Blogger Layouts

Monday 27 August 2012

~ CINTAKU UNTUKMU (31-40) ~


BAB  31
“Lambat kau sampai? Bos a.k.a suami kesayangan kau mana?” tanya Sheqa sebaik sahaja Fira duduk di tempatnya.
“Dia pergi seminat kat Johor 3 hari. Ahad nanti baru balik...” balas Fira sambil tersenyum.
Sheqa dapat melihat wajah temannya yang lebih ceria berbanding semalam. Seperti ada sesuatu yang membuatkan temannya itu ceria sebegitu rupa.
“Kemain ceria lagi kau pagi ni. Asyik senyum manjang. Ada apa-apa ke?” Sheqa cuba mencari tahu apa yang membuatkan temannya begitu ceria pagi itu.
“Ala, nak senyum pun salah ke? Kan senyum tu satu sedekah...” balas Fira. Sengaja dia ingin menyakat temannya itu.
“Yelah tu, semalam nangis sampai lupa daratan. Hari ni pula, senyum manjang. Dah macam orang angau aku tengok...” perli Sheqa.
“Apa-apa ajelah Sheqa oii! Dah lah, aku nak pergi buat kerja. Melayan kau, memang tak buat kerja lah aku jawabnya...” Fira terus menumpukan perhatiannya pada surat-surat yang terdapat di atas mejanya itu.
“Eleh! Bos kau bukannya ada pun...” Sheqa masih lagi mahu mengajak Fira berbual.
“Bos aku memanglah tak ada, tapi surat-surat atas meja ni bukan kerja aku ke? Nak kena selesaikan juga...” balas Fira tanpa menoleh kea rah Sheqa.
Sheqa hanya mencebik sahaja mendengar kata-kata Sheqa itu. Sebelum dia berpusing untuk menghadap mejanya semula, dia terperasan sesuatu yang luar biasa pada Fira. Dia segera bangun dan mendapatkan Fira. Dia menundukkan sedikit kepalanya untuk meneliti kesan yang terdapat di leher Fira. Kesan itu jelas kelihatan, tambahan pula Fira menyanggul tinggi rambutnya hari itu.
Fira tersentak apabila dia merasakan ada seseorang yang begitu hampir dengannya.
“Eh, kau ni dah kenapa? Buat terkejut aku ajalah! Dah kurang kerja ke?” bebel Fira sambil menolak perlahan Sheqa dari mendekatinya.
“Erm.....” Sheqa buat muka curiga sambil tangannya mengusap-ngusap dagunya yang tidak berjanggut langsung itu.
“Kau ni dah kenapa? Mencurigakan betul lah kau ni...” Fira risau melihat Sheqa yang tiba-tiba sahaja berkelakuan pelik.
“Tadi pagi masa kau bersiap, kau tak perasan ke leher kau ni merah-merah?” tanya Sheqa.
“ Hah! Merah?” tanya Fira tidak mengerti.
“Ye lah, ni bukan kesan kena gigit nyamuk. Ni macam kesan .......... “ ucap Sheqa sambil tersenyum nakal.
“Kesan apa pula kau ni...” Fira masih lagi tidak mengerti.
“Kesan kena gigit orang! Hah, aku tau. Ngehehehe~ “ beritahu Sheqa sambil gelak jahat kepada Fira.
“Mulalah tu nak buat gelak ‘syaitanirrajim’ dia tu... “ balas Fira pula.
“Patutlah lambat pagi ni. Ni mesti malam tadi kau ehem-ehem ya dengan En. Fikri. Hehehe” tebak Sheqa sambil tersenyum nakal.
“Ehem-ehem apa pula lah kau ni. Tak fahamlah aku...” Fira masih lagi tidak dapat menebak apa yang ingin disampaikan oleh Sheqa.
“Kau ni betul luruslah. Malam tadi kan malam jumaat. Kau ni baru 1st time ke apa? Itu pun susah sangat nak faham...” ucap Sheqa sambil menggelengkan kepala melihat kelurusan temannya itu.
