Blogger Layouts

Monday 27 August 2012

~ CINTAKU UNTUKMU (41-50) ~


BAB 41
Keesokkan harinya Fikri dan Fira pergi kerja seperti biasa. Mereka beriringan masuk ke pejabat. Kebetulan Ely masih belum sampai lagi.
“Hay Sheqa...” tegur Fira ceria.
“Hay! Amboi, cerianya kau pagi ni. Ada apa-apa ke?” tanya Sheqa kembali.
“Ermm, ada kot. Hehee” balas Fira
“Kau ni memang betullah, mood sentiasa berubah-rubah sejak akhir-akhir ni...” Balas Sheqa kembali.
“Kau tak ada berita gembira ke nak beritahu aku?’’ tanya Sheqa sambil tersenyum penuh makna.
Fira hanya tersenyum sahaja. Baru dia ingin menjawab pertanyaan Sheqa, telefon di mejanya berbunyi.
“Hello sayang...” ucap Fikri.
“Hah? Awak ni betul ke tak?’ tanya Fira seperti tidak percaya.
“Betullah ni, apa tak betulnya.....” balas Fikri.
“Hah, kenapa ni? Kat office pun nak menggatal juga ke? Haish...” perli Fira
“Amboii, garangnya. Pagi tadi elok aja...” tegur Fikri.
“Lupa. Sorry. Hehehee ya Encik Bos, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” tanya Fira bergurau ceria.
“Hah camtu kan elok sikit. Ermmm, tak ada apa-apa. Cuma,  nak minta awak buatkan kopi. Dah lama awak tak buatkan saya kopi awak yang sedap tu...” pinta Fikri manja.
“Oowh, okey. Lima minit lagi saya hantarkan...” balas Fira seraya menamatkan panggilan.
“Amboii, kemain lagi mesranya dengan encik bos hari ni ya. Semalam mengamuk sakan, hari ni terlebih mesra pula...” tegur Sheqa selepas Fira meletakkan telefon.
Fira hanya membalas dengan senyuman di bibir.
“Haish! Memang betullah kau ni mood tak tetap...” ucap Sheqa lagi.
“Hehehee kejap ea,  nak pergi buatkan bos kesayangan air...” beritahu Fira.
“Bos kesayangan pula dah? Macam-macam...” perli Sheqa sambil tersenyum mengejek.
...............................................................................................................................................
Ketika Fira melangkah masuk ke bilik Fikri, Ely juga turut berada di dalam bilik itu.
“Ermm, sorry. Saya tak tahu Cik Ely ada sekali...” ucap Fira. Kemudian dia meletakkan air minuman Fikri di atas meja.
Ely hanya tersenyum sinis. Raut wajah Fira sudah berubah bengang. Fikri menjadi serba salah melihat raut wajah isterinya itu. Fira ingin segera keluar dari situ.
“Saya keluar dulu. Maaf mengganggu...” ucap Fira dengan riak wajah bengang.
“Err... Fira, tunggu kejap...” halang Fikri. Dia bangun dari tempat duduknya.
Fira tidak jadi untuk melangkah keluar. Dia terhenti di tepi pintu dan menekur lantai. Tidak mahu memandang wajah Ely ataupun Fikri.
“Ely, you keluar dulu ya. I ada hal sikit dengan Fira...” beritahu Fikri.
Fira memandang seketika ke wajah Fikri dan tanpa sedar dia tersenyum. Ely pula agak bengang dan seperti tidak mahu berganjak.
“Ely, please...” ucap Fikri lagi seakan memujuk. Akhirnya Ely akur, dia terus meluru keluar dan melanggar Fira yang berada di tepi pintu. Hampir sahaja Fira terjatuh. Nasib baik Fikri sempat memautnya.
Are you okay sayang...?” tanya Fikri.
Fira hanya mengangguk dan tersenyum. Kemudian Fikri mengajak Fira duduk di sofa.
“Ely buat apa dalam bilik awak tadi? Awak dah beritahu dia ke pasal kita?” tanya Fira ingin tahu.
“Belum sempat bagitahu apa-apa lagi...” jawab Fikri.
“Emmm..” keluh Fira.
“Kenapa ni? Merajuk ke?” tanya Fikri sambil memegang bahu Fira. Fira hanya senyap sahaja.
“Jangan merajuk-merajuk ok. Nanti kita keluar makan tengahari sama-sama ya. Ajak Sheqa sekali, nanti saya ajak Syafiq...” pujuk Fikri.
“Kenapa nak kena ajak dia orang pula?” tanya Fira tidak puas hati. Nak makan berdua pun payah. Siap nak kena ajak orang lain. Huh!
“Nak bagitahu pasal majlis kita, nak minta tolong dia orang apa yang patut. Sebab dia orang saja yang tahu pasal kita...” jelas Fikri. Fira akur dengan kata-kata Fikri. Fikri melepaskan Fira keluar dari biliknya apabila dia rasa mood Fira sudah okey.
......................................................................................................................................................
“Lamanya kat dalam bilik bos kesayangan kau tu. Hantar air ke ada buat benda lain kat dalam tu?” perli Sheqa sambil tersenyum nakal.
“Ish kau ni, macam-mcam aja. Takkan nak buat entah apa-apa pula kat office ni. Macam kat rumah tak ada...” balas Fira sambil tersenyum
“Manalah tahu. Hahaha”
“Apasal tadi, aku tengok minah senget tu muka masam aja keluar dari bilik bos kau?” tanya Sheqa ingin tahu.
“Dia tak puas hati kot pasal bos kesayangan aku tu suruh dia keluar tadi masa aku masuk...” jelas Fira.
“Owh,  patutlah...” jawab Sheqa pendek.
“Hah! Sebelum aku lupa, tengahari ni bos kesayangan aku tu ajak makan sama. Dia, aku, kau dan En. Syafiq...” beritahu Fira kepada Sheqa.
“Hah! Betul ke ni? Kenapa pula tiba-tiba aja ni? Haish..” tanya Sheqa curiga.
‘‘Adalah hal sikit nak bincang dengan korang...” jawab Fira sambil tersenyum.
Selepas itu, mereka membuat kerja masing-masing. Sheqa terlupa akan hal yang ditanyakan kepada Fira. Fira juga terlupa untuk memberitahu tentang berita gembira yang ingin disampaikannya tadi.
.....................................................................................................................................................
Tengahari itu, Fikri, Fira, Sheqa dan Syafiq keluar makan bersama-sama.
“Kami ada benda nak bagitahu ni...” ucap Fikri memulakan bicara.
“Kalau nak bagitahu yang En. Fikri dan Fira adalah pasangan suami isteri, saya dah tahu dah...” beritahu Sheqa.
“Haah, aku pun dah tahu juga...” tambah Syafiq pula
“Haish! Korang ni, sabarlah dulu. Bagilah bos kesayangan aku ni habiskan cakap dulu....” seloroh Fira.
“Bos kesayangan ??” tanya Fikri sambil memandang Fira. Fira hanya tersengih saja.
“Dia ni memang senget sikit sejak akhir-akhir ni, En.Fikri kena faham. Hahahaa” seloroh Sheqa sambil ketawa.
“Adalah sikit...” tambah Fikri pula. Fira sudah buat muka ingin merajuk.
“Hah nak merajuklah tu...” duga Fikri.
“Mana ada. Dahlah cepat sambung...” balas Fira.
 “Sebenarnya ada dua berita gembira yang kami nak bagitahu..” beritahu Fikri.
“Apa dia? Cuba straight aja. Haish! Lambat betul..” ucap Syafiq tidak sabar.
“Ish! En. Syafiq ni, kot ya pun sabarlah...” balas Fira.
“Entah kau ni pun. Bagilah aku ambil nafas dulu. Kami nak bagitahu yang sebenarnya, Kami akan adakan majlis perkahwinan kami dalam masa sebulan dari sekarang. Kami akan sebarkan perkahwinan kami kepada umum...” jelas Fikri.
“Owh, ye ke? Akhirnya. Tahniah-tahnia! Penat juga simpan rahsia korang lama-lama ni. Hahahaa”ucap Syafiq gembira.
So, Syafiq kalau boleh aku nak minta kau dengan Sheqa jadi pengapit kami masa majlis nanti...” beritahu Fikri.
“InsyaAllah tak ada hal punya...” balas Syafiq.
“Itu baru satu En. Fikri. Lagi satu?” tanya Sheqa pula tidak sabar.
“Awak bagitahulah...”Fikri menyuruh Fira menyampaikan berita tersebut kepada Sheqa dan Syafiq.
“Err... Sebenarnya kami berdua akan jadi papa dengan mama  tak lama lagi...” beritahu Fira malu-malu.
“Serius ke bos?” tanya Syafiq seakan tidak percaya.
Fikri hanya mengangguk mengiyakan pertanyaan Syafiq itu.
“Kan aku dah cakap semalam. Mesti kau pregnant. Betul kan apa yang aku jangka. Dah berapa minggu?” tanya Sheqa ingin tahu.
“Dah masuk minggu ke 4.... “jawab Fira sambil menunjukkan angka empat dengan jarinya.
“Tahniah-tahniah...!! Kira advance jugalah kau ya bos. Hahaha” seloroh Syafiq.
“Tahniah juga dari aku. Moga-moga dengan adanya zuriat ni, hubungan En, Fikri dan Fira akan bertambah baik...” tambah Sheqa pula.
“Terima kasih, mudah-mudahan...’’ jawab Fikri sambil memeluk bahu Fira.
Mereka menyambung kembali perbincangan mereka mengenai Majlis tersebut sehingga waktu rehat habis.
.....................................................................................................................................................
“Awak, bila nak tengok baju?” tanya Fira kepada Fikri ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas waktu kerja.
“Emm, nantilah.  Petang ni macam tak sempat aja...” jawab Fikri.
“Boleh tak kalau saya nak pilih warna gold? Saya nak nak pilih baju yang macam Farah AF pakai masa majlis resepsi dia, cantik kan?” tanya Fira meminta pendapat Fikri.
Gold? Tak naklah, silver lah  cantik...” balas Fikri pula.
“Tak nak lah, warna gold lah....” pujuk Fira.
“Warna lainlah. Tak naklah gold, saya tak sukalah...” Fikri pula menolak.
Sepanjang perjalanan, mereka asyik berbahas mengenai warna persalinan untuk majlis mereka nanti. Sampai di rumah, dan keluar dari kereta pun mereka masih membahaskan hal yang sama.
“Warna hitam ajalah, susah-susah sangat...” seloroh Fikri sambil melangkah keluar dari perut kereta.
“Ish, tak naklah. Macam nak berkabung aja...” ucap Fira
“Kamu berdua ni kenapa?” tanya Datin Maria saat terdengar anak menantunya berbahas sedari tadi.
“Fik ni bu, pilih warna tema entah apa-apa aja...” adu Fira.
“Dah Fik tak suka warna gold , nak macam mana...” balas Fikri pula.
“Sudah-sudah, jangan nak bertekak. Kamu ni Fik, cuba mengalah sikit dengan Fira...” bela Datin Maria.
Fira tersenyum mengejek kepada Fikri kerana dibela ibu mertuanya. Fikri pula membalas kembali. Ingin saja digeletek isterinya itu.
“Kamu berdua dah pergi tengok baju ke?” tanya Datin Maria.
“Belum lagi bu. Kami tak sempat...” jawab Fikri.
“Saya nak warna gold tau...” ucap Fira tiba-tiba.
“Yak nak!! Saya nak silver...” balas Fikri pula.
“Sudah-sudah jangan bergaduh! Macam budak-budak. Ibu sendiri dah buat  keputusan. Kamu berdua ikut aja. Untuk majlis sanding warna gold dan untuk makan damai dan potong kek, warna silver. Esok pergi butik tu, untuk tengok baju dan fitting apa yang patut...” beritahu Datin Maria.
“Ada siapa-siapa yang nak membantah...” tambah Datin Maria lagi.
“Tak ada, thanks ibu...’ ucap Fira sambil tersenyum. Dia memeluk ibu mertuanya itu.
“Jangan peluk ibu lama-lama. Nanti saya cemburu..” seloroh Fikri.
“Sudahlah tu, pergi naik atas mandi...” arah Datin Maria.
Fikri dan FIra beriringan menuju ke bilik mereka.
Senang hati Datin Maria melihat kemesraan anak menantunya itu. Dia yakin yang keputusannya menjodohkan Fikri dengan Fira adalah keputusan yang terbaik.




BAB 42
Tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi majlis perkahwinan Fikri dan Fira akan diadakan. Alahan Fira juga sudah berkurangan berbanding di awal-awal dia mendapat tahu tentang kehamilannya. Staf di pejabat juga masih belum tahu lagi tentang majlis tersebut termasuk Ely dan Hisyam.
“Awak...” panggil Fira ketika mereka makan tengahari bersama.
“Yups, kenapa?” tanya Fikri.
“Awak dah bagitahu Ely ke pasal kita ni? Saya rimaslah tengok dia tu asyik menempel aja...” beritahu Fira tidak berpuas hati.
“Nantilah saya bagitahu...” jawab Fikri selamba.
“Nanti tu bila? Majlis kita dah nak dekat...’'
“Awak ni macam payah sangat aja nak bagitahu dia. Kalau susah sangat, biar saya aja yang bagitahu..” tambah Fira lagi.
“Awak ni, saya tahulah. Janganlah desak-desak saya. Rimaslah saya...” balas Fikri yang sudah mula bengang.
“Herm, awak ni sayang saya ke tak sebenarnya? Kalau tak suka nak buat majlis ni cakaplah.. Kita batalkan aja terus. Tak payah sibuk-sibuk...” balas Fira. Dia sudah mula angin dengan sikap Fikri yang seperti tidak bersungguh-sungguh sahaja.
“Yang awak ni nak naik angin tiba-tiba kenapa? Ada saja yang tak puas hatinya. Payah betullah awak ni...’’ Fikri juga sudah mulai angin dengan sikap Fira.
Fira tersentak mendengar ucapan Fikri yang agak kasar itu. Dia terus meniggalkan Fikri bersendirian di situ dan kembali ke pejabat. Nasib baik tempat mereka makan itu agak tersembunyi sedikit.
.....................................................................................................................................................
Ketika dalam perjalanan pulang, Fira hanya menyepikan diri di dalam kereta. Begitu juga dengan Fikri. Setibanya di rumah, Fira terus keluar melulu dari kereta dan terus memasuki rumah. Sempat juga dia melemparkan senyuman pada ibu mertuanya yang berada di halaman.
Datin Maria berasa curiga melihat wajah Fikri yang masam.
“Kamu kenapa Fik? Bergaduh dengan Fira?” tanya Datin Maria.
“Menantu kesayangan ibu tu lah. Asyik nak naik angin saja...” luah Fikri.
“Kalau Fik tahu macam ni lah gayanya, Fik tak akan setuju nak buat majlis tu...” tambah Fikri lagi.
“Apa? Kamu jangan nak macam-macam. Kamu dah buat Fira tu mengandung, kamu tak nak bertanggungjawab pula?” bebel datin Maria.
'‘Ish ibu ni, cakap macamlah Fik dah buat benda tak elok kat Fira tu. Lagipun dia kan isteri Fik, tak kan Fik tak nak bertanggungjawab. Tak gentleman lah macam tu...” gurau Fikri
“Banyaklah kamu punya gentleman. Tadi kemain muka masam mencuka, ini nak bergurau pula dengan ibu...” bebel Datin Maria lagi.
“Alah ibu ni, gurau sikit pun dah tak boleh. Yelah, dah ada menantu kesayangan. Fik pun dah tak peduli...” Fikri berpura-pura sedih.
“Dah-dah jangan nak macam-macam. Semua ibu sayang tahu?” ucap Datin Maria.
