BAB 24
Selesai makan malam, fira terus naik ke bilik. Tidak betah dia duduk lama-lama menghadap Fikri. Dia fikir dia boleh melupakan dua kejadian tersebut tetapi ternyata silap. Apabila terpandang wajah Fikri, automatik fikirannya akan teringatkan dua kejadian tersebut.
Datin Maria yang sedar akan sikap menantunya itu, cuba merisik khabar dari anaknya.
“Fik... kenapa ibu tengok Fira tu lain macam aja..?” tanya Datin Maria
“Lain macam mana pula tu bu...?” tanya Fikri kembali
“ Lain macamlah..macam ada sesuatu aja yang tak kena..” terang Datin Maria
“tak adalah bu..biasa aja Fik tengok...” balas Fikri pula
“ Biasa apanya.. makan pun ibu tengok tak lalu.. muka macam tak bersemangat..entah-entah...” Datin Maria mula mahu serkap jarang
“ entah-entah apa pula nib u...?” tanya Fikri ingin tahu
“entah-entah.... dah ada isi kot....” teka Datin Maria
Fikri tersedak mendengar ungkapan ibunya itu. Di dalam hati, dia bermonolog sendiri.
‘nak ada isi apanya... buat isi pun tak pernah...’
Faiz yang terdengar perbualan mereka, tiba-tiba menyampuk.
“ apa bu...?? faiz dah nak dapat anak buah ke..?” tanya Faiz ceria
“ish kamu ni... orang tua-tua berbual jangan menyampuk.. jangan menyebok halo rang dewasa...” tegur Datin Maria
“Cuba kamu bawa dia pergi klinik....” usul Datin Maria kepada Fikri
‘‘ish ibu ni..tak adalah... Fira tu rindu kat abah... kan dah lama tak pergi jenguk abah... lagipun Fira tengah lampu merah la bu.. mana ada isi...” balas Fikri membuat andaian sendiri
“lambat lagilah ni ye ibu nak dapat cucu..? emm... kamu tu, pergilah bawa Fira jumpa abah dia minggu ni.. kesian ibu tengok...” arah Datin Maria
“emm... Insya Allah..” jawab Fikri pendek
“ Fikri naik dululah ye bu, nak tengok Fira kejap...” ucap Fikri meminta diri seraya melangkah naik ke bilik.
..................................................................................
Fikri menuju ke bilik tidurnya. Fira yang sedang khusyuk membaca terus merebahkan diri, berpura-pura tidur saat terdengar tombol pintu dipulas dari luar.
“tak payahlah awak nak pura-pura tidur....” tegur Fikri kepada Fira
Fira hanya membuat tak tahu sahaja dengan teguran itu dan dia masih lagi berpura-pura tidur. Fikri berhajat mengenakan Fira. Dia mengambil sesuatu di dalam laci dan membalingkan nya kea rah Fira.
“lipas..lipas....” jerit Fikri
Fira yang terkejut, secara automatic bangun dari katil itu sambil terjerit. Fikri tergelak riang kerana dapat mengenakan isterinya itu.
“hahahaha... takut lipas rupanya awak ni ya... hahaha “ ejek Fikri dengan ketawa yang masih kedengaran.
Fira hanya menjeling tajam ke arah Fikri. Kemudian dia terus duduk di birai katil. Fikri juga sama.
“Hujung minggu ni kita balik rumah abah....” beritahu Fikri kepada Fira
Wajah Fira yang masam, berubah menjadi ceria mendengar ungkapan itu.
“ ye ke ni awak..? betul ke ni..?” tanya Fira seakan tidak percaya
“ye lah...” jawab Fikri pendek
“saya ingat awak dah tak nak cakap dengan saya dah... cakap aja nak pergi rumah abah terus berubah mood...” perli Fikri
“ emmm.. apa-apalah awak.. yang penting saya dapat jumpa abah..thanks awak....” balas Fira dengan senyuman yang terukir di bibir
“kan elok macam tu..ini macam tapai busuk aja saya tengok...” perli Fikri
“dah ibu ingat awak tu ada isi...” tambah Fikri lagi.
“ada isi..???” tanya Fira tidak mengerti
“Ada isilah... pregnant....” jawab Fikri seraya mengambil buku dari tangan Fira.
“hah...? erk....” terkejut Fira mendengar kenyataan Fikri itu
“pregnant...herm..entah bila agaknya atau mungkin tak kan pernah terjadi...” ucap Fira perlahan
‘’apa...?” tanya Fikri
“ermm..? tak ada apa-apa...dah tu awak iyakan ke?” tanya Fira pula
“taklah.... tak kan saya nak mengada-adakan benda yang tak ada..saya cakap kat ibu yang awak tengah lampu merah...” beritahu Fikri
“pandai juga awak bagi alasan ya...tapi saya tak lampu merah...” balas Fira selamba
Fikri terus memandang Fira. Mendengar jawapan Fira itu membuatkan FIkri ingin mengenakannya sekali lagi.
“KIranya green light la ni ya... kalau macam tu, bolehlah kita tunaikan hajat ibu tu kan...pap pon cakap tadi kan, nak buat kerja biar tengah malam...” balas Fikri sambil tersenyum nakal kepada Fira
“hah..??” Fira yang terkejut mendengar kata-kata Fikri itu, terus merebahkan diri sambil menyelubungi seluruh tubuhnya dengan selimut. Fikri tidak dapat menahan ketawanya melihat keletah isterinya itu. Sesungguhnya Fira masih belum sedia untuk itu semua. Walaupun sudah dua bulan mereka berkahwin.
“esok jangan lambat lagi... lambat saya tinggal... lagi satu..jangan nak pakai baju tak cukup kain macam siang tadi...” pesan Fikri kepada Fira.
1 comments:
hehe tau jeles tu. tak bagi bini pakai tak cukup kain.tp dia melayan pompuan yg tak cukup kain.
Post a Comment