Blogger Layouts

Monday, 27 August 2012

~ CINTAKU UNTUKMU (1-10) ~



BAB 1
Kring... kring... kring....
“Alamak..! Dah pukul  7, habislah aku macam ni...” jerit Fira seraya mematikan jam loceng nya lantas bergegas ke bilik air.
Fira hanya bersiap ala kadar tetapi tetap tampak manis. Dia terus bergegas untuk ke dapur bertemu abahnya sebelum ke pejabat.
“Kenapa abah tak kejutkan Fira pagi tadi..? Dah Fira bangun lambat...”
“Abah ingat Fira tak mahu pergi kerja.. Kan Fira tak sihat tadi malam...” bagitahu Pak Cik Fakrul
“Ish, tak boleh abah. Hari ni, bos baru Fira masuk kerja. Habislah Fira kalau lambat. lagipun Fira dah sihat dah. Tak apalah abah, Fira pergi dulu yer. Assalamualaikum...” bagitahu Fira sambil bersalaman dengan abahnya sambil terkocoh-kocoh  keluar dari rumah.
Fira sampai di pejabatnya lewat 15 minit. Ketika dia sampai semua orang sedang berkumpul..
“ Weyh Fira, apasal kau lambat...?” tanya Sheqa kawan sepejabat Fira
“ Aku bangun lewat pagi tadi. Mana bos baru tu...? Handsome tak dia?” tanya  Fira
“Ish kau ni. Kau tu dah  lah sampai lambat, sempat lagi nak bertanya pasal dia. Dia ada kat dalam bilik Datuk. Kau jangan main-main tau Fira. Dengan Datuk bolehlah, ni dengan anak dia. Masak kau. Muka aja handsome tapi  ketat...” terang Sheqa lagi
“ Ketat?” tanya Fira terpinga-pinga..
“ Apalah lampi sangat kau ni. Nama je P.A. Itupun tak tahu. Muka ketat tu maksudnya, muka serius memanjang. Susah nak senyum, lepas tu diaorang kata dia ni straight sikit... cakap tak adanya nak lawak-lawak macam Datuk tu. Kiranya beza sangatlah dengan Datuk...” terang Sheqa lagi
“Ye ke?? Habislah aku macam ni. Dah lah dia bos aku... “ keluh Fira
Sedang mereka asyik berbual. Fikri dan Datuk Faizal keluar dari bilik beliau. Datuk Faizal telah memperkenalkan semua staf kepada Fikri.
“Assalamualaikum semua. Tujuan saya meminta semua berkumpul hari ni adalah untuk memperkenalkan anak saya Mohd Fikri Yazed. Baru sahaja menamatkan pelajarannya dalam bidang Pentadbiran Awam. Mulai hari ini, dia akan menggantikan tempat En. Suhaimi  sebagai  Ketua Pembangunan Sumber Manusia. “  terang Datuk Faizal sambil memperkenal Fikri kepada semua staf.
Semua mata tertumpu kepada Fikri, ada yang berbisik sesama  sendiri. Staf wanita pula terpesona melihat Fikri. Siapa yang tidak  terpegun melihat jejaka sekacak Fikri. Semuanya serba lengkap, cuma satu yang tidak mereka senangi. Sikap Fikri yang serius dan tidak menghiraukan orang lain.
Fira terkejut dan tergamam ketika melihat Fikri. Ada sesuatu sedang bermain di mindanya.
‘Macam pernah nampak mamat ni. Kat mana ya...Erk...!! Alamak....’ gumam fira di dalam hati
Selesai sesi suai kenal, masing-masing kembali ke tempat duduk. Datuk Faizal meminta Fira untuk ke biliknya bersama Fikri.
“ Fira..masuk ke bilik saya...” arah Datuk Faizal
Fira hanya mengikuti mereka dari belakang.
“ Fikri, ini Nurul Afira Aleya. Dia  p.a  kamu sekarang. Apa-apa urusan berkaitan kerja kamu, dia akan uruskan...” terang Datuk Faizal
Fikri dan Fira hanya mengangguk tanda faham. Kemudian mereka melangkah keluar dari bilik tersebut.
“Heyh... Nanti dulu...! Masuk bilik aku kejap. Ada benda aku nak cakap ni...” arah Fikri dengan kasar
‘ulp... Apalah yang tak kena ni... Adeh....’ gumam Fira di dalam hati
“ Yer... Encik Fikri... Ada apa-apa yang boleh saya bantu...?” tanya Fira
“ Bantu??? Forget it... Tadi kau sampai kerja pukul berapa?” tanya Fikri dengan serius
Fira kelihatan tergagap-gagap untuk memberi jawapan. Belum sempat dia menjawab, Fikri telah pon memotong terlebih dahulu.
“Kau datang lambat kan tadi... ? Kau ni kerja dah berapa lama??  P.a apa macam ni, datang lambat...“
“Baru 3 bulan ......” belum sempat Fira meneruskan kata-katanya. Fikri telah menyerangnya lagi dengan kata-kata .
“Aku tak suruh pun kau jawab. Dengar aja apa aku nak cakap...“ tambah fikri lagi
Fira terkedu dan tergamam. Dia hanya diam membatukan diri sambil menunduk memandang lantai. ‘Nasib baik dalam bilik dia, kalau kat luar.  Malu aku.’ Gumam Fira.
“Kau ingat aku tak cam muka kau? Kau ni perempuan yang aku jumpa kat Shopping Mall last week kan?”
Fira hanya mengangguk tanpa berkata apa.
“Oleh kerana aku ni bos kau, dan kau tu pembantu aku. Dan juga sebagai membalas balik apa yang berlaku hari tu, aku nak kau............”
Fikri mengusap-ngusap dagunya sambil memberi pandangan sinis kepada Fira.
“Errr... En. Fikri nak saya buat apa?” jawab Fira tergagap-gagap
“ Aku nak kau ikut semua syarat yang akan aku berikan. Kalau kau ingkar, aku akan buat hidup kau merana...” ugut Fikri kepada Fira
Fira hanya mengangguk. Tak sanggup rasanya nak memandang wajah Fikri yang dirasakan sangat menyesakkan.  Lalu dia keluar dari bilik itu selepas diarahkan oleh Fikri.

BAB 2
Fira kembali duduk di tempatnya. Dia pusing memikirkan apa yang bakal direncanakan oleh bosnya itu. Sementelaah itu, fikirannya menerawang mengingati kejadian yang berlaku seminggu lalu.
-----------------
“Adeh...!! Sakit punggung aku...” keluh Fira kesakitan akibat dilanggar seseorang sehingga menyebabkan dia terjatuh. Fira bangun sambil mengusap-ngusap punggungnya.
Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di hadapannya. Fira terpegun seketika..
‘Mak uih... Handsomenya......’ puji Fira di dalam hati.
Lelaki tersebut hanya memandang Fira tanpa berkata apa-apa. Apatah lagi untuk menolong Fira bangun semula.
“Tak apa  Encik. Saya tak apa-apa...” jelas Fira sebelum lelaki itu berkata apa-apa.
“Bila masa aku tanya kau ok ke tak ok ke , ada apa-apa ke tak ada apa-apa ke...?? ” balas lelaki tu
‘Aikk... bengong ke apa mamat ni.’ gumam Fira. Belum sempat dia membalas kata-kata lelaki tersebut, lelaki itu terlebih dahulu memarahinya.
“Kau ni mata letak kat mana? Jalan punya besar, boleh pula nak berdiri kat tengah jalan ni. Kau ni betul-betul  menyusahkan oranglah...” bebel lelaki itu kepada Fira
Fira terpinga-pinga apabila tiba-tiba dia dimarah begitu. Dia cuba menjawab untuk membela dirinya tetapi tidak berpeluang..