“Cuba kamu beritahu , kenapa yang kamu masam aja ni? Yang sorang macam tu, yang sorang lagi macam ni. Risau ibu tengok...” tanya Datin Maria.
“Tak ada apa-apalah bu. Fik ok aja, Fira tu asyik nak naik angin saja. Ada aja benda yang tak kena. Kalau apa yang dia nak tak dituruti, mulalah nak merajuk. Letihlah Fik macam ni. dulu tak ada pula dia macam ni...” luah Fikri.
“Emm.. Sabarlah nak, perempuan mengandung memang macam tu. Emosi tak stabil. Macam perempuan nak datang bulan juga. Lagi satu, perempuan mengandung memang cepat sensitif. Fik kena banyak bersabar ya, lagipun anak yang dikandung tu kan anak Fik. Jadi nak tak nak, Fik kena tahan ajalah...” nasihat Datin Maria.
“Emm, yelah bu. Fik faham. Fik cuba ok...” balas Fikri sambil tersenyum kepada ibunya.
“Sudahlah tu, pergi masuk. Dah nak maghrib dah ni. Pujuk Fira tu, tak salah kita mengalah untuk orang yang kita sayang. Untuk kebaikan juga...” tambah Datin Maria lagi.
Fikri hanya tersenyum dan mengangguk tanda faham. Kemudian dia masuk ke dalam rumah.
.....................................................................................................................................................
Fikri melangkah masuk ke bilik tidurnya.  Fira cepat-cepat mengatur langkahnya ke bilik air. Langsung tidak dihiraukan Fikri. Fikri pula hanya membiarkan. Tidak mahu memujuk.
Selesai mandi dan solat maghrib, Fikri terus turun ke bawah untuk makan malam. Sedikit pun dia tidak mengajak Fira bersama. Memujuk Fira juga tidak. Fira bengang dengan sikap Fikri.
“Fira mana Fik?” tanya Datin Maria yang sedang menyediakan makan malam bersama pembantu rumah mereka.
“Kat bilik...” jawab Fikri pendek.
“Kenapa tak diajak turun makan sekali?” tanya Datin Maria lagi.
“Pandailah nanti dia turun...” jawab Fikri bersahaja
“Kamu tak baik lagi ke dengan Fira? Sudah.. ! Pergi panggil dia ajak turun makan. Ish kamu ni cuba jangan degil, cubalah beralah sikit...” bebel Datin Maria.
Fikri malas mahu melawan cakap dengan ibunya. Lantas dia menuruti sahaja arahan ibunya itu.
Ketika Fikri masuk ke bilik. Fira sedang duduk termenung di depan cermin.
“Ada juga pecah cermin tu karang....” perli Fikri. dia mendapatkan Fira yang berada di meja solek. Fira hanya menjeling Fikri dari dalam cermin. Kemudian dia bangun dan beralih duduk di katil. Fikri hanya mengekori dan turut duduk disebelahnya.
Fira ingin bangun tetapi sempat dihalang Fikri.
“Nak ke mana lagi ni?” tanya Fikri lembut.
“Lepaslah..!!” bentak Fira seraya ingin melepaskan tangannya dari Fikri.
“Cuba duduk kejap...” arah Fikri. Fira hanya menurut.
“Herm, marah? Merajuk?” tanya Fikri. Fira tidak menjawab tetapi mukanya sahaja yang cemberut menandakan yang moodnya tidak baik.
Fikri menarik Fira ke dalam dakapannya. Kemudian dia mencium dahi , pipi dan bibir Fira. Fira terpaku seketika. Fikri pula hanya tersenyum. Fira menolak Fikri perlahan.
“Awak memang suka ambil kesempatan kan?!” bentak Fira.
“Ye ke? Bukan awak suka ke?” perli Fikri dengan senyuman di bibir. Seronok dia melihat muka Fira yang sudah merah.
“Huh...!” protes Fira sambil memeluk tubuh.
“Itu je kan cara nak pujuk awak kalau tengah marah atau merajuk...” balas Fikri.
Fira hanya berdiam diri.
“Emm... Nak kena bagi kiss lagi ke baru ok ni?” gurau Fikri. Fira memberi jelingan maut pada Fikri. Fikri hanya tersenyum. Kemudian tanpa disangka dia menggeletek pinggang Fira.
“Awak..!! Janganlah, gelilah..!!” jerit Fira sambil ketawa kecil menahan geli.
“Hahahaha...” Fikri turut ketawa melihat Fira
“Nak merajuk lagi tak?” tanya Fikri sambil tersenyum
“Emm...” balas Fira.
“Kenapalah isteri saya ni kuat merajuk agaknya ya. Emm, nanti baby lahir mesti kuat merajuk dan kuat nangis...” perli Fikri.
Fira hanya memuncungkan mulut. Fikri geram. Dia mencium bibir itu sekali lagi dan tersenyum nakal pada Fira.
“Awak..!!!” bentak Fira. Dia memukul lembut lengan Fikri.
“Awak ni suka tau ambil kesempatan...” ucap Fira.
“Mana ada, saya cuma bagi hadiah kat isteri saya yang kuat merajuk sekarang ni...” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
“Orang merajuk dia bukan nak pujuk betul-betul. Tak romantiklah awak ni...” balas Fira pula.
“Nak pujuk macam mana? Nak romantik-romantik saya tak pandailah. Nak bagi bunga? Dalam bilik ni tak ada bunga...” ucap Fikri selamba.
“Huh...!!” Fira mencebikkan mulutnya.
“Buat lagi macam tu, nanti saya cium baru tahu!” ucap Fikri sambil cuba mencium Fira.
“Eee, gatal!!” Fira mencubit lengan Fikri geram.
“Aduh! Sakitlah sayang...” Fikri pula yang berpura-pura merajuk. Fira kaget.
“Err, awak. Sorry-sorry, sakit ke?” tanya Fira.
“Sakitlah....” balas Fikri sambil memalingkan badannya dari menghadap Fira. Dia berpura-pura merajuk.
“Awak, sorry tak sengaja. mari saya tengok...” pinta Fira.
“Tak payah!” balas Fikri yang kononnya merajuk dengan Fira.
“Awak, saya minta maaf ya? Jangan merajuk ya...” pujuk Fira lagi.
Fikri hanya diam. Fira bangun dan pergi ke hadapan Fikri.
“Awak, please...” pujuk Fira lagi sambil memegang tangan Fikri. Dia melihat muka Fikri dengan sayu.
Fikri tidak sanggup melihat wajah Fira yang sayu itu.
“Okey,saya boleh maafkan awak. Tapi dengan syarat....” ucap Fikri sambil tersenyum nakal.
“Apa syaratnya?” tanya Fira ingin tahu. Suaminya ini bukannya boleh dipercayai sangat.
“Bagi saya kiss. Dekat sini dan sini...” pinta Fikri ambil menunjukkan kedua-dua belah pipi dan bibirnya.
“Ish, tak naklah!” balas Fira malu-malu.
“Ok, tak nak tak apa...” jawab Fikri. Sengaja mendyga isterinya itu.
Fira teragak-agak. Akhirnya dia buat juga seperti yang dipinta Fikri. Dia mencium pipi Fikri kedua-dua belah dan kemudian turun ke bibir Fikri. Dia tertunduk malu.
Thanks sayang. Jangan merajuk lagi ya. Saya pun nak minta maaf kat awak kalau tadi petang saya pun ada marah-marah awak...” ucap Fikri sambil memeluk Fira.
Fira turut membalas pelukan Fikri. Semenjak disahkan mengandung, Fira mudah saja naik angin dan cepat merajuk. Pantang silap sikit, pasti cepat saja dia berubah mood.
....................................................................................................................................................
“Fik dengan Fira tak turun lagi ke?” tanya Datuk Faizal yang baru sahaja turun bersama Faiz.
“Tadi Fik dah turun, tapi tak diajaknya Fira sekali. Saya suruh dia panggil Fira, tapi sampai sekarang tak turun-turun lagi...” balas Datin Maria.
“Faiz, pergi panggil abang dengan kakak kamu tu. Entah apa lagi dibuat lama sangat agaknya...” arah Datin Maria.
Belum sempat Faiz memanggil Fikri dan Fira, mereka sudah turun terlebih dahulu.
“Kamu ni pergi panggil Fira ke pergi buat benda lain Fik?” perli Datin Maria saat terpandangkan Fikri dan Fira.
“Sambil-sambillah bu...” jawab Fikri sambil tersenyum nakal. Fira yang geram mendengar jawapan Fikri itu mencubit pinggang Fikri. Fikri mengaduh kecil kerana terkejut.
“Kena sepit dengan ketam ke abang Fik? Hahaha” perli Faiz pula selamba.
“Ketam?” tanya Datin Maria tidak mengerti.
“Yelah ketam. Abang Fik tu kan gatal bu,  tu pasal kena sepit dengan ketam...” perli Faiz lagi sambil tersenyum mengejek pada Fikri.
“Ada-ada aja kamu ni Faiz. Ketamlah apalah...” Datin Maria hanya menggelengkan kepalanya mendengar kata-kata anak bongsunya itu.
“Pandai-pandai Faiz je ye kata abang macam tu. Nanti abang tak nak tolong ajarkan matematik lagi...” ugut Fikri.
“Tak apa, Kak Fira ada. Kan kakak kan?” ucap Faiz sambil tersengih pada Fira.
Fira hanya tersenyum dan mengangguk sahaja pada Faiz.
“Yelah, mentang-mentang dah ada kak Fira. Abang sendiri pun dah tak pedulikan...” Fikri berpura-pura merajuk.
“Aik, merajuk ke anak ibu ni?” perli Datin Maria.
“Alah bu, kalau abang Fik merajuk Kak Fira kan ada tolong pujuk...” balas Faiz pula sambil tersenyum.
Fira memandang seketika Fikri di sebelahnya untuk memastikan sama ada Fikri betul-betul merajuk atau tidak. Fikri hanya makan dengan selamba. Sedikit pun tidak mengendahkan pandangan Fira.
“Hai, hati kering macam kamu pun reti merajuk ke Fik. Hahaha” perli Datuk Faizal.
“Pembawakan budak la Pa, sensitif. Hehehe” balas Fikri tiba-tiba sambil tertawa kecil. Tidak jadi dia ingin berpura-pura merajuk. Datuk Faizal dan Datin Maria hanya tersenyum.
“Awak perli saya ea?” ucap Fira sambil mencubit peha Fikri. sekali lagi Fikri mengaduh kesakitan.
“Kena sepit ketam lagi ea abang Fik? Hahaha” perli Faiz sekali lagi.
“Tulah, ketam mana entah yang sesat agaknya...” jawab Fikri selamba. Suka benar dia menyakat isterinya itu didepan ahli keluarganya yang lain.
“Sejak-sejak ada baby ni, asyik nak menyepit aja kerjanya...” tambah Fikri lagi cuba bergurau.
Yang lain turut ketawa sama. Fira sudah membuat muka bila Fikri tidak sudah-sudah mengenakannya. Datuk Faizal yang perasaan akan perubahan pada wajah menantunya itu lantas menegur.
“Fira okey ke ni?” tanya Datuk Faizal.
“Fira okey je...” jawab Fira sambil tersenyum.
 “Jangan masam-masam muka, nanti jadi macam angry bird pula...” sakat Fikri lagi sambil tersengih.
“Kamu ni Fik, ada-ada saja. Nanti kalau dia merajuk baru kamu tahu...” ucap Datin Maria.
“Takkan merajuk kot sayang, kan gurau-gurau aja...” ucap Fikri. Kadangkala Fikri langsung tidak mengambil peduli sensitiviti isterinya itu.
“Fira okey Bu, jangan risau...” balas Fira. Dia tidak mahu Datin Maria dan lainnya merasa tidak selesa melihat keadaannya itu. Walaupun dia tidak suka bila Fikri asyik menyakatnya.




BAB 43
Selesai makan dan membantu ibu mertuanya mengemas meja, Fira terus naik ke bilik untuk solat Isyak. Fikri sudah terlebih dahulu masuk ke bilik untuk bersolat.
“Awak merajuk ke?” tanya Fikri saat Fira sedang melipat telekung usai solat Isyak.
Fira senyap sahaja tidak berkata apa.
“Tak baik tahu, suami tanya buat tak tahu saja...” ucap Fikri cuba memancing minat Fira untuk bercakap dengannya. Tetapi Fira masih lagi diam tidak mahu bercakap. Dia tahu Fira mungkin terasa hati dengannya ketika di meja makan tadi kerana Fira senyap sahaja bila dia menyakatnya. Ketika mereka berbual-bual, Fira hanya menyampuk sekali sekala sahaja.
“Tak takut ke, kalau suami tidur dalam keadaan kecil hati, malaikat laknat sampai subuh?” duga Fikri pula mencari reaksi Fira.
‘’Herm...” Fira mengeluh kecil. Fikri tersenyum melihat Fira.
Fikri tahu, itu salah satu kelemahan Fira. Fira seorang isteri yang taat, dia tidak mungkin akan membiarkan Fikri terasa hati dengannya.
“Awaklah! Suka-suka aja kata saya macam itulah, inilah. Sensitif tahu!” akhirnya Fira bersuara.
Fikri hanya melemparkan senyuman kepada Fira.
“Tengoklah tu, dah buat orang macam ni boleh pula dia senyum-senyum...” Fira geram melihat Fikri tersenyum-senyum. Dia sudah muncung sedepa. Tiba-tiba dia rasa sebak. Dia sendiri tidak pasti kenapa.
“Laa, kenapa ni? Takkan saya senyum macam ni awak sedih kot...” Fikri kaget melihat wajah Fira yang tiba-tiba berubah mendung.
Fira hanya diam. Dia seperti sudah hendak menangis.
“Err, janganlah nangis. Saya minta maaf ok... “pujuk Fikri sambil memegang bahu Fira. Fira menepis tanda protes.
“Janganlah merajuk, saya minta maaf ya. Emm, nanti kita pergi shopping ya? Tengok wayang ke?” cadang Fikri cuba untuk memujuk Fira.
“Tak nak..!!! “ bentak Fira.
“Habis tu nak apa?” tanya Fikri  yang masih lagi memujuk.
“Saya boleh maafkan awak tapi dengan satu sayarat...” balas Fira dengan senyuman yang sudah terukir di bibir.
“Emm.. okey, apa syaratnya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya teringin nak makan bubur durian...” beritahu Fira. Tiba-tiba sahaja tekaknya teringin nak makan bubur durian.
“Owh, ingatkan apalah tadi. Ok, esok saya suruh ibu atau Mak Jah masakkan ya...” balas Fikri sambil tersenyum.
“Tak nak!!! Saya nak awak yang masakkan...” rengek Fira.
“Saya mana pandai. Suruh ajalah Mak Jah yang masakkan...” jawab Fikri.
“Tak nak!! Saya nak awak juga yang masakkan. Please... ” rayu Fira dengan wajah yang sayu.
“Saya tak pandailah sayang. Nanti tak sedap macam mana?” Fikri masih lagi memberi alasan. Memang dia tidak pandai masak bubur durian. Makan pandailah.
“Huh, alasan! Bukannya tak boleh belajar...” balas Fira. Dia terus merebahkan dirinya untuk tidur tanpa menghiraukan Fikri. Dia mahu Fikri tahu yang dia sedang merajuk kerana Fikri tidak mahu menuruti permintaannya. Padahal bukan selalu pun dia buat permintaan pada Fikri. Inilah kali pertama. Itupun kerana dia mengandung.
Fikri pening kepala melayan karenah Fira. Sensitif sungguh sejak mengandung ini. Asyik-asyik nak merajuk, nak marah.
