Blogger Layouts

Thursday 19 January 2012

♥ JATUH CINTA!! 9 ♥



BAB 9
Hari ini merupakan hari pendaftaran Raja Shameera di UiTM, Cawangan Bandaraya Melaka. Raja Shameera telah ditemani oleh kedua-dua orang abangnya. Sepanjang minggu orientasi, Raja Shameera akan tinggal di kolej kediaman, UiTM tersebut.
“Adik, orientasi elok-elok tau..!! Cari kawan yang elok-elok, kalau ada budak-budak nakal kacau, bagitahu Along dengan Angah...!” pesan Raja Salman sebelum meninggalkan Raja Shameera.
“Along ni... Adik dah besar lah..! Pandailah adik jaga diri... Jangan risau okey..?! Mia kan ada dengan adik ni...” balas Raja Shameera sambil memeluk bahu Damia Tan. Ummi dan Walid Damia Tan, sudah pulang terlebih dahulu.
“Mia, tolong tengokkan Sham ni eak... Kalau dia buat hal, tolong tegur. Ni mulut dia ni bukannya ada insurans, kadang-kadang cakap main lepas aja...!” pesan Raja Salman sambil mencubit perlahan bibir Raja Shameera.
“Ish, Along ni...! Tebal bibir adik karang Along cubit-cubit...” balas Raja Shameera sambil memukul tangan Abangnya itu.
“Dahlah... Along dengan Angah nak balik dulu.. Nanti lepas orientasi, kita orang datang jemput adik okey...!” beritahu Raja Salman. Raja Shameera bersalaman dengan kedua-dua abangnya sebelum mereka berdua pulang.
Selepas Raja Salman dan Raja Syazwan pulang, barulah Raja Shameera dan Damia Tan masuk ke dewan untuk memulakan sesi orientasi pada petang itu.
..............................
Semua pelajar yang baru mendaftar akan terlibat dengan orientasi selama seminggu. Untuk hari pertama, mereka semua akan berkumpul di dewan. Tetapi bagi memudahkan pengawasan dan aktiviti dijalankan, mereka telah diasingkan mengikut course masing-masing. Setiap course akan dijaga oleh 3 orang fasilitator yang juga merupakan senior mereka dalam course tersebut. Kemudian mereka telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.
“Okey..!! Assalamualaikum semua...! saya Azam Mukhlis bin Hj. Tahrain. Boleh panggil Azam atau Abang Azam... Saya merupakan ketua fasi untuk group ni... Yang ini Muhaiza, dan ini pula Fayyad.. Mereka berdua adalah pembantu saya dan juga fasi untuk group ni...” Azam Mukhlis memperkenalkan dirinya dan dua orang lagi rakannya kepada semua pelajar baru yang berada di bawah pengawasannya.
Azam Mukhlis bin Hj. Tahrain. Pelajar senior tahun dua dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran). Merupakan salah seorang pelajar lelaki yang terkenal di Fakulti Pengurusan Perniagaan. Sering menjadi perhatian perempuan-perempuan cantik di situ. Tidak kira di dalam fakulti yang sama ataupun fakulti lain. Tetapi bagi pelajar baru, mereka masih belum mengenali siapa sebenarnya Azam Mukhlis.
“Okey, sekarang kita akan bahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.. Kamu semua ada 48 orang. Bahagikan kepada 8 kumpulan, satu kumpulan 6 orang.. Okey, gerak sekarang..!” arah Azam Mukhlis kepada semua.
Raja Shameera sudah pastinya akan berkumpulan dengan Damia Tan. Mereka berdua mana boleh berenggang.
“Tak ada orang nak kumpulan dengan kita ke Sham...? Ni baru berempat..!” Tanya Damia Tan. Sambil-sambil itu, mereka masih lagi mencari-cari ahli kumpulan untuk mencukupkan korum.
“Kejap eah...! Aku nak pergi dekat budak perempuan tu kejap...” beritahu Raja Shameera sambil menunjuk ke arah seorang budak perempuan kepada Damia Tan. Raja Shameera pergi mendapatkan budak perempuan yang berkaca mata. Budak perempuan itu lurus dan pendiam. Dia seperti tercari-cari kumpulan yang masih belum cukup ahlinya.
“Hai..! Dah ada kumpulan belum..?” tanya Raja Shameera kepada budak perempuan tersebut. Budak perempuan itu hanya menggelengkan kepala.
“Kalau macam tu, jomlah joint kumpulan aku... Kita orang tak cukup orang lagi ni... Aku Sham...!” Ucap Raja Shameera sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan budak perempuan itu.
“Fazliyani... panggil Yani aja..” balas budak perempuan yang bernama Fazliyani itu.
Fazliyani mengikut Raja Shameera kembali ke kumpulannya.
“Dah ada lima orang dah ni... Tinggal sorang je lagi..” beritahu Raja Shameera kepada ahli kumpulannya yang lain.
“Korang tengoklah, kumpulan kita semua perempuan.. Tak ada lelaki ..!” ucap Damia Tan
“Budak-budak lelaki tu semua dah pergi kumpulan lain.. Kumpulan awek-awek cun... Kita ni siapalah nak pandang..!” balas Raja Shameera pula.
Tiba-tiba mereka didatangi oleh seorang budak lelaki. Berkaca mata juga seperti Fazliyani. Nampak macam budak ‘nerd’ tapi muka boleh tahan handsome juga.
“Hai...! Saya Rayyan Mikael... Korang dah cukup ke...?” Rayyan Mikael memperkenalkan dirinya sekali gus bertanyakan tentang ahli kumpulan mereka.
“Tak payah nak saya-saya lah.. Skema sangat...!” balas Raja Shameera selamba.
“Ish kau ni...! Cuba lembut-lembut sikit cakap tu...” tegur Damia Tan.
“Err.. Rayyan Mikael eak..? Kumpulan kami tak cukup orang lagi, tinggal sorang je lagi.. kenapa ye..?” tanya Damia Tan pula.
“Kalau macam tu, saya joint kumpulan korang lah... Boleh..?” Rayyan Mikael menawarkan dirinya untuk sekumpulan dengan Raja Shameera dan rakan-rakannya.
“Okey..! Duduklah...”arah Raja Shameera sedikit lembut berbanding tadi.
“Kita tak payah formal sangat eah... Aku Sham, Mia, Yani, Dahlia dan yang ni Fatiha... Erm, kau aku panggil Mika aja boleh...?” Raja Shameera memperkenalkan semua rakan-rakan sekumpulannya kepada Rayyan Mikael.
Mereka semua mengangkat tangan dan tersenyum kepada Rayyan Mikael. Begitu juga dengan Rayyan Mikael. Dia kemudiannya  tersenyum kepada Raja Shameera.  Raja Shameera turut membalas senyuman itu. Jelas lesung pipit di kedua belah pipinya.
‘cutenya dia..!’ desis hati kecil Rayyan Mikael. Dia seperti terpukau melihat senyuman Raja Shameera itu.
“Okey! Semua dah ada kumpulan masing-masing kan..? Sekarang saya nak korang lantik sorang ketua kumpulan dalam kumpulan masing-masing. Kemudian, ambil kertas mahjung ni. Tuliskan nama kumpulan, ahli, logo kumpulan, apa makna logo tersebut dan juga motto kumpulan. Korang ada masa lebih kurang 15 minit sahaja. Nanti dah siap, setiap kumpulan kena bentang kat depan..” suara Azam Mukhlis yang memberi arahan dihapan memecahkan lamunan Rayyan Mikael.
“Hah, kau jadi ketua...!” Raja Shameera mencadangkan Rayyan Mikael sebagai ketua kumpulan mereka.
“Apasal saya pula..! Eh..! Apasal aku pula...?!” balas Rayyan Mikael tergagap-gagap. Dia tersasul-sasul membahasakan dirinya.
“Dah kau aje sorang lelaki dalam kumpulan ni...” balas Raja Shameera pula.
“Haahlah Mika..! Kaulah jadi ketua kumpulan, takkan nak suruh kita orang pula...!” tokok Damia Tan pula.
“Tak naklah...! Aku guguplah... Aku tak biasa..!” balas Rayyan Mikael. Dia seboleh-bolehnya mahu mengelak dari menjadi ketua kumpulan.
“Korang ada lebih kurang 12 minit lagi okey..! Siapa yang dah lantik ketua, dah boleh mula buat apa yang patut..!” Azam Mukhlis mengingatkan mereka semua masa yang tinggal.
“Cepatlah lantik ketua..! Nanti tak cukup masa pula nak buat apa yang dia minta...” Dahlia pula bersuara setelah senyap sedari tadi.
“Kau ajelah Sham yang jadi ketua, kau open sikit... nak tunggu Mika, entah bila kita nak mula...” cadang Fatiha pula. Selamba sahaja dia berkata. Fatiha bila berbicara boleh tahan juga mulutnya, seperti Raja Shameera. Cuma Raja Shameera berperwatakan seperti lelaki sedikit.
“Betul cakap Fatiha tu... Yani pun setuju...” balas Fazliyani pula tanda menyokong kata-kata Fatiha. Yang lain turut mengangguk tanda setuju. Termasuk Rayyan Mikael.
“Yelah-yelah...” jawab Raja Shameera malas. Dia menjeling Rayyan Mikael yang tersengih kepadanya.
Setelah melantik ketua kumpulan, Raja Shameera dan ahli kumpulannya segera mendraf logo, mereka  nama kumpulan, motto dan makna pada logo. Kemudian mereka melorek dan menulisnya di atas kertas mahjung yang telah disediakan.
“Okey..! Masa dah tamat..! Kumpulan siapa yang nak buat pembentangan dulu..?” Tanya Azam Mukhlis kepada semua kumpulan.
Raja Shameera dengan penuh berani dan semangat terus mengangkat tangan.
“Kumpulan kami akan bentang dulu..!” ucap Raja Shameera sambil tersenyum.
“Ya, silakan...!” Azam Mukhlis mempersilakan Raja Shameera dan rakan sekumpulan dengannya ke hadapan.
Raja Shameera bersama lima lagi ahli kumpulannya yang lain terus mara ke hadapan. Kemudian dia memperkenalkan nama kumpulan yang telah dipilih oleh dia dan ahli kumpulannya yang lain. Selepas itu, dia memperkenalkan dirinya dan semua ahli kumpulannya. Raja Shameera dan rakan sekumpulannya  telah bergilir-gilir untuk membentangkan maklumat yang terdapat pada kertas mahjong.
“Ada mana-mana kumpulan yang nak tanya soalan pada kumpulan Sham..?” Azam Mukhlis menawarkan sebarang pertanyaan dari kumpulan lain kepada kumpulan Raja Shameera.
“Semua tak ada soalan ya..?” Tanya Azam Mukhlis sekali lagi, apabila dilihat tiada siapa pun yang mengajukan soalan kepada kumpulan Raja Shameera.
“Kalau macam tu, saya ada soalan untuk awak...!”
“Sham ni perempuan kan..?” tanya Azam Mukhlis kepada Raja Shameera.
Raja Shameera sedikit tercengang mendengar soalan yang tidak disangka-sangka itu.
‘Apa punya soalanlah..! Tak ada kena mengena langsung..!’ gumam Raja Shameera di dalam hati.
“Kenapa..? Kau tengok muka aku ni macam jantan ke..? Apa muka aku yang comel ni tak cukup ke nak bagitahu kan yang aku ni perempuan..?” balas Raja Shameera selamba sambil tersenyum sinis. Dia terus kembali semula ke tempat duduknya tanpa menghiraukan Azam Mukhlis. Azam Mukhlis terpinga-pinga seketika mendengar jawapan Raja Shameera . Pelajar lain sudah ketawa-ketawa.
“Emm..! okey, kumpulan seterusnya..! “ Azam Mukhlis terus memanggil kumpulan seterusnya untuk pembentangan.
Ketika kumpulan lain sibuk membuat pembentangan di hadapan. Raja Shameera sibuk berceloteh di belakang.
“Sengal betullah mamat tu..! Banyak-banyak soalan, boleh pula itu yang ditanyanya...!” Raja Shameera meluahkan rasa tidak puas hatinya.
“Kau ni Sham, cuba cool sikit... Janganlah cepat sangat naik hangin...” Damia Tan cuba menenangkan Raja Shameera.
“Saya rasa... Errr, aku rasa kau patut pakai ala-ala gigirl sikit kot Sham... Barulah orang tahu yang kau tu perempuan tulen...!”Tiba-tiba sahaja Rayyan Mikael mencelah. Fazliyani yang hanya diam sahaja, turut mengangguk tanda dia bersetuju dengan kata-kata Rayyan Mikael. Fatiha dan  Dahlia, sedikit pun tidak ambil port dengan perbualan mereka berempat. Raja Shameera hanya menjeling sahaja Rayyan Mikael dengan ekor matanya.
Setelah lebih kurang 2 jam mereka membuat sesi suai kenal, mereka dibenarkan untuk kembali ke bilik masing-masing. Malam itu, mereka ada aktiviti lain pula.
Dahlia dan Fatiha sudah beredar terlebih dahulu. Hanya tingga; mereka berempat sahaja.
“Aku nak balik hostel saing korang boleh..?” Tanya Rayyan Mikael. Dia sudah membiasakan dirinya dengan ganti nama ‘aku kau’.
“Suka hati kau lah Mika, tapi kau jangan follow kita orang sampai bilik sudahlah.... hahahaa” seloroh Raja Shameera.
“Hah kau Yani, bilik kau sebaris dengan bilik kita orang kan..?” tanya Damia Tan pula kepada Fazliyani. Fazliyani hanya mengangguk dan tersenyum sahaja.
Fazliyani ni memang kurang brcakap sikit. Yang dia tahu hanya geleng, angguk dan senyum sahaja.
Mereka jalan bersama sehingga tiba di bangunan hostel perempuan. Kemudian mereka berpisah dengan Rayyan Mikael.
“Hostel kita orang dah sampai.. Kita orang naik dulu okey..! Malam karang kita jumpa balik..” Raja Shameera mewakili Damia Tan dan Fazliyani, meminta diri dari Rayyan Mikael. Dia melambaikan tangan kepada Rayyan Mikael sebelum meninggalkan lelaki itu.
                                              by : achiem~

