Blogger Layouts

Thursday, 28 July 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 21)

BAB 21

“weyh..apa kau buat lama-lama dalam bilik en. Fikri tu..?” tanya Sheqa ketika terlihat kelibat Fira
“buat apa lagi... macam selalulah...” balas Fira bersahaja
‘hah..ye lah tu.. muka monyok aja ni... kena marah ke...?” duga Sheqa
“ Emm...” jawab Fira pendek
“ish kau ni... kejap-kejap... aku rasa kau nampak lainlah hari ni..” balas Sheqa sambil matanya melilau-lilau melihat penampilan Fira pada hari itu.
“ apa yang lainnya...” tanya Fira kembali
“ kau nampak cantik dan bergaya hari ni,,,” puji Sheqa
“erk...?? lain sikit aja kot.. lagipun dah seminggu aku ubah..takkan baru perasan kot...” bals Fira sambil tersenyum
“perasan...tapi hari ni lagi cantik..lagi seksi...hahhaa” balas Sheqa sambil ketawa
“hari ni aja ke..? sebelum ni aku tak cantik ke..?” seloroh Fira
“cantik...kau tu dah memang cantik dari dulu..” bals Sheqa ikhlas
Sedang mereka asyik berbual, tiba-tiba mereka didatangi seseorang
“ hai Fira...u look beautiful today...” puji En. Hisyam, Pegawai Pemasaran mereka
Fira hanya ersenyum
“Eh...E. Hisyam, tak pernahnya tegur Fira, tiba-tiba aja hari ni.. mentang-mentanglah Fira cun hari ni..” tegur Sheqa selamba
‘’emm..tak adalah...pandaipandai saja awak ni Sheqa..” jawab en.hisyam
“emm..saya nak ajak keluar makan makan tengahari ni..sudi tak...?” pelawa en.hisyam kepada Fira
“err... ermmmm..”  Fira tergagap-gagap. Dia menoleh kea rah Sheqa meminta bantuan
“boleh..tapi dengan syarat...kena bawa saya sekali...sebab... Fira ni  , dia tak biasa keluar berdua dengan lelaki...’ jawab Sheqa mewakili Fira
Fira hanya tersenyum dan mengangguk tanda setuju dengan jawapan yang diberikan oleh Sheqa tadi.
En. Hisyam kelihatan seperti berat hati dengan tawaran itu.
“macam mana en. Hisyam....?” tanya sheqa lagi
“ emm.. baiklah..saya setuju.. tengahari ni kita keluar... nanti saya ajak zul sekali..baru cukup korum...” jawab en. Hisyam sambil ketawa kecil
Fira dan Sheqa hanya mengangguk tanda setuju.
......................................................
Tengahari itu, fira keluar bersama sheqa, en.Hisyam dan Zul. Seperti kebiasaanya Fira akan memaklumkan kepada Fikri terlebih dahulu sebelum dia kelaur. Tetapi kerana geram dengan Fikri, dia pergi begitu sahaja. Bukan sahaja kerana ditinggalkan pagi tadi tetapi juga kerana kemesraan Fikri dan Ely. Sakit hatinya bila mengenangkan.
........................................................
Fikri keluar dari biliknya dan dilihat Fira tiada di tempatnya. Dia mengerling jam di pergelangannya, sudah masuk waktu rehat. Pasti Fira sedang berehat. Tetapi kenapa dia tidak memaklumkannya terlebih dahulu seperti hari-hari kebiasaannya. Tak kan seminggu Fikri tiada di pejabat, Fira sudah lupa kebiasaanya. Tanpa berlengah, Fikri terus menelefon Fira untuk mendapatkan kepastian.
“hello..awak kat mana tu...?” tanya Fikri setelah panggilannya dijawab
“ kat mana-mana ajalah... yang aawk nak tahu kenapa...?” jawab Fira selamba
“ saya tanya ni....” jawab betul-betul boleh tak..?” tegas Fikri
Kecut perut Fira mendengar suara Fikri yang tegas itu.
“Emm...saya keluar makan dengan Sheqa, en. Hisyam & Zul...” FIra kahirnya memberitahu perkara sebenar
“En. Hisyam..?” tanya Fikri ingi kepastian
“Yups..en. Hisyam..kenapa...?jeles ea..?” duga Fira
“tak kuasa saya.. ni sejak bila dah tak reti nak maklum saya dulu ni...?” tanya Fikri lagi
“ ye ke...? maklum..? tak perlu kot... okeylah awak, dia orang dah tunggu..saya letak dulu ye.. selamat bersuka ria dengan Ely ye...” ucap Fira sinis seraya menamatkan perbualan mereka.
Fikri terkejut apabila Fira tiba-tiba menamatkan paerbualan mereka. Geram sungguh dengan tindakan Fira itu.
‘takkanlah sebab aku tinggalkan dia pagi tadi, dan sebab kejadian kat bilik aku pagi tadi, Fira jadi macam tu. Ini tak boleh jadi...tahulah macam mana nanti..’
Fikri bermonolog sendiri.

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 20)

BAB 20

Pagi itu, FIra terlewat sedikit. Kerana itu, Fikri telah meninggalkannya untuk ke tempat kerja. Geram hati fira, sikit pun fikri tidak mahu menungunya. Fira sampai di pejabat lewat 15 minit berbanding selalu.
“Fira.. kau baru sampai ke...?” tanya Sheqa seraya nampak kelibat Fira
“ haah....lemapa../ bos aku cari ke..? “ tanya Fira
“haah... dah berapa kali dia tanya kau tadi...” beritahu sheqa
‘‘tak apalah... aku amsuk bilik dia dulu ya...” pinta Fira sambil berlalu ke bilik Fikri
Tok..tok...
”masuk...” arah Fikri
FIra melangkah masuk ke bilik Fikri dengan wajah bersahaja.
Belum sempat Fikri bertanya, Fira sudah terlebih dahulu member jawapan.
“sorry lah bos.. saya kena tinggal tadi...saya bukan sengaja nak lambat..kalau tak saya dah sampai awal sama dengan bos tadi.. tapi sebab kena tinggal, terpaksalah saya naik teksi..teksi pun tak banyak pula hari ni..jenuh juga saya nak tunggu teksi...” terang Fira bertubi-tubi. Belum sempat Fira menyambung , Fikri sudah memotong terlebih dahulu.
“sudah..sudah... banyak betul alsan awak...kira awak nak salahkan saya lah ni, sebab tinggalkan awak tadi...” tanya Fikri sambil matanya memandang Fira dari atas ke bawah
“ye lah...tak kan salah saya pula..” jawab Fira selamba
“kenapa awak pandang saya macam tu...? saya tahulah saya cantik hari ni...” balas Fira selamba sambil tersenyum menggoda
“emm..perasan...” balas Fikri pendek
“apa awak kata...?” tanya Fira kembali
“tak ada apa-apa... oowh..pasal nak bersiap macam divalah yang awak lambat tadi..” tanya Fikri pula
Fira hanya tersenyum
“ lambat tetap lambat..jangan nak salahkan saya atas kelambatan awak tu.. balik nanti balik sendiri...” balas Fikri serius
“tapi..........” belum sempat Fira meneruskan kata-katanya. Ely sudahpun menerobos masuk ke dalam bilik Fikri’
Fikri dan Fira tergamam seketika dengan kemunculan Ely yang tiba-tiba itu.
“ups...sorry..tak tahu pula ada orang lain dalam bilik u...” beritahu Ely
“ its ok... Fira, awak boleh keluar sekarang..” arah Fikri
Fira hanya mengangguk tanda faham. Berbeku hatinya dengan sikap Fikri itu.sebelum dia melangkah keluar, sempat Ely menegurnya.
“ Fira...? Fira ke...? wah.. bergaya sakan u ye semenjak Fikri balik ni....” ucap Ely dengan nada yang sinis
“ u nak goda Fikri ye Fira...” tamabh Ely lagi
Fikri hanya berdiam diri sahaja. Fira pula terus melangkah keluar meninggalkan mereka berdua. Malaa dia ingin melayan wanita itu. Dalam hatinya, geram dengan sikap Fikri yang bersahaja itu. Ditambah pula Fikri menyalahkannya kerana lambat.

