Blogger Layouts

Thursday, 16 February 2012

CINTA YANG BENAR (PART 1)



CINTA YANG BENAR (PART 1)
“Alamak dah pukul berapa ni.... Dahlah hari ni majlis perasmian kedai  Ghaz...  Kalau aku tak datang mesti dia kecil hati...”
Tanpa berlengah, Miazara terus bangun dan menuju ke bilik mandi. Dia mandi dan bersiap ala kadar sahaja.
“ah..! bolehlah ni, cun juga aku ni...” Miazara membelek dirinya di hadapan cermin. Apabila dia rasakan dirinya sudah okey, dia terus keluar dari rumah.
Nasib Miazara kurang baik kerana tiada teksi yang lalu lalang ketika itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk  menaiki bas. Dia menapak ke bus stop berhampiran. Hampir setengah jam menunggu, barulah bas muncul. Sekali lagi nasibnya kurang baik,  bas yang dinaikinya penuh sesak dengan penumpang. 1 jam kemudian, barulah dia sampai ke tempat yang dituju.
Ketika Miazara sampai, majlis tersebut sudah berakhir. Hanya tinggal beberapa orang sahaja. Miazara terus mendapatkan Ghazali saat ternampak kelibat lelaki itu.
“Hai Ghaz. Sorry late. Dah sudah ke? Zara minta maaf ya, Zara terlewat bangun tadi...”
“Tak apalah, Zara dah sampai pun dah okey dah ni... Zara dah sarapan?”
Miazara hanya menggelengkan kepala sahaja dan tersenyum kepada Ghazali.
“Balkis dah sampai?”
“ Awal-awal lagi dia dah sampai... Zara pergilah ambil makanan kat bawah khemah tu, pergi sarapan dulu...”
Miazara terus berlalu ke khemah yang dimaksudkan oleh Ghazali. Melihat makanan yang ada di situ membuatkan Miazara lapar serta merta. Dia mengambil segala macam makanan yang ada. Kemudian dia duduk di satu sudut dan menikmati makanan yang telah diambil.
“Oiii Miazara Syuhada!! Banyaknya kau makan. Nasib  badan kau bukan jenis cepat naik.. Kalau tak dah lama bulat agaknya.”
“opocot mak kau..!! eh kau ni Balkis.. Buat terkejut aku aja.. Aku lapar lah...hehehe” Miazara meneruskan makannya tanpa mempedulikan Balkis. Balkis merupakan sahabat baiknya dan Ghazali pula merupakan teman lelakinya. Sudah hampir 5 tahun dia berhubungan dengan Ghazali tapi tidak pernah langsung lelaki itu menunjukkan keseriusannya terhapa perhubungan mereka berdua. Tapi Miazara masih lagi setia menanti.
“Kau tu memang kuat makan...kalau dah nampak makanan lupa orang keliling..  macam manalah aku boleh kawan dengan orang yang macam  ni... kuat makan, fesyen pun entah apa-apa aja...serabut kadang aku tengok kau ni... Nasib lah badan tu sentiasa maintain kalau tak lelaki pun tak nak..”
Serta-merta Miazara berhenti dari mengunyah. Dia sedikit terasa dengan kata-kata Balkis. Walaupun selamba tapi sinis percakapannya. Selama ini pun, Balkis seringkali mengecilkan hatinya walaupun mereka kawan baik. Tidak sedikit pun Balkis meminta maaf kepadanya setiap kali berbuat salah kepada Miazara. Kerapkali Miazara yang  mengalah dalam banyak hal. Ini kerana dia sayangkan Balkis dan persahabatan mereka. Ini juga kerana dia tidak mempunyai siapa-siapa melainkan Balkis.
“Kau tengok aku ni teruk sangat ke Balkis?  Habis kau pun tak pernah nak tolong aku ubah penampilan dan jaga kecantikan... Kau cantik tak macam aku...” walaupun terasa dengan kata-kata Balkis tadi, Miazara seboleh-boleh menyembunyikan rasa kecil hatinya itu.
