BAB 31
“Lambat
kau sampai? Bos a.k.a suami
kesayangan kau mana?” tanya Sheqa sebaik sahaja Fira duduk di tempatnya.
“Dia
pergi seminat kat Johor 3 hari. Ahad nanti baru balik...” balas Fira sambil
tersenyum.
Sheqa
dapat melihat wajah temannya yang lebih ceria berbanding semalam. Seperti ada
sesuatu yang membuatkan temannya itu ceria sebegitu rupa.
“Kemain
ceria lagi kau pagi ni. Asyik senyum manjang. Ada apa-apa ke?” Sheqa cuba
mencari tahu apa yang membuatkan temannya begitu ceria pagi itu.
“Ala,
nak senyum pun salah ke? Kan senyum tu satu sedekah...” balas Fira. Sengaja dia
ingin menyakat temannya itu.
“Yelah
tu, semalam nangis sampai lupa daratan. Hari ni pula, senyum manjang. Dah macam
orang angau aku tengok...” perli Sheqa.
“Apa-apa
ajelah Sheqa oii! Dah lah, aku nak pergi buat kerja. Melayan kau, memang tak
buat kerja lah aku jawabnya...” Fira terus menumpukan perhatiannya pada
surat-surat yang terdapat di atas mejanya itu.
“Eleh!
Bos kau bukannya ada pun...” Sheqa masih lagi mahu mengajak Fira berbual.
“Bos
aku memanglah tak ada, tapi surat-surat atas meja ni bukan kerja aku ke? Nak
kena selesaikan juga...” balas Fira tanpa menoleh kea rah Sheqa.
Sheqa
hanya mencebik sahaja mendengar kata-kata Sheqa itu. Sebelum dia berpusing
untuk menghadap mejanya semula, dia terperasan sesuatu yang luar biasa pada
Fira. Dia segera bangun dan mendapatkan Fira. Dia menundukkan sedikit kepalanya
untuk meneliti kesan yang terdapat di leher Fira. Kesan itu jelas kelihatan,
tambahan pula Fira menyanggul tinggi rambutnya hari itu.
Fira
tersentak apabila dia merasakan ada seseorang yang begitu hampir dengannya.
“Eh,
kau ni dah kenapa? Buat terkejut aku ajalah! Dah kurang kerja ke?” bebel Fira
sambil menolak perlahan Sheqa dari mendekatinya.
“Erm.....”
Sheqa buat muka curiga sambil tangannya mengusap-ngusap dagunya yang tidak
berjanggut langsung itu.
“Kau
ni dah kenapa? Mencurigakan betul lah kau ni...” Fira risau melihat Sheqa yang
tiba-tiba sahaja berkelakuan pelik.
“Tadi
pagi masa kau bersiap, kau tak perasan ke leher kau ni merah-merah?” tanya
Sheqa.
“
Hah! Merah?” tanya Fira tidak mengerti.
“Ye
lah, ni bukan kesan kena gigit nyamuk. Ni macam kesan .......... “ ucap Sheqa
sambil tersenyum nakal.
“Kesan
apa pula kau ni...” Fira masih lagi tidak mengerti.
“Kesan
kena gigit orang! Hah, aku tau. Ngehehehe~ “ beritahu Sheqa sambil gelak jahat
kepada Fira.
“Mulalah
tu nak buat gelak ‘syaitanirrajim’ dia
tu... “ balas Fira pula.
“Patutlah
lambat pagi ni. Ni mesti malam tadi kau ehem-ehem ya dengan En. Fikri. Hehehe”
tebak Sheqa sambil tersenyum nakal.
“Ehem-ehem
apa pula lah kau ni. Tak fahamlah aku...” Fira masih lagi tidak dapat menebak
apa yang ingin disampaikan oleh Sheqa.
“Kau
ni betul luruslah. Malam tadi kan malam jumaat. Kau ni baru 1st time
ke apa? Itu pun susah sangat nak faham...” ucap Sheqa sambil menggelengkan
kepala melihat kelurusan temannya itu.
Fira
cuba memahami apa yang ingin Sheqa sampaikan. Tiba-tiba dia teringat akan
kata-kata Fikri tentang malam jumaat.
“Ngeeee~
Maaflah lambat loading. Hehehe” balas Fira sambil tersengih.
“Nampak
sangat ke weyh? Fik ni pun satu. Aish...” rungut Fira.
“Baru
1st time ea? Hahaha” tanya Sheqa lagi sambil ketawa.
“Sibuk
ajala kau ni! Orang tanya tak jawab...” balas Fira bengang.
“Ye
la tu. Mesti 1st time kan? Sebab selama berapa bulan ni, tak pernah
pula aku nampak apa-apa kesan macam tu...” duga Sheqa.
“Patutlah
berseri-seri aja pagi ni. Senyum memanjang, sampai naik muak aku tengok. Hahaha”
tambah Sheqa lagi diselangi dengan ketawa.
“Hah!
Sudahlah, aku nak pergi tandas. Nak tacap apa-apa yang patut. Karang orang lain
nampak, dia ingat aku ni buat benda tak elok pula kat luar....” ucap Fira
seraya meninggalkan Sheqa di situ.
..............................
“Sheqa,
nanti petang balik aku tumpang kau ya?” beritahu Fira kepada Sheqa ketika
mereka makan tengahari bersama.
“Takda
hal lah. Ttapi apasal tak naik dengan suami kesayangan kau tu?” tanya Sheqa.
Dia terlupa yang Fikri tiada.
“Kau
lupa ke buat-buat lupa? Suami kesayangan aku tu kan ada kat Johor...” balas
Fira pula mengingatkan Sheqa.
“Alahai,
terlupalah. Sorry ya. Hehee” ucap
Sheqa sambil tersengih.
“Wah!
Dah pandai nak mengaku suami kesayangan dah sekarang. Tahulah tengah di
awang-awangan. Hahaa” perli Sheqa.
“Memang
aku sayang dia apa? Kalau tak, takkanlah free-free
aja aku nak mengalah pada dia...” balas Fira sambil tersenyum simpul.
“Hah
ye lah tu. Semalam kemain lagi menangis. Dah macam apa dah aku tengok. Hari ni
tiba-tiba lain pula jadinya...” perli Sheqa lagi.
“Apalah
yang En. Fikri dah buat kat kau ya, sampai kau cair macam ni?” tanya Sheqa
“Entah,
kuasa seorang suami kot...” balas Fira
bersahaja sambil tersenyum.
...................................
Petang
itu, Fira pulang dihantar oleh Sheqa. Sepanjang ketiadaan ibu bapa mereka,
pembantu-pembantu rumah juga turut diberikan cuti. Kebetulan sekarang musim
cuti sekolah, jadi Faiz juga dibawa bersama oleh Datuk Faizal dan Datin Maria.
Hanya tinggal Fira dan Fikri sahaja berdua di rumah itu. Tetapi hari ni Fira
terpaksa bersendirian di rumah sepanjang ketiadaan Fikri. Ingin minta Sheqa
menemaninya, wanita itu sudah mempunyai suami. Mahu tidak mahu terpaksa juga
dia duduk sendirian di rumah itu. Ingin keluar sendiri, dia tidak mempunyai
lesen.
BAB 32
Hujung
minggu itu Fira tinggal bersendirian. Sepanjang pemergian Fikri, langsung dia
tidak menerima sebarang mesej dan panggilan daripada lelaki itu. Dia tidak mahu
berburuk sangka dengan suaminya, jadi dia anggap Fikri sibuk dan tidak sempat
untuk menghubunginya.
“Bosannya
duduk rumah sorang-sorang. Fik sudahlah tak ada. Langsung tak mesej dan call. Erm, kalau ada anak kan best. Tak adalah bosan
sangat hidup aku ni bila Fik tak ada. ANAK?!! Hehehe”
Fira
bermonolog sendiri sambil berangan-angan jika dia mempunyai anak, pasti
hidupnya tidak akan sunyi kalau Fikri tiada di rumah.
Petang
Ahad Fikri akan pulang ke Kuala Lumpur semula setelah 3 hari menghadiri seminar
di Johor. Sebelum pulang, sempat dia memaklumkannya kepada Fira melalui
telefon.
“Assalamualaikum...”
ucap Fikri sebaik sahaja panggilannya dijawab.
“waalaikummussalam...”
jawab Fira. Dia begitu gembira menerima panggilan daripada Fikri.
“Petang
ni saya gerak balik. Mungkin sampai KL malam. Ada apa-apa nak kirim?” ucap
Fikri bersahaja. Lain benar layanan Fikri berbanding sebelum dia bertolak ke
Johor tempoh hari.
Fira
terasa hati juga dengan layanan Fikri yang dirasakan lain berbanding hari itu.
Tetapi dia sentiasa berfikiran positif. Barangkali suaminya itu penat, sebab
itu dia begitu. Lagi pula, sebelum ini Fikri memang begitu layanannya. Ada
kalanya mesra, ada kalanya begitu bengkeng.
“Baiklah,
rasanya tak ada-apa kot nak kirim. Awak nak saya masak ke malam ni...?” balas
Fira pula.
“Masaklah
apa-apa. Betul ni tak ada nak kirim apa-apa? Saya tak ada beli apa-apa nanti. Jangan
tanya-tanya pula apa souvenir saya
bawa...” balas Fikri kembali.
“Tak
ada ap-apa rasanya. Cukuplah kalau awak pulang dengan selamat nanti...” ucap
Fira ikhlas.
Fikri
terharu mendengar ucapan Fira itu.
“Emm,
okeylah. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya letak dulu...” balas Fikri.
“Awak....”
panggil Fira.
“Ya,
kenapa? Ada apa-apa ke?” tanya Fikri.
“Err..
tak ada apa-apa. Take care ya. Miss you...” ucap Fira seraya menamatkan
panggilan.
Fikri
tersenyum sendirian. Walaupun hatinya sudah mengakui yang dia memang
benar-benar sayangkan Fira, tetapi dia tetap tidak mahu menunjukkannya di
hadapan Fira. Dia tidak mahu Fira ambil kesempatan.
..................................................................................
Fikri
sampai di rumah jam 9.00 malam. Ketika itu Fira sedang menonton televisyen.
Seraya mendengar bunyi kereta Fikri di halaman, Fira terus bergegas ke pintu
utama untuk menyambut kepulangan Fikri.
“Assalamualaikum
awak...” ucap Fira sebaik sahaja Fikri tiba di muka pintu. Dia tersenyum mesra
kepada Fikri. Segera dihulur tangan kepada Fikri untuk bersalaman.
“Waalaikummussalam...”
balas Fikri dengan riak wajah yang bersahaja. Namun hakikat sebenar dia cuba
menyembunyikan perasaan hatinya saat melihat wajah isteri yang dirinduinya itu.
Fira
segera mengambil beg Fikri dan membawanya masuk ke dalam rumah.
“Awak
nak makan?” tanya Fira kepada Fikri.
“Emm,
saya nak mandi dulu. Awak pergilah siapkan makanan. Beg tu biar saya bawa naik
atas...” arah Fikri kepada Fira.
Fira
hanya menurut sahaja arahan suaminya itu tanpa sebarang bantahan. Lantas dia ke
dapur untuk menyiapkan makanan buat Fikri.
..............................................................................
Fikri
makan dengan selera sekali. Fira turut menemaninya makan bersama. Suasana di
meja makan sunyi tanpa suara mereka berdua.
“Err,
awak?” panggil Fira memulakan bicara.
“Emm,
kenapa?” balas Fikri tanpa memandang Fira.
“Awak
sihat?” tanya Fira. Dia tidak tahu ingin bertanya apa.
“Awak
tengok saya ok ke tak?” balas Fikri selamba. Pertanyaan Fira dijawab dengan
pertanyaan semula oleh Fikri.
Fira
hanya tersengih sahaja mendengar jawapan Fikri. Tiba-tiba dia rasa gementar
berada berdua sahaja dengan Fikri di rumah itu. Bermacam-macam benda bermain di
fikirannya. Nasi di pinggan dikuisnya perlahan.
“Awak
ni dah kenapa?” pertanyaan Fikri itu mengejutkan Fira yang tiba-tiba sahaja
senyap kembali. Seperti ada sesuatu yang difikirkan isterinya itu.
“Hah?
Err, tak ada apa-apa...” jawab Fira sambil tersengih.
“Sudah!
Cepat habiskan makan tu...” arah Fikri seraya meneruskan makannya.
Selesai
makan, Fikri menemani Fira mencuci pinggan dan mengemas meja di dapur.
“Cepat
kemas meja ni dan sudahkan basuh pinggan tu...” arah Fikri.
“Kenapa?
Awak dah nak tidur ke? Kalau awak nak berehat, pergiah naik atas dulu. Biar
saya selesaikan semua ni...” balas Fira.
“Tak
apa, saya temankan awak. Dah cepat siapkan...” balas Fikri kembali.
‘Ish
dia ni, sinikal betul. Ingat nak tolong aku tadi. Emm!’ Fira bermonolog
sendiri. Dia meneruskan kerja-kerjanya. Fikri pula hanya menjadi pemerhati
sahaja tanpa membantu.
Setelah
siap, mereka berdua naik ke bilik tidur. Fira mengemaskan beg pakaian Fikri.
Sedang dia mengemaskan pakaian-pakaian kotor Fikri, Fikri menghulurkan sesuatu
kepadanya.
“Nah!
untuk awak...” ucap Fikri sambil menghulurkan bungkusan kepada Fira.
Fira
mengambil bungkusan itu dari Fikri.
“Terima
kasih, buat susah-susah awak aja...” ucap Fira sambil tersenyum mesra.
Lantas
dia membuka bungkusan itu.
“Ek...!!”
Fira terkejut saat membuka bungkusan itu.
“Kenapa?”
tanya Fikri.
“Awak
beli kat Johor ke?” tanya Fira.
“Tak
lah, saya beli kat shopping mall sini
aja. Buat apa nak beli jauh-jauh kat Johor. Kat sini melambak kot. Macam mana?
Awak suka?” ucap Fikri sambil tersenyum nakal.
“Err...
Awak tak rasa cukup seksi ke baju tidur ni?” balas Fira malu-malu sambil
melihat baju tidur dari kain shifon yang jarang berwarna pink lembut itu.
“Seksi-seksilah
bagus, baru seronok. Hahaha” seloroh Fikri sambil ketawa. Seronok dia dapat
menyakat isterinya itu.
Wajah
Fira sudah berubah rona. Fikri hanya tersenyum melihat Fira berkeadaan begitu.
“Err,
bila awak nak saya pakai baju tidur ni?” tanya Fira malu-malu sambil melipat
semula baju tidur itu.
“Bila-bila
masa yang saya rasa, saya perlukan awak...” ucap Fikri sambil merebahkan
dirinya untuk tidur.
‘Apa
maksud kata-kata dia? Siapa aku ni pada diri dia sebenarnya? Apa aku ni tak
ubah seperti perempuan simpanannya ke? Habis madu sepah dibuang? ’ tanya Fira
di dalam hati.
Fikri
sudah pun lena dibuai mimpi. Dia tidur sambil memeluk bantal peluk yang selama
ini menjadi penghalang anara dia dan Fira. Fira pula termangu sendirian sambil
memikirkan kata-kata Fikri tadi. Sebak hatinya mendengar kata-kata yang
diungkapkan Fikri tadi. Akalnya memaksa
dia untuk menganggap kata-kata itu sebagai gurauan. Tetapi berlainan pula
dengan hatinya. Melihatkan keseriusan Fikri saat mengungkapkan kata-kata itu,
menambahkan keyakinan dalam hati Fira bahawa Fikri memaksudkan apa yang telah
diungkapkannya itu.
BAB 33
Fira
tersadar saat jam loceng disisinya berbunyi. Jam sudah menunjukkan pukul 6.00
pagi. Fikri masih lagi lena dibuai mimpi. Mungkin penatnya masih belum hilang.
Kebetulan hari itu dia bercuti, jadi bolehlah dia berehat sepuasnya.
Usai
mandi dan bersolat, Fira mengejutkan Fikri untuk menunaikan solat subuh.
“Awak....”
panggil Fira sambil mengusap lembut tubuh Fikri.
Hanya
itu cara untuk mengejut Fikri dari tidur. Mengusap tubuhnya dengan lembut.
“Awak,
bangun. Solat Subuh...” kejut Fira lagi.
Bagai
terkena renjatan eletrik, Fikri terus bangun dari tidurnya.
“Ermm...
Dah pukul 6.30, pergilah solat...” beritahu Fira lembut.
Fikri
terus bangun menuju ke bilik air. Manakala Fira pula ke dapur untuk menyediakan
sarapan.
...................................................
Ketika
Fira kembali semula ke bilik untuk bersiap-siap, dilihatnya Fikri sudah terlena
semula di atas katil.
Usai
bersiap, Fira mengejutkan Fikri untuk memintanya menghantarkan ke pejabat.
“Awak...”
panggil Fira lembut.
“Emmm....”
jawab Fikri dengan mata yang masih tertutup.
“Awak, bangunlah. Tolong hantarkan saya pergi office...” pinta Fira.
“Saya
penatlah, awak pergilah sendiri...” balas Fikri.
Fira
tidak mampu berkata apa lagi, dilihat jam sudah 7.30 pagi. Dia harus cepat.
Setelah meninggalkan pesan kepada Fikri dia segera beredar.
“Emm,
tak apalah macam tu. Saya pergi dulu. Saya dah siapkan sarapan, nanti makan
ya...” pesan Fira sebelum keluar.
...................................................................................
Nasib
Fira kurang baik hari itu, kerana tiada satu pun teksi yang lalu waktu itu.
Hampir 20 minit dia menunggu tetapi hampa. Akhirnya dia ambil keputusan untuk
pulang ke rumah dan meminta bantuan dari Fikri sekali lagi.
“Awak!!”
panggil Fira sambil menggoncangkan tubuh Fikri.
Fikri
yang terkejut segera bangkit.
“Awak
ni tak pergi kerja lagi ke?” tanya Fikri geram dengan tindakan Fira yang
mengejutkannya.