“Kau ni betul-betul buang masa aku. Gara-gara kau habis berderai barang aku. Kau ingat murah ke barang tu? Huh...! Sekarang aku nak kau ganti balik...” tambah lelaki itu lagi
Fira merasa geram dengan tohmahan yang diterima. Sepatutnya dia yang memarahi lelaki tersebut, tapi ini lain pula jadinya. Sudahlah malu kerana dimarahi dikhalayak ramai, terasa seperti ingin menangis saja, tapi ditahankan juga air matanya. Tanpa  berlengah, Fira terus membalas balik sebelum sempat lelaki itu berkata..
“Hello Encik...? Encik apa yer...? What so ever lah. Setahu saya awak yang langgar saya. Bukan saya yang langgar awak. Yang awak nak marah-marah saya kenapa? Tak logik sungguh. Huh...!!! Dah lah tak minta maaf, lagi diserang adalah. Hey....!!! Kalau setakat muka saja yang  handsome tapi perangai macam penyangak, boleh bla lah. Pakcik cleaner tu lagi baik tau. Huh...!!! Lagi satu saya tak akan ganti balik barang awak tu. Peduli apa saya....!!!” balas Fira bertubi- tubi
Sebelum dia meninggalkan tempat itu, sempat dia berpaling semula dan mengambil barang tersebut dari tangan lelaki itu dan melemparkannya ke lantai. Bertambah berderailah barang yang sudah sedia berderai itu. Kemudian dia meninggalkan lelaki itu tanpa berkata apa. Puas hatinya. Lelaki tersebut terpinga-pinga dan geram dengan tindakan Fira
-----------------------
“Woiiit....!! Kau termenung apa?” tegur Sheqa
“Hah...???” jawab Fira terpinga-pinga..
“Kau berangan  ea?? Mesti kau berangankan bos baru kau tu kan. Hehee “ duga Sheqa sambil ketawa.
“Hah...? Ish, mana ada. Pandai-pandai aja kau ni...” balas Fira kembali.
Belum sempat mereka meneruskan perbualan, Fikri memanggil Fira masuk ke biliknya lagi.
“ Fira, masuk bilik saya sekejap...” arah Fikri
“Weyh, bos kau panggil tu. Aku rasa baru kejap tadi kau masuk bilik dia, ni dah panggil lagi. Ish, nak apalah agaknya ye?” tanya Sheqa dengan penuh curiga.
“Entahlah. Aku pun tak tahu. Dah lah aku masuk dulu, nanti ada kena bebel pula lambat masuk...” jelas Fira sambil bangun untuk ke bilik Fikri.
Fira meninggalkan Sheqa yang masih lagi curiga. Dia melangkah longlai menuju ke bilik Fikri.
Tok..tok..tok
“Masuk...” jawab Fikri
“Hah...! Kau buat apa yang terhegeh-hegeh sangat ni? Kau ngumpat aku ea....???” serang Fikri bertubi-tubi
“Err..... ” jawab Fira tergagap-gagap
“Sejak bila kau jadi gagap ni...?? Hari tu kemain lagi, hari ni dah gagap pula? Hahaha” Fikri ketawa besar memerli Fira
Fira hanya menundukkan wajahnya. Tidak sanggup memandang Fikri. Dalam hati sebakul makian telah dihamburkan kepada bosnya itu.
“Dah! Tak payah jawab apa-apa. Aku nak kau dengar syarat-syarat yang akan aku berikan kepada kau ni. Sila dengar dengan baik dan kalau perlu catat, kau catat. Biar tak lupa ...” tegas Fikri lagi
Fikri meneruskan kata-katanya. Sedikit pun tidak mempersilakan Fira duduk. Dibiarkan sahaja Fira berdiri. Lantas dia membacakan apa yang telah dicatitkannya di atas sekeping kertas yang kini sudah pun berada di tangannya.
“Nurul Afira Aleya binti Fakrul.... “ panggil Fikri
“Sebagai Setiausaha merangkap orang suruhan aku. Aku berhak memberikan syarat-syarat kepada kau, dan syarat-syarat nya adalah.....”
Fira menanti dengan penuh debaran di dada.
“1) kau WAJIB menurut segala arahan dan perintah aku sebagai bos kau.
 2) Setiap pagi dan petang kau wajib buatkan aku air. Air tu mesti sedap. Tak sedap siap kau!
3) Kau kena sampai 15 minit awal sebelum waktu kerja. Kau juga kena tunggu aku depan pintu pejabat untuk jemput aku dan bawakan beg aku sampai ke bilik.
4) Selagi aku tak balik, kau pun tak boleh balik. Walaupun dah tak ada urusan pejabat lagi.
5) Aku nak pagi-pagi, meja aku, bilik aku kemas. Sebelum balik, harus kemas juga.
Faham??? Ada apa-apa  bantahan atau pertanyaan?” tanya Fikri dengan senyuman sinis
“errrr.... Faham... “ jawab Fira tergagap-gagap
“Kalau kau langgar syarat-syarat ni, siap kau! Kat sini aku yang berkuasa, jangan sampai kau tak makan nanti...!” ugut Fikri
Fira hanya mengangguk tanda faham. Di dalam hatinya menyumpah setiap kata-kata Fikri.
‘Ya Allah....kenapalah aku dapat bos macam ni. Ini bukan syarat, ini nak mendera namanya ni.” hati kecil Fira berbicara sendiri
“Dah! Tak payah nak termenung-menung lagi kat sini, kau boleh keluar sekarang... “ arah Fikri
Fira melangkah keluar dari bilik itu tanpa berkata sepatah. Bermacam-macam yang bermain difikirannya. Kenapa lah dia dapat bos yang sebegitu rupa. Hati kecilnya merintih sedih mengenangkan hari-hari yang bakal dia lalui di situ.







BAB 3
Sudah sebulan Fira menjadi p.a kepada Fikri. Selama itu jugalah Fira telah memenuhi dan melaksanakan segala syarat Fikri tanpa banyak soal. Walaupun dihatinya tetap lahir rasa tidak puas hati dengan bosnya itu.
...............................................
Suasana di rumah Datuk Faizal.
“Hah, Fik. Macam mana kerja? Ok? Dah sebulan Fik kerja di syarikat papa kan?” tanya Datin Maria
“Ok Bu, so far so good...” jawab Fikri
“ Abang Fik, Kak Fira p.a abang kan?” sampuk Faiz pula adik Fikri yang paling kecil.
Datuk Faizal dan Datin Maria hanya memiliki dua orang anak. Kedua-duanya lelaki iaitu Fikri dan Faiz. Datin Maria terlalu menginginkan anak perempuan tetapi rezeki tidak memihak kepadanya.
“Yups.... kenapa??” tanya Fikri kepada adiknya
Belum sempat Faiz menjawab pertanyaan abangnya itu, ibunya Datin Maria terlebih dahulu mengemukakan soalan sekali lagi.
“Fira? Ibu kenal tak agak-agaknya?” tanya Datin Maria ingin tahu
“Awak kenal kot. Si Fira sekarang ni p.a nya Si Fik. Sebelum ni dia p.a Suhaimi. Ala budak yang selalu saya cerita pada awak tu...” terang Datuk Faizal kepada isterinya
Datin Maria hanya mengangguk tanda faham.
“Kak Fira tu cantik tau ibu. Baik pula tu. Faiz suka kalau dia jadi akak Faiz...” tambah Faiz pula sambil tersenyum
“Ada-ada aja kamu ni Faiz. Tapi betul ke? Teringin juga ibu nak jumpa. Selalu dengar papa cerita aja...” balas Datin Maria pula
“Kamu Fik, jangan dibuli sangat budak Fira tu. Dia tu lurus tapi rajin dan baik budaknya...” Datuk Faizal memberi amaran kepada Fikri
Fikri hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Dia leka menonton televisyen di hadapannya.
..........................................................
Sementara itu, suasana di rumah Fira.
