BAB 25
Pagi itu Fira bangun lebih awal. Dia tidak mahu Fikri meninggalkannya seperti semalam kerana lambat bersiap. Ketika Fikri turun, Fira sudah pun menunggunya di bawah. Hari itu, mereka ke pejabat memakai pakaian yang sedondon warnanya.
........................
Ketika di dalam kereta, Fira hanya mendiamkan diri.
“cepat awak hari ni ya..? takut kena tinggal ke?” perli Fikri
Fira masih lagi mendiamkan diri tanpa mengendahkan kata-kata Fikri.
“Ada pun baju yang cukup kain.. kalau tak ada, pakai aja baju kurung awak yang dulu-dulu tu..” perli Fikri lagi
Fira masih lagi mendiamkan diri. Buat muka selamba. Fikri bengang dengan sikap Fira yang selamba itu. Tiba-tiba Fikri membrek keretanya. Fira yang terkejut dengan tindakan reflex Fikri itu terus memarahi Fikri kerana tiba-tiba membrek keretanya tanpa sebab.
“Awak....!! Gila ke brek kereta ni tiba-tiba...??huh..!!” marah Fira
“Ada pun suara....ingat dah bisu tadi....” perli Fikri sambil memandu semula keretanya
Sekali lagi Fira senyap. Membuat muka selamba. Geram pula Fikri dengan sikap Fira.
“Awak ni kenapa...? nak buat perangai lagi ke..?” berang Fikri
“errr... saya tak tahu nak cakap apa...” jawab Fira perlahan. Takut dia bila suara Fikri sudah meninggi.
“jawab apa yang saya tanya..itu pun susah ke..? kenapa mesti nak senyap...? ada emas ke dalam mulult awak tu...?” bebel Fikri kepada Fira
Fikri mengerling ke arah Fira. Fira hanya mendiamkan diri. Dia takut untuk memandang wajah Fikri.
“jangan ngada-ngada nak buat perangai lagi...” tambah Fikri lagi
“awak memang sengaja kan, pakai baju sama dengan saya....?” TANYA Fikri dengan suara yang sudah mula mengendur
“ Errr... tak adalah...baju ni da siap iron...mana saya tahu awak pun pakai baju sama colour dengan saya....” jawab Fira tergagap-gagap.
Fikri hanya tersenyum sinis mendengar jawapan Fira itu. Selepas itu, suasana kembali senyap sehingga mereka sampai ke tempat kerja.
..................................................
Fikri dan Fira beriringan masuk ke pejabat. Tanpa mereka sedari ada sepasang mata sedang merenung tajam kea rah mereka. Orang itu adalah Ely. Dalam diam rupanya Ely menaruh hati kepada Fikri. Bukan tidak pernah Ely member ‘hint’ kepada Fikri tentang perasaannya tetapi Fikri yang sengaja tidak mahu mengendahkannya. Fikri dan Fira berpisah apabila FIkri masuk ke biliknya. Ketika Fira duduk di tempatnya, dia ditegur oleh Sheqa.
“wah kau hari ni, datang dama tepat dengan bos... tak bising ke dia, engkau datang sama masa dengan dia..?” tanya Sheqa
“alah...terkebetulanlah... bukannya saing pun.. ni aku nak cerita sikit ni...” balas FIra kembali
“ hah..apa dia..? cepat cerita..” balas Sheqa tak sabar ingin tahu
“ Ish kau ni...bab gossip cepat aja kan...” belum sempat Fira meneruskan kata-katanya, Fikri sudahpun berada di hadapan mejanya. Tidak jadi dia ingin meneruskan ceritanya. Sheqa pula terus berpura-pura sedang membuat kerja,
“Errr... ya En. Fikri, ada apa-apa yang encik nak ke..?” tanya Fira tergagap-gagap
“saya nak keluar kejap.. nanti pukul 11.00 pagi ikut saya pergi meeting di Syarikat En. Leong. Saya kena gantikan Datuk. Jangan lupa dapatkan segala maklumat dari Kak Yati..” jelas Fikri
Fira hanya mengangguk tanda faham. Sebelum keluar, Fikri sempat melemparkan senyuman kepada Sheqa.
“weyh..weyh... bos kau senyum kat akulah..” beritahu Sheqa dengan nada percaya dan tidak.
“sukalah kau ya... entah-entah dia suka kat kau tak...?” gurau Fira
“ banyaklah kau... dah tu laki dengan anak aku tu nak campak mana...?” balas Sheqa semula
“ aku rasakan macam ada sesuatu yang luar biasalah hari ni...” jelas Sheqa dengan penuh curiga
“apa yang luar biasanya..?” tanya Fira kembali
“kau dengan en. Fikri.... baru aku perasan, yang baju korang warna sedondon... dia pakai warna ungu, engkau pon sama..berjanji ke..? ataupun...?” balas FIra dengan penuh curiga
“erkkk..?? ala...terkebetulan ajalah.. tak kuasa aku nak berjanji-janji dengan dia.. engkau pon tahu kan aku dengan bos aku tu amcam mana...” terang Fira pula
“ye lah tu... banyak betul kebetulan korang ye hari ni...” balas Sheqa sambil tersenyum sinis
“mana baju kau yang vogue macam semalam tu weyh...?” tanya Sheqa lagi
“simpan..ada orang tak suka aku pakai macam tu...” balas Fira bersahaja.
“siapa..? En. Fikri..? En. Hisyam..?”tanya Sheqa ingin tahu.
“siapa-siapa ajalah Sheqa oiii...yang penting aku tetap nampak cun kan...hahaha” seloroh Fira
“yelah tu..cunla juga..kalau macam semalam lagi meletup beb...hahaha” balas Sheqa pula
“macam-macamlah kau ni..dah lah weyh.. aku nak prepare untuk meeting nanti..karang kalau tak lengkap maklumat, aku juga yang kena dengan En. Fikri..”
Mereka menamatkan perbualan mereka setakat itu. Selepas itu, Fira terus melakukan tugas yang diarah oleh Fikri.
1 comments:
ei penyibuk dah muncul.menci betul la gan ely gedik ni.
Post a Comment