Hari ini sahaja sudah dua kali dia merajuk. Jenuh Fikri mahu memujuknya.
......................................................................................................................................................
Pagi itu, Fira masih lagi merajuk dengan Fikri. sedikit pun tidak dihiraukan Fikri. Datin Maria yang perasan akan hal tersebut segera bertanya kepada Fikri.
“Kamu gaduh lagi dengan Fira ke Fik? Ibu tengok muka Fira masam aja...” tanya Datin Maria kepada Fikri.
“Tak gaduh pun...”
“Fira tu merajuk sebenarnya dari malam tadi...” tambah Fikri lagi.
“Pasal hal yang kat meja makan semalam tu ke?” tanya Datin Maria lagi. Manalah tahu kalau-kalau menantunya itu terasa hati kerana Fikri tidak sudah-sudah menyakatnya.
“Bukan, ni pasal hal lain...” belum sempat Fikri menjelaskan lebih lanjut kepada ibunya, sudah terdengar bunyi hon kereta dari luar.
“Tengoklah menantu ibu tu, dah  mulalah tu nak buat perangai....” adu Fikri.
“Kamu tu pun, beralah sikit dengan Fira tu. Perempuan mengandung memang macam tu moodnya...” pesan Datin Maria.
“Tapi takkan hari-hari macam tu bu, jenuhlah Fik kalau macam tu...” balas Fikri.
“Tak semua orang sama, mungkin awal-awal mengandung aja macam tu. Nanti dah lama-lama okeylah tu. Sabar ajelah...”
“Sudahlah tu, pergi cepat!” arah Datin Maria.
Selepas menyalami ibunya, Fikri terus keluar pergi mendapatkan Fira di dalam kereta.
“Awak ni kenapa? Cubalah sabar sikit! Nasib baik ibu faham...” bebel Fikri kepada Fira sebaik sahaja dia memasuki kereta.
Fira hanya diam. Langsung tidak memperdulikan Fikri. Fikri hanya menggeleng melihatkan sikap isterinya itu. Tiba-tiba jadi keras kepala bila mengandung.
......................................................................................................................................................
Tiba di pejabat, Fira terus meluru masuk tanpa  mengendahkan Fikri.
Sheqa yang perasan akan wajah Fira yang masam tidak jadi menegur Fira yang baru duduk di tempatnya. Fikri melemparkan senyuman kepada Sheqa saat melintasi meja Sheqa. Sheqa memberikan bahasa isyarat kepada Fikri tentang Fira, tapi dapat dikesan Fira.
“Tak payah nak buat isyarat. Macam orang tak faham...” perli Fira. Sheqa hanya tersengih menghadap Fira. Fikri pula terus melangkah masuk ke biliknya.
Tidak lama kemudian, Syafiq melintasi meja Fira.
“Fira , saya nak jumpa bos kesayangan awak boleh tak?” gurau Syafiq sambil tersenyum ceria.
“Masuk ajalah...” jawab Fira malas.
“Kenapa dengan bestfriend awak ni Sheqa?” saja Syafiq bertanya pada Sheqa. Pelik dengan mood Fira pagi itu.
“Biasalah En. Syafiq, macam tak faham-faham pula...” balas Sheqa sambil tersengih.
“Ni nak masuk ke tak nak?” tanya Fira bengang. Syafiq hanya tersengih, kemudian dia melangkah masuk ke bilik Fikri.
“Hah, Syafiq. Kenapa? Pagi-pagi dah menjengah bilik aku...” tegur Fikri saat Syafiq melangkah masuk ke biliknya.
“Nak apa bos tanya? Aku datang ni nak ajak bos pergi lawat sitelah. Lupa ke?” beritahu Syafiq.
Walaupun Fikri tugas Fikri adalah dalam bidang Pengurugan Sumber Manusia, tetapi sejak akhir-akhir ini Datuk Faizal seringkali memberikan tugas seperti melawat tapak dan perjumpaan dengan pembekal kepada Fikri. Dia mahu Fikri mengambil tahu bidang tugas yang lain kerana suatu hari nanti syarikat itu akan diserahkan kepada Fikri juga untuk diuruskan.

“MasyaAllah!! Macam manalah aku boleh lupa. Hai ni semua sebab Firalah ni...” balas Fikri sambil menepuk dahinya.
“Cakap pasal Fira, kenapa dengan dia tu? Moody semacam aja...” tanya Syafiq meminta kepastian Fikri.
“Merajuk...” jawab Fikri pendek.
“Merajuk?” tanya Syafiq kembali.
“Haah, dia minta aku buatkan dia bubur durian. Manalah aku tahu. Perempuan mengandung memang macam tu ke? Banyak sangat karenahnya...” jelas Fikri.
“Entahlah, memang kot...” jawab Syafiq.
“Alah, masak ajalah apa susahnya. Minta tolong dengan ibu bos ke bibik ke. Yang penting si Fira tu puas hati...” tambah Syafiq lagi
“Emm, tengoklah nanti...” jawab Fikri.
“Jangan tengok-tengok bos. Baik bos buat aja. Aku pernah dengar mak aku bebel kat abang aku. Dia cakap kalau perempuan mengandung ni nak makan apa-apa, bagi aja. Karang kempunan. Lepas tu nanti anak lahir, air liur meleleh aja...” jelas Syafiq.
“Ye ke?” tanya Fikri seakan tidak percaya.
“Yela tu agaknya. Manalah aku tahu, aku pun dengar orang tua-tua cakap. Kalau bos nak ke kepastian, cuba tanya ibu bos ke...” jawab Syafiq.
“Nantilah aku tanya. Banyak benda juga nak amik tahu ni...ermm!”
“Eh.. Jomlah kita pergi sekarang..” ajak Fikri
Sebelum meinggalkan office, sempat Fikri memberitahu Fira terlebih dahulu.
“Fira , saya nak keluar lawat site kejap dengan Syafiq...” beritahu Fikri
Fira hanya mengangguk sahaja. Langsung tidak dipandang muka Fikri. Fikri mengeluh kecil dan memandang ke arah Syafiq. Syafiq hanya tersenyum dan mengjungkit bahu. Kemudian mereka berdua keluar dari pejabat.
.....................................................................................................................................................
Fikri dan Syafiq pulang semula ke pejabat ketika waktu rehat. Fikri segera mencari Fira. Dia mahu memujuk isterinya itu. Tidak mahu rajuk isterinya itu berpanjangan.
“Awak tak keluar makan ke Sheqa?” tegur Fikri ketika ternampak kelibat Sheqa.
“Baru sudah makan dekat pantry tadi..” jawab Sheqa sambil tersenyum mesra.
“Owh, nampak Fira tak?” tanya Fikri lagi.
“Tadi dia makan dengan saya dekat pantry, lepas tu dia beredar dulu. Erm, cuba En.Fikri tengok dia kat ruang santai sana, dia  kata tadi dia nak ambil angin kejap...” beritahu Sheqa.
“Okey, thanks ya...” balas Fikri sambil berlalu meninggalkan Sheqa.
Fikri pergi mendapatkan Fira yang sedang duduk sendirian di ruang santai yang terdapat di pejabat itu. Dia segera menegur isterinya itu.
“Hai sayang, sorang aje ke?” tegur Fikri, cuba berbasa-basi dengan isterinya itu. Mana tahu kalau-kalau mood isterinya itu sudah berubah.
“Taklah, berdua. Tak nampak ke?” jawab Fira sinis.
“Hermm...” keluh Fikri.
“Awak merajuk lagi ke pasal bubur durian tu?” sambung Fikri lagi.
“Awak tu, susah sangat ke nak penuhi permintaan saya? Bukannya saya minta benda pelik-pelik pun. Suruh masakkan bubur durian aja pun Lagipun, ni lah kali pertama saya buat permintaan dekat awak....” balas Fira. Dia sudah mula hendak menangis. Sensitif betul dia.
“Alahai, janganlah nangi. Lemah betullah saya macam ni..” pujuk Fikri.
“Emm. Yelah-yelah saya masakkan, tapi kalau tak sedap jangan marah pula nanti..” tambah Fikri lagi. Akhirnya dia mengalah dan menuruti juga permintaan isterinya itu.
Fira seakan tidak percaya apa yang baru sahaja didengarinya itu. Lantas dia segera menoleh ke arah Fikri. Meminta kepastian.
“Ye, kenapa? Tak percaya?” tanya Fikri bila dilihat Fira seperti tidak percaya dengan apa yang diucapkannya tadi.
“Betul ni? Tak tipu?” tanya Fira minta kepastian. Dia mengelap air matanya dengan jari.
“Ya sayang. Tapi kalau tak sedap jangan marah pula...” jawab Fikri.
“Tak apa, yang penting dapat makan bubur durian yang awak masak...” balas Fira. Wajahnya yang suram tadi berubah ceria.
“Erm, yela. Nanti lepas kerja kita pergi cari durian dengan barang-barang lain ok?” beritahu Fikri.
“Ok, thanks awak. Sayang awak! “ ucap Fira sambil memaut lengan Fikri. Hilang terus rajuknya.
“Habis selama ni, tak sayang ke?” tanya Fikri sengaja ingin menduga.
“Sayang juga tapi hari ni lagi sayang...” jawab Fira sambil tersengih.
“Yalah tu. Dah jom, karang staf lain nampak, apa pula kata dia orang...” Fikri mengajak Fira kembali ke tampat. Rajuk Fira juga sudah hilang. Pening Fikri dengan sikap isterinya yang sorang itu. Kalau tidak sebabkan Fira sedang mengandungkan anaknya, tak mungkin dia akan melayani karenah Fira.
Selepas pulang dari kerja, Fikri terus membawa Fira ke pasar tani untuk mencari buah durian dan barang-barang lain untuk membuat bubur durian. Setelah mendapatkan semua barang yang dikehendaki, mereka terus pulang ke rumah.
......................................................................................................................................................
“Banyak durian kamu beli? Siap dengan kacang hijau lagi. Nak buat bubur ke..?” tegur Datin Maria ketika  Fikri meletakkan durian dan barang-barang untuk membuat  bubur durian.
“Ye ibu, menantu kesayangan ibu ni nak makan bubur durian...” jawab Fikri sambil memeluk bahu Fira.
“Bubur durian yang Fik masak...” tambah Fira sambil tersenyum.
“Pandai ke Fik?” tanya Datin Maria sambil tersenyum kepada Fikri.
“Entahlah bu. Ibu ajalah yang tolong masakkan, boleh?” pinta Fikri kepada Ibunya. Sengaja dia berkata begitu, dia ingin melihat bagaimana agaknya reaksi isterinya.
“Awak ni tipulah! Tadi kata nak masakkan. Saya tak nak orang lain, saya nak awak juga yang masakkan!!” rengek Fira. Fira sudah memeluk tubuh tanda protes.
Datin Maria hanya tersenyum sahaja.
“Masakkanlah Fik, kesian menantu ibu tu. Nanti Ibu ajarkan...” ucap Datin Maria sambil tersenyum.
“Hish..!! Manja betul sekarang ni! Ye lah sayang, kita naik atas dulu, mandi  dan solat ya. Nanti turun balik masak bubur, boleh?” Pujuk Fikri. Dia mencuit hidung isterinya itu. Fira hanya mengangguk. Serta- merta wajahnya kembali ceria.
......................................................................................................................................................
Selepas maghrib Fikri dan Fira turun kembali ke dapur.
“Awak pergi duduk kat depan tu dengan Faiz, nanti dah siap masak saya panggil...” beritahu Fikri
“Tak nak! Saya nak duduk sini nak tengok sendiri betul tak awak masak...” balas Fira.
‘Aik, macam pernah dengar aja ayat tu. Tu bukan ayat aku ke dulu...’ gumam Fikri di dalam hati. Dia tersenyum sendiri. Tak sangka Fira akan memulangkan paku buah keras kepadanya.
Sekarang ini sejak Fira mengandung, banyak benda yang berubah. Kalau dulu Fikri selalu membuli Fira dan Fira selalu mengalah dengannya tapi sekarang sudak terbalik, Fikri yang terpaksa mengalah dengan Fira.
“Yelah-yelah...” jawab Fikri pendek. Malas nak panjang-panjangkan cerita.
Datin Maria telah menunjukkan cara-cara memasak bubur durian kepada Fikri.
“Awak nak makan durian ni tak?” tanya Fikri kepada Fira ketika dia mengopek buah durian untuk dibuat bubur.
“Tak nak!! Nak makan bubur durian aja...” jawab Fira.
Fikri hanya menggelengkan kepala dengan karenah isterinya itu.
Setelah bubur durian siap dimasak, Fikri menghidangkannya kepada Fira.
“Malam ni, kita  makan bubur durian aja ye...” beritahu Datin Maria kepada suaminya yang baru sahaja menjenguk ke dapur.
“Siapa yang masak? Mak Jah ke?” Tanya Datuk Faizal pula.
“Bukanlah. Anak lelaki abanglah. Menantu kita ni  teringin nak makan bubur durian buatan Fik...” Terang Datin Maria.
“Owh. Dah tu, dah siap ke belum ni?” Tanya Datuk Faizal lagi.
“Dah. Ni Fik nak bagi Fira cuba dulu...” beritahu Datin Maria lagi.
Fikri meletakkan semangkuk bubur durian di depan Fira. Dia meminta Fira mencubanya terlebih dahulu sebelum orang lain merasanya.
“Cuba rasa, kalau ak sedap jangan marah okey!” arah Fikri.
Fira yang teruja dengan bubur durian itu terus menyudu dan menyuap ke dalam mulut.
“Uhuk! Aduh, panas...!!” Fira terjerit kecil sambil menjelirkan lidahnya yang sedikit melecur.
“Itulah, siapa suruh tak menyabar sangat. Kan dah melecur lidah tu...” bebel Fikri.
“Kamu ni Fik, janganlah marah Fira tu. Pergi ambilkan air untuk Fira cepat...” arah Datin Maria.
Fikri mengambilkan air untuk Fira.. Kemudian dia menyudu kembali bubur kacang itu dan ditiupnya perlahan sebelum disuapkan kepada Fira.
“Emmm..!!”
“Macam mana? Okey tak? Itulah saya cakap, saya tak pandai. Awak nak juga saya masak...” bebel Fikri lagi.
Yang lain hanya menanti komen dari Fira.
“Nak lagi awak. Sedap..!!” pinta Fira sambil tersenyum.
“Ye ke?” Fikri seperti tidak percaya, lantas dia mencuba sesudu.
“Emm, sedap juga saya masak ek?” ucap Fikri memuji diri sendiri.
“Dah ibunya. Cedok masuk mangkuk, kita makan kat depan. Biarkan pasangan suami isteri ni kat dapur...” arah Datuk Faizal sambil tersenyum. Datin Maria hanya menurut sahaja.
Mereka meninggalkan Fikri dan Fira berdua-duaan di dapur. Tidak mahu mengganggu kemesraan mereka berdua.
“Awak. Tambah lagi, kita share aja...” pinta Fira kepada Fikri. Kemudian Fira meminta Fikri duduk di sebelahnya. Fikri hanya menurut sahaja.
Fira menarik kerusi yang diduduknya rapat dengan Fikri. Tangan kanan Fikri ditarik dan dilingkari di pinggangnya. Terasa ingin bermanja-manjaan dengan suaminya itu.
‘Aish lain macam aja iseri aku ni..’ desis hati kecil Fikri.
Fira menyuapkan bubur durian kepada Fikri. Fikri hanya menurut. Mereka menikmati bersama bubur durian itu.