Fira cuba memahami apa yang ingin Sheqa sampaikan. Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata Fikri tentang malam jumaat.
“Ngeeee~  Maaflah lambat loading. Hehehe” balas Fira sambil tersengih.
“Nampak sangat ke weyh? Fik ni pun satu. Aish...” rungut Fira.
“Baru 1st time ea? Hahaha” tanya Sheqa lagi sambil ketawa.
“Sibuk ajala kau ni! Orang tanya tak jawab...” balas Fira bengang.
“Ye la tu. Mesti 1st time kan? Sebab selama berapa bulan ni, tak pernah pula aku nampak apa-apa kesan macam tu...” duga Sheqa.
“Patutlah berseri-seri aja pagi ni. Senyum memanjang, sampai naik muak aku tengok. Hahaha” tambah Sheqa lagi diselangi dengan ketawa.
“Hah! Sudahlah, aku nak pergi tandas. Nak tacap apa-apa yang patut. Karang orang lain nampak, dia ingat aku ni buat benda tak elok pula kat luar....” ucap Fira seraya meninggalkan Sheqa di situ.
..............................
“Sheqa, nanti petang balik aku tumpang kau ya?” beritahu Fira kepada Sheqa ketika mereka makan tengahari bersama.
“Takda hal lah. Ttapi apasal tak naik dengan suami kesayangan kau tu?” tanya Sheqa. Dia terlupa yang Fikri tiada.
“Kau lupa ke buat-buat lupa? Suami kesayangan aku tu kan ada kat Johor...” balas Fira pula mengingatkan Sheqa.
“Alahai, terlupalah. Sorry ya. Hehee” ucap Sheqa sambil tersengih.
“Wah! Dah pandai nak mengaku suami kesayangan dah sekarang. Tahulah tengah di awang-awangan. Hahaa” perli Sheqa.
“Memang aku sayang dia apa? Kalau tak, takkanlah free-free aja aku nak mengalah pada dia...” balas Fira sambil tersenyum simpul.
“Hah ye lah tu. Semalam kemain lagi menangis. Dah macam apa dah aku tengok. Hari ni tiba-tiba lain pula jadinya...” perli Sheqa lagi.
“Apalah yang En. Fikri dah buat kat kau ya, sampai kau cair macam ni?” tanya Sheqa
“Entah,  kuasa seorang suami kot...” balas Fira bersahaja sambil tersenyum.
...................................
Petang itu, Fira pulang dihantar oleh Sheqa. Sepanjang ketiadaan ibu bapa mereka, pembantu-pembantu rumah juga turut diberikan cuti. Kebetulan sekarang musim cuti sekolah, jadi Faiz juga dibawa bersama oleh Datuk Faizal dan Datin Maria. Hanya tinggal Fira dan Fikri sahaja berdua di rumah itu. Tetapi hari ni Fira terpaksa bersendirian di rumah sepanjang ketiadaan Fikri. Ingin minta Sheqa menemaninya, wanita itu sudah mempunyai suami. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia duduk sendirian di rumah itu. Ingin keluar sendiri, dia tidak mempunyai lesen.













BAB 32
Hujung minggu itu Fira tinggal bersendirian. Sepanjang pemergian Fikri, langsung dia tidak menerima sebarang mesej dan panggilan daripada lelaki itu. Dia tidak mahu berburuk sangka dengan suaminya, jadi dia anggap Fikri sibuk dan tidak sempat untuk menghubunginya.
“Bosannya duduk rumah sorang-sorang. Fik sudahlah tak ada. Langsung tak mesej dan call. Erm,  kalau ada anak kan best. Tak adalah bosan sangat hidup aku ni bila Fik tak ada. ANAK?!! Hehehe”
Fira bermonolog sendiri sambil berangan-angan jika dia mempunyai anak, pasti hidupnya tidak akan sunyi kalau Fikri tiada di rumah.
