Blogger Layouts

Wednesday, 8 February 2012

♥ JATUH CINTA!! 10 ♥


BAB 10
Sudah 3 hari Raja Shameera menjadi pelajar semula dan mengikuti orientasi. Selama itu jugalah dia tidak bertemu dengan kedua orang abangnya dan tidak terserempak dengan Tengku Shahmie. Raja Shameera sangat seronok dengan kehidupan barunya walaupun penat dan tidak cukup tidur, tetapi dia sangat seronok dengan apa yang dilaluinya sekarang. Tidak perlu memikirkan hal luar dan dalam masa yang sama dia tidak akan terserempak dengan Tengku Shahmie lagi.
Berbeza pula dengan Tengku Shahmie. Selepas pertemuan terakhirnya dengan Raja Shameera kelmarin, tidurnya tak lena, makan tak kenyang dan mandi tak basah. Setiap saat teringat akan Raja Shameera. Selama 3 hari ini juga, dia tidak langsung melayan dan keluar dengan mana-mana koleksi aweknya. Hanya wajah Raja Shameera sahaja yang berada di ruang mata dan mindanya.
‘Kenapa aku asyik teringat dia aja ni. Haish!!’ Tengku Shahmie berbicara sendiri di dalam hati.
‘Senyuman dia... Mata dia... Betul-betul buat jantung aku berdegup kencang.’ Tanpa sedar  Tengku Shahmie tersenyum sendiri.
‘Tapi dia tu dahlah garang...! Kuat membebel! Macam tak ada perasaan pun ye juga..Hish..!! Kasar pula tu..!’ Tengku Shahmie menggeleng-gelengkan kepalanya apabila mengingatkan sikap-sikap Raja Shameera itu.
‘Ah...! Tu tak penting... Tu semua boleh ubah.. Yang aku tahu aku dah suka dia..! Dahlah cute... Pandai masak pula tu.. Ermmm, tiba-tiba rindu pula kat dia...’ Tengku Shahmie tersenyum sendiri. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya, kemudian dia membuka galeri yang menyimpan gambar Raja Shameera. Dalam diam dia mempunyai 3 gambar Raja Shameera di dalam telefon bimbitnya. Gambar ketika pertama kali berjumpa di Golden Screen Cinema, Jaya Jusco, yang kedua ketika di Dataran Pahlawan dan yang ketiga ketika dia menemani Raja Shameera memasak tempoh hari. Dua gambar tersebut diambil secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan Raja Shameera. Tengku Shahmie tersenyum sendiri saat melihat gambar-gambar tersebut. Dia begitu leka sekali melihat gambar-gambar Raja Shameera sampaikan setiausahanya masuk ke dalam biliknya pun dia tak perasan.
“Hai Mie, dari tadi I tengok You tersenyum tak sudah-sudah. Ada apa-apa ke?” tanya Emily
Emily merupakan setiausaha kepada Tengku Shahmie merangkap salah seorang daripada koleksi teman wanitanya. Tetapi Emily sedikit berbeza dengan teman wanita Tengku Shahmie yang lain. Dia sangat bersungguh dalam mendapatkan cinta Tengku Shahmie. Dia tidak pernah berputus asa walaupun dia sedar yang Tengku Shahmie mempunyai ramai teman wanita dan tidak mungkin akan membalas cintanya. Malah, kesemua teman wanita Tengku Shahmie sedar akan perangai Tengku Shahmie itu. Bagi mereka itu tidak penting, yang penting dapat berdampingan dengan lelaki kaya yang mampu beri apa sahaja yang mereka mahu. Emily pula, walaupun acapkali Tengku Shahmie menyatakan perasaannya yang sebenar, dia tetap tidak peduli dan masih lagi berusaha menagih cinta Tengku Shahmie.
“Eh..! Bila You masuk?”tanya Tengku Shahmie saat terperasankan kehadiran Emily di dalam biliknya.
