BAB 43
Ting tong... ting tong...
“Assalamualaikum...Fik ooh Fik..u ada kat rumah tak...?”
Terdengar bunyi loceng dan orang member salam bertalu-talu.
....................
Fira yang terdengar bunyi orang memberi salam dan loceng terus menolak Fikri. Dia segera bangkit dari katil. Tidak sempat Fikri hendak bertindak lebih ke atasnya. Tanpa sengaja, rupanya Fikri telah terjatuh dari katil.
“aduh...ish awak ni kenapa...?” tanya Fikri sambil mengaduh kesakitan
“Errr...awak.. sorry tak sengaja....” balas Fira sambil membetulkan bajunya
“saya dengar ada orang beri salam tadi,” tambah Fira lagi. Dia membantu Fikri bangun dan duduk di katil. Kemudian dia segera ke tepi tingkap untuk mengintai siapa yang datang.
“Siapa yang datang tu...? kacan daun betullah...” rungut Fikri
“Emm... buah hati awaklah...” balas Fira sinis
“Buah hati saya..??” tanya Fikri kembali sambil melangkah ke tingkap
“Ely.... apa dia buat kat sini..?” tanya Fikri lagi
“mana saya tahu....” balas Fira bersahaja
“Emmm... saya turun kejap..awak tunggu sini..jangan ke mana-mana...” beritahu Fikri
.........................
“hai Ely... u buat apa kat sini...? u tak kerja ke? Mana u tahu alamat rumah i ni..?” tanya FIkri sesudah pintu rumah dibuka.
“I ambil dari sistem.. i cuti hari ni... mestilah i datang sini nak jumpa u....” balas Ely sambil tersenyum menggoda
“u tak nak jemput i masuk ke...?” tambah Ely lagi
“Eh... tak apalah... kita borak dekat luar aja... lagipun tak manis kalau u masuk rumah i..sebab tak ada siapa-siapa...” balas Fikri cuba mengelak
“kalau macam tu kita keluar nak..? jom teman i pergi genting...” ajak Ely
“Err..tak apalah, i nak rehat dekat rumah aja...” ucap Fikri lagi cuba mengelak
“alah u ni...jomlah teman i.... please... kalau u tak mahu temankan i, i duduk sini sampai petang....” ugut Ely
“hah... errr... okeylah-okeylah.. u tunggu kejap, i pergi mandi dan bersiap...” balas Fikri yang akhirnya akur dengan kehendak Ely.
...............................................
“buah hati awak tu nak apa datang sini...?” tanya Fira, saat FIkri masuk ke bilik.
“ajak dating...” balas Fikri bersahaja
“Emmm....” hanya itu yang mampu Fira balas
Fikri segera mendapatkan FIra. Dia memegang kedua-dua belah pipi Fira.
“saya keluar kejap...nanti kita sambung lagi ya sayang....” ucap Fikri sambil tersenyum nakal. Kemudian dia mengucup dahi Fira.
Kemudian dia melangkah ke bilik air untuk mandi. Saat Fikri keluar dari blik mandi, Fira masih lagi termangu di tepi katil.
“awak jangan ke mana-mana okey... tunggu sampai saya balik...” pesan Fikri kepada Fira
Selesai bersiap, dia terus keluar meninggalkan Fira sendirian. Fira tidak tahu mahu berkata apa. Menyesal pula rasanya cuti pada hari tersebut. kalau dia tahu begitu jadinya, baik dia ke tempat kerja walau lambat bagaimanapun.
.....................................
Fira merasa bosan tinggal sendirian di rumah. Ingin menelefon atau meseg Fikri supaya pulang segera, dia risau jika Fikri akan marah. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengemas rumah.
Selesai mengemas rumah dan masak makan tengahari, Fira tidak tahu lagi untuk buat apa. Akhirnya Fira memberanikan diri unruk menelefon Fikri.
.........................
“Fik, kita makan kat kafe sini sajalah..ok?” cadang Ely
“em.. ok, i follow ja..” beritahu Fikri sambil tersenyum mesra
Dia terlupa sebentar akan isterinya yang ditinggalkan. Tiba-tiba telefon bimbit Fikri berbunyi. Tertera perkataan “MY SOULMATE” .
