Blogger Layouts

Thursday, 28 July 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 19)

BAB 19

Selesai solat isyak berjemaah, mereka berdua hanya duduk di bilik. Fikri seibuk membaca manakala Fira pula mengemaskan beg pakaian Fikri.
“suka-suka awak aja kata saya malas masak kan...” ucap Fira sambil tangannya ligat mengemas beg pakaian Fikri
“ tak betul ke..? sepanjang hampir 2 bulan kahwin ni, memang awak tak pernah masak pun...” balas Fikri bersahaja
“ awak tak pernah pun suruh saya masak....” balas Fira selamba
“memanglah tak pernah, sebab saya tahu awak tak pandai masak...” balas Fikri sambil menutup buku di tangannya
“huh..ok fine... nanti saya masak, jangan tak nak makan pula...suka-suka kata orang tak pandai masak... silap-silap dia yang makan tak cukup jari nanti...” balas Fira geram.
“buktikan...” balas Fikri sambil tersenyum sinis dan bersiap-siap untuk keluar.
“ awak nak ke mana pula ni...?” tanya Fira ingin tahu
“ nak keluar ... pergi dating....” balas Fikri selamba
“ Ermmm...” hanya itu yang keluar dari mulut Fira
...................................................
Fira sudah tidur ketika Fikri pulang. Lantas Fikri menukat pakaian dan membersihkan diri sebelum tidur
“Fira...Fira...” panggil Fikri
“Emmmm....Arggghhh!!!!..” Fira membuka mata dan dia terjerit kecil melihat Fikri
‘ish.. awak ni buat terperanjat orang ajalah..” marah Fira kepada Fikri
Fikri hanya ketawa melihat Fira begitu
“Apsal awak seksi sangat malam ni...awak nak goda saya ea,,,” duga Fikri
“hah...mana ada seksi...huh.. siapa yang nak goda awak tu...” balas Fira kembali
“ tu....” tunjuk Fikri kea rah pakaian Fira yang sudah tersingkap hingga ke pangkal peha.
‘‘ hah...alamak...” Fira terus bangun dan mencari seluar panjangnya di dalam almari
Fikri hanya tergelak melihat telatah isterinya itu.
Selama seminggu ketiadaan Fikri, Fira sudah terbiasa tidur dengan memakai baju tidurnya yang atas lutut tanpa memaki seluar panjang. Hari itu dia terlupa yang suaminya sudah pulang.
Sekembalinya Fira ke katil, Fikri sidah pun merebahkan dirinya di atas katil itu. Fira meletakkan bantal peluk di tengah-tengah seperti kebiasannya sebelum ini.
“awak... dah tidur ke..?” panggil Fira lembut
‘’emm.... “ jawab Fikri perlahan
“ Esok... boleh saing kan pergi kerja...?” tanya Fira lagi
“ Yer...mulai esok pergi kerja saing..tapi esok kena awal sikit..saya ada hal...” beritahu FIkri dengan mata yang masih terpejam.
“ok bos...” balas Fira dengan senyuman yang terukir di bibir. Riang hatinya, usaha untuk mendekati suaminya semakain berhasil.

1 comments:

YONG JIAO XIU said...

itu la, pompuan je yg berusaha, lelaki?huh perangai hampeh saja.