“Terima kasih awak...!!” ucap Fira tiba-tiba sambil mencium pipi Fikri. Fikri yang terkejut dengan tindakan Fira itu menoleh seketika ke arah  Fira. Fira hanya tersenyum menggoda. Dia memainkan jarinya di dada Fikri. Sejak hamil, perangai Fira semakin pelik. Lebih manja dan selamba berbanding selalu. Tidak lagi malu-malu dengan Fikri melainkan bila dihadapan keluarga mereka.
“Ni kenapa ni? Janganlah macam ni, karang orang nampak...” tanya Fikri.
“saya rindu kat awak...” tanpa segan silu, Fira meluahkan rasa hatinya.
“Lain macam aja awak ni, manja kemain..” perli Fikri.
“Nak manja dengan suami sendiri pun tak boleh...” Fira tiba-tiba terasa hati bila Fikri berkata begitu. Lantas dia bangun dari kerusi.
“Nak pergi mana? Ni bubur tak habis lagi...”
Fira hanya buat tidak endah. Fikri segera menarik Fira dan memeluknya dari belakang.
“Jangan merajuk ya sayang. Saya pun rindu kat awak juga... “ ucap Fikri memujuk isterinya itu. Sekarang ini tidak boleh tersalah sikit, cepat sahaja Fira terasa hati.
Fira berpusing menghadap Fikri. Tangan Fikri masih lagi merangkul pinggang Fira.
“Jangan merajuk ya?” pujuk Fikri lagi. Fira hanya tersenyum manja.
“Habiskan bubur ni dulu. Nanti dah sudah kita naik atas ya..” ucap Fikri sambil mengenyitkan mata pada Fira.
“Ehem- ehem. Tak habis lagi ke bercinta? Sambung kat biliklah. Jaga-jaga sikit nanti adik kamu nampak. Dia tu kecil lagi...” perli Datuk Faizal yang baru masuk ke dapur bersama Datin Maria. Datin Maria yang sedang menatang dulang hanya tersenyum sahaja.
“Err.. Papa, ibu. Sorry tak perasan...” ucap Fikri. Fira sudah pun merona merah menahan malu.
“Kami naik dululah, nanti kami sambung makan...” ucap Fikri sambil menarik tangan Fira. Fira hanya tersenyum sahaja kepada mertuanya. Sebenarnya Fikri juga malu, kerana itu dia terus mengajak Fira naik ke bilik. Kalau sudah naik, masakan dia mahu turun lagi untuk menghabiskan bubur mereka.
BAB 44
“Bila masa kau ambil gambar-gambar ni..?” Tanya Afiz, salah seorang staf di pejabat itu.
“Semalam petang, masa aku pergi pasar tani lepas balik kerja...” jawab Fizi.
“Aku rasa dorang berdua tu memang ada hubunganlah. Kau tak perasan ke, dorang nampak rapat sejak ahir-akhir ni...” sampuk Mazni pula.
“Semalam rehat, aku pun ada perasan juga dorang berdua kat ruang santai tu. Nampak macam mesra aja...” tambah Ayu pula.
“Kalau betullah dorang ada hubungan, macam mana dengan Cik Ely tu ya?” Tanya Mazni tiba-tiba.
“Alah... Entah-entah En. Fikri tu biasa-biasa aja dengan dia. Dia aja agaknya yang perasan lebih. Kalau perempuan gedik bajet hot macam tu, aku pun tak nak weyh..!” ucap Afiz sambil membuat muka tidak sukanya.
“Lagipun Fira dengan En. Fikri tu memang sesuai, dua-dua pun sama bujang. So, tak ada masalah bagi aku kalau dia orang nak berhubungan pun...” jelas Ayu pula.
“Aku ada dengar-dengar juga, yang bapa Fira tu bestfriend Datuk. Jadi ada kemungkinan juga kalau dorang berdua akan dijodohkan bersama untuk mengeratkan silaturrahim...” Fizi cuba membuat spekulasinya sendiri.
“Dah macam dalam cerekarama dan novel pula, main jodoh-jodohkan dengan anak kawan baik. Hahaha “ seloroh Afiz.
Sedang mereka berempat asyik berborak, tiba-tiba Ely muncul.
“Apa yang you all berempat buat ni? Tak ada kerja ke? Hah Fizi, apa yang you nak tunjuk tu? Bawa sini!!” Fizi cuba menyembunyikan handsetnya, tapi tidak sempat. Ely sudah pun merampasnya terlebih dahulu. Wajahnya berubah serta merta saat melihat gambar-gambar yang terdapat pada handset Fizi.
Sebenarnya, Ely telah mendengar perbualan mereka berempat. Kebetulan ketika dia ingin lalu di kawasan itu, mereka berempat sedang berbual-bual dan ada menyebut nama Fira dan Fikri. Jadi dia cuba mencuri dengar perbualan mereka untuk mencari tahu apa yang mereka bualkan itu. Tambahan pula selepas apa yang dilihatnya di dalam handset milik Fizi. Jelas terpancar kemesraan Fikri dan Fira di dalam gambar itu.
Tanpa berkata apa, Ely terus berlalu meninggalkan mereka berempat. Ely terus mendapatkan Fira ditempatnya.
“Hey perempuan!! Kau memang tak faham bahasa kan? Berapa kali aku cakap, jangan cuba nak dekat dengan Fikri. Yang kau degil sangat kenapa?! Dasar perempuan murahan...!!” Serang Ely bertubi-tubi. Fira yang tidak tahu apa-apa, terkejut diserang begitu. Sheqa juga begitu. Suara Ely yang kuat membuatkan semua staf dapat mendengar jelas apa yang diperkatakannya. Masing-masing sibuk ingin mengetahui apa yang terjadi sebenarnya.
“Apa masalah awak ni Ely? Tiba-tiba nak serang saya macam ni? Kalau ya pun, elok-eloklah sikit. Malulah orang lain tengok..” Fira masih lagi berlembut dengan Ely. Sheqa pula risau melihat keadaan itu. Lantas dia menghubungi Fikri.
“Ah..! Sudahlah! Jangan nak berpura-pura baiklah! Kau dah bagi ubat guna-guna apa pada Fikri hah? Padahal, sebelum ni dia benci sangat dekat kau!” Ely semakin menggila. Dia sudah mendekati Fira.
“Apa yang awak merepek ni? Tolonglah Ely. Istighfar banyak-banyak. Awak tak malu ke, semua orang tengok kita bergaduh sebab lelaki?” Fira cuba memujuk Ely tapi Ely masih lagi begitu.
“Ah..! Aku peduli apa!!” Ely geram melihatkan Fira yang sedikit pun tidak melawan.
Lantas dia menolak Fira ke belakang. Nasib baik Fikri datang tepat pada masanya. Dengan pantas dia menahan Fira dari terjatuh.
“Ely! You ni kenapa? What’s your problem?” tanya Fikri tegas.
“You tak malu ke dengan staf lain?” tambah Fikri lagi.
“Sheqa, tolong tangokkan Fira. Dan you Ely, masuk bilik I sekarang!” arah Fikri tegas.
“Yang lain, sambung buat kerja masing-masing...” jerit Fikri kepada semua staf di bawah pengawasannya.
Nasib baik hari itu Datuk Faizal tiada di pejabat. Kalau tidak mungkin keadaan akan bertambah sulit, jika Datuk Faizal mengetahuinya. Silap-silap Ely akan diambil tindakan tata tertib kerana menggangu keamanan dan ketenteraman pekerja lain.
......................................................................................................................................................
“Fik! Betul ke apa yang I dengar?” tanya Ely ketika berada di bilik Fikri.
“Apa yang you dengar?” tanya Fikri kembali.
You dengan Fira? You all berdua ada special relationship , betul ke?” Tanya Ely meminta kepastian.
“Emm...” keluh Fikri. Kemudian dia mengangguk perlahan.
“Kami akan adakan majlis perkahwinan dalam tempoh lebih kurang dua minggu sahaja lagi..” akhirnya Fikri memberitahukan perkara yang sebenar. Sedikit lega hatinya dapat memberitahu hal ini kepada Ely.
 ‘‘What?!” tanya Ely seakan tidak percaya.
“Ini mesti parents you punya cadangan kan? Kenapa you tak bantah? You kan dah ada I...” tambah Ely lagi.
Fikri hanya menggelengkan kepala menandakan apa yang difikirkan oleh Ely itu tidak benar,
“Pada mulanya memang cadangan parents I, tapi sekarang ni I akui yang I memang benar-benar sukakan Fira. I sayangkan dia...” akui Fikri jujur.
“Apa perempuan tu dah bagi kat you ni sampai you boleh suka kat dia? Tak guna punya perempuan!!!” berang Ely.
“Fira tak pernah buat apa-apa pada I. I sendiri yang jatuh cinta dekat dia. Sikap dia menarik perhatian I...” jelas Fikri. Dia tidak suka Ely berfikir yang bukan-bukan tentang isterinya itu.
“Sampai hati you buat I macam ni Fik! You tahu kan I betul-betul cintakna you...!” Ely tidak dapat menerima apa yang disampaikan oleh Fikri. Dia bertindak dengan memukul dada Fikri.
Fikri segera memegang tangan Ely dari terus-terusan memukulnya.
“Ely! Please, stop it..!”
I minta maaf, I tak boleh nak terima cinta you. I cuma anggap you kawan I, tak lebih dari tu.  Lagipun, I tak pernah cakap pun yang I suka you lebih dari kawan kan? So, tolong faham...” tambah Fikri lagi. Lega hatinya dapat meluahkan segala yang tersimpan di dalam hati.
“Habis selama ni? Setiap kali I ajak u keluar, tak pernah pun you tolak. Dan layanan you pada I selama ni? ” Ely masih lagi tidak berpuas hati.
I tahu, tu silap I sebab tak pernah menolak setiap kali you ajak keluar. I minta maaf sebab dah bagi you harapan...” balas Fikri dengan rasa bersalah. Jika dia tidak melayan Ely berlebihan pasti semua ini takkan terjadi.
Ely tidak membalas apa-apa. Dia terus meluru keluar dari bilik Fikri.
......................................................................................................................................................
“Argghh!! Aku mesti buat sesuatu..!” gumam Ely.
Ely mengambil handbagnya dan terus keluar dari pejabat.
Selepas ditinggalkan Ely, Fikri terus memanggil Fira masuk ke biliknya.
Are you okay sayang?” tanya Fikri kepada Fira.
“Okay, awak?” tanya Fira pula.
Fikri hanya mengangguk. Fira menarik Fira dekat dengannya. Dia memegang dan mengucup lembut tangan Fira.
“Ely macam mana?” tanya Fira tiba-tiba.
“Dia dah tahu. Saya dah bagitahu dia tadi...” jawab Fikri mendatar.
“Dia dah tahu kita dah kahwin?” tanya Fira lagi.
“Tak, saya cuma cakap yang kita akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ni...” jawab Fikri
“Emm.. Tak apalah, sekurang-kurangnya awak dah bagitahu dia...” balas Fira pula dengan suara yang sedikit mendatar.
Fikri tersenyum kepada Fira. Fira turut membalasnya. Fikri menarik Fira ke dalam dakapannya.
.....................................................................................................................................................“Hello Hisyam, boleh tak I nak jumpa you lepas kerja nanti?”
“Kat mana tu Ely?”
“Kat Restoran Fruitary, boleh?”
“Okey, kita jumpa nanti ya..”
Ely yang tidak berpuas hati, cuba merancang sesuatu bagi memastikan hubungan Fira dan Fikri berantakan. Dia telah mengatur pertemuan dengan Hisyam. Dia mahu Hisyam membantunya dalam usaha merosakkan hubungan Fira dan Fikri.
“Hah, Ely ada apa you nak jumpa I ni?” tanya Hisyam sebaik duduk di meja yang telah menempatkan Ely.
You order dulu, nanti I bagitahu” Ely memanggil pelayan untuk mengambil pesanan. Selepas memesan menu yang dipilih, Ely meneruskan kembali apa yang ingin disampaikan.
“Macam ni, I sebenarnya  nak minta bantuan you...” jelas Ely memulakan bicara.
“Bantuan apa tu?” tanya Hisyam ingin tahu.
Ely menceritakan apa yang dia inginkan sebenarnya kepada Hisyam. Hisyam yang sememangnya menaruh hati kepada Fira bersetuju dengan rancangan Ely.
“Baiklah, I setuju! “ balas Hisyam sambil tersenyum
BAB 45
“Fira boleh saya bercakap dengan awak sekejap?” tanya Hisyam ketika Fira sedang membuat air di pantry.
“Owh, En.Hisyam rupanya. Boleh, apa salahnya...” jawab Fira dengan senyuman di bibir.
“Jemputlah duduk, En. Hisyam nak minum apa? Saya buatkan sekali...” pelawa Fira.
“Taka pa, terima kasih...” balas Hisyam. Dia menarik kerusi dan duduk.
Selepas membuat air, Fira duduk bersama Hisyam.
“Ya En.Hisyam, nak cakap pasal apa ya?” tanya Fira ramah.
“Betul ke apa yang saya dengar?” tanya Hisyam memulakan bicara.
“Apa yang En.Hisyam dengar?” tanya Fira pula. Dia tidak mengerti apa yang ingin disampaikan oleh Hisyam.
“Pasal awak dengan En. Fikri...” beritahu Hisyam.
“Betul ke awak dengan En.Fikri ada hubungan?” tambah Hisyam lagi.
Fira tidak segera menjawab, dia hanya mendiamkan diri. Dia berkira-kira sama ada ingin memberitahukan hal sebenar atau tidak.
 “Jawablah, kenapa awak diam? Betul ke tidak yang awak ada hubungan dengan En.Fikri?!” tanya Hisyam sekali lagi. Kali ini suaranya lebih keras sedikit dan mendesak.
Fira hanya mengangguk. Dia tunduk memandang meja.
“Patutlah awak tolak cinta saya! Rupanya awak ada hubungan dengan bos awak. Adakah sebab dia lebih kaya dari saya? Sebab tu ke awak pilih dia?” tanya Hisyam lagi dengan penuh emosi.
“Apa En. Hisyam merepek ni? Saya pilih dia bukan sebab tu! Lagipun cinta tak boleh dipaksa En. Hisyam!” balas Fira.
“Ahhh!! Alasan...” Hisyam tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Fira itu.
“Terpulang En.Hisyam nak kata apa...” malas Fira mahu melayankan Hisyam. Lantas dia bangun dari kerusi. Dia ingin segera beredar dari situ. Tiba-tiba tangannya ditarik Hisyam.
“Fira, please...! Tinggalkan dia, dan ikut saya! Awak tahu kan, En.Fikri dah ada Ely...” pujuk Hisyam. Hisyam masih lagi tidak berputus asa.
“En. Hisyam! Apa ni?” Fira tidak senang diperlakukan begitu. Dia cuba melepaskan tangannya dari pegangan Hisyam.
“Fira, please... Saya sayangkan awak!” Hisyam masih lagi memujuk rayu Fira. Tangannya sudah ingin menyentuh pipi Fira. Fira pantas mengelak. Tangannya masih lagi tidak dilepaskan Hisyam.
“En.Hisyam! Tolong jangan melampau sangat! En. Hisyam ingat saya ni apa? Tolong lepaskan tangan saya!” bentak Fira.
Rupa-rupanya tanpa Fira sedari, ada seseorang yang berada di balik pintu, dan orang itu adalah Ely. Ely telah mengambil beberapa keping gambar mereka berdua. Ely tersenyum sendiri mengenangkan apa yang bakal terjadi.
“En. Hisyam, tolonglah jangan macam ni. Orang lain nampak nanti, tak eloklah!” Fira masih mencuba untuk melepaskan tangannya.
“Biarkan! Biar semua staf tahu...” jawab Hisyam.
Fira sudah tidak tahu ingin berbuat apa. Pegangan Hisyam pada tangannya amat kuat. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. Lantas dia menggigit tangan Hisyam sekuat hatinya.
