CINTA YANG BENAR (PART 6)
Miazara meneliti alamat yang tertera pada kertas . Dia pasti inilah rumah yang dicari itu. Besar sungguh rumah yang berada di hadapannya kini. Rumah banglo 3 tingkat. Di hadapan rumah tertera nama pemilik rumah dan nama bangle tersebut. “VILLA KASIH” , Datuk Kamarul dan Datin Sofia.
Dia tidak menyangka wanita yang dibantu semalam itu adalah seorang datin. Miazara terus mendail nombor telefon yang tertera di kertas yang dipegangnya.
“Assalamualaikum... Ni rumah Datin Sofia ke?”
“Waalaikummussalam, ya saya Datin Sofia... Siapa ya?”
“Saya Zara ......”
“OOwh Zara... Zara dah sampai ke?”
“Dah datin, saya sekarang dekat depan pintu pagar ‘VILLA KASIH’..”
Selepas menamatkan panggilan, pintu pagar automatic terus terbuka. Terjengul wajah Datin Sofia dengan senyuman di bibir menyambut Miazara.
“Jemput masuk Zara....”
“Err... terima kasih datin..”
“Usah berdatin-datin... Panggil saja Auntie....”
Miazara beriringan masuk ke dalam Villa Kasih bersama Datin Sofia. Ketika itu Alysa baru sahaja turun . Dia terpegun melihat keindahan hiasan dalaman Villa Kasih. Susunan perabot sangat kemas dan teratur.
“Eh, Kak Zara dah sampai?”
Alysa terus mendapatkan Miazara untuk bersalaman dengannya.
“Lysa, tolong buat air untuk kak Zara... Zara jemputlah duduk...”
Miazara hanya menurut dan tersenyum. Tidak lama kemudian, Alysa datang sambil membawa minuman.
“Jemput minum Kak Zara.. Air bujang aja...” pelawa Alysa sambil meletakkan cawan di hadapan Miazara.
“Kita tak payah cerita panjang-panjang lah ya...Auntie terus terang aja pada Zara... Sebenarnya rumah kami ni tak ada pembantu... seminggu sekali ada yang datang bersihkan rumah ni... Auntie pula tak duduk sini, yang duduk sini cuma anak lelaki auntie.. sebab tu kami tak ambil pembantu... dan kebetulan pula kali ni, Lysa akan tinggal di sini, jadi dengan adanya Zara bolehlah Zara temankan Lysa nanti...”
Miazara hanya mengangguk tanda faham.
“Kak Zara pindahlah duduk rumah ni... tak ada sesiapa pun dalam rumah ni, nanti bila Mama dah balik London tinggal Lysa dengan abang aja... Abang dah lah jarang nak lekat dekat rumah....”
“Berkenaan gaji Zara jangan risau... Zara boleh minta berapa saja yang Zara nak....”
“Errr, tentang gaji tu terpulang Auntie lah nak bagi berapa.. Yang penting saya ada kerja ...”
Sedang mereka seronok berbicara, Mikhail yang baru pulang entah dari mana memberi salam.
“Assalamualaikum...”
Miazara yang sedang minum menoleh seketika ke arah suara yang seakan dikenali tu. Dan tidak semena-mena dia tersedak saat terpandangkan wajah yang amat dikenali itu.
Mikhail tersenyum sinis melihat Miazara.
“Errr, Zara okey ke?”
Miazara hanya mengangguk sambil mengelap mulutnya.
“Abanglah ni, tengok dah tersedak kak Zara... hish...”
‘Abang...?’ Miazara bermonolog sendiri.
“Sorry tak sengaja...hahahaa..”
“Zara mari auntie kenalkan.. Ini Mikhail Irsyad, anak lelaki tunggal auntie merangkap anak sulong auntie... Mikha, ni Zara , yang mama cerita semalam...”
‘Ermmm... baik aku buat-buat tak kenal aja dengan Mia ni..hehee’ bicara hati kecil Mikhail.
“Hai.... Saya Mikha...” Mikhail menghulurkan tangannya kepada Miazara sambil tersenyum.
“Err... Hai....”
‘Dia tak kenal aku ke? Atau betul-betul tak kenal? Nak tunjuk ke yang aku ni kenal dia? Atau buat tak tahu juga...? ermmm, ikut ajelah rentak dia...’ Miazara pula berbicara sendiri di dalam hati.
“Mikha, mulai hari ni Zara akan duduk sini.. Zara akan bekerja di rumah kita... “
“Kerja kat rumah kita? Kerja apa yang awak boleh buat..?” Tanya Mikhail kepada Miazara dengan sedikit sinis.
“Err... kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas dan semua-semualah....”
“Lagi satu, Kak Zara akan jadi peneman adik kalau abang tak ada... “
‘Herm, maknanya bila dia kerja kat rumah ni, dia akan duduk sini.... dan makna lainnya, aku boss dia... aku buli dia... Yess! Aku tahu apa nak buat...hehehe’
Mikhail memandang Miazara dengan senyuman sinis.
“Err, bila awak mula kerja...?”
Miazara terpinga-pinga. Dia memandang Datin Sofia dan Alysa.
“Hari ni boleh, seminggu lagi pun boleh....” jawab Datin Sofia sambil tersenyum lagi.
“Seminggu lagi..?” tanya Miazara tidak mengerti.
“sebab mama akan balik London semula.. nanti tinggal Lysa dengan abang je... tapi kalau kak Zara nak kerja hari ni boleh juga.. Kan Ma?”
“ Haah Zara, bila-bila masa kamu nak mula kerja pun auntie tak kisah....”