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 19)

BAB 19

Selesai solat isyak berjemaah, mereka berdua hanya duduk di bilik. Fikri seibuk membaca manakala Fira pula mengemaskan beg pakaian Fikri.
“suka-suka awak aja kata saya malas masak kan...” ucap Fira sambil tangannya ligat mengemas beg pakaian Fikri
“ tak betul ke..? sepanjang hampir 2 bulan kahwin ni, memang awak tak pernah masak pun...” balas Fikri bersahaja
“ awak tak pernah pun suruh saya masak....” balas Fira selamba
“memanglah tak pernah, sebab saya tahu awak tak pandai masak...” balas Fikri sambil menutup buku di tangannya
“huh..ok fine... nanti saya masak, jangan tak nak makan pula...suka-suka kata orang tak pandai masak... silap-silap dia yang makan tak cukup jari nanti...” balas Fira geram.
“buktikan...” balas Fikri sambil tersenyum sinis dan bersiap-siap untuk keluar.
“ awak nak ke mana pula ni...?” tanya Fira ingin tahu
“ nak keluar ... pergi dating....” balas Fikri selamba
“ Ermmm...” hanya itu yang keluar dari mulut Fira
...................................................
Fira sudah tidur ketika Fikri pulang. Lantas Fikri menukat pakaian dan membersihkan diri sebelum tidur
“Fira...Fira...” panggil Fikri
“Emmmm....Arggghhh!!!!..” Fira membuka mata dan dia terjerit kecil melihat Fikri
‘ish.. awak ni buat terperanjat orang ajalah..” marah Fira kepada Fikri
Fikri hanya ketawa melihat Fira begitu
“Apsal awak seksi sangat malam ni...awak nak goda saya ea,,,” duga Fikri
“hah...mana ada seksi...huh.. siapa yang nak goda awak tu...” balas Fira kembali
“ tu....” tunjuk Fikri kea rah pakaian Fira yang sudah tersingkap hingga ke pangkal peha.
‘‘ hah...alamak...” Fira terus bangun dan mencari seluar panjangnya di dalam almari
Fikri hanya tergelak melihat telatah isterinya itu.
Selama seminggu ketiadaan Fikri, Fira sudah terbiasa tidur dengan memakai baju tidurnya yang atas lutut tanpa memaki seluar panjang. Hari itu dia terlupa yang suaminya sudah pulang.
Sekembalinya Fira ke katil, Fikri sidah pun merebahkan dirinya di atas katil itu. Fira meletakkan bantal peluk di tengah-tengah seperti kebiasannya sebelum ini.
“awak... dah tidur ke..?” panggil Fira lembut
‘’emm.... “ jawab Fikri perlahan
“ Esok... boleh saing kan pergi kerja...?” tanya Fira lagi
“ Yer...mulai esok pergi kerja saing..tapi esok kena awal sikit..saya ada hal...” beritahu FIkri dengan mata yang masih terpejam.
“ok bos...” balas Fira dengan senyuman yang terukir di bibir. Riang hatinya, usaha untuk mendekati suaminya semakain berhasil.

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 18)

BAB 18

Sudah seminggu perkara itu berlaku, Fira juga sudah melupakannya. Selepas peristiwa itu juga, Fikri tiada di rumah kerana bertugas di luar kawasan semenanjung selama selama seminggu. Selama itu jugalah Fira tidak bersua muka dengan suaminya itu. Sms dan panggilan telefon juga tidak diterimanya.
Ketika Fira pulang dari kerja, Fikri sudah pun berada di rumah. Sedikit pun Fikri tidak menergurnya. Fira merasa sedih dengan perlakuan Fikri itu, lantas die terus melangkah naik ke bilik. Kenetulan ketika itu, Datin Maria, Datuk Faizal dan Faiz tiada di rumah. Kalau tidak pasti mereka sudah ditegur oleh Datin Maria.
Fira terkejut ketika melihat satu set barangan kemas  yang diperbuat daripada mutiara berada di atas katil mereka beserta sekeping kad yang tertulis “untuk isteriku yang ciwek”. Fira tersenyum sendiri menerima hadiah itu. Sedang dia membelek-belek set barangan kemas itu, Fikri masuk ke bilik tersebut.
“awak suka dengan hadiah tu...?” tanya Fikri.
Fira terkejut mendengar pertanyaan itu, lantas dia menoleh dan tersenyum kea rah Fikri.
“saya tak tahu nak beli apa... apa yang aawak suka...saya rasa benda tu cantik, jadi saya ambil aja lah...” jelas Fikri lagi
“Emm...saya suka..terima kasih awak...” balas Fira sambil menuju kea rah Fikri dan memeluknya.
Fikri terkejut dengan perlakuan Fira itu. Dalam tempoh lebih kurang 2 bulan mereka menjadi suami isteri, inilah kali pertama Fira memluknya. Fikri dapat merasakan jantungnya berdegup kencang. Fira yang seakan baru tersedar, terus melepaskan pelukannya itu.
“ Err... awak pergilah bersiap..kita makan kat luar kejap lagi...” arah Fikri kepada Fira . cuba menghilangkan debaran di dada.
Fira hanya mengangguk tanda patuh dengan arahan Fikri itu.
..............................................................
Selesai makan, mereka terus pulang ke rumah. Setiba di rumah, semua ahli keluarga mereka juga telah berada di rumah.
“ kamu berdua dari mana ni...?” tanya datuk faizal kepada anak menantunya itu.
“ kami keluar makan tadi... Fira ni, dia kata malas nak masak...” jawab Fikri seraya melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah papanya.
‘aish..bila masa pula aku malas masak..huh..’ Fira bermonolog sendiri sambil menjengilkan matanya kepada Fikri. Fikri pula hanya membuat muka selamba.
Datin maria yang baru turun, terus menyampuk.
“alah.... apa salahnya kamu bawa Fira makan luar..sekali sekala...lagipun kamu baru balik, tak salah ambil masa berdating dengan isteri sendiri..” balas datin maria menyebelahi menantunya. Fira hanya tersenyum
“ Err..Fira naik atas dulu ye.. belum solat isyak lagi ni...” Fira meminta izin untuk ke biliknya
“ Fik pun nak naik dulu...” beritahu Fikri sambil bangun dan terus menuju ke tingkat atas
..........................................................................
"abang rasakan, ada harapan tak kita nak dapat cucu awal...?” tanya datin maria kepada suaminya
“ish kamu ni..ke situ pula.. kenapa tiba-tiba tanya macam tu..?” soal datuk faizal kembali
“cuba abang tengok budak berdua tu, dah nampak semakin serasi rasanya..lepas saya ubah sikit penampilan Fira tu...” tambah datin maria
“awak ubah apa...? tak payah ubah pun taka pa.. dah memang cantik dah menantu kita tu, macam awak muda-muda dulu..”  balas datuk faizal
Datin maria hanya tersenyum mendengar kata-kata suaminya itu.

Wednesday, 27 July 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 17)


BAB 17

Ketika Fira pulang bersama Datin Maria. Fikri sudahpun berada di rumah.
Fira perlahan-lahan membuka pintu bilik mereka, dia berasa aman apabila melihat Fikri tiada di situ.
‘hah... baru nak balik ke..? ingatkan nak tidur terus kat sana...” sergah Fikri dengan sinis
Fira yang terkejut dengan sergahan itu, terus melepaskan segala beg plastic yang mengisi barang-barang yang dibelinya tadi.
“Errr...” jawab Fira tergagap-gagap..
“siapa yang bagi awak izin keluar shopping ni..?” tanya Fikri dengan kasar
“ Err... kan saya dah minta izin kat awak malam semalam...” jawab Fira takut-takut
“awak kata nak keluar dengan ibu..tak ada pula kata nak shopping...” tambah Fikri lagi
“ tapi.....”
Belum sempat Fira menjawab, Fikri sudah memotong terlebih dahulu
“tapi apa...?!!!” tanya Fikri kasar
Fira tersentak sekali lagi mendengar tengkingan Fikri. Dia sudah memandang lantai, air matanya sudah hamper menitis. Dia gagahkan juga dirinya untuk menjawab
“tapi... awak juga yang kata...suka hati saya nak buat apa..asalkan tak mengganggu dan tak menyusahkan awak...” jawab Fia tersedu-sedu. Sebak hatinya bila mengulangi balik ayat tersebut.
Fikri terpinga-pinga. Dia bermonolog sendiri.
‘ada ke aku cakap macam tu..’
“kalau awak marah sebab saya mengganggu awak sedang dating dengan Elytadi, saya minta maaf... saya tahu, saya ni tak ada maknanya pada awak....” tambah Fira lagi dengan sedu sedan yang sudah jelas kedengaran.
Fikri merasa kasihan dan bersalah melihat wajah cantik isterinya itu dibasahi dengan air mata.
“emmm..sudahla, kemas semua ni..kemudian lepas bersihkan diri..siapkan makan malam untuk saya...” arah Fikri dan terus berlalu pergi meninggalkan Fira di situ. Sedikit pun tidak meminta maaf pada Fira.
Sedih hati Fira bila diperlakukan sebegitu oleh suaminya. Sejak bergelar isteri kepada Fikri, tidak pernah Fira mengingkari dan bercakap kasar dengan Fikri. Setiap yang dilakukan Fikri terhadapnya disimpan sahaja dalam hati.