“Arrggh!” jerit Hisyam kesakitan akibat tangannya digigit Fira. Pegangannya pada tangan Fira terus terlepas.
Fira terus berlalu pergi meninggalkan Hisyam sendirian di situ. Ely pula sempat bersembunyi dari di nampak Fira.
You okay ke Hisyam?” tanya Ely ketika dia mendapatkan Hisyam.
“Okay. You macam mana? Dapat ke macam yang dirancangkan tu?” tanya Hisyam sambil memegang tangannya yang sudah kesakitan.
Ely hanya tersenyum sambil menunjukkan ibu jari kepada Hisyam, tanda apa yang mereka rancangkan menjadi.
......................................................................................................................................................
Petang itu, Fikri telah menerima sekeping sampul surat. Dia membuka sampul surat tersebut dan melihat apa yang ada di dalamnya. Alangkah terkejutnya apabila melihat isi kandungan di dalam sampul tersebut.
Gambar Hisyam sedang memgang tangan Fira dan pelbagai lagi. Fikri cuba untuk tidak mempercayai apa yang dilihatnya tetapi egonya memaksa dia untuk mempercayainya.
Fikri tidak terus memanggil Fira untuk bertanyakan hal itu. Dia tidak mahu bertindak terburu-buru kerana ini boleh merosakkan hubungan mereka yang baru sahaja ingin membaik. Dia harus berfikiran panjang. Mungkin ada orang yang ingin merosakkan hubungannya dengan Fira. Kali ini dia tidak mahu tersalah langkah dengan membuat keputusan tanpa bukti yang kukuh.
Di dalam perjalanan pulang, Fikri hanya senyap sahaja. Hanya kedengaran suara Fira sahaja yang berceloteh sana sini. Tapi sikitpun tidak menarik minatnya. Di fikirannya hanya memikirkan tentang gambar-gambar Fira dan Hisyam yang diterimanya tadi.
Sehingga selepas waktu makan malam pun, Fikri masih lagi begitu. Fira tidak senang hati melihat Fikri yang senyap sahaja sedari tadi.
“Awak? Kenapa ni? Saya tengok awak asyik senyap aja dari petang tadi!” Fira cuba mencari tahu kenapa Fikri begitu.
“Tak ada apa-apa...” jawab Fikri malas.
“Bagitahulah , kenapa ni? Awak ada masalah ke?” tanya Fira lagi. Dia tidak puas hati selagi Fikri tidak memberitahunya apa yang melanda jiwa suaminya itu.
“Tak adalah. Awak jangan risau, saya okey ja...” balas Fikri.
“Betul ni? Kalau macam tu, tak apalah. Saya nak turun kejap ambil air, awak nak sekali?” tanya Fira.
“Boleh juga...” jawab Fikri pendek.
Fira kembali semula ke bilik dengan membawa dua cawan berisi minuman  coklat panas. Dia menghulurkan satu cawan kepada Fikri.
“Awak ada apa-apa nak bagitahu saya?” tanya Fikri tiba-tiba.
“Emm? Tak ada kot, kenapa awak?” tanya Fira tidak mengerti mengapa Fikri tiba-tiba berkata begitu dengannya.
“Tak ada apa-apa, kalau rasa ada benda nak bagitahu saya, bagitahulah sekarang...” balas Fikri sambil meletakkan mug di meja sisi. Kemudian dia terus berlalu ke bilik air.
Fira pelik dengan sikap Fikri yang tiba-tiba sahaja begitu. Fikri kembali semula ke katil dan terus merebahkan dirinya.
“Awak?” panggil Fira.
“Kenapa? Awak ada apa-apa nak beritahu saya ke?” tanya Fikri sekali lagi.
“Tak ada...” Fira bingung kenapa Fikri asyik mengulangi soalan yang sama saja.
“Kalau tak ada, tidur ajalah. Saya dah ngantuklah...” balas Fikri
Fira bangun dan menutup suiz lampu. Dia berbaring di sebelah Fikri. Hatinya tidak tenang dengan pertanyaan Fikri itu. Seperti ada sesuatu yang sedang disembunyikan Fikri. Lantas dia mengambil keputusan untuk menceritakan  kejadian siang tadi kepada Fikri.
“Awak? Dah tidur ke” tanya Fira
“Emm..” jawab FIkri
“Saya rasa, saya ada benda nak bagitahu awak..!” tanpa menunggu reaksi dari Fikri, Fira terus menceritakan apa yang terjadi.
“Tadi pagi, En. Hisyam ada jumpa saya. Dia bertanyakan pasal hubungan kita. Dia tak boleh terima bila saya mengakuinya. Macam-macam dia cakap. Bila saya menafikan, dia terus pegang tangan saya. Dia juga nak sentuh pipi saya, tapi saya sempat elak. Bila saya minta dia lepaskan tangan saya, dia tak nak. Akhirnya saya gigit tangan dia, barulah dia lepaskan. Lepas tu saya terus tinggalkan dia.” jelas Fira panjang lebar.
“Itu je? Dahlah tidurlah..!” balas Fikri. Mungkin itu belum cukup untuk membuktikan segalanya tapi Fikri malas mahu membahaskannya dengan lebih lanjut.
“Kenapa awak kata macam tu?” tanya Fira seakan tidak berpuas hati. Geram pula dia dengan sikap Fikri itu. Seperti tidak mahu ambil peduli dengan apa yang disampaikannya itu.
Untuk mengelakkan Fira curiga, Fikri menarik Fira ke dalam pelukannya. Dia mengucup ubun-ubun Fira. Sedangkan hatinya masih lagi curiga.
“Dahlah. Esok sambung cerita lagi, tidur dulu ya sayang...” pujuk Fikri. Akhirnya Fira lena dalam dakapan Fikri. Fikri pula tidak bisa tidur dengan tenang apabila memikirkan hal itu.
......................................................................................................................................................
Keesokkan harinya, ketika Fira sedang mengemaskan meja Fikri di pejabatnya, dia terjumpa satu sampul surat yang mencurigakan. Lantas dia melihat isi kandungan yang terdapat di dalam sampul itu. Alangkah terkejutnya dia saat melihat gambarnya bersama Hisyam di pantry semalam. Patutla Fikri lain macam, rupanya ini yang menjadi punca.
“Awak? Kenapa awak tak cakap dengan saya pasal benda ni?” tanya Fira sambil menunjukkan sampul surat di tangannya.
Fikri yang sedang membaca suratkhabar terus memandang ke arah Fira.
“Mana awak jumpa benda tu?” tanya Fikri.
“Kat atas meja ni. Pasal ni ke yang awak layan saya nak tak nak semalam?” tanya Fira tidak berpuas hati.
Fikri tidak menafikan dan tidak pula mengiyakan.
Fira terus sahaja keluar dari bilik Fikri tanpa sempat Fikri berkata apa. Dia terus sahaja mencari Hisyam di biliknya.
“En. HIsyam! Awak mesti tolong saya!” ucap Fira. Dia meredah pintu bilik Hisyam tanpa mengetuk terlebih dahulu.
“Fira, kenapa ni?” tanya Hisyam.
“En. Hisyam kena tolong saya jelaskan perkara sebenar kepada En. Fikri...” beritahu Fira
“Tolong jelaskan apa? Awak nak saya bagitahu tentang hubungan kita ke? Awak nak berpisah dengan dia?” tanya Hisyam lagi sedikit ceri
“Bukan! Saya nak En. Hisyam bagitahu En.Fikri perkara sebenar. Sya nak En.Hisyam buktika pada En. Fikri yang kita tak ada apa-apa hubungan. Tolonglah En. Hisyam, saya tak mahu hubungan saya dengan dia rosak gara-gara salah faham...” rayu Fira.
“Kenapa Fira? Kalau dia tak nak awak, masih ada saya yang mahukan awak...” Hisyam masih lagi menaruh harapan pada Fira.
“Tak boleh! Saya cuma nak dia sorang aja. Bukan orang lain. Tolonglah En. Hisyam, selamatkan rumahtangga kami!” rayu Fira lagi.
What?!” tanya Hisyam seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Ya, En. Hisyam! Sebenarnya kami dah bernikah...” akui Fira akhirnya. Dia tidak sanggup lagi untuk berahsia.
Fira mengajak Hisyam untuk bertemu Fikri di biliknya. Hisyam yang pada mula tidak mahu, akhirnya terpaksa akur juga.
“Awak! Kita mesti selesaikan masalah ni sekarang juga..!” pinta  Fira kepada Fikri.
“En. Hisyam, tolong bagitahu perkara sebenar pada En. Fikri...” rayu Fira kepada Hisyam.
“Nanti kejap! Saya rasa elok panggil Ely sekali..” pinta Hisyam
“Kenapa nak kena panggil dia sekali?” tanya Fira tidak mengerti.
“Hal ni ada kena mengena dengan dia juga...” jawab Hisyam.
Fikri terus menghubungi Ely dan meminta Ely datang ke biliknya.
“Yer, Fik. Kenapa You panggil I? Fira dengan Hisyam pun ada?” tanya Ely yang sedikit terkejut.
“Duduk dulu. Ada benda yang nak dibincangkan...” ucap Fikri tenang.
 “Hisyam, Fira. Awak berdua ada apa-apa nak cakap ke pasal gambar ni?” tanya Fikri sambil menunjukkan gambar yang diterimanya semalam.
Ely hanya tersenyum sinis kepada Fira. Fira yang tidak berpuas hati terus bersuara bagi membela dirinya.
“Apa yang jadi dalam gambar tu semuanya salah faham.. Awak tahu kan Fik, saya cinta dan sayang awak sorang aja. Saya yakin mesti ada orang yang cuba nak rosakkan hubungan kita..!” tegas Fira membela dirinya.
“Eh, Fira! Benda dah ada bukti, you nak berdalih pun tak guna lagi...!” Ely tiba-tiba mencelah.
“Cik Ely, I tahu you tak sukakan I. Tapi you kena terima hakikat yang Fik bukan untuk you...” balas Fira.
“En.Hisyam, Cik Ely! Saya rasa tak perlu lagi nak dirahsiakan lagi hal ini. Untuk pengetahuan  korang, saya dengan Fik dah bernikah. Kami adalah pasangan suami isteri yang sah..!” akui Fira akhirnya. Fikri yang senyap sedari tadi, tidak menyangka yang Fira akan membuka mulut mengenai hal ini.
What..?! Betul ke ni Fik? Atau you all sekadar nak menhindari kami?” tanya Ely yang jelas terkejut dengan pengakuan Fira.
“Hurm... Biarlah I berterus terang. Sebenarnya I dengan Fira dah nikah 5 bulan yang lepas.. Dan sekarang , Fira tengah mengandungkan anak I. Dah tiba masanya kami war-warkan perkahwinan kami pada orang ramai...” jelas Fikri.
“Maafkan saya En. Fikri, Fira! Saya tak tahu kalian dah lama berkahwin, kalau saya tahu, saya takkan setuju dengan rancangan Ely untuk merosakkan hubungan kalian. Mengenai gambar semalam, itu semua adalah salah faham dan tak seperti apa yang En. Fikri fikirkan. Memang ianya dirancang, Fira langsung tak bersalah. Lagi sekali saya minta maaf...” jelas Hisyam yang sedikit kesal dengan perbuatannya itu.
“Kenapa you sampai hati buat macam ni Ely? Tega you rosakkan hubungan kami?” tanya Fikri yang sedikit kesal.
I.... I sayangkan you, I tak nak you jatuh ke tangan orang lain...!!” balas Ely. Rahsianya sudah terbongkar. Tiada apa yang perlu diperkatakan lagi. Lantas dia keluar dari bilik Fikri.
“Lagi sekali saya minta maaf. Saya keluar dulu..!” ucap Hisyam. Dia keluar dari bilik Fikri meninggalkan mereka berdua di situ.
Semuanya sudah diselesaikan. Fira juga ingin keluar dari bilik itu. Tapi sempat dihalang oleh Fikri.
“Nak ke mana tu sayang?” tanya Fikri.
“Nak keluarlah, nak buat apa duduk sini lagi. Orang tu sendiri tak percayakan kita...” balas Fira. Fikri segera menarik Fira kepadanya. Dia tahu Fira marah dengannya kerana dia tidak berterus terang tentang hal itu.
“Saya minta maaf okey? Saya bukan tak percaya awak, saya cuma nak kepastian aja...” ucap Fikri.
“Senanglah cakap, yang tanggungnya saya. Cuba awak terus terang, kan senang. Tak adalah saya rasa tersisih sangat...” luah Fira.
“Tapi saya cool je kan? Mana ada saya ngamuk-ngamuk. Tak ada kan?” Fikri membela dirinya.
“Memanglah tak ada, tapi cara awak tu...” belum sempat Fira meneruskan kata, Fikri terlebih dahulu mengucup bibirnya. Kemudian dia tersengih menghadap Fira.
“Dah eak? Awak sayang saya kan? Kita lupakan aja hal tu ya?” pujuk Fikri.
“Kalau setakat saya aja yang sayang awak, tapi awak tak sayang saya, tak guna juga...” balas Fira selamba.
“Siapa kata saya tak sayang awak. Tengok ni buktinya...” ucap Fikri sambil mengusap perut Fira.
Malas Fira mahu melayan Fikri. Dia membiarkan sahaja Fikri begitu.
















BAB  46
Hari yang dinantikan akhirnya tiba jua. Majlis resepsi Fira dan Fikri berlangsung dengan meriahnya di Hotel Grand Continental. Ramai kenalan yang hadir ke majlis resepsi mereka. Hisyam juga turut hadir. Hanya Ely sahaja yang tidak kelihatan.
Selepas kejadian itu, Ely telah menghantar notis letak jawatan selama 24 jam. Hisyam pula minta ditukar ke cawangan lain.
Fira sangat gembira kerana dia tidak perlu merahsiakan lagi hubungannya dengan Fikri. Fikri juga sudah melayaninya dengan baik sekarang ini. Ini adalah berkat anak yang dikandungnya.
.....................................................................................................................................................
Selepas selesai majlis tersebut, keesokkan harinya Fikri dan Fira terus bergerak ke Desaru Resort, Kota Tinggi, Johor untuk berbulan madu. Walaupun agak terlewat tapi Fira puas hati, asalkan dia dapat menghabiskan masanya berdua dengan Fikri. Pada asalnya, Datuk Faizal menyuruh mereka berbulan madu ni Bali, tetapi Fikri tidak mahu. Fira pula hanya mengikut sahaja kata suaminya itu.
“Lepas ni, panggil abang okey! Tak nak berawak saya lagi...” ucap Fikri saat mereka berdua sedang melepaskan penat. Perjalanan yang makan masa hampir 5 jam itu, sungguh memenatkan.
“Abang? Kalau tak nak tak boleh ke?” tanya Fira kembali.
“Kena juga! Lagi pun, saya kan tua 2 tahun dari awak! Kenalah panggil abang...” beritahu Fikri sambil tersenyum.
“Tapi awak bukan abang saya. Awak suami saya...” balas Fira pula sambil menjelirkan lidah.
“Panggil abang ya sayang! Sayang tak sayang abang ke?” balas Fikri pula sambil membuat muka manja.
“Ish, ngada-ngadalah awak ni! Jom makan, laparlah...” rengek Fira. Langsung tidak mengendahkan apa yang diperkatakan Fikri. Fikri pula hanya membuat tidak tahu sahaja dengan ajakan Fira itu.
“Abang..... Jom makan, sayang laparlah...” rengek Fira manja. Cuba memujuk Fikri.
“Abang nak makan sayang boleh?” tanya Fikri. Dia sudah tersengih-sengih mendengar Fira memanggilnya abang.