“Fira... Abah tengok Fira selalu pulang lewat. Banyak kerja ke?” tanya pak cik Fakrul kepada anaknya itu
“Emm... Haah Abah, Fira banyak kerja. Lagipun Fira kena tunggu bos balik dulu, baru Fira boleh balik.” jawab Fira kepada abahnya
Hakikatnya, bukan kerana kerja yang banyak tetapi kerana Fikri. Fikri sengaja pulang lewat dan sengaja mahu mendera Fira. Sejak bekerja di bawah Fikri, makan Fira pun sudah tidak terjaga. Semuanya gara-gara Fikri. Apa sahaja yang Fira ingin lakukan harus mendapat keizinan Fikri termasuk untuk keluar makan pada waktu rehat. Jika diikutkan hati Fira, tidak mahu dia bekerja di bawah Fikri. Tapi apakan daya, dia hanya staf bawahan yang hanya mengikut arahan.
Sebenarnya di dalam hati kecil Fira terselit satu perasaan halus setiap kali dia melihat Fikri. Tapi dia sedar dia tidak mungkin dapat bersama dengan Fikri. Tambahan pula dengan sikap Fikri yang sebegitu.

BAB 4
Suatu hari tanpa diduga, Datin Maria telah datang ke syarikat milik suaminya itu.
“Selamat pagi Puan. Boleh saya bantu?” tanya Fira dengan sopan
Belum sempat Datin Maria menjawab. Fikri yang baru hendak memanggil Fira ternampak ibunya. Lantas  dia mengajak Datin Maria masuk ke biliknya. Datin Maria sempat melemparkan senyuman kepada Fira sebelum melangkah masuk ke bilik Fikri. Fira membalas senyuman itu dengan hati yang berbaur. Rasa bersalah meruntun jiwanya kerana tidak tahu bahawa itu adalah Datin Maria ibu kepada bosnya merangkap isteri pemilik syarikat tempat dia bekerja.
“Fira, bawakan dua cawan teh ke bilik saya...” arah Fikri melalui intercom.
Fira melangkah masuk ke bilik Fikri dengan membawa dua cawan teh yang diminta oleh bosnya sebentar tadi. Semasa menghidangkan teh tersebut, Datin Maria menegur Fira.
“Oowh! Inilah Fira ya? Cantik orangnya...” puji Datin Maria.
“Ya Datin....” jawab Fira sambil melemparkan senyuman kepada Datin Maria. Fira menahan perasaan kalutnya di dalam hati.
Fikri pula hanya menjeling Fira yang masih berdiri disitu.
“Fira, tengahari ni pergi makan di mana?? “ Tanya Datin Maria tiba-tiba
“Tengahari ini, mari makan dengan saya....” pelawa Datin Maria sebelum sempat Fira menjawab pertanyaannya yang tadi.
Fira terkejut mendengar pelawaan itu. Fikri pula hanya diam sambil menjeling tajam ke arah Fira.
“Kenapa Fira? Tak sudi ke?” tanya Datin Maria lagi
Belum sempat Fira menjawab Datin Maria sudah memberi kata putus terlebih dahulu.
“Fira takut dengah Fik ya?”duga Datin Maria.
Fira hanya tunduk memandang lantai.
“Nanti kita keluar pukul satu ni ya Fira. Boleh ya Fik, Ibu pinjam p.a kamu ni rehat nanti?” soal Datin maria kepada Fikri
Fikri hanya tersenyum lantas mengangguk. Kalau sudah bulat kata ibunya, bulatlah ia. Tiada siapa dapat membantah.
Fira hanya tersenyum kelat dan dia terus tertunduk apabila sekali lagi dia terpandang jelingan tajam Fikri.
“Ok, nanti rehat kita jumpa lagi ya Fira. Fik, ibu ke bilik papa dulu ya...” beritahu Datin maria
Fira juga ingin melangkah keluar dan membawa dulang yang berisi cawan itu. Belum sempat dia memboloskan diri, Fikri telah memanggilnya.
“Fira...!!” panggil Fikri
Fira menoleh ke arah Fikri. Fikri memandang Fira dengan tajam. Cuak Fira melihat pandangan Fikri itu.
“Kau jangan ingat, kalau ibu aku suka kau, aku pun akan suka kau. Lagi satu, kalau kau cerita apa-apa pada ibu pasal aku buli kau atau apa-apa sekalipun, siap kau...! “ tegas Fikri memberi peringatan kepada Fira.
Fira hanya mengangguk tanda faham. Cepat-cepat dia melangkah keluar dari bilik itu.
...................................................................................................................................................
Sejak pertemuan hari itu, hubungan Datin Maria dan Fira sangat baik. Datin Maria sangat menyukai Fira. Dalam diam wanita itu berhajat untuk menjodohkan Fikri dan Fira. Pelbagai cerita dan kesukaan yang mereka kongsikan bersama. Datuk Faizal tumpang gembira melihat kebahagiaan isterinya itu. Dia tahu Datin Maria perlukan teman. Fikri pula tidak dapat menghalang ibunya dari terus-terusan memberi perhatian kepada Fira. Kadang-kala terselit juga rasa cemburu melihat perhatian yang diberikan ibunya kepada Fira. Fira turut merasa bahagia kerana sekurang-kurangnya, dia dapat merasai kasih sayang dari seorang ibu yang selama ini tidak pernah dia kecapi.
Suatu hari, Datin Maria datang ke pejabat untuk bertemu Fira tetapi gadis itu tiada.
“Fik, Fira tak kerja ke hari ni?” tanya Datin Maria
“Entah. Dah dua hari tak nampak dia. Tak sihat kot...” jawab Fikri bersahaja
“ Eh,  Fik ni p.a sendiri  cuti pun tak tahu ke?” tanya Datin Maria lagi
“Dah, mari teman Ibu pergi rumah dia....” ajak Datin Maria
“Tak bolehlah Ibu, Fik kena jumpa client kejap lagi...” Fikri memberi alasan
“Ish, ada-ada saja kamu ni. Kamu ada alamat dia.? Bagi pada ibu. Biar Ibu pergi sendiri...” pinta Datin Maria.
Fikri menuliskan alamat Fira yang dia dapatkan melalui sistem maklumat staf, lalu diberikan kepada ibunya. Di dalam hati Fikri menyumpah-nyumpah gadis itu. Entah apa yang istimewa sangat agaknya gadis itu, sampai ibunya begitu sayang kepada gadis itu.
.......................
“ Assalamualaikum...” Datin maria memberi salam.
“Waalaikummussalam... Ya puan? Cari siapa.?” Tanya Pakcik Fakrul ramah.
“Saya Datin Maria. Fira ada?” tanya Datin maria pula sambil tersenyum mesra.
“Owh, inilah ya Datin Maria yang Fira selalu ceritakan tu.  Jemputlah masuk Datin... ” pelawa Pakcik Fakrul
Setelah memperrsilakan Datin Maria duduk, Pakcik Fakrul  terus meminta diri ke tingkat atas, untuk memanggil Fira. Sementara menunggu, Datin Maria meninjau-ninjau keadaan sekeliling rumah itu.
Tiba-tiba, Datin Maria terpandang  satu potret lama dan dia seperti pernah melihat potret itu sebelum ini. Dia tekun memerhatikan potret itu dan pemerhatiannya terhenti dengan teguran Pakcik Fakrul.
”Tunggu sebentar ya Datin, kejap lagi Fira turun. Saya nak ke dapur sebentar...” bagitahu Pakcik Fakrul yang baru turun dari tingkat atas.
Pakcik Fakrul kembali sambil membawa dulang berisi air.
“Boleh saya tanya sikit tak?” tanya Datin Maria.
“Nak tanya apa ya Datin?” Balas Pakcik Fakrul
“Siapa yang di  dalam potret ni ya?” tanya Datin Maria sambil mengambil potret yang terletak di atas kabinet berlaci di rumah itu.
Pakcik Fakrul menceritakan serba sedikit mengenai potret itu. Datin Maria hanya mengangguk tanda faham.
“Kenapa dengan potret ni Datin?” tanya pakcik Fakrul ingin tahu.