“Awak...
Tolonglah hantarkan saya pergi kerja. Teksi tak ada. Tolonglah awak, dah nak
pukul 8.00 pagi dah ni. Tolonglah...” rayu Fira.
“Apa
saya dapat kalau saya tolong awak?” duga Fikri.
“Er,
nanti saya fikir. Sekarang tolonglah hantarkan saya...” rayu Fira lagi sambil
memegang lengan Fikri.
“Tak
payah kerjalah, dah pukul 8 dah pun. Baik awak temankan saya kat rumah ni, kesian saya tinggal sorang-sorang...” balas
Fikri sambil tersenyum nakal.
“Mana
boleh macam tu...” balas Fira kembali.
“Kenapa
pula?” tanya Fikri.
Fira
terdiam. Dia tidak tahu ingin menjawab apa.
“Kalau
awak nak pergi kerja, pergilah sendiri. Saya tak nak hantar, saya nak tidur. Saya
penat...” ucap Fikri sambil merebahkan dirinya semula di atas katil.
Fira
duduk di birai katil di sebelah Fikri. Dia masih lagi berusaha untuk memujuk
Fikri agar menghantarkannya ke tempat kerja. Tetapi Fikri tetap tidak
mengendahkannya. Akhirnya Fira berputus asa. Dilihat jam sudah menginjak ke
8.15 pagi. Dia berkira-kira sama ada mahu cuti atau pergi juga ke tempat kerja.
Fikri
segera berpusing ke arah Fira yang duduk membelakanginya di birai katil itu.
“Dah
pukul 8 lebih, kalau awak nak masuk kerja pun dah lambat. Cuti ajalah...” Fikri
masih lagi memujuk Fira untuk tidak ke tempat kerja.
“Mana
boleh, takkan nak E.L (Emergency Leave)
kot...” balas Fira.
“Apa
salahnya, cuti awak tu kan saya yang luluskan. Saya bos awak kan? Awak kenalah
dengar cakap saya...”balas Fikri pula. Sudah mula mahu menggunakan kuasanya
sebagai bos pula.
“Emmm...”
Fira masih lagi berkira-kira untuk cuti atau tidak.
“Awak
sayang kerja awak ke awak sayang suami awak? Suami awak penting ke kerja
awak lagi penting?” duga Fikri. Kali ini dia menggunakan kuasanya sebagai suami
pula.
“Errr....”
Fira tidak tahu ingin jawab apa. Pening kepalanya melayan kerenah Fikri.
“Kalau
awak tak sayang saya tak apalah, pergilah kerja tu. Kalau awak nak buat saya
kecil hati, awak pergilah...” ugut Fikri sambil memusingkan semula tubuhnya
membelakangi Fira.
Fira
rasa serba salah. Masa pula sudah berlalu begitu sahaja.
Setelah
puas berfikir. Akhirnya Fira mengambil keputusan untuk menuruti sahaja kemahuan
Fikri. Kemahuan suami yang disayangi. Lantas Fira mengambil telefonnya di atas
meja di sisi katil. Fira terus mendail nombor Sheqa.
“Hello,
Assalamualaikum Sheqa...” ucap Fira memulakan bicara.
“Waalaikummussalam...
Kau kat mana ni weyh? Apasal tak masuk-masuk office lagi?” tanya Sheqa bertubi-tubi.
“Ish
kau ni, sabarlah. Aku baru nak bagitahu... ” balas Fira pula
“Hah
nak bagitahu apa tu?” tanya Sheqa tidak sabar.
“Sebenarnya
aku.......” Fira cuba memberitahu kepada Sheqa.
Fikri
yang mendengar Fira bercakap di dalam telefon terus bangun dari pembaringan sambil
tersenyum nakal. Nampaknya , taktik dia Berjaya. Lantas dia memeluk pinggang
Fira dari belakang dan mencium lembut bahu Fira.
“Sebenarnya
apa kau ni?” geram pula Sheqa bila Fira seperti mahu berteka-teki dengannya.
“Janganlah.....”
Fira memarahi Fikri yang mengganggunya.
“Janganlah
apa ni? Kau ni kenapa sebenarnya?” tanya Sheqa lagi.
“Err,
tak apa-apa. Sebenarnya aku nak bagi tahu yang aku E.L hari ni...” beritahu Fira akhirnya.
“Emm,
patutlah tak sampai-sampai lagi dah 8 lebih. Hahaha apasal? Suami kesayangan
kau ikat kau kat rumah ea? Hehee” duga Sheqa sambil ketawa kecil.
“Ish!
Macam-macamlah kau ni. Dahlah tu aja yang aku nak bagitahu...” balas Fira
kembali. Malas mahu melayan Sheqa. Makin menjadi-jadi pula nanti kalau dilayan
berlebihan.
“Yelah...
Hahaha Selamat melepaskan kerinduan masing-masing ya. Hehehe “ sempat Sheqa
menyakat Fira sebelum mematikan talian.
“Hah,
kan senang macam tu....” Fikri tiba-tiba sahaja bersuara.
Fira
hanya senyap. Fikri sudah mula ingin menjelajah leher jinjang milik fira.
Tiba-tiba dia menegur kesan-kesan yang terdapat pada leher Fira itu.
“Kenapa
leher awak ni? Kena gigit nyamuk ke?” tanya Fikri sambil membilik-bilik kesan
merah yang terdapat di leher Fira.
“Haah,
nyamuk. Nyamuk jantan yang besar sangat...” perli Fira.
“Nyamuk
jantan besar?” Fikri berfikir sejenak. Setelah dia mendapat tahu apa yang
dimaksudkan Fira itu. Dia berhajat ingin mengenakan Fira.
“Owh,
nyamuk jantan besar ya. Meh sini drakula
pula nak gigit hari ni. Hehehe” ucap Fikri sambil mencium leher Fira.
“Awak!!
Janganlah. Nanti tinggal kesan, malulah orang nampak....” halang Fira.
“Okey,
kalau kat sini nanti orang perasan. Meh
saya buat kesan kat tempat lain...” ucap Fikri sambil menarik Fira..
“Err,
awak nak buat apa ni?” tanya Fira tergagap-gagap.
“Buat
apa lagi, buat babylah....” balas
Fikri sambil tersenyum nakal.
“Hah....??”
“Errr,
takkan siang-siang macam ni kot?” ucap Fira malu-malu.
“Kenapa?
Tak boleh ke buat baby siang-siang
macam ni?” tanya Fikri pula.
“Err,
tak adalah...... ” Belum sempat Fira menyambung, Fikri sudah menghalang
terlebih dahulu.
“Shhh!!
Tak baik tolak permintaan suami....” ucap Fikri sambil meletakkan jari
telunjuknya di bibir Fira. Kemudian dia mencium bibir mulus milik isterinya
itu. Fira terkaku seketika. Fira memang kalah dan akan terdiam setiap kali
Fikri menciumnya. Pasti dia akan hilang kata-kata jika Fikri buat begitu
padanya. Fikri sudah mula ingin memainkan peranannya.
Tiba-tiba.................
BAB 34
Ting
tong... Ting tong...
“Assalamualaikum...
Fik ooh Fik... You ada kat rumah tak?”
Terdengar
bunyi loceng dan orang memberi salam bertalu-talu.
Fira
yang terdengar bunyi orang memberi salam dan loceng terus menolak Fikri.
Dia segera bangkit dari katil. Tidak sempat Fikri hendak bertindak lebih ke
atasnya. Tanpa sengaja, rupanya Fikri telah terjatuh dari katil.
“Aduh!
Ish, awak ni kenapa?” tanya Fikri sambil mengaduh kesakitan.
“Err,
awak.. Sorry tak sengaja....” balas
Fira sambil membetulkan bajunya yang sudah renyuk itu.
“Saya
dengar ada orang beri salam tadi,” tambah Fira lagi. Dia membantu Fikri bangun
dan duduk di katil. Kemudian dia segera ke tepi tingkap untuk mengintai siapa
yang datang.
“Siapa
yang datang tu? kacau daun betullah...” rungut Fikri.
“Emm,
buah hati awaklah...” balas Fira sinis.
“Buah
hati saya?” tanya Fikri kembali sambil melangkah ke tingkap.
“Ely....
Apa dia buat kat sini?” tanya Fikri lagi.
“Mana
saya tahu....” balas Fira bersahaja.
“Emm,
saya turun kejap. Awak tunggu sini, jangan ke mana-mana...” beritahu Fikri.
...................................................
“Hai,
Ely.. You buat apa kat sini? You tak kerja ke? Mana you tahu alamat rumah I ni?” tanya Fikri sesudah pintu rumah dibuka.
“I ambil dari sistem. I cuti hari ni. Mestilah I datang sini nak jumpa you....” balas Ely sambil tersenyum
menggoda.
“You tak nak jemput I masuk ke?” tambah Ely lagi.
“Eh,
tak apalah. Kita borak dekat luar aja. Lagipun tak manis kalau you masuk rumah I, sebab tak ada siapa-siapa...” balas Fikri cuba mengelak.
“Kalau
macam tu kita keluar nak? Jom teman I
pergi Genting...” ajak Ely.
“Err,
tak apalah. I nak rehat dekat rumah
aja...” Fikri masih cuba untuk mengelak. Tetapi lain pula dengan Ely, ada saja
helahnya untuk terus berkepit dengan Fikri.
“Alah
you ni. Jomlah teman I. Please... kalau you tak mahu temankan i, i duduk sini sampai petang...” ugut Ely.
“Hah?
Errr, okeylah-okeylah. You tunggu
kejap, i pergi mandi dan bersiap...”
balas Fikri yang akhirnya akur dengan kehendak Ely.
............................................................................................
“Buah
hati awak tu nak apa datang sini?” tanya Fira, saat Fikri masuk ke bilik.
“Ajak
dating...” selamba sahaja Fikri
menjawab. Sikit pun tidak rasa bersalah dengan jawapan yang diberikan itu.
“Emmm....”
hanya itu yang mampu Fira balas.
Fikri
segera mendapatkan Fira. Dia memegang kedua-dua belah pipi Fira.
“Saya
keluar kejap, nanti kita sambung lagi ya sayang....” ucap Fikri sambil tersenyum
nakal. Kemudian dia mengucup dahi Fira.
Kemudian
dia melangkah ke bilik air untuk mandi. Saat Fikri keluar dari blik mandi, Fira
masih lagi termangu di tepi katil.
“Awak
jangan ke mana-mana okey. Tunggu sampai saya balik...” pesan Fikri kepada Fira.
Selesai
bersiap, dia terus keluar meninggalkan Fira sendirian. Fira tidak tahu mahu
berkata apa. Menyesal pula rasanya cuti pada hari tersebut. kalau dia tahu
begitu jadinya, baik dia ke tempat kerja walau lambat bagaimanapun.
.....................................
Fira
merasa bosan tinggal sendirian di rumah. Ingin menelefon atau mesej Fikri
supaya pulang segera, dia risau jika Fikri akan marah. Jadi dia mengambil
keputusan untuk mengemas rumah.
Selesai
mengemas rumah dan masak makan tengahari, Fira tidak tahu lagi untuk buat apa.
Akhirnya Fira memberanikan juga dirinya
untuk menelefon Fikri.
.........................
“Fik,
kita makan kat kafe sini sajalah, ok?” cadang Ely.
“Erm,
ok. I follow ja...” beritahu Fikri
sambil tersenyum mesra.
Dia
terlupa sebentar akan isterinya yang ditinggalkan bersendirian di rumah.
Tiba-tiba telefon bimbit Fikri berbunyi. Tertera perkataan “MY SOULMATE” .
“Siapa
yang call you tu?” tanya Ely ingin tahu.
“Err,
kawan i. Sekejap ea...” Fikri meminta diri sebentar
untuk menjawab panggilan itu.
“Hello,
hah awak! Kenapa?” tanya Fikri sedikit kasar.
“Assalamualaikum....”
ucap Fira lembut.
“Ermm,
waalaikummussalam...” balas Fikri
“Hah!
Kenapa awak telefon ni?” tanya Fikri lagi.
“Err,
saya nak tanya awak kat mana ni? Awak balik makan tak tengahari ni? Saya dah
masak...” beritahu Fira.
‘Ya
Allah... Macam mana aku boleh lupa yang aku tinggalkan dia kat rumah
sorang-sorang ni?’ Fikri bermonolog sendiri
“Awak?”
panggil Fira bila Fikri senyap sahaja tidak menjawab pertanyaannya.
“Emm,
awak makanlah dulu. Saya ada kat Genting ni. Kenapa tak mesej saja?” tanya
Fikri.
“Err...
Saya takut awak tak balas mesej saya, sebab tu saya call awak...” beritahu Fira.
“Apa-apa
ajalah. Awak makan ajalah dulu, nanti
kejap lagi saya baliklah. Ely dah tunggu saya tu. Nanti lama-lama sangat dia
curiga pula. Lagi satu, jangan pergi ke mana-mana. Tunggu aja saya kat
rumah...” pesan Fikri kepada Fira. Kemudian dia menamatkan panggilan dan
kembali semula ke tempat dia duduk bersama Ely sebentar tadi.
“Kenapa
kawan you call?” tanya Ely saat Fikri
kembali semula ke tempat duduknya.
“Saja
je, nak ajak I lepak-lepak malam
ni...” bohong Fikri.
“Owh!
Kalau I joint boleh?” tanya Ely mesra.
“You nak joint? Err, I tak confirm lagi nak keluar ke tak...”
beritahu Fikri cuba mengelak.
‘‘Lagipun,
I penatlah. Ni pun dah hampir
seharian keluar, ingat nak berehat saja malam ni...” tambah Fikri lagi.
“Kalau
macam tu, I teman you kat rumah ok! Kita balik kejap
lagi...” balas Ely sambil memaut mesra lengan Fikri.
Fikri
dapat merasakan yang Ely semakin lama, semakin galak menggodanya. Ely semakin
berani bertindak lebih dari jangkaannya. Nasib baik dia bukan jenis lelaki
buaya darat dan mudah terlentok pada godaan wanita sebegitu. Baginya cinta dan
sayangnya hanya untuk Fira seorang . Isterinya satu-satunya. Walaupun dia tidak
pernah mengakuinya di hadapan Fira. Tetapi hakikatnya dia sudah mula jatuh
cinta dengan wanita itu. Kesabaran dan keletah Fira mencuri hatinya untuk terus
mengasihi wanita itu.
“Hah?
Tak apalah, kita lepak dekat sini aja. I
teman you ok...” balas Fikri pula.
“Ala
you ni, apa salahnya. Lagipun bukan
ada siapa-siapa kat rumah you tu kan?”
pujuk Ely lagi.
“Sebab
tak ada siapa-siapalah yang tak boleh tu, tak eloklah macam tu. Kesian parents I. Mereka pergi buat ibadat, anak dia pula duduk berduaan dengan
perempuan yang tak ada kena mengena...” sengaja Fikri memerli Ely.
“Erm,
yelah-yelah. Kalau macam tu kita balik lewat sikit ya?” balas Ely cuba menutup
malu ditegur begitu.
....................................................................
Fira
merasa sebak ditinggalkan sendirian begitu. Dia menangis sepuasnya seorang
diri. Dia menjerit sekuat hatinya di dalam rumah besar itu. Dia merasakan yang
dirinya tak ubah seperti perempuan simpanan Fikri, bila diperlukan dia dicari
bila tidak diperlukan ditinggalkan sendirian. Nasib baik rumah mereka jauh
dengan rumah jiran-jiran yang lain. Fira merasa sedikit lega selepas menangis
hampir sejam, sehingga matanya menjadi sembab.
Fira
baru teringat yang dia belum menunaikan kewajipan kepada ILAHI. Lantas dia
segera menuju ke bilik. Fira mengadu nasibnya kepada Allah yang Maha Esa. Dia
berdoa agar diberi kekuatan dan kesabaran dalam melayani karenah suaminya. Dia
memohon agar dia sentiasa tabah dalam menjalani kehidupan berumahtangga
bersama Fikri.
Setelah
bermunajat kepada Yang Maha Esa. Barulah Fira merasa tenang. Untuk mengisi harinya
dari terbuang begitu sahaja, Fira bercadang untuk membuat cupcake dan fruit cheese
tart. Dua benda ini adalah kegemaran di masa lapangnya semasa bujang
dahulu.
Setelah
selesai, Fira menelefon Sheqa.
“Hello,
assalamualaikum...” ucap Fira sebaik sahaja Sheqa menjawab panggilannya.
“Waalaikummussalam.
Hah, kenapa ni?” balas Sheqa.
“Tak
ada apa-apa. Saje je call kau, tak
boleh ke? Weyh, nanti lepas kerja singgah rumah aku kejap ya...” beritahu Fira.
“Rumah
kau?” tanya Sheqa lugu.
“Rumah
En. Fikri lah, rumah Datuk Faizal...” balas Fira pula.
“Owh!
Hehee Ada hal apa pula ni? En. Fikri tak marah ke karang?” tanya Sheqa lagi.
“Aku
nak bagi kau cupcake dengan cheese tart sikit. En. Fikri tak adalah,
dia keluar. Kalau ada dia, takkan aku nak suruh kau datang pula...’ beritahu
Fira.
‘’Dia
tak ada kat rumah?” tanya Sheqa lagi sedikit pelik. Bukankah sewaktu Fira
menelefonnya pagi tadi, Fikri ada bersama Fira.
“Dahlah,
nanti aku cerita. Jangan lupa singgah ye balik nanti..” pesan Fira lagi
mengingatkan temannya itu.
“Hah
yela...” balas Sheqa tanda mengerti.
.................................................................................
Petang itu,selepas pulang dari kerja, Sheqa singgah ke rumah Datuk Faizal untuk bertemu Fira.
Petang itu,selepas pulang dari kerja, Sheqa singgah ke rumah Datuk Faizal untuk bertemu Fira.
“Assalamualaikum....”
ucap Sheqa.
“Waalaikummussalam.
Masuklah...” jawab Fira yang sudah sedia menanti Sheqa di depan pintu masuk.