“ Aku tahulah aku cantik... kau tak payah cakap pun aku dah tahu... Aku bukan tak nak tolong, tapi tengok kau ni semangat aku nak menolong hilanglah... Macam manalah kau boleh bercinta dengan Ghaz tu eak? Ghaz yang rabun ke kau yang tak sedar diri...?” Semakin dibiarkan semakin sinis sahaja kata-kata Balkis. Hampir tumpah juga air mata Miazara mendengar kata-kata sinis yang keluar dari mulut Balkis itu. Bila diingatkan balik Ghazali juga sejak beberapa bulan kebelakangan ini seringkali berkata sinis dengannya. Bila mereka bertiga duduk bersama, ada sahaja kata-kata sinis yang dilemparkan oleh Ghazali dan Balkis kepadanya. Apa yang dikatakan oleh Balkis sering mendapat sokongan dari Ghazali. Sepatutnya Ghazali memihaknya tetapi ini sebaliknya. Terlintas juga di fikirannya kadangkala, Ghazali dan Balkis mempunyai hubungan di belakangnya. Tapi cepat-cepat diusir rasa itu.
“Dah sudah makan ke?”
“Eh, Ghaz.... Zara baru sudah... “
“You all boraklah dulu ya.. I nak masuk dalam  nak tengok kedai Ghaz...”
Balkis meninggalkan Miazara dan Ghazali berdua. Dia melemparkan senyuman manis kepada Ghazali dan Ghazali turut membalasnya mesra. Miazara hanya menjadi pemerhati.
“Cantik kan Balkis tu Ghaz...  tak macam Zara, asal   boleh je... Tapi nasib Ghaz tak kisah kan..hehehee”
“Errr... Jom masuk dalam tengok kedai Ghaz....”
Miazara hanya mengikut sahaja. Dia dan Ghazali beriringan masuk ke dalam kedai Ghazali. Ghazali telah membuka  sebuah kedai cenderamata.
“Ghaz, siapa yang akan kerja dengan Ghaz nanti?”
“Setakat ni, Ghaz belum ambil sesiapa lagi untuk kerja dengan Ghaz.. Kenapa? Zara nak kerja dengan Ghaz ke?”
“Boleh ke?  Kalau Ghaz tak kisah, Zara pun tak kisah.. lagipun sekarang kan Zara tengah tak kerja... Nanti lama-lama duit simpanan Zara habis, nak makan apa pula...”
“ I pun nak kerja dengan You juga boleh tak Ghaz?”
“Eh kau kan dah ada kerja Balkis. Takkan kau nak berhenti kat Sekolah tu?”
“Alah... Aku kerja kat sekolah tu kan pagi.. Petang kerjalah kat sini pula... Macam mana? Boleh kan Ghaz..?”
“Kalau korang berdua tak kisah, Ghaz okey je.. Tapi untuk permulaan ni, Ghaz tak dapatlah nak bagi korang gaji lebih sikit. Ikut jam boleh? Sebab business baru nak mula kan.”
Miazara dan Balkis tersenyum gembira. Dapat juga dia kerja setelah hampir sebulan menganggur. Miazara telah berhenti dari menjadi setiausaha di sebuah syarikat swasta setelah hampir 5 tahun dia bekerja di situ. Sikap bosnya yang menjengkelkan membuatkan dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Walaupun dia sayang dengan kerjanya itu, tapi dia tiada pilihan lain. Dengan peluang yang diberikan oleh Ghazali, setidak-tidaknya dapat juga dia mencari wang saku walaupun tidak sebanyak seperti waktu dia bekerja sebagai setiausaha dahulu.
Bagi Balkis pula, ini merupakan peluang untuknya dekat dengan Ghazali. Sebenarnya, tanpa pengetahuan Miazara, Balkis dan Ghazali memang mempunyai hubungan dibelakangnya. Sebab itu dia tidak pernah menunjukkan keseriusan dalam perhubungan, apatah lagi ingin melamar Miazara sebagai surinya. Perhubungan Balkis dan Ghazali mula mesra dan melebihi sebagai kawan sejak 5 bulan yang lalu. Tetapi mereka masih merahsiakan hal ini kerana, kedua-duanya mahu mengambil kesempatan ke atas Miazara. Walaupun Miazara seorang yang lurus dan lugu, dia tidak kedekut dan selalu mengalah. Jikalau Ghazali dan Balkis kesempitan wang atau ada masalah, Miazaralah yang akan menghulurkan bantuan.
“Bila kami boleh mula kerja?”
“ Hari ni pun boleh kalau Zara dengan Balkis tak kisah...”