“Owh, tidak ada apa-apa...” balas Datin Maria sambil tersenyum.
Di dalam hati Datin Maria sangat pasti bahawa potret itu adalah potret yang sama terdapat di rumahnya, dan dia juga yakin bahawa Pakcik Fakrul adalah sahabat lama suaminya. Sahabat yang sering diceritakan oleh Datuk Faizal kepadanya.
“Agak-agaknya kalau jumpa kembali dengan sahabat En. Fakrul tu, En. Fakrul masih kenal tak?” Tanya Datin Maria.
“InsyaAllah, saya tak pernah lupa dengan sahabat saya tu...” jawab Pakcik Fakrul
Perbualan mereka terhenti saat Fira turun. Wajah Fira kelihatan pucat dan tidak bermaya. Datin Maria sedih melihat keadaan gadis kesayangannya itu.
“Datin, buat susah-susah aja kemari...” tegur Fira sambil bersalaman dengan Datin Maria
“Fira, kan auntie dah kata, jangan panggil Datin. Panggil saja auntie...” tegur Datin Maria. Dia tidak suka Fira memanggilnya dengan panggilan Datin.
“Kasihannya auntie tengok anak auntie ni. Ni pasti Fik yang sebabkan kamu jadi macam ni kan?” duga Datin Maria
Fira hanya mampu tersenyum dengan telahan itu. Belum sempat dia menjawab, Datin Maria terlebih dahulu mencelah.
“Fira, auntie ingat hujung minggu ni auntie nak buat makan-makan sikit. Fira dengan En. Fakrul jemputlah datang ya...” pelawa Datin Maria
Fira dan Pakcik Fakrul hanya tersenyum dan mengangguk tanda setuju .
Setelah agak lama berada disitu, Datin Maria meminta diri untuk pulang. Dia juga mengingatkan mereka supaya tidak lupa untuk datang makan malam di rumahnya pada hujung minggu tersebut.
.......................................................................................................................
Selepas makan malam, Datin Maria duduk di ruang tamu bersama suaminya.
“Bang, tadi saya pergi melawat Fira di rumahnya. Abang nak tahu apa yang saya jumpa?” Datin Maria berteka teki dengan suaminya.
“Hah, apa dia?” tanya Datuk Faizal
“Adalah, hujung minggu ni abang tahulah...” bagitahu Datin Maria sambil tersenyum.
“Kenapa pula kena tunggu sampai hujung minggu ni?” tanya Datuk Faizal lagi.
“Saya jemput Fira dan abahnya datang makan malam dekat rumah kita. Nanti masa tu baru abang dapat jawapannya...” jelas Datin Maria sambil tersenyum ke arah suaminya.
“Bang, agak-agaknya kan. Kalau kita jodohkan Fik dengan Fira, dia nak tak?” tanya Datin Maria meminta pendapat dari suaminya.
“Saya berkenan sungguh dengan budak Fira tu. Saya sayang sangat dengan dia. Kalau boleh, saya nak dia sentiasa dekat dengan saya...” terang Datin Maria lagi.
Datuk Faizal melipatkan suratkhabar yang dibacanya,  lantas menoleh ke arah isterinya.
“Saya pun berkenan dengan budak tu. Tapi apa-apa hal kita kenalah tanya pada tuan punya badan dulu...” balas Datuk Faizal
Sedang mereka rancak berborak, Fikri turun ke bawah bersama adiknya Faiz. Mereka duduk bersama dengan ibu bapa mereka di ruang tamu itu.
“Hah Fik, hujung minggu ni, kamu jangan ke mana-mana. Mama ada tetamu istimewa...” bagitahu Datin Maria
Fikri menoleh ke arah ibunnya dan hanya mengangguk tanda faham.

  
BAB 5
Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Fira datang ke rumah Datuk Faizal bersama abahnya. Mereka terpegun dengan keindahan rumah itu. Kedatangan mereka telah disambut baik oleh Datin Maria dan Datuk Faizal. Ketika Datuk Faizal bersalaman dengan Pakcik Fakrul, ada riak terkejut di wajah mereka berdua.
“Abang... Abang kenal tak ini siapa?” tanya Datin Maria dengan nada gembira.
“Ini Fakrul  ke?” Tanya Datuk Faizal.
“Faizal???” tanya Pakcik Fakrul kembali.
“Ya Allah... Tak sangka aku dapat jumpa lagi dengan kau setelah sekian lama. Dah lama aku cari kau, syukur Alhamdulilah...” jelas Datuk Faizal dengan wajah yang gembira
Mereka berdua berpelukan. Dalam pada itu. Mereka bersyukur kerana dapat bertemu semula. Datuk Faizal dan Datin Maria menjemput Fira dan Pakcik Fakrul ke ruang makan. Fikri yang baru turun ke ruang makan terkejut melihat kehadiran Fira. Dia menjeling tajam ke arah Fira. Fira hanya tunduk memandang meja. Faiz pula sangat gembira dengan kedatangan Fira.
Datuk Faizal dan Pakcik Fakrul mengucapkan terima kasih kepada Datin Maria kerana telah mempertemukan semula mereka berdua. Datuk Faizal tidak menyangka bahawa selama ini, anak sahabatnya itu bekerja dengannya. Mereka makan malam sambil berkongsi pelbagai cerita menarik.
Setelah selesai semuanya, Pakcik Fakrul dan Fira meminta diri untuk pulang.
...................................................................................................................................................
Di ruang tamu rumah Datuk Faizal.
“Fik, ibu nak tanya sikit boleh?” tanya Datin Maria memulakan bicara
Fikri menoleh ke arah ibunya, menunggu pertanyaan yang keluar dari mulut ibunya itu.
“Kamu bila nak kahwin? Umur pun dah semakin meningkat...” tanya Datin Maria
“Nantilah dulu Bu. Lagipun Fik tak ada calon....” jawab Fikri bersahaja.
“Macam mana nak ada calon. Asyik kerja aja. Muka aja kacak tapi serius memanjang, kaki buli pula tu. Perempuan mana yang nak dekat..” sampuk Datuk Faizal dengan riak wajah bersahaja
Fikri yang sedang menghirup air tersedak mendengar sindiran papanya itu. Datuk faizal pula tekun memandang televisyen dihadapannya.
“Ish abang ni. Tak baik cakap macam tu...” bela Datin Maria pula
“Betul ke kamu tak ada calon lagi ni Fik?” tanya Datin Maria sekali lagi untuk mendapatkan kepastian
“Betul lah Bu. Ibu ajalah carikan calon untuk Fik...” gurau Fikri sambil tersenyum memandang ibunya
“Betul ni? Kalau macam tu nanti ibu carikan perempuan yang cantik, baik untuk Fik...” balas Datin Maria gembira
Datuk Faizal hanya tersenyum melihat isterinya. Dia sudah dapat mengagak apa yang ada di fikiran isterinya itu.
“Suka hati ibulah. Asal ibu senang hati...” balas Fikri kembali
Datin Maria tersenyum mendengar kata-kata Fikri. Tidak sabar rasanya dia ingin menjalankan apa yang direncanakan.


BAB 6
Sudah lebih 3 bulan Fira bekerja di bawah Fikri. Hari ini, Fira merasakan yang dia harus mengakhiri segalanya. Sudah tidak tertahan lagi rasanya diperlakukan sebegitu oleh Fikri. Pernah sekali, Fikri melemparkan air yang dibuat oleh Fira ke lantai, alasannya tidak sedap. Hakikatnya, dia hanya mahu mencari kesalahan Fira. Sejak akhir-akhir ini, Fikri sering kali menyakiti hatinya. Lebih-lebih lagi setelah diberitahu bahawa mereka berdua bakal dijodohkan dalam tempoh 6 bulan dari sekarang.
“ Assalamualaikum...” Fira memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
Dia terkejut melihat kereta Datuk Faizal berada di luar rumahnya ketika dia pulang tadi. Dia lebih-lebih terkejut apabila melihat seisi keluarga Datuk Faizal berada di situ kecuali Fikri.