Thursday 12 January 2012

♥ JATUH CINTA!! 8 ♥

BAB 8
Raja Salman membawa Raja Shameera ke pasaraya yang berhampiran dengan taman perumahan mereka. Dalam perjalanan, sempat juga mereka berbual-bual.
“Along .... Tengkujuh dengan Angah tu memang rapat ke...?” Tanya Raja Shameera. Dia tidak sedar dia telah terlepas cakap dengan memanggil Tengku Shahmie ‘Tengkujuh’.
“Tengkujuh...?” Tanya Raja Salman tidak mengerti.
“Errr... Maksud adik, Angah dengan Abang Mie tu....”
“Oowh..! Macam-macam aja adik ni.... Dia orang berdua tu memang rapat.. Kiranya bestfriendlah .... Dua-dua kaki kereta... Beli kereta pun nak sama... Adik tak perasan ke dia orang pakai kereta yang sama jenis, Honda Civic FD2 Type R.. Cuma warna aja yang beza, sorang hitam sorang putih..” Jelas Raja Salman.
‘Patutlah bawa kereta macam tak cukup tanah aja hari tu..! Kaki race rupanya.. Nasib tak terlanggar aku, silap-silap dah arwah agaknya aku kalau kena langgar hari tu...’ Raja Shameera bermonolog sendiri. Tanpa sedar dia menggelengkan kepala.
“Ni kenapa pula geleng-geleng kepala..?” Tegur Raja Salman
“Hah...? Mana ada...” Balas Raja Shameera pendek
“Tapi Abang Mie tu playboy kan Along..? Nasib baiklah Angah tak macam tu...” Tambah Raja Shameera lagi.
“Hahaha sebab tu Angah tak ada awek..! Kalau Angah macam Abang Mie tu, dah melambak awek dia..” Seloroh Raja Salman.
“ Eleh, mentang-mentanglah dia dah ada Kak Fara.. Nak kerek lah tu...!” Perli Raja Shameera
“Along pula yang kena... Adik ni tanya-tanya pasal Abang Mie kenapa..? Minat kat dia eak..?” Sengaja Raja Salman mengusik Raja Shameera.
“Hah...?” Raja Shameera terkejut mendengar pertanyaan abangnya itu.
“Kenapa..? hahaha Adik tak nak ke kat dia..? Dahlah handsome, kaya pula tu... Sebab tu ramai perempuan sangkut dekat dia...” Tambah Raja Salman lagi. Dia sudah tersenyum-senyum melihat muka Raja Shameera .
“Eeee..!! Dah lah poyo..! Tak naklah adik dengan playboy cap jempol macam tu...!!” Raja Shameera membuat muka  mendengar usikan abangnya itu.
“Lagi satu, kalau dia kaya kita pun kaya juga..hahaha” sempat lagi Raja Shameera berseloroh.
“Hahaha Dia tu tak adalah teruk mana pun.. Lagipun perempuan-perempuan tu yang sibuk menempel, dia cuma layankan aja..” Beritahu Raja Salman.
“Tak kisahlah Long... Kalau dah playboy, playboy juga..! Dahlah malas nak dengar cerita pasal dia lagi.. Nyesal pula tanya... haish..!!” Balas Raja Shameera. Raja Salman hanya tersenyum sahaja. Raja Shameera pula hanya mendiamkan diri sehingga sampai di pasaraya.
“Dah sampai! Along tunggu sini ajalah.. Adik cuma nak cari keledek aja kan...?” tanya Raja Salman. Malas dia mahu keluar dari kereta.
“Ish...! Pemalas betullah Along ni...!” Balas Raja Shameera.
“Dah.. Pergi cepat..! Jangan lama-lama sangat.. Along tunggu sini aja..” Arah Raja Salman
Raja Shameera keluar dari kereta dan terus menapak memasuki pasaraya tersebut.
Selepas mendapatkan apa yang dikehendaki, dia terus keluar dari pasaraya tersebut dan mendapatkan kereta abangnya.
“Ada apa-apa lagi tak..?” tanya Raja Salman meminta kepastian.
“Tak ada...! Balik aja terus... Tak sabar nak cuba resepi baru ni...!” Balas Raja Shameera sambil tersenyum
Raja Salman terus memandu kereta Mazda RX8 nya meninggalkan pasaraya tersebut.
....................................
Setibanya di rumah, Raja Shameera terus menuju ke dapur. Tidak dihiraukan lelaki-lelaki yang ada di dalam rumah itu. Raja Shameera menyedia bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pau keledek.
“Tepung, serbuk penaik, yis, keledek..... ermm, lagi apa eak..?” Raja Shameera cuba mengingati bahan-bahan untuk membuat pau keledeknya itu.
Selepas menyediakan semua bahan, Raja Shameera memulakan kerjanya. Mula-mula dia membuang kulit keledek terlebih dahulu. Raja Shameera telah memilih keledek merah untuk membuat paunya. Selepas itu, dia memotong kecil-kecil keledek tersebut dan merebusnya sehingga empuk. Sementara menanti, dia mengayak tepung bersama sedikit serbuk penaik.
Apabila keledeknya sudah empuk, Raja Shameera mengangkat dan melenyekkan keledek tersebut. Raja Shameera meletakkan sedikit yis ke dalam tepung yang sudah diayak tadi. Ini bagi memastikan dohnya mengembang dengan cantik. Kemudian dia mencampurkan keledek yang telah dilenyek bersama tepung. Raja Shameera menguli kesemua bahan tersebut sehingga menjadi satu doh. Selepas itu, dia meninggalkan doh tersebut untuk 10 hingga 15 minit bagi memastikan doh tersebut mengembang.
Sementara menanti doh tersebut mengembang, Raja shameera memanaskan air di dalam periuk pengukus. Selepas 15 minit, doh tersebut mengembang dengan cantik. Raja Shameera mula membentuk doh tersebut untuk dibuat pau keledek. Pau keledek tanpa inti. Raja Shameera meletakkan doh-doh yang telah dibentuk di atas daun pisang yang telah dipotong kecil dan menyusunkannya ke dalam bekas pengukus. Sedang dia khusyuk membentuk dohnya, ketiga-tiga lelaki yang berada di dalam rumah itu masuk ke dapur.
“Emmm... sedapnya bau..! Sham masak apa ni..?” Tanya Tengku Shahmie cuba menarik perhatian Raja Shameera.
Raja Shameera menoleh seketika ke arahnya.
‘ish...! Sibuk betullah Mamat Tengkujuh ni...’ Raja Shameera bermonolog sendiri. Dia tidak menjawab pertanyaan Tengku Shahmie itu. Dia kembali tekun dengan kerja-kerjanya.
“Adik nak kita orang tolong apa-apa tak..?” tanya Raja Salman menawarkan bantuan. Raja Shameera tidak juga menjawab pertanyaan abang sulongnya itu.
“Aik adik, buat kuih aja terus tak boleh bercakap dah...?” Raja Syazwan pula mengusik Raja Shameera. Raja Shameera malas mahu melayan mereka. Dia tekun dengan kerjanya itu.
“Parah juga adik kita ni Angah, baru buat kuih dah hilang terus suara dia....” usik Raja Salman pula.
“Tu lah Along... Kalau Kahwin nanti, suami dia cuma dapat makan apa yang dia masak tapi tak dapat dengar suara dia...hehehe “ Raja Syazwan pula menyakat.
“Kalau macam gitu gamaknya, aku lebih rela dengar suara dia... tak makan apa yang dia masak pun tak apalah, asal dapat dengar suara dia... sunyi wooo tak ada ‘radio bergerak’ yang selalu menemani kita hari-hari... hahaha” Tengku Shahmie turut sama menyakat Raja Shameera.
‘Hek eleh Mamat Tengkujuh ni, apahal pula...! huh..!’ gumam Raja Shameera di dalam hati.
“Radio bergerak..? hahaha” Tanya Raja Salman.
Akhirnya mereka bertiga ketawa. Seronok dapat menyakat Raja Shameera. Raja Shameera sedikit pun tidak melawan. Malas dia mahu melayan. Baik dia siapkan dahulu kerja-kerjanya itu. Sesudah siap semuanya, Raja Shameera segera mengukus pau keledeknya itu. Dan inilah masanya untuk dia membalas balik.
“Radio bergerak eak...? Ni radio bergerak nak bagi ceramah free sikit.. Awak orang bertiga ni boleh tak jangan nak menyibuk kat dapur ni...? Kalau datang setakat nak menyakat, tak payah..! Nak tolong konon, orang dah siap baru nak datang tolong.. Ni kalau tak sedap pau keledek saya, siap awak orang bertiga...” Raja Shameera sudah mula membebel .Sambil membebel, lincah tangannya mengemas dapur tersebut.
“ Saya akan sue awak bertiga dan saya paksa  habiskan pau keledek saya yang tak sedap tu nanti...okeyh !!” Tambah Saja Shameera lagi sambil menunjukkan gaya lagak seperti seorang peguam wanita yang Berjaya.
 “Alamak Along... Dia da start bagi ceramah freelah pula...hehehe” ucap Raja Syazwan sambil ketawa kecil.
“Nak macam mana, macam Angah tak kenal adik Angah tu kan... hahaha “ balas Raja Salman. Dia juga turut sama ketawa.
“Dah jomlah Angah, Mie.. Kita blah dulu.. Sebelum mak nenek ni membebel lagi panjang... hahaha ‘’ Raja Salman mengajak Raja Syazwan dan Tengku Shahmie beredar dari dapur tersebut.