“Kau
duduklah dulu, aku ke dapur kejap...” Fira mempersilakan Sheqa duduk. Kemudian
dia berlalu ke dapur.
Beberapa
minit kemudian, Fira datang kembali sambil membawakan minuman dan juadah yang
dibuatnya tadi. Dia juga turut membungkuskan bekalan buat Sheqa.
“Jemputlah
minum dan rasa juadah buatan aku ni...” ucap Fira.
“Terima
kasih...” Sheqa mengambil minuman yang dihulurkan Fira. Dia turut merasa cupcake yang dibuat Fira.
“Rajin
kau buat benda ni semua...” tambah Sheqa lagi.
“Aku
bosan tak tahu nak buat apa, tu yang aku buat benda ni...” balas Fira.
“Eh!
Suami kesayangan kau tu mana?” tanya Sheqa tiba-tiba.
“Keluar...”
pendek sahaja jawapan Fira.
“Keluar?
Dah tu kenapa kau tak ikut dia sekali?” tanya Sheqa lagi.
“Dia
keluar dengan Ely...” jawab Fira malas.
“Ely?
Cik Ely ke maksud kau?” tanya Sheqa meminta kepastian.
“Haah!
Tadi pagi Ely datang sini cari dia. Lepas tu dorang keluar, sampai sekarang tak
balik-balik lagi...” beritahu Fira.
“Geram
betul aku, boleh pula Ely tu datang sini ajak Fik keluar. Yang Fik pun satu,
ikut aja kehendak dia...” tambah Fira lagi yang jelas bengang dengan keduanya
itu.
“Patutlah
dia tak kerja. Pagi tadi dia datang kejap, tahu je En. Fikri cuti terus dia
kata dia mc. Ke sini rupanya dia..”
beritahu Sheqa pula.
“Mana
pula dia dapat alamat rumah ni? Fikri pernah bawa dia datang sini ke dulu-dulu
sebelum kita orang kahwin?” tanya Fira
ingin tahu.
“Manalah
aku tahu. Tapi tadi aku rasa dia ada minta Suhaizan carikan alamat En. Fikri
dalam sistem. Mungkin dari situ kot dia dapatkan...” jelas Sheqa.
“Entahlah,
aku tak daham betul dengan sikap Fik tu. Kejap okey, kejap kang layan aku nak
tak nak ja. Susah aku nak faham perasaan sebenar dia dekat aku tu...” luah
Fira.
“Sabarlah
Fira, dugaan berumahtangga. Aku nak cakap lebih-lebih pun tak boleh. Aku ni
cuma orang luar aja. Apa yang boleh aku nasihatkan, aku nasihatlah. Aku yakin
satu hari nanti, kau akan peroleh kebahagiaan kau..” nasihat Sheqa sambil
tersenyum mesra kepada temannya itu.
“Okeylah
Fira, aku nak gerak balik dululah. Nak pergi ambil Aliya kat nursery lagi ni...” beritahu Sheqa
kepada Fira.
“Hah,
yela. Terima kasih sebab sudi datang dan dengar luahan hati aku ni...”
“Apa
ada hal. Aku kan kawan kau...” balas Sheqa pula sambil tersenyum mesra.
“Nah!
Untuk kau...” Fira memberikan Sheqa sedikit bekalan cupcake dan cheese tart
yang dibuatnya tadi.
“Ingat
juga kau kat aku ya. Hehehe” balas Sheqa lagi sambil tersengih.
“Mestilah.
Kan kau nak cuti esok, sebab tu lah aku suruh kau datang ambil petang ni. Kalau
tak, melepaslah kau. Hehehe” gurau Fira.
“Yelah.
Terima kasih ye...” balas Sheqa. Fira hanya mengangguk sahaja.
Sebelum
Sheqa pulang, mereka bersalaman dan berpelukan seketika. Sempat lagi Sheqa
menitipkan kata semangat buat temannya itu.
“Aku
balik dulu tau! Kau jangan sedih-sedih sangat. Banyak bersabar. Jaga diri
baik-baik...” pesan Sheqa sambil mengusap lembut bahu temannya itu.
“InsyaAllah...”
Fira
mengiringi Sheqa pulang hingga ke muka pintu.
......................................................................................................................................................Sehingga
jam 8 malam, Fikri masih lagi belum pulang. Fira menunggu Fikri di ruang tamu
sehingga akhirnya dia terlelap.
Jam
10.00 malam, barulah Fikri pulang. Ketika pulang, Fikri lihat suasana rumah
suram. Dia mencari-cari kelibat Fira. Ketika dia ingin melangkah menaiki tangga
menuju ke tingkat atas, dia terdengar bunyi suara di ruang tamu. Lantas dia
bergegas ke situ. Dilihat Fira sedang tidur, manakala televisyen masih lagi
terpasang. Dia segera mematikan televisyen dan mendapatkan Fira. Dia tenung
wajah mulus isterinya itu.
Mata
Fira yang sembab membuatkan Fikri rasa bersalah.
‘Pasti
dia menangis.’ Desis hati kecil Fikri.
Dia
mengusap lembut pipi isterinya itu. Tiba-tiba Fira tersadar dari tidurnya.
“Awak
dah balik?” tanya Fira. Dia terus duduk sambil menggosok matanya saat melihat
Fikri.
“Baru
aje balik. Kenapa awak tidur dekat sini?” tanya Fikri lembut sambil melabuhkan
punggung di sebelah Fira.
“Saya
ingat awak dah tak jumpa jalan pulang bila dah bersama Ely...” ucap Fira sinis.
Sedikit pun tidak menjawab pertanyaan Fikri itu.
Tidak
tahu mengapa, tiba-tiba sahaja Fira merasa sebak. Segera dia memalingkan mukanya
dari menghadap Fikri.
“Erm,
sudahlah! Saya nak naik atas...”
Sebenarnya
Fikri sedikit terasa dengan kata-kata Fira itu. Dia segera bangun dan
ingin berlalu meninggalkan Fira disitu.
Tiba-tiba tangannya ditarik Fira. Lantas, dia menoleh ke arah Fira.
“Kenapa?”
tanya Fikri.
Fira
melepaskan pegangannya pada tangan Fikri.
“Kenapa
awak buat saya macam ni? Kenapa awak selalu sahaja menduga saya dengan sikap
dan layanan awak? Saya ni tak ada tempat langsung ke dalam hati awak? Bila awak
perlukan saya , awak cari. Bila tak nak, awak biarkan aja macam tu...” luah
Fira. Air matanya sudah mula mengalir.
Fikri
terpempam seketika. Bukan dia tidak mahu memujuk isterinya itu, tapi dia
sendiri tidak tahu bagaimana ingin memujuknya. Dia sedar akan kesalahannya itu.
Kemudian
tanpa sepatah kata, dia meninggalkan Fira sendirian disitu.
Tanpa
dipaksa, air mata Fira berjujuran sekali lagi diperlakukan begitu oleh Fikri.
...................................................................................................................................................
Ketika
Fira melangkah masuk ke bilik, Fikri berada di dalam bilik air. Fira merasa
penat dan lemah seluruh sendinya. Dia merebahkan dirinya di atas katil. Dia
baring membelakangi tempat pembaringan Fikri. Bantal peluk diletakkan di
tengah-tengah sebagai penghalang.
Fira
masih lagi menangis dalam senyap. Fikri juga sudah bersiap-siap untuk tidur.
Dia duduk di katil. Dia memanggil Fira lembut. Dia ingin cuba memujuk Fira
walaupun dia tidak tahu bagaimana caranya. Dia ingin membuktikan pada Fira,
yang dia bukanlah seperti yang Fira sangkakan. Hanya mencari Fira bila
diperlukan sahaja.
“Fira.....”
panggil Fikri lembut.
Fira
tidak menjawab. Dia mengesat air mata yang jatuh ke pipinya. Kemudian dia
berpaling menghadap Fikri. Terlihatkan wajah Fikri, membuatkan dia mengalirkan
air mata sekali lagi.
Fikri
rasa bersalah melihat Fira begitu. Lantas dia mengalihkan bantal yang
diletakkan di tengah-tengah itu. Kemudian dia baring di sebelah Fira.
“Shh,
jangan menangis lagi...” pujuk Fikri sambil mengesat air mata Fira yang
berjujuran di pipi. Fira masih lagi begitu. Fikri menarik Fira kedalam
pelukannya. Dia mencium ubun-ubun Fira untuk menenangkan wanita itu.
“Sudah
ya sayang, jangan menangis lagi. Saya ada kat sini dengan awak...’’ucap Fikri
lembut memujuk Fira.
Perlahan-lahan
Fira membalas pelukan Fikri. Pelukan yang sangat kejap, seakan dia tidak mahu
melepaskan lelaki itu pergi dari dalam hidupnya. Tiada kata yang lahir dari
bibirnya saat itu. Hanya air mata yang mengalir. Walaupun sakit hatinya
mengenangkan sikap Fikri terhadapnya, tetapi berada dalam pelukan lelaki itu
membuatkan dirinya merasa tenang. Malam itu Fira tidur dalam dakapan Fikri
ditemani air mata.
BAB 35
Fira
tersedar dari tidur apabila merasakan tekaknya mual dan perutnya sakit. Dia
segera menuju ke bilik air.
Fikri
yang sedang lena tidur terjaga saat terdengat bunyi orang muntah di bilik air.
Dikerling jam di sisi, menunjukkan 5.30 pagi. Segera dia bangkit dari
pembaringannya.
“Awak
kenapa?” tanya Fikri saat terlihat Fira keluar dari bilik air.
“Tak
tahulah, perut saya sakit, tekak pula rasa mual...” beritahu Fira.
“Takkan
pregnant kot?” duga Fikri. Setahunya
perempuan mengandung aja yang muntah-muntah di awal pagi.
“Pregnant? Takkanlah, baru beberapa hari
kan...” balas Fira sambil baring semula di katil.
“Ya
tak ya juga...” balas Fikri pula.
“Entah-entah
perut awak masuk angin agaknya. Awak makan tak semalam?” tanya Fikri ingin
tahu.
Fira
hanya menggelengkan kepala sahaja.
“Kenapa
tak makan? Tengok apa dah jadi...” bebel Fikri.
Dia
bangun untuk mengambil minyak angin.
“Mari
sini saya sapukan minyak angin, biar kurang sikit sakit tu...” baru Fikri ingin
menyapukan minyak angin pada perut Fira, Fira sudah bangun semula menuju ke
bilik air.
Lagi
sekali dia muntah-muntah. Fikri mendapatkan Fira di bilik air.
“Awak
okey tak ni?” tanya Fikri cemas. Kemudian dia membantu Fira untuk ke katil. Fira
merasakan kepalanya sangat pening saat itu.
“Badan
awak panas ni. Awak demam rasanya ni...” ucap Fikri. Dia meletakkan belakang
tangannya di dahi Fira.
Fira
sudah tidak bermaya lagi. Sudah terlalu banyak dia muntah. Mukanya
kelihatan pucat. Fikri kelihatan cemas.
“Saya
nak baring kejap. Awak pergilah bersiap. Dah pukul berapa dah ni...” ucap Fira
lemah.
Fikri
mengambil sebesen kecil air dan tuala kecil. Dia menjelumkan kepala Fira dengan
tuala kecil yang sudah dibasahkan.
Dia
membiarkan Fira dalam keadaan begitu, sementara dia mandi dan menunaikan solat
subuh.
Bila
tuala itu sudah kering, dia membasahkannya sekali lagi dan diletakkan semula di
atas dahi Fira. Selepas itu dia meninggalkan Fira untuk menyiapkan sarapan buat
Fira. Fikri membuatkan roti bakar buat Fira. Sungguh dia kaget waktu itu,
sehingga tidak tahu untuk berbuat apa. Selama ini, waktu dia demam ibu yang
merawatnya. Tetapi kali ini, dia pula yang harus merawat Fira demam.
Fikri
meletakkan dulang yang berisi air susu dan roti bakar di atas meja sisi di
sebelah katil. Dilihat Fira sedang tidur. Kemudian dia bersiap-siap pula untuk
ke pejabat.
“Fira,
saya nak pergi kerja dah ni. Nanti jangan lupa makan sarapan dan ubat. Kalau
ada apa-apa telefon saya okey...” beritahu Fikri. Dia mencium ubun-ubun Fira
sebelum meninggalkan Fira. Fira hanya mengangguk lemah.
..........................................................................................................................
Di
pejabat, Fikri merasa resah tidak menentu. Dia rasa bersalah pula membiarkan
Fira yang tidak sihat itu bersendirian di rumah. Dia cuba menghubungi Fira.
Tetapi tidak berjawab.
Tidak
sampai sejam berada di pejabat, Fikri mengambil keputusan untuk pulang.
“Hello,
kak Yati. Nanti tolong ambil pesanan ya kalau ada apa-apa hal. Fira mc tak sihat. Fik nak balik, ada hal...”
beritahu Fikri kepada setiausaha papanya itu melalui intercom.
“Baik
En. Fikri...” balas Haryati, setiausaha Datuk Faizal.
Tok..tok..tok...
“Masuk...”
ucap Fikri yang sedang mengemaskan barang-barangnya untuk pulang.
“You, kenapa ni? Tergesa-gesa aja I tengok...” tanya Ely.
“I nak balik, ada hal. Ada apa-apa nanti
kita cerita kemudian ya...” beritahu Fikri.
“I teman you boleh?” tanya Ely lagi.
“No, thanks. I tak apa, bos. You
pekerja. So, you kena stay...” ucap Fikri sinis dan terus
melangkah keluar dari biliknya meninggalkan Ely.
Sebelum
keluar, Fikri singgah sebentar ke bilik Syafiq.
“Hah,
bos apasal macam kalut aje ni aku tengok?” tanya Syafiq bila dilihat Fikri
kalut semacam.
“Aku
nak balik ni. Fira tak sihat, risau aku dia tinggal rumah sorang-sorang. Aku
nak minta tolong sikit....” beritahu Fikri.
“Tolong
apa?” tanya Syafiq lagi.
“Tolong
tengokkan office, sementara aku tak
ada ni. Esok aku tak tahu kerja ke tak. Tengok pada keadaan Fira...” beritahu
Fikri lagi.
“Okey,
beres bos. Entah-entah demam nak dapat orang baru kot...” seloroh Syafiq sambil
tersenyum nakal
“Merepek
aja kau ni. Takkan baru 2-3 hari dah menjadi. Hahaha” balas Fikri sambil ketawa.
Dalam keadaan kalut pun sempat lagi dia bergurau.
“Okeylah,
aku berangkat dulu...” tambah Fikri lagi.
“Okey,
hati-hati bos, jangan kalut sangat...” pesan Syafiq kepada Fikri sebelum Fikri
melangkah keluar dari bilinya.
......................................................................................................................................................Setibanya
di rumah, Fikri terus menuju ke bilik. Dia lihat Fira tiada di atas katil. Dia
segera meletakkan beg dan coatnya. Tiba-tiba
dia terpandang sesusuk tubuh di depan pintu bilik air. Dia segera mendapatkan Fira yang sudah tidak
sedarkan diri. Dilihat muka Fira pucat sekali. Segera dia mengangkat Fira ke
katil. Fikri semakin resah. Dia tidak tahu ingin menghubungi sesiapa. Dalam
keadaan kalut begitu, yang dia ingat hanyalah bapa mertuanya. Kemudian , dia
terus menelefon bapa mertuanya yang turut mengerjakan umrah bersama
keluarganya.
“Hello,
assalamualaikum abah. Maaf Fik mengganggu..” ucap Fikri memulakan bicara.
“Waalaikummussalam.
Ya Fik, kenapa nak? Macam cemas aja bunyinya...” tanya Pak Cik Fakrul.
“Errr,
Fira... Dia demam. Fik tak tahu nak buat apa...” beritahu Fikri sedikit kalut.
“Dia
muntah-muntah pagi tadi, ni sekarang tak sedarkan diri pula....” tambah Fikri
lagi.
“Sabar
Fik, jangan kalut-kalut sangat nak. Fira kalau demam memang macam tu.
Muntah-muntah. Lepas ni, Fik buatkan bubur kosong letak lobak asin. Lepas tu,
bagi dia minum air kelapa. Lagi satu, cari pucuk daun jambu kemudian rebuskan.
Air rebusan tu, guna buat jelum kepala Fira. InsyaAllah akan kebah demam dia.
Biasanya dulu kalau Fira demam, abah akan buat begitu...” beritahu Pakcik
Fakrul.
“Kalau
tak elok juga macam mana bah?” tanya Fikri lagi. Bukan tidak mahu percaya
dengan apa yang diajarkan oleh bapa mertuanya itu, tetapi dia risau kalau deman
Fira itu bukan demam biasa.
“Kalau
tak elok juga, Fik bawalah pergi jumpa doktor. Takut nanti sakit lain pula...”
beritahu pakcik Fakrul.
“Baiklah,
Fik akan cuba dulu apa yang abah ajarkan.Terima kasih ya bah..” ucap Fikri
“Yalah, elok-elok ya nak. Jaga diri kamu berdua
baik-baik ...” pesan Pak Cik Fakrul.
“InsyaAllah
Bah. Sampaikan salam Fik pada ibu dengan papa. Assalamualaikum...” balas Fikri seraya
menamatkan perbualan.
Tanpa
berlengah, Fikri terus mendapatkan Fira.
“Fira...
Fira... ” panggil Fikri lembut sambil menggoncang perlahan tubuh Fira.
Fira
membuka mata perlahan-lahan. Lemah sekali dirasakan tubuhnya.
“Saya
tolong mandikan awak dulu ya?” ucap Fikri. Dia sudah mengangkat Fira untuk di
bawa ke bilik mandi.
“Awak
nak buat apa ni?” tanya Fira dalam keadaan mamai-mamai saat Fikri ingin membukakan
bajunya.
“Janganlah,
malulah...” ucap Fira perlahan.
“Kenapa
nak malu? Saya kan suami awak. Lagipun dah tak ada apa lagi yang nak
dirahsiakan....” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
“Biar
saya buat sendiri. Saya tak selesalah!” Fira masih lagi berdegil.