“Waalaikummussalam...” jawab Pakcik Fakrul dan semua yang ada disitu.
“Hah, dah balik pun Fira.” tegur Pakcik Fakrul
“Err, Fira naik atas dulu ya semua. ” jawab Fira yang masih terpinga-pinga dengan tujuan kedatangan mereka sekeluarga. Mereka yang berada disitu mengangguk tanda faham.
“Bagaimana Fakrul? Kau setuju? Kau tahukan Maria ni, dah sayang benar dia dengan Fira tu. Lagipun kami semua berkenan sangat dengan Fira tu. Kami pun tak ada anak perempuan...” jelas Datuk Faizal
“Aku tak ada masalah Faizal. Mana yang baik aku setuju aja. Tapi macam mana pula dengan dua-dua tuan punya badan ni?” tanya Pakcik Fakrul pula meminta kepastian.
“Kalau si Fik tu, kau jangan risau. Dia memang dah serahkan bulat-bulat pada kami soal mencari jodoh untuknya.  Lagipun inilah masanya kita nak mengeratkan lagi hubungan kita...” tambah Datuik Faizal lagi.
Datin Maria hanya mengangguk tanda setuju dengan pendapat suaminya itu.
“Emm, kalau dah begitu kata kau aku ikut sajalah. Aku pun setuju. Tapi nanti aku tanyakan pada Fira duu ya?” Pakcik Fakrul meminta izin dari mereka untuk meminta persetujuan Fira terlebih dahulu.
Pakcik Fakrul bertemu Fira di biliknya dan dia menerangkan tujuan kedatangan Datuk Faizal sekeluarga ke rumah mereka.
“Abah tak paksa Fira, tapi macam yang abah kata tadilah. Terpulang pada Fira sama ada nak terima atau tidak...” jelas Pakcik Fakrul.
“Erm... Demi abah, demi hubungan keluarga kita dan Datuk, Fira setuju. Tapi Fira minta masa untuk kenal lebih dekat lagi dengan Fik tu...” jelas Fira.
Setelah mendapat persetujuan san kata sepakat, mereka bersetuju untuk menyatukan Fira dan Fikri dalam masa lebih kurang 6 bulan lagi.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fira menerjah masuk ke bilik Fikri tanpa mengetuk terlebih dahulu seperti biasa yang dilakukannya. Fikri yang terkejut dengan perbuatan Fira itu, tidak dapat megawal perasaan geramnya.
“ Woooiitt!!! Sejak bila kau pandai masuk bilik aku tanpa izin ni?!!” tengking Fikri
Fira tidak menjawab, tetapi dia hanya diam membatukan diri sambil matanya tajam merenung ke arah Fikri.
“Kau pekak ke?? Kau nak apa hah?? “ tanya Fikri kasar
“Saya tak nak apa-apa. Saya cuma nak tahu kenapa En. Fikri buat saya macam ni? Saya dah penat tahu tak layan karenah En. Fikri. Selama ini saya sabar aja dengan semua syarat yang En. Fikri kenakan pada saya. Tapi sejak akhir-akhir ni, En. Fikri dah melampau tahu tak!!” balas Fira bertubi-tubi. Dia sudah tidak peduli lagi dengan siapa dia berhadapan sekarang.
“Apa lagi, kalau dah tak tahan, berhenti ajalah...” balas Fikri selamba tanpa sedikit pun rasa bersalah.
“Kau jangan ingat, semua family aku suka kau, aku pun akan suka kau.  Sorry beb...!!” tambah Fikri lagi sambil tersenyum sinis ke arah Fira.
“Kalau tak suka saya, kenapa setuju dengan cadangan Datin dan Datuk?” tanya Fira tidak berpuas hati.
“Ahhh...!!! sekarang aku cuma nak kau buat dia orang bencikan  kau.” balas Fikri kembali
Fira keluar dari bilik itu dengan perasaan sebak dan pilu. Dia tidak menyangka bahawa Fikri amat membenci dirinya. Dia berjumpa dengan Datuk Faizal untuk menghantar notis berhenti 24 jam tetapi Datuk Faizal melarang. Apabila ditanya kenapa dia membuat keputusan itu, Fira tidak menjawab dan menafikan setiap telahan Datuk Faizal. Akhirnya, Datuk Faizal mencadangkan agar Fira mengambil cuti selama seminggu. Fira bersetuju dengan cadangan itu.  Fira tidak menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kepada abahnya mahupun Datuk Faizal dan Datin Maria.
  
BAB 7
Sudah hampir seminggu Fira tidak datang ke pejabat. Fikri merasa rindu untuk menatap wajah gadis itu. Tetapi kerana ego dia membuang jauh perasaan itu. Dalam tempoh seminggu itu, Fira telah membuat keputusan untuk memulangkan semula cincin yang diberikan oleh Datin Maria.
“Abah, nanti tolong pulangkan semula cincin ni kepada auntie Maria ya.” pinta Fira sambil menyerahkan cincin tersebut kepada abahnya
“Kenapa pula ni Fira? Kamu ada masalah dengan Fik ke?” tanya Pakcik Fakrul sedikit curiga.
“Tak adalah. Fira cuma belum bersedia dan Fira rasa , Fira tak mampu nak jadi isteri yang baik untuk dia...” balas Fira
Pakcik Fakrul tahu, ada sesuatu yang terjadi antara Fikri dan Fira. Tanpa Fikri dan Fira tahu, kedua-dua ibu bapa mereka telah merancang sesuatu untuk menyatukan mereka berdua. Mereka juga tahu apa yang terjadi di antara FIkri dan Fira. Walau apa yang terjadi, mereka bertiga akan berusaha untuk menyatukan Fira dan Fikri. Mereka yakin Fikri dan Fira akan bahagia satu hari nanti
.............................................
Setelah seminggu bercuti, Fira kembali bekerja seperti biasa. Dia tetap menjalankan tugas-tugas dan syarat yang telah ditetapkan oleh Fikri seperti biasa. Sejak Fira memutuskan untuk membatalkan perkahwinannya dengan Fikri, Datin Maria sering bermuram dan sedih. Hatinya sebak memikirkan apa yang terjadi dan hajatnya untuk bermenantukan gadis itu lebur. Datuk Faizal sedih melihat keadaan isterinya itu. Lantas dia berpakat dengan isterinya dan sahabatnya itu dalam usaha menyatukan Fira dan Fikri.
..................................................
Kring...kring.... kring......
“Hello Fik, papa ni. Ibu kamu masuk hospital...” bagitahu Datuk Faizal cemas.
Fikri yang cemas menerima panggilan itu, terus bergegas ke hospital. Setibanya di hospital, kelihatan Fira, Pakcik Fakrul, Datuk Faizal dan Faiz turut  berada di situ. Kelihatan Datin Maria ceria dengan kehadiran Fira di situ.
“Ibu... Ibu ok ke? Macam mana boleh jadi macam ni?” tanya Fikri yang risau dengan keadaan ibunya.
“Doktor kata, ibu kamu mengalami masalah kemurungan yang teruk. Kalau dibiarkan berpanjangan, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang teruk...” jelas Datuk Faizal
“Macam mana boleh jadi macam ni auntie? Auntie tak sayang Fira ke? Kenapa auntie tak jaga kesihatan?” tanya Fira bertubi-tubi. Dia sedih melihat keadaan Datin Maria begitu..
Fikri pula hanya mendiamkan diri sahaja.
“Jangan cakap macam tu. Auntie sayang Fira macam anak auntie sendiri, tapi hajat auntie tak kesampaian..” jawab Datin Maria pilu.
Fira dan Fikri tunduk mendiamkan diri. Rasa bersalah menghuni jiwa mereka. Lebih-lebih lagi Fikri. Datuk Faizal, Datin Maria dan Pakcik Fakrul menyembunyikan senyuman di bibir mereka. Faiz yang berada di situ hanya mendiamkan diri. Tidak mahu menyampuk perihal orang dewasa.
