BAB 15
Di bilik mereka, selepas makan malam.
Fira hanya mendiamkan diri tanpa menegur Fikri sepanjang Fikri pulang dari kerja petang tadi hingga pada waktu itu.
“ awak ni kenapa Fira..? senyap saja dari tadi...selalu asyik bercakap aja..” tanya Fikri memulakan bicara
Fira yang sedang membaca novel, menghadap seketika kepada Fikri sambil menjungkit bahu. Kemudian kembali semula menghadap novel di tangannya. Sikit pon tidak diendahkan Fikri.
Fikri merasa tidak puas hati. Lantas dia merampas novel yang berada di tangan Fira.
“ awak dengar tak saya tanya ni..? tanya Fikri geram
“ tanya apa..?” tanya Fira kembali dengan riak bersahaja
“ Errm... awak ni betullah..saya tanya awak ni kenapa senyap aja...” tanya Fikri sekali lagi. Kali ini dia cuba mengawal suaranya
“ emm... tak ada apa-apa.. mulut sakit tak boleh banyak cakap...” balas Fira bersahaja
“ betul ni...?” tanya Fikri lagi
Fira hanya mengangguk lantas mengambil semula novelnya dari tangan Fikri.
“ Kalau betul ..tak apalah..” jawab Fikri pendek
Di dalam hati Fira merasa sungguh kecil hati. Sikit pun Fikri tidak cuba memujuknya dan mencari tahu apa yang sebenarnya berlaku.
“ Errmmm... awak...” panggil Fira dengan lembut
“ Emm...” jawab Fikri sambil matanya leka menonton televisyen yang terdapat di dalam bilik itu.
“ ely tu siapa dengan awak sebenarnya...?” tanya Fira kepada Fikri
Fikri menoleh kea rah Fira sambil tersenyum sinis.
“oowh... saya tahu sekarang.. ni yang buat awak senyap sebenarnya kan..? hahahaa.. awak cemburu..?” Fikri berkata sambil ketawa
“ huh... tak ada masa saya nak cemburu dengan orang yang tak sayang saya....” dengus Fira
“ oowhh... ye ke..? dah tu..?” tanya fikri lagi dengan tawa yang masih bersisa
“ saya tak suka cara dia ... suka-suka hati saja kutuk orang... ingat dia cantik sangat ke... sudahlah pakai baju tak cukup kain..huh..” bals Fira melempiaskan rasa tidak puas hatinya.
“ hahahaa dah dia memang macam tu, nak macam mana..” balas Fikri kembali dengan bersahaja
Geram Fira dengan sikap Fikri yang seperti tidak mengendahkan luahannya itu. Bertambah geram bila Fikri terus merebahkan dirinya untuk tidur tanpa memikirkan perasaan Fira.
“ awak.....” panggil Fira sekali lagi
“ ya.... nak apa sayang...?” jawab Fikri dengan mata terpejam
Sayang..? jantung Fira seakan terhenti tatkala mendengar panggilan itu.
“ errr... hujung minggu ni, boleh tak saya keluar dengan ibu...?” tanya Fira tergagap-gagap
“ suka hati awaklah.... janji tak mengganggu dan tak menyusahkan saya...” balas Fikri kembali
Baru hati Fira hendak terubat dek kerana panggilan sayang yang keluar dari mulut Fikri, tiba-tiba hatinya menjadi pilu kerana mendengar ungkapan yang baru keluar dari mulut Fikri sebentar tadi. Apakah dirinya mengganggu dan menyusahkan hidup Fikri selama ini. Fira bermonolog sendiri.
1 comments:
mulut mamat ni laaaaa,mmg takde insuran betul. sabo je la fira.
Post a Comment