You tu khusyuk sangat dengan handset, sampai I masuk pun tak perasan..!” balas Emily sedikit kecewa
“Errr... Sorry..!” hanya itu yang mampu dibalas Tengku Shahmie
You masuk bilik I ni ada apa-apa ke yang You nak bagitahu..?” tambah Tengku Shahmie lagi
“Tak ada. Saje je..! Tiba-tiba rasa rindu dekat You..!” akui Emily jujur. Emily mendapatkan Tengku Shahmie. Kemudian dia duduk di atas meja sambil menghadap Tengku Shahmie. Tangannya  sudah bermain-main dengan tali leher Tengku Shahmie.
“Eh, Emily..! Janganlah macam ni. Tak eloklah.. Nanti kalau orang nampak macam mana?” tegur Tengku Shahmie yang kurang selesa dengan perbuatan Emily terhadap dirinya itu.
“Alah..! Tak apalah, biar semua orang tahu yang I ni kekasih You... Nanti tak adalah yang gatal nak main mata dengan You..” jawab Emily sambil tersenyum manja kepada Tengku Shahmie
“Emily... You tahu kan I anggap You macam mana..! Macam tu juga dengan Johana, Awin, Suzita, Diandra, Asmida, Rachel... Kalau dorang semua boleh faham kenapa You tak boleh faham..??”  walaupun nampak tegas penjelasan yang diberikan tetapi masih terselit lagi kelembutan pada nada suaranya. Habis disebut satu persatu nama teman wanitanya.
“Dorang tu tak ikhlas..! Dorang cuma nak kikis You aje.. I ikhlas cintakan You. Selagi You belum jadi milik siapa-siapa, selagi tulah I akan cuba dapatkan cinta You...”balas Emily sambil tersenyum penuh makna
“Emm... Kalau I dah ada seseorang yang memiliki hati I, You akan berhenti menagih cinta I..?” duga Tengku Shahmie mencari kepastian
“Kenapa...? You dah ada someone special ke?” yang diduga menduga kembali. Tengku Shahmie seolah-olah terperangkap dengan pertanyaan sendiri.
Belum sempat dia menjawab pertanyaan Emily, pintu biliknya diketuk dan ditolak dari luar. Terjengul wajah Raja Syazwan di sebalik daun pintu.
“Ups..!! Sorry disturb...” ucap Raja Syazwan
“Eh..! Tak adalah, masuklah...! “ arah Tengku Shahmie. Nasibnya baik, kerana Raja Syazwan datang tepat pada waktunya. Tengku Shahmie segera bangun dari kerusi dan mendapatkan Raja Syazwan. Emily turut turun dari meja dan meminta diri untuk beredar.
I keluar dulu la ye... En. Syazwan, You nak minum apa? I buatkan..” tanya Emily sebelum keluar
It’s okay... Thanks...” balas Raja Syazwan sambil tersenyum. Emily hanya mengangguk dan membalas senyuman Raja Syazwan. Kemudian dia beredar dari bilik Tengku Shahmie.
“Fuh...!!! Nasib baik kau datang. Kalau tak, tak tahulah aku...!” ucap Tengku Shahmie selepas Emily beredar dari biliknya.
“Eh, jemputlah duduk..” pelawa Tengku Shahmie
“Lah...! Kenapa pula? Patutnya aku minta maaf kat kau sebab kacau kau tengah bercinta. Hahahaha “ perli Raja Syazwan sambil ketawa
“Bercinta? Tolonglah..! Tak ada masa nak bercinta-cinta ni. Lepas ni kalau dah ada calon, aku terus ajak kahwin je..! Elak maksiat.. hahaha “ balas Tengku Shahmie pula
“Eh, bukan kau dah ada calon-calonnya ke? Tinggal pilih aje kot..” perli Raja Syazwan lagi
“Dorang semua tu? Not my taste lah... Semua kaki kikis, dah tu semua lagi tua dari aku..” jawab Tengku Shahmie
“Dah tahu tua, yang kau melayan juga buat apa..? Tapi tua sangat ke dorang tu?” Tanya Raja Syazwan ingin tahu