“Ibu kamu jadi begini lepas kamu berdua batalkan perkahwinan kamu berdua. Kamu berdua jangan ingat kami tak tahu apa yang terjadi antara kalian. Sebab sedih dan kecewalah ibu kamu jadi macam ni...” jelas Datuk Faizal lagi.
“Kalau Fik dengan Fira sayangkan ibu, dan tak mahu ibu sakit. Kamu berdua kahwin ya nak...” pinta Datin Maria dengan wajah sayu.
Datuk Faizal dan Pakcik Fakrul hanya mengangguk setuju.
“Erm... Izinkan kami berdua keluar untuk berbincang sebentar...” pinta Fikri
Mereka bertiga mengagguk tanda faham
“Bang, agak-agaknya mereka berdua  setuju tak?” tanya Datin Maria
Faiz terkejut melihat ibunya yang tiba-tiba sahaja sihat.
“Eh,  ibu bohong ea? Ibu pura-pura sakit ya?” duga Faiz
“Kamu jangan pecahkan rahsia tau. Kamu nak kan Kak Fira  jadi akak kamu?” tanya Datuk Faizal
“Mestilah nak. Ok-ok, Faiz jaga rahsia ni baik-baik.” balas Faiz sambil tersenyum
Beberapa minit kemudian, Fikri dan Fira masuk semula ke bilik tersebut.
“Ibu... Papa  dan Pakcik Fakrul... Fik setuju untuk kahwin dengan Fira, tapi.....” bagitahu Fikri.
“Tapi Fik tak mahu adakan majlis besar-besaran. Fik cuma mahu adakan majlis akad nikah dan dihadiri oleh keluarga kita sahaja. Fik tak mahu orang lain tahu yang kami dah berkahwin...” pinta Fikri
Datin Maria dan Datuk Faizal tercengang dengan jawapan yang diberikan oleh Fikri.
“Kamu setuju ke Fira?” tanya Datuk Faizal.
Fira hanya mengangguk menandakan dia juga bersetuju dengan cadangan itu.
“Kami lakukan ini demi ibu... Itu saja syarat kami, kalau kalian setuju kami akan berkahwin....” jelas Fikri lagi
“Baiklah, kami setuju...” jawab Pakcik Fakrul. Datin Maria ingin membantah tapi apakah daya.
“Kalau kamu ada syarat, kami juga ada syarat...” tambah Datuk Faizal pula.
“Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku, kami akan adakan majlis pernikahan  kamu dalam tempoh sebulan dari sekarang. No kompromi..” tegas Datuk Faizal.
Datin Maria dan Pakcik Fakrul bersetuju dengan cadangan tersebut. Fikri dan Fira  tidak mampu untuk membantah lagi.
BAB 8
Dua minggu sebelum majlis pernikahan Fira dan Fikri, Datin Maria telah bertemu dengan Fira.
“Fira, auntie nak ucapkan terima kasih sebab sudi jadi menantu auntie...” ucap Datin Maria
Auntie harap Fira akan sayangkan Fik sepenuh hati Fira dan bukan kerana auntie...” pinta Datin Maria
Auntie jangan risau. Fira janji Fira akan jadi isteri dan menantu yang baik...” balas Fira sambil menggenggam tangan Datin Maria.
“Terima kasih Fira. Auntie nak tanya sikit.  Fira sayangkan Fik?” tanya Datin Maria
Fira hanya tersenyum malu, dan dia hanya membiarkan sahaja pertanyaan Datin Maria berlalu begitu sahaja. Datin Maria dapat menangkap apa yang terbuku di hati gadis itu.
“Kalau macam tu, menangi hati Fik ya...” balas Datin Maria kembali sambil tersenyum.
Fira juga turut tersenyum
.........................................................................
Fikri merasakan sejak akhir-akhir  ini Fira berkelakuan pelik, tidak seperti sebelumnya.  Apa yang diarahkan, Fira laksanakannya dengan patuh tanpa banyak bicara. Fikri juga dapat merasakan, sikap Fira yang lebih lemah lembut, manja dan menggoda berbanding sebelum ini.
“Kenapa aku rasa kau macam pelik aja sejak akhir-akhir ni?” tanya Fikri penuh curiga.
“Apa yang peliknya? Saya rasa biasa aja.” jawab Fira selamba.
“Kenapa aku rasa kau macam cuba nak menggoda aku aja gayanya...” duga Fikri
“Tak ada apa yang peliknya. Saya cuma sedang belajar cara-cara nak menyayangi bakal suami saya. itu saja...” jawab Fira sambil tersenyum mesra kepada Fikri.
Fikri terdiam.  Dia terkaku dengan jawapan dan juga senyuman Fira yang dirasakan cukup menawan itu.
“Emm.... boleh saya minta tolong sesuatu?” tanya Fira lembut
“Apa dia?” tanya Fikri kembali
“Tolong jangan guna ‘aku kau’ dengan saya. Gunalah apa sahaja panggilan yang baik, asalkan bukan  ‘aku kau’. Boleh kan?” pinta Fira kepada Fikri
“Errr....... Ermmmm.... Baiklah...” jawab Fikri sambil mengangguk tanda setuju
“Lagi satu, aku nak ingatkan kau .Upssss.... Saya nak ingatkan awak, jangan ingat mentang-mentang awak dah jadi isteri saya, saya akan berlembut dengan awak. Syarat-syarat yang saya berikan pada awak tetap awak kena patuhi.” tegas Fikri memberi peringatan.
Membahasakan diri dengan panggilan ‘saya awak ’bukanlah suatu perkara yang susah sangat bagi Fikri. Walaupun pada mulanya tersasul. Selama ini pun, dia menggunakan panggilan itu dengan Fira di hadapan staf lain.
“Ok bos. Saya tak kisah.” balas Fira sambil tersenyum dan melangkah keluar dari bilik Fikri.

BAB 9
Sehari sebelum majlis pernikahan.
“Abah.... Abah rasakan, Fira dah buat keputusan yang tepat ke?  Abah rasa Fira akan bahagia dengan Fik?” tanya Fira kepada abahnya.
“ InsyaAllah. Abah akan sentiasa doakan kebahagiaan Fira dan Fik...” jawab Pakcik Fakrul
“Abah, Fira sedihlah. Fira tak nak tinggalkan abah sorang-sorang kat sini. Kalau boleh , Fira nak sentiasa ada dengan abah...” jelas Fira dengan air mata yang sudah mula menitis
“Fira janganlah macam ni. Kalau tak hari ni, akan datang pun Fira akan tinggalkan abah juga. Jangan sedih ya nak. Nanti kalau Fira rindu abah, Fira datanglah jenguk abah kat sini....” pujuk Pakcik Fakrul
“Fira ingat pesan abah ni. Bila dah jadi isteri Fik nanti, sayangi Fik sepenuh hati, jadi isteri dan menantu yang baik. Dengar dan patuh cakap suami selagi ianya tak melanggar hukum syarak. Abah akan sentiasa doakan kebahagiaan kamu berdua.” pesan Pakcik Fakrul kepada Fira. Fira menangis hiba di dalam pelukan abahnya.
.........................................................................
Majlis pernikah Fikri dan Fira diadakan di Masjid Jamek berhampiran. Dengan sekali lafaz, Nurul Afira Aleya binti  Fakrul telah sah menjadi isteri kepada Mohd Fikri Yazed bin Datuk Faizal. Selepas majlis akad nikah selesai, mereka meraikannya dengan jamuan kecil yang diadakan di kediaman Datuk Faizal.
“Selamat datang kakak iparku yang cantik...” ucap Faiz mengalu-alukan kedatangan Fira dalam keluarga mereka
Mereka kelihatan gembira menyambut kehadiran orang baru di rumah itu.
Selepas makan dan berbual-bual, Pakcik Fakrul meminta diri untuk pulang. Sempat dia menitipkan pesan kepada anak menantunya dan juga besannya.