“Eh, nantilah dulu...! Mie tengah khusyuk dengar Sham bagi ceramah free ni Along... hahaha “ Perli Tengku Shahmie pula sambil tersengih menghadap Raja Shameera.
“Kau duduklah sini Mie, kalau nak dengar sangat mak nenek ni bagi ceramah free...tahan tak tahan ajelah telinga kau tu...! hahaha” Balas Raja Syazwan. Raja Syazwan dan Raja Salman sudah pun bangun untuk beredar dari situ. Hanya Tengku Shahmie sahaja yang masih setia menanti.
Tengku Shahmie begitu leka memperhatikan Raja Shameera membuat kerja. Senyuman di bibirnya tidak lekang sedari tadi.
“En. Tengkujuh... Boleh tak awak blah dari sini..? Semaklah mata saya ni ngadap awak...” Raja Shameera berkata dengan begitu lembut sekali tetapi sinis bunyinya.
“Tak boleh kot..!!” balas Tengku Shahmie sambil tersengih.
“Saya rimaslah awak dekat sini..! Pergilah duduk depan sana dengan Along dan Angah... Buat semak aja dekat sini.. Tahu tak..?!!” sudah hilang kelembutan pada suara Raja Shameera. Jelas menunjukkan yang dia tak suka keberadaan Tengku Shahmie  di situ.
“Ala... Saya tak kacau awak pun kan...? Bolehlah saya nak duduk sini ya Meera sayang....” balas Tengku Shahmie sambil tersengih-sengih.
“Huh..! Susah cakap dengan orang yang tak faham bahasa ni..! Lantak awaklah sana...! Lagi satu, tolong jangan panggil saya Meera...! Lepas tu jangan nak bersayang-sayang...! Geli tahu tak geli..!!” bentak Raja Shameera. Tadi Sham comel, sekarang Meera sayang pula. Dasar playboy cap jempol.
Selepas itu, Raja Shameera terus mendiamkan diri. Apa yang ditanyakan dan dicakapkan Tengku Shahmie langsung tidak diendahkannya. Hanya matanya sahaja yag memainkan peranan. Sesekali dia menjeling Tengku Shahmie.
“Wahai Abang Tengku Shahmie bin Tengku Iskandar.......” panggil Raja Shameera dengan begitu lembut sekali ibarat lembut gigi dari lidah bak pepatah orang melayu dulu-dulu.
“Ye Adik Raja Shameera sayang...” balas Tengku Shahmie sambil tersengih
“Sayang ya..?” Sengaja Raja Shameera menekankan perkataan sayang itu. Tengku Shahmie hanya mengangguk dan tersenyum sahaja.
“Kalau sayang, boleh tak tolong duduk depan..? Tolong ya...? Tolong sangat-sangat... Saya merayu ni...” Raja Shameera membuat muka separa merayu seraya merapatkan kedua belah tangannya sehingga bercantum kedua-dua tapak tangannya, memohon pengertian dari Tengku Shahmie.
Tengku Shahmie sedikit terkesan melihat Raja Shameera memohon begitu kepadanya. Tidak sampai hati pula rasanya dia menghampakan permintaan gadis itu. Akhirnya dia mengalah jua.
“Baiklah sayangku...!! Demi awak, saya turutkan...!” ucap Tengku Shahmie sambil tersenyum. Tengku Shahmie bangun dari kerusi dan ingin beredar dari situ. Sempat juga dia mengenyitkan matanya pada Raja Shameera sebelum beredar.
Hilang saja Tengku Shahmie dari muka pintu dapur, Raja Shameera terus buat gaya nak termuntah. Bukan senang dia nak bercakap lemah lembut dan menggoda sebegitu.
‘Haish..! Geli geleman betul aku rasa..wekkk!!! hahaha Tapi pandai juga aku berlakon eak...! hehehe’ Raja Shameera bermonolog sendirian. Dalam sedar dia tersenyum sendiri mengenangkan hal itu.
..............................
“Aik..! Kata nak teman Sham tadi...hahaha “ seloroh Raja Salman saat Tengku Shahmie datang kepada dia dan Raja Syazwan.
“Tak jadilah Long... Karang menangis pula Si Meera tu, Mie dok ngadap dia je..hahaha “ balas Tengku Shahmie sambil ketawa.
“Aik... Dah tukar dah..? Tadi Sham ni dah jadi Meera pula..? Kau jangan macam-macam Mie... hahaha “ tegur Raja Syazwan pula.
“Hahaha Aku rasa panggil Meera baru perempuan dari panggil Sham..” balas Tengku Shahmie pula
“Tidak lama kemudian, Raja Shameera datang sambil menatang dulang yang berisi minuman dan pau keledek yang dibuatnya tadi. Dia meletakkan dulang atersebut di atas meja.
“Wah...! Baru tinggalkan adik tak sampai 30 minit, dah siap dah kuih adik...” ucap Raja Salman
“Emmm... Nampak macam menarik aja kuih yang awak buat ni...” puji Tengku Shahmie cuba menarik perhatian Raja Shameera.
“Rupa aja yang menarik... Rasa tak tahu lagi..!” Balas Raja Shameera selamba.
“Ada sesiapa nak jadi tester tak..?” Tanya Raja Shameera. Tapi belum sempat mereka menawarkan diri, Raja Shameera sudah memotong terlebih dahulu.
“Hah..! Angah tolong rasa kuih ni, sedap ke tak....” arah Raja Shameera.
“Aik.. Apasal Angah pula yang kena..?” Tanya Raja Syazwan tidak berpuas hati.
“Cepatlah Angah..!” Raja Shameera sudah menolak-nolak Raja Syazwan untuk merasa kuih buatannya itu.
Raja Syazwan teragak-agak untuk merasa. Tetapi demi menjaga hati adiknya, dia cuba juga. Pada mulanya Raja Syazwan mencuit sedikit sahaja pau keledek itu. Apabila sudah kena dengan tekaknya, dia terus sahaja memakan pau itu sehingga habis.
“Eh , Angah.... Orang suruh rasa sikit bukan suruh habiskan terus..!” perli Raja Salman
“Hah.. Macam mana Angah..? Sedap ke tak..? Kalau sedap, pulang balik pau keledek adik ni, kalau tak sedap korang semua kena habiskan okey..!!” Gertak Raja Shameera.
“Nak satu lagi boleh tak dik..?” Tanya Raja Syazwan tanpa menjawab pertanyaan Raja Shameera.
“Apa Angah ni..? Yang ditanya tak jawab, nak minta tambah lagi pula... Dah ..! Biar Along pula yang rasa...!” Raja Salman mengambil sebiji pau keledek di dalam pinggan dan merasanya.
“Perghh..!! Marvellous lah dik..! Tak sia-sialah kami hantar adik duduk dengan nenek...!” ucap Raja Salman tiba-tiba.
“Okey ke Long pau keledek yang adik buat ni..?” Tanya Raja Shameera minta kepastian.
“Sedaplah dik...! Boleh tahan juga adik Angah ni ya dalam bab-bab buat kuih...” Akhirnya Raja Syazwan memberikan komennya.
“Ye ke..? Yeehaaaa....!!! Menjadi pun... 1st time  cuba...” ucap Raja Shameera kegembiraan.
“Ehem-ehem... Tapi untuk makluman Along dengan Angah, bukan nenek yang  ajar okey buat pau ni...! Adik belajar dari dalam tv...hehehe “ beritahu Raja Shameera sambil tersengih.
“Ish...! Mana aci, korang dua aja yang melantak..! Aku pun nak rasa juga...!” Tiba-tiba tengku Shahmie bersuara. Dia sudah mahu mengambil sebiji pau keledek dari dalam pinggan.
“Haip..! Letak balik..! Siapa suruh awak ambil...? Saya buat pau keledek ni untuk abang-abang saya...! awak bukan abang saya kan..?!” Tegur Raja Shameera. Tengku Shahmie hanya tersengih sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak jadi dia ingin mengambil pau tersebut.
“Adik...!! Tak baik macam tu... Kesian Abang Mie tau..! Tadi kan dia dah temankan adik kat dapur.. Bagilah dia jamah sikit kuih yang adik buat ni....” Tegur Raja Salman. Adik perempuannya itu memang begitu. Kadang-kadang menegur orang selamba sahaja.
Raja Shamera merengus perlahan. Sempat dia menjeling benci pada Tengku Shahmie.
“Yelah-yelah..Ambillah kalau tak malu...” ucap Raja Shameera selamba. Tengku Shahmie hanya tersengih sahaja. Lantas dia mengambil sebiji pau keledek dari dalam pinggan dan terus memakannya.
“Huh..! Memang tak tahu malu..! Gelojoh pula tu...” Tambah Raja Shameera. Kemudian dia terus berlalu ke dapur.
HabHbais licin pau keledek buatan Raja Shameera dimakan oleh ketiga-tiga orang lelaki itu. Nasib baik dia sudah mengasingkan sedikit untuk dirinya dan juga untuk diberikan kepada ibu bapa Tengku Shahmie.
Tengku Shahmie beredar dari rumah mereka hampir waktu maghrib. Itupun setelah ibunya, Che Wan Husna menelefonnya. Raja Shameera menitipkan pau keledek yang dibuatnya untuk ibu bapa Tengku Shahmie.
                                                                                                   by : achiem~