“Kenapa
awak ni degil sangat? Dah sakit pun degil lagi!” bebel Fikri, tanpa sedikit pun
mengendahkan kata-kata Fira. Dia meneruskan tugasnya itu.
Fira
diam tidak terkata. Dalam keadaan dirinya yang sangat lemah itu, dia tidak mampu
untuk melawan.
Selesai
memandikan dan menyiapkan Fira, Fikri turun ke bawah semula.
“Awak
jangan ke mana-mana. Badan awak ni lemah sangat. Asyik muntah aja. nanti kalau
rasa nak muntah, muntah dalam baldi ni saja. Saya nak ke bawah sekejap...”
pesan Fikri. Dia meletakkan baldi kecil disebelah katil, supaya kalau Fira mahu
muntah dia tidak perlu ke tandas.
Fikri
memasakkan bubur untuk Fira seperti yang diberitahu oleh Pakcik Fakrul
kepadanya. Sementara menunggu bubur masak, dia mencari pucuk daun jambu dan
kelapa muda. Nasib baik rumah mereka dipenuhi dengan pelbagai pokok. Jadi tidak
perlu dia bersusah payah keluar untuk mencari itu semua.
Selesai
masak, Fikri membawakan bubur ke bilik. Dikejutkan Fira yang sudah terlena.
“Fira,
bangun sayang....” panggil Fikri lembut.
“Makan
bubur ni, buat alas perut...” Fikri membantu Fira bangun dan menyandarkannya
pada kepala katil.
“Makan
sikit ya...” pujuk Fikri. Dia menyuapkan bubur ke mulut Fira.
Perlahan-lahan
Fira makan. Hampir setengah mangkuk Fira makan, akhirnya dia berhenti.
“Awak
habiskanlah, lagi sikit aja ni...” pujuk Fikri lagi.
Fira
hanya menggelengkan kepala tanda tidak mahu.
“Kalau
macam tu, makan ubat ya?” Fikri mengambilkan ubat dan memberikannya kepada Fira.
“Awak
tidur dulu ya, banyakkan rehat...” tambah Fikri lagi. Kemudian Fikri mengambil
air rebusan pucuk daun jambu dan sehelai tuala kecil. Dia membasahkan tuala
kecil itu dan menjelum kepala Fira.
Hampir
setengah hari Fikri menjaga Fira, kerana kepenatan akhirnya dia tertidur di
sisi Fira tanpa menukar pakaian kerjanya.
.........................................................................................................................................
Fira
terjaga dari tidurnya, dilihat jam sudah menginjak ke 2.30 petang. Demamnya juga
sudah kebah seikit. Direnung Fikri disebelahnya dengan penuh kasih sayang. Dia
mengusap lembut pipi Fikri. Fikri tersedar dari tidurnya.
“Awak
dah bangun? Awak dah okey?” tanya Fikri bertalu-talu.
Fira
hanya tersenyum. Fikri melihat jam di pergelangan tangannya.
“Masya
Allah. Dah nak pukul 3, saya tak solat Zohor lagi...” Fikri terus bangkit dan
mengambil tuala menuju ke bilik mandi.
Ketika
Fikri sedang bersiap-siap untuk solat, Fira bangun dari pembaringannya.
“Awak
nak ke mana ni?” tanya Fikri tegas.
“Emm,
saya nak pergi ambil wudhu’. Saya nak solat...” beritahu Fira.
“Sudah,
mari saya tolong. Awak tu belum betul-betul sihat lagi...” berhati-hati Fikri
membantu Fira, agar wudhu’nya juga tidak terbatal.
Mereka
solat zohor berjamaah.
Petang
itu, Fikri menemani Fira berehat di bilik.
“Minum
air kelapa ni...” sua Fikri kepada Fira.
Fira
menyambut dan meminumnya. Selepas itu tanpa diduga Fira menitiskan air mata.
“Kenapa
awak nangis ni?” tanya Fikri. Dia kaget melihat Fira yang tiba-tiba sahaja
menangis. Apakah dia telah membuatkan isterinya itu sedih.
“Terima
kasih awak. Saya selalu susahkan awak...” ucap Fira sambil mengenggam erat
tangan Fikri.
“Saya
tak tahu apa perasaan awak yang sebenar pada saya. Tapi saya hargai sangat apa
yang awak buat pada saya. Walaupun awak tak pernah kata yang awak sayang saya,
tapi awak selalu ambil berat pasal saya setiap kali saya sakit. Terima kasih
awak, selagi saya isteri awak, sayang dan cinta saya hanya untuk awak, suami
saya ...” ucap Fira ikhlas dengan tangisan yang semakin deras.
“Shhh,
sudahlah tu. Dah awak sakit, takkan saya nak layan kasar-kasar pula....” balas
Fikri sambil menarik Fira ke dalam pelukkannya. Sebenarnya, dia juga tersentuh
mendengar luahan isterinya itu.
‘Cinta
dan sayang saya pun hanya untuk awak, isteri saya satu-satunya...” desis hati
kecil Fikri. Dia tersenyum sendiri.
Fira
telah bertekad, walau apa jadi sekalipun dia akan tetap mempertahankan rumah
tangganya. Dia akan berusaha untuk memenangi hati suaminya itu. Dia akan terus
sabar melayani karenah suaminya itu, walaupun hatinya seringkali terluka.
Selagi Fikri menjadi suaminya, selagi itulah dia akan terus menyayangi dan
mencintai Fikri. Dia akan terus taat dan patuh kepada suaminya itu selagi ianya
tidak bertentangan dengan syarak.
...................................................................................................................................................
“Esok
awak pergilah kerja. Tak payah temankan saya lagi. Saya dah okey dah ni...”
beritahu Fira kepada Fikri.
“Betul
ni? Nanti kalau jadi macam siang tadi macam mana?” tanya Fikri.
“Saya
dah okey. Cuba rasa ni, dah tak panas lagi kan macam siang tadi...” beritahu
Fira lagi cuba meyakinkan Fikri.
Fikri
akui, yang demam Fira sudah kebah. Nampaknya, apa yang diajarkan bapa mertuanya
tadi menjadi. Fira sudah kelihatan segar sedikit berbanding siang tadi.
“Betul
ni? Awak pasti? Atau awak tak suka saya temankan awak sebenarnya?” sengaja Fikri
ingin menduga isterinya itu.
“Bukan
macam tu maksud saya. Saya cuma tak nak susahkan awak je...” ucap Fira sayu.
“Lagipun
saya dah okey. Esok pun Mak Jah dengan Siti dah balik. Awak tak perlu risau
okey...” tambah Fira lagi sambil tersenyum mesra.
“Okeylah
kalau awak dah kata macam tu...” balas Fikri. Nak tak nak dia terpaksa akur
juga.
Tiba-tiba
handset Fikri berbunyi. Fikri hanya
membiarkan sahaja handsetnya berbunyi
tanpa diangkat.
“Kenapa
awak tak jawab panggilan tu?” tanya Fira sedikit curiga.
“Saje.
Takpelah, bukan penting pun. Biar ajelah...” balas Fikri.
“Siapa
yang telefon? Kenapa awak tak nak jawab?” tanya Fira lagi.
“Tak
ada siapa-siapa, tak penting pun...” jawab Fikri malas.
Kemudian
terdengar bunyi loceng rumah dan suara orang memberi salam.
“Awak,
ada orang datang tu...” beritahu Fira
Fikri
segera menjengah ke tingkap.
‘Ely...
Apa dia nak ni datang malam-malam...’ desis hati kecil fikri. Seraya itu, handsetnya sekali lagi berbunyi.
Fikri
membuat isyarat pada Fira agar senyap, kemudian dia menjawab panggilan
tersebut. Fira hanya diam tanda faham.
“Hello,
ye Ely...” ucap Fikri saat menjawab panggilan.
Fira
hanya mendengar sahaja perbualan itu.
“Sorry, I tak ada kat rumah...”
“Owh... I keluar dengan member I, dia ambil tadi....”
“Okeylah,
see u tomorrow...”
Fikri
menamatkan perbualannya.
“Ely
ke yang datang tu?” tanya Fira.
“Yups...”
jawab Fikri pendek.
“Dia
nak apa?” tanya Fira seperti tidak berpuas hati.
“Ajak
dating...” ringkas sahaja jawapan
Fikri.
“Emm...”
balas Fira.
“Kenapa?”
tanya Fikri pula.
“Kenapa
awak tak keluar saja dengan Ely.. Kenapa bohong dia?” tanya Fira lagi.
“Bohong?
Biarlah, saya penatlah. Hari ni dah jaga awak seharian, nak keluar lagi. Nanti
entah pukul berapa balik...” jelas Fikri.
Fira
diam tidak terkata. Walaupun kedengaran sinis alasan yang diberikan oleh Fikri
itu, tetapi Fira tahu Fikri ikhlas menjaganya hari itu. Kalau tidak masakan dia
bersusah payah, buat itu semua untuk Fira.
Tanpa
sedar Fira tersenyum mengingatkan betapa prihatinnya Fikri kepadanya.
“Awak
tidurlah, saya pun nak tidur dah ni...”
Fikri
lantas mematikan lampu dan menuju semula ke katil untuk tidur.
“Awak....”
panggil Fira lembut.
“Emm,
kenapa? Awak ada nak apa-apa ke?” tanya Fikri.
“Terima
kasih sebab jaga saya....” ucap Fira ikhlas.
Fikri
tidak membalas apa-apa. Fira merapatkan tubuhnya pada Fikri, perlahan-lahan dia
memeluk Fikri, seakan tidak mahu melepaskannya. Fikri hanya membiarkan sahaja
tindakan Fira itu.
....................................................................................................................................................
Ketika
Fikri terjaga dari tidur, Fira masih lagi memeluk erat tubuhnya. Perlahan-lahan
Fikri mengalihkan tangan Fira. Dia meraba dahi Fira dengan belakang tangannya,
panas Fira sudah berkurang. Tiba-tiba Fira terjaga dari tidurnya.
“Emm,
kenapa awak? Dah pukul berapa ni? “ tanya Fira.
“Dah
pukul 6, awak macam mana hari ni?” tanya Fikri pula.
“Dah
rasa ok sikit. Cuma masih rasa pening-pening sikit...” jawab Fira.
“Tak
apalah, awak rehat dulu hari ni. Esok kalau dah ok, baru pergi kerja...” balas
Fikri.
“Saya
nak bangun dulu, nak mandi dan solat...” Fikri bangun dan terus menuju ke bilik
air. Fira masih lagi di katil
..............................................................
“Awak
nak solat sekali...?” tanya Fikri saat dia sedang bersiap-siap untuk solat
subuh.
Fira
hanya mengangguk. Dia bangun dari katil. Tetapi dia hampir terjatuh kerana
kepalanya masih pening.
“Awak
ok tak ni?” tanya Fikri
“Ok...”
jawab Fira.
Fikri
tahu Fira tidak ok, lantas dia segera membantu fira.
Selesai
solat subuh berjamaah, Fira berehat semula di katil. Manakala Fikri turun ke
dapur untuk menyiapkan sarapan buat Fira.
Selesai
membuat sarapan, Fikri membawakan sarapan Fira ke bilik.
“Ni
saya dah siapkan sarapan untuk awak. Awak dah tak muntah-muntah lagi kan?
Rasanya boleh kot makan apa yang saya masak ni....” beritahu Fikri.
Fira
hanya mengangguk dan tersenyum.
“Hari
ini Mak Jah dengan Siti balik, kalau awak rasa belum ok lagi. Tak payah buat
apa-apa.Beritahu dia orang aja nanti, kalau awak nak apa-apa ok...”pesan Fikri.
Kemudian
dia, meninggalkan Fira untuk bersiap-siap ke pejabat.
“Saya
pergi kerja dulu. Kalau apa-apa hal , telefon saya...” pesan Fikri lagi sebelum
dia berangkat ke tempat kerja.
Fira
hanya mengangguk. Dia menghulurkan tangan kepada Fikri untuk bersalaman.
“Terima
kasih awak...” ucap Fira sambil tersenyum mesra dan mencium tangan Fikri
Fikri
turut membalas senyuman Fira dan menghadiahkan ciuman di ubun-ubun isterinya
itu.
BAB 36
Keesokan
harinya Fira kembali bekerja seperti biasa, setelah dirinya sudah dirasakan betul-betul
sihat.
“Kau
dah sihat ke?” tanya Sheqa kepada Fira ketika mereka makan tengahari di pantry
berdua.
Pagi
tadi Sheqa tidak sempat untuk bertanyakan keadaan temannya itu. Fira begitu
sibuk sekali menyelesaikan kerja-kerjanya yang tertangguh akibat bercuti selama
3 hari.
“Alhamdulilah...”jawab
Fira sambil tersenyum.
“En.Fikri
jaga kau ya?” tanya Sheqa lagi sambil tersenyum.
“Ya
sayang, dah tu siapa lagi...” jawab Fira.
“Emm,
aku tak fahamlah dengan dia tu. Kejap okey kejap tak okey. Tapi tiap kali aku
sakit, dia yang jaga aku. Dia ambil berat sangat. Tapi lepas tu buat tak
tahu...” tambah Fira lagi sebelum sempat Sheqa bertanya.
“Itu
maknanya dia sayang kat kaulah tu...” balas Sheqa pula.
“Sayang?
Entahlah...” balas Fira.
“Emm,
aku rasa nak bagi somethinglah pada dia tanda aku hargai apa yang dia buat
untuk aku...” tambah Fira lagi sambil tersenyum.
“Agak-agak
kau, benda apa yang sesuai ya untuk
lelaki ni? Maklumlah aku kan tak pernah belikan hadiah untuk orang lelaki...”
jelas Fira.
“Kau
bagilah perfume ke, baju ke...” cadang Fira.
“Tak
pun, kalau susah-susah sangat. Bagi aje diri kau tu. Hahaha " seloroh
Sheqa.
“Hah?
Bagi diri aku? Maksud kau?” tanya Fira tidak mengerti.
“Malam
ni kan malam jumaat, tak reti-reti ke?” sakat Sheqa.
“Kau
ni tak sudah-sudah malam jumaat. Kenapa pula dengan malam jumaatnya?”
“Kau
ni lampi betullah. Nak kata belum
kahwin dah kahwin. Nak kata budak-budak, umur dah nak masuk 25 tahun. Dah boleh
jadi mak orang pun. Itu pun nak kena ajar juga ke?” bebel Sheqa. Geram pula
dengan sikap temannya yang terlalu lurus itu.
“Owh,
maaflah. Aku kan budak baru belajar. Hehehee”
“Alah,
malulah. Takkan aku yang nak mulakan dulu kot. Lagipun hari ni parents kita orang balik dari umrahlah.
Takkan nak sibukkan benda tu pula...” tambah Fira lagi.
“Kalau
tak dan hari ni, kau cuba hari lainlah. Apalah kawan aku sorang ni. Yang lurus
sangat kenapa? Haish! Lagipun apa salahnya kalau kau yang mulakan dulu, takkan
nak tunggu dia aja yang mulakan. Suami sendiri kot yang kau goda tu, bukan
orang lain. Yang penting, kau tak lampu merah sudahlah time tu. Hehehe”
beritahu Sheqa lagi sambil ketawa kecil.
.....................................................................................................................................................
Malam
itu, Fikri mengambil Datuk Faizal, Datin Maria, Pakcik Fakrul dan Faiz di airport. Fira pula hanya menanti sahaja
di rumah.
“Assalamualaikum...”
Datuk Faizal serta yang lain memberi salam sesampai sahaja di muka pintu.
“Waalaikummussalam....”
jawab Fira yang sudah sedia menanti di hadapan pintu
“Alhamdulilah,
selamat juga kami pulang semula ke sini...” ucap Datuk Faizal. Kemudian mereka
masuk dan berlalu ke ruang tamu.
“Anak
abah macam mana? Dah sihat?” tanya Pakcik Fakrul saat Fira menyalaminya.
“Alhamdulilah
bah, Fira dah sihat...” jawab Fira sambil tersenyum mesra.
“Baguslah,
nasib baik menantu abah ada tolong jagakan anak abah yang manja ni...” balas
Pakcik Fakrul sambil tersenyum.
Fikri
hanya tersenyum bangga dipuji bapa mertuanya. Fira pula senyum mengejek.
Faiz
sesampai sahaja tadi terus naik ke biliknya, mahu berehat. Malas mahu
melibatkan diri dengan perbualan orang dewasa.
Entah-entah
demam nak dapat orang baru tak?” tambah Datin Maria pula sambil tersenyum.
“Hah?
Ish ibu ni, takkanlah. Awal lagi kot..” balas Fikri pula.
“Apa
yang awal lagi?” tanya Datin Maria tidak mengerti.
“Err,
tak ada apa-apa la Bu. Maksud Fik, masih awal. Lagipun kami masih nak honeymoon. Kan sayang kan?” jawab Fikri
sambil memberi isyarat pada Fira.
‘Sayang?
Tiba-tiba pula nak berlagak romantik depan family...’
desis hati kecil Fira.
Fira
hanya mengangguk dan tersenyum kelat.
“Tak
payahlah honeymoon lama-lama sangat.
Ibu kamu tu dah tak sabar nak timang cucu...” tambah Datuk Faizal pula.
“Ke
masih belum lekat-lekat lagi? Atau kamu yang tak aktif ni Fik. Hahaha” gurau
Pakcik Fakrul pula.
Wajah
Fira sudah merona merah kerana malu. Fikri pula hanya buat muka selamba.
“Ni
ibu ada bawakan buah zuriati dari sana. Fira makanlah, mana tahu kalau-kalau
lepas ni ada rezeki...” ucap Datin Maria sambil menghulurkan bungkusan yang
berisi buah tersebut kepada Fira.
“Masa
kat sana, ibu tak putus-putus doakan kebahagiaan kamu berdua dan mudah-mudahan
cepatlah kamu berdua dikurniakan zuriat. Ibu dah tak sabar nakkan cucu ni...”
tambah Datin Maria lagi.