“Fik, jaga Fira baik-baik ya. Sekarang dia dah jadi tanggungjawab kamu. Terima kasih sebab sudi memperisterikan dia...” pesan Pakcik Fakrul kepada Fikri
“Baiklah abah. InsyaAllah Fik akan ingat pesanan abah itu. Terima kasih juga kerana telah memberikan kepercayaan kepada Fik untuk menjaga Fira...” balas Fikri kembali
“Cik Yah, Faizal tolong tengok-tengokkan Fira ni ya. Dia ni manja sikit. Kalau salah tolong ditegurkan...” pesan Pakcik Fakrul kepada besannya pula.
“InsyaAllah, kau janganlah risau. Kami akan jaga dia macam anak kami sendiri...” balas Datuk Faizal
Datin Maria hanya mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata suaminya itu.
Fira tidak dapat menahan sebak. Dia lantas memeluk abahnya sebelum abahnya meminta diri untuk pulang.
......................................
Saat itu, bermulalah kehidupan Fira sebagai isteri kepada Fikri.
“Fira, pergilah naik atas. Bersihkan diri dan rehat, Fik pun dah naik tu...” arah Datin Maria
Fira hanya mengangguk. Badannya juga sudah letih. Dia mendaki anak tangga menuju ke bilik Fikri. Begnya awal-awal lagi sudah dibawa naik ke atas oleh pembantu di rumah besar itu.
“ Apa tercegat lagi depan pintu tu, masuklah!” tegur Fikri
Fira hanya tersengih lantas menutup daun pintu bilik itu.
“Besarnya bilik awak ni...” kata Fira dengan kagum.
“Dah-dah, jangan banyak cakap. Pergi bersihkan diri sana...” arah Fikri
Fira hanya tersenyum, lantas mengambil apa yang patut dan dia terus melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.
Sesudah membersihkan diri dan solat, Fira duduk di satu sudut di mana begnya diletakkan. Hajatnya untuk mengemaskan segala pakaian yang dibawanya. Fikri pula sudah berada di atas katil.
“ Errr... Saya nak tidur mana malam ni? “ tanya Fira
“Tidur dalam bilik ni lah, nak tidur mana lagi...” jawab Fikri bersahaja.
“Bilik awak ni besar, boleh tak kalau tambah katil lagi satu?” cadang Fira
Fikri tergelak dengan cadangan Fira yang dirasakan agak tidak masuk akal itu.
“Awak ingat ni asrama ke? Nak letak katil banyak-banyak. Katil saya ni dah cukup besar untuk kita berdua ok...” balas Fikri kembali dengan tawa yang masih bersisa
“Tapi sorrylah, saya tak rasa nak share katil ni dengan awak...” tambah Fikri lagi.
“Habis tu, saya nak tidur kat mana...” tanya Fira.
“Tidurlah kat mana-mana yang awak suka. Kat lantai ke, kat sofa ke. What everlah...” balas Fikri sambil membaringkan diri untuk tidur.
Fira pula meneruskan mengemas pakaian-pakaiannya. Tanpa diduga, Fira terlelap disitu sambil beralaskan beg pakaiannya.
Fikri terjaga dari tidur apabila dia merasakan suasana di biliknya masih terang lagi. Dia mencari kelibat isterinya. Dia tersenyum saat terpandang sesusuk tubuh yang sedang tidur di balik almari pakaian dengan beralaskan beg pakaian.
“Comel juga dia ni...” kata Fikri di dalam hati
Sempat juga Fikri mengambil gambar Fira sedang tidur, Sebelum dia mengangkatnya dan meletakkan ke atas katil. Fikri membiarkan Fira tidur di atas katil miliknya, manakala dia pula tidur di atas sofa panjang yang terdapat di dalam bilik itu.
................................................
Fira tersedar ketika azan subuh berkumandang.. Dia terkejut apabila melihat dirinya berada di atas katil dan Fikri tiada di situ. Dia terdengar bunyi percikan air di dalam bilik mandi. Dia pasti Fikri berada di dalamnya. Dia melihat-lihat keadaan dirinya. Bermacam-macam andaian berada di mindanya.
“Hah apa dok termenung lagi tu. Pergi bangun, solat...” arah Fikri
“Err...awak tak buat apa-apa kan kat saya malam tadi?” tanya Fira meminta kepastian.
“Buat apa? Kenapa? Nak ke? Kalau nak, lepas subuh saya boleh bagi...” balas Fikri sambil tersenyum nakal
Fira terus bangun menuju ke bilik air dan terus bersiap-siap untuk solat subuh.
Selepas solat, Fira terus memboloskan dirinya ke tingkat bawah. Dia takut kalau-kalau Fikri akan melakukan apa yang dikatakannya itu. Sesungguhnya dia belum bersedia.

BAB  10
Sudah seminggu Fira menjadi isteri kepada Fikri. Dia melaksanakan tanggungjawab di rumah dan di pejabat dengan sebaiknya. Datin Maria yang tidak tahu duduk perkara sebenar merasa curiga dengan tingkah laku anak dan menantunya itu.
“Fira, ibu peliklah dengan kamu ni. Kenapa tak pergi dan balik kerja saing-saing dengan Fik? Pagi kamu akan keluar dulu dan balik pula lebih lewat dari Fik. Ada apa-apa yang kamu rahsiakan daripada ibu ke?” tanya Datin Maria meminta kepastian.
“Errrr, tak ada apa-apa lah ibu...” jawab Fira tergagap-gagap
Datin Maria tidak berpuas hati dengan jawapan menantunya itu. Lalu, tanpa pengetahuan mereka berdua, Datin Maria telah menyelidiki sendiri apa yang terjadi. Setelah berhari-hari Datin Maria selidiki, dia telah menemui sesuatu. Dia pasti itulah puncanya.
................................
Satu malam, selesai memunaikan solat, Fikri mencari-cari salinan syarat-syarat yang telah dikenakan terhadap isterinya itu sewaktu baru menjadi setiausahanya dahulu.
“Fira, awak ada nampak tak salinan syarat-syarat kita dalam laci ni...?” tanya Fikri sambil menyelongkar laci kabinet di sebelah katilnya.
Fira yang sedang melipat pakaian menoleh ke arah Fikri dengan muka yang penuh tanda tanya.
“Salinan syarat kita? Dalam bentuk apa? Disket ke? Kertas ke? Gambar ke?” seloroh Fira.
“Aduhai, dalam bentuk gambar sayang oiii....” balas Fikri mengenakan isterinya.
“Hah...?? Dalam bentuk gambar? Ada gambar kita ke? Cop..cop... Awak panggil apa tadi?” tanya Fira yang seakan-akan blur.
“Tak ada panggil apa-apa pun,  awak yang perasan kot. Aish! Lurus sungguhlah...” kata Fikri bersahaja
“ Apa awak kata...???” tanya Fira geram.
“Tak ada apa-apa, saya kata salinan syarat kita tu. Salinan kertas yang ada tanda tangan awak dan saya...” jelas Fikri
“Owh, awak tak ada simpan dalam pendrive ke? PC ke?” tanya Fira lagi
“Tak ada. Kan saya tulis tangan aja... Fotostat pun saya tak sempat...” jawab Fikri
“Nak buat apa dengan salinan syarat-syarat tu..” tanya fira meminta kepastian
“ Nak tokok tambah syarat....” jawab Fikri pendek.
Belum sempat Fira membalas semula, pintu bilik mereka diketuk dari luar.
Tok..tok...tok..
Fira lantas membuka pintu bilik, terjengul wajah Faiz di depan pintu bilik itu.
“Hah Faiz kenapa ni?” tanya Fikri
“Ibu suruh Abang Fik dengan Kak Fira turun bawah, ibu kata urgent...” jelas Faiz
Beberapa ketika kemudian mereka menuju ke ruang tamu untuk bertemu Datin Maria. Fikri terkejut melihat salinan syarat yang dibuatnya sebelum ini berada di atas meja.