Petang Ahad Fikri akan pulang ke Kuala Lumpur semula setelah 3 hari menghadiri seminar di Johor. Sebelum pulang, sempat dia memaklumkannya kepada Fira melalui telefon.
“Assalamualaikum...” ucap Fikri sebaik sahaja panggilannya dijawab.
“waalaikummussalam...” jawab Fira. Dia begitu gembira menerima panggilan daripada Fikri.
“Petang ni saya gerak balik. Mungkin sampai KL malam. Ada apa-apa nak kirim?” ucap Fikri bersahaja. Lain benar layanan Fikri berbanding sebelum dia bertolak ke Johor tempoh hari.
Fira terasa hati juga dengan layanan Fikri yang dirasakan lain berbanding hari itu. Tetapi dia sentiasa berfikiran positif. Barangkali suaminya itu penat, sebab itu dia begitu. Lagi pula, sebelum ini Fikri memang begitu layanannya. Ada kalanya mesra, ada kalanya begitu bengkeng.
“Baiklah, rasanya tak ada-apa kot nak kirim. Awak nak saya masak ke malam ni...?” balas Fira pula.
“Masaklah apa-apa. Betul ni tak ada nak kirim apa-apa? Saya tak ada beli apa-apa nanti. Jangan tanya-tanya pula apa souvenir saya bawa...” balas Fikri kembali.
“Tak ada ap-apa rasanya. Cukuplah kalau awak pulang dengan selamat nanti...” ucap Fira ikhlas.
Fikri terharu mendengar ucapan Fira itu.
“Emm, okeylah. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya letak dulu...” balas Fikri.
“Awak....” panggil Fira.
“Ya, kenapa? Ada apa-apa ke?” tanya Fikri.
“Err.. tak ada apa-apa. Take care ya. Miss you...” ucap Fira seraya menamatkan panggilan.
Fikri tersenyum sendirian. Walaupun hatinya sudah mengakui yang dia memang benar-benar sayangkan Fira, tetapi dia tetap tidak mahu menunjukkannya di hadapan Fira. Dia tidak mahu Fira ambil kesempatan.
..................................................................................
Fikri sampai di rumah jam 9.00 malam. Ketika itu Fira sedang menonton televisyen. Seraya mendengar bunyi kereta Fikri di halaman, Fira terus bergegas ke pintu utama untuk menyambut kepulangan Fikri.
“Assalamualaikum awak...” ucap Fira sebaik sahaja Fikri tiba di muka pintu. Dia tersenyum mesra kepada Fikri. Segera dihulur tangan kepada Fikri untuk bersalaman.
“Waalaikummussalam...” balas Fikri dengan riak wajah yang bersahaja. Namun hakikat sebenar dia cuba menyembunyikan perasaan hatinya saat melihat wajah isteri yang dirinduinya itu.
Fira segera mengambil beg Fikri dan membawanya masuk ke dalam rumah.
“Awak nak makan?” tanya Fira kepada Fikri.
“Emm, saya nak mandi dulu. Awak pergilah siapkan makanan. Beg tu biar saya bawa naik atas...” arah Fikri kepada Fira.
Fira hanya menurut sahaja arahan suaminya itu tanpa sebarang bantahan. Lantas dia ke dapur untuk menyiapkan makanan buat Fikri.
..............................................................................
Fikri makan dengan selera sekali. Fira turut menemaninya makan bersama. Suasana di meja makan sunyi tanpa suara mereka berdua.
“Err, awak?” panggil Fira memulakan bicara.
“Emm, kenapa?” balas Fikri tanpa memandang Fira.
“Awak sihat?” tanya Fira. Dia tidak tahu ingin bertanya apa.
“Awak tengok saya ok ke tak?” balas Fikri selamba. Pertanyaan Fira dijawab dengan pertanyaan semula oleh Fikri.
Fira hanya tersengih sahaja mendengar jawapan Fikri. Tiba-tiba dia rasa gementar berada berdua sahaja dengan Fikri di rumah itu. Bermacam-macam benda bermain di fikirannya. Nasi di pinggan dikuisnya perlahan.