“Tua setahun dua dari kita. Yang muda dari kita tak silap aku si Johana dengan Awin kot..” jawab Tengku Shahmie. Dia sendiri kurang pasti dengan umur mereka semua. Malas mahu mengambil tahu, kerana dia berhubungan dengan mereka sekadar suka-suka bukan kerna cinta.
“Aku ni kalau nak cari calon, biarlah elok budi pekertinya... Tak boros, pandai masak, sedap mata memandang....” tambah Tengku Shahmie lagi sambil tersenyum penuh makna
“Banyak betul kau punya kriteria eak? Hahaha Dahlah, aku datang sini bukannya nak dengar kau cerita pasal calon-calon kau ke awek-awek kau ke..! Aku datang sini sebab nak ajak kau pergi lunch!” Raja Syazwan memberitahu tujuan asalnya berjumpa dengan Tengku Shahmie.
“Dah kau tanya, aku jawablah... hahaha” seloroh Tengku Shahmie
“Along mana? Selalu kau bukan lunch dengan dia ke?” tanya Tengku Shahmie pula
“Along dah keluar dulu, dia pergi airport. Hantar Kak Fara, dia nak balik Toronto hari ni..”  beritahu Raja Syazwan
“Owh... Patutlah cari aku. Hahaha”
“Lama juga dorang bertunang kan? Bila lah nak kahwin agaknya.”
“Kalau aku, tak naklah bertunang lama-lama ni. Nak kahwin aja terus. Hahaha” ucap Tengku Shahmie sambil ketawa
“Banyak songeh pula kau ni. Hahaha Hujung tahun ni dorang kahwin lah kot, lepas Kak Fara Habis belajar. InsyaAllah..!” balas Raja Syazwan
“Bila Kak Fara habis belajarnya?” tanya Tengku Shahmie lagi
“Pertengahan tahun ni kalau ak silap aku. Eyh! Dahlah... Aku dah lapar ni, jom keluar!” Raja Syazwan mengajak Tengku Shahmie keluar untuk makan tengahari bersama
“Yelah-yelah.. Jom! Naik kereta kau okey!”
...............................................................
Jam 2.30 petang barulah Tengku Shahmie pulang semula ke pejabat. Selepas menghantar Tengku Shahmie, Raja Syazwan terus kembali semula ke pejabatnya.
“Hai Mie, dari mana ni? Keluar dating dengan awek nombor berapa hari ni?” perli Tengku Iskandar saat terserempak dengan Tengku Shahmie di depan pintu masuk pejabat mereka.
“Eh, Ayah..! Mana ada dating... Mie baru balik makan dengan Wan tadi,” jawab Tengku Shahmie sambil tersengih kepada Ayahnya itu.
“Yelah Mie tu, macam Ayah tak tahu..!” balas Tengku Iskandar
“Betul..! Mie tak tipu..!” ucap Tengku Shahmie bersungguh-sungguh sambil mengangkat tangan seperti orang mengangkat sumpah.
“Dah-dah...! Macam-macam aja Mie ni..”
“Ni Ayah nak bagitahu, ibu suruh balik hari Jumaat ni, dia nak buat makan malam sikit. Ajak tiga beradik tu sekali, “ beritahu Tengku Iskandar kepada Tengku Shahmie
“Tiga beradik? Siapa yah?” tanya Tengku Shahmie tidak mengerti
“Siapalah kalau bukan kawan baik Mie tu, Si Wan dengan abang dan adik dia.” Jelas Tengku Iskandar
Sorry lah yah.. Mie blur sikit. Hehehe” seloroh Tengku Shahmie
“Jangan lupa pula ye pesan kat dorang. Ayah nak masuk dulu..” Tengku Iskandar  mengingatkan Tengku Shahmie sekali lagi dan dia kemudiannya meminta diri untuk masuk ke biliknya. Tengku Shahmie hanya mengangguk dan tersenyum. Kemudian dia juga terus berlalu ke biliknya.

3 comments:

Hustler said...

Suka Bab Ni!!! Ayat2 yang menarik. Hahaha~~~

achiem~ said...

oowh yeah..??? hahahhaaa nsib ko kate menarik...kih3

Aliesha Kirana said...

alaa. nk tengkujuh jmpeee shameera. hohoh