NOTES :
- kereta Mazda RX8 milik Raja Salman.. tiada siapa yang boleh menyentuh kereta kesayangannya ini -

- Honda Civic FD2 Type R berwarna hitam milik Raja Syazwan..  Dia & Tengku Shahmie memang sepakat utk memilih model kereta yang sama -

Tuesday 10 January 2012

♥ JATUH CINTA!! 7 ♥


BAB 7
Sejak kemalangan tempoh hari, Raja Shameera tidak lagi dibenarkan keluar menaiki ‘Viruz Pinky’ nya oleh kedua-dua orang abangnya itu. Raja Shameera juga dibiarkan berehat di rumah bagi memastikan kecederaan yang dialami pulih sepenuhnya. Walaupun kecederaan yang dialami Raja Shameera itu tidaklah seteruk mana.
Hari Sabtu itu, Raja Shameera tidak ke mana-mana. Begitu juga dengan kedua-dua abangnya. Mereka hanya menghabiskan masa di rumah, memandangkan keesokkan harinya mereka akan menghantar Raja Shameera pergi mendaftar di UiTM, Cawangan Bandaraya Melaka.
......................................
Petang itu, tanpa disangka rumah mereka telah dikunjungi oleh seseorang.
“Assalamualaikum..!!”
“Waalaikummussalam...!!” Raja Shameera membuka pintu untuk melihat siapa yang datang.
“En. Tengkujuh..??” Raja Shameera seakan tidak percaya melihat siapa yang datang ke rumahnya.
“Cik Sham comel..?” Tengku Shahmie juga terkejut saat melihat Raja Shameera.
“ Boleh tak , jangan poyo sangat nak panggil-panggil orang comellah apalah...! meluat tahu...!” bentak Raja Shameera
“Awak buat apa kat rumah saya ni..? Awak skodeng saya eak..? Ni macam mana awak boleh masuk kawasan rumah saya ni..? Suka suki awak aja..!” Bertubi-tubi pertanyaan keluar dari mulut Raja Shameera. Tidak sempat langsung untuk Tengku Shahmie mencelah.
“Pintu pagar tak kunci.. So, saya masuklah...” balas Tengku Shahmie bersahaja.
“Kalau tak kunci pun, bukan bererti awak boleh masuk kawasan rumah orang suka-suka.. Tak ada adab betul...! Tak reti nak tekan loceng dulu ke..? Itu pun nak kena ajar ke..?” bebel Raja Shameera lagi
“Errr....” Tengku Shahmie hilang kata-kata. Dia hanya tersenyum sahaja mendengar bebelan Raja Shameera. Membebel tak henti-henti, macam mak nenek. Tapi comel!
“Apa senyum-senyum..?! Jangan nak senyum-senyum sangat boleh tak..? Meluatlah..! Baik awak blah sekarang, sebelum saya panggil abang-abang saya keluar..!” Raja Shameera menyuruh Tengku Shahmie segera beredar  dari kawasan rumahnya. Belum sempat Tengku Shahmie beredar, terdengar suara Raja Syazwan dari dalam rumah.
“Siapa yang datang tu dik...?” tanya Raja Syazwan yang baru sahaja turun ke ruang tamu.
Tengku Shahmie yang terdengar akan suara Raja Syazwan terus menolak daun pintu dan Raja Shameera. Raja Shameera terdorong sedikit ke belakang. Tengku Shahmie terus melangkah masuk ke dalam rumah dan menyapa Raja Syazwan. Raja Shameera geram dengan tindakan Tengku Shahmie itu.
“Oit Wan..!!” Tegur Tengku Shahmie
“Lah... Engkau rupanya yang datang.. Ingatkan siapalah tadi...” balas Raja Syazwan pula.
Raja Syazwan bersalaman dan berpelukan dengan Tengku Shahmie seperti sudah lama tidak ketemu sahaja rasanya. Raja Shameera yang tidak mengerti apa-apa hanya melihat sahaja perlakuan dua orang lelaki itu. Terlintas juga rasa curiga di dalam hatinya tetapi segera diusir.
“Hah adik..! Ni lah Abang Mie... anak Ayah Is dan Ibu Husna.. Mie, ni adik bongsu kita orang Raja Shameera.. Panggil aja Sham...! korang berdua belum pernah jumpa lagi kan sebelum ni..?” Raja Syazwan memperkenalkan Tengku Shahmie kepada Raja Shameera dan sebaliknya.
“Hah..??” Raja Shameera sedikit terkejut. Dia tidak menyangka yang rupa-rupanya Mamat Tengkujuh itu adalah anak kepada Tengku Iskandar dan Che Wan Husna. Maklumlah sebelum ini, dia tidak pernah langsung bersua muka dengan Tengku Shahmie. Jadi dia tidak pernah tahu bagaimana rupa dan orangnya. Malu juga dia kerana tidak bertanya terlebih dahulu tadi, dan terusan sahaja mahu menghalau Tengku Shahmie keluar dari kawasan rumah mereka. Ah..! dia tidak peduli siapa Tengku Shahmie itu! Yang pastinya dia amat meluat dengan lelaki itu.
“Oowhh! Raja Shameera rupanya... Haii.. Nama penuh saya Tengku....” Tengku Shahmie memperkenalkan pula dirinya kepada Raja Shameera. Tapi belum sempat dia memperkenalkan dirinya, Raja Shameera sudah memotong terlebih dahulu.
“Tengkujuh....!! huh..!” Raja Shameera terus meninggalkan Tengku Shahmie dan Raja Syazwan di situ. Tidak mahu langsung dia beramah mesra dengan Tengku Shahmie.
“Sorry ea Mie, Sham memang macam tu sikit... Nampak aja kasar tapi hati dia baik sebenarnya...” Raja Syazwan tidak sedap hati dengan perlakuan Raja Shameera terhadap Tengku Shahmie.
“It’s okay lah bro.. Tak ada hal punya.. Mungkin dia malu kot.. Tak pun dia tak selesa agaknya ada lelaki lain dalam rumah ni..” Balas Tengku Shahmie sambil menepuk bahu Raja Syazwan.
“Entahlah... agaknya kot...kau duduk dulu ea, aku nak pergi dapur ambil air kejap...” Raja Syazwan meminta diri untuk ke dapur sebentar. Tinggal Tengku Shahmie sendirian di situ. Raja Shameera pula  terus sahaja naik ke bilik . Raja Salman pula sedang khusyuk membaca di bilik bacaan.
“Jemput minum Mie, air bujang aja ni... Mak Awe tak ada , balik kampung.. Jadi pandai-pandai kita orang ajalah duduk kat rumah ni...” pelawa Raja Syazwan.
“Ni pun dah okey..  Terima kasih...” balas Tengku Shahmie.
“Adik kau tu umur berapa Wan..?” tanya Tengku Shahmie tiba-tiba.
“Baru masuk 20 tahun ni.. 15 April  karang cukuplah 20 tahun umur dia..” beritahu Raja Syazwan.
“Owwh! Comel juga adik kau tu ya... Dengan ada lesung pipitnya lagi, anak mata warna hazel... Memang sweetlah..!!” puji Tengku Shahmie.
“Aii... lain macam aja bunyi, kau jangan macam-macam.. Adik aku tu budak lagi okey..!”seloroh Raja Syazwan.
“Hahaha  Apa salahnya...” balas Tengku Shahmie bersahaja
“Habis , awek-awek kau yang 7 orang tu kau nak letak mana..?” Perli Raja Syazwan.
“Aku ceraikanlah dorang semua tu...  Lagipun bukan aku yang terhegeh-hegeh kat dorang.. Dorang yang datang sendiri kat aku...hahaha “ jawab Tengku Shahmie selamba.
“Kau ni biar betul...hahaha “ tanya Raja Syazwan seakan tidak percaya.
“Hahaha aku main-main ajalah..!”
“Tapi kalau betul apa salahnya... hahaha  Tapi adik aku tu kasar sikitlah.. Nampak aja macam perempuan tapi hakikatnya brutal.. Tengoklah  dengan pakai baju macam lelaki, rambut pendek... Dah macam lelaki tiruan aku tengok.. Nasib baik muka dia muka perempuan tulen..hahaha “ seloroh Raja Syazwan. Tengku Shahmie turut ketawa mendengar kata-kata Raja Syazwan. Mereka tidak sedar akan kehadiran Raja Shameera di situ.
“Amboiii...!! Sedapnya mengata orang..!” Perli Raja Shameera
“Eh.. Adik! Bila masa adik turun..?” tanya Raja Syazwan. Serta-merta ketawanya terhenti. Tengku Shahmie hanya tersenyum sahaja.
Raja Shameera hanya menjeling sahaja Tengku Shahmie dan abangnya.
“Kemain lagi Angah ya..!!”
“Alah... Angah gurau ajalah... Janganlah touching-touching... “ pujuk Raja Syazwan sambil tersengih memangang Raja Shameera.
“Tak ada masa nak touching-touching...Tolong hantar adik  pergi pasaraya kejap..! Nak bawa ‘Viruz Pinky’ dah tak boleh...” beritahu Raja Shameera.
“Alah adik ni, nak cari apa kat sana..?” tanya Raja Syazwan
“Nak cari keledek... Adik nak buat pau keledek untuk minum petang ni...!” jawab Raja Shameera.
“Pau keledek..? Reti ke adik buat..?hehehe” perli Raja Syazwan. Dia tidak percaya akan kebolehan Raja Shameera itu.
“Hey..! Banyak tanyalah Angah ni..! Nak hantar tak nak..?” balas Raja Shameera sedikit bengang.
“Kalau kau pergi, aku nak ikut sekalilah Wan... Boleh..?” Tiba-tiba sahaja Tengku Shahmie menyampuk.
“Ish.. Sibuk betullah Tengkujuh ni...!” Raja Shameera berkata perlahan. Tapi tetap didengari oleh Raja Syazwan.
“Tengkujuh...?? Kenapa adik panggil Abang Mie Tengkujuh..? Ish, tak baik tahu..! Nama dia Tengku Shahmie.. Panggil dia Abang Mie, sebab dia sebaya Angah dan dia lagi tua dari adik...” bebel Raja Syazwan. Tengku Shahmie hanya tersengih bila Raja Syazwan memihaknya. Raja Shameera yang meluat melihat sengihan Tengku Shahmie itu, memberikan jelingan maut buatnya.
Saat itu juga, Raja Salman turun ke ruang tamu dan mendapatkan mereka bertiga.
“Eh.. Ada Mie rupanya..! Bila sampai..?” Tanya raja Salman saat terlihat Tengku Shahmie.
“Adalah dalam setengah jam..” jawab Tengku Shahmie sambil menyalami Raja Salman.
“Along... Jom pergi pasaraya kejap...!” ajak Raja Shameera tiba-tiba.
“Aii adik ni, tadi ajak Angah.. Ni ajak Along pula... Mana satu ni...?” tanya Raja Syazwan.
“Malas ajak angah! Banyak tanya... Jom Along..! Kalau tak nak bawa adik, bak sini kunci kereta Mazda RX8 Along tu..! Biar je adik pergi sendiri... Kalau sayang sangat kereta Along tu, biar aja Adik pergi naik ‘Viruz Pinky’ adik tu..” Sengaja Raja Shameera berkata begitu. Dia ingin menduga abangnya itu.