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 16)


BAB 16

Hujung minggu yang dinanti akhirnya tiba. Tanpa pengetahuan Fikri, Datin Maria sebenarnya membawa menantu kesayanganya itu ke spa dan membeli belah. Bermacam fesyen pakaian yang mereka beli, begitu juga kasut. Dari yang kasual, formal dan pakaian tidur.
Sedang mereka bersiar-siar di pusat membeli belah itu, Fira ternampak kelibat suaminya, Fikri dengan seorang wanita seksi. Dia cuba mengelak dari bertembung dengan Fikri tetapi tanpa diduga dia dan Datin Maria bertemu jua Fikri di sebuah kafe yang terdapat di situ. Datin maria lantas mendapatkan Fikri dan wanita itu.
“ Hai Fik... kamu buat apa kat sini..” tanya datin Maria sambil melirik ke arah wanita yang ada di sebelahnya.
“ Eh..ibu...” jawab Fikri yang agak terkejut dengan kehadiran ibunya itu. Lebih terkejut lagi apabila melihat perubahan pada isterinya.
“ ibu buat apa kat sini....?” tanya Fikri tergagap-gagap
“ buat apa lagi, nak makanlah... kamu buat apa kat sini...? ini siapa?” tanya Datin maria serius
“ Err... ini Ely bu... kawan Fik masa belajar dulu... sekarang dia kerja kat syarikat kita..” beritahu Fikri tergagap-gagap
“ oowh..ini ibu u ye Fik...? hai auntie..” tegur Ely cuba beramah mesra
“eh..u pon ada juga..?” tanya Ely apabila terpandangkan Fira
“U look different today...” tambah Ely lagi dengan sinis
Fira hanya tersenyum kelat. Tidak tahu ingin menjawab apa-apa. Hatinya gusar melihat pandangan tajam Fikri yang seakan ingin menelannya saat itu.
Datin Maria yang perasan akan situasi it uterus meminta diri untuk beredar.
“okeylah Fik..ibu pergi dulu..kesian pula Fira ni..” kata Datin Maria sinis.
Fikri hanya mengangguk dan tersenyum kelat. Di dalam hatinya memuji kecantikan isterinya itu dan dia akui yang dia cukup terpegun melihat perubahan pada isterinya itu.
..............................
“rapat betul ibu u dengan Fira tu kan.. ada apa-apa ke..?” tanya Ely memecahkan lamunan Fikri
“hah...? errrr...” jawab Fikri tergagap-gagap
“u ni kenapa..? dah angau ke?” tanya Ely geram
“ tak ada apa-apalah..apa u tanya tadi...?” tanya Fikri sekali lagi
“i tengok ibu u dengan p.a u tu rapat semacam..ada apa-apa ke? Kemainlagi hari ni dia ya...” balas Ely pula
“Emm... diaorang memang rapat.. Fira tu sebenarnya anak bestfriend papai...” jelas Fikri
“ oowh ye ke..? entah-entah ibu u nak jodohkan u all tak..?” tanya Ely ingin menduga
“ ish u ni..tak kanlah..” jawab Fikri
Hakikatnya memang mereka berdua telah dijodohkan.
“ kalau macam tu, bolehlah i jadi partner u..” balas Ely sambil meliuk manja tubuhnya ke Fikri
Fikri yang tidak selesa dengan perlakuannya itu segera mengajak Ely beredar dari situ.
“ jom kita pergi tempat lain..” ajak Fikri. Ely hanya menurut sahaja.

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 15)


BAB 15

Di bilik mereka, selepas makan malam.
Fira hanya mendiamkan diri tanpa menegur Fikri sepanjang Fikri pulang dari kerja petang tadi hingga pada waktu itu.
“ awak ni kenapa Fira..? senyap saja dari tadi...selalu asyik bercakap aja..” tanya Fikri memulakan bicara
Fira yang sedang membaca novel, menghadap seketika kepada Fikri sambil menjungkit bahu. Kemudian kembali semula menghadap novel di tangannya. Sikit pon tidak diendahkan Fikri.
Fikri merasa tidak puas hati. Lantas dia merampas novel yang berada di tangan Fira.
“ awak dengar tak saya tanya ni..? tanya Fikri geram
“ tanya apa..?” tanya Fira kembali dengan riak bersahaja
“ Errm... awak ni betullah..saya tanya awak ni kenapa senyap aja...” tanya Fikri sekali lagi. Kali ini dia cuba mengawal suaranya
“ emm... tak ada apa-apa.. mulut sakit tak boleh banyak cakap...” balas Fira bersahaja
“ betul ni...?” tanya Fikri lagi
Fira hanya mengangguk lantas mengambil semula novelnya dari tangan Fikri.
“ Kalau betul ..tak apalah..” jawab Fikri pendek
Di dalam hati Fira merasa sungguh kecil hati. Sikit pun Fikri tidak cuba memujuknya dan mencari tahu apa yang sebenarnya berlaku.
“ Errmmm... awak...” panggil Fira dengan lembut
“ Emm...” jawab Fikri sambil matanya leka menonton televisyen yang terdapat di dalam bilik itu.
“ ely tu siapa dengan awak sebenarnya...?” tanya Fira kepada Fikri
Fikri menoleh kea rah Fira sambil tersenyum sinis.
“oowh... saya tahu sekarang.. ni yang buat awak senyap sebenarnya kan..? hahahaa.. awak cemburu..?” Fikri berkata sambil ketawa
“ huh... tak ada masa saya nak cemburu dengan orang yang tak sayang saya....” dengus Fira
“ oowhh... ye ke..? dah tu..?” tanya fikri lagi dengan tawa yang masih bersisa
“ saya tak suka cara dia ... suka-suka hati saja kutuk orang... ingat dia cantik sangat ke... sudahlah pakai baju tak cukup kain..huh..” bals Fira melempiaskan rasa tidak puas hatinya.
“ hahahaa dah dia memang macam tu, nak macam mana..” balas Fikri kembali dengan bersahaja
Geram Fira dengan sikap Fikri yang seperti tidak mengendahkan luahannya itu. Bertambah geram bila Fikri terus merebahkan dirinya untuk tidur tanpa memikirkan perasaan Fira.
“ awak.....” panggil Fira sekali lagi
“ ya.... nak apa sayang...?” jawab Fikri dengan mata terpejam
Sayang..? jantung Fira seakan terhenti tatkala mendengar panggilan itu.
“ errr... hujung minggu ni, boleh tak saya keluar dengan ibu...?” tanya Fira tergagap-gagap
“ suka hati awaklah.... janji tak mengganggu dan tak menyusahkan saya...” balas Fikri kembali
Baru hati Fira hendak terubat dek kerana panggilan sayang yang keluar dari mulut Fikri, tiba-tiba hatinya menjadi pilu kerana mendengar ungkapan yang baru keluar dari mulut Fikri sebentar tadi. Apakah dirinya mengganggu dan menyusahkan hidup Fikri selama ini. Fira bermonolog sendiri.

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 14)


BAB  14

Hari itu, Fira meminta izin kepada Fikri untuk pulang awal. Dia tidak betah berada di pejabat itu. Sakit hatinya melihat sikap Ely yang tergedik-gedik dengan suaminya. Hatinya bukan kepalang sedih apabila Fikri juga seolah-olah seperti tidak mengendahkannya.
Tidak tahu ke mana hendak di tuju, Fira membuat keputusan untuk pulang saja ke rumah. Datin maria terkejut melihat Fira pulang awal pada hari tersebut.
“awal Fira pulang hari ni.. ada apa-apa ke..?” tanya Datin Maria
“ tak ada apa-apalah bu.. Fira Cuma rasa macam tak ada semangat aja nak kerja .. tu minta pulang awal dari Fik..” balas Fira sambil berlalu ke biliknya.
Datin Maria tidak berpuas hati dengan jawapan menantunya itu. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang sedang melanda hati menantunya itu.
Tok..tok..tok...
“Fira..boleh ibu masuk..?” tanya Datin maria
“ err... ibu, masuklah...” jemput Fira
“ Fira..kenapa ni sayang...? ibu tengok wajah Fira suram saja...kenapa ni..? Cuba cerita pada ibu..” tanya datin maria lagi cuba memujuk Fira
Dalam mahu tidak mahu, akhirnya Fira menceritakan kejadian di pejabat kepada Datin Maria. Barulah Datin maria tahu apa yang sedang melanda jiwa menantu kesayangannya itu.
“sudahla tu... Fira jangan bersedih lagi ya... hujung minggu ni kita kerluar berdua...” pujuk datin maria lagi
“ keluar ke mana bu,,,” tanya Fira ingin tahu
“ Fira nak cantik kan...?? nak nampak menarik pada pandangan Fik kan..?” tanya Datin maria pula
Fira hanya mengangguk
“ Hujung minggu ni, ibu nak bawa Fira pergi spa, shopping baju baru dan belajar berdandan.. nanti beritahu fikri, yang hujung minggu ni ibu nak bawa Fira keluar...” pujuk Datin Maria