“Awak ni dah kenapa?” pertanyaan Fikri itu mengejutkan Fira yang tiba-tiba sahaja senyap kembali. Seperti ada sesuatu yang difikirkan isterinya itu.
“Hah? Err, tak ada apa-apa...” jawab Fira sambil tersengih.
“Sudah! Cepat habiskan makan tu...” arah Fikri seraya meneruskan makannya.
Selesai makan, Fikri menemani Fira mencuci pinggan dan mengemas meja di dapur.
“Cepat kemas meja ni dan sudahkan basuh pinggan tu...” arah Fikri.
“Kenapa? Awak dah nak tidur ke? Kalau awak nak berehat, pergiah naik atas dulu. Biar saya selesaikan semua ni...” balas Fira.
“Tak apa, saya temankan awak. Dah cepat siapkan...” balas Fikri kembali.
‘Ish dia ni, sinikal betul. Ingat nak tolong aku tadi. Emm!’ Fira bermonolog sendiri. Dia meneruskan kerja-kerjanya. Fikri pula hanya menjadi pemerhati sahaja tanpa membantu.
Setelah siap, mereka berdua naik ke bilik tidur. Fira mengemaskan beg pakaian Fikri. Sedang dia mengemaskan pakaian-pakaian kotor Fikri, Fikri menghulurkan sesuatu kepadanya.
“Nah! untuk awak...” ucap Fikri sambil menghulurkan bungkusan kepada Fira.
Fira mengambil bungkusan itu dari Fikri.
“Terima kasih, buat susah-susah awak aja...” ucap Fira sambil tersenyum mesra.
Lantas dia membuka bungkusan itu.
“Ek...!!” Fira terkejut saat membuka bungkusan itu.
“Kenapa?” tanya Fikri.
“Awak beli kat Johor ke?” tanya Fira.
“Tak lah, saya beli kat shopping mall sini aja. Buat apa nak beli jauh-jauh kat Johor. Kat sini melambak kot. Macam mana? Awak suka?” ucap Fikri sambil tersenyum nakal.
“Err... Awak tak rasa cukup seksi ke baju tidur ni?” balas Fira malu-malu sambil melihat baju tidur dari kain shifon yang jarang berwarna pink lembut itu.
“Seksi-seksilah bagus, baru seronok. Hahaha” seloroh Fikri sambil ketawa. Seronok dia dapat menyakat isterinya itu.
Wajah Fira sudah berubah rona. Fikri hanya tersenyum melihat Fira berkeadaan begitu.
“Err, bila awak nak saya pakai baju tidur ni?” tanya Fira malu-malu sambil melipat semula baju tidur itu.
“Bila-bila masa yang saya rasa, saya perlukan awak...” ucap Fikri sambil merebahkan dirinya untuk tidur.
‘Apa maksud kata-kata dia? Siapa aku ni pada diri dia sebenarnya? Apa aku ni tak ubah seperti perempuan simpanannya ke? Habis madu sepah dibuang? ’ tanya Fira di dalam hati.
Fikri sudah pun lena dibuai mimpi. Dia tidur sambil memeluk bantal peluk yang selama ini menjadi penghalang anara dia dan Fira. Fira pula termangu sendirian sambil memikirkan kata-kata Fikri tadi. Sebak hatinya mendengar kata-kata yang diungkapkan Fikri  tadi. Akalnya memaksa dia untuk menganggap kata-kata itu sebagai gurauan. Tetapi berlainan pula dengan hatinya. Melihatkan keseriusan Fikri saat mengungkapkan kata-kata itu, menambahkan keyakinan dalam hati Fira bahawa Fikri memaksudkan apa yang telah diungkapkannya itu.


















BAB 33
Fira tersadar saat jam loceng disisinya berbunyi. Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 pagi. Fikri masih lagi lena dibuai mimpi. Mungkin penatnya masih belum hilang. Kebetulan hari itu dia bercuti, jadi bolehlah dia berehat sepuasnya.
