BAB 8
Sudah hamper seminggu Fira tidak datang ke pejabat. Fikri merasa rindu untuk menatap wajah gadis itu. Tetapi kerana egonya dia membuang jauh perasaan itu. Dalam tempoh seminggu itu, Fira telah membuat keputusan untuk memulangkan semula cincin yang diberikan oleh Datin Maria.
“Abah... nanti tolong pulangkan semula cincin ni kepada auntie maria ya....” pinta Fira sambil menyerahkan cincin tersebut kepada abahnya
“ kenapa pula ni Fira..? kamu ada masalah dengan Fikri ke..?” tanya pakcik Fakrul
“ tak adalah .. Fira cuma belum bersedia..dan Fira rasa , Fira tak mampu nak jadi isteri yang baik untuk dia...” balas Fira
Pakcik fakrul tahu, ada sesuatu yang terjadi antara Fikri dan Fira. Tanpa Fikri dan Fira tahu, kedua-dua ibu bapa mereka telah merancang sesuatu untuk menyatukan mereka berdua. Mereka juga tahu apa yang terjadi di antara FIkri dan Fira. Walau apa yang terjadi, mereka bertiga akan berusaha untuk menyatukan Fira dan Fikri. Mereka yakin fikri dan fira akan bahagia satu hari nanti
.............................................
Setelah seminggu bercuti, fira bekerja seperti biasa. Dia tetap menjalankan tugas-tugas dan syarat yang telah ditetapkan oleh fikri seperti biasa. Sejak fira memutuskan untuk membatalkan perkahwinannya dengan Fikri, datin Maria sering bermuram dan sedih. Hatinya sebak memikirkan apa yang terjadi dan hajatnya untuk bermenantukan gadis itu lebur. Datuk faizal sedih melihat keadaan isterinya itu. Lantas dia berpakat dengan isterinya dan sahabatnya itu dalam usaha menyatukan Fira dan Fikri.
..................................................
Kring...kring.... kring......
“ Hello Fik....papa ni.. ibu kamu masuk hospital....” bagitahu Datuk Faizal cemas.
Fikri yang cemas menerima panggilan itu, terus bergegas ke hospital. Setibanya di hospital, kelihatan Fira, pakcik fakrul, Datuk Faizal dan faiz berada di situ. Kelihatan Datin Maria ceria dengan kehadiran Fira di situ.
“ibu...ibu ok ke...? macam mana boleh jadi macam ni...?” tanya Fikri yang risau dengan keadaan ibunya.
“doctor kata..ibu kamu mengalami masalah kemurungan yang teruk... kalau dibiarkan berpanjangan, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang teruk...” jelas Datuk Faizal
“macam mana boleh jadi macam ni auntie... auntie tak sayang fira ke..? kenapa auntie tak jaga kesihatan...?” balas Fira sedih
Fikri hanya mendiamkan diri sahaja.
“ Jangan cakap macam tu.. auntie sayang Fira macam anak auntie sendiri...tapi tu lah, hajat auntie tak kesampaian..” jawab Datin Maria pilu.
Fira dan Fikri tunduk mendiamkan diri,. Rasa bersalah menghuni jiwa mereka. Lebih-lebih lagi Fikri. Datuk Faizal, Datin Maria dan pakcik fakrul hanya menyembunyikan senyuman yang terukir di bibir mereka. Faiz yang berada di situ hanya mendiamkan diri. Tidak mahu menyampuk perihal orang dewasa.
“ibu kamu jadi begini lepas kamu berdua batalkan perkahwinan kamu berdua.. kamu berdua jangan ingat kamu tak tahu apa yang terjadi antara kalian.. sebab sedih dan kecewalah ibu kamu jadi macam ni...” jelas Datuk Faizal lagi.
“ kalau Fik dengan Fira sayangkan ibu, dan tak mahu ibu sakit.. kamu berdua kahwin ye nak...” pinta datin maria
Datuk faizal dan pakcik fakrul hanya mengangguk setuju.
“ ermmm... isinkan kami berdua keluar untuk berbincang sebentar...” pinta Fikri
Mereka bertiga mengagguk tanda faham
“ Bang... agak-agak mereka berdua setuju tak...?” tanya Datin Maria
Faiz terkejut melihat ibunya yang tiba-tiba sahaja sehat.
“eh.... ibu bohong ea....? ibu pura-pura sakit ya...??” duga Faiz
“ kamu jangan pecahkan rahsia tau.... kamu nak kan kak fira jadi akak kamu...?” tanya datuk faizal
“mestilah bak..ok-ok... faiza jafa rahsia ni baik-baik..” bals faiz sambil tersenyum
Beberapa minit kemudian, fikri dan fira masuk semula ke bilik tersebut.
“ Ibu,,,, papa ... dan pakcik fakrul.. fik setuju untuk kahwin dengan fira...tapi.....” bagitahu fikri.
“ tapi fik tak mahu adakan majlis besar-besaran.. fik Cuma mahu adakan majlis akad nikah dan dihadiri oleh keluarga kita sahaja... fik tak mahu orang lain tahu yang kami dah berkahwin...” pinta fikri
Datin maria dan datuk faizal tercengang dengan jawapan yang diberikan oleh Fikri.
“ kamu setuju ke Fira...?” tanya datuk Faizal.
Fira hanya mengangguk menandakan dia bersetuju dengan cadangan itu.
“ kami lakukan ini demi ibu... itu saja syarat kami, kalau kalian setuju, kami akan berkahwin....” jelas Fikri lagi
“ baiklah...kami setuju...” jawab pakcik fakrul. Datin maria ingin membantah tapi apakah daya.
“ baiklah..kalau kamu ada syarat..kami pun ada syarat...” balas datuk Faizal pula.
“ untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku, kami akan adakan majlis pernikahan kamu dalam tempoh sebulan... no kompromi..” tegas Datuk faizal
Datin maria dan Pakcik Fakrul bersetuju dengan cadangan tersebut. Fikri dan Fira tidak mampu untuk membantah lagi.
2 comments:
huhu kawin jgk,igt td batal terus, kedian br mamat tu tau yg fira penting tuk dia.hehe apa2 pun sy bc next.
knpe cerita yer cm cepat sangad,,,tp citer ny ok laaa best gak
Post a Comment