Friday, 22 July 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 13)


BAB 13

Sudah sebulan Fira menjadi isteri Fikri. Selama itulah, dia melaksanakan tugasnya sebagai isteri dan p.a Fikri dengan sebaiknya. Dia tidak mahi Fikri merungut dengan tugas yang dilaksanakannya. Perubahan pada sikap fikri juga jelas kelihatan. Fikri sudah mula mahu senyum dan bertegur sapa dengan staf yang lain.
“weyh fira... aku tengok en. Fikri macam dah lainlah sekarang ni...” beritahu sheqa
“ lain apanya.... tak ada lainnya pon...” balas fira bersahaja
“ lainlah..sejak kau baik dengan datin maria ni, en. Fikri dah nampak lainlah sikit sikap dia ...” tambah sheqa lagi
“ kau ada buat apa-apa pada dia ke..?” tanya sheqa curiga
“ buat apa pula kau ni...? macam-macamlah...’ balas fira pula
Sedang mereka rancak berbual, fikri masuk ke ruang pejabat bersama seorang wanita. Waniat tersebut kelihatan cukup seksi dan menggoda pada pandangan fira. Dalam diam fira cemburu melihat kemesraan wanita itu dengan fikri, suaminya.
“ okey semua..hari ni kita ada staf baru..namanya cik Elyana Safira..” boleh panggil cik ely.. mulai hari ini, dia akan bekerja di sini sebagai akauntan yang baru bagi menggantikan puan rafidah yang telah berhenti.” Jelas fikri memperkenalkan wanita itu kepada semua staf yang berada di bawah pantauannya.
Wanita yang dikenali sebagai ely itu bersalaman dengan semua staf. Tiba di hadapan fira, sempat ely mengerling dirinya.
Selesai sesi suai kenal, semua staf beredar ke tempat masing-masing bagi meneruskan kerja. Kemudian fikri dan ely berlalu ke bilik fikri.
“fira..tolong bawakan 2 cawan teh...” pinta fikri melalui intercom
Fira masuk ke bilik fikri dengan membawa 2 cawan teh yang dipinta. Kelihatan ely dan fikri sedang berbual mesra
“ely..ni fira, p.a i...” beritahu fikri kepada ely
Fira hanya tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ely.
“ p.a u..? uuh..budak kampong ke..? tak berpesonaliti menarik langsung.. old fesyen..” peril ely dengans enyuman yang sinis.
Langsung tidak menyambut salam yang dihulurkan oleh fira.
Wajah fira berubah mendengar kata-kata berbaur hinaan itu. Lagi sakit hatinya bila melihat fikri hanya mendiamkan diri tanpa sepatah kata untuk membela dirinya. Hatinya tiba-tiba menjadi sebak. Lantas dia keluar dari bilik itu.


~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 12)


BAB 12
Fikri tersedar dari tidur apabila mendengar bunyi deruan air di bilik mandi. Lantas dia mengerling ke tubuhnya, cuba mngingati apa yang berlaku. Seingatnya tiada apa yang berlaku. Lantas dia mengerling jam di meja , sudah menunjukkan 6.45 pasi. Waktu subuh hamper habis. Lantas dia bergegas menuju ke bilik air di tingkat bawah.
Ketika dia masuk semula ke bilik untuk bersolat dan bersiap-siap ke pejabat, dilihatnya Fira sudah siap dan ingin keluar dari bilik itu. Dia tidak mengendahkan Fira, lantas melaksanakan apa yang harus dilaksanakannya.
Setelah selesai semuanya, Fikri turun ke bawah untuk bersarapan pagi. Tetapi dilihatnya kelibat Fira tiada di situ.
Ketika Fikri bersarapan, datin maria bertanya kepadanya.
“ kamu masih guna pakai lagi syarat-syarat kamu tu ke Fik..?” tanya Datin maria serius
“ syarat..? bukan ibu dah koyakkan ke semalam.. so, mana ada syarat lagi...” balas fikri
“ dah tu... kenapa pagi-pagi lagi Fira dah keluar.. sepatutnya mulai hari ini, dia tak perlu lagi keluar awal macam selalu...” tanya datin maria meminta kepastian
‘’ermmmm.. patutlah tak ada..dia lupa agaknya tu bu.... tak apalah, nanti kat office fik ingatkan dia.....” balas fikri kembali
.....................................
Setibanya di pejabat, fira telah menunggu fikri seperti biasa di hadapan pintu masuk dan membawa briefcasenya menuju ke bilik fikri
‘emm...sah dia ni lupa..’ gumam Fikri di dalam hatinya
Ketika fira ingin keluar dari bilik itu, fikri telah menahannya.
“Fira.....nanti kejap...”
“yups....kenapa en. Fikri..??” tanya fira
“awak dah lupa sesuatu ke...?” tanya Fikri mencari kepastian
“ lupa apa....?” tanya fira tidak mengerti
“syarat antara kita...?? kan dah terbatal tadi malam... ibu dah koyakkan lagipun...” jelas fikri
“err... ye ke..? alahai.. saya terlupa lah awak.. dah terbiasa...” balas fira bersahaja sambil tersengih
Hilang terus panggilan ‘en.fikri’ yang digunakan kepada suaminya itu selama ini.
“ ermmm... lepas ni jangan lupa.... nanti ibu marah saya...” balas Fikri kembali
Mulai hari itu, fira menjalankan tugasnya seperti biasa. Tiada lagi syarat-syarat di antara mereka. Tetapi dalam masa yang sama, fira masih lagi melaksanakan tugas-tugas dan arahan yang dirasakan wajar seperti  yang terdapat di dalam syarat tersebut.

Thursday, 21 July 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 11)