Usai mandi dan bersolat, Fira mengejutkan Fikri untuk menunaikan solat subuh.
“Awak....” panggil Fira sambil mengusap lembut tubuh Fikri.
Hanya itu cara untuk mengejut Fikri dari tidur. Mengusap tubuhnya dengan lembut.
“Awak, bangun. Solat Subuh...” kejut Fira lagi.
Bagai terkena renjatan eletrik, Fikri terus bangun dari tidurnya.
“Ermm... Dah pukul 6.30, pergilah solat...” beritahu Fira lembut.
Fikri terus bangun menuju ke bilik air. Manakala Fira pula ke dapur untuk menyediakan sarapan.
...................................................
Ketika Fira kembali semula ke bilik untuk bersiap-siap, dilihatnya Fikri sudah terlena semula di atas katil.
Usai bersiap, Fira mengejutkan Fikri untuk memintanya menghantarkan ke pejabat.
“Awak...” panggil Fira lembut.
“Emmm....” jawab Fikri dengan mata yang masih tertutup.
“Awak,  bangunlah. Tolong hantarkan saya pergi office...” pinta Fira.
“Saya penatlah, awak pergilah sendiri...” balas Fikri.
Fira tidak mampu berkata apa lagi, dilihat jam sudah 7.30 pagi. Dia harus cepat. Setelah meninggalkan pesan kepada Fikri dia segera beredar.
“Emm, tak apalah macam tu. Saya pergi dulu. Saya dah siapkan sarapan, nanti makan ya...” pesan Fira sebelum keluar.
...................................................................................
Nasib Fira kurang baik hari itu, kerana tiada satu pun teksi yang lalu waktu itu. Hampir 20 minit dia menunggu tetapi hampa. Akhirnya dia ambil keputusan untuk pulang ke rumah dan meminta bantuan dari Fikri sekali lagi.
“Awak!!” panggil Fira sambil menggoncangkan tubuh Fikri.
Fikri yang terkejut segera bangkit.
“Awak ni tak pergi kerja lagi ke?” tanya Fikri geram dengan tindakan Fira yang mengejutkannya.
“Awak... Tolonglah hantarkan saya pergi kerja. Teksi tak ada. Tolonglah awak, dah nak pukul 8.00 pagi dah ni. Tolonglah...” rayu Fira.
“Apa saya dapat kalau saya tolong awak?” duga Fikri.
“Er, nanti saya fikir. Sekarang tolonglah hantarkan saya...” rayu Fira lagi sambil memegang lengan Fikri.
“Tak payah kerjalah, dah pukul 8 dah pun. Baik awak temankan saya kat rumah ni,  kesian saya tinggal sorang-sorang...” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
“Mana boleh macam tu...” balas Fira kembali.
“Kenapa pula?” tanya Fikri.
Fira terdiam. Dia tidak tahu ingin menjawab apa.
“Kalau awak nak pergi kerja, pergilah sendiri. Saya tak nak hantar, saya nak tidur. Saya penat...” ucap Fikri sambil merebahkan dirinya semula di atas katil.
Fira duduk di birai katil di sebelah Fikri. Dia masih lagi berusaha untuk memujuk Fikri agar menghantarkannya ke tempat kerja. Tetapi Fikri tetap tidak mengendahkannya. Akhirnya Fira berputus asa. Dilihat jam sudah menginjak ke 8.15 pagi. Dia berkira-kira sama ada mahu cuti atau pergi juga ke tempat kerja.
Fikri segera berpusing ke arah Fira yang duduk membelakanginya di birai katil itu.
“Dah pukul 8 lebih, kalau awak nak masuk kerja pun dah lambat. Cuti ajalah...” Fikri masih lagi memujuk Fira untuk tidak ke tempat kerja.
“Mana boleh, takkan nak E.L (Emergency Leave) kot...” balas Fira.