“InsyaAllah
Bu, kalau ada rezeki adalah nanti. Ibu sabar ya? Nanti Fik dengan Fira usaha
lebih keras. Hehehe” seloroh Fikri. Fira di sebelah sudah semakin memerah
wajahnya.
‘Tak
senonoh betullah laki aku ni, suka buat aku malu. Huh!’ gumam Fira di dalam
hati.
“Yelah,
kalau boleh biarlah cepat-cepat sikit...”
‘‘Sudah-sudahlah
tu bercerita pasal cucu ibunya, tengok menantu kita ni, dah tak senang duduk
saya tengok...” tegur Datuk Faizal pula sambil tersenyum.
“Ni
Fik, Fira. Kami cadang esok malam lepas isyak, kami nak buat kenduri kesyukuran
sikit..” beritahu Datuk Faizal menukar topik.
“Fik
dengan Fira tak ada masalah. Siapa aja yang Papa nak jemput?” tanya Fikri ingin
tahu.
“Papa
ingat nak buat kecil-kecil aja. Cuma jemput orang masjid dengan saudara mara
terdekat kita aja...” beritahu Datuk Faizal.
......................................................................................................................................................
“Awak,
apa pandangan awak tentang permintaan ibu tadi?” tanya Fira saat mereka berdua
berada di bilik.
“Pandangan
apa pula?” tanya Fikri tidak mengerti.
“Emm,
pasal anak? Dah banyak kali ibu sebut pasal benda ni...” jelas Fira.
“Dah
belum ada rezeki. Tunggu ajalah, kalau cepat cepatlah. Kalau lambat, lambatlah.
Nak macam mana. Lagipun baru percubaan pertama kan...” balas Fikri pula sambil
membaringkan dirinya di katil.
“Emm.
yelah...’’ jawab Fira pendek.
“Kenapa?
Awak nak ke malam ni?” tanya Fikri tiba-tiba sambil tersenyum nakal menghadap
Fira.
“Hah?
Errr...” jawab Fira tergagap-gagap. Dia dapat menangkap apa yang dimaksudkan
Fikri.
“Lain
kali sajalah. Saya penat malam ni...” balas Fikri sambil menarik bantal peluk
dan memejamkan matanya.
Fira
hanya diam. Malu juga dirasakan apabila Fikri seolah-olah dapat membaca
fikirannya.
“Tolong
matikan lampu, saya nak tidur...” pesan Fikri.
Fira
mematikan lampu dan berbaring di sebelah Fikri. Dia masih belum dapat
melelapkan mata . Macam-macam yang difikirkan di dalam kepalanya.
“Awak?
Dah tidur ke?” panggil Fira tiba-tiba.
“Herm,
baru terlelap kejap. Kenapa? Awak tak boleh tidur ke?” tanya Fikri.
“Belum
boleh tidur lagi. Sorry saya kacau
awak tidur...” balas Fira.
“Hah!
Tau tak apa, awak nak apa? Jangan minta yang itu sudah. Saya penat ni...”
sempat lagi Fikri mengenakan isterinya itu.
“Err,
bukanlah! Saya nak minta izin awak, minggu ni saya nak balik rumah abah. Tidur
sana, boleh tak?” beritahu Fira
“Ingatkan
apalah tadi. Macamlah esok tak boleh nak bagitahu...” bebel Fikri.
“Saya
takut terlupa. Boleh tak awak?” tanya Fira lagi.
“Emm,
boleh tu boleh. Tapi saya tak dapat nak teman, ada kerja hujung minggu ni...”
balas Fikri.
“Tak
apa, aya faham. Thanks awak....”
balas Fira kembali.
“Aii!
Macam tak kisah aja saya tak ada...” duga Fikri.
“Err,
tak adalah....” jawab Fira.
“Ingat,
jangan nak macam-macam kat belakang saya. Kalau awak macam-macam, siap awak!”
pesan Fikri tegas.
Dahlah,
saya nak tidur. Jangan kacau saya lagi. Kalau awak tak boleh tidur, awak
buatlah apa-apa pun. Kira biri-biri ke apa ke, asal tak kacau saya...” tambah
Fikri lagi memberi peringatan kepada Fira.
‘Ingat
aku budak-budak ke nak suruh kira biri-biri. Aish!’ gumam hati kecil Fira.
BAB 37
Sudah
seminggu Datuk Faizal pulang dari menunaikan umrah. Sepanjang itu juga, Fikri
sibuk dengan kerjanya, sehingga kurang masa bersama Fira.
“Sheqa,
tengahari karang jom teman aku pergi shopping...” ajak Fira.
“Tak
ada hal lah. Tapi suami kesayangan kau tu bagi ke?” tanya Sheqa pula.
“Nanti
aku tanya. Lagipun dia kan solat jumaat, takkan nak teman pula...” balas Fira.
“Kau
nak shopping barang apa weyh?” tanya
Sheqa.
“Tengoklah
nanti, apa-apa yang berkenan...” beritahu Fira.
“Aku
nak cari present untuk Fik. Seminggu
ni dia sibuk sangat sampai tak ada masa langsung untuk aku...” tambah Fira
lagi.
“Masa
untuk apa tu?” duga Sheqa sambil tersenyum nakal.
“Ish,
dah mula lah tu nak fikir bukan-bukan...” balas Fira.
“Eleh,
macamlah aku tak tahu. Apa nak malu, kita sama-sama dah kahwin kot. Hahaha Tak
payah nak selindung-selindung sangatlah dengan aku. Lagi orang yang tengah mood honeymoon macam kau ni...” seloroh
Sheqa.
“Mood honeymoon? Hahaha Honeymoon pun kitaorang tak pergi lagi
lah. Entah bila agaknya dapat pergi...” balas Fira lagi.
“Honeymoon kat rumah sudahlah, tak payah
nak pergi jauh-jauh sangat. Hahaha “ semakin galak Sheqa menyakat Fira.
“Ish,
kau ni! Macam-macam ajalah. Malas aku nak melayan kau ni, makin layan makin
menjadi. Jangan lupa rehat nanti temankan aku....”
“Yela...”
jawab Sheqa pendek.
.....................................................................................................................................................
Tok..tok..tok
“Masuk...”
arah Fikri.
“Yups,
ada apa-apa ke?” tanya Fikri ketika melihat Fira masuk ke biliknya.
“Err,
awak saya nak minta izin boleh? Saya nak keluar dengan Sheqa, waktu solat
jumaat nanti...” beritahu Fira.
“Nak
ke mana?” tanya Fikri lagi.
“Nak
keluar pergi shopping mall kejap,
cari barang sikit...” beritahu Fira lagi.
“Ok...”
balas Fikri pendek.
‘ok
ja? selalu kemain panjang berjela lagi amanat dia’ Fira berbicara sendiri di
dalam hati.
“Ada
apa-apa lagi ke?” tanya Fikri bila dilihat Fira masih tercegat lagi disitu.
“Err,
tak ada. Saya keluar dululah ya...” jawab Fira.
“Awak?
Malam ni busy tak?” tanya Fira sekali
lagi sebelum melangkah keluar dari bilik Fikri
“Emm,
tak kot. Kenapa?” tanya Fikri kembali.
“Nothing.....” balas Fira sambil
tersenyum dan melangkah keluar dari bilik Fikri.
......................................................................................................................................................
Selepas
makan malam, Fira terus naik ke bilik. Manakala Fikri masih lagi duduk
bersantai di ruang tamu bersama ahli keluarganya yang lain.
“Fira
mana Fik?” tanya Datin Maria saat dia melihat Fira tiada bersama Fikri di ruang
tamu itu.
“Dah
naik atas lepas makan tadi...” beritahu Fikri.
“Awalnya.
Dia tak sihat ke?” tanya Datin Maria. Tidak senang betul hatinya kalau tidak
melihat anak menantunya duduk bersama.
“Taklah,
dia okey aja...” jawab Fikri pendek.
“Ke
kamu gaduh dengan dia ni? Tak pun dia merajuk dengan kamu sebab kamu sibuk
sangat minggu ni sampai tak ada masa nak layan dia?” duga Datin Maria.
“Ish,
ibu ni. Kami okey ajalah. Mana ada gaduh-gaduh lagi...” balas Fikri menutup
kecurigaan ibunya itu.
“Ibu
kamu ni risau benar kalau tak tengok kamu dengan Fira duduk bersama. Kalau
boleh ibu kamu nak tengok kamu berdua duduk berkepit 24 jam, baru dia puas
hati...” perli Datuk Faizal.
“Abang
ni, kalau tak perli saya tak boleh ke? Saya bukannya apa, saya risau aja.
Manalah tahu budak berdua ni gaduh ke...” balas Datin Maria.
“Hahaha
Ibu jangan risau okey! Kami baik-baik aja. Tak ada gaduh-gaduh. Kalau
gaduh-gaudh macam mana nak bagi ibu cucu cepat. Hahahaa “ seloroh Fikri.
Nasib
baik Fira tiada bersama, kalau tidak pasti sudah merona merah mukanya.
“Sekarang
ni gaduh-gaduhlah lagi senang lekat Fik oii!” sakat Datuk Faizal pula.
“Betul
ke Pa? Hahaha”
“Percaya
lah sangat Papa kamu tu...” perli Datin Maria.
“Cuba
kamu naik atas, tengok Fira tu Fik...” arah Datin Maria.
“Alah
ibu, Fira okey ajalah bu...”
“Pergi
ajelah Fik, ibu kamu dah suruh tu...”
“Erm,
yelah-yelah...” dengan malas, Fikri melangkah juga naik ke bilik untuk melihat
isterinya itu.
.....................................................................................................................................................
“Fira....”
panggil Fikri ketika melangkah masuk ke bilik tidurnya.
“Awak
buat apa tu?” tanya Fikri ketika melihat Fira sedang duduk menghadap cermin.
Fira
langsung tidak menjawab peguran Fikri itu.
“Emm,
wanginya. Awak pakai perfume apa ni? Saya
rasa sebelum ni tak pernah bau pun...” tanya Fikri. Hampir sahaja Fikri mahu
naik angin dengan Fira gara-gara tidak mengendahkan tegurannya tadi. Tapi
automatik hatinya menjadi lembut, tatkala menghidu perfume yang dipakai Fira.
Fira
yang sedang menghadap cermin, menoleh kea rah Fikri. Dia tersenyum sambil pergi
mendapatkan Fikri.
“Awak
suka bau perfume ni?”
“Awak
cuba yang ni pula. Perfume ni
sepasang, satu lagi ni untuk awak...” beritahu Fira sambil menyemburkan sedikit
pada Fikri.
“Boleh
tahan juga baunya. Yang awak punya perfume
tu, sexy sangat baunya. Boleh
menggetarkan naluri. Jangan pakai time
keluar rumah ya...” pesan Fikri. Walaupun bersahaja tapi ada nada tegas di
situ.
“Saya
pakai untuk awak saja....” bisik Fira . kemudian dia meletakkan perfume tersebut di meja solek. Dia
melangkah menghampiri fikri. Fira cuba untuk menggoda Fikri. Dibuang perasaan
malunya. Dia membuka jubah tidur yang tersarung ditubuhnya. Di dalamnya
pula, dia memakai baju tidur pemberian Fikri tempoh hari.
“Emm,
ni baju tidur yang saya bagi hari tu kan?” tanya Fikri cuba mengawal getaran di
hati. Menghidu bau perfume Fira saja
sudah mampu menggetarkan naluri lelakinya. Ini pula melihat Fira
berpakaian sebegitu.
Fira
tidak menjawab, malah dia merapatkan lagi tubuhnya pada Fikri. cuba menggoda
Fikri. tangannya, bermain-main di dada dan leher Fikri.
“Awak
nak goda saya ke?” tanya Fikri. dia menghalang tangan Fira dari terus memainkan
peranannya.
“Sorry, bukan malam ni. Kalau saya
perlukan awak, saya sendiri akan cari awak. Tak perlu goda saya macam ni...”
ucap Fikri sinis.
Fira
bengang ditolak begitu oleh Fikri. Terus dia menyarung semula jubah tidurnya
dan berlalu ke bilik air.
Fikri
beristighfar seketika. Hampir luruh juga imannya digoda Fira. Berpeluh juga dia
berhadapan denan Fira. Tetapi kerana ego, dia cekalkan juga. Dia tidak mahu
kalah dengan godaan Fira. Kalau boleh dia mahu Fira yang kalah dengannya.
Kemudian
Fikri keluar dari bilik itu. Fira makan hati dengan sikap Fikri. Dia malu
kerana Fikri menolaknya. Setelah hampir 15 minit dia duduk di dalam bilik air,
barulah dia keluar. Saat Fira keluar , Fikri sudah tiada di dalam bilik.
Ketika
Fikri masuk semula ke dalam bilik, dilihat Fira sudah tidur dan membelakangi
tempat pembaringannya. Bantal peluk diletakkan di tengah-tengah.
Fikri
tahu Fira merajuk dengannya. ‘Tak apalah, biarkan dia merajuk, esok aku
pujuklah.’ desis hati kecil FIkri. Dia tersenyum melihat Fira. Kemudian dia
baring di sebelah Fira dan bantal peluk dibiarkan di tengah-tengah.
Sebenanrya
Fira masih belulm tidur. Dia berasa hati dengan Fikri. Dia fikir Fikri akan
memujuknya tetapi hampa. Dia tidak menyangka Fikri akan menolaknya dan berkata
begitu kepadanya. Perasaan malu ditolak Fikri membuatkan Fira tekad untuk tidak
mahu buat sebegitu lagi.
Beberapa
ketika kemudian, Fira memusingkan tubuhnya menghadap Fikri. Dia tahu, berdosa
isteri yang tidur membelakangi suaminya. Walau rajuk dan sedih macam mana pun
hatinya, dia tetap tidak akan membelakangi Fikri ketika tidur.
......................................................................................................................................................
Pagi
itu Fira terlewat bangun. Fikri juga masih tidur. Jam sudah menunjukkan 6.40
pagi. Waktu subuh sudah hampir tamat,
Fira
segera bangkit dan mengejutkan Fikri
“Awak,
bangun dah siang...” kejut Fira. Fikri masih lagi tidur, tidak mahu bangun.
Fira mengejutkan Fikri sekali lagi.
“Awak,
bangunlah. Waktu subuh dah nak habis ni...” kejut Fira sambil mengusap lembut
tubuh Fkri
“Errmm??
Dah pukul berapa ni?” tanya Fikri dalam keadaan mamai.
“Dah
6.45 pagi. Bangunlah, nanti terlepas subuh...” beritahu Fira.
Fikri
menggeliatkan tubuhnya. Fira sudah meninggalkannya dan menuju ke bilik air
untuk mengambil wudhu’.
“Awak
tunggu kejap, saya pergi ambil wudhu’. Kita solat sama-sama...” beritahu Fikri
Mereka
solat subuh berjamaah. Hampir sahaja mereka terlepas waktu subuh. Fira terlupa
seketika akan rajuknya tadi malam. Selesai solat , Fira ingin menuju ke bilik
air untuk mandi.
“Awak
nak pergi mana tu?” tanya Fikri saat melihat Fira ingin melangkah ke bilik air.
“Nak
pergi mandilah, lepas tu nak turun bawah. Tak kan nak sambung tidur pula...”
ucap Fira sinis.
Fikri
menarik Fira rapat kepadanya. Dia memluk Fira dari belakang. Fira tidak pula
melawan.
“Tak
payah mandi dululah. Temankan saya dulu...” bisik Fikri romantis di telinga Fira.
“Nak
buat apa temankan awak? Awak kan tak nak saya...” balas Fira.
“Awak
merajuk y?” tanya Fikri sambil mencium bahu Fira.
Fira
hanya mendiamkan diri. Mengiyakan tidak, menafikan pun tidak.
“Saya
tak nak teman awak. Saya nak mandi, lepas tu turun bawah..” ucap Fira
seolah-olah baru tersedar.
“Saya
nak awak temankan saya sekarang. Lepas ni boleh mandi. Mandi dengan saya, ok
sayang?” ucap Fikri sambil tersenyum nakal.
“Saya
tak nak!” balas Fira kembali.
“Shhh...
Tak baik melawan cakap suami...” balas Fikri sambil memusingkan Fira agar
menghadapnya.
“Awak
memang selalu macam tu kan? Selalu sangat gunakan alasan macam tu... Tak ada
alasan lain ke?” balas Fira sedikit bengang.
“Betul
lah kan? Awak tak kesian suami awak ni ke?” sengaja Fikri menduga Fira.
“Habis?
Awak tu kesiankan saya ke?” Fira masih lagi tidak mahu mengalah.
“Kesian.....
tapi......” Fikri terus menolak Fira ke katil. Fira bengang diperlakukan
begitu.
“Ish,
awak ni. Main tolak-tolak pula!! Kalau tak nak saya, janganlah buat macam ni...”
marah Fira. Dia geram dengan tindakan Fikri itu.
“Siapa
kata saya tak nak?” balas Fikri sambil tersenyum nakal. Dia sudah pun
mendapatkan Fira.
“Dah
sianglah awak, lagipun tak mandi lagi ni...” balas Fira pula. Dalam marah dia
masih lagi berlembut.
“Alah,
tak ada sesiapa yang nak marahlah kalau kita keluar lambat dari bilik. Lagipun
hujung minggu. Tak payah nak mandi, masih wangi lagi ni...” ucap Fikri sambil
tersenyum nakal pada Fira.
“Awak!”
halang Fira tiba-tiba
“Kenapa?”
tanya Fikri
“Jangan
tinggalkan apa-apa kesan macam hari tu okey!” balas Fira sambil tersenyum malu.
Fira
tidak membenarkan Fikri meninggalkan kesan tetapi sebaliknya tanpa sengaja dia
yang telah meninggalkan kesan pada Fikri.
.....................................................................
“Faiz,
pergi panggil abang dengan kak Fira kamu. Dah pukul berapa ni, tak turun-turun
sarapan lagi...” suruh Datin Maria kepada Faiz.
Tok...
tok..tok
“Abang,
kakak... Ibu panggil, suruh turun sarapan...” panggil Faiz sambil mengetuk
pintu bilik abang dan kakak iparnya itu.