“Ish! Gatallah awak ni...” Fira mencubit Fikri tanda geram.
“Tengok tu? Awak lagi. Ermmmm...”Fikri merajuk sekali lagi.
“Merajuk pula dah. Yelah abang , sayang, darling, bucuk, baby. Jom pergi makan, sayang dah laparlah...” lagi sekali Fira memujuk Fikri.
Fikri sudah tersengih dipanggil begitu oleh Fira.
“Mengada-ngada. Kalau abang tak nak makan dahlah. Biar sayang pergi sorang aja. Baby dalam perut ni dah lapar.” beritahu Fira. Malas mahu melayan Fikri.
“Alah, merajuk pula sayang abang ni. Jom abang teman sayang pergi makan. Lepas ni abang nak makan sayang pula ye...” ucap Fikri sambil mengenyitkan matanya kepada Fira. Sengaja mahu menyakat isterinya itu.
“Eeeee.. Gatal..!!” Fira mencubit Fikri. Fikri hanya menyeringai kesakitan.
Mereka berdua beriringan menuju ke kafe untuk makan tengahari.
......................................................................................................................................................
Malam itu Fikri telah membuat satu kejutan buat Fira. Fikri telah menyediakan candle light dinner buat Fira. Memandangkan bilik mereka berhampiran pantai, jadi suasana malam itu sangat romantis, ditambah pula dengan cahaya bulan yang menemani malam mereka.
“Sayang ikat mata dulu okey!” arah Fikri.
“Nak pergi makan pun kena ikat-ikat mata ke?” balas Fira.
“Alah sayang ni, sportinglah sikit...” balas Fikri pula.
“Yelah-yelah. Cepat sikit okey! Dah lapar dah ni...” Akhirnya Fira akur. Dia sudah menggosok-gosokkan perutnya tanda lapar.
Sepanjang berjalan menuju ke tempat yang Fikri bawa, mulut Fira tidak henti-henti bertanya itu ini. Fikri hanya melayankan sahaja.
“Okey! Dah sampai...” beritahu Fikri. Fikri membukakan ikatan mata Fira. Fira terjeda seketika melihat apa yang ada di hadapan matanya.
Oh My God! So sweet! Thanks abang. Love you so much!” ucap Fira sedikit teruja. Lantas dia mencium pipi Fikri.
Fikri menarikkan kerusi dan meminta Fira duduk. Kemudian dia duduk di kerusi berhadapan Fira.
“Sayang, terima kasih sebab sudi jadi isteri abang. Terima kasih sebab banyak bersabar dengan perangai abang. Terima kasih sebab mengandungkan anak abang. Terima kasih untuk semuanya...” ucap Fikri sambil menggenggam erat tangan Fira.
Fira terharu mendengar ucapan Fikri. Dia hanya mengangguk dan tersenyum sahaja. Walaupun ringkas dia tahu apa yang Fikri ucapkan itu benar-benar ikhlas dari hatinya.
Thanks untuk semua ni.. Tak sangka sayang, suami sayang ni romantik juga rupanya..!” balas Fira.
Mereka menikmati makan malam yang telah disajikan di bawah sinaran cahaya bulan dan cahaya lilin.
Selesai makan, Fikri mengajak Fira duduk di sebuah bangku yang menghadap ke pantai. Mereka menikmati keindahan pantai pada waktu malam diterangi cahaya bulan.
Fira melentokkan kepalanya di bahu Fikri sambil memeluk pinggang Fikri.
“Abang... Sayang sayang sangat kat abang. Sayang cintakan abang dunia akhirat...” ucap Fira
Fikri tersenyum melihat Fira.
“Abang pun sama sayang!” balas Fikri.
“Abang... Sayang tak pernah pun dengar abang cakap yang abang sayang dan cinta sayang...” ucap Fira dengan sedikit curiga.
“Sayang dan cinta tak semestinya diungkapkan dengan kata-kata. Melalui perbuatan pun boleh. Kata-kata yang lahir kadangkala tidak ikhlas dari hati. Jadi, abang rasa tak perlu luah dengan kata-katapun tak apa. Yang penting sayang tahu. Lagipun baby dalam perut ni dah cukup untuk buktikan segalanya...” jelas Fikri sambil tersenyum kepada Fira. Fira sedikit terkesan dengan kata-kata Fikri. Dia turut membalas senyuman Fikri.
Fikri memeluk Fira erat. Mereka menikmati  angin bayu malam di tepi pantai itu. Kemudian Fira melepaskan pelukan Fikri. Fikri yang terkejut dengan tindakan Fira lantas menoleh ke arahnya.
“Kenapa?” tanya Fikri curiga.
Fira tidak menjawab. Dia terus mencium dahi Fikri, kedua belah pipi Fikri dan kemudian turun ke bibir Fikri. Selepas itu dia hanya tersenyum. Fikri terkedu seketika dengan tindakan refleks Fira itu. Kemudian dia juga turut tersenyum.
Fikri mencium ubun-ubun Fira. Dia merenung tajam ke dalam anak mara Fira sehingga Fira merasa tak keruan. Bibir Fira yang merah bak delima sangat menggoda Fikri. Fikri mendekatkan bibirnya ke bibir Fira. Fikri menjarakkan kembali dirinya dari Fira, dan dia tersenyum nakal kepada Fira. Tanpa menunggu respon daripada Fira, Fikri terus mengangkat Fira . Fikri mengendong Fira menuju ke bilik mereka. Malam itu menjadi saksi kebahagiaan yang sedang mereka alami saat itu. Tanpa bayangan Ely atau siapa sahaja.






BAB 47
5 bulan kemudian.
“Abang, baby bergeraklah!” beritahu Fira kepada Fikri. Fikri yang sedikit teruja meletakkan tangannya di perut Fira. Dia dapat merasakan pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan Fira. Kini usia kandungan Fira sudah pun menjangkau 7 bulan.
“Tak sabar pula rasanya nak tunggu baby kita lahir..” ucap Fikri sambil mengusap perut Fira. Kemudian dia mencium pipi Fira.
Baby kita?” tanya Fira ingin menguji.
“Yelah, baby kita. Yang ada dalam perut sayang ni...” sekali lagi Fikri mengusap perut Fira.
“Ni baby sayanglah! Bukan baby abang. Sayang yang mengandungkan dia...” balas Fira ingin menguji Fikri.
“Memanglah sayang yang mengandungkan dia. Tapi siapa yang buat sayang menagndung? Abang kan? So, baby abang jugalah...” jawab Fikri sambil tersenyum nakal.
“Eleh! Tu pun sebab takut kita tinggalkan dia, kalau tak. Sampai hari ni pun tak jadi lagi agaknya...” perli Fira selamba.
“Sayang perli abang ea?” balas Fikri.
Fira hanya membuat muka selamba. Lantas dia mencapai buku disebelahnya. Fikri yang geram melihat keselambaan isterinya itu terus mengambil buku tersebut dari Fira.
“Ish, apa abang ni!” bentak Fira.
“Abang tanya tak nak jawab...” balas Fikri.
“Alah, abaikanlah...” jawan Fira malas.
“Tak nak!” Fikri sudah berpura-pura merajuk.
Fira hanya tersenyum sahaja melihat suaminya  itu. Kalau tak dia yang merajuk pasti Fikri yang merajuk. Lantas dia menarik wajah Fikri dekat kepadanya. Kemudian dia mencium dahi, kedua belah pipi dan turun pula ke bibir Fikri. Kemudian dia tersenyum kepada Fikri. Fikri turut membalas senyuman tersebut.
“Tiba-tiba rasa rindulah kat sayang...” ucap Fikri manja. Fira yang faham dengan apa yang dimaksudkan oleh suaminya itu terus memotong.
“Nak menggatallah tu...”balas Fira.
“Siapa suruh sayang goda abang...” jawab Fikri sambil tersenyum nakal.
“Sayang penatlah, lagipun kesian baby. Lainkali ea...” pujuk Fira manja.
Sejak beberapa bulan ini, Fira sangat manja dengan Fikri. Fikri pula semakin hari semakin romantis melayan isterinya. Fikri yang kini sangat berbeza dengan Fikri yang dahulu. Lebih memahami dan selalu mengalah. Fira bersyukur kerana Fikri telah banyak berubah. Fira sangat bahagia dengan kehidupannya sekarang.
“Abang...” panggil Fira lembut.
“Ye sayang, kenapa..?” tanya Fikri kembali.
“Kita pergi bercuti jom? Sayang tengok abang asyik kerja aja. Sayang pun penat tau. Jomlah kita pergi bercuti...” ajak Fira
“Bila tu?” tanya Fikri lagi.
“Lepas abang balik kursus? Macam mana?” Tanya Fira memberi cadangan.
“Hujung minggu ni?” tanya Fikri kembali.
“Kita sambunglah cuti lepas tu dalam 2-3 hari ke seminggu ke. Boleh tak?” tanya Fira pula meminta persetujuan.
“Tak bolehlah sayang, abang banyak kerja sekarang ni. Kalau nak, tunggu hujung tahun. Boleh ya?” balas Fikri sambil tersenyum.
“Hujung tahun tak bolehlah, sayang dalam pantang.” beritahu Fira.
“Kalau macam tu, tunggu sayang habis pantanglah. Kita pergi honeymoon second time. Boleh buat baby lagi...”balas Fikri sambil tersenyum nakal.
“Tak nak!” bentak Fira.
“Habis tu nak minggu ni juga ke sayang?” tanya Fikri lagi cuba memujuk.
“Nak minggu ni juga. Tak nak tangguh-tangguh...” jawab Fira
“Kalau macam tu tak bolehlah sayang. Abang tak dapat nak tunaikan...” balas Fikri
“Betul tak boleh?” Fira masih lagi mencuba nasib.
“Ye, tak boleh. Ttapi kalau hujung tahun atau next year boleh...” jawab Fikri sambil tersenyum.
“Ok! Tak boleh tak apalah...” balas Fira. Kemudian dia terus menutup suis lampu dan tidur. Fikri kelu seketika dengan tindakan Fira yang tiba-tiba sahaja itu. Dia memanggil Fira tetapi Fira senyap sahaja tanpa berkata apa. Seraya itu, dia juga membaringkan dirinya dan terus tidur di sebelah Fira.
......................................................................................................................................................
Hari ini, Fikri akan berkursus di Pulau Pinang selama 3 hari iaitu dari hari Rabu hingga Jumaat. Pagi itu, Fira melayani Fikri seperti biasa sebelum bertolak ke Pulau Pinang.
Tetapi apabila Fikri sudah tiba di sana, Fira melayaninya seperti nak tak nak. Sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab. Risau pula Fikri mengenangkan isterinya itu.
“Sayang okey ke ni?” tanya Fikri bila dilihatnya isterinya itu seperti lain macam sahaja.
“Okey jer. Kenapa pula tak okeynye?” balas Fira.
“Betul ni?” tanya Fikri lagi.
“Ye. Dahlah, abang pergi sana elok-elok ya...” pesan Fira sambil menyalami tangan Fikri.
Fikri tidak tahu bahawa sebenarnya Fira merajuk dengannya kerana permintaannya tidak dituruti. Fira berasa kecil hati dengan Fikri kerana terlalu sibuk dengan kerjanya. Padahal bukan tidak boleh dia bercuti, papanya juga telah mengizinkannya. Tetapi Fikri sahaja yang banyak alasan.
Malam sebelum kursus di Pulau Pinang berakhir, Fikri ada menelefon isterinya.
“Hello sayang. Assalamualaikum...”
“Waalaikummussalam..”
“Sayang sihat? Abang rindulah kat sayang...”
“Sihat Alhamdulilah...”
“Sayang kenapa ni? Macam tak okey jer.”
“Hah? Tak adalah, sayang okey jer. Abang balik esok ke?”
“Ni abang nak bagitahu, abang balik lusa. Tapi kursus habis esok.. kawan-kawan abang ajak jalan-jalan sini dulu. Sayang okey kan?”
“Emm, okey. Sayang penatlah, nak tidur...”
“Emm, okey.  Jaga diri dengan baby baik-baik ya...”
“Okey! Good Night...” Fira terus menamatkan panggilan.
Fikri berasa sedikit terkejut. Tapi dia buat seperti biasa sahaja dan fikir yang positif. Kebarangkalian memang benar isterinya itu penat.
Keesokkan harinya, Fira pula yang menelefon Fikri.
“Hello. Assalamualaikum abang..!”
“Ye sayang, waalaikummussalam....”
“Abang free ke?”
“Abang free. Kursus pun dah selesai. Baru ingat nak telefon sayang, tapi sayang dah telefon dulu...”
“Ye ke? Fira ada benda nak bagitahu ni...” Fira tidak lagi membahasakan dirinya dengan ‘sayang’.
“Apa dia sayang?”
“Fira nak minta izin abang,  Fira pergi kampung Murni. Bestfriend Fira masa belajar dulu. Boleh tak.?”
“Bila tu? Berapa hari?”
“Esok. Sehari je. Dekat Port Dickson. Nanti dia ambil dan hantarkan. Boleh ya?”
“Okey, tapi pastikan sayang balik sebelum abang sampai ya  esok..”
“Okey, terima kasih...”
“Sayang ada nak kirim apa-apa tak?”
“Emm, tak ada kot. Abang balik dengan selamat pun dah bersyukur...”
“Sayang doakan abang ya. Okey sayang, abang nak berehat kejap ni! Kejap lagi nak keluar. Sayang jaga diri baik-baik ya. Bye sayang, miss you..”
“Okey, take care...” balas Fira mengakhiri perbualan.
Fira sebenarnya terkilan dengan Fikri. Permintaannya langsung tidak dituruti, tetapi boleh pula mengambil masa untuk berjalan-jalan dengan rakan-rakannya di Pulau Pinang. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengikut sahabatnya , Murni yang kebetulan datang ke Kuala Lumpur pulang ke kampungnya di Port Dickson. Dan dia juga berhajat untuk membawa diri ke sana selama beberapa hari.


BAB 48
Ketika Fikri pulang Sabtu itu, rumah Datuk Faizal sunyi sepi. Ini kerana Datuk Faizal, Datin Maria dan Faiz pergi ke rumah saudara mereka di Pahang. Sepatutnya Fira yang menyambut kepulangan Fikri, tetapi Fira juga tiada. Yang ada hanyalah pembantu rumah mereka.
“Mak Jah, Fira belum balik lagi ke..?” tanya Fikri.
“Tak tahu pula Mak Jah. Fira tak tahu ke Fik balik hari ni?” tanya Mak Jah pula.
“Tahu, tak apalah. Nanti Fik call dia. Fikri terus naik ke biliknya, dia risau memikirkan Fira yang tidak pulang-pulang lagi. Hari sudah jauh malam. Fikri cuba menghubungi telefon bimbit Fira, tapi tidak berjaya. Fikri menanti Fira hingga dia tertidur.
Ketika Fikri terjaga dari tidur keesokkan harinya, dia terus mencari kelibat Fira. Tetapi tiada. Risau dia memikirkan ke mana hilang iserinya itu. Selepas mandi dan bersarapan, Fikri terus menuju ke rumah bapa mertuanya.
......................................................................................................................................................
“Fira, kau okey ke stay kat Ilham ni sorang-sorang..?” tanya Murni.
“Okey jer. Tak apa, nanti suami aku sampai aku adalah teman. Kau jangan risau okey.” bohong Fira kepada Murni.
“Kalau macam tu, aku balik dululah ye. Nanti apa-apa, telefon aku.” beritahu Murni seraya meminta diri untuk pulang.
“Okey, thanks ya..!” balas Fira. Dia bersalaman dan berpelukan dengan Murni sebelum Murni meninggalkannya.
...........................
“Assalamualaikum abah!” ucap Fikri saat melihat bapa mertuanya. Dia bersalaman dengan Pakcik Fakrul.
“Fira mana Fik? Tak ikut sama ke?” tanya Pakcik Fakrul. Dia pelik melihat Fira tiada bersama Fikri.
“Fira tak ada balik sini ke bah?” tanya Fikri kembali.
“Tak ada, kenapa?” pakcik Fakrul pula bertanya.
“Fira tak balik sini? Habis ke mana dia pergi? Fik ingat dia balik rumah abah, semalaman Fik tunggu dia tak balik-balik...” beritahu Fikri.
“Mana pula perginya budak Fira ni? Dahlah tengah sarat..” jelas kerisauan di wajah Pakcik Fakrul.
“Dia tak ada beritahu kamu ke yang dia ada nak ke mana-mana?” tanya Pakcik Fakrul lagi.
“Semalam dia kata dia nak pergi PD, ikut kawan dia Murni balik kampung. Petang balik semula ke sini. Ini sampai pagi ni pun tak nampak bayang dia lagi. Fik ingat dia balik rumah abah...” jelas Fikri.
“Ish, ke mana lah Fira ni. Fik risaulah bah kalau apa-apa jadi kat dia macam mana?” Fikri sudah tidak senang duduk memikirkan isterinya itu.
“Fik dah cuba telefon dia?” tanya Pakcik fakrul lagi.
“Dah cuba, tapi tak dapat. Dia off telefon dia...” jawab Fikri.
“Apa tadi nama kawan dia? Murni? Jom kita tengok kat bilik dia, cari buku ke diari ke. Kalau-kalau ada jumpa nombor telefon atau alamat si Murni tu...” Pakcik Fakrul dan Fikri terus melangkah naik menuju ke bilik Fira.
Hampir sejam mereka menyelongkar bilik Fira. Akhirnya mereka menemukan apa yang dicari.
Fikri terus menghubungi nombor telefon milik Murni. Tetapi tidak berjaya.
“Macam mana Fik? Dapat?” tanya Pakcik Fakrul.
“Tak dapat bah, nombor tiada dalam perkhidmatan...” beritahu Fikri. Jelas keresahan diwajahnya.
“Ni ada alamat rumah dia kat PD, apa kata kamu pergi ke sana cari Fira...” cadang Pakcik Fakrul.
“Baiklah, Fik cuba...” balas Fikri.
Fikri bergerak ke Port Dickson untuk mencari isterinya. Dia membawa sekali pakaiannya. Tiba di Port Dickson dia terus mencari rumah Murni berdasarkan alamat yang diperolehinya.
......................................................................................................................................................
“Assalamualaikum, tumpang tanya. Ini rumah Murni binti Suhadi ke?” tanya Fikri kepada seorang budak kecil yang sedang bermain di halaman rumah.
“Mak Cu, ada orang cari Mak Cu...” jerit budak itu.
Keluar seorang perempuan datang menjengah.
“Cik ni Murni ke?” tanya Fikri meminta kepastian.
“Ya saya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” tanya Murni.
“Saya Fikri, suami Fira...” beritahu Fikri.
Fikri memberitahu tujuan kedatangannya kepada Murni, dan Murni sedikit terkejut mendengar penjelasan Fikri. Murni tidak tahu kalau Fira berbohong dengannya. Murni memberitahu kepada Fikri tempat di mana Fira menginap. Fikri telah meminta Murni agar tidak memberitahu akan hal ini kepada Fira.
“Terima kasih ya Cik Murni...” ucap Fikri seraya meninggalkan kawasan itu.
Setelah mendapat tahu di mana keberadaan Fira. Fikri terus menelefon bapa mertuanya. Tidak dilupakan juga untuk memaklumkan hal itu kepada ibu dan papanya. Datin Maria yang mendapat tahu hal tersebut sangat terkejut dan terus-terusan membebelin anak lelakinya itu. Datuk Faizal yang lebih memahami mencadangkan Fikri agar menyambung cuti dan terus sahaja bercuti bersama isterinya di sana.
................................................................................................................................
Fira duduk sendirian di bangku yang terdapat di tepi pantai itu. Tiba-tiba hatinya dipagut rasa sunyi. Bukan niat dia untuk membohongi Fikri, tapi hatinya sedikit kecil hati dengan Fikri. lantas dia  membawa dirinya ke situ untuk menenangkan diri.
Setelah puas berjalan menghirup angin pantai, Fira kembali ke biliknya.
Alangkah terkejutnya Fira saat melihat baju seseorang di atas katilnya. Kemudian dia keluar semula dari bilik itu untuk memastikan yang dia telah masuk ke bilik yang betul.
“Betullah ni bilik aku. Tapi baju siapa pula ni?” tanya Fira sendirian. Dia melilau-lilau mencari siapa yang telah memasuki biliknya itu.
“Hai! Sayang cari apa tu?” berderau darah Fira ditegur seseorang. Dia terus menoleh ke belakang. Dilihat Fikri sedang tersenyum dengannya. Fikri hanya bertuala sahaja. Pasti baru selesai mandi.
Fikri terus mendapatkan Fira. Lantas dipeluk dan dicium Fira. Fira yang masih berkecil hati terus menolak Fikri jauh darinya.
“Abang buat apa kat sini? Macam mana abang boleh masuk bilik ni? “ tanya Fira bertubi-tubi.
“Abang cari sayanglah! Abang pergi rumah Murni tadi. Dia yang bagitahu abang, sayang ada kat sini. Macam mana abang boleh masuk bilik ni? Abang suruh staf resort ni bukakan pintu, abang bagitahu dorang yang abang suami sayang! Kunci tertinggal.  Lepas tu dorang bukakanlah pintu ni...” jawab Fikri sambil tersenyum. Dia sudah menyarung kan pakaiannya ke tubuh.
“Takkan senang-senang aja dia orang nak buat macam tu?” Fira masih lagi tidak puas hati,
“Memanglah. Mula-mula diaorang tak nak bagi juga, lepas tu abang tunjuklah kad kahwin kita sebagai bukti. Tu yang diaorang bagi...” jelas Fikri lagi.
Fira sudah pun beralih duduk di birai katil. Fikri  pun sama duduk di sebelah Fira.
“Kenapa sayang buat macam ni? Kenapa sayang tinggalkan abang? Abang risau tahu tak! Sayang tak sayang abang ke?” tanya Fikri. Dia sudah meraih tangan Fira. Fira hanya diam sahaja.
“Sayang, kenapa ni? Sayang dah tak sayangkan abang ke? Kalau abang ada buat salah. Abang minta maaf ya. Janganlah senyap macam ni. Abang risau kalau sayang asyik senyap aja...” tambah Fikri lagi.
“Jangan asyik nak tanya orang aja! Tanya diri awak tu! Awak sayang saya ke? Saya tak tahu awak ni sebenarnya sayang saya ke tak? Awak tak pernah pun cakap yang awak tu sayang saya! Saya ni sebenarnya kecil hati tahu tak dengan awak! Awak boleh luangkan masa dengan kawan-kawan awak jalan-jalan kat Pineng, tapi dengan saya? Banyak kerjalah apalah! Padahal bukan tak boleh cuti, tapi awak tu aja yang tak nak. Agaknya kalau saya tak adalah, awak lagi senang hati kan. Tak payah nak layan karenah saya..’’ luah Fira, tanpa diduga dia mengalirkan air mata.
Perasaan bersalah hadir dalam diri Fikri tatkala mendengar luahan hati Fira dan melihat air mata isterinya itu mengalir.
“Sayang, abang minta maaf! Abang sayangkan sayang sepenuh hati abang. Sejak dulu lagi. Sejak hari pertama sayang jadi isteri abang. Mungkin abang terlalu ego sebab tak mahu luahkannya. Abang nak sayang tahu, baby yang bakal lahir ni adalah tanda sayang abang pada sayang. Bukan sebab nafsu. Sehari sayang tinggalkan abang, dah cukup merana bagi abang. Inikan pula selamanya...” luah Fikri pula. Dia memeluk Fira erat. Tidak mahu dilepaskan. Fira menangis tersedu sedan dalam pelukan Fikri. Itulah pertama kali dia mendengar luahan hati Fikri.
Tiada apa yang Fira ingin katakan. Dia tahu Fikri ikhlas meluahkan perasannya tadi. Dia sendiri tidak sanggup berjauhan dengan Fikri, mana mungkin dia kan meninggalkan lelaki itu.
“Maafkan abang ya sayang...” ucap Fikri sambil mencium ubun-ubun Fira.
“Sayang pun nak minta maaf dengan abang sebab bohong abang dan tinggalkan abang...” ucap Fira dengan mata yang masih berkaca.
“Sudahlah abang maafkan. Apa yang jadi mungkin ada hikmahnya. Kalau sayang tak buat macam ni, mungkin kita tak ada kat sini sekarang ni kan?”
“Dahlah, jangan menangis lagi. Senyum sikit...” tambah Fikri lagi sambil tersenyum kepada Fira.
“Abang dah minta cuti dekat papa, cuti sayang pun abang dah applykan sampai jumaat. Hari ni kita stay kat sini sampai lusa. Kemudian hari Rabu kita check in kat Phillea Resort, Melaka. Sampai cuti kita habis...” beritahu Fikri sambil tersenyum kepada Fira.
 Fira hanya mengangguk dan dia turut membalas senyuman Fikri.














BAB 49
Selepas menginap di Ilham Resort selama 3 hari, mereka menyambung pula cuti mereka di Phillea Resort, Melaka.
Pelbagai kemudahan yang terdapat di sana. Firalah yang paling seronok. Tidak sia-sia dia merajuk dengan Fikri dan membawa diri ke Port Dickson. Kalau dia tidak buat begitu, pasti dia tidak mungkin dapat bercuti dalam masa terdekat ini.
Fikri pula sebenarnya bukan tidak mahu membawa Fira pergi bercuti, tetapi dia risaukan keadaan isterinya yang sudah sarat itu. Walaupun  masih ada masa 2 bulan lagi untuk melahirkan, tapi kalau sudah Allah takdirkan bayi mereka keluar lebih cepat dari yang sepatutnya. Siapa yang dapat menduga. Alasan kerja yang banyak sekadar mahu mematahkan keinginan isterinya itu sahaja. Tapi tidak sangka pula isterinya itu boleh nekad sebegitu sekali.
“Abang, takkan kita nak duduk sini ja? Tak ada rasa nak jalan-jalan dekat sekitar Melaka ni ke?” tanya Fira ketika mereka sedang duduk santai.
“Sayang nak pergi mana? Paling dekat dengan Phillea ni pun cuma zoo, taman buaya, taman botanikal, Melaka Planetarium, Melaka Wonderland dengan Mydin je... “ beritahu Fikri sambil tersengih.
“Mydin? Nak buat apa?”
“Mana tahu sayang nak shopping ke. Hehehee” jawab Fikri.
“Orang nak jalan-jalanlah bang. Bukan nak shopping...” balas Fira pula.
“Okey-okey! Sayang bagitahu abang, sayang nak pergi mana? Nanti abang bawa...” tanya Fikri.
“Sayang teringin nak naik river cruise. Tapi nak naik waktu malam. Hari tu Sheqa cerita dia cuti kat Melaka, naik river cruise malam-malam. Cantiknya...” beritahu Fira.
“Okey, petang ni kita pergi ya. Kita jalan-jalan dekat Bandar Hilir. Tapi sayang larat ke ni?” tanya Fikri lagi. Risau dia dengan keadaan isterinya itu. Dalam keadaan begitu pun masih kuat nak berjalan dan merayau sana sini.
“Mestilah larat...” jawab Fira sambil tersengih.
‘Kalau bab berjalan, cepat aja.’ Desis hati kecil Fikri. Dia hanya menggelengkan kepala melihat tingkah isterinya itu.
......................................................................................................................................................
Petang itu Fikri membawa Fira berjalan-jalan di sekitar Bandar Hilir. Kebetulan sekarang bukan musim cuti sekolah, jadi tidaklah ramai orang yang berkunjung ke Melaka pada waktu sebegitu.
Oleh kerana Fira mahu menaiki river cruise pada waktu malam, mereka mengambil kesempatan yang ada untuk berjalan-jalan di sekitar Bandar Hilir. Hampir kesemua tempat mereka tuju. Kecuali Bukit St. Paul Melaka atau lebih dikenali sebagai A Famosa sahaja yang tidak dinaiki. Ini kerana Fikri risau akan keadaan isterinya itu untuk mendaki anak tangga yang tinggi untuk ke atas.
Ketika mereka berjalan-jalan di Dataran Pahlawan. Tiba- tiba Fira terlanggar seseorang tanpa sengaja. Barang-barang yang dibimbit perempuan itu jatuh ke lantai.
“Maaf Cik, saya tak sengaja...” ucap Fira kepada perempuan yang dilanggarnya tadi.
“Lain kali jalan tengok depan! Buta ke?” marah perempuan tersebut.
“Maaf Cik, isteri saya tak sengaja...” Fikri pula memohon maaf bagi pihak Fira. Dia mengutip barang-barang milik perempuan itu yang jatuh ke lantai. Lantas dia memberikannya kepada perempuan itu.
Perempuan itu menyambut dan menoleh seketika ke arah Fikri.
Fikri dan Fira terkejut seketika saat terpandangkan wajah perempuan itu.
“Ely...??” serentak nama perempuan itu tersebut disebut mereka berdua.
“Ely? Mana awak menghilang?” tanya Fikri.
“Err, Encik salah orang ni. Saya bukan Ely...” ucap wanita yang dipanggil Ely itu. Lantas dia berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
“Abang? Betul ke itu bukan Ely?” tanya Fira minta kepastian.
“Entahlah! Dia kata dia bukan Ely, tapi abang yakin sangat dia tu Ely...” jawab Fikri.
“Apa dia buat dekat sini?”
“Entahlah, biarkanlah! Asalkan tak mengganggu kita sudahlah...” balas Fikri.
“Dah, jomlah sayang...” Fikri segera mengajak Fira beredar dari situ.
......................................................................................................................................................
‘Fikri... Fira..... apa dorang buat kat sini?’ desis hati kecil Ely.
Sejak peristiwa 5 bulan lalu, Ely telah membawa diri ke Melaka. Dia telah menetap dan bekerja di Melaka. Walaupun hampir 5 bulan dia menyepikan diri, ini tidak bererti dia melupakan apa yang telah terjadi dahulu. Memang tidak terlintas langsung dalam akal fikirannya untuk membalas dendam atas apa yang terjadi. Tetapi pertemuannya dengan mereka pada hari menyebabkan dia tekad untuk buat sesuatu.
‘Aku takkan biarkan korang berdua hidup bahagia. Kau Fira! Kalau aku tak dapat Fikri, engkau pun tak boleh dapat dia!’ Akal dan hati Ely sudah dirasuk syaitan. Dendam di dalam  hatinya membara kembali.
Tanpa Fikri dan Fira sedari, Ely rupanya mengintip setiap pergerakkannya. Ely telah mengekorinya dalam diam.
Ketika Fira dan Fikri sedang sedia untuk melintas di salah satu jalan menuju ke tempat untuk menaiki river cruise, Ely sudah bersedia dengan kereta. Kebetulan waktu itu, kenderaan yang lalu lalang tidak begitu banyak.
Saat Fira menjejakan kakinya di atas jalan, sebiji kereta berjenama Toyota vios dengan lajunya memecut ke arah Fira.
“Sayang...!!!” jerit Fikri. Fikri sempat menarik Fira ke tepi. Tetapi akibat tidak dapat menyeimbangi badan dia dan Fira terjatuh di tubir jalan. Kepala Fikri terhantuk sedikit pada bucu jalan dan Fira pula jatuh tersembam ke atas jalan.