“Apa salahnya, cuti awak tu kan saya yang luluskan. Saya bos awak kan? Awak kenalah dengar cakap saya...”balas Fikri pula. Sudah mula mahu menggunakan kuasanya sebagai bos pula.
“Emmm...” Fira masih lagi berkira-kira untuk cuti atau tidak.
“Awak sayang kerja awak ke awak sayang suami awak? Suami awak penting  ke kerja awak lagi penting?” duga Fikri. Kali ini dia menggunakan kuasanya sebagai suami pula.
“Errr....” Fira tidak tahu ingin jawab apa. Pening kepalanya melayan kerenah Fikri.
“Kalau awak tak sayang saya tak apalah, pergilah kerja tu. Kalau awak nak buat saya kecil hati, awak pergilah...” ugut Fikri sambil memusingkan semula tubuhnya membelakangi Fira.
Fira rasa serba salah. Masa pula sudah berlalu begitu sahaja.
Setelah puas berfikir. Akhirnya Fira mengambil keputusan untuk menuruti sahaja kemahuan Fikri. Kemahuan suami yang disayangi. Lantas Fira mengambil telefonnya di atas meja di sisi katil. Fira terus mendail nombor Sheqa.
“Hello, Assalamualaikum Sheqa...” ucap Fira memulakan bicara.
“Waalaikummussalam... Kau kat mana ni weyh? Apasal tak masuk-masuk office lagi?” tanya Sheqa bertubi-tubi.
“Ish kau ni, sabarlah. Aku baru nak bagitahu... ” balas Fira pula
“Hah nak bagitahu apa tu?” tanya Sheqa tidak sabar.
“Sebenarnya aku.......” Fira cuba memberitahu kepada Sheqa.
Fikri yang mendengar Fira bercakap di dalam telefon terus bangun dari pembaringan sambil tersenyum nakal. Nampaknya , taktik dia Berjaya. Lantas dia memeluk pinggang Fira dari belakang dan mencium lembut bahu Fira.
“Sebenarnya apa kau ni?” geram pula Sheqa bila Fira seperti mahu berteka-teki dengannya.
“Janganlah.....” Fira memarahi Fikri yang mengganggunya.
“Janganlah apa ni? Kau ni kenapa sebenarnya?” tanya Sheqa lagi.
“Err, tak apa-apa. Sebenarnya aku nak bagi tahu yang aku E.L hari ni...” beritahu Fira akhirnya.
“Emm, patutlah tak sampai-sampai lagi dah 8 lebih. Hahaha apasal? Suami kesayangan kau ikat kau kat rumah ea? Hehee” duga Sheqa sambil ketawa kecil.
“Ish! Macam-macamlah kau ni. Dahlah tu aja yang aku nak bagitahu...” balas Fira kembali. Malas mahu melayan Sheqa. Makin menjadi-jadi pula nanti kalau dilayan berlebihan.
“Yelah... Hahaha Selamat melepaskan kerinduan masing-masing ya. Hehehe “ sempat Sheqa menyakat Fira sebelum mematikan talian.
“Hah, kan senang macam tu....” Fikri tiba-tiba sahaja bersuara.
Fira hanya senyap. Fikri sudah mula ingin menjelajah  leher jinjang milik fira. Tiba-tiba dia menegur kesan-kesan yang terdapat pada leher Fira itu.
“Kenapa leher awak ni? Kena gigit nyamuk ke?” tanya Fikri sambil membilik-bilik kesan merah yang terdapat di leher Fira.
“Haah, nyamuk. Nyamuk jantan yang besar sangat...” perli Fira.
“Nyamuk jantan besar?” Fikri berfikir sejenak. Setelah dia mendapat tahu apa yang dimaksudkan Fira itu. Dia berhajat ingin mengenakan Fira.
“Owh, nyamuk jantan besar ya. Meh sini drakula pula nak gigit hari ni. Hehehe” ucap Fikri sambil mencium leher Fira.
“Awak!! Janganlah. Nanti tinggal kesan, malulah orang nampak....” halang Fira.
“Okey, kