BAB 33
Petang itu FIra menumpang bapa mertuanya, Datuk Faizal untuk pulang. Nasib baik Fikri telah memaklumkan papanya terlebih dahulu. Kalau tidak pastu Datuk Faizal curiga.
Ketika Fira pulang, Fikri masih lagi belum pulang. Setelah menyapa ibu mertuanya di halaman rumah, dia terus masuk ke dalam rumah untuk membersihkan diri.
..................................
Ketika Fira keluar dari bilik air, Fikri sudah pun pulang dan berada di dalam bilik itu. Nasib baik Fira sudah siap berpakaian dari dalam bilik air. Muka Fikri kelihatan sedikit tegang.
“Err... bila awak balik...?” tegur Fira
Fikri tidak menjawab tetapi terus menyoal Fira kembali.
“Awak buat apa kat Ely tadi...?” tanya Fikri serius
“Boleh tak kalau awak tak cari pasal dengan dia..?” tambah Fikri lagi.
“Er... dia mengadu dengan awak ke...?” tanya Fira pula
“yang awak berani sangat cakap macam tu dekat dia kenapa..? awak memang nak sangat semua orang tahu rahsia kita kan...??” berang Fikri
“tak..... saya cuma bela diri saya ja.... dah dia yang cari pasal dulu..saya balaslah balik....” jawab Fira membela diri
“sudah..!! saya tak nak tahu apa-apa .... lepas ni jangan nak cari pasal dengan dia... jangan nak susahkan saya dengan benda-benda macam ni... saya rimas...!!” selepas itu Fikri terus berlalu ke bilik air
Macam-macam yang Fira rasakan waktu itu. Geram dengan Ely yang mengadu pada Fikri tentang hal itu. Sedih bila Fikri memarahinya kerana Ely. Baru hendak berbaik, begini pula jadinya. Sesungguhnya dia merasa sedih apabila mengenangkan yang Fikri terlalu menyebelahi Ely dari dirinya. Dia tidak tahu sampai bila mereka akan berkeadaan begini.
........................................................
Selepas makan malam, semua orang duduk berkumpul di ruang tamu. Fira pula meminta diri untuk ke bilik. Datin Maria merasa curiga.
“Fik... Fira kenapa monyok aja...? kamu bergaduh lagi ke dengan dia..?” tanya Datin Maria
“Mana ada ibu.... dia datang bulan kot...” teka Fikri
“datang bulan...? berapa kali nak datang bulan? Bukan baru lepas ke..?” tanya Datin Maria lagi.
“errr...ermm...” Fikri hilang kata-kata
“kamu jangan macam-macam ya Fik...” tegas Datin Maria
“Fik naik dululah bu, papa... tengok Fira kejap..” jawab Fikri ingin melarikan diri. Dia terus berlalu ke tingkat atas.
........................................
Fikri melangkah masuk ke biliknya. Dilihat Fira sedang berbaring di katil dengan keadaan mengerekot. Fikri yang tidak tahu kenapa dia berkeadaan begitu terus menyerangnya dengan kata-kata.
“awak ni kenapa, asyik nak buat hal saja... boleh tak muka tu jangan nak monyok aja...sebab awak, saya kena leter dengan ibu.. tegur sikit nak buat perangai.. tak kan nak bergaduh lagi..? baru baik kan..?!” bebel Fikri
Fira masih lagi berkeadaan begitu. Fikri hairan dan merasa geram tiba-tiba. Lantas dia mendapatkan Fira.
“Fira...!! awak dengar tak..?!” tanya Fikri geram sambil mendapatkan Fira
Dilihatnya muka Fira pucat, dia sedang menahan kesakitan. Air matanya laju saja mengalir.
“Fira.....? awak kenapa ni...? awak ok...?” tanya Fikri lembut. Dia risau melihat keadaan Fira begitu
“saya senggugut.....tolong awak....sakit sangat.....” jawab Fira tergagap-gagap. Tak pernah dia alami senggugut yang sebegitu teruk sekali.
“err.. apa saya nak buat...?” tanya Fikri terpinga-pinga
“awak.... tolong ambilkan pil warna pink dalam laci tu...dengan losyen mustajab tu sekali...” beritahu Fira dengan air mata yang masih mengalir.
Fikri lantas mengambil pil yang dimaksudkan dan juga losyen mustajab.
Dia membantu Fira bangun. Fira dibiarkan bersandar di kepala katil. Fira masih lagi menangis menahan kesakitan. FIkri memberikan pil dan air kepada Fira.
“macam mana...dah ok..?” tanya Fikri
Fira hanya mengangguk. Tangisannya sudah mula reda.
“err... tak apalah, awak keluarlah dulu.. nanti saya sapu sendiri losyen tummm” beritahu Fira
‘’ tak payah... malas saya nak turun..nanti ibu tanya macam-macam kat saya.. bak sini losyen tu.. saya tolong awak...dah baring... saya tolong...” arah FIkri
Fikri sudah ingin menyelak baju Fira untuk menyapu losyen dan mengurut perut Fira bagi meredakan kesakitan. Tetapi Fira melarang.
“Err.... awak nak buat apa ni...?” tanya Fira sambil menghalang tangan Fikri dari menyelak bajunya.
“nak urutlah...dah jangan banyak soal... “ ucap FIkri lantas menyelak baju Fira. Perlahan-lahan dia menyapu losyen mustajab dan mengurut perut Fira.
“selalu ke awak senggugut macam ni...?” tanya Fikri yang masih lagi mengurut perut Fira.
“Err.... ?” Fira yang terlalu asyik melayan perasaan, terkejut seketika.
“berangan ke...?” tanya Fikri. Fira tidak menjawab. Malah dia mngucapkan terima kasih kepada Fikri
“awak.... terima kasih ya... saya minta maaf asyik susahkan awak je...” ucap Fira dengan air mata yang sudah mula mengalir
Dia terharu dengan apa yang Fikri lakukan. Walaupun marah dan benci kepadanya, Fikri tetap mengambil berat akan dirinya.
“awak ni nangis lagi...tak sudah-sudah nangis..murah betul air mata awak tu ya...” ucap Fikri pula
“bagus juga macam ni..dapat saya tengok dan pegang perut awak yang gebu ni...hahaha” tambah Fikri lagi dengan ketawa yang kedengaran.
“erk...” Fira malu dengan kata-kata Fikri itu. Kantas dia menundukkan wajahnya. Mukanya sudah merona merah.
“kenapa..? malu ke...? hahaha..” ucap Fikri lagi
“esok nak mc ke...?” tanya Fikri lagi menukar topic
“tak payah kot...okeylah ni kejap lagi..takkan nak mc lagi..baru mc kan 3 hari lepas...” beritahu Fira
“yelah...suka hati awaklah... dah lah, pergi tidur... tidur awal sikit.. lagi satu, jangan sampai ibu tahu yang awak tengah period..nanti kantoi pula...kena bebel lagi dengan ibu..” pesan Fikri. Lantas menyudahkan apa yang patut.
Malam itu Fira tidur dengan hati yang riang. Kadangkala dia tidak faham dengan sikap Fikri yang ada kalanya terlalu bengkeng dengannya dan adakalanya terlalu mengambil berat.
1 comments:
pelik tul la fikri ni. mcm lalang, betul tu safira.mmg la perangai mamat ni pelik.mcm takde peerasaan je.
Post a Comment