“Jangan nak mengada-ngada..! Dah, jom Along bawa adik pergi pasaraya... Tolong ambilkan kunci dan wallet Along kat bilik...” Arah Raja Salman. Raja Shameera hanya tersengih sahaja. Dia tahu, abangnya itu pasti tidak akan membiarkan dia pergi bersendirian.
“Sweet betul adik korang tu ya... hahaha “ Tiba-tiba sahaja Tengku Shahmie bersuara. Raja Salman dan Raja Syazwan berpandangan seketika. Mereka tidak percaya dengan apa yang mereka dengari. Apa yang mereka tahu, Tengku Shahmie yang mereka kenali ini amat sukar sekali untuk memuji perempuan.
“Along dengan Wan ni dah kenapa..?” tanya Tengku Shahmie sedikit pelik melihat mereka berdua.
“Hahaha tak ada apa-apa... Along cuma terkejut aja dengar kau cakap Si Sham tu sweet...hahaha” beritahu Raja Salman. Dia tidak dapat menahan gelaknya.
“Laa... Kenapa pula..? Memang sweet apa Sham tu.. . Mie suka tengok sikap dia yang selamba tu... Brutal tapi sweet..! hahaha “ Akui Tengku Shahmie. Sekali lagi Raja Salman dan Raja Syazwan berpandangan. Akhirnya kedua-dua mereka ketawa.
“Hah...!! Ngumpat orang lagilah tu..!” tegur Raja Shameera yang baru turun dari mengambil kunci dan wallet alongnya itu.
“Ish adik ni... Mana ada, kami cerita pasal benda lainlah...!” dalih Raja Salman.
“Dah-dah...! Pergi cepat, nanti habis pula keledek kat pasaraya tu.. Nanti tak dapat pula nak rasa kuih buatan adik...” Raja Syazwan sengaja menukar topik.
“Keledek..? Adik nak beli keledek ke..?” tanya Raja Salman ingin tahu.
“ Along ni sama macam Angah jugalah... Banyak tanya..! Haish... Tak nak jawab boleh tak...? Terus pergi aja boleh tak....?” Rungut Raja Shameera. Dia bosan untuk menjawab pertanyaan Alongnya itu.
“Yelah-yelah... Jom gerak sekarang..!” ajak Raja Salman.
“Mie, Along keluar kejap ya.. Borak-boraklah dulu dengan Wan...” beritahu Raja Salman . Tengku Shahmie hanya mengangguk dan tersenyum. Raja Shameera sempat memberikan pandangan meluatnya kepada Tengku Shahmie sebelum keluar.