Saat itu Fira merasakan perutnya amat sakit. Dia cuba  bangun tetapi tidak berdaya. Fikri yang luka sedikit di dahi terus merangkak mendapatkan isterinya.
“Ya Allah sayang...!!”jerit Fikri saat melihat isterinya yang sedang kesakitan.
Darah merah mengalir keluar dari celah kaki Fira.
“Abang... Tolong bang, sakit...” rengek Fira. Dia sudah tidak tertahan lagi.
Orang ramai yang berada di situ berkumpul mengerumuni mereka. Nasib baik ada diantara mereka yang sudi ingin menghantar ke hospital.
“Ini kena bawa ke hospital segera ni...” ucap salah seorang mereka.
“Mari saya bawakan ke hospital...” seseorang yang baik hati telah menawarkan bantuan kepada mereka.
“Cepat angkat isteri Encik, kereta saya ada di situ...” arah orang tersebut sambil menunjukkan di mana keretanya berada. Nasib baik keretanya tidak berada jauh dari tempat kejadian.
Fikri mengangkat Fira dibantu oleh orang yang menawarkan bantuan tersebut ke kereta miliknya. Selepas itu, orang tersebut terus membawa mereka ke hospital yang berhampiran iaitu Putra Specialist Hospital.
Setibanya di hospital, Fira terus dimasukkan ke wad kecemasan. Fikri juga diberikan rawatan.
Fikri terus menelefon bapa mertuanya dan kedua orang tuanya memberi tahu apa yang berlaku. Fikri masih lagi menanti di luar bilik kecemasan.
“Encik, suami Puan Nurul Afira Aleya binti Fakrul ke?” tanya seorang doktor.
“Ya saya, macam mana dengan isteri saya doktor?” tanya Fikri. Dia sudah tidak senang duduk.
“Isteri Encik harus dibedah segera. Keadaannya sangat kritikal. Banyak darah yang telah hilang. Kami harus selamatkan salah seorang dari mereka, sama ada ibu atau anak...” beritahu doktor tersebut.
‘Ya Allah, dugaan apa yang telah Engkau berikan kepada kami ini...’ hati Fikri merintih sayu mendengar apa yang disampaikan oleh doktor tersebut.
“Selamatkan isteri saya doktor...” ucap Fikri membuat keputusan.
“Kalau macam tu, sila tanda tangani borang ni...” arah doktor tersebut sambil memberikan borang pada Fikri.
......................................................................................................................................................
Sudah hampir dua jam Fira berada di dalam bilik pembedahan. Masih belum ada khabar berita yang Fikri terima. Fikri sudah tidak senang duduk. Dia mundar mandir di hadapan bilik pembedahan.
“Fik, macam mana dengan Fira?” tanya Pakcik Fakrul yang baru sahaja sampai bersama Datuk Faizal, Datin Maria dan Faiz.
“Abah, papa, ibu....” ucap Fikri.
“Fira ada kat dalam....” beritahu Fikri lemah.
“Macam mana boleh jadi macam ni Fik?” tanya Datin Maria. Air matanya sudah membasahi pipi.
“Entahlah ibu, Fik  pun tak tahu. Benda jadi sekelip mata aja..” luah Fikri. Dia juga turut bersedih di atas apa yang berlaku.
“Sudahlah tu. Mesti ada hikmah di atas apa yang berlaku. Kita doakan yang terbaik untuk Fira...” nasihat Datuk Faizal. Dia tahu anaknya itu sedang bersedih, dia tidak mahu anaknya itu tertekan.
Hampir 3 jam barulah doktor keluar dari bilik pembedahan itu. Fikri segera menerpa kea rah doktor tersebut untuk mengetahui keadaan isterinya.
“Macam mana isteri saya doktor?” tanya Fikri.
Doktor itu menanggalkan masknya. Dia tersenyum kepada Fikri.
“Alhamdulilah. Isteri Encik selamat, anak Encik juga kami berjaya selamatkan...”beritahu doktor tersebut.
“Tahniah Encik dapat anak lelaki...”
“Tapi isteri Encik masih tidak sedarkan diri lagi. Anak Encik kami terpaksa letakkan di nursery dulu kerana keadaan jantungnya yang lemah dan lahir tidak cukup bulan. Dia harus dipantau buat masa ni...” tambah doktor itu lagi.
“Alhamdulilah ya Allah...” Fikri terus membuat sujud syukur disitu. Tiada apa yang menggembirakan hatinya selain mendengar khabar yang baru diterimanya saat itu.
“Alhamdulilah, boleh kami lawat dia?” tanya Datin Maria.
“Saya rasa buat masa ni biarkan pesakit rehat dahulu. Mungkin esok kamu semua boleh datang untuk melawat...” beritahu doktor itu. Kemudian dia terus meninggalkan mereka.
......................................................................................................................................................
Sepanjang malam Fikri menemani Fira. Dia ingin berada disamping Fira sehingga isterinya itu sedarkan diri. Pakcik Fakrul, Datin Maria, Datuk Faizal serta Faiz telah menginap di hotel berdekatan. Supaya nanti senang untuk mereka ke sana jika ada apa-apa berita tentang Fira.
“Abang.....” panggil Fira perlahan. Selepas pembedahan Fira langsung tidak sedarkan diri. Pagi itu barulah dia sedar.
“Sayang dah sedar?” tanya Fikri dalam keadaan mamai. Dia telah terlelap di sisi Fira.
Fira hanya tersenyum dan mengangguk lemah.
“Bang? Anak kita mana bang? Fira meraba-raba perutnya yang sudah kempis...” tiba-tiba dia menangis hiba. Dia beranggapan yang anaknya pasti tidak dapat diselamatkan.
“Kenapa sayang nangis ni?” tanya Fikri yang kaget melihat isterinya itu.
“Anak kita.... Maafkan sayang sebab tak dapat selamatkan anak kita...” ucap Fira hiba.
“Shhh! Apa sayang merepek ni?” tanya Fikri. Dia menarik Fira ke dalam dakapannya.
“Anak kita ada sayang. Anak kita selamat. Kita dapat anak lelaki...” beritahu Fikri ceria.
“Anak kita selamat? Mana dia bang? Sayang nak tengok dia, sayang nak peluk dia, kucup dia...” Fira sudah tidak sabar ingin melihat anaknya itu.
“Anak kita ada kat nursery. Masih dibawah pengawasan sebab jantung terlalu lemah dan lahir tak cukup bulan...”
“Sayang sabar ya, nanti abang suruh nurse bawa anak kita pada sayang...” pujuk Fikri.
Fira mengangguk setuju. Tidak lama kemudian, ahli keluarga mereka datang melawat Fira.
“Fira dah sedar?” tanya Datin Maria ceria. Dia terus mendapatkan menantunya itu.
“Alahmdulilah bu...” ucap Fira.
“Fira rehat dulu kat sini, nanti dah okey baru kita balik KL ya. Kami semua akan temankan Fira dekat sini...” beritahu Datin Maria.
Tiada apa yang menggembirakan hati Fira sangat itu apabila mendapat tahu anaknya selamat dan dia sentiasa dikelilingi orang-orang yang sangat menyayanginya.







BAB 50
“Kimi, jangan lari-lari, nanti jatuh sayang!” jerit Fira kepada anak lelakinya itu.
Kini usia perkahwinan Fira dan Fikri telah menjangkau 4 tahun. Anak mereka juga telah berusia 3 tahun. Anak itu telah diberi nama Mohd Isy’ham Hakimi. Alhamdulilah, walaupun semasa lahir keadaan Hakimi sangat lemah dan tidak cukup bulan, anak itu telah membesar dengan baik tanpa sebarang masalah kesihatan.
“Alah sayang ni, biarlah Kimi tu main. Nama pun budak-budak...” balas Fikri.
“Memanglah, nanti jatuh siapa susah? Nanti rengeknya kat siapa? Kat mama dia juga kan?” bebel Fira. Fikri hanya tersenyum sahaja.
“Sayang...” panggil Fikri.
“Ya, kenapa?” tanya Fira yang sedang menuang air ke dalam cawan.
“Sayang tak rasa ke yang Kimi tu dah patut ada adik?” tanya Fikri sambil tersenyum nakal.
Fira memandang suaminya dengan penuh curiga.
“Kimi yang patut ada adik atau papa Kimi yang rasa nak tambah anak lagi?” tanya Fira memerli Fikri.
“Dua-dua...” jawab Fikri selamba sambil tersengih kepada isterinya.
“Sayang okey jer. Tapi abang tu sanggup ke nak layan karenah sayang time mengandung nanti?” Duga Fira.
“Demi isteri abang ni, abang sanggup buat apa sahaja...” ucap Fikri sambil mengucup tangan Fira
“Sayang tahu kan, cinta dan sayang abang hanya untuk sayang sorang...” tambah Fikri lagi.
“Sayang tahu! Cinta dan sayang sayang pun hanya untuk abang sorang aja!” balas Fira sambil mengucup pipi Fikri.
Kimi yang sedang bermain terus mendapatkan mama dan papanya.
“Kimi nak minum? Mari sini dekat mama, sayang...” panggil Fira.
“Kimi nak adik tak?” tanya Fikri kepada anaknya itu.
“Adik? Nak.. nak..! Nanti Kimi ada kawan nak main...” ucap Kimi gembira.
“Mintalah kat mama!” ucap Fikri sambil mengenyit mata pada anaknya.
“Apa pula. Abanglah...!” balas Fira.
“Kimi minta kat mama dengan papalah! Boleh..?” celah Kimi.
Fira dan Fikri tergelak mendengar kata-kata Kimi itu. Sesungguhnya kehidupan mereka kini lebih bahagia berbanding dahulu.
Datuk Faizal telah menyerahkan segala urusan syarikat kepada Fikri. Dia lebih banyak menghabiskan masanya dengan Datin Maria melakukan ibadat dan bercuti. Fira pula selepas melahirkan Mohd Isy’ham Hakimi, dia terus berhenti kerja. Dia indin menumpukan perhatian kepada suami dan anaknya. Pakcik Fakrul pula telah berkahwin dengan seorang wanita yang ditemuinya ketika sama-sama mengerjakan haji setahun yang lalu. Kini Fira tidak perlu risau lagi tentang abahnya kerana abahnya sudah pun mempunyai teman baru. Faiz pula telah dihantar belajar ke luar negara. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang Arkitek terkenal.
Ely pula telah ditangkap kerana kes langgar lari. Berdasarkan rakaman cctv yang terdapat di kawasan Fira dilanggar beberapa tahun lalu, kereta yang cuba melanggarnya adalah milik Ely. Sheqa pula sudah menggantikan tempat Fira sebagai setiausaha Fikri. Walaupun bidang Sheqa bukan dalam tugas tersebut, tetapi atas permintaan Fira dia telah menggantikan Fira. Memandangkan sewaktu Fira cuti bersalinkan Hakimi, tugasnya telah digalas oleh Sheqa. Syafiq pula sudah mendirikan rumahtangga setahun yang lalu. Dan kini dia sedang menanti kelahiran cahaya matanya yang pertama. Hisyam pula sudah berhenti kerja dan pulang ke kampungnya di Perak . Dia telah membuka perniagaannya sendiri.
.....................................................................................................................................................
“Abang... Sayang rasakan, sayang teringinlah nak makan ikan keli salai masak sambal...” pinta Fira tiba-tiba.
“Ikan keli? Sayang kan tak makan ikan keli, tiba-tiba aja ni kenapa?” tanya Fikri sedikit pelik. Setahunya isterinya itu memang tidak gemar makan ikan sungai.
“Entahlah, tiba-tiba rasa nak makan...”
“Nanti abang tolong masakkan ya? Tak nak beli, tak nak orang lain masak. Nak abang juga yang masak..!” tambah Fira lagi sebelum sempat Fikri menjawab.
“Hah..?” Fikri terkejut dengan permintaan isterinya yang tiba-tiba itu.
“Kenapa?” tanya Fira kembali.
“Sayang mengandung ke? Dah berapa hari lewat ni?” tanya Fikri meminta kepastian.
“Mengandung? Takkanlah. Rasa belum lewat, ikut tarikh lagi beberapa hari. Lagipun period sayang memang tak teratur sikit...” belum sempat Fira meneruskan kata, dia sudah bangun menuju ke bilik air. Tekaknya terasa mual.
Fira memuntahkan segala isi perutnya. Selepas agak lega, baru dia keluar semula dari bilik air.
“Sayang... Sayang okey ..?” tanya Fikri risau.
“Pening.. pening...” jawab Fira pendek
“Abang yakin dan pasti yang sayang sayang mengandung!” ucap Fikri dengan gembira sambil membanti Fira kembali ke katil.
“Ye je abang ni. Belum pergi cek doktor lagi pun kan? Lagipun macamlah abang yang rasa...”balas Fira.
“Eh, abang tahulah! Abang yang buat...” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
“Gatal..!!” Fira mencubit perlahan pinggang suaminya itu.
“Esok, kita pergi klinik ya?” ajak Fikri.
“Okey, sayang peninglah...”
“Tolong picitkan boleh?” pinta Fira ssambil tersengih.
“Yela. Mari sini abang tolong picitkan...” balas Fikri.
Tiba-tiba pintu bilik mereka ditolak, terjengul wajah comel si kecil Hakimi.
“Kimi sayang, kenapa tak tidur lagi ni?” tanya Fira kepada anaknya itu.
“Kimi nak tidur dengan mama dan papa boleh?” tanya Kimi meminta izin.
Fira memandang suaminya. Fikri hanya tersenyum dan mengangguk.
“Mari sini sayang...” panggil Fira.
Hakimi terus mendapatkan mama dan papanya. Dia berbaring di sebelah Fira. Kini Fira berada di tengah-tengah antara Hakimi dan Fikri. Hakimi memeluk erat mamanya.
“Mama, tadi Kimi mimpi dapat adik...”ucap Kimi.
Fira hanya tersenyum sahaja.
“Kimi mimpi dapat adik perempuan ke lelaki?” tanya Fikri.
“Entahlah, tapi adik Kimi tu ada dua...” beritahu Hakimi.
“Dengar tu sayang dua. Tu maknanya kembar la tu. Abang memang pastilah yang sayang mengandung..” ucap Fikri kepada Fira.
“kembar okey!” tambah Fikri lagi sambil menunjukkan angka dua pada Fira.
“Yela tu bang. Jangan terlampau yakin sangat okey selagi tak pergi cek doktor...” balas Fira.
“Boleh dapat malam ni tak mama adik tu?” tanya Hakimi tiba-tiba.
Fira tergelak mendengar pertanyaan anaknya itu.
“Tak boleh sayang, kena tunggu 9 bulan baru boleh dapat adiknya...” balas Fira sambil mencium anaknya itu.
“Kimi tidur dulu, nanti esok-esok Kimi akan dapat adik Kimi okey..!” pujuk Fikri pula.
Hakimi akur dengan arahan papanya itu. Dia memeluk erat Fira. Fira menepuk-nepuk Hakimi supaya tidur. Fikri pula masih lagi memicit kepala Fira. Sehingga akhirnya, kedua-dua mereka tertidur.
Fikri menarik selimut menutup tubuh kedua-duanya. Dia mengucup lembut dahi Hakimi dan Fira. Kemudian dia merebahkan dirinya di sebelah Fira.
Fikri berharap agar kebahagiaan yang dialaminya ini akan berkekalan hingga akhir nanti. Dia berazam untuk menjadi seorang suami dan bapa  yang penyayang serta bertanggungjawab kepada keluarganya. Kini dia yakin, apa yang terjadi telah ditakdirkan oleh Allah.
Sekian.....