BAB  11
Sudah seminggu Fira menjadi isteri kepada Fikri. Dia melaksanakan tanggungjawab di rumah dan di pejabat dengan sebaiknya. Datin Maria yang tidak tahu duduk perkara sebenar merasa curiga dengan tingkah laku anak dan menantunya itu.
“ Fira..ibu peliklah dengan kamu ni... kenapa tak pergi dan balik kerja saing-saing dengan Fik...? pagi kamu akan keluar dulu, dan pulang kamu akan pulang lewat. Ada apa-apa yang kamu rahsiakan daripada ibu ke...?” tanya datin maria meminta kepastian.
“ Errrr.. tak ada apa-apa lah ibu...” jawab Fira tergagap-gagap
Datin maria tidak berpuas hati dengan jawapan menantunya itu. Lalu, tanpa pengetahuan mereka berdua, Datin Maria telah menyelidiki sendiri apa yang terjadi. Setelah berhari-hari datin maria selidiki, dia telah menemui sesuatu. Dia pasti itulah puncanya.
................................
Satu malam, selesai memunaikan solat, Fikri mencari-cari salinan syarat-syarat yang telah dikenakan terhadap isterinya itu sewaktu baru bekerja dengannya dulu.
“ Fira... awak ada nampak tak salinan syarat-syarat kita dalam laci ni...?” tanya Fikri sambil menyelongkar laci di cabinet sebelah katilnya.
Fira yang sedang melipat pakaian menoleh ke arah Fikri dengan muka yang penuh tanda tanya.
“hah..salinan syarat kita...? dalam bentuk apa? Disket ke? Kertas ke? Gambar ke?” seloroh Fira
“ aduhai.....dalam bentuk gamabr sayang oiii....” balas Fikri mengenakan isterinya
“hah...?? dalam bentuk gambar? Ada gambar kita ke? Cop..cop... awak panggil apa tadi...??”tanya Fira yang seakan-akan blur.
“ tak ada panggil apa-apa pon... awak yang perasan kot..aish lurus sungguhlah...” kata Fikri bersahaja
“ apa awak kata...???” tanya Fira geram.
“ tak ada apa-apa, saya kata salinan syarat kita tu. Salinan kertas yang ada tanda tangan awak dan saya...” jelas Fikri
“ oowh...awak tak ada simpan dalam pendrive ke? Pc ke?” tanya Fira lagi
Tak ada..kan saya tulis tangan aja.... Fotostat pon saya tak sempat..” jawab Fikri
“ nak buat apa dengan salinan syarat-syarat tu..” tanya fira meminta kepastian
“ nak tokok tambah syarat....” jawab Fikri pendek
Belum sempat Fira membalas semula, pintu bilik mereka diketuk dari luar.
Tok..tok...tok..
Fira lantas membuka pintu bilik, terjengul wajah Faiz di depan piontu bilik itu.
“ hah.. faiz kenapa ni..” tanya Fikri
“ ibu suruh abang Fik dengan kak fira turun bawah.. ibu kata urgent...” jelas faiz
Beberapa ketika kemudian mereka menuju ke ruang tamu untuk bertemu datin maria. Fikri terkejut melihat salinan syart yang dibuatnya sebelum ini berada di atas meja.
‘hah..Fik, Fira... duduk... ibu nak cakap sikit...” arah datin maria
Fira yang tidak tahu apa-apa hanya menurut.
“ Err.. ibu nak cakap pasal apa ni..?” tanya Fikri tergagap-gagap
“ pasal benda ni.. kamu tahu kana pa benda ni Fik...” tanya datin maria sambil menunjukkan kertas di tangannya.
Fira hanya duduk diam tanda tidak mengerti. Dikri pula sudah menggelabah tidak ketahuan.
“Er,,,,,” jawab Fikri tergagap-gagp
“ sudah...! ibu tak nak tahu apa-apa..yang ibu tahu, lepas ni tak ada lagi syarat apa-apa antara kalian berdua.. dan kamu Fik, kalau ibu tahu kamu cuba buli Fira lagi.. tahulah kamu...” jelas datin maria sambil mengoyakkan kertas tersebut
Fira yangmsih blur hanya mengangguk tanda faham. Begitu juga dengan FIkri, mahu tidak mahu dia terpaksa akur dengan kehendak ibunya.
......................................................
Di dalam bilik mereka..
“ sukalah awak, syarat antara kita dah terbatal...” bentak Fikri geram
“ tak faham betul saya... siapa anak ibu yang sebenarnya ni..? huh... ibu sayang awak lebih daris aya nampaknya....” protes Fikri tidak berpuas hati
“errrrrr..... “ hanya itu yang mampu Fira ucap. Dalam hati dia gembira atas apa yang ibu mertuanya lakukan.
Fikri masih lagi meluahkan perasaan tidak puas hatinya. Fira pula hanya menajdi pendengar setia. Ketika Fikri ingin bersiap-siap untuk tidue, tanpa diduga Fira telah mengajaknya tidur bersama di atas katil tiu.
“ Fik...awak tak sakit ke tidur atas sofa tu...” tanya Fira lembut, seakan-akan cuba menggoda.
“ dah 2 minggu saya tidur sini, baru nak tanya ke..?” balas Fikri
“ Err.. awak tak nak tidur kat katil awak ni ke...” tanya Fira lagi
“habis kalau saya tidur situ, awak nak tidur atas sofa ni  ke..” tanya Fikri kembali
“Err..” Fira cuba merangka ayat yang sesuai
“ tak apalah.. kita tidur sama-sama...” jawab Fira dengan wajah yang malu-malu kucing
Fikri tersentak mendengar jawapan Fira itu.
“boleh kan...?” tanya Fira kembali dengan malu-malu. Di dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa hebatnya degupan jantung Fira ketika menawarkan ajakan itu kepada Fikri
“ kalau jadi apa-apa nanti macam mana..? “ tanya Fikri menduga Fira dengan senyuman yang nakal
“ macam mana apa...?” tanya Fira tidak mengerti
‘‘ Ermm... tak ada apa-apalah... sudahlah..tidur aja...” arah Fikri lantas membaringkan diri di sofa
Belum sempat Fikri melelapkan mata, Fira sekali lagi memanggilnya.
“Fik....” panggil Fira lembut
“ Emmmm...”sahut Fikri
“ awak tidurlah kat katil ni..kesian awak, nanti badan sakit-sakit...” ajak Fira dengan suara yang manja
Fikri hanya senyap , tidak mengendahkan Fira. Fira masih lagi memujuk Fikri. Akhirnya fikri merasa bosan dan dia mengalah.
“dah..tepi sikit...” arah Fikri sambil membaringkan diri di sebelah Fira.
Fira tersenyum senang hati. Di dalam hatinya penuh debaran
“awak jangan ingat saya dah kalah dengan pujuk rayu awak.... saya bosan dengar awak tak berhenti-henti bercakap...” tambah fikri lagi
Baru sahaja Fikri ingin melelapkan mata. Fira memanggilnya lagi
“awak.....” panggil Fira
“ apa lagi ni..!!! apa lagi yang tak puas hatinya  ni..?” Fikri mula berang dengan karenah Fira
Lantas dia duduk di katil itu. Fira juga ikut duduk.
“Awak nak apa lagi ni...” tanya Fikri dengan nada yang geram
“Err.... macam mana kalau ajdi apa-apa nanti..?” tanya Fira tergagap-gagap
Fikri tidak terus menjawab eprtanyaan itu. Dia terus mengambil bantal peluk dan meletakkannya di tengah-tengah antara mereka.
“ kalu bantal ni beralih ke tempat awak, maknanya awak yang ambil kesempatan. Kalau kat tempat saya, maknanya saya yang ambil kesempatan..” jelas fikri
“ dah jangan kacau saya lagi..saya nak tidur.. siap awak kalau bangunkan saya sekali lagi...” ugut Fikri lantas membaringkan tubuhnya kembali.
Fikri tidur membelakangi Fira, manakla Fira mengadap Fikri dengan senyuman bermakna.
Buat Kali pertama mereka tidur sekatil selepas bergelar suami isteri.

Wednesday, 20 July 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 10)

BAB 10
Sehari sebelum majlis pernikahan.
“ Abah.... Abah rasakan, Fira dah buat keputusan yang tepat ke..?  Abah rasa Fira akan bahagia dengan Fik...?” tanya Fira kepada abahnya.
“ InsyaAllah... abah akan sentiasa doakan kebahagiaan Fira dan Fik...” jawab pakcik fakrul
“Abah.. Fira sedihla... Fira tak nak tinggalkan abah sorang-sorang kat sini... kalau boleh , Fira nak sentiasa ada dengan abah...” jelas Fira dengan air mata yang dah mula menitis
“Fira janganlah macam ni... kalau tak hari ni, akan datang pun Fira akan tinggalkan abah juga.. jangan sedih ya nak.. nanti kalau Fira rindu abah, Fira datanglah jenguk abah kat sini....” pujuk pakcik Fakrul
“ Fira... ingat pesan abah ni... bila dah jadi isteri Fik nanti, sayangi Fik sepenuh hati, jadi isteri dan menantu yang baik... dengar dan patuh cakap suami selagi ianya tak melanggar hokum syarak. Abah akan sentiasa doakan kebahagiaan kamu berdua..” pesan pakcik Fakrul kepada Fira. Fira menangis hiba di dalam pelukan abahnya.
.........................................................................
Majlis pernikah Fikri dan Fira diadakan di MAsjid Jamek berhampiran. Dengan sekali lafaz, Nurul Afira Aleya binti  Fakrul telah sah menjadi isteri kepada Mohd Fikri Yazed bin Datuk Faizal. Selepas majlis akad nikah selesai, mereka meraikannya dengan jamuan kecil yang diadakan di kediaman Datuk Faizal.
“ Selamat datang kakak iparku yang cantik....” ucap Faiz mengalu-alukan kedatangan Fira dalam keluarga mereka
Mereka kelihatan gembira menyambut orang baru di rumah itu.
Selepas makan dan berbual-bual, Pakcik Fakrul meminta diri untuk pulang. Sempat die menitipkan pesan kepada anak menantunya dan juga besannya.
“Fik... jaga Fira baik-baik ya.. sekarang dia dah jadi tanggungjawab kamu..terima kasih sebab sudi memperisterikan dia...” pesan Pakcik Fakrul kepada Fikri
“Baiklah abah... InsyaAllah Fik akan ingat pesanan abah itu... terima kasih juga kerana telah memberikan kepercayaan kepada Fik untuk menjaga Fira...” balas Fikri kembali
“ Cik Yah... Faizal...tolong tengok-tengokkan Fira ni ye... Dia ni manja sikit..kalau salah tolong ditegurkan..” pesan pakcik fakrul kepada besannya pula.
“ InsyaAllah..kau janganlah risau...kami akan jaga dia macam anak kami sendiri...” bals Datuk Faizal
Datin Maria hanya mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata suaminya itu.
Fira tidak dapat menahan sebak. Dia lantas memeluk abahnya sebelum abahnya meminta diri untuk pulang.
......................................
Saat itu, bermulalah kehidupan Fira sebagai isteri kepada Fikri.
“Fira..pergilah naik ke atas... mandi, bersihkan diri..Fik pun dah naik tu...” arah Datin Maria
Fira hanya mengangguk dan lantas mendaki anak tangga menuju ke bilik Fikri. Begnya awal-awal lagi sudah dibawa naik ke atas oleh pembantu di rumah besar itu.
“ apa tercegat lagi depan pintu tu..masuklah..” tegur Fikri
Fira hanya tersengih lantas menutup daun pintu bilik itu.
“Besarnya bilik awak ni...” kata Fira dengan kagum.
“dah-dah...jangan banyak soal.. pergi bersihkan diri sana...” arah Fikri
Fira hanya tersenyum, lantas mengambil apa yang patut dan dia terus melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.
Sesudah memebrsihkan diri. Fira duduk di sudut di mana begnya diletakkan. Hajatnya untuk mengemaskan segala pakaian yang dibawanya. Fikri pula sudah berada di atas katil.
“ Errr... saya nak tidur mana malam ni...? “ tanya Fira
“ tidur dalam bilik nil ah... nak tidur mana lagi...” jawab Fikri
“ Bilik awak ni besar, boleh tak kalau tambah katil lagi satu...?” cadang Fira
Fikri tergelak dengan cadangan Fira yang dirasakan agak tidak masuk akal itu.
“awak ingat ni asrama ke..? nak letak katil banyak-banyak.. katil saya ni dah cukup besar untuk kita berdua ok...” balas Fikri kembali dengan tawa yang masih bersisa
“habis tu..saya nak tidur kat mana...” tanya Fira lagi
“ tidurlah kat mana-mana yang awak suka.. kat lantai ke, kat sofa ke..what everlah....” balas Fikri sambil membaringkan diri untuk tidur.
Fira pula meneruskan mengemas pakaian-pakaiannya. Tanpa diduga, Fira terlelap disitu sambil beralaskan beg pakaiannya.
Fikri terjaga dari tidur apabila dia merasakan suasana di biliknya masih terang lagi. Dia mencari kelibat isterinya. Dia tersenyum saat terpandang sesusuk tubuh yang sedang tidur di balik almari pakaian dengan beralaskan beg pakaian.
“comel juga dia ni...” kata Fikri di dalam hati
Sempat juga Fikri mengambil gambar Fira sedang tidur, sebelum dia mengankatnya ke atas katil. Fikri membiarkan Fira tidur di atas katil miliknya, manakala dia pula tidur di atas sofa panjang yang terdapat di dalam bilik itu.
................................................
Fira tersedar ketika azan subuh berkumandang.. Dia terkejut apabila melihat dirinya berada di atas katil, dan Fikri tiada di situ. Dia terdengar bunyi percikan air di dalam bilik mandi. Dia pasti Fikri berada di dalamnya. Dia melihat-lihat keadaan dirinya. Bermaca-macam andaian berada di mindanya.
“ hah apa dok termenung lagi tu... pergi bangun, solat...” arah Fikri
“Err...awak tak buat apa-apa kan kat saya malam tadi....” tanya Fira meminta kepastian.
“Buat apa...? kenapa ..? nak ke..? kalau nak, lepas sibih saya boleh bagi...” balas Fikri sambil tersenyum nakal
Fira terus bangun menuju ke bilik air dan terus bersiap-siap untuk soalt subuh.
Selepas solat, Fira terus memboloskan dirinya ke tingkat bawah. Dia takut kalau-kalau Fikri akan melakukan apa yang dikatakannya itu. Sesungguhnya dia belum bersedia.

