorry lambat.. Zara buat hal pula tadi...”
“Zara buat hal? Kenapa pula? Cuba you cerita sikit..I nak tahu..”
“Dia tu I tengok macam dah tak fokus dengan kerjalah.. Asyik termenung je.. Dan I rasa dia macam dah sangsi dengan layanan I pada dia... “
“Tu je? Alah biarlah, dia tu memang macam tu... You tak payah nak risau okey...! Tapi kalau payah-payah sangat, kita beritahu jelah perkara sebenar kat dia.. I dah penat la, nak sorok-sorok macam ni...”
“Bila tiba masanya nanti , I akan beritahu okey... Sekarang ni kita kena manfaatkan dia betul-betul... Tunggu ya sayang....”
Sudah lama Mikhail tidak terserempak dengan Miazara. Satu hari nanti dia harus berjumpa dengan wanita itu untuk menjelaskan perkara yang sebenar. Dia tidak mahu wanita itu terus salah sangka tentang dirinya yang sebenar.
Mikhail memandu kereta  melalui jalan berhadapan taman permainan untuk menuju ke kafe tempat dia selalu menjamu selera.  Dalam kesamaran cermin tingkap keretanya, dia ternampak sepasang susuk tubuh manusia yang sedang bercanda mesra. Seperti pernah dilihat mereka berdua tetapi dia lupa. Dia segera memberhentikan keretanya di bahu jalan, dia menurunkan cermin tingkap keretanya dan memerhatikan tingkah laku keduanya.
Setelah diamati kedua-duanya, baru dia teringat.
‘itu bukan teman lelaki Mia ke? Dan perempuan tu? Bukan ada sama masa kat kedai hari tu?’ Mikhail berbicara sendiri ketika melihat mereka berdua.
‘Ah, lantaklah apa yang mereka berdua buat.. bukan urusan aku...’ Rayyan Mikhail menaikkan semula tingkap keretanya dan terus memandu meninggalkan kawasan itu.
....................................................
“Mana Ghaz ni, dah pukul 12... Tak balik-balik lagi... Aku dah lapar dah ni...”
Miazara masih menanti Ghazali pulang, tapi sehingga kini bayang tubuh lelaki itu masih belum nampak. Perutnya sudah berbunyi-bunyi minta di isi.
“Ah, lantaklah! Tutup jer lah kedai ni... tadi dia juga yang cakap, kalau aku nak keluar makan tutup aja kedai..” tanpa berlengah, Miazara terus bangun dan mengambil pursenya. Kemudian dia melangkah keluar dari kedai itu, dia memasang penanda yang tertulis “CLOSE” di depan pintu kedai itu sebelum dia mengunci pintu kedai itu.
Miazara ingin ke kedai makan berhampiran, tetapi sayangnya kedai makan itu tutup. Jadi dia berhajat untuk pergi ke kafe kegemarannya. Dia terpaksa melangkah jauh sedikit kerana kafe itu jauh dari kedai tempat dia bekerja. Dan untuk ke kafe itu, terpaksa melalui  jalan di hadapan taman permainan . Ketika ingin ke kafe, Miazara langsung tidak perasan akan Ghazali dan Balkis yang berada di situ kerana dia ingin cepat. Jadi dia langsung tidak menoleh kanan dan kiri.
..................................
Selesai mengambil makanan , Mikhail terus duduk di salah sebuah meja kosong yang terdapat disitu. Kafe tersebut menyediakan makanan yang sudah siap dimasak dan juga mengambil tempahan jika pelanggan ingin menempah mangikut buku menu.
Sampai saja di kafe, Miazara terus menuju tempat mengambil makanan. Setelah pinggannya panuh diisi, dia mencari meja kosong untuk duduk. Tapi sayang, semua meja telah penuh. Dan di satu sudut dia ternampak seseorang yang dia kenali. Dengan berbekalkan sedikit keberanian, Miazara terus menuju ke meja tersebut.
“Assalamualaikum Mikha...”
“Emm? Waalaikummussalam... Mii...aaa..”
“Err, boleh saya duduk sini? Semua meja dah penuhlah...”
“Errr, duduklah....”
Miazara terus menarik kerusi dan duduk di hadapan Mikhail. Miazara cuba mengatakan sesuatu. Tetapi tidak dipedulikan Mikhail.
“Err, Mikha... pasal hari tu....”
“Makanlah Mia.. Tak baik cakap masa makan... Cepat makan cepat habis, ramai lagi nak duduk ni...”
Bukan niat Mikhail ingin berkata begitu dengan Miazara. Tetapi dia sedikit ganjal untuk berbicara dengan wanita itu. Entah kenapa perjumpaan kali ini membuatkan jantungnya berdegup kencang.