“I okey je, tapi petang karang lah  I datang ya? Lepas balik dari sekolah.. Ni I nak kena balik ke sekolah semula.” Balkis meminta diri untuk kembali semula ke sekolah. Balkis merupakan seorang kerani di sebuah sekolah rendah.
“Okey, hati-hati ya...”
“Jom Zara kita mulakan kerja kita..” Miazara hanya patuh kepada arahan Ghazali merangkap bos barunya itu.
...................................
Mereka menutup kedai pada jam 10.00 malam. Selepas mengemaskan apa yang patut mereka meminta diri untuk pulang.
 “Zara, Ghaz tak hantar balik ya? Zara okey tak balik sendiri?”
“Tak apa, Zara dah biasa... Kau tak nak balik sekali ke Balkis..?”
“Eh, tak apalah.. Aku tunggu kawan aku datang ambil kejap lagi.. Kau nak tumpang?” sengaja Balkis menekankan perkataan kawan dan mempelawa Miazara pulang bersama. Hakikatnya, Balkis akan pulang bersama Ghazali. Sebab itulah Ghazali tidak menghantar Miazara pulang. Miazara pula langsung tidak curiga.
“Tak apalah. Aku tak nak ganggu kau nak dating... hehehee”
“yelah, hati-hati ye balik sorang-sorang tu...”
“Elok-elok ye Zara, ada apa-apa telefon Ghaz ya..”
Miazara hanya tersenyum kepada mereka berdua. Dia berjalan meninggalkan kedai Ghazali dan menuju ke bu stop berhampiran. Jarak dari kedai dan bus stop agak jauh sedikit, Miazara terpaksa melalui beberapa buah bangunan kedai untuk sampai ke bus stop tersebut.
Setelah mereka pasti yang Miazara sudah jauh dari mereka, mereka segera mengorak langkah dan beriringan memasuki kereta Ghazali. Malam itu mereka ingin keluar berhibur untuk meraikan kejayaan pelancaran kedai Ghazali.
“Ish, kenapalah tak baik betul nasib aku hari ni.. Asyik takde kenderaan aja... bas tak lalu-lalu.. teksi pon aku tak nampak..” Miazara mengeluh sendiri. Sudah hampir setengah jam dia menunggu di bus stop itu, tapi takda satu bas dan teksi pun yang lalu di situ. Jam sudah menginjak ke 11.00 malam.
Miazara mengambil keputusan untuk berjalan sehingga hotel yang terdapat berhampiran tempat dia menunggu bas. Pasti di situ banyak teksi yang lalu lalang.
Sedang dia berjalan-jalan, dia ternampak seorang lelaki sedang memapah seorang lagi lelaki menuju ke kereta. Tingkah laku mereka sedikit mencurigakan. Miazara terhendap-hendap memerhatikan tingkah laku mereka berdua. Dia melihat seperti lelaki yang dipapah itu seperti merayu-rayu kepada lelaki yang sedang memapahnya itu. Dia cuba memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka itu.
.......................
“ Sayang.. Please jangan tinggalkan I...”
“Eh kau ni dah mabuk lah, tulah aku cakap jangan minum.. degil...”
Ilham tidak langsung mengendahkan kata-kata Mikhail. Hatinya remuk redam akibat ditinggalkan kekasih. Dia langsung tidak sedar apa yang dibuatnya. Dia memeluk Mikhail dan mencium pipi Mikhail. Sudah lagak seperti seorang gay. Mikhail pula geli geleman diperlakukan begitu.
“Eh kau ni gila apa... malu lah orang tengok..!”
Miazara yang melihat aksi itu, menutup mulut dan beristighfar seketika. Dia juga menyangka bahawa dua orang lelaki tersebut adalah pasangan kekasih. Pangan kekasih yang songsang atau kata lainnya Gay.
“Ish mamat ni, muka aja handsome tapi gay...” Miazara menggeleng-gelengkan kepalanya .
Mikhail cuba membantu Ilham masuk ke dalam keretanya. Dia harus membawa Ilham pulang sebelum keadaan temannya itu bertambah parah.
Tanpa diduga, seekor katak telah melompat ke arah Miazara. Dan dia terjerit akibat terkejut.
“Ooh mak kau kebabom..!” Miazara terus melompat keluar dari tempat persembunyiannya.
Mikhail yang juga terkejut mendengar jeritan itu terus menoleh ke arah Miazara.
“awak siapa? Awak buat apa kat situ...”
“Errr... boleh saya tolong Encik? Macam susah je nak masukkan kawan Encik tu dalam kereta...”
Miazara segera membantu Mikhail. Sebenarnya dia malu kerana perbuatannya disedari. Mikhail hanya membiarkan sahaja Miazara membantunya memasukkan Ilham ke dalam kereta.
“ okey Encik... Dah settle... saya minta diri dululah ye..”
“Nanti-nanti.. Nama awak siapa? Awak buat apa kat situ tadi?”
“Errr... Saya Miazara Syuhada... tak ada buat apa-apa.. okeylah encik..?”
“Mikhail Irshad... Just call me  Mikha...”
“Hah, Okeyla En. Mikha.. saya balik dulu ya...?”
“Nanti dulu... ! Awak balik naik apa? Tak nampak pun kenderaan awak...”
“Naik teksi atau bas..tengoklah yang mana satu ada...”
“ Awak nak balik mana?”
“Balik Apartment Sri Selasih...”
“Apartment Sri Selasih? Mari saya tumpangkan... Kebetulan saya memang nak hantar kawan saya ni ke sana, dia duduk sana...”
“Err.. tak apalah... saya balik naik teksi atau bas aja..”
“Dah malam ni.. lagipun takkan awak nak tunggu sorang-sorang kat sini.. Awak tu perempuan...”
Miazara serba salah dengan perlawaan Mikhail. Dia masih memikir-mikirkan perlawaan itu.
“Kenapa? Awak curiga dengan saya ke? Jangan risau, saya bukan orang jahat... saya takkan apa-apa kan awak..”
‘boleh percaya ke mamat ni... tapi mungkin betul kot, lagipun dia ni kan gay.. mana ade perasaan kat perempuan.’ Miazara berkata sendiri di dalam hati.
‘Err.. baiklah...”
Mikhail membukakan pintu hadapan keretanya untuk Miazara. Ilham pula sudah terbaring di belakang tempat duduk.
“Terima kasih ya En.Mikha sudikan tumpangkan saya....”
“tak apa.. awak pun dah tolong sya walaupun tanpa sengaja...hehehe lagipun tempat yang nak dituju sama kan...”
Miazara hanya mengangguk dan tersenyum sahaja.
“Awak buat apa sorang-sorang kat situ sampai lewat malam.?”
“Oowh, saya kerja kat kedai cenderamata dekat-dekat situ.... tak sangka pula time nak balik tak ada bas lalu... ingat nak jalan ke hotel tu tunggu teksi kalau-kalau ada lalu lalang... tapi tak sangka pula, ternampak awak dengan kawan awak..hehe” Miazara tersengih kepada Mikhail.
“Oowhh... Ilham ni....” belum sempat Mikhail meneruskan kata-katanya. Ilham sudah bangun dan mula meracau.
“Sayang...... I rindu you...” Ilham yang berada di tempat duduk belakang  memeluk Mikhail dari belakang. Dia mengucup-ngucup kepala Mikhail. Miazara sudah memandang mereka dengan geli geleman. Mikhail yang perasan akan pandangan Miazara itu merasa serba salah.
‘Sial betul Ilham ni....! tak pasal-pasal karang minah ni ingat aku gay...’ Mikhail menyumpah di dalam hatinya. Dia hanya tersenyum memandang Miazara. Lantas tangannya menolak kepala Ilham . Perbuatan Ilham serba sedikit menganggu konsentrasi pemanduannya.
Selepas itu, Ilham senyap semula  . begitu juga dengan Mikhail dan Miazara, sepanjang perjalanan mereka hanya senyap sahaja sehinggalah tiba di Apartment Sri Selasih.
Apartment yang diduduki oleh Miazara berada selang beberapa buah sahaja dari Apartment yang diduduki oleh Ilham. Sebelum pulang ke apartmentnya, Miazara membantu Mikhail memapah Ilham ke apartmentnya.
Ketika Mikhail membawa Ilham masuk ke bilik, Miazara hanya menunggu di luar sahaja. Selepas membukakan baju Ilham, dan memastikan Ilham dalam keadaan okey, barulah Mikhail keluar bertemu Miazara.