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab9)

BAB 9
Dua minggu sebelum majlis pernikahan Fira dan Fikri, Datin Maria telah bertemu dengan FIra.
“Fira...auntie nak ucapkan terima kasih sebab sudi jadi menantu auntie...” ucap Datin Maria
“Auntie harap FIra akan sayangkan Fikri sepenuh hati Fira dan bukan kerana auntie....” pinta Datin Maria
“Auntie jangan risau... Fira janji Fira akan jadi isteri dan menantu yang baik.....” balas Fira
“Terima kasih Fira... auntie nak tanya sikit... Fira sayangkan FIk...???” tanya Datin Maria
Fira hanya tersenyum malu, dan dia hanya membiarkan sahaja pertanyaan Datin Maria. Datin Maria dapat menangkap apa yang terbuku di hati gadis itu.
“kalau macam tu, menangi hati Fik ya...” balas Datin Maria kembali sambil tersenyum.
Fira juga turut tersenyum
.........................................................................
Fikri merasakan sejak akhir-akhir  ini, Fira berkelakuan pelik, tidak seperti sebelumnya.  Apa yang diarahkan, Fira laksanakannya dengan patuh tanpa banyak bicara. Fikri juga dapat merasakan, sikap Fira yang lebih lemah lembut, manja dan menggoda berbanding sebelum ini.
“kenapa aku rasa kau macam pelik aja sejak akhir-akhir ni...???” tanya Fikri penuh curiga
“apa yang peliknya..? saya rasa biasa saja....” jawab Fira selamba
“ kenapa aku rasa kau macam cuba nak menggoda aku saja gayanya....” duga Fikri
“ tak ada apa yang peliknya... saya Cuma sedang belajar cara-cara nak menyayangi bakal suami saya... itu saja...” jawab Fira sambil tersenyum
Fikri terdiam.  Dia terkaku dengan jawapan dan juga senyuman Fira yang dirasakan cukup menawan itu.
“Em.... boleh saya minta tolong sesuatu...?” tanya Fira lembut
“Em... apa dia...?” tanya Fikri kembali
“Tolong jangan guna aku kau dengan saya... gunalah apa sahaja panggilan yang baik, asalkan bukan  aku kau... boleh kan..??” pinta Fira kepada Fikri
“Errr....... Ermmmm.... baiklah...” jawab Fikri sambil mengangguk tanda setuju
“ Lagi satu, aku nak ingatkan kau....upssss.... saya nak ingatkan awak, jangan ingat mentang-mentang awak dah jadi isteri saya, saya akan berlembut dengan awak. Syarat-syarat yang saya berikan pada awak tetap awak kena patuhi....” tegas Fikri member peringatan.
Membahasakan diri dengan panggilan ‘saya awak’bukanlah suatu perkara yang susah sangat bagi Fikri.walaupun pada mulanya tersasul. Selama ini pun, dia menggunakan panggilan itu di hadapan orang lain.
“ok bos.... saya tak kisah..” balas Fira sambil tersenyum dan emlangkah keluar dari bilik Fikri.

Tuesday, 19 July 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 8)