                                                                                                       by : achiem~


Friday 6 January 2012

♥ JATUH CINTA!! 6 ♥


BAB 6
Hari ini, Raja Shameera berhajat untuk membawa skuter kesayangannya keluar berjalan-jalan. Skuternya itu diberi nama ‘Viruz Pinky’ kerana ianya berwarna merah jambu. Skuter  Yamaha  Mio berwarna merah jambu itu merupakan pemberian dari abang sulongnya, Raja Salman selepas dia tamat SPM.  Walaupun dia tidak suka dengan warna itu, dia terpaksa juga akur kerana itu adalah pemberian dari abangnya. Oleh sebab itu, dia menamakan skuter kesayangannya itu ‘Viruz Pinky. Bukan kerana tidak suka dengan skuternya itu, tetapi kerana warna itu bukan kegemarannya.
Raja Salman dan Raja Syazwan pulang lewat petang itu. Raja Shameera mengambil kesempatan yang ada untuk membawa skuternya berjalan-jalan di taman.
Raja Shameera menunggang ‘Viruz Pinky’ nya dengan riang sekali mengelilingi kawasan taman perumahan itu. Sesekali dia menyanyi kecil lagu-lagu yang diingatnya.
Tanpa diduga ketika dia ingin membelok di satu simpang, sebuah kereta Honda Civic FD2 Type R berwarna putih yang juga ingin membelok di simpang yang sama hampir melanggar skuter Yamaha Mio nya yang berwarna merah jambu itu, sehingga menyebabkab Raja Shameera hilang kawalan dan terjatuh.  Kereta yang hampir  melanggarnya itu tadi terus berlalu meninggalkannya.
“aduh..!! siot betullah...Tahulah kereta mahal...!!” bebel Raja Shameera. Dia cuba untuk bangun. Dia melihat-lihat pada tubuhnya sama ada terdapat luka-luka atau tidak.
..........................
Tengku Shahmie rasa tidak senang hati meninggalkan orang yang hampir dilanggarnya itu tadi begitu sahaja. Lantas dia memandu semula keretanya ke tempat kejadian.
“kenapa You pusing balik ni baby..?” tanya Johana saat Tengku Shahmie membuat pusingan.
“I nak pergi tengok budak yang I hampir langgar tadi.. okey ke tak..” beritahu Tengku Shahmie. Johana hanya menurut sahaja. Walaupun di dalam hati dia membentak.
Ketika Tengku Shahmie sampai semula di tempat tersebut, dilihat budak yang hampir dilanggarnya itu sedang berusaha untuk membangunkan semula skuter Yamaha Mio nya yang jatuh. Tengku Shahmie pasti budak yang dilanggarnya itu adalah seorang perempuan kerana skuternya yang berwarna merah jambu.
Raja Shameera menoleh ke arah kereta  Honda Civic FD2 Type R warna putih yang berhenti berhampiran dengannya. Dia pasti itu adalah kereta yang yang hampir sahaja melanggarnya tadi. Kemudian dia kembali melihat skuter Yamaha Mionya itu tanpa mengendahkan siapakah pemilik kereta tersebut.
Selepas memberhentikan keretanya di bahu jalan, Tengku Shahmie terus keluar dari keretanya. Johana pula hanya menanti sahaja di dalam kereta. Tengku Shahmie terus mendapatkan  gadis yang hampir dilanggarnya tadi.
“ Adik okey ke..?” tanya Tengku Shahmie. Dia masih belum perasan siapa gerangan yang hampir dilanggarnya itu tadi.
“Apa adik-adik...! Lain kali nak belok tu tengok-tengoklah dulu, jangan main redah aja..! Lesen terbang kea pa...!” bebel Raja Shameera tanpa memandang ke arah orang yang hampir melanggarnya itu tadi.
Ketika itu, dia sudah pun bangun dan sibuk dengan skuter Yamaha Mio nya.
‘Eh, minah ni! Aku tanya baik-baik, nak marah-marah pula.. nasib baik memang salah aku... kalau tak, dah lama aku basuh balik..!’ gumam Tengku Shahmie di dalam hati.
“Siku awak luka ni, mari saya hantarkan ke klinik...” Tengku Shahmie memandang kea rah siku gadis itu. Tanpa sengaja dia memegang tangan gadis itu. Panggilannya  dari adik juga sudah berubah.
“Hey..!! apa pegang-pegang ni..!!” bentak Raja Shameera sambil menoleh ke arah lelaki yang memegang tangannya itu. Saat itu baru dia terperasan akan Tengku Shahmie.
‘Eyh...!! Mamat Tengkujuh ni lagi.. apasal lah 3 hari ni, aku asyik terserempak dengan dia aja..!!” gumam Raja Shameera di dalam hati.
“Cik Sham comel..?” Tengku Shahmie juga terkejut  saat terpandangkan Raja Shameera. Dia tidak menyangka bahawa gadis yang hampir dilanggarnya itu tadi adalah Raja Shameera dan ketika itu juga jantungnya berdegup kencang.
“apa comel-comel..!! Reti lepaskan tangan tu tak...? suka-suki je pegang-pegang orang...! Dah dua kali tahu...??!!”
Tengku Shahmie tidak membalas. Dia hanya tersenyum saja memandang Raja Shameera. Seraya itu dia melepaskan pegangannya pada tangan Raja Shameera.
“ Cik Sham okey tak ni..? Jom saya bawa pergi klinik...” ajak Tengku Shahmie.
“Asyik-asyik terserempak dengan awak En. Tengkujuh..!! bosan betul saya.. 3 hari berturut-turut pula tu...! Naik meluat dah saya ni tahu tak...??!” bebel Raja Shameera tanpa menjawab pertanyaan Tengku Shahmie.
“Haah kan.. 3 hari berturut-turut kita asyik terserempak.. Mungkin ada jodoh kot..!” balas Tengku Shahmie sambil tersenyum.
“Jodoh..?? Huh..! siapalah yang nak berjodoh dengan mamat poyo bajet handsome lagi playboy cap jempol macam awak ni...!”  Panjang lebar gelaran yang diberikan oleh Raja Shameera kepada Tengku Shahmie.
Tengku Shahmie hanya tersenyum sahaja mendengar kata-kata Raja Shameera itu. Raja Shameera pula geram melihat senyuman yang terukir di bibir Tengku Shahmie. Meluat sungguh dia rasakan.
“Apa senyum-senyum..??! Ingat handsome ke..?!” ucap Raja Shameera sinis.
“saja..!! saya suka tengok muka comel awak tu...!” ucap Tengku Shahmie jujur. Dia masih lagi memandang Raja Shameera dengan senyuman di bibir.
‘nak mengayat akulah tu..! boleh blah lah..!!’Raja Shameera berkata sendiri di dalam hati. Dia hanya memandang Tengku Shahmie dengan pandangan jelek.
“Baby...! Jomlah, dah lambat dah ni.. Budak tu okeykan..? You bagi ajalah duit ubat pada dia.. pandailah dia nanti uruskan diri dia sendiri..” ucap Johana. Dia keluar dari kereta dan hanya menanti Tengku Shahmie di situ.
Tengku Shahmie dan Raja Shameera menoleh ke arah Johana.
‘Aik..! semalam perempuan lain, hari ni perempuan lain... Dasar playboy cap jempol..!!’ gumam Raja Shameera
Raja Shameera tidak menghiraukan Johana ataupun Tengku Shahmie. Dengan kakinya yang sedikit sakit dan sikunya yang luka, dia menunggang semula skuter Yamaha Mio nya.
“Eh, Cik Sham? Takkan nak balik dengan keadaan macam ni..? Biarlah saya bawa awak pergi klinik dulu... Nanti lepas tu saya hantarkan awak balik..” Tengku Shahmie masih lagi memujuk Raja Shameera.
“Tak apalah, terima kasih ajalah...! Tu awek En. Tengkujuh yang entah nombor berapa agaknya tu dah bising...” balas Raja Shameera selamba. Kemudian dia menghidupkan enjin motornya dan berlalu pergi meninggalkan Tengku Shahmie di situ.
.........................................
Ketika Raja Shameera tiba di rumah, Raja Salman dan Raja Syazwan sudah pun pulang dari pejabat.
“Adik pergi mana ni..? Dah nak maghrib baru balik...?”  Tanya Raja salman saat terpandangkan Raja Shameera yang sedang memarkirkan skuter Yamaha Mio nya .
“keluar jalan-jalan..” jawab Raja Shameera malas sambil menanggalkan helmetnya dan turun dari skuter. Dia berjalan sedikit jingkit kerana kakinya sakit.
“Ni kenapa jalan terjingkit-jingkit ni...?” tanya Raja Salman tidak puas hati. Saat itu juga dia terpandang akan skuter milik Raja Shameera.
“Tu ‘Viruz Pinky’ adik tu... kenapa nombor plat  dia patah..? calar-salar..?” Tanya Raja Salman lagi. Walaupun dalam nada yang bersahaja tapi jelas ketegasan dan kerisauannya.
“Adik accident tadi..” jawab Raja Shameera.
Accident..? “ Raja Salman terus meluru ke arah Raja Shameera. Dia membelek-belek adiknya itu. Kelihatan siku Raja Shameera luka.
“Dah..! Pergi naik atas, mandi..! lepas solat maghrib karang turun balik.. Along bubuhkan ubat...” arah Raja Salman. Raja Shameera hanya menuruti sahaja arahan abangnya itu.
......................................
Selepas maghrib, Raja Shameera turun semula ke bawah. Raja Salman sudah menanti dengan peti kecemasan.
“Meh, duduk sini..!” arah Raja Salman kepada Raja Shameera.
Raja Shameera duduk di sebelah Raja Salman. Raja Salman segera menarik tangan Raja Shameera. Perlahan-lahan dia menyapukan ubat dan menampalkan plaster pada luka Raja Shameera.
“Dah siap..! ada luka dekat mana-mana lgi tak..?” tanya Raja Salman yang prihatin akan adiknya itu.
Raja Shameera melipat seluarnya hingga ke paras lutut. Kemudian dia menunjukkan luka di lututnya.
“lagi..? selain kat lutut..?”tanya Raja Salman lagi. Raja Shameera hanya menggelengkan kepala. Raja Salman segera menyapukan ubat pada lutut Raja Shameera.
“Along dengan adik buat apa tu..?” tegur Raja Syazwan yang baru turun. Dia terus mendapatkan mereka berdua.
“Ya Allah..! kenapa ni dik..?” tanya Raja Syazwan lagi sebelum mereka berdua sempat menjawab pertanyaannya.
Accident..” jawab Raja Shameera pendek. Raja Salman masih lagi merawat luka Raja Shameera.
Accident..? Bila..? Kat mana..? Dengan siapa..?” tanya Raja Syazwan bertubi-tubi
“Angah ni banyak tanyalah.... macam polis pencen...” jawab Raja Shameera selamba.
“Mestiah..!! Nak tahu juga cerita sebenar....” balas Raja Syazwan.
“Haah.. cuba adik cerita yang sebenarnya... Along pun nak tahu juga..! tadi petang tak sempat nak dengar cerita adik...” tokok Raja Salman pula. Dia sudah selesai merawat luka Raja Shameera.
“Yelah-yelah...”
“Tadi petang, adik bawa ‘Viruz Pinky’ tu pusing-pusing taman.. tiba-tiba masa nak belok kat satu simpang ni, ada kereta sikit lagi nak langgar adik...  lepas tu adik hilang kawalan, terus jatuh ngan ‘Viruz Pinky’... tu yang jadi macam ni...” jelas Raja Shameera.
“Habis dia blah macam tu je ke lepas tu..?” tanya Raja Salman ingin tahu.
“Dia patah balik... Lepas tu dia ada gak offer nak hantar  adik pergi klinik.. tapi adik yang tak nak...” beritahu Raja Shameera.
“Laaa.. Apasal pula..?? Kira baiklah orang tu nak bertanggungjawab tau..!” ucap Raja Syazwan pula.
“Ish..! Malaslah adik...Meluatlah sama dia tu..! Poyo gila...!!”  luah Raja Shameera
“Kenapa pula...?” tanya Raja Salman
“Kalau Along dengan Angah nak tahu, tulah mamat poyo bajet handsome yang tegur adik dekat panggung dengan DP semalam.. Masuk hari ni, 3 hari berturut-turut adik terserempak dengan dia tahu tak....!” beritahu Raja Shameera dengan muka bengang.
“Laaa... Ye ke..? Entah-entah ada jodoh kot dengan dia...hehehe” sakat Raja Syazwan.
“Eeee.. Angah ni! Tolonglah! Tak nak lah adik dengan mamat poyo tu...!!Poyo gila..!”
“Jangan tak nak – tak nak dik, satu hari nanti jatuh cinta baru tahu...hahahaa”Raja Salman pula menyakat Raja Shameera.
Raja Shameera sudah membuat muka. Tidak suka disakat begitu oleh abang-abangnya. Raja Salman dan Raja Syazwan hanya ketawa melihat adik mereka begitu.
“Mulai hari ni dan buat masa ini, nak ke mana-mana biar Along atau Angah yang bawa adik... Tak payah nak naik skuter lagi..” ucap Raja Salman tiba-tiba.
“ Habis time dah start kuliah karang, boleh tak adik nak bawa skuter..?” tanya Raja Shameera minta kepastian.
“ Tak boleh juga..!” celah Raja Syazwan pula.
“Sibuklah angah ni..! orang tanya Alonglah..!” balas Raja Shameera. Raja Syazwan hanya mencebikkan mulutnya. Kemudian dia tertawa.
“Memang tak boleh pun dik..!! Lepas ni nak pergi mana-mana, biar Along dan angah aja yang hantarkan..! Termasuk nak pergi kelas.. okey?! Lagipun , bahayalah anak dara naik motor sendirian sekarang ni...” balas Raja Salman.
“Alah.. adik kan pakai macam lelaki, mana dorang tahu adik perempuan..!” Raja Shameera masih lagi cuba memujuk abang-abangnya untuk membenarkan dia membawa skuter Yamaha Mio nya pergi ke kuliah.
“Memanglah.. Tapi skuter adik tu kan pink colour.. Dah confirm-confirm perempuan..” tambah Raja Syazwan pula.
“Kalau macam tu, kita tukar warna dia ..okey..?hehehe” seloroh Raja Shameera.
“Jangan nak mengada-ngada ya..! takda-takda...! Lepas ni kami yang akan bawa adik ke mana-mana termasuk pergi dan balik kelas..okey? No kompromi..! Jom Angah pergi makan..!” tegas Raja Salman. Kemudian dia mengajak Raja Syazwan makan. Sengaja tidak mengendahkan Raja Shameera. Mereka meninggalkan Raja Shameera kerana tidak mahu mendengar pujuk rayu adik mereka itu. Takut nanti, berubah hati pula. Akhirnya nak tak nak , Raja Shameera terpaksa akur dengan keputusan abangnya itu.

 NOTES :
- skuter yamaha mio milik Raja Shameera dari Raja Salman

- Honda Civic warna putih milik Tengku Shahmie, kereta pertamanya pemberian ayahnya, Tengku Iskandar 

