Blogger Layouts

Thursday 19 January 2012

♥ JATUH CINTA!! 9 ♥



BAB 9
Hari ini merupakan hari pendaftaran Raja Shameera di UiTM, Cawangan Bandaraya Melaka. Raja Shameera telah ditemani oleh kedua-dua orang abangnya. Sepanjang minggu orientasi, Raja Shameera akan tinggal di kolej kediaman, UiTM tersebut.
“Adik, orientasi elok-elok tau..!! Cari kawan yang elok-elok, kalau ada budak-budak nakal kacau, bagitahu Along dengan Angah...!” pesan Raja Salman sebelum meninggalkan Raja Shameera.
“Along ni... Adik dah besar lah..! Pandailah adik jaga diri... Jangan risau okey..?! Mia kan ada dengan adik ni...” balas Raja Shameera sambil memeluk bahu Damia Tan. Ummi dan Walid Damia Tan, sudah pulang terlebih dahulu.
“Mia, tolong tengokkan Sham ni eak... Kalau dia buat hal, tolong tegur. Ni mulut dia ni bukannya ada insurans, kadang-kadang cakap main lepas aja...!” pesan Raja Salman sambil mencubit perlahan bibir Raja Shameera.
“Ish, Along ni...! Tebal bibir adik karang Along cubit-cubit...” balas Raja Shameera sambil memukul tangan Abangnya itu.
“Dahlah... Along dengan Angah nak balik dulu.. Nanti lepas orientasi, kita orang datang jemput adik okey...!” beritahu Raja Salman. Raja Shameera bersalaman dengan kedua-dua abangnya sebelum mereka berdua pulang.
Selepas Raja Salman dan Raja Syazwan pulang, barulah Raja Shameera dan Damia Tan masuk ke dewan untuk memulakan sesi orientasi pada petang itu.
..............................
Semua pelajar yang baru mendaftar akan terlibat dengan orientasi selama seminggu. Untuk hari pertama, mereka semua akan berkumpul di dewan. Tetapi bagi memudahkan pengawasan dan aktiviti dijalankan, mereka telah diasingkan mengikut course masing-masing. Setiap course akan dijaga oleh 3 orang fasilitator yang juga merupakan senior mereka dalam course tersebut. Kemudian mereka telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.
“Okey..!! Assalamualaikum semua...! saya Azam Mukhlis bin Hj. Tahrain. Boleh panggil Azam atau Abang Azam... Saya merupakan ketua fasi untuk group ni... Yang ini Muhaiza, dan ini pula Fayyad.. Mereka berdua adalah pembantu saya dan juga fasi untuk group ni...” Azam Mukhlis memperkenalkan dirinya dan dua orang lagi rakannya kepada semua pelajar baru yang berada di bawah pengawasannya.
Azam Mukhlis bin Hj. Tahrain. Pelajar senior tahun dua dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran). Merupakan salah seorang pelajar lelaki yang terkenal di Fakulti Pengurusan Perniagaan. Sering menjadi perhatian perempuan-perempuan cantik di situ. Tidak kira di dalam fakulti yang sama ataupun fakulti lain. Tetapi bagi pelajar baru, mereka masih belum mengenali siapa sebenarnya Azam Mukhlis.
“Okey, sekarang kita akan bahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.. Kamu semua ada 48 orang. Bahagikan kepada 8 kumpulan, satu kumpulan 6 orang.. Okey, gerak sekarang..!” arah Azam Mukhlis kepada semua.
Raja Shameera sudah pastinya akan berkumpulan dengan Damia Tan. Mereka berdua mana boleh berenggang.
“Tak ada orang nak kumpulan dengan kita ke Sham...? Ni baru berempat..!” Tanya Damia Tan. Sambil-sambil itu, mereka masih lagi mencari-cari ahli kumpulan untuk mencukupkan korum.
“Kejap eah...! Aku nak pergi dekat budak perempuan tu kejap...” beritahu Raja Shameera sambil menunjuk ke arah seorang budak perempuan kepada Damia Tan. Raja Shameera pergi mendapatkan budak perempuan yang berkaca mata. Budak perempuan itu lurus dan pendiam. Dia seperti tercari-cari kumpulan yang masih belum cukup ahlinya.
“Hai..! Dah ada kumpulan belum..?” tanya Raja Shameera kepada budak perempuan tersebut. Budak perempuan itu hanya menggelengkan kepala.
“Kalau macam tu, jomlah joint kumpulan aku... Kita orang tak cukup orang lagi ni... Aku Sham...!” Ucap Raja Shameera sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan budak perempuan itu.
“Fazliyani... panggil Yani aja..” balas budak perempuan yang bernama Fazliyani itu.
Fazliyani mengikut Raja Shameera kembali ke kumpulannya.