“Ouchhh...!!
Kenapa awak gigit saya? Sakitlah...” tegur Fikri sambil mengaduh kesakitan.
“Sorry. Hehehe Geram! Alah sikit aja
tu...” balas Fira sambil tersenyum manja.
Tok..tok..tok..
“Abang
oooo abang...” panggil Faiz sekali lagi.
“Awak,
ada orang ketuk pintu tu. Pergilah tengok...” ucap Fira.
“Ish,
siapa pula ni. Kacau daun betullah. Nasib sempat...” bebel Fikri.
Fikri
menuju ke pintu. Dia membuka sedikit pintu untuk melihat siapa diluar.
“Hah
Faiz, kenapa?” tanya Fikri kepada Faiz
“Abang
baru bangun ke? Ibu panggillah, suruh sarapan...” beritahu Faiz.
“Emm...
Cakap ibu, kejap lagi abang turun dengan kak Fira...” balas Fikri.
Fikri
menutup pintu setelah Faiz beredar.
“Ibu
dah panggil, suruh sarapan..” bertahu Fikri kepada Fira.
“Kalau
macam tu, biar saya mandi dulu okey...” Fira segera bangkit dari katil.
“Lambat...
Mandi sama-sama aja, cepat sikit...” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
“Hah?
Tak naklah saya. Awak dahlah gatal...” ucap Fira sambil bangun menuju ke bilik
air.
Belum
sempat dia menutup pintu bilik air, Fikri sudah menrjah masuk terlebih dahulu.
...................................................................................................................................................
Setangah
jam kemudian, barulah Fikri dan Fira turun ke ruang makan. Mereka jalan
beriringan. Fikri memeluk erat pinggang Fira, menunjukkan kemesraan. Dia tetap
membuat selamba walaupun berulang kali Fira menegah.
“Amboii,
lamanya. Kami dah nak sudah baru kamu berdua turun...” tegur Datin Maria saat
melihat mereka berdua.
“Kemain
mesra lagi anak menantu kita ni ya bang sekarang. Dah ada kemajuan. Nampaknya,
kita kena kerap tinggalkan mereka berdua ni...” tambah Datin Maria lagi sambil
tersenyum
Fira
sudah malu ditegur begitu oleh ibu mertuanya.
“Itulah,
semalam Fikri cakap ibu tak percaya. Kami okey aja kan? Mana ada gaduh-gaduh.
Kalau asyik gaduh, macam mana nak bagi ibu cucu...” saja Fikri berkata begitu.
Dia seronok melihat muka Fira yang sudah memerah.
“Sudahlah
tu. Mari duduk sarapan..” pelawa Datuk Faizal.
Fikri
duduk berhadapan ibunya manakala Fira duduk di sebelah Fikri.
Tiba-tiba
Fira terperasan yang leher Fikri ada kesan meah. Dia cuba menyatakannya kepada
Fikri. Dia malu jika orang lain terperasan akan hal itu. Rupa-rupanya Datin
Maria sudah perasan terlebih dahulu.
“Aii
Fik.. Kenapa leher kamu merah-merah? Nyamuk mana yang gigit?” perli Datin Maria
sambil tersenyum.
“Patutlah
lambat....” tambah Datuk Faizal pula sambil tersenyum.
“Aiii...Kerja
menantu kesayangan ibulah. Kan ibu kata nak cucu cepat. Ni tengah berusaha
keraslah ni...” balas Fikri selamba sambil tersenyum nakal.
Wajah
Fira di sebelah sudah merona merah menahan malu. Fikri pula buat tidak tahu
sahaja.
“Kamu
ni Fik, suka benar menyakat Fira. Tengok dah merah muka dia...”
“Tak
payah malu-malu Fira, ibu pun dah pernah lalui...” tambah Datin Maria lagi.
Nasib
baik Faiz sudah beredar terlebih dahulu. Kalau tidak pasti Fira lebih malu.
“Ibu
rasa, kalau Fira pregnant, ibu
nak adakan majlis Fik dengan Fira. Okey tak bang?” tanya Datin Maria kepada
suaminya.
Fikri
yang terdengar ungkapan itu tersedak. Dia belum bersedia sebenarnya untuk
menghebahkan statusnya.
“Hah
Fik, kamu ni kenapa?” tanya Datuk Faizal.
“Err,
tak ada apalah papa..”
“Emm,
ibu seius ke ni?” tanya Fikri.
“Kenapa?
Kamu tak suka ke? Sampai bila kamu nak rahsiakan perkahwinan kamu dengan Fira
pada umum?”
“Ibu
dah buat keputusan. Tak kiralah lambat atau cepat. Kalau dapat tahu Fira
pregnant, ibu akan adakan terus majlis terebut. Tak mahu tangguh-tangguh
lagi...” tambah Datin Maria lagi.
“Betul
kata ibu kamu tu Fik. Papa pun setuju..” tambah Datuk Faizal pula.
Fira
hanya diam tidak mencelah. Fikri meneruskan makannya. Kemudian Datin Maria dan
Datuk Faizal meninggalkan mereka berdua di situ.
“Awak?
Awak tak suka ke kalau saya pregnant?”
tanya Fira tiba-tiba.
“Awak
belum pregnant lagi kan? So, tak payah tanya apa-apa..” jawab
Fikri sinis. Hilang terus kemesraan nya kepada Fira.
“Tapi.....”
“Tak
payah fikir apa-apa. Lepas ni, pakai protection.
Saya belum bersedia lagi nak hebahkan perkahwinan kita...” jelas Fikri lagi. Dia
kemudian menyelesaikan makanannya dan meninggalkan Fira sendirian.
Tiba-tiba
Fira merasa sebak mendengar kata-kata Fikri itu. Kadangkala dia merasakan
dirinya tak ubah seperti perempuan simpanan kepada Fikri.
Hakikatnya,
Fikri tidak kisah jika Fira hamil. Tetapi bila mendengar kata-kata ibunya,
membuatkan dia tidak dapat menerima keputusan itu. Dia tidak menyangka bahawa
ibunya akan membuat keputusan tanpa meminta pendapatnya dahulu.
BAB 38
Sejak
kejadian hari itu, Fikri seperti tidak mengendahkan Fira. Hanya jika dihadapan
ibu bapa mereka sahaja, Fikri akan melayan Fira dengan baik. Di belakang, Fikri
hanya buat tidak tahu sahaja dengan Fira. Fira sendiri tidak faham kenapa Fikri
begitu.
Walaubagaimanapun,
Fikri akan berubah menjadi romantis bila dia memerlukan Fira. Mahu tidak mahu
Fira masih setia memenuhi kehendak suaminya itu, walaupun dia merasakan dirinya
tak ubah seperti perempuan simpanan.
....................................................................................................................................................
Sudah
hampir sebulan kejadian itu berlaku. Satu hari, ketika ingin ke pejabat Fira
tiba-tiba sahaja berubah tingkah, tidak seperti selalunya.
“Awak
ni kenapa lambat sangat??!! Dah kematu saya tunggu tahu tak!!!!” tiba-tiba
sahaja Fira memarahi Fikri. Fikri yang baru keluar dari rumah terkejut dengan
Fira yang tiba-tiba sahaja memarahinya.
“Yang
awak ni kenapa pula? Tiba-tiba nak hangin
dengan saya. Selalu waktu macam ni juga saya keluar. Tak ada pula awak nak hangin tak tentu pasal. Boleh aja
tunggu. Hari ni nak cari pasal pula?” bebel Fikri.
“Kalau
awak nak cepat sangat, awak pergi sendiri lain kali...” tambah Fikri lagi yang
sedikit bengang.
“Okey....Fine!!!” balas Fira, lantas dia keluar
dari perut kereta Fikri.
Fikri
tidak menyangka yang Fira akan bertindak sebegitu. Dia sendiri tidak faham
kenapa Fira tiba-tiba begitu. Lantas dia terus mendapatkan isterinya itu.
“Awak
ni kenapa? Tiba-tiba aja macam ni Sudah! Masuk dalam kereta, nanti lambat...”
Fikri menarik tangan Fira dan menyuruhnya masuk ke dalam kereta semula..
Di
dalam kereta, Fira hanya diam. Tidak langsung bercakap dengan Fikri seperti
selalunya.
..................................................................................................................................................
Tiba
di pejabat, Fira terus masuk dan berlalu ke tempatnya tanpa mengendahkan Fikri.
“Jangan
tegur aku!! Aku tak ada mood!” Fira
memberi peringatan kepada Sheqa sebelum sempat rakannya itu menegur. Sheqa
hanya menuruti walaupun dia merasa sedikit pelik dengan sikap temannya itu.
Awal-awal
pagi lagi Ely sudah muncul di hadapan Fira.
“Hah
kau Ely! Nak apa?!” tanya Fira kasar.
Terkejut
Ely mendengar pertanyaan yang kasar dari Fira. Begitu juga dengan Sheqa.
“You ni kenapa? Putus cinta ke?” tanya
Ely.
“Bukan
urusan kau. Tak payah nak sibuk...”
“Kau
nak apa pagi-pagi ni?” tanya Fira lagi.
“I nak jumpa bos you. Boleh?” tanya Ely dengan suara yang memualkan pendengaran
telinga FIra.
“Kau
carilah sendiri kat dalam bilik dia ada ke tak...” balas Fira selamba. Kemudian
dia meninggalkan Ely dan pergi ke bilik fotostat.
Ely
segera menuju ke bilik Fikri.
Tok..tok..tok..
“Masuk...”
arah Fikri
“Hey
Fik. You busy ke..?” tanya Ely manja
“Boleh
tahanlah. Kenapa?” balas Fikri yang masih tekun menghadapnya komputernya.
Ely
mendapatkan Fikri di mejanya. Dia sudah mula ingin menggoda Fikri. Tiba-tiba
dia terperasankan kesan-kesan yang terdapat pada leher Fikri. Kesan-kesan merah
yang hampir hilang, tapi jika diteliti dengan dekat dapat dilihat dengan jelas.
“Fik,
you ni dalam diam nakal juga ya...”
bisik Ely tiba-tiba.
“Hah?
Apa maksud you?” tanya Fikri yang
tiba-tiba terkejut mendengar suara Ely yang begitu hampir dengannya. Dia cuba
menjarakkan sedikit kedudukannya dengan Ely.
“You buat apa kat luar? Bersepah love bite...” balas Ely sinis
sambil tersenyum nakal.
“Love bite?” tanya Fikri kembali seakan
tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Ely.
‘Ya
Allah... Macam mana aku boleh tak perasan. Tak pasal-pasal minah ni fikir yang
bukan-bukan pasal aku. Dia ni bukan boleh percaya. Fira ni pun satu. Sorok-soroklah
sikit. Haish!’ Fikri berbicara sendiri di dalam hatinya sambil meraba-raba
lehernya.
“Kenapa?
Apa you fikir?” tanya Ely memecahkan
lamunan Fikri.
“You ni nakal kan, tapi dengan I kenapa you tak sudi? I suka tau
benda-benda macam ni. You tak
payahlah cari perempuan lain kat luar tu, I
pun boleh bagi kalau you nak....”
akui Ely tiba-tiba sambil meliuk manja pada Fikri.
“Errr...
Taklah, ni bukan love bite. Ni kesan
percikan minyak panas masa I tolong
ibu I masak kat rumah hari tu...”
Fikri membuat helah untuk menutup perkara sebenar.
“Owh
ye ke? I ingat love bite tadi. Look alike
lah. Kalau you nak nakal-nakal, I ada ok...” balas Ely sambil
melentokkan mesra tubuhnya pada Fikri.
“Errr,
jom kita keluar minum....” ajak Fikri tiba-tiba. Dia tidak betah duduk
lama-lama dengan Ely di dalam bilik itu. Sikap Ely merimaskannya.
“Ok,
lets go...” balas Ely manja.
Ketika
keluar dari bilik Fikri, Ely memaut mesra lengan Fikri.
“Sheqa,
Fira mana?” tanya Fikri saat melintasi meja Sheqa.
“Tadi
dia ke bilik fotostat, tapi sampai sekarang belum balik ke tempat dia lagi...”
beritahu Sheqa.
“Okey!
Nanti bagitahu dia lepas minum, saya nak jumpa dia...”pesan Fikri.
“Baiklah
En. Fikri..” balas Sheqa.
................................................................................................................................................
Fira
masih lagi belum kembali ke tempatnya sehingga Fikri pulang dari minum bersama
Ely.
“Ely,
jumpa you nanti la ye. I ada kerja...” beritahu Fikri kepada
Ely, agar wanita itu tidak terus membuntutinya lagi.
“Ok
darling...” balas Ely sambil
tersenyum manja.
‘Huh!
Dasar gedik..’ desis hati kecil Sheqa sambil memberikan pandangan yang meluat.
“Sheqa,
Fira masih tak sudah lagi ke?” tanya Fikri.
“Belum
lagi En. Fikri, saya pun tak tahu kenapa lama sangat...” jawab Sheqa.
Fikri
cuba menghubungi telefon bimbit Fira.
“En.
Fikri, saya rasa dia tak bawa phone
kot. Rasanya bunyi tu dari dalam laci tu....” Beritahu Sheqa sambil menuding ke
arah laci meja Fira saat tersengar bunyi telefon.
“Emm,
ke mana dia ya? Awak dah cari dia dekat bilik fotostat tu?” tanya Fikri lagi.
Dia sudah mula risau.
“Belum
lagi...” jawab Sheqa pendek.
“Awak
tolong cari dia kat sana, kalau ada suruh dia jumpa saya segera ok...” beritahu
Fikri sambil berlalu ke biliknya.
Belum
sempat Sheqa mencari Fira di bilik fotostat, dia terlihat Fira kembali ke
tempatnya.
“Fira
kau pergi mana, lama sangat?” tanya Sheqa.
“Aku
pergi berehat dekat surau sekejap. Kepala aku peninglah...” beritahu Fira.
“Kau
kenapa? Tak sihat?” tanya Sheqa lagi.
“Entahlah.
Ttak apa ni dah okey sikit...”balas Fira.
“Emm,
En.Fikri cari kau tadi. Dia suruh kau jumpa dia...” beritahu Sheqa kepada Fira.
Fira
tidak membalas. Lantas dia menelefon Fikri.
“Emm..
Awak nak apa?” tanya Fira kasar.
Sheqa
terkejut mendengar Fira bercakap kasar dengan Fikri.
“Amboii
kasarnya. Kenapa tak datang jumpa saya?” balas Fikri.
“Ada
benda penting sangat ke? Dalam telefon tak boleh cakap ke?” balas Fira selamba.
“Fikri
meletakkan ganggang tanpa menjawab pertanyaan Fira. Kemudian dia keluar dari
biliknya dan memanggil Fira.
“Fira,
masuk bilik saya kejap!” panggil Fikri dari depan pintu biliknya.
Fira
tidak dapat mengelak lagi, bila Fikri sendiri yang keluar dan memanggilnya.
“Ish
apa hal lah dia ni. Telefon dah main letak aja. Sibuk sangat panggil aku masuk
bilik dia apahal. Macamlah tak boleh cakap dalam telefon je. Leceh betul...”
rungut Fira
Sheqa
agak terkejut dengan sikap Fira yang dirasakan seperti lain hari tu. Moody tiba-tiba. Selama ini tidak pernah
pula temannya itu bersikap seperti itu.
Fira
menuju ke bilik Fikri dengan langkah yang longlai.
“Awak
nak apa??” tanya Fira sebaik sahaja memasuki bilik Fikri.
“Aii!
Macam tu ke cakap dengan suami?” tegur Fikri.
“Kat
sini awak bos saya bukan suami...” balas Fira selamba.
“Awak
ni kenapa? Nak buat perangai tiba-tiba?” tanya Fikri. Dia geram melihat sikap
Fira yang sebegitu.
Lantas
dia bangun dan mendapatkan Fira. Dia menarik tangan Fira untuk duduk di sofa
yang terdapat di dalam biliknya itu.
“Duduk
sini...” arah Fikri.
“Awak
nak apa? Saya letihlah, boleh tak jangan ganggu saya?” tanya Fira lagi.
“Awak
ke mana tadi?” tanya Fikri kembali.
Fira
tidak menjawab, dia bangun dari sofa dan ingin keluar dari bilik itu.
“Awak
nak ke mana tu? Saya tak sudah lagi ni...” ucap Fikri geram. Dia segera bangun
dan menarik tangan Fira.
“Lepaslah!!
Saya letih tahu tak? Letih!!!” bentak Fira.
Tiba-tiba
Fira merasakan kepalanya berpusing. Pandangannya menjadi kabur, dan akhirnya
dia rebah tidak sedarkan diri.
Fikri
panik melihat Fira yang tiba-tiba sahaja pengsan. Dia segera mengangkat Fira
dan meletakkannya di atas sofa panjang. Dia tidak tahu ingin buat apa. Kemudian
dia terus menelefon Sheqa.
“Sheqa,
masuk bilik saya kejap...” arah Fikri
Tok..tok..tok
“Masuk...”
Fikri menyuruh Sheqa masuk.
“Ya
En.Fikri kenapa?” tanya Sheqa.
“Tolong,
Fira tiba-tiba pengsan...” beritahu Fikri sambil menunjuk ke arah Fira.
“Ya
Allah... Kenapa pula dengan Fira ni?” tanya Sheqa sambil mendapatkan Fira.
“Kenapa
En.Fikri tak buka butang baju dia ni, bagi lega sikit...” tanya Sheqa sambil
membuka sedikit butang baju Fira.
“Hah?
Errr.. Takkan saya nak buat macam tu kat dia...” jawab Fikri.
“Apa
salahnya. En.Fikri kan suami dia...” beritahu Sheqa.
“Awak
tahu pasal kami?” tanya Fikri meminta kepastian.
Sheqa
menganggukkan kepalanya.
“Tapi
En.Fikri jangan risau, saya akan rahsiakan hal ni...” balas Sheqa sambil
tersenyum.