“ siapa yang call u tu..?” tanya Ely ingin tahu.
“Err... kawan i, sekejap ea u...” Fikri meminta diri sebentar untuk menjawab panggilan itu
“Hello.. hah awak, kenapa...?” tanya Fikri kasar
“Assalamualaikum....” ucap Fira lembut
“Ermm... waalaikummussalam...” balas Fikri
“hah... kenapa awak telefon ni....?” tanya Fikri lagi
“Errr... saya nak tanya awak kat mana...? awak balik makan tak tengahari ni...? saya dah masak...” beritahu Fira
‘Ya Allah... macam mana aku boleh lupa yang aku tinggalkan dia kat rumah sorang-sorang ni...?” Fikri bermonolog sendiri
“Awak...??” panggil Fira
“Emmm... awak maknlah dulu... saya ada kat genting ni... kenapa tak meseg saja...?” tanya Fikri
“Err... saya takut awak tak balas meseg saya nanti...” beritahu Fira
“apa-apa ajalah... awak makan ajalah dulu.. nanti kejap lagi saya baliklaj. Ely dah tunggu saya tu..nanti lama-lama sangat dia curiga pula.. lagi satu, jangan pergi ke mana-mana.. tunggu aja saya kat rumah...” pesan Fikri kepada Fira. Kemudian dia menamatkan panggilan dan kembali semula ke tempat dia duduk bersama Ely sebentar tadi.
“apa-apa ajalah... awak makan ajalah dulu.. nanti kejap lagi saya baliklaj. Ely dah tunggu saya tu..nanti lama-lama sangat dia curiga pula.. lagi satu, jangan pergi ke mana-mana.. tunggu aja saya kat rumah...” pesan Fikri kepada Fira. Kemudian dia menamatkan panggilan dan kembali semula ke tempat dia duduk bersama Ely sebentar tadi.
“kenapa kawan u call...?” tanya Ely saat Fikri kembali semula
“nothing... Cuma nak ajak i lepak-lepak malam ni...” bohong Fikri
“owwh... kalau i joint boleh..?” tanya Ely mesra
“ u nak joint....?? err... i tak confirm lagi nak keluar ke tak...” beritahu Fikri cuba mengelak
‘‘lagipun, i penatlah.. ni pun dah hampir seharian keluar...ingat nak berehat saja malam ni...” tambah Fikri lagi
“kalau macam tu, i teman u kat rumah ok... kita balik kejap lagi...” bals Ely sambil memaut mesra lengan Fikri
Fikri dapat merasakan yang ely semakin lama, semakin galak menggodanya. Ely semakin berani bertindak lebih dari jangkaannya. Nasib baik dia bukan jenis lelaki buaya darat dan mudah terlentok pada godaan wanita sebegitu. Baginya cinta dan sayangnya hanya untuk Fira seorang . isterinya satu-satunya. Walaupun dia tidak pernah mengakuinya di hadapan Fira. Tetapi hakikatnya dia sudah mula jatuh cinta dengan wanita itu. Kesabaran dan keletah Fira mencuri hatinya untuk terus mengasihi wanita itu.
“hah...? tak apalah, kita lepak dekat sini aja... i teman u ok...” balas Fikri pula
“ ala u ni, apa salahnya... lagipun bukan ada siapa-siapa kat rumah u tu kan...?” pujuk Ely lagi
“sebab tak ada siapa-siapalah yang tak boleh tu... tak eloklah macam tu... kesian parents i... mereka pergi buat ibadat, anak dia pula duduk berduaan dengan perempuan yang tak ada kena mengena...” ucap Fikri memerli Ely
“ erm..yelah-yelah... kalau macam tu kita balik lewat sikit ya...?” balas Ely cuba menutup malu ditegur begitu.
............................
