Blogger Layouts

Thursday, 22 September 2011

Cintaku Untukmu 27

BAB 27
Fira terus mengambil keputusan untuk pulang ke rumah abahnya. Sebelum itu, dia menghubungi  ibu mertuanya terlebih dahulu untuk memaklumkan keberadaannya. Pada Fikri, dia hanya mendiamkan diri.
“eh, Fira.. sorang saja..? Fik mana..?” tanya Pakcik Fakrul
“ Fik sibuk....” jawab Fira pendek
“ Ni.. Fira ke mari, Fik tahu tak...?” tanya Pak cik Fakrul lagi
“ Fira dah bagitahu dah tadi kat office..” bohong Fira. Padahal dia  langsung tidak memberitahu ke mana arah tujunya kepada Fikri.
“Fira naik dulu ya bah...letih...” balas Fira lagi
.........................................
Fikri pulang lewat malam setelah mesyuarat selesai. Dia terus menanyakan Fira kepada ibunya.
“ Fira mana bu...? dah tidur ke...?” tanya Fikri
“Aik... Fira kan ke rumah abahnya... kamu tak tahu ke...?” jawab Datin Maria
“Alamak... lupah bu... tadi Fira ada bagitahu..” bohong Fikri. Hakikatnya dia tidak tahu menahu langsung yang Fira ke rumah abahnya.
“Apalah kamu ni..entah-entah dia merajuk agaknya.. kamu dah janji tapi tak tunaikan...” balas Datin Maria
“Fik bukan sengaja.... Fik ada kerja... tak apalah bu, nanti Fik telefon dia....”balas Fikri kembali. Dia terus melangkah menuju ke tingkat atas.
Selepas membersihkan diri, Fikri cuba menghubungi Fira tetapi Fira tidak menjawabnya.
...............................................
“Abah..... Fira nak keluar kejap ya... tengahari nanti Fira balik...”
“Fira nak ke mana tu..? dah minta izin Fik...?” tanya Pak cik Fakrul
“sudah.....” bohong Fira
“Fira nak beli barang sikit...” tambah Fira lagi
“ye lah... hati-hati ya...” pesan Pakcik Fakrul
.....................................................
Ketika sedang mencari barang yang dikehendaki, Fira terserempak dengan En. Hisyam, Pegawai Pemasaran di tempat kerjanya. En.Hisyam mempelawa Fira untuk makan tengahari bersama dengannya, tetapi Fira menolak. Berkali-kali dipujuk akhirnya Fira bersetuju. Tanpa diduga, Fira dan En. Hisyam bertembung dengan Fikri bersama Ely yang baru selesai makan di kedai makan yang sama mereka tuju.
“hai, En. Fik... Ely... tak sangka jumpa u all kat sini...” tegur HIsyam
Fira di sebelah hanya membuat muka selamba.
“Hey... u all pon makan dekat sini ke..? tak sangka i, rupanya dalam diam u dengan Fira  ye Hisyam..” balas Ely pula. Tangannya berpaut mesra pada lengan Fikri
Fikri merenung tajam ke arah Fira tetapi dia sedikit pun tidak menunjukkan riak takut seperti selalu. Panas hati Fikri melihat sikap selamba isterinya itu.
“okeylah  Hisyam... kami pergi dulu , ada hal...” balas Fikri sambil mengatur langkah meninggalkan kedai makan itu bersama Ely.
Beberapa minit selepas Fikri meninggalkan kedai itu, Fira menerima panggilan dari Fikri.
“Balik sekarag....!!!” arah Fikri dengan suara yang kedengaran begitu tegas.
Belum sempat Fira menjawab, Fikri telah pun mematikan talian terlebih dahulu.
Fira tidak mengendahkan arahan Fikri itu. Lebih kurang sejam lebih kemudian, dia mendapat panggilan dari abahnya yang menyuruhnya pulang segera.
“En. Hisyam.. saya pulang dulu ya.. abah saya call bagitahu kawan saya datang...” beritahu Fira
“ kalau macam tu, marilah saya hantarkan...” pelawa En. Hisyam
“Eh.. tak apalah..okeylah saya balik dulu ya...terima kasih...” balas Fira seraya meninggalkan tempat itu
................................................
“kenapa Fira  lambat...? lama dah Fikri tunggu Fira...Fira tak tahu ke Fik nak datang...?” tanya Pakcik Fakrul
“Fik mana bah...? “ tanya Fira tanpa menjawab pertanyaan abahnya. Dia meninggalkan semua barang yang dibelinya di atas meja makan
“Dia ada kaat atas.. dalam bilik kamu...” beritahu Pakcik Fakrul
Fira terus melangkah naik menuju ke bilik tidurnya. Dilihatnya Fikri sedang berdiri di tepi tingkap sambil merenung tajam ke arahnya.
“ baru balik...?” tanya Fikri tegas
“Awak dah mula nak buat perangai lagi ke..?”
“Awak ke mana tadi...?” tanya Fikri lagi
“ Kenapa awak nak ahu...? awak keluar dengan Ely, saya tak ambil tahu pun...” balas Fira selamba
“sqya tanya awak ke mana tadi..?!! “ tanya Fikri sekali lagi dengan tegas
“saya keluar beli barang...” jawab Fira
“beli barang atau pergi jumpa Hisyam..?” tanya Fikri lagi
“suka hati awaklah nak fikir apa...” balas Fira kembali
“kan saya dah kata.. jangan nak buat perangai.. jangan keluar dengan dia... lagi satu selagi awak tu isteri saya, maklumkan semua pergerakan awak pada saya terlebih dahulu...” jelas Fikri dengan suara yang masih meninggi
“saya tunggu awak kat rumah ni dekat 3 jam, tapi awak tak balik-balik.. awak ingat saya apa...” berang Fikri
“saya tak suruh pun awak ke mari... saya tak suruh pun awak tunggu saya... ada saya marah bila awak tak tunaikan janji awak? Ada saya melenting bila awak lebihkan orang lain dari saya...?” luah Fira dengan tangisan yang sudah mula kedengaran
Fikri rasa bersalah melihat Fira menangis. Dia ingin mendekati isterinya untuk memujuk tetapi Fira menolaknya. Ego lelakinya rasa tercabar diperlakukan begitu.
“pergi...saya tak perlukan awak... ! awak tak payah datang sini lagi... pergi.... pergi dari sini...” Fira menghalau Fikri tanpa dia sedari.
Fikri terus berlalu pergi meninggalkan Fira sendirian. Rasa tercabar dirinya diperlakukan begitu.
“Fik nak pergi mana ni...?” tanya Pakcik Fakrul saat melihat FIkri ingin bergegas keluar
“Fik nak balik.. lagipun Fira tak suka Fik ada kat sini...” jawab Fikri sambil menyalami bapa mertuanya.

1 comments:

Yong said...

mesti fira kena marah gan bapak dia plk nti.huhuhu ngada2 tul la fik ni.