Blogger Layouts

Thursday, 11 August 2011

~ CINTAKU UNTUKMU (BAB 23) ~


BAB 23

“weyh.. apa dah jadi..? yang muka kau tiba-tiba jadi merah ni kenapa..?” tanya Sheqa bertubi-tubi
“hah..? tak ada apa-apalah.. aku pergi toilet kejap..” bagitahu Fira
Sheqa tidak berpuas hati dengan penjelasan Fira itu. Dia merasakan seperti ada sesuatu yang terjadi antara Bos dan rakannya itu.
“aku mesti siasat benda ni… “ kata Sheqa di dalam hati
………………………………..
Fikri keluar dari biliknya dan berlalu ke meja Fira.
“saya nak keluar dan mungkin tak akan masuk semula…” bagitahu Fikri
Fira hanya mengangguk tanda faham. Dia malu untuk memandang wajah Fikri selepas apa yang terjadi tadi. Fikri hanya tersenyum melihat Fira.
“ lagi satu… jangan lupa apa yang saya pesan tadi…” tegas Fikri member peringatan.
Fira hanya mengangguk tanpa berkata apa.
………………………………………
“pelik..pelik…” Sheqa bersuara tiba-tiba setelah Fikri keluar
“apa yang peliknya…” Tanya Fira pula
“entahlah…. Aku rasa pelik..macam ada udang di sebalilk mee…” Sheqa cuba berkias
“aish..tak fahamlah aku dengan engkau ni..macam-macam aja…” balas  fira pula
Sheqa hanya tersenyum. Di dalam kepalanya bermacam rencana telah dibuat untuk mengorek rahsia bos dan juga rakannya itu. Fira sedikit pun tidak curiga dengan ungkapan Sheqa itu.
………………………………………………
Petang itu Fira pulang menaiki teksi. Dia bernasib baik kerana ketika pulang, Fikri masih belum sampai lagi. Jika diikutkan hati, dia tidak mahu pulang ke rumah besar itu. Mahu saja dia bermalam di rumah abahnya. Tetapi apabila memikirkan amaran Fikri dan juga apa kata orang tua mereka nanti dia gagahkan juga diri untuk pulang ke rumah besar itu.

Fikri sampai di rumah setengah jam kemudian. Masuk sahaja di dalam rumah, dia terus mencari kelibat isterinya.
“faiz..kak Fira dah balik..?” Tanya Fikri kepada adiknya yangs edang menonton televisyen di ruang tamu
“dah…. Dia ada kat atas rasanya…” jawab faiz
“tadi dia balik dengan siapa..?” Tanya Fikri lagi
“entahlah…rasanya macam naik teksi…” jawab faiz
“okey..thanks..” balas Fikri sambil melangkah untuk ke tingkat atas.
Fikri memulas perlahan tombol pintu biliknya. Suasana sepi menyelubungi bilik itu. Fikri tersenyum melihat sekujur tubuh sedang lena di atas katil. Fikri perlahan-lahan duduk di birai katil. Diamati wajah isterinya yang polos situ.
‘comel betul dia ni time tidur…’ desis hati kecil Fikri. Dalam diam , dia memuji isterinya itu.
‘lurus tapi nakal..’ tambah Fikri lagi di dalam hati bila mengenangkan sikap dan keletah isterinya itu.
Tanpa diduga, ketika Fikri ingin bangun, kakinya terpijak sesuatu dan dia tergelincir. Wajahnya tersembam ke tubuh Fira. Tepat pada bahagian dada Fira. Fira yang terkejut terus terbangun. Dia menjerit dengan sekuat hati kerana terkejut dengan apa yang terjadi.
“Arghhhh……….!!!” Jerit Fira lantang
Seisi rumah itu terkejut mendengar jeritan Fira. Datuk Faizal dan Datin Maria lantas bergegas ke bilik mereka.
Fikri kalut apabila isterinya menjerit seperti orang hysteria. Dia cuba menenangkan Fira.
Tok..tok…tok..
Fikri membuka pintu apabila mendengar ketukan dari luar. Terpacul ibu dan papanya di luar  bilik mereka.
“fik..fira..kenapa ni..?” Tanya Datuk Faizal
Datin maria sudah menerobos masuk mendapatkan menantunya.
“kenapa ni fira…? Fik buat apa oada kamu…?” Tanya Datin maria pula
“errr…ermmm..” fira tergagap-gagap ingin menjawab
“em.. tak ada apa-apalah ibu… Fira ni terkejut sebab ada lipas terjatuh atas dia tadi…” jawab Fikri cuba menutup perkara sebenar
‘lipas…huh..lipas kepala hitam nama Mohd Fikri Yazed…’ gumam Fira di dalam hati
“lipas..? ke kamu yang jadi lipas…?” balas datin maria dengan senyuman sinis di bibir
Fira hanya mendiamkan diri. Fikri hanya tersenyum kelat.
“kalau yap on nak buat kerja, tunggulah tengah malam Fik..ini dah nak maghrib..” peril Datuk Faizal dengan senyuman di bibir
Datuk faizal dan Datin Maria berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
“awaklah ni..kalau awak tak menjerit, mesti ibu dengan papa tak kemari..” bebel Fikri sambil menutup pintu bilik mereka.
“bukan salah saya…salah lipas besar tu…siapa suruh landing………………….” Fira tidak jafi ingin meneruskan kata-katanya. Dia hanya membuat wajah selamba
“apa…?” Tanya Fikri geram, melihat wajah selamba isterinya itu.
Fira tidak mengendahkan pertanyaan Fikri. Dia terus berlalu menuju ke bilik air. Seketika itu dia terlupa apa yang terjadi di pejabat siang tadi dan apa yang berlaku sebentar tadi.

2 comments:

YONG JIAO XIU said...

hehehe mmg kelako

Anonymous said...

wakakaka memang berjaya buat gelak besar lipas kepala hitam ;)