Tiba-tiba Fira merasa sebak ditinggalkan sendirian begitu. Dia menangis sepuasnya seorang diri. Dia menjerit sekuat hatinya di dalam rumah besar itu. Nasib baik rumah mereka jauh dengan rumah jiran-jiran yang lain. Hampir sejam menangis barulah fira merasa lega sehingga sembab matanya. Dia baru teringat yang dia belum menunaikan kewajipan kepada ILAHI. Lantas dia segera menuju ke bilik.
Fira mengadu nasibnya kepada Allah yang Maha Esa. Dia berdoa agar diberi kekuatan dan kesabaran dalam melayani karenah suaminya. Dia memohon agar dia sentiasa tabah dalam menjalani kehidupan berumahtangga bersama Fikri.
Setelah bermunajat kepada Yang Maha Esa. Barulah Fira merasa tenang. Untuk mengisi harinya dari terbuang begitu sahaja dan bercadang untuk membuat cupcake dan fruit cheese tart. Dua benda ini adalah kegemaran di masa lapangnya semasa bujang dahulu.
Setelah selesai, fira menelefon Sheqa.
“Hello..Assalamualaikum...” ucap Fira
“waalaikummussalam..hah kenapa ni..?” balas Sheqa
“tak ada apa-apa..weyh nanti lepas kerja, singgah rumah aku kejap ya...” beritahu Fira
“rumah kau...?” tanya Sheqa lugu
“Rumah En. Fikri lah, Rumah Datuk Faizal...” balas Fira pula
“oowh..hehee ada kenapa pula..? En. Fikri tak marah ke karang...?” tanya Sheqa lagi
“Aku nak bagi kau cupcake dengan cheese tart sikit..En. Fikri tak adalah, dia keluar... kalau ada dia, takkan aku nak suruh kau datang pula...’ beritahu Fira.
‘’Dia tak ada kat rumah?” tanya Sheqa lagi
“dahlah.... nanti aku cerita..jangan lupa singgah ye balik nanti..” pesan Fira lagi
“hah yela...” balas Sheqa tanda mengerti
................................
Petang itu, Sheqa singgah ke rumah Datuk Faizal selepas pulang dari kerja.
Petang itu, Sheqa singgah ke rumah Datuk Faizal selepas pulang dari kerja.
“rajin kau buat benda ni semua...” ucap Sheqa
“habis dah tak tahu nak buat apa.... aku buat ajalah benda yang aku suka...” balas Fira
“ingat juga kau kat aku ya...hehehe” tambah Sheqa lagi sambil tersengih
‘mestilah..sebab kau nak cuti esok, aku soh kau datang ambil... kalau tak, melepaslah kau....” gurau Fira
“yelah..terima kasih...” balas Sheqa
“laki kau pergi mana..? kenapa kau tak ikut dia sekali...?” tanya Sheqa tiba-tiba
“keluar dengan Ely... dari pagi tadi sampai sekarang tak balik-balik... hairan betul aku, macam mana lah perempuan tu boleh pula datang sini ajak Fik keluar...” jelas Fira
“patutlah dia tak kerja... pagi tadi dia datang kejap, tahu je En. Fikri cuti terus dia kata dia mc... ke sini rupanya dia..” beritahu Sheqa pula
Fira meluahkan serba sedikit masalahnya kepada Sheqa. Lega hatinya dapat meluahkan rasa yang terbuku di dalam hati.
“sabarlah Fira...dugaan berumahtangga... aku yakin satu hari nanti, kau akan peroleh kebahagiaan kau...’ nasihat Sheqa
“harap-harapnya... terima kasih sebab sudi dengar luahan hati aku...” balas Fira pula
“apa ada hal.. aku kan kawan kau...” balas Sheqa pula sambil tersenyum mesra.
“okeylah... aku nak balik... dah lewat ni..anyway, thanks for the desserts... ‘‘ tambah Sheqa sambil menunjukkan bungkusan yang diberikan Fira
Fira menghantar Sheqa pulang hingga ke muka pintu.
...........................
Sehingga jam 8 malam, Fikri masih lagi belum pulang. Fira menunggu Fikri di ruang tamu sehingga akhirnya dia terlelap.
Jam 10.00 malam, barulah Fikri pulang. Ketika pulang, Fikri lihat suasana rumah suram. Dia mencari-cari kelibat Fira. Ketika dia ingin melangkah menaiki tangga menuju ke tingkat atas, dia terdengar bunyi suara di ruang tamu. Lantas dia bergegas ke ditu. Dilihat Fira sedang tidur, manakala televisyen terpasang. Dia segera mematikan televisyen dan mendapatkan Fira. Dia tenung wajah mulus itu.
Mata Fira yang sembab membuatkan Fikri rasa bersalah. Dia mengusap lembut pipi isterinya itu. Tiba-tiba Fira tersadar dari tidurnya.
“awak dah balik...?” tanya Fira saat melihat Fikri
“sudah... kenapa tidur dekat sini..?” tanya Fikri lembut
“perlu ke awak tahu...? saya ingat awak dah tak jumpa jalan pulang bila dah bersama Ely...” ucap Fira sinis sambil memalingkan mukanya dari menghadap Fikri. Dalam dian, dia menangis sebenarnya.
Fikri terasa dengan kata-kata Fira itu, lantas dia ingin meninggalkan Fira disitu. Tiba-tiba Fira menarik tangan Fikri. Fikri menoleh kea rah Fira.
“kenapa....?” tanya Fikri
Fira bangun dari pembaringannya dan melepaskan pegangannya pada tangan Fikri.
“kenapa awak buat saya macam ni...?” kenapa awak selalu sahaja menduga saya dengan sikap dan layanan awak..? saya ni tak ada tempat langsung ke dalam hati awak...? bila awak perlukan saya , awak cari.. bila tak nak, awak biarkan aja macam tu...” luah Fira. Air matanya sudah mula mengalir.
Fikri terpempam seketika. Kemudian dia melangkah pergi meninggalkan Fira sendirian di situ tanpa berkata apa.
Tanpa dipaksa, air mata Fira berjujuran sekali lagi diperlakukan begitu oleh Fikri.
........................
Ketika Fira melangkah masuk ke bilik, Fikri berada di dalam bilik air. Fira merasa penat dan lemah seluruh sendinya. Dia merebahkan dirinya di atas katil. Dia baring membelakangi tempat pembaringan Fikri. Bantal peluk diletakkan di tengah-tengah sebagai penghalang.
Fira masuh lagi menangis dalam senyap. Fikri juga sudah bersiap-siap untuk tidur. Dia duduk di katil. Dia memanggil Fira lembut.
“Fira.....?” panggil Fikri lembut
Fira tidak menjawab. Dia mengesat air mata yang jatuh ke pipinya. Kemudian dia berpaling menghadap Fikri. Terlihatkan wajah Fikri, membuatkan dia mengalirkan air mata sekali lagi.
Fikri rasa bersalah melihat Fira begitu. Lantas dia mengalihkan bantal yang diletakkan di tengah-tengah itu. Kemudian dia baring di sebelah Fira.
“ Shh... jangan menangis lagi..” pujuk Fikri sambil mengesat air mata Fira yang berjujuran di pipi. Fira masih lagi begitu. Fikri menarik Fira kedalam pelukannya. Dia mencium ubun-ubun Fira untuk menenangkan wanita itu.
‘’sudah ya sayang.... jangan menangis lagi.. saya ada kat sini dengan awak...’’ucap Fikri lembut memujuk Fira
Perlahan-lahan Fira membalas pelukan Fikri. Pelukan yang sangat kejap, seakan dia tidak mahu melepaskan lelaki itu pergi dari dalam hidupnya. Tiada kata yang lahir dari bibirnya saat itu. Hanya air mata yang mengalir. Malam itu Fira tidur dalam dakapan Fikri ditemani air mara.
3 comments:
huh mmg pompuan miang nak mampus tul la. huhuhu kesian fira.
Matikan la watak ely 2..
gedik nk mmpus,eee...geram..
kurang asam punye fikri penegecut tak nak ngaku fira tu isterinya depan ely bagitau jer lah kat ely yg awak tu dah kawin yg si ely tu pun tak tau malu langsung gedikss sampai offer diri sendiri ke rumah fikri huh meluat matikan jer watak ely biar rumahtangga fira aman damai
Post a Comment