Tuesday 3 January 2012

♥ JATUH CINTA!! 4, 5 ♥



BAB  4
“Along pergi beli tiket, Angah pergi beli popcorn... adik pergi tunggu kat situ okay.. jang pergi mana-mana...” pesan Raja Salman sambil menunjuk ke arah kerusi kosong  kepada Raja Shameera.
Raja Shameera hanya menurut. Kemudian dia melangkah ke arah kerusi kosong yang dimaksudkan. Ramai sungguh orang yang ingin menonton wayang pada hujung minggu itu. Nasib baik Raja Shameera membawa MP4 nya, tidaklah dia bosan duduk sendirian sementara menunggu abang-abangnya.
...............................
“sayang, i nak pergi toiletlah.. teman jom...” ajak Awin selepas membeli tiket wayang.
“Eh You ni...! pergi sendirilah... tak kuasa I... I tunggu sini aja...” balas Tengku Shahmie selamba. Malas dia mahu melayan sikap mengada-ngada Awin itu.
“You ni... !!” rengus Awin. Kemudian dia melangkah pergi meninggalkan Tengku Shahmie.
Tengku Shahmie bin Tengku Iskandar. Siapa yang tidak kenal dengan lelaki kasanova itu, perempuan keliling pinggang tetapi tak seorang pun yang benar-benar serius dengannya. Kebanyakan wanita yang berdampingan dengannya hanyalah semata-mata kerana kekayaannya. Walaupun dia seorang kasanova tapi dia bukanlah buaya darat yang menerkam mangsa-mangsanya untuk memuaskan nafsu. Baginya, hanya perempuan yang bergelar isteri sahaja yang layak disentuh dan dicintainya.
Sementara menanti Awin kembali dari toilet, Tengku Shahmie merayau-rayau seketika di perkarangan panggung. Tiba-tiba dia terpandangkan seseorang.
‘‘comel.... sweet...!!’’ tanpa sedar, terkeluar perkataan itu dari mulut Tengku Shahmie. Inilah kali pertama dia memuji  perempuan. Walaupun dia selalu berdampingan dengan perempuan-perempuan cantik, tetapi tidak pernah sekali  pun dia memuji mereka dan menaburkan janji-janji manis buat mereka. Lagi pula wanita-wanita itu sendiri yang datang kepadanya. Dia pula hanya melayan sekadar untuk suka-suka.
Lantas dia mendapatkan gadis yang sedang duduk sendirian itu.
“hai cik adik.... sorang aja ke...?” tegur Tengku Shahmie. Buat pertama kalinya dia mengusha seorang awek. Namun tiada reaksi dari gadis itu.
Raja Shameera yang sedang khusyuk mendengar MP4 nya tidak perasan ada orang yang menegurnya. Dia menoleh ke sebelah, apabila dia terasa seperti ada orang duduk di sebelahnya. Dia memperlahankan MP4 nya dan berganjak sedikit dari tempat duduknya.
“Hai...!!!” tegur Tengku Shahmie lagi sambil tersenyum.
“Waalaikummussalam...!!!!” balas Raja Shameera selamba.
“Err... Assalamualaikum..” ucap Tengku Shahmie sedikit malu.
“Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh... Islam rupanya....! Ya Encik..? ada apa-apa yang boleh saya bantu..??” balas Raja Shameera selamba sambil tersenyum sinis.
“Err.. tak ada apa-apa...” jawab Tengku Shahmie sedikit teruja. Jantungnya berdegup kencang saat terpandangkan mata dan senyuman manis Raja Shameera walaupun mungkin senyuman yang dilemparkan gadis itu tidaklah begitu ikhlas untuknya.
“Saya Tengku.....” belum sempat Tengku Shahmie memperkenalkan diri, Raja Shameera sudah memotong terlebih dahulu.
“okeylah En. Tengkujuh... abang-abang saya dah sudah tu... saya pergi dulu ya..” ucap Raja Shameera sedikit sinis. Malas dia mahu melayan mamat poyo yang rasa handsome tu.
 ‘Ingat dia handsome, boleh senang-senang nak ngurat aku ke..? boleh bla..tapi.. Handsome ke dia..? bolehlah kot buat ada-ada...hehe’ desis hati kecil Raja Shameera. Dalam diam dia tersenyum sendiri.
“Cik...!!” panggil Tengku Shahmie ketika Raja Shameera  sudah bangun untuk beredar.
Klik..!! Tengku Shahmie sempat menangkap gambar Raja Shameera sebelum  Raja Shameera beredar jauh meninggalkannya. Dia memberikan senyuman pada Raja Shameera.
Tengku Shahmie tersenyum puas. Kemudian dia pergi mendapatkan Awin yang sedang mencari-cari kelibatnya.
‘Huh...! siot punya Tengkujuh... berani kau ambil gambar aku..!!’ gumam Raja Shameera sedikit geram. Dia mendapatkan abangnya Raja Salman yang baru selesai membeli tiket. Raja Syazwan masih lagi beratur membeli popcorn.
“ Apa adik buat dekat sini.....? kan Along suruh tunggu sana...” tanya Raja Salman saat melihat Raja Shameera yang sudah mendapatkannya.
“Ada mamat poyo bajet handsome kacau adiklah...” beritahu Raja Shameera
“mana dia..?! meh along bagi ceramah free sikit...” balas Raja Salman pula.
“Dah blah dah...” jawab Raja Shameera pendek. Malas ingin memanjangkan  cerita.
“dah jom tolong angah tu..” Raja Shameera menukar topik saat dia terpandang lambaian Raja Syazwan dari kaunter snek. Pasti ingin meminta bantuan mereka untuk membawa makanan dan minuman yang dibelinya.
“Mak aii angah..! banyaknya beli... nak kenduri apa..?” perli Raja Shameera
“ Ni semua untuk elakkan mengantuk...hahaha” jawab Raja Syazwan selamba.
“Dah-dah... Jom masuk..! dah time dah ni..” ajak Raja Salman.
###############
“Seronok juga cerita Alvin  tu kan..?” ucap Raja Syazwan selepas keluar dari panggung.
“kan..? kan..?? best kan cerita tu..hehehe” balas Raja Shameera pula.
“hai Angah pun dah jadi budak-budak macam adik juga ke..?” perli Raja Salman
“ Eh, Along.. Angah ni kira muda remaja lagilah juga jika nak dibandingkan dengan along tu yang dah terlebih dewasa..hahaha” galak Raja Syazwan mengenakan abangnya itu.
“oowh... kenakan Along ya..!!” Raja Salman menyekeh kepala Raja Syazwan. Kemudian dia ketawa. Raja Syazwan membalasnya. Akhirnya mereka berlawan sesama sendiri.
“Haish along dengan angah ni... sudahlah tu..!! awak dua orang kan dah dewasa...! mengalahkan saya muda remaja ni lah...!!” bebel Raja Shameera yang rimas melihat kedua-dua abangnya itu tak sudah berlawan dan bergurau sesama sendiri. Begitulah Raja Shameera kalau sudah membebel. Ganti nama juga turut ditukar.
“hahahaha kami gurau ajalah dik... dah lama kita tak macam ni kan angah...” balas Raja Salman sambil memeluk bahu Raja Syazwan.
“nak bergurau pun janganlah kat tempat awam macam ni.. awak dua orang tu dah dewasa.... malulah orang tengok..haish..!!” Raja Shameera terus berjalan meninggalkan kedua-dua abangnya itu.
Raja Salman dan Raja Syazwan mengejar Raja Shameera dari belakang. Bila sudah hampir dengan Raja Shameera, Raja Syazwan terus mencubit kedua-dua belah pipi Raja Shameera dari belakang. Terjerit Raja Shameera dibuatnya.
“Hey..!!!” jerit Raja Shameera.
“Shhh... slow sikitlah adik.. tengok semua orang pandang...” Raja Salman menekup mulut Raja Shameera dengan tangannya. Raja Shameera mengalihkan tangan abangnya itu. Raja Syazwan di sebelah hanya tersenyum memandang Raja Shameera. Dengan pantas, satu cubitan hinggap di perut Raja Syazwan sebelum sempat dia mengelak.
‘‘Yes..!!! hahaha” Raja Shameera riang dapat membalas balik pada Raja Syazwan.
“dah lah tu... balik rumah karang sambung lagi eak..?” perli Raja Salman
“jom pergi solat maghrib.. lepas tu kita pergi cari port untuk makan.. adik ada barang nak cari tak..? next week dah nak pergi daftar study kan..?” tanya Raja Salman sebelum mereka berpisah untuk solat maghrib .
“tak apalah, adik dah janji dengan Mia.. esok kita orang nak keluar, nanti adik carilah barang apa yang adik nak.. tapi nak minta bantuan sikit...” beritahu Raja Shameera.
“bantuan apa...?” tanya Raja Salman dan Raja Syazwan serentak. Mereka berdua sangat menjaga kebajikan adik mereka yang sorang itu. Lebih-lebih lagi adik mereka itu perempuan. Mereka tidak mahu sesuatu yang tidak baik terjadi pada adik kesayangan mereka itu.
“nak minta Angah tolong hantarkan kami esok pergi Dataran Pahlawan.. boleh kan...?” pinta Raja Shameera sambil membuat muka comel.
“untuk adik kesayangan Angah ni.. apa-apa pon boleh.....” jawab Raja Syazwan sambil mencuit hidung Raja Shameera.
“terima kasih angah..!! balik sekali tau... jangan lupa tolong ambil.. nak minta tolong along, confirm sibuk dating...” perli Raja Shameera selamba.
“jeleslah tu... hahaha” balas Raja Salman sambil mencebik
Mereka bertiga berpisah setelah tiba di surau wanita dan lelaki. Selepas solat maghrib  dan makan, mereka terus pulang ke rumah.