“Ok thanks...” balas Fikri pula. Sedikit
lega mendengar jawapan Sheqa.
“Emm..
En. Fikri boleh tolong ambilkan air kosong?” pinta Sheqa sambil mengipas-ngipas
Fira.
Fikri
mengambilkan segelas air kosong dan memberikannya kepada Sheqa. Sheqa
membacakan selawat dan merenjiskan sedikit air itu pada wajah Fira. Selepas itu
Fira tersadar. Sheqa memberikan air itu kepada Fira untuk minum.
“Nah
minum air ni...” aju Sheqa kepada Fira.
“Kenapa
ni Fira? Kau tak sehat ke?” tanya Sheqa.
“Kenapa
dengan aku? Apa dah jadi tadi?” tanya Fira pula tanpa menjawab pertanyaan Sheqa.
“Awak
pengsan tadi. Awak ok ke? Awak nak balik? Saya hantarkan...” Fikri risau dengan
keadaan isterinya itu.
“Tak
payah!!! Ni semua sebab awak!!” balas Fira. Dia tiba-tiba sahaja berang. Kemudian
dia bangun sambil menumbuk perut Fikri.
Walaupun
perlahan, tetap jua terasa. Dia keluar dari bilik itu meninggalkan Fikri dan
Sheqa.
“Err...
En. Fikri ok ke?” tanya Sheqa.
“Tak
apa, saya ok. Saya tak tahu kenapa hari ni dia hangin semacam aja. Selama ni tak pernah pun dia macam tu...”
beritahu Fikri.
“Emm..
saya pun tak faham. Kenapa Fira tiba-tiba moody
hari ni. Tak apalah En. Fikri, nanti saya tolong tengok-tengokkan dia..” balas
Sheqa, lalu dia keluar dari bilik Fikri.
......................................................................................................................................................
“Fira,
kau ok ke ni?” tanya Sheqa.
“Ok,
jangan risau...” jawab Fira.
“Muka
kau pucat ni. Kau okey ke?” tanya Sheqa lagi tidak berpuas hati.
“Aku
ok, tak apa-apa...”jawab Fira.
Beberapa
minit kemudian.
“Jom
teman aku pergi pantry, laparlah....” ajak Fira tiba-tiba.
“Lapar?”
tanya Sheqa kembali.
“Tak
naklah. Aku nak pergi kafe bawah, jom teman aku...” ajak Fira lagi.
“Hah?
Sekarang kan waktu kerja...” balas Sheqa.
“Aku
laparlah, jomlah teman aku....” pujuk Fira.
“Kita
tapau je. Jomlah... Please!” pujuk Fira
bersungguh-sungguh.
“Yela-yelah.
Tapi kau pergi bagitahu bos kau dulu, nanti dia cari pula karang...” beritahu
Sheqa.
“Malas
aku, dahlah jomlah cepat...” ucap Fira seraya menarik tangan Sheqa untuk beredar.
..................................................................................................................................................
“Teman
aku makan jom...” pinta Fira.
“Tadi
ajak teman pergi kafe, sekarang ajak teman makan pula....” bebel Sheqa.
“Tak
nak teman tak apalah...” balas Fira yang kononnya merajuk.
“Yelah-yelah.
Ish, manja betul. Semua nak berteman...” balas Sheqa sambil tersenyum. Lantas
membuntuti Fira ke pantry.
Sheqa
menemani Fira makan di pantry. Baru beberapa suap Fira makan, tiba-tiba
tekaknya berasa mual. Dia segera menuju ke singki.
“Fira
kau kenapa ni? Tersedak ke? Tercekik tulang ke?” tanya Sheqa bertubi-tubi. Dia
segera mendapatkan Fira.
Baru
ingin menjawab pertanyaan Sheqa, dia muntah sekali lagi.
“Fira
kau ok tak ni?” tanya Sheqa
Fira
kembali semula ke meja makan.
“Nah
minum air ni...” Sheqa menyuakan segelas air suam kepada Fira.
Fira
mengambil air tersebut dan meminumnya. Makanan yang baru dijamah tadi ditutup
dan ditolak ke tepi.
“Kenapa
ni weyh? Risau aku tengok. Kau nak aku panggilkan En. Fikri ke?”tanya Sheqa.
“Tak
payahlah, aku rasa aku nak rehat kat surau kejap. Nanti apa-apa cari aku kat
sana ye...” beritahu Fira.
Kemudian
dia terus bangun dan berlalu menuju ke surau.
......................................................................................................................................................
Waktu
rehat, Fira kembali semula ke tempat duduknya.
“Kau
tak keluar rehat ke?” Fira menegur Sheqa yang sedang khusyuk online.
“Hah?
Tak, malas...” jawab Sheqa pendek.
“Kau
dah okey? Muka kau nampak pucatlah...” beritahu Sheqa.
“Pening
sikit, tadi kat surau. Adalah muntah-muntah sikit...” jawab Fira.
Tiba-tiba
dia terasa mual lagi. Terus dia bergegas ke tandas.
Rupanya
di dalam tandas itu terdapat Ely.
“Eh
you ni kenapa Fira? Serabai aja I tengok...” tegur Ely sambil
menepis-nepis dan mencuit-cuit Fira.
Fira
tidak kuasa ingin melayan Ely. Lagi sekali Fira muntah.
“Eee...yulk...!!
Selekeh lah you ni....” tambah Ely
lagi dengan riak wajah yang mengjengkelkan.
“You ni kenapa? Owh, maybe you frust kot. You
nak tahu tak? Love bite kat leher Fik
tu, I lah yang buat...” bisik Ely di
telinga Fira, cuba mencari pasal dengannya.
“Ada
I kisah??” balas Fira selamba. Malas ingin
melayan Ely.
‘Kau
konon yang buat. Boleh bla! Aku yang buat ok. Laki aku, aku tahu lah...’ desis
hati kecil Fira. Dalam diam, Fira tersenyum sinis.
Ely
perasan seolah-olah Fira mengejeknya. Dia juga tidak berpuas hati kerana Fira
tidak mengendahkan perbuatannya.
Ketika
Fira ingin keluar dari tandas itu, secara tidak sengaja, dia telah terlanggar
Ely. Hampir sahaja Ely terjatuh, tapi nasibnya baik kerana sempat berpaut pada
pintu tandas.
“Sorry...” balas Fira selamba sambil
tersenyum sinis. Kemudian Fira terus keluar dan kembali ke tempat
duduknya semula.
“Kau
okey?” tanya Sheqa lagi sekembalinya Fira dari tandas.
“Kau
ni dah berapa kali dah tanya, Aku okey ke tak. Aku okeylah...!” balas Fira
bengang
“Aku
tanya je....” balas Fira berpura-pura sedih.
“Janganlah
sedih, aku tahu kau risau....” pujuk Fira.
“Mestilah.
Kot dah kenapa-kenapa ke...” balas Sheqa.
“Tapi
aku tengok kau ni lain macamlah hari ni. Asyik nak marah-marah tak memasal...”
“Ye
ke? Entahlah . Mood aku tak baik
kot...” balas Fira selamba.
“Dah
tu asyiklah pening, muntah-muntah segala. Tadi tu, siap pengsan pula. Entah-entah...?”Sheqa
sudah mula mahu serkap jarang.
“Entah-entah
apa?” tanya Fira ingin tahu.
“Kau
dah berapa lama tak datang bulan?” tanya Sheqa
“kalau
ikut kiraan bulan lepas, aku dah lewat seminggu. Tapi aku punya period memang tak teratur. Kenapa?”
tanya Fira kembali.
“Aku
rasa kau pregnant kot...” duga Sheqa.
“Takkanlah,
nak period kot. Kan orang nak period memang selalu moody...” jelas Fira.
“Selalu
kau tak macam nil ah kalau nak period
pun. Aku tahu sangat kau tu...”
“Apa
kata kau pergi klinik cek, takpun beli ‘pregnancy
test’ kat farmasi...” cadang Sheqa
“Tengoklah
nanti....” balas Fira kembali.
Sedang
mereka berbual-bual, tiba-tiba Ely lalu di depan mereka. Dia terus meluru masuk
ke bilik Fikri.
“Weyh,
apasal perempuan tu, laju je masuk bilik laki kau?”tanya Sheqa.
“Entah,
lantak dialah...” balas Fira selamba.
Tidak
lama kemudian, Fikri menelefon Fira dan meminta Fira masuk ke biliknya.
“Apalah
yang dia nak ni. Waktu rehat pun nak kacau aku juga ke...” rungut Fira.
“Pergi
ajalah. Suami kesayangan kau juga...” balas Sheqa sambil tersenyum mengejek.
Fira
melangkah masuk ke bilik Fikri.
“Ya
En. Fikri, ada apa?”tanya Fira selamba.
Fira
menjeling Ely yang ada berhampiran dengan Fikri. Muka Ely seperti sedang meraih
simpati.
“Awak
buat apa pada Ely tadi?” tanya Fikri tiba-tiba.
“Buat
apa pula?” tanya Fira tidak mengerti.
“Kan
saya dah kata. Jangan cari pasal dengan dia. Kenapa awak ni?” tegur Fikri
tegas, Ely yang ada di belakang Fikri tersenyum sinis kepada Fira.
“Kau
ngadu apa kat Fik?” tanya Fira, dia terus mendapatkan Ely.
“Yang
kau lebih sangat kenapa? Kau yang cari pasal dengan aku dulu!!” tengking Fira
kepada Ely. Dia sudah menerpa Ely.
Ely
cuak apabila diterpa Fira. Fikri juga terkejut melihat Fira begitu.
“Tu...!!
Love bite tu, ingat aku hairan? Kau
jangan nak perasan kau yang buat. Tu semua kerja aku lah!!!! “ jelas Fira
tersenyum sinis sambil menuding ke arah Fikri. Dia sudah tidak memikirkan apa
yang akan berlaku, apa yang ada dalam dirinya cuma perasaan geram sahaja.
“Fira.....!!!!”
tengking Fikri. Dia tidak mahu, Fira sampai membocorkan rahsia mereka. Ely
tercengang seketika.
“I rasa Fira ni dah tak siumanlah Fik...”
balas Ely takut-takut sambil mendapatkan Fikri.
“Fira..!!
Awak ni kenapa? Apa masalah awak ni sebenarnya? Semua orang awak nak hanginkan!”
berang Fikri.
“Sudahlah!
Awak pun sama!!! Tak sudah-sudah nak sebelahkan perempuan ni!!” balas Fira
kasar.
“Nak
sangat tengok saya cari pasal kan?!! Ok, fine..!!”
Fira mengambil segelas air yang berada di atas meja Fikri, kemudian dia
menyimbah ke muka Ely.
Fikri
terkejut dengan tindakan Fira. Ely juga sama. Kemudian Fira terus meluru keluar
dari bilik Fikri. Tiba-tiba dia merasa sebak.
“Fira?
Kenapa kecoh-kecoh kat dalam tadi?” tanya Sheqa. Nasih baik , waktu rehat.
Tidak ada staf lain ketika itu. Kalau tidak pasti heboh.
“Aku
nak balik...” balas Fira tanpa menjawab pertanyaan Sheqa.
“Kau
okey tak?” tanya Sheqa.
“Aku
okey, aku nak balik...” balas Fira sambil mengambil begnya untuk pulang.
“Kau
nak aku hantarkan?” tanya Sheqa lagi.
“Tak
apa, aku balik sendiri...” jawab Fira.
Ketika
dalam perjalanan pulang. Fira singgah di farmasi untuk membeli alat uji
kehamilan.
‘Macam
mana kalau betul aku pregnant? Fikri
akan terima ke?’ Fira bermonolog sendiri memikirkan sebarang kemungkinan yang
berlaku.
BAB 39
Selepas
menenangkan Ely dan menyuruh Ely beredar, Fikri keluar dari biliknya untuk
mencari Fira.
“Sheqa,
awak nampak Fira?” tanya Fikri ketika lalu di hadapan meja Sheqa.
“Fira?
Dia dah balik...” beritahu Sheqa.
“Balik?
Dia tak bagitahu saya pun...” balas Fikri.
“Dia
tengah marah kot. Sebab tu tak bagitahu En. Fikri agaknya...” jelas Sheqa.
“Kalau
macam tu tak apalah....”jawab Fikri seraya ingin berlalu.
“Err....
En. Fikri...” panggil Sheqa.
Fikri
segera menoleh dan kembali mendapatkan Sheqa.
“Kenapa
Sheqa? Ada apa-apa ke?” tanya Fikri curiga.
“Err...
Saya rasa baik En. Fikri pergi cari Fira. Dia tak sihat rasanya tu. Asyik
pening dan muntah-muntah je. Saya rasa.... Dia pregnant....” terang Sheqa kepada Fikri.
“Pregnant?” tanya Fikri seakan tidak
percaya.
Sheqa
hanya mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan Fikri itu.
“Emm..
Kalau macam tu tak apalah. Thanks
ya...” balas Fikri.
Dia
kembali semula ke biliknya. Dia mendail nombor telefon Fira, tetapi Fira menutupnya.
Kemudian
Fikri menelefon ibunya di rumah.
“Assalamualaikum....”
ucap Fikri memulakan bicara.
“Waalaikummussalam...”
jawab Datin Maria.
“Ibu,
Fira ada kat rumah tak?’’ tanya Fikri.
“Tak
ada, bukan ke dia pergi kerja dengan kamu ke tadi pagi?” tanya Datin Maria pula.
“Err,
dia dah balik...” jawab Fikri tergagap-gagap.
“Kamu
jangan macam-macam ya Fik...” ucap Datin Maria memberi peringatan.
“Err...Okeylah
bu, nanti kalau Fira balik bagitahu ya...” balas Fikri seraya menamatkan
perbualan.
Fikri
kaget , tidak tahu mana ingin mencari isterinya. Kemudian dia menghubungi bapa mertuanya
pula.
“Assalamualaikum
abah...” ucap Fikri memulakan bicara
“Waalaikummussalam...
Hah Fik, ada apa ni nak?” tanya Pakcik Fakrul.
“Err...
Fira ada kat rumah abah tak?” tanya Fikri tergagap-gagap.
“Kenapa?
Kamu gaduh lagi ke?” tanya Pakcik Fakrul tanpa menjawab pertanyaan Fikri.
“Ada
salah faham sikit. Fira tiba-tiba naik hangin
tadi, lepas tu dia terus balik, tak bagitahu Fik...” jelas Fikri.
“Dah
kenapa pula Fira ni. Macam-macam aja. Dia tak ada pula balik sini. Tak apalah,
nanti kalau dia ada balik, abah bagitahu ya...” balas Pakcik Fakrul.
“Terima
kasih abah....” ucap Fikri sambil menamatkan panggilan.
......................................................................................................................................................
Fikri
mendail nombor Fira sekali lagi, tapi tetap tidak berjaya. Akhirnya dia
mengambil keputusan untuk keluar mencari Fira.
“Sheqa,
saya nak keluar terus ni. Saya nak cari Fira, nanti apa-apa hal telefon nombor
saya ya...”pesan Fikri kepada Sheqa.
Sheqa
hanya mengangguk tanda faham.
Sudah
hampir setengah jam Fikri memandu keretanya mencari Fira. Namun tetap tidak
kelihatan susuk Fira di mana-mana tempat yang ditujunya.
...................................................................................................................................................
“Fira?
Kamu dari mana? Fik cari tadi....” beritahu Pakcik Fakrul saat Fira melangkah
masuk ke dalam rumah.
“Fira
naik atas dulu ya abah. Letih, nak mandi nak rehat....” balas Fira tanpa
menjawab pertanyaan abahnya.
Pakcik
Fakrul hanya menggeleng kepala melihat sikap anak perempuan tunggalnya itu.
Kemudian dia terus menghubungi Fikri memberitahu keberadaan Fira.
Hampir
satu jam kemudian barulah Fikri sampai di rumah Pakcik Fakrul.
“Assalamualaikum
abah. Dah lama Fira balik?” tanya Fikri sesudah saja masuk ke dalam rumah.
“Waalaikummussalam.
Dah dekat sejam juga. Pergilah naik, dia ada kat atas..” beritahu Pakcik
Fakrul.
Fikri
melangkah naik, menuju ke bilik tidur Fira. Dia lihat Fira sedang tidur di atas
katil. Perlahan-lahan dia pergi mendapatkan Fira. Wajah Fira kelihatan pucat.
Fikri membelai lembut rambut Fira.
Dia
rasa bersalah kepada Fira. Dia tahu dia tidak melayan Fira dengan sewajarnya.
Dia lebih mementingkan dirinya berbanding perasaan isterinya. Dia mengusap
wajah pucat isterinya itu. Lantas dia menghadiahkan sebuah kucupan di dahi
Fira.
Fira
terjaga dari lenanya. Dia terkejut bila dia merasakan ada orang mencium
dahinya.
“Emmmm....” Fira terkejut melihat Fikri berada
di sisinya.
“Awak
buat apa kat sini?” tanya Fira sedikit kasar.
“Saja....”balas
Fikri selamba sambil tersenyum kepada Fira.
“Tak
payah nak senyum kat saya, kalau senyuman awak tu senyuman palsu...” perli Fira
sinis.
“Okey!”
jawab Fikri pendek. Dia tahu Fira sedang marah dengannya. Kemudian dia terus
menuju ke bilik air untuk mandi.
Bengang
Fira mengenangkan sikap Fikri itu.
Di
dalam bilik air, Fikri terperasankan alat ujian kehamilan yang diletakkan oleh
Fira di tepi sinki. Alat tersebut menunjukkan tanda positif. Lantas Fikri
keluar dan terus mendapatkan Fira.
“Kenapa
awak tak cakap yang awak pregnant?”
tanya Fikri tegas.
“Pregnant? Bila masa saya pregnant?!’ balas Fira yang sedikit
bengang dengan Fikri.
“Ni
apa?” tanya Fikri lagi sambil menunjukkan alat ujian kehamilan di tangannya.
“Mana
saya tahu! Saya tak tengok lagi pun...” balas Fira selamba.
“Sudah,
lepas maghrib ni kita pergi klinik...” uacap Fikri. kemudian dia masuk semula
ke bilik air untuk mandi.