‘‘Hah Fik, Fira... Duduk! Ibu ada benda nak cakap...” arah Datin Maria
Fira yang tidak tahu apa-apa hanya menurut.
“ Err.. ibu nak cakap pasal apa ni?” tanya Fikri tergagap-gagap
“Pasal benda ni. Kamu tahu kan apa benda ni Fik?” tanya Datin Maria sambil menunjukkan kertas di tangannya.
Fira hanya duduk diam tanda tidak mengerti. Fikri pula sudah menggelabah tidak ketahuan.
“Err... ” jawab Fikri tergagap-gagp
“Sudah! Ibu tak nak tahu apa-apa. Yang ibu tahu, lepas ni tak ada lagi syarat apa-apa antara kamu berdua. Dan kamu Fik, kalau ibu tahu kamu cuba buli Fira lagi, tahulah kamu...” tegas Datin Maria sambil mengoyakkan kertas tersebut
Fira yang masih blur hanya mengangguk tanda faham. Begitu juga dengan Fikri, mahu tidak mahu dia terpaksa akur dengan kehendak ibunya.
..................................................................................................................................................
Di dalam bilik mereka.
“Sukalah awak, syarat antara kita dah terbatal...” bentak Fikri geram.
“Tak faham betul saya. Siapa anak ibu yang sebenarnya ni? Huh! Ibu sayang awak lebih dari saya nampaknya...” protes Fikri tidak berpuas hati.
“Errr... “ hanya itu yang mampu Fira ucap. Dalam hati dia gembira atas apa yang ibu mertuanya lakukan.
Fikri masih lagi meluahkan perasaan tidak puas hatinya. Fira pula hanya menjadi pendengar setia. Ketika Fikri ingin bersiap-siap untuk tidur, tanpa diduga Fira telah mengajaknya tidur bersama di atas katil itu.
“Awak..... Awak tak sakit badan ke tidur atas sofa tu?” tanya Fira lembut, seakan-akan cuba menggoda.
“Dah 2 minggu saya tidur sini, baru nak tanya ke?” balas Fikri.
“ Err, awak tak nak tidur kat katil awak ni ke?” tanya Fira lagi.
“Habis kalau saya tidur situ, awak nak tidur atas sofa ni  ke?” tanya Fikri kembali.
“Err...” Fira cuba merangka ayat yang sesuai.
“Tak apalah, kita tidur sama-sama...” jawab Fira dengan wajah yang malu-malu kucing.
Fikri tersentak mendengar jawapan Fira itu.
“Boleh kan?” tanya Fira kembali dengan malu-malu. Di dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa hebatnya degupan jantung Fira ketika menawarkan ajakan itu kepada Fikri.
“Kalau jadi apa-apa nanti macam mana? “ duga Fikri sambil tersenyum nakal kepada Fira.
“Macam mana apa?” tanya Fira tidak mengerti
‘‘Ermm, tak ada apa-apalah. Sudahlah, tidur aja.” arah Fikri lantas membaringkan diri di sofa.
Belum sempat Fikri melelapkan mata, Fira sekali lagi memanggilnya.
“Awak....” panggil Fira lembut.
“ Emmm...” sahut Fikri malas.
“Awak tidurlah kat katil ni. Kesian awak, nanti badan sakit-sakit..” ajak Fira dengan suara yang manja.
Fikri hanya senyap, tidak mengendahkan Fira. Fira masih lagi memujuk Fikri. Akhirnya Fikri merasa bosan dan dia mengalah.
“Dah, tepi sikit...” arah Fikri sambil membaringkan diri di sebelah Fira.
Fira tersenyum senang hati. Di dalam hatinya penuh debaran
“Awak jangan ingat saya dah kalah dengan pujuk rayu awak. Saya bosan dengar awak tak berhenti-henti bercakap...” tambah Fikri lagi.
Baru sahaja Fikri ingin melelapkan mata. Fira memanggilnya lagi.
“Awak.....” panggil Fira.
“ Apa lagi ni!!! Apa lagi yang tak puas hatinya  ni?” Fikri mula berang dengan karenah Fira.
Lantas dia duduk di katil itu. Fira juga ikut duduk.
“Awak nak apa lagi ni?” tanya Fikri dengan nada yang geram.
“Err.... Macam mana kalau jadi apa-apa nanti?” tanya Fira tergagap-gagap.
Fikri tidak terus menjawab pertanyaan itu. Dia terus mengambil bantal peluk dan meletakkannya di tengah-tengah antara mereka.
“Kalau bantal ni beralih ke tempat awak, maknanya awak yang ambil kesempatan. Kalau kat tempat saya, maknanya saya yang ambil kesempatan.” jelas Fikri.
“Dah jangan kacau saya lagi, saya nak tidur... Siap awak kalau bangunkan saya sekali lagi!” ugut Fikri lantas membaringkan tubuhnya kembali.
Fikri tidur membelakangi Fira, manakala Fira mengadap Fikri dengan senyuman bermakna.
Buat Kali pertama mereka tidur sekatil selepas bergelar suami isteri.
.............................................................................
Fikri tersedar dari tidur apabila mendengar bunyi deruan air di bilik mandi. Lantas dia mengerling ke tubuhnya, cuba mngingati apa yang berlaku. Seingatnya tiada apa yang berlaku. Lantas dia mengerling jam di meja , sudah menunjukkan 6.45 pagi. Waktu subuh hampir habis. Lantas dia bergegas menuju ke bilik air di tingkat bawah.
Ketika dia masuk semula ke bilik untuk bersolat dan bersiap-siap ke pejabat, dilihatnya Fira sudah siap dan ingin keluar dari bilik itu. Dia tidak mengendahkan Fira, lantas melaksanakan apa yang harus dilaksanakannya.
Setelah selesai semuanya, Fikri turun ke bawah untuk bersarapan pagi. Tetapi dilihatnya kelibat Fira tiada di situ.
Ketika Fikri bersarapan, Datin Maria bertanya kepadanya.
“Kamu masih guna pakai lagi syarat-syarat kamu tu ke Fik?” tanya Datin Maria serius.
“Syarat? Bukan ibu dah koyakkan ke semalam. So, mana ada syarat lagi...” balas Fikri
“Dah tu, kenapa pagi-pagi lagi Fira dah keluar? Sepatutnya mulai hari ini, dia tak perlu lagi keluar awal macam selalu...” tanya Datin Maria meminta kepastian.
“Ermm... Patutlah tak ada, dia lupa agaknya tu bu... Tak apalah, nanti kat office Fik ingatkan dia...” balas Fikri kembali.
.....................................
Setibanya di pejabat, Fira telah menunggu Fikri seperti biasa di hadapan pintu masuk dan membawa briefcase Fikri menuju ke biliknya.
‘Emm, sah dia ni lupa...’ gumam Fikri di dalam hatinya.
Ketika Fira ingin keluar dari bilik itu, Fikri telah menahannya.
“Fira, nanti kejap!”
“Yups....Kenapa En. Fikri?” tanya Fira.
“Awak dah lupa sesuatu ke?” tanya Fikri mencari kepastian.
“Lupa apa?” tanya Fira tidak mengerti.
“Syarat antara kita? Kan dah terbatal tadi malam. Ibu dah koyakkan lagipun...” jelas Fikri.
“Err... Ye ke? Alahai, saya terlupa lah awak. Dah terbiasa...” balas Fira bersahaja sambil tersengih.
Hilang terus panggilan ‘En.Fikri’ yang digunakan kepada suaminya itu selama ini ketika di pejabat.
“ Erm, lepas ni jangan lupa. Nanti ibu marah saya...” balas Fikri kembali.
Mulai hari itu, Fira menjalankan tugasnya seperti biasa. Tiada lagi syarat-syarat di antara mereka. Tetapi dalam masa yang sama, Fira masih lagi melaksanakan tugas-tugas dan arahan yang dirasakan wajar seperti  yang terdapat di dalam syarat tersebut.