Miazara tidak jadi ingin meneruskan kata-katanya. Niat di hatinya ingin memohon maaf kepada lelaki itu kerana peristiwa yang terjadi antara mereka dahulu. Tapi layanan lelaki itu membuatkan dia menghentikan niatnya. Miazara terus menikmati makanannya walaupun hatinya tidak begitu tenang dan selesa.
Selesai makan, Mikhail terus bangun dari tempat duduk dan ingin beredar. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
“Mia, saya nak tanya sikit”
“Errr... ya Mikha?”
“Lelaki kat kedai tempoh hari siapa ya dengan Mia?”
“Lelaki? Maksud Mikha? Ghaz ke? Emm, dia tu teman lelaki Mia.. kenapa dengan dia?”
“ Nothing.. Emm, dan perempuan yang bersama dia tu pula siapa?”
“Yang itu Balkis, bestfriend Mia....”
“Owh, Okey...”
“Kenapa Mikha? Ada apa-apa ke?”
“Nothing.. okeylah Mia, see you again...”
Mikhail terus meninggalkan Miazara tanpa sempat Miazara menahannya.
Hilang terus selera makan Miazara dengan pertanyaan Mikhail itu. Di kepalanya beribu persoalan yang timbul. Dia terus memberhentikan kunyahannya dan segera bangun dari kerusi. Selepas membasuh tangan dan membuat bayaran di kaunter, Miazara terus keluar dari kafe tersebut.
Sepanjang perjalanan kembali ke kedai, Miaza mengelamun memikirkan pertanyaan Mikhail yang tiba-tiba itu. Sekali lagi Miazara melalui jalan yang sama, iaitu jalan di hadapan taman permainan tersebut untuk pulang ke kedai.
Tiba-tiba matanya tersorot pada sepasang kekasih yang sedang bercanda mesra di taman permainan tersebut. dia cuba mengamati keduanya. Dia terkedu seketika melihat kemesraan keduanya. Lantas dia terus menuju kea rah keduanya.
Ghazali dan Balkis yang sedang bercanda mesra tidak perasan bahawa mereka berdua sedang diperhatikan.
Miazara pasti dengan apa yang dilihatnya. Sangat jelas kemesraan yang terpamer antara Ghazali dan Balkis. Barangkali inilah yang cuba disampaikan oleh Mikhail tadi.
“Balkis! Ghaz..!!”
Balkis dan Ghazali tersentak mendengar orang menjerit kasar nama mereka berdua. Mereka segera menoleh kea rah suara tersebut.
“Zara....” serentak keduanya menyebut nama Zara dan mereka nampak terkejut dengan kehadiran Zara di situ.
“ Sampai hati Ghaz dengan Balkis khianati Zara...”
“Errr... Zaaara... Ghaz...”
“Sudahlah Ghaz, Ghaz cakap Zara curang tapi sebenarnya Ghaz yang curang.. Dengan kawan baik Zara sendiri pula tu... Patutlah Ghaz lain sangat sekarang ni...”
“Dan kau Balkis, aku anggap kau kawan baik aku dunia akhirat.. Tapi macam ni kau buat aku...”
Miazara sudah tidak tertahan lagi, air matanya deras mengalir membasahi pipi.
“Eh, Zara! Kau tak payah nak nangis-nangislah...  Baguslah kau dah tahu, aku pun dah penat nak berpura-pura depan kau... Memang aku ngan Ghaz ada hubungan.. So, kau nak buat apa...?”
Miazara hanya diam tanpa berkata sepatah apa. Ghazali tidak tahu ingin berbicara apa.
“ Kau tahu kenapa Ghaz pilih aku? Cuba kau tengok diri kau tu? Selekeh! Kasar.... Buruk... Kau ingat selama ni Ghaz sayang kau, dia buat baik dengan kau pun bersebab lah...”
“Betul ke Ghaz...?”
“Err... Maafkan Ghaz Zara... Ghaz dah tak boleh bersama Zara lagi.. Ghaz cintakan Balkis...”
Miazara sudah tidak dapat menahan perasaannya lagi. Entah kenapa laju sahaja tangannya menampar pipi lelaki itu. Kepada Balkis turut dihadiah tamparan yang sama. Kemudian dia terus berlari meninggalkan mereka berdua di situ.

4 comments:

mahanum said...

cepat smbung akk, pls hri2 jengok blog sbb nk bc smbugn CYB....

safira said...

okey..maaflah, kurang sihat lah.. untuk pengetahuan semua... CYB akan dipapar setiap khamis ye.. cuma last week tak dapat nak paparkan..

Eppy Safri said...

Sukernyerrrr....
X sangka, dlm terjah trus ader...
Ai likeee, padan ngan muka balkis n ghaz kene penampar free dr mia..

mahanum said...

haha tq tuk maklumat , sabaq mnanti CYB...:D esk lusa lh update n3 bb yer...syg writer.....