“Terima kasih ye Cik Mia sebab dah tolong saya.... Mari saya temankan sampai ke apartment awak...”
“Eh, tak apalah En. Mikha, tak payah susah-susah.. bukan jauh pun...”
“Err, saya tanya sikit boleh...”
“Ye silakan...”
“Dah lama ke En. Mikha dengan kawan En. Mikha tu berhubungan?”
“oowh.. Ilham? Dah lama juga, dekat 5 tahun... sejak dia  kerja dengan syarikat saya....”
Mikhail yang tidak faham maksud sebenar soalan MIazara itu terus menjawab tanpa rasa sangsi. Berbeza pula dengan Miazara, dia sebenarnya beranggapan bahawa Mikhail dan Ilham itu merupakan pasangan kekasih yang songsang.
“Lama juga tu.... family En. Mikha tahu ke pasal hubungan En. Mikha dan En. Ilham?”
Mikhail merasa sedikit pelik tapi dia mengangguk juga tanda mengiyakan pertanyaan Miazara.
“Diorang tak kisah ke?”
“Tak pun.. seluruh family saya okey je dengan hubungan kami...”
“En. Mikha tak takut ke kena laknat Allah?”
“Hah? Laknat Allah....”
Belum sempat Mikhail meneruskan kata. Terdengar suara Ilham sekali lagi meracau .
“Sayang...... Jangan tinggalkan baby sayang.... Sayang....!!!!”
“parah Ilham ni....” Mikhail berkata perlahan sambil menoleh ke pintu.
“En. Mikha ada masalah dengan En. Ilham ke?”
“Masalah...? kami okey je? Kenapa awak tanya macam tu?”
“Tak adalah... dari tadi saya tengok En. Ilham tu meracau-racau tak sudah-sudah...”
Sebelum sempat Miazara berkata panjang. Ilham sudah di depan pintu dalam keadaan yang serabai.
Dia meluru ke arah Mikhail.
“sayang.....” Ilham memeluk Mikhail dan mencium Mikhail. Geli pula Miazara melihatkan aksi itu.
Mikhail sudah malu diperlakukan begitu oleh Ilham.
“err... Baik En. Mikha uruskan En. Ilham dulu.... teruk benar dah saya tengok dia ... Saya balik dulu ye...” Miazara terus berbalu pergi meninggalkan Mikhail dan Ilham
“Eii!!! Kau ni menyusahkan aku betullah... Adoiii aiii... Entah apa agaknya, Mia tu fikir tengok kau peluk aku, cium aku..”
Mikhail menarik Ilham masuk ke dalam rumah dan dia menutup pintu.
“ Tu lah aku cakap jangan minum, nak juga minum.... tengok dah meroyan... perempuan dengan lelaki pun dah tak reti bezakan....”
Sepanjang perjalanan menuju ke apartmentnya, Miazara asyik terfikirkan Mikhail dan Ilham. Dia tak sangka lelaki handsome macam Mikhail itu boleh memilih jalan hidup songsang.  Dia berharap satu hari nanti lelaki itu akan kembali normal dan bertaubat.






8 comments:

Anonymous said...

best sgt cik writer..hrp2 mikhail bersama jth cinta pd miazara ..

Anonymous said...

permulaan yg baek...lagi..lagi...

achiem~ said...

safira...thanx 4 use that name... hahah nme y aku createkan utk kau..hahhaa tak boleh blah ko rembat nama cter atas nama cinta ek...ahaha aper2 pon cter ko memey best..kih3

nurul najwa said...

best sngguh cita ni.. haha.. miazara slh phm antra mikhail dgn ilham.. haha.. best sgt2.. =)
smbung lg ye..

Eppy Safri said...

Kiuttt nye mikha nie..
Sian mya kene buli ngan kawan2 di, dia org hanya nk mempergunakan dia jer...

Sis, ni nk uat full novel @ mini

Eppy Safri said...

Kiuttt nye mikha nie..
Sian mya kene buli ngan kawan2 di, dia org hanya nk mempergunakan dia jer...

Sis, ni nk uat full novel @ mini

Anonymous said...

suka2..sambung k

penulis halimunan said...

full novel or mini tak tahu lah... bila ada idea saya akan terus menaip cerita ni... terima kasih atas sokongan kalian..=)