BAB 8
Sudah hamper seminggu Fira tidak datang ke  pejabat. Fikri merasa rindu untuk menatap wajah gadis itu. Tetapi kerana egonya dia membuang jauh perasaan itu. Dalam tempoh seminggu itu, Fira telah membuat keputusan untuk memulangkan semula cincin yang diberikan oleh Datin Maria.
“Abah... nanti tolong pulangkan semula cincin ni kepada auntie maria ya....” pinta Fira sambil menyerahkan cincin tersebut kepada abahnya
“ kenapa pula ni Fira..? kamu ada masalah dengan Fikri ke..?” tanya pakcik Fakrul
“ tak adalah .. Fira cuma belum bersedia..dan Fira rasa , Fira tak mampu nak jadi isteri yang baik untuk dia...” balas Fira
Pakcik fakrul tahu, ada sesuatu yang terjadi antara Fikri dan Fira. Tanpa Fikri dan Fira tahu, kedua-dua ibu bapa mereka telah merancang sesuatu untuk menyatukan mereka berdua. Mereka juga tahu apa yang terjadi di antara FIkri dan Fira. Walau apa yang terjadi, mereka bertiga akan berusaha untuk menyatukan Fira dan Fikri. Mereka yakin fikri dan fira akan bahagia satu hari nanti
.............................................
Setelah seminggu bercuti, fira bekerja seperti biasa. Dia tetap menjalankan tugas-tugas dan syarat yang telah ditetapkan oleh fikri seperti biasa. Sejak fira memutuskan untuk membatalkan perkahwinannya dengan Fikri, datin Maria sering bermuram dan sedih. Hatinya sebak memikirkan apa yang terjadi dan hajatnya untuk bermenantukan gadis itu lebur. Datuk faizal sedih melihat keadaan isterinya itu. Lantas dia berpakat dengan isterinya dan sahabatnya itu dalam usaha menyatukan Fira dan Fikri.
..................................................
Kring...kring.... kring......
“ Hello Fik....papa ni.. ibu kamu masuk hospital....” bagitahu Datuk Faizal cemas.
Fikri yang cemas menerima panggilan itu, terus bergegas ke hospital. Setibanya di hospital, kelihatan Fira, pakcik fakrul, Datuk Faizal dan faiz berada di situ. Kelihatan Datin Maria ceria dengan kehadiran Fira di situ.
“ibu...ibu ok ke...? macam mana boleh jadi macam ni...?” tanya Fikri yang risau dengan keadaan ibunya.
“doctor kata..ibu kamu mengalami masalah kemurungan yang teruk... kalau dibiarkan berpanjangan, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang teruk...” jelas Datuk Faizal
“macam mana boleh jadi macam ni auntie... auntie tak sayang fira ke..? kenapa auntie tak jaga kesihatan...?” balas Fira sedih
Fikri hanya mendiamkan diri sahaja.
“ Jangan cakap macam tu.. auntie sayang Fira macam anak auntie sendiri...tapi tu lah, hajat auntie tak kesampaian..” jawab Datin Maria pilu.
Fira dan Fikri tunduk mendiamkan diri,. Rasa bersalah menghuni jiwa mereka. Lebih-lebih lagi Fikri. Datuk Faizal, Datin Maria dan pakcik fakrul hanya menyembunyikan senyuman yang terukir di bibir mereka. Faiz yang berada di situ hanya mendiamkan diri. Tidak mahu menyampuk perihal orang dewasa.
“ibu kamu jadi begini lepas kamu berdua batalkan perkahwinan kamu berdua.. kamu berdua jangan ingat kamu tak tahu apa yang terjadi antara kalian.. sebab sedih dan kecewalah ibu kamu jadi macam ni...” jelas Datuk Faizal lagi.
“ kalau Fik dengan Fira sayangkan ibu, dan tak mahu ibu sakit.. kamu berdua kahwin ye nak...” pinta datin maria
Datuk faizal dan pakcik fakrul hanya mengangguk setuju.
“ ermmm... isinkan kami berdua keluar untuk berbincang sebentar...” pinta Fikri
Mereka bertiga mengagguk tanda faham
“ Bang... agak-agak mereka berdua  setuju tak...?” tanya Datin Maria
Faiz terkejut melihat ibunya yang tiba-tiba sahaja sehat.
“eh.... ibu bohong ea....? ibu pura-pura sakit ya...??” duga Faiz
“ kamu jangan pecahkan rahsia tau.... kamu nak kan kak fira jadi akak kamu...?” tanya datuk faizal
“mestilah bak..ok-ok... faiza jafa rahsia ni baik-baik..” bals faiz sambil tersenyum
Beberapa minit kemudian, fikri dan fira masuk semula ke bilik tersebut.
“ Ibu,,,, papa  ... dan pakcik fakrul.. fik setuju untuk kahwin dengan fira...tapi.....” bagitahu fikri.
“ tapi fik tak mahu adakan majlis besar-besaran.. fik Cuma mahu adakan majlis akad nikah dan dihadiri oleh keluarga kita sahaja... fik tak mahu orang lain tahu yang kami dah berkahwin...” pinta fikri
Datin maria dan datuk faizal tercengang dengan jawapan yang diberikan oleh Fikri.
“ kamu setuju ke Fira...?” tanya datuk Faizal.
Fira hanya mengangguk menandakan dia bersetuju dengan cadangan itu.
“ kami lakukan ini demi ibu... itu saja syarat kami, kalau kalian setuju, kami akan berkahwin....” jelas Fikri lagi
“ baiklah...kami setuju...” jawab pakcik fakrul. Datin maria ingin membantah tapi apakah daya.
“ baiklah..kalau kamu ada syarat..kami pun ada syarat...” balas datuk Faizal pula.
“ untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku, kami akan adakan majlis pernikahan  kamu dalam tempoh sebulan... no kompromi..” tegas Datuk faizal
Datin maria dan Pakcik Fakrul bersetuju dengan cadangan tersebut. Fikri dan Fira  tidak mampu untuk membantah lagi.

~ CINTAKU UNTUKMU (BAB 7) ~

BAB 7
Sudah lebih 3 bulan Fira bekerja di bawah Fikri. Hari ini, Fira merasakan yang dia harus mengakhiri segalanya. Sudah tidak tertahan lagi rasanya diperlakukan sebegitu oleh Fikri. Pernah sekali, Fikri melemparkan air yang dibuat oleh Fira ke lantai, alasannya tidak sedap. Hakikatnya, dia hanya mahu mencari kesalahan Fira. Sejak akhir-akhir ini, Fikri sering kali menyakiti hatinya. Lebih-lebih lagi setelah diberitahu bahwa mereka berdua bakal dijodohkan dalam tempoh 6 bulan dari sekarang.


“ Assalamualaikum...” Fira member salam sebelum melangkanh masuk ke dalam rumah.
Dia terkejut melihat kereta Datuk Faizal berada di luar rumahnya ketika dia pulang tadi. Dia lebih-lebih terkejut apabila melihat seisi keluarga Datuk Faizal berada di situ kecuali Fikri.
“Waalaikummussalam...” jawab pakcik Fakrul dan semua yang ada disitu.
“Hah..dah balik pon Fira,,,,” tegur pakcik Fakrul
“Err.. Fira naik atas dulu ya semua,....” jawab Fira yang masih terpinga-pinga dengan tujuan kedatangan mereka sekeluarga. Mereka yang berada diditu mengangguk tanda faham.
“ bagaimana Fakrul..? kau setuju? Kau tahuka Maria ni, dah sayang benar dia dengan Fira tu.. lagipon kami semua berkenan sangat dengan Fira tu. Kami pon tak ada anak perempuan...” jelas Datuk Faizal
“ Aku tak ada masalah faizal.. Mana yang baik aku setuju aja... tapi macam mana pula dengan dua-dua tuan punya badan ni...??” tanya Pakcik Fakrul pula meminta kepastian.
“ Kalau si Fik tu, kau jangan risau.. dia memang dah serahkan bulat-bulat pada kami soal mencari jodoh untuknya...lagipon inilah masanya kita nak mengeratkan lagi hubungan kita...” tambah Datuik Faizal lagi.
Datin maria hanya mengangguk tanda setuju dengan pendapat suaminya itu.
“ Emm.. kalau dah begitu kata kamu..aku ikut sajalah... Aaku pon setuju... Tapi nanti aku tanyakan pada Fira duu ya....” Pakcik Fakrul meminta izin dari mereka untuk meminta persetujuan Fira
Pakcik Fakrul bertemu Fira di biliknya dan dia menerangkan tujuan kedatangan mereka.
“ Em... abah tak paksa Fira.. tapi macam yang abah kata tadilah...terpulang pada Fira sama ada nak terima atau tidak...” jelas pakcik fakrul.
“ Emm.. demi abah... demi hubungan keluarga kita dan Datuk, Fira setuju.. tapi Fira minta masa untuk kenal lebih dekat lagi dengan Fik tu...” jelas Fira.
Setelah mendapat persetujuan san kata sepakat . mereka bersetuju untuk menyatukan Fira dan Fikri dalam masa lebih kurang 6 bulan lagi.

Fira menerjah masuk ke bilik Fikri tanpa mengetuk terlebih dahulu seperti biasa yang dilakukannya. Fikri yang terkejut dengan perbuatan Fira itu, tidak dapat megawal perasaan geramnya.
“ Woooiitt.. sejak bila kau pandai masuk bilik aku tanpa izin ni..?!!!” tengking Fikri
Fira tidak menjawab, tetapi dia hanya diam membatukan diri sambil matanya tajam merenung ke arah Fikri.
“ Kau pekak ke...? kau nak apa hah?? “ tanya Fikri kasar
“ Saya tak nak apa-apa... saya Cuma nak tahu kenapa en. Fikri buat saya macam ni..? saya dah penat tahu tak layan karenah en. Fikri... selama ini saya sabar aja dengan semua syarat –sayarat yang en. Fikri kenakan pada saya. Tapi sejak akhir-akhir ni, en. Fikri dah melampau tahu tak...” balas Fira ebrtubi-tubi. Dia sudah peduli lagi dengan siapa dia berhadapan sekarang.
“ apa lagi..kalau dah tak tahan, berhenti ajalah...” balas Fikri
“ kau jangan ingat, semua family aku suka kau.. aku pon akan suka kau..sori beb...!!” tambah Fikri lagi sambil tersenyum sinis kea rah Fira.
“ kalu tak suka saya, kenapa setuju dengan cadangan Datin dan Datuk..??” Tanya FIra tidak berpuas hti.
“ Ahhh...!!! sekarang aku Cuma nak kau buat dia orang bencikan  kau..” balas Fikri kembali
Fira keluar dari bilik itu dengan perasaan sebak dan pilu. Dia tidak menyangka bahawa Fikri amat benci kepadanya. Dia berjumpa dengan Datuk Faizal untuk menghantar notis berhenti 24 jam tetapi Datuk Faizal melarang. Datuk Faizal mencadangkan agar Fira mengambil cuti selama seminggu. Fira bersetuju dengan cadangan itu.  Fira tidak menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kepada abahnya mahupun Datuk dan Datin.