Selesai
mandi dan menunaikan solat maghrib, Fikri bersiap-siap untuk membawa Fira ke
klinik.
“Kenapa
awak tak siap-siap lagi ni?” tanya Fikri apabila dia lihat Fira masih tidak
bersiap-siap lagi.
“Saya
tak nak pergi...” jawab Fira selamba.
‘‘Kenapa
yang degil sangat ni?” ucap Fikri yang sudah mula geram dengan sikap Fira yang
degil itu.
Fira
tidak mengendahkan Fikri. Dia bangun dan ingin keluar dari bilik itu. Tetapi
kepalanya pusing. Fikri menarik tangannya. Sekali lagi Fira rebah tidak
sedarkan diri. Fikri jadi panik.
Fikri
mencempung Fira turun ke bawah. Sebelum keluar dia memberitahu Pakcik Fakrul
terlebih dahulu.
“Abah,
Fik nak keluar. Bawa Fira pergi klinik...” beritahu Fikri kepada Pakcik Fakrul.
“Ya
Allah, kenapa pula dengan Fira ni Fik?” tanya Pakcik Fakrul cemas.
‘‘Fira
pengsan. Ada kemungkinan dia pregnant. Fik
nak bawa dia pergi klinik. Buat check up...”
jelas Fikri.
“Hah
yelah. Baik-baik ya Fik..” pesan Pakcik Fakrul.
......................................................................................................................................................
“Macam mana dengan isteri saya doktor?” tanya
Fikri kepada Dr. Harlina, doktor yang memeriksa Fira.
“Isteri
Encik tak apa-apa, jangan risau. Dia cuma lemah sikit. Apa-apa pun saya nak
ucapkan tahniah, isteri Encik hamil masuk minggu ke-4...” jelas Dr. Harlina
sambil tersenyum.
“Alhamdulilah,
terima kasih doktor...”ucap Fikri sambil tersenyum riang.
“Nanti
saya berikan vitamin dan supplement
tambahan untuk ibu hamil...” tambah Dr. Harlina lagi.
Selepas
selesai, Fikri dan Fira menunggu diluar untuk mengambil ubat.
......................................................................................................................................................
Ketika
di dalam kereta, Fira hanya senyap tidak berkata apa. Fikri sesekali menoleh
Fira disebelahnya. Fikri tidak terus memandu pulang tetapi dia memandu menuju
ke sebuah taman.
“Awak
nak ke mana ni?” Fira bersuara tiba-tiba apabila dilihat Fikri memandu ke arah
yang berlainan dengan rumah abahnya.
Fikri
senyap tidak menjawab pertanyaan Fira. Fira geram. Dia memeluk tubuhnya tanda
protes.
Tiba
di sebuag taman, Fikri memberhentikan keretanya. Dia keluar dari pintu
keretanya dan membukakan pintu untuk Fira keluar.
“Keluarlah.
Takkan nak duduk dalam kereta aja...’’
Fira
keluar dari kereta itu dan mengekori langkah Fikri. Fikri duduk bersandar
dihadapan keretanya dan dia menarik Fira agar duduk dekat dengannya.
“Awak
ni kenapa? Asyik nak hangin saja? Pembawakan budak ya?” tanya Fikri lembut
sambil memegang tangan Fira.
Fira
hanya diam. Tiba-tiba dia rasa sebak. Fikri kaget melihat Fira.
“Kenapa
ni? Kenapa nangis?” tanya Fikri cemas.
“Kalau
awak tak suka saya pregnant, tak
apalah. Tapi saya tetap nak bayi ni. Saya tahu awak belum sedia nak dedahkan
rahsia perkahwinan kita. Tak apa, saya rela berhenti kerja duduk rumah abah. Asal
saya dapat teruskan kehamilan saya ni...’’ ucap Fira dengan sedu sedan yang
sudah mula kedengan.
“Apa
awak merepek ni?” tanya Fikri tidak mengerti.
“Saya
tahu, awak tak suka saya pregnant kan?
Awak tak nak bayi ni kan?” tanya Fira lagi.
“Bila
masa saya kata? Sudah-sudah, jangan menangis lagi. Ini kan zuriat saya, takkan
saya nak buang pula. Siapa kata saya tak suka awak pregnant?” duga Fikri.
“Habis
hari tu?” ucap Fira cuba mengingati perbualan mereka tempoh hari.
“Hari
tu hari tulah. Ini hari ni. Tak sama ok. Sudah ya sayang jangan menangis lagi...”pujuk
Fikri sambil menarik Fira ke dalam dakapannya.
“Awak
tipu, awak tak sayang saya...”ucap Fira tiba-tiba sambil menolak Fikri.
“Kenapa
ni?” tanya Fikri yang terkejut bila Fira menolaknya tiba-tiba.
“Awak
tipu..!!! Awak tak sayang saya. Awak selalu buli perasaan saya. Awak selalu
layan saya kasar. Awak suka cari pasal dengan saya. Awak selalu buat saya rasa
, macam saya ni yang terhegeh-hegeh kat awak. Bila saya perlukan awak, awak
buat tak tahu aja. Tapi bila masa awak, nak tak nak saya kena ikut aja. Awak
selalu lebihkan Ely dari saya. Awak biarkan aja Ely sakitkan hati saya, awak tak
pernah langsung nak menyebelahi saya...” luah Fira penuh emosi.
Fikri
tersenyum melihat Fira yang seperti tidak puas hati. Fikri tidak mahu
menyemarakkan api kemarahan Fira. Lantas dia mencium bibir Fira. Fira yang
sedang meluahkan rasa tidak puas hatinya, terdiam tiba-tiba. Fikri tahu, itu
sahaja cara untuk membuat Fira diam. Fikri tersenyum melihat wajah Fira yang
sudah merona merah.
Fikri
ketawa kecil melihat Fira. Lantas dia menarik Fira ke dalam dakapannya sekali
lagi.
“Hahaha
Comellah awak ni...” puji Fikri sambil memeluk Fira. Dia mencium ubun-ubun
Fira.
‘‘Awak
jahat!! Awak suka buli perasaan saya....”ucap Fira. Dia turut membalas pelukan
Fikri.
“Jahat-jahat
pun awak sayang juga kan?” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
“Dah,
jom balik. Kesian abah tunggu lama. Mesti dia risau..” ucap Fikri seraya
mengajak Fira pulang.
......................................................................................................................................................
“Assalamualaikum..”ucap
Fikri setibanya di rumah Pakcik Fakrul.
“Waalaikummussalam..”jawab
Pakcik Fakrul dan semua yang ada
“Ibu
dan papa pun ada kat sini juga?” tanya Fikri saat terpandang wajah kedua
orang tuanya.
Fikri
mengenggam erat tangan Fira ketika melangkah masuk ke dalam rumah.
“Mari
duduk sini Fira....” arah Datin Maria sambil menunjukkan tempat kosong di
sebelah kanannya.
“Fira
sorang je ke bu? Fik nak duduk mana?” tanya Fikri.
“Kamu
duduklah kat mana-mana...” balas Datin Maria bergurau.
Fira
duduk di sebelah ibu mertuanya, manakala Fikri duduk di tepi sofa bersebelahan
Fira.
“Hah!
Fik, Fira.macam mana?” Apa kata doktor?” tanya Pakcik Fakrul seakan tidak
sabar.
“Haah,
Fik. Aapa doktor cakap? Kami tak sabar ni nak tahu...” tambah Datuk Faizal
pula.
Fira
memandang Fikri di sebelahnya. Fikri turut membalas pandangan itu.
“Sebenarnya................”
Fikri sengaja melengah-lengahkan untuk memberitahu perkara sebenar.
“Sebenarnya
apa? Kamu jangan macam-macam. Kami datang sini sebab nak tahu berita gembira
dari kamu berdua. Boleh tak jangan nak main-main...”bebel Datin Maria.
“Ala
ibu, .janganlah marah. Sabar ya.....” gurau Fikri.
“Kamu
tu suka sangat main-main....” balas Datin Maria.
“Okey-okey.
Sebenarnya, kami bakal jadi mama dan papa tak lama lagi. Ibu pula akan jadi nenek.
Papa dan abah pula akan jadi atok ..” beritahu Fikri gembira. Dia memegang bahu
Fira. Fira turut tersenyum riang.
“Faiz
pula akan jadi paksu kan?” sampuk Faiz tiba-tiba yang sedari tadi hanya senyap
sahaja.
Mereka
semua ketawa mendengar kata-kata Faiz. Terlupa pula mereka pada faiz yang turut
berada di situ.
“Ya,
anak ibu yang sorang ni akan jadi paksu....” Datin Maria mengiyakan kata-kata
Faiz sambil memeluk anak bongsunya itu.
“Akhirnya
tercapai juga hajat ibu...” ucap Datin Maria sambil memeluk menantu kesayangan
itu.
“Terima
kasih ya Fira...” tambah Datin Maria lagi.
“Kat
Fira je ke bu? Fik yang kerja keras ni macam mana pula?” tanya Fikri sambil
tersengih.
Wajah
Fira sudah merona merah.
‘‘Yelah,
terima kasih juga kat anak ibu yang sorang ni...”ucap Datin Maria sambil
menepuk bahu Fikri. Fikri hanya tersengih seperti kerang busuk sahaja.
“Dah
berapa bulan usia kandungan kamu ni Fira?”tanya Datin Maria kepada Fira yang
sedari tadi hanya senyap.
“Dah
masuk minggu ke empat, Bu...” jawab Fira.
“Owh,
awal lagi. Jaga baik-baik ya nak. Kamu pun sama Fik. Janganlah aktif sangat...”
perli Datin Maria.
“Kalau
tak aktif, tak ada hasillah bu. Hehehe Lepas ni, ibu kena kerap tinggalkan kami
berdua, baru ada hasil. Hehehe” balas Fikri sambil tersenyum nakal
“Sudah-sudahlah
tu, kamu ni macam-macam aja Fik. Tengok Fira tu dah merah padam muka dia...”
tegur Datuk Faizal sambil tersenyum.
Semua
di situ turut tersenyum melihat wajah Fira yang sudah memerah.
‘’Hah!
Fik, Fira kamu berdua jangan lupa pula apa yang ibu cakap hari tu...” ucap
Datin Maria tiba-tiba.
“Benda
apa pula tu bu?” tanya Fikri.
“Kalau
Fira pregnant, ibu nak buat majlis
kamu berdua terus, tak mahu tunggu-tunggu lagi. Papa dengan abah kamu pun dah
setuju...” jelas Datin Maria.
“Em....”
terdengar keluhan dari mulut Fikri.
“Bila
ibu nak adakan majlis tu?” tanya Fikri lagi.
“Sebulan
dari sekarang...”jawab Datin Maria
“Hah...??
Sempat ke bu?” tanya Fikri. Sempat ke mereka mahu membuat persiapan dalam
tempoh sebulan ini.
“Sempat...
Semua ibu dah prepare awal-awal lagi.
Tinggal nak confirmkan tarikh
saja...” beritahu Datin Maria sambil tersenyum penuh makna.
“Dalam
minggu ni juga, kamu berdua kena pergi butik yang ibu tempah untuk tengok
baju pengantin...” tambah Datin Maria lagi.
“Advance betul ibu ni..” balas Fikri.
“Ibu
kamu biasalah Fik, lebih cepat dan ekspress dari pos laju. Hahahaha” sampuk
Datuk Faizal sambil ketawa.
Semua
yang berada di situ turut ketawa mendengar kata-kata Datuk Faizal itu.
BAB 40
Malam
itu, Fira dan Fikri bermalam di rumah pakcik Fakrul kerana Fira tidak mahu
pulang. Fikri tidak dapat menghalang keinginan isterinya itu. Tambahan pula,
isterinya itu baru sahaja baik dari merajuk dengannya. Datin Maria dan Datuk
Faizal juga sedia maklum dengan kemahuan mereka untuk bermalam di sana. Bagi
mereka tiada masalah, kerana bermalam di mana-mana sama sahaja. Asalkan anak
menantu mereka berada bersama.
“Awak...”
panggil Fira lembut. Saat itu, Fikri sedang duduk membaca majalah di meja tulis
dalam bilik Fira.
“Ye,
kenapa sayang??” jawab Fikri sambil menoleh ke arah Fira.
“Awak
okey ke dengan cadangan ibu tadi? Kalau awak tak ok, saya boleh pujuk ibu...”
tanya Fira.
“Tak
payahlah. Saya okey je. Lagipun, lambat laun orang tahu juga. Kandungan awak tu
pun makin lama makin membesar. Nak suruh siapa tanggungjawab kalau tak saya...”
balas Fikri sambil tersenyum. Dia kembali menumpukan pembacaannya.
“Terima
kasih awak...” ucap Fira tiba-tiba. Lantas dia memeluk Fikri yang sedang
membaca majalah di meja tulis.
“Hey.
Kenapa ni?’ tanya Fikri. Dia memusingkan tubuhnya untuk menghadap Fira.
“Tak
ada apa-apa. Terima kasih ya...” ucap Fira sekali lagi seraya menghadiahkan
sebuah ciuman di pipi Fikri. Kemudian dia berlalu ke bilik air. Fikri hanya
tersenyum.
....................................................................................................................................................
“Besarnya
teddy bear awak ni. Mengalahkan
saya...” tegur Fikri saat terpandangkan teddy
bear milik Fira yang diletakkan di atas katilnya.
“Kat
sini, dialah peneman saya tidur...” balas Fira sambil tersenyum nakal.
“Siapa
bagi? Boyfriend ke?” tanya Fikri. Ada
nada cemburu di situ.
“Awak
cemburu ea? Hehehe” duga Fira.
“Tak
kuasa. Dah tu, malam ni takkan awak nak tidur dengan teddy bear awak tu?” tanya Fikri lagi.
“Boleh
juga. Lagipun dah lama tak tidur dengan dia...” balas Fira sambil tersenyum
nakal.
“Tak
payah! Teddy bear ni, tidur dekat
pintu sana. Jaga pintu...” balas Fikri sambil meletakkan teddy bear milik Fira itu di tepi pintu.
“Awak
cemburu ea? Saya mana pernah ada boyfriend.
Awaklah boyfriend saya satu-satunya
merangkap suami kesayangan saya. Teddy
bear tu, abah yang hadiahkan masa hari lahir saya yang ke – 18 dulu..”
jelas Fira sambil tersenyum.
“Eak?
Malam ni tidur peluk saya ok. Jangan peluk teddy
bear...” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
“Ish,
gatal...” balas Fira pula.
“Awak
tidur kat tepi dinding ya. Saya tidur sebelah sini...” beritahu Fira sambil
menunjuk kea rah katilnya.
“Ish,
tak naklah saya...” balas Fikri.
“Kalau
tak nak, awak tidur kat bawah. Tak pun tidur dengan abah ke, ataupun kat ruang
tamu...” cadang Fira.
“Tegakan
awak buat macam tu kat suami awak. Tak baik tau buli suami...” ucap Fikri
seakan merajuk.
“Habis
tu. Nak macam mana?” tanya Fira sambil memikirkan cadangan yang lebih baik.
“Kita
dua-dua tidur kat bawah. Macam mana? Seronok kot...” jawab Fikri sambil
tersenyum nakal.
“Ish,
nak menggatal lah tu.Tak mahulah. Nanti badan sakit-sakit. Awak tak kesiankan
saya ke? Kan saya ibu hamil...” balas Fira sambil membuat muka sedih.
“Yelah-yelah.
Kita tidur atas katil. Tapi awak tidur tepi dinding ya. saya tidur sebelah
sini..” cadang Fikri pula.
“Alah,
awaklah tidur sana. Biar saya tidur sini. Nanti kalau saya rasa nak
muntah kan senang nak bangun pergi toilet...”
pujuk Fira
“Emm,
yelah. Nanti karang awak jatuh tergolek macam mana? Letak teddy bear awak tu kat bawah, buat alas. Kalau terjatuh nanti tak
sakit sangat. Hehehe”cadang Fikri sambil ketawa kecil.
“Merepek
aja awak ni lah. Saya tahulah katil saya tak sebesar katil awak. Bilik saya pun
tak sebesar bilik awak...”ucap Fira sedih.
“Hah!
Nak nangislah tu. Dah-dah eak? Jangan sedih, tak apa nanti saya peluk
awak kejap-kejap, biar tak terjatuh ya...” pujuk Fikri.
“Dahlah
tu. Jom tidur sayang. Esok nak kerja kan? Ke awak nak cuti esok?” tanya Fikri
sambil menarik Fira ke katil untuk tidur.
“Tengoklah
kalau saya rasa tak nak kerja, saya bagitahu awak ea...” jawab Fira.
“Kalau
awak tak nak kerja, saya pun tak nak kerja jugalah esok...”balas Fikri sambil
tersenyum.
“Saya
kerjalah esok. Tak nak cuti, nanti duduk rumah, awak asyik nak menggatal aja. Tak
mahulah saya...” balas Fira sambil tersenyum mengejek.
“Tak
apalah, gatal dengan isteri sendiri. Karang
menggatal dengan Ely, awak juga yang makan hati...” ucap Fikri selamba. Sengaja
mahu menyakat suaminya itu.
“Huh...!!”protes
Fira.
“Marahlah
tu. Dah ya sayang, jangan marah-marah. Tak baik untuk baby kita...” pujuk Fikri
seraya menarik Fira ke dalam pelukannya.
“Awak,
Ely macam mana?” tanya Fira tiba-tiba.
“Tentang
Ely, awak jangan risau. Pandailah saya nanti. Lagipun saya bukannya bercinta
dengan dia...” jawab Fikri.
Fira
hanya mengangguk tanda faham. Hari itu, Fira rasa sangat bahagia. Dia harap
kebahagiaan yang dirasakan saat itu bukanlah untuk sementara waktu. Dia
bersyukur kerana dengan rezeki yang Allah berikan, telah mengubah kehidupannya.
Benarlah kata orang, kalau anak itu pengerat hubungan dalam keluarga.
0 comments:
Post a Comment