“Errr... kalau macam tu, saya mula esok boleh tak... hari ni saya ingat, nak kemas pakaian saya dulu...”
“tadi apesal tak bawa sekali...?” tanya Mikhail
“Hah? Tak tahu pula saya kena stay sini, ingatkan kerja mcam waktu office hour... datang pagi, petang balik....”
“Awak kerja sebagai pembantu rumah, bukan pembantu peribadi kat pejabat...”sinis sahaja kata-kata Mikhail.
‘Eh, kenapa dengan Mikha ni. Tetiba aje sinis dengan aku, sebelum ni elok pula.. Entah-enah dia marah pasal semalam kot.. pasal aku cakap dia..... urmmm’
“tak pelah , nanti Zara balik kemas pakaian Zara... esok datang sini semula ye...”
“Kak Zara datang dengan apa tadi?”
“Err, akk naik teksi...”
“takpelah, nanti minta Mikha hantarkan Zara balik... boleh kan Mikha...?”
Mikhail ingin menolak tetapi dia tahu tak guna dia membantah kata mamanya itu. Miazara hanya tersenyum sahaja kepada Mikhail.
......................................................................................
“Err... Mikha terima kasih ya sudi hantarkan saya...”
“Saya buat pun sebab mama...”
“Awak marahkan saya ke Mikha pasal malam tadi....?”
“pasal malam tadi? Pasal apa pula? Dan kenapa pula saya nak marah awak...?”
“Yela, hari tu awak okey.. tadi malam pun masa datang rumah saya, awak okey jerk... tapi kalau awak marah saya sebab saya kata awak .......”
“Kata saya apa..???” belum sempat Miazara meneruskan kata, Mikhail sudah memotong terlebih dahulu. Sedikit keras suaranya.
“Err... tak ada apa-apalah.....”
“kata apa Miazara...?? cakaplah...” desak Mikhail sedikit keras.
“Sebab cakap awak gay.... saya minta maaf...”
Miazara terus cepat-cepat keluar dari kereta dan meninggalkan Mikhail. Mikhail hanya tergelak dan kemudian dia juga terus keluar dari kereta dan mendapatkan Miazara.
“Miazara Syuhada...! tunggu kejap...”
Miazara berhenti serta-merta setelah mendengar namanya dipanggil Mikhail dan dia menoleh ke arah Mikhail dengan muka sedikit bersalah.
“Errr... saya minta maaf ......”
“Sekali lagi saya ingatkan awak... jangan pernah lagi nak cakap yang saya ni gay depan sesiapa pun...” “Kalau tak.. Siap awak....!!!” Mikhail memberikan peringatan sambil menujukan jari penunjuknya di hadapan Miazara.
“ dah jom naik ke apartment awak, kemas pakaian awak sekarang dan ikut saya balik rumah terus... tak payah nak tunggu-tunggu esok...” Mikhail terus menarik tangan Miazara untuk mengikutinya.
Tiba di depan pintu apartment, Miazara hanya tercegat sahaja.
“Apa lagi awak tunggu? Bukalah pintu tu cepat...”
“err... “ Miazara yang sedikit kalut terus membuka pintu apartmentnya. Terbuka sahaja pintu itu, Mikhail terus menerjah masuk.
“Eh, kenapa awak masuk...?”
“kenapa? Tak boleh? Selama ni okey jerk? Ke awak takut dengan saya...?”
“takut...? kenapa pula?”
“takut saya apa-apakan awak....”
“awak tu gay, mana ada hati kat perempuan...”
‘alamak! Terlepas cakap lagi....’ Miazara kecut perut . sekali lagi dia terlepas cakap. Dia memukul-mukul mulutnya yang celupar tu.
Mikhail hanya tersenyum sinis. ‘Nampaknya mulai hari ni aku memang kena berlakon jadi gaylah gamaknya, kalau nak mendekati dia. Ermmm’ Mikhail bermonolog sendiri.
“okey gay!” jawab Mikhail sinis.
Miazara cepat-cepat masuk ke biliknya dan mengemaskan pakaian dan barang-barang yang akan dibawanya.
Sejam kemudian Miazara keluar dengan membawa satu beg besar berisi pakaiannya dan satu lgi beg sederhana besar yang entah apa isinya pun tidak diketahui.
“Ni nak duduk terus sana ke apa?” tanya Mikhail sedikit sinis.
“Errr... biasalah barang perempuan....”
“dahlah, jom gerak... naik kematu tunggu awak....”
Mikhail terus berdiri dan ingin melangkah keluar. Miazara mengekorinya dari belakang sambil menarik satu beg pakaian dan membibit satu lagi beg.
Kemudian, Mihail berhenti tiba-tiba. Miazara yang tidak sempat berhenti terlanggar belakang Mikhail.
“awak ni dah kenapa...?”
“Err.. sorry-sorry saya tak perasan.. Yang awak tiba-tiba berhenti kenapa pula..?”
“Ni saya nak ingatkan... Mulai hari ini, saya majikan awak okey.. segala arahan saya awak kena ikut.. lagi satu, anggap sahaja kita tak pernah kenal..okey...?!!”
“tapi kenapa...?”
“ikut aje boleh tak? Jangan banyak tanya...”
“yerla-yerla....”
2 comments:
wah...xsabar nk tggu smbungan...nice
Naper uat x kenai lak....
Mikha2, musti ader yg dia plan ni...
Sian lak kat mia, sek tinggi2 jd maid..
Tp x pelah mia, as long rezki halal...
Post a Comment