“Dah ada lima orang dah ni... Tinggal sorang je lagi..” beritahu Raja Shameera kepada ahli kumpulannya yang lain.
“Korang tengoklah, kumpulan kita semua perempuan.. Tak ada lelaki ..!” ucap Damia Tan
“Budak-budak lelaki tu semua dah pergi kumpulan lain.. Kumpulan awek-awek cun... Kita ni siapalah nak pandang..!” balas Raja Shameera pula.
Tiba-tiba mereka didatangi oleh seorang budak lelaki. Berkaca mata juga seperti Fazliyani. Nampak macam budak ‘nerd’ tapi muka boleh tahan handsome juga.
“Hai...! Saya Rayyan Mikael... Korang dah cukup ke...?” Rayyan Mikael memperkenalkan dirinya sekali gus bertanyakan tentang ahli kumpulan mereka.
“Tak payah nak saya-saya lah.. Skema sangat...!” balas Raja Shameera selamba.
“Ish kau ni...! Cuba lembut-lembut sikit cakap tu...” tegur Damia Tan.
“Err.. Rayyan Mikael eak..? Kumpulan kami tak cukup orang lagi, tinggal sorang je lagi.. kenapa ye..?” tanya Damia Tan pula.
“Kalau macam tu, saya joint kumpulan korang lah... Boleh..?” Rayyan Mikael menawarkan dirinya untuk sekumpulan dengan Raja Shameera dan rakan-rakannya.
“Okey..! Duduklah...”arah Raja Shameera sedikit lembut berbanding tadi.
“Kita tak payah formal sangat eah... Aku Sham, Mia, Yani, Dahlia dan yang ni Fatiha... Erm, kau aku panggil Mika aja boleh...?” Raja Shameera memperkenalkan semua rakan-rakan sekumpulannya kepada Rayyan Mikael.
Mereka semua mengangkat tangan dan tersenyum kepada Rayyan Mikael. Begitu juga dengan Rayyan Mikael. Dia kemudiannya  tersenyum kepada Raja Shameera.  Raja Shameera turut membalas senyuman itu. Jelas lesung pipit di kedua belah pipinya.
‘cutenya dia..!’ desis hati kecil Rayyan Mikael. Dia seperti terpukau melihat senyuman Raja Shameera itu.
“Okey! Semua dah ada kumpulan masing-masing kan..? Sekarang saya nak korang lantik sorang ketua kumpulan dalam kumpulan masing-masing. Kemudian, ambil kertas mahjung ni. Tuliskan nama kumpulan, ahli, logo kumpulan, apa makna logo tersebut dan juga motto kumpulan. Korang ada masa lebih kurang 15 minit sahaja. Nanti dah siap, setiap kumpulan kena bentang kat depan..” suara Azam Mukhlis yang memberi arahan dihapan memecahkan lamunan Rayyan Mikael.
“Hah, kau jadi ketua...!” Raja Shameera mencadangkan Rayyan Mikael sebagai ketua kumpulan mereka.
“Apasal saya pula..! Eh..! Apasal aku pula...?!” balas Rayyan Mikael tergagap-gagap. Dia tersasul-sasul membahasakan dirinya.
“Dah kau aje sorang lelaki dalam kumpulan ni...” balas Raja Shameera pula.
“Haahlah Mika..! Kaulah jadi ketua kumpulan, takkan nak suruh kita orang pula...!” tokok Damia Tan pula.
“Tak naklah...! Aku guguplah... Aku tak biasa..!” balas Rayyan Mikael. Dia seboleh-bolehnya mahu mengelak dari menjadi ketua kumpulan.
“Korang ada lebih kurang 12 minit lagi okey..! Siapa yang dah lantik ketua, dah boleh mula buat apa yang patut..!” Azam Mukhlis mengingatkan mereka semua masa yang tinggal.
“Cepatlah lantik ketua..! Nanti tak cukup masa pula nak buat apa yang dia minta...” Dahlia pula bersuara setelah senyap sedari tadi.
“Kau ajelah Sham yang jadi ketua, kau open sikit... nak tunggu Mika, entah bila kita nak mula...” cadang Fatiha pula. Selamba sahaja dia berkata. Fatiha bila berbicara boleh tahan juga mulutnya, seperti Raja Shameera. Cuma Raja Shameera berperwatakan seperti lelaki sedikit.
“Betul cakap Fatiha tu... Yani pun setuju...” balas Fazliyani pula tanda menyokong kata-kata Fatiha. Yang lain turut mengangguk tanda setuju. Termasuk Rayyan Mikael.
“Yelah-yelah...” jawab Raja Shameera malas. Dia menjeling Rayyan Mikael yang tersengih kepadanya.
Setelah melantik ketua kumpulan, Raja Shameera dan ahli kumpulannya segera mendraf logo, mereka  nama kumpulan, motto dan makna pada logo. Kemudian mereka melorek dan menulisnya di atas kertas mahjung yang telah disediakan.
“Okey..! Masa dah tamat..! Kumpulan siapa yang nak buat pembentangan dulu..?” Tanya Azam Mukhlis kepada semua kumpulan.
Raja Shameera dengan penuh berani dan semangat terus mengangkat tangan.