 BAB 5
“Angah...nanti pukul 2 jangan lupa hantarkan adik pergi DP (Dataran Pahlawan).. tapi sebelum tu, kita pergi rumah Mia dulu okey, ambil dia..” pinta raja Shameera kepada abangnya Raja Syazwan. Raja Salman pula pagi-pagi lagi sudah keluar dengan tunangnya, Farahana.
“Okey...! Angah nak joint korang boleh tak..? bosanlah, nak keluar tak ada kawan..”balas Raja Syazwan sambil tersengih minta simpati.
“Alah angah ni... kacau daun betullah...hehehe”
“kalau tak boleh... tak apalah” Raja Syazwan membuat muka sedih.
“Alah.. ngengada betullah Angah ni..haish.! nanti adik tanya Mia, dia ok ke tak..” beritahu Raja Shameera. Raja Syazwan hanya persengih mendengar kata-kata Raja Shameera.
....................................
Petang itu, Raja Syazwan menghantarkan Raja Shameera dan Damia Tan ke Dataran Pahlawan. Damia Tan adalah seorang gadis kacukan Melayu Cina. Dia merupakan teman baik Raja Shameera semasa di sekolah dahulu.  Selepas SPM, Mereka berdua menyambung Tingkatan  6.  Damia Tan meyambung Tingkatan 6 di sekolah lama mereka. Manakala, Raja Shameera pula menyambung Tingkatan 6 di sekolah yang berhampiran dengan rumah neneknya di kampung. Kini mereka akan menyambung pelajaran di peringkat Ijazah sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Pemasaran. Kedua-duanya juga telah memilih Universiti yang sama iaitu Universiti Teknologi Mara Cawangan Bandaraya Melaka.
“Adik... Mia... Angah rasa, tak jadilah nak joint korang berdua...” beritahu Raja Syazwan ketika di dalam kereta.
“kenapa pula..? gedik betullah Angah ni..haish...” rungut Raja Shameera. Susah payah dia berkompromi dengan Damia Tan untuk membenarkan Raja Syazwan mengikut mereka , akhirnya Raja Syazwan membatalkannya.
“Tadi abang Mie call, dia jak Angah karok...hehehe” beritahu Raja Syazwan
“Perghh..!! karok tak ajak... nak ikut juga....!” rengek Raja Shameera.
“ish... tak boleh..! korang budak-budak tak boleh joint.. hohoho” balas Raja Syazwan sambil ketawa seperti santa clause.
“Ceth..!! dah kena sumpah jadi santa pula angah aku ni Mia weyh....hahaha” balas Raja Shameera pula. Damia Tan yang sedari tadi senyap turut ketawa.
“maknanya... tak dapatlah nak minta Angah belanja Baskin Robin kan Sham...” ucap Damia Tan.
“hah... tahu tak pa...penat jerk kita plan baik punya kan Mia..” Jawab Raja Shameera pula.
“Cethh...!! korang ada niat rupanya ya bagi Angah joint korang.. hampeh tol...!” balas Raja Syazwan sambil mencuit pipi Raja Shameera.
“Ish.. apa angah ni,, sakitlah...” bentak Raja Shameera. Raja Syazwan hanya tersengih sahaja.
Raja Syazwan memberhentikan Raja Shameera dan Damia Tan di hadapan pintu masuk utama Dataran Pahlawan.
“Nanti dah sudah shopping, telefon Angah okey..! “ pesan Raja Syazwan kepada adiknya itu.
“okeyh..! Angah pergi karok dekat mana...?” tanya Raja Shameera.
“ kat MP (Mahkota Parade) aja kot..” beritahu Raja Syazwan
“Yelah... karang dah sudah adik telefon angah... karok tu jangan lupa solat pula...” Raja Shameera mencium tangan Raja Syazwan sebelum keluar dari kereta. Sempat juga dia menitip pesan buat abangnya itu.
....................................
Raja Shameera dan sahabatnya Damia Tan shopping hingga ke maghrib. Sedang mereka berjalan untuk mencari surau, telefon Raja Shameera berbunyi. Berkumandang lagu kegemarannya “Ai-Ni” nyanyian Cindy Wong.
“Hello, Assalamualaikum adik...!” Raja Syazwan memulakan bicara sebaik sahaja Raja Shameera menjawab panggilan.
“Waalaikummussalam...” belum sempat Raja Shameera bercakap lebih lanjut. Raja Syazwan sudah memotong terlebih dahulu.
“Adik kat mana tu..? Dah sudah shopping ke..?” tanya Raja Syazwan.
“Dah... kami nak pergi cari surau  kejap... nak solat maghrib.. lepas tu nak makan... kenapa Angah..?”tanya Raja Shameera pula.
“Angah bosanlah... nak joint  korang boleh...? Abang Mie dah blah dah.. Awek nombor 2 dia nak jumpa...” beritahu Raja Syazwan.
“Kasanova betul Abang Mie tu eak.. ? handsome sangat ke dia tu, sampai awek keliling pinggang..? hahaha” sempat lagi Raja Shameera memerli.
“kita orang nak solat dulu, Angah pun pergilah solat dulu. Lepas tu kita makan sama-sama..  Angah belanja ok..? hehee “ tambah Raja Shameera lagi.
“ Yelah-yelah...” balas Raja Syazwan.
“ Nak Angah tunggu korang kat mana nanti...?” Tanya Raja Syazwan
“Tunggu je kat Pizza Hut kat MP tu... nanti kita orang pergi sana okey..!” beritahu Raja Shameera.
“Nak minta Angah belanja Pizza lah tu.. hampeh betul adik ni..hahaha”
“Of courselah... hahaha  Dah-dah.. Angah tunggu aja sampai adik dengan Mia datang... Adik nak pergi menghadap ILAHI ni..daaa~~ “ Raja Shameera menamatkan perbualannya dengan Raja Syazwan dan terus masuk ke surau untuk menunaikan solat maghrib.
..............................
Selepas menunaikan solat maghrib, Raja Shameera dan Damia Tan terus menuju ke destinasi mereka seterusnya iaitu Restoran Pizza Hut di mahkota Parade yang berhadapan dengan Dataran Pahlawan tempat mereka membeli belah. Ketika ingin keluar dari pintu utama, tiba-tiba Raha Shameera dilanggar seorang wanita sehingga dia dan beg-beg plastik yang dibimbitnya jatuh ke lantai. Wanita yang melanggar Raja Shameera terus sahaja meninggalkannya tanpa membantu Raja Shameera bangun, apatah lagi meminta maaf.
“Sham.. kau okey tak ni..?” tanya Damia Tan seraya membantu Raja Shameera bangun sambil mengutip beg-beg plastik yang terjatuh di lantai.
“Hampegas betullah siapa yang langgar aku tadi.. bukan nak tolong..! minta maaf pun tak..!” rungut Raja Shameera sambil bangun.
Rupa-rupanya tidak jauh dari mereka, ada sepasang mata yang sedang memerhati. Orang itu adalah Tengku Shahmie. Manakala wanita yang baru sahaja melanggar Raja Shameera itu pula sedang mendapatkannya.
“Hai darling.. Sorry late..! dah lama tunggu..?” Tanya Asmida saat bertemu tengku Shahmie.
“Lama tak lama.. Sempat jugalah solat...!” jawab Tengku Shahmie bersahaja.
“ You langgar budak tu tadi kan..? kenapa tak minta maaf dengan dia..?” tanya Tengku Shahmie sambil menunjuk ke arah Raja Shameera.
“alah... biar ajalah...! jom darling!” ajak Asmida dengan gayanya yang sedikit gedik itu. Tangannya sudah memaut lengan Tengku Shahmie.
“I nak pergi kat budak tu kejap..”Tengku Shahmie melepaskan tangan Asmida yang memaut lengannya. Dia berjalan menuju ke arah Raja Shameera dan Damia Tan.
Raja Shameera sedang membetulkan pakaiannya dan menyemak barang-barangnya yang terjatuh tadi.
Tengku Shahmie sudahpun berada di depan Raja Shameera dan Damia Tan. Setiap kali terpandangkan Raja Shameera pasti jantung tengku Shahmie berdebar-debar.
‘comel..!!’ desis hati kecil Tengku Shahmie saat melihat Raja Shameera. Raja Shameera hanya berpakaian simple dengan jeans dan t-shirt, di luar dia memakai jaket jeans dan dipadankan dengan beg sandang.
Walaupun pemakaiannya nampak seperti lelaki tetapi wajah comelnya tetap tidak dapat menyembunyikan keperempuanannya.
“Cik tak apa-apa ke..?” tanya Tengku Shahmie kepada Raja Shameera.
Raja Shameera dan Damia Tan yang  tidak perasan akan kehadiran Tengku Shahmie sebentar tadi terus menoleh ke arah suara yang menegurnya tadi.
‘Eh...! Ni mamat Tengkujuh yang nak ngurat aku semalam ... Ish! Dia ni kat mana aku ada, mesti ada dia juga..Huh..!!’ gumam Raja Shameera di dalam hati.
“Cik..? Cik okey ke..?” tanya Tengku Shahmie sekali lagi bila Raja Shameera tidak menjawab pertanyaannya.
Raja Shameera masih lagi diam membisu , tidak menjawab apa yang ditanya.
“Weyh, Sham..!! Encik ni tanyalah... apasal kau senyap aja..?” sergah Damia Tan yang pelik melihat Raja Shameera.
‘owwh..Sham nama dia..’ Tengku Shahmie berkata sendiri di dalam hati. Dalam diam dia tersenyum.
“hah..?? Apa En. Tengkujuh ni tanya tadi..?”
‘Eh.. alamak..!! terlepaslah pula..!’ desis Raja Shameera dalam hati.
“En. Tengkujuh..?” tanya Damia Tan curiga.
“Err.. tak ada apa-apa.. jom blah..!!” ajak Raja Shameera sedikit kalut. Tengku Shahmie hanya  tersenyum melihat Raja Shameera.
“Eh.. nantilah dulu Cik Sham yang comel..” haling Tengku Shahmie sambil memegang lengan Raja Shameera.
‘Eh mamat Tengkujuh ni..!! lebih pula , pegang-pegang tangan orang...!!!’ gumam Raja Shameera sedikit geram.
“Hey...!! apa pegang-pegang ni..!! suka-suki aja sentuh orang..!! batal air sembahyang aku..!! huh...!!” bentak Raja Shameera. Tengku Shahmie yang sedar akan keterlanjurannya terus melepaskan tangan Raja Shameera.
‘‘ups..sorry...!!”
‘garang juga budak comel ni...hehehe’ Tengku Shahmie tersenyum sendiri.
Asmida yang memerhati dari jauh sudah tidak senang diri melihat aksi tersebut. Lantas dia mendapatkan Tengku Shahmie yang berada bersama Raja Shameera dan Damia Tan.
“You buat apa dengan dia orang lama sangat ni darling...!!” tegur Asmida sedikit bengang.
“takkan budak macam ni pun you nak usha..!! dahlah macam jantan..!” perli Asmida sinis sambil mengerling ke arah Raja Shameera.
“Apa you ni As..? dahlah tadi you langgar dia , you tak minta maaf.. ni datang-datang nak cari pasal pula..” balas tengku Shahmie yang sedikit bengang dengan sikap Asmida.
‘owwh... Minah ni rupanya yang langgar aku tadi..!! bajet hot betul.. kalau ikut tak sabar aku... dah aku sound cukup-cukup biar menanah telinga dia dengar ceramah aku..hahaha’ Raja Shameera bermonolog sendiri dan tanpa sedar dia tersenyum sinis kepada Asmida.
“Jom Mia, blah...! okeylah, En. Tengkujuh, semoga  kita tak berjumpa lagi..!!” Raja Shameera mengajak Damia Tan beredar dari situ. Malas dia nak melayan karenah dua orang tersebut. Lagipun, kasihan pula pada abangnya Raja Syazwan, pasti lama menunggu mereka.
“Dia orang dah blah..jom kita pergi makan...!” ajak Asmida sambil menarik tangan Tengku Shahmie.
“Malas..!! I dah tak ada mood..I nak balik..!!” balas Tengku Shahmie. Dia melepaskan tangan Asmida dari tangannya. Kemudian dia melangkah pergi meninggalkan Asmida sendirian di situ.
.............................
“Angah...!! Sorry late..ada permasalahan sikit...” Raja Shameera menegur Raja Syazwan sebaik sahaja mereka sampai di Restoran Pizza Hut tersebut.
“Permasalahan apa pula ni..? macam-macam aja adik ni.. lama tau Angah tunggu..! kalau lambat lagi 5 minit tadi, Angah cancel belanja korang pizza..” bebel Raja Syazwan.
“Alah... sorrylah... bukan sengaja.. tadi adalah sorang Hamba Allah langgar adik masa nak keluar DP... tak percaya tanya Mia...” Beritahu Raja Shameera.
“Betul Angah...! tadi ada sorang minah ni langgar Sham masa kami nak keluar dari DP.. lepas tu dia buat tak tahu aja .. minta maaf pun tak..” jelas Damia Tan bersungguh-sungguh.
“habis tu... ? ada luka kat mana-mana tak ni..?” tanya Raja Syazwan risau.
“Taklah.. tak ada apa-apa pun.. bukan kena langgar kat tengah jalan pun...” jawab Raja Shameera bersahaja.
“terlanggar badan sama badan aja kat pintu masuk tadi...” tambah Raja Shameera lagi.
“lepas tu kan angah... ada mamat handsome ni datang kat kita orang.. tanya okey ke tak kat Sham...” tokok Damia Tan pula sambil tersengih.
“siapa mamat tu..? korang kenal ke...?” tanya Raja Syazwan.
“entah..!! tapi mamat tu lah yang tegur adik masa kita pergi tengok wayang semalam... Rasanya perempuan yang langgar adik tu, awek dia kot..” beritahu Raja Shameera
“oowh.. patutlah kau macam kenal dia aja...” ucap Damia Tan pula.
‘‘Lepas ni, kalau orang yang tak kenal tegur jangan layan okey..!!” pesan Raja Syazwan kepada Raja Shameera.
‘’dah..! cepat order.. cepat makan, cepat balik..!” tambah Raja Syazwan lagi.
Selepas makan, mereka terus pulang ke rumah. Minggu hadapan Raja Shameera akan memulakan sesi kuliahnya.


              by : achiem~