Blogger Layouts

Friday, 23 September 2011

Cintaku Untukmu 28

BAB 28
Pakcik Fakrul segera menuju ke bilik Fira. Dia melihat Fira sedang menangis teresak-esak di tepi katil.
“Fira... kenapa ni sayang..?” tanya Pakcik Fakrul lembut
“Fira benci Fik abah.... Fira benci...” balas Fira dengan suara yang tersedu sedan
“Fik buat apa pada Fira...? Dia pukul Fira ke..?” tanya Pakcik Fakrul lagi
Fira hanya menggeleng.
“Sudahlah tu... tak baik membenci suami Fira... Fik kan suami Fira...”
“Cuba Fira cerita kat abah, apa yang berlaku sebenarnya....” pujuk Pakcik Fakrul
Fira menceritakan apa yang telah terjadi kepada abahnya.
“sudahlah sayang.... Abah rasa Fik tak salah... Dia marah Fira pun bersebabkan..? itu maknanya dia sayangkan Fira... Fira kena faham kerja Fik, dia sibuk... tapi cuba Fira tengok tadi, dia nak juga kan datang...” pujuk Pakcik Fakrul lembut
“ kalau dia sayangkan Fira, kenapa dia tinggalkan Fira tadi..? kenapa dia tak pujuk Fira...?” tanya Fira pula
“ Mungkin dia kecil hati sebab Fira suruh dia pergi.....”
“Fira sayang...... Fira dah lupa ke apa yang abah pesan dulu..? syurga isteri terletak bawah kaki suami apabila seorang perempuan itu berkahwin. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami.... pergilah balik, minta maaf pada Fik... tak baik macam ni.... tak salah Fira beralah nak....  “ nasihat Pakcik Fakrul kepada Fira
Fira berasa terkesan dengan kata-kata abahnya itu. Dia sedar dia telah bersikap kasar terhadap suaminya itu. Dia juga telah melakukan sesuatu yang Fikri tidak suka.
“isteri yang mendatangkan kemarahan pada suami dan suami pula tidak memaafkannya sebelum tidur, isteri itu akan dilaknat malaikat sehingga subuh...” tambah Pak cik Fakrul lagi seraya meninggalkan Fira sendirian.
Fira memikirkan balik apa yang diperkatakan oleh abahnya itu.
...........................................................
“Assalamualaikum...Cik Yah, saya ni Fakrul..” ucap Pakcik Fakrul sejurus panggilan dijawab
“Waalaikummussalam.. ya Fakrul, nak cakap dengan Faizal ke..? dia tak ada..keluar sekejap dengan Faiz..” beritahu Datin Maria
“tak mengapa... dengan Cik Yah pon boleh...”
“saya nak tanya ni... Fik dah balik ke...?” tambah Pakcik Fakrul lagi
“Dia baru aja balik... ada dalam bilik dia... kenapa Fakrul...?” tanya Datin Maria pula
Pakcik Fakrul menceritakan serba sedikit apa yang terjadi kepada Datin Maria.
“Cubalah Cik Yah pujuk si Fik tu..tentang Fira jangan risau... nanti saya pujuk dia balik ke sana malam ni...” jelas Pakcik Fakrul
“Baiklah kalau macam tu..” balas Datin Maria kembali


2 comments:

YONG JIAO XIU said...

bagus tul la ayah fira ni. baik. igt dah kena marah dah.

Anonymous said...

alhamdulilah nasib baik kedua mertua baik mencari jln utk mendamaikan kedua pasangan :)