“Kumpulan kami akan bentang dulu..!” ucap Raja Shameera sambil tersenyum.
“Ya, silakan...!” Azam Mukhlis mempersilakan Raja Shameera dan rakan sekumpulan dengannya ke hadapan.
Raja Shameera bersama lima lagi ahli kumpulannya yang lain terus mara ke hadapan. Kemudian dia memperkenalkan nama kumpulan yang telah dipilih oleh dia dan ahli kumpulannya yang lain. Selepas itu, dia memperkenalkan dirinya dan semua ahli kumpulannya. Raja Shameera dan rakan sekumpulannya  telah bergilir-gilir untuk membentangkan maklumat yang terdapat pada kertas mahjong.
“Ada mana-mana kumpulan yang nak tanya soalan pada kumpulan Sham..?” Azam Mukhlis menawarkan sebarang pertanyaan dari kumpulan lain kepada kumpulan Raja Shameera.
“Semua tak ada soalan ya..?” Tanya Azam Mukhlis sekali lagi, apabila dilihat tiada siapa pun yang mengajukan soalan kepada kumpulan Raja Shameera.
“Kalau macam tu, saya ada soalan untuk awak...!”
“Sham ni perempuan kan..?” tanya Azam Mukhlis kepada Raja Shameera.
Raja Shameera sedikit tercengang mendengar soalan yang tidak disangka-sangka itu.
‘Apa punya soalanlah..! Tak ada kena mengena langsung..!’ gumam Raja Shameera di dalam hati.
“Kenapa..? Kau tengok muka aku ni macam jantan ke..? Apa muka aku yang comel ni tak cukup ke nak bagitahu kan yang aku ni perempuan..?” balas Raja Shameera selamba sambil tersenyum sinis. Dia terus kembali semula ke tempat duduknya tanpa menghiraukan Azam Mukhlis. Azam Mukhlis terpinga-pinga seketika mendengar jawapan Raja Shameera . Pelajar lain sudah ketawa-ketawa.
“Emm..! okey, kumpulan seterusnya..! “ Azam Mukhlis terus memanggil kumpulan seterusnya untuk pembentangan.
Ketika kumpulan lain sibuk membuat pembentangan di hadapan. Raja Shameera sibuk berceloteh di belakang.
“Sengal betullah mamat tu..! Banyak-banyak soalan, boleh pula itu yang ditanyanya...!” Raja Shameera meluahkan rasa tidak puas hatinya.
“Kau ni Sham, cuba cool sikit... Janganlah cepat sangat naik hangin...” Damia Tan cuba menenangkan Raja Shameera.
“Saya rasa... Errr, aku rasa kau patut pakai ala-ala gigirl sikit kot Sham... Barulah orang tahu yang kau tu perempuan tulen...!”Tiba-tiba sahaja Rayyan Mikael mencelah. Fazliyani yang hanya diam sahaja, turut mengangguk tanda dia bersetuju dengan kata-kata Rayyan Mikael. Fatiha dan  Dahlia, sedikit pun tidak ambil port dengan perbualan mereka berempat. Raja Shameera hanya menjeling sahaja Rayyan Mikael dengan ekor matanya.
Setelah lebih kurang 2 jam mereka membuat sesi suai kenal, mereka dibenarkan untuk kembali ke bilik masing-masing. Malam itu, mereka ada aktiviti lain pula.
Dahlia dan Fatiha sudah beredar terlebih dahulu. Hanya tingga; mereka berempat sahaja.
“Aku nak balik hostel saing korang boleh..?” Tanya Rayyan Mikael. Dia sudah membiasakan dirinya dengan ganti nama ‘aku kau’.
“Suka hati kau lah Mika, tapi kau jangan follow kita orang sampai bilik sudahlah.... hahahaa” seloroh Raja Shameera.
“Hah kau Yani, bilik kau sebaris dengan bilik kita orang kan..?” tanya Damia Tan pula kepada Fazliyani. Fazliyani hanya mengangguk dan tersenyum sahaja.
Fazliyani ni memang kurang brcakap sikit. Yang dia tahu hanya geleng, angguk dan senyum sahaja.
Mereka jalan bersama sehingga tiba di bangunan hostel perempuan. Kemudian mereka berpisah dengan Rayyan Mikael.
“Hostel kita orang dah sampai.. Kita orang naik dulu okey..! Malam karang kita jumpa balik..” Raja Shameera mewakili Damia Tan dan Fazliyani, meminta diri dari Rayyan Mikael. Dia melambaikan tangan kepada Rayyan Mikael sebelum meninggalkan lelaki itu.
                                              by : achiem~

4 comments:

Aliesha Kirana said...

chewah! dtg dah second n third hero. kekee. suka mika huhuh

Eppy Safri said...

Aritu dh bc, tp luper tinggalkan komen...
Hihihii xsabo nk tau next sbb byk tul hero ni...

Anonymous said...

rayyan mikael yea achiem....hahaha...cpt ler smbug lagi...

achiem~ said...

awak ni mesti patila kan..hahahaa sabauler, tengah nk mentaip ni...klu rajin sy antau ini hari ye patila..kih3