Tuesday, 12 July 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 6)

BAB 6
Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Fira datang ke rumah Datuk Faizal bersama abahnya. Mereka terpegun dengan keindahan rumah itu. Kedatangan mereka telah disambut baik oleh Datin Maria dan Datuk Faizal. Ketika Datuk Faizal bersalaman dengan Pakcik Fakrul, ada riak terkejut di wajah mereka berdua.
“ Abang... abang kenal tak ini siapa...?” tanya Datin maria dengan nada gembira.
“ ini Fakrul  ke..?” Tanya Datuk Faizal
“Faizal....???” tanya pakcik fakrul kembali
“ Ya Allah......tak sangka aku dapat jumpa lagi dengan kau setelah sekian lama...sudah lama aku cari kau....syukur Alhamdulilah....” jelas Datuk Faizal dengan wajah yang gembira
Mereka berdua berpelukan. Dalam pada itu. Mereka bersyukur kerana dapat bertemu semula. Datuk Faizal dan Datin Maria menjemput Fira dan Pakcik Fakrul ke ruang makan. Fikri yang baru turun ke ruang makan terkejut melihat kehadiran Fira. Dia menjeling tajam ke arah Fira. Fira hanya tunduk memandang meja. Faiz pula sangat gembira dengan kedatangan Fira. Datuk
Datuk Faizal dan Pakcik Fakrul mengucapkan terima kasih kepada Datin Maria kerana telah mempertemukan semula mereka berdua. Datuk Faizal tidak menyangka bahawa selama ini, anak sahabatnya itu bekerja dengannya. Mereka makan malam sambil berkongsi pelbagai cerita menarik.
Setelah selesai semuanya, pakcik Fakrul dan Fira meminta diri untuk pulang.
..............................
Di ruang tamu rumah Datuk Faizal.
“Fik....ibu nak tanya sikit boleh..??” tanya Datin maria memulakan bicara
Fikri menoleh ke arah ibunya , menunngu pertanyaan yang keluar dari mulut ibunya itu.
“Kamu bila nak kahwin..? unur pon dah semakin meningkat...” tanya Datin maria
“Nantilah dulu bu... lagipon Fik tak ada calon....” jawab Fikri bersahaja.
“macam mana nak ada calon.. asyik kerja aja...muka aja kacak tapi muka serius memanjang, kaki buli pula tu....perempuan mana yang nak dekat..” sampuk datuk Faizal dengan riak wajah bersahaja
Fikri yang sedang menghirup air tersedak mendenganr sindiran papanya itu. Datuk faizal pula tekun memandang televisyen dihadapannya.
“ish abang ni...tak baik cakap macam tu...” bela datin maria pula
“Betul ke kamu tak ada calon lagi ni Fik...?” tanya datin maria sekali lagi untuk mendapatkan kepastian
“betul lah ibu.... ibu ajalah carikan calon untuk Fik....” gurau Fikri sambil tersenyum memandang ibunya
“ betul ni? Kalau macam tu nanti ibu carikan perempuan yang cantik, baik untuk Fik....” balas Datin maria gembira
Datuk Faizal hanya tersenyum melihat isterinya. Dia sudah dapat mengagak apa yang ada di fikiran isterinya itu.
“suka hati ibulah..asal ibu senang hati....” balas fikri kembali
Datin maria tersenyum mendengar kata-kata Fikri. Tidak sabar rasanya dia ingin menjalankan apa yang direncanakan.

Saturday, 9 July 2011

~ CINTAKU UNTUKMU (BAB 5) ~

BAB 5
Suatu hari, Datin Maria datang ke pejabat untuk bertemu Fira tetapi gadis itu tiada.
“Fik...Fira tak kerja ke hari ni?” tanya Datin maria
“Entah...dah dua hari tak nampak dia...tak sihat kot...” jawab Fikri bersahaja
“ Eh Fik ni...p.a sendiri  cuti pon tak tahu ke?”tanya Datin Maria lagi
“Dah.... mari teman ibu pergi rumah dia....” ajak Datin maria
“ tak bolehlah ibu... Fik kena jumpa client kejap lagi...” Fikri member alasan
“Ish...ada-ada saja kamu ni.... kamu ada alamat dia..? Bagi pada ibu.... Biar Ibu pergi sendiri...” pinta Datin maria.
Fikri menuliskan alamat Fira yang dia dapatkan melalui sistem maklumat staf, lalu doberikan kepada ibunya. Di dalam hati Fikri menyumpah-nyumpah gadis itu.. entah apa yang istimewa sangat agaknya gadis itu, sampai ibunya begitu sayang kepada gadis itu.
.......................
“ Assalamualaikum...” Datin maria member salam
“Waalaikummussalam...ya puan? Cari siapa..?” Tanya pakcik Fakrul ramah
“ Saya Datin maria.... Fira ada ...?” tanya Datin maria pula
“OOwhhh ..Datinlah ye , yang Fira selalu cerita tu... Jemputlah masuk Datin......” pelawa Pakcik Fakrul
Setelah memeprsilakan Datin maria duduk, pakcik Fakrul  terus meminta diri ke tingkat atas, untuk memanggil Fira. Sementara meninggu, Datin Maria meninjau-ninjau keadaan sekeliling rumah itu.
Tiba-tiba, Datin maria terpandang  satu potret lama dan dia seperti melihat potret itu sebelum ini.” Tunggu sebentar ya datin..kejap lagi Fira turun,,saya nak ke dapur sebentar...” bagitahu Pakcik Fakrul yang baru turun dari tingkat atas.
Pakcik Fakrul kembali sambil membawa dulang berisi air.
“boleh saya tanya sikit tak..?” tanya Datin maria.
“Eh..boleh...nak tanya apa ya datin..?” Balas Pakcik Fakrul
“ siapa yang di  dalam potret ni ya ...?” tanya Datin maria
Pakcik fakrul menceritakan serba sedikit mengenai potret itu. Datin Maria hanya mengangguk tanda faham.
“ kenapa dengan potret ni datin...?” tanya pakcik Fakrul ingin tahu
“ oowh..tidak ada apa-apa...” balas datin maria
Di dalam hati Datin Maria pasti bahawa potret itu adalah potret yang sama yang terdapat di rumahnya, dan dia juga yakin bahawa pakcik fakrul adalah sahabat lama suaminya. Sahabat yangs erring diceritakan oleh datuk faizal kepadanya.
“agak-agaknya kalau jumpa kembali dengan sahabat en. Fakrul tu, en fakrul masih kenal tak..?” tanya datin maria lagi
“InsyaAllah..saya tidak pernah lupa dengan sahabat saya tu...” jawab pakcik Fakrul
Fira turun ke bawah, dan perbualan mereka terhenti disitu. Wajah Fira kelihatan pucat dan tidak bermaya. Datin Maria sedih melihat keadaan gadis kesayangannya itu.
“ Datin.....buat susah-suah aja kemari...” tegur Fira sambil bersalaman dengan datin maria
“Fira...kan auntie dah kata, jangan panggil datin...panggil saja auntie...” tegur datin maria pula
“kasihannya auntie tengok anak auntie ni...ni pasti Fik yang sebabkan kamu jadi macam ni kan...” duga datin maria
Fira hanya mampu tersenyum dengan telahan itu. Belum sempat dia menjawab, datin maria terlebih dahulu mencelah.
“ Fira...auntie ingat hujunga minggu ni auntie nak buat makan-makan sikit... Fira dengan en. Fakrul jemputlah datang ya...” pelawa datin maria
Fira dan pakcik fakrul hanya tersenyum dan mengagguk tanda setuju .
Setelah agak lama berada disitu, datin maria meminta diri untuk pulang. Dia juga mengingatkan mereka supaya tidak untu makan malam di rumahnya pada hujung minggu tersebut.
...............
Selepas makan malam, puan maria duduk di ruang tamu bersama suaminya.
“bang..... tadi saya pergi melawat fira di rumahnya.... abang nak tahu apa yang saya jumpa...?” datin maria berteka teki dengan suaminya.
“hah..apa dia..?” tanya datuk faizal
“adalah...hujung minggu, abang tahulah...” bagitahu datin maria
“ kenapa pula hujung minggu ni....” tanya datuk faizal lagi
“saya jemput fira dan abahnya makan malam disini... nanti masa tu baru abang dapat jawapannya...” jelas datin maria sambil tersenyum kea rah suaminya.
“ bang.... agak-agaknya kan...kalau kita jodohkan fik dengan fira, dia nak tak...” tanya datin maria
“saya berkenan sungguh dengan budak fira tu..saya sayang sangat dengan dia...kalau boleh, saya nak dia sentiasa dekat dengan saya....” terang datin maria lagi.
Datuk faizal melipatkan suratkhabar yang dibacanya ;antas menoleh kearah isterinya.
“saya pon berkenan dengan budak tu..tapi apa-apa hal kita kenalah tanya pada tuan punya badan dulu....” balas datuk faizal
Sedang mereka rancak berborak, fikri turun ke bawah bersama adiknya faiz. Mereka duduk bersama dengan ibu bapa mereka di ruang tamu itu.
“hah fik.... hujung minggu ni, kamu jangan ke mana-mana.... mam ada tetamu istimewa...” bagitahu datin maria
Fikri menoleh ke arah ibunnya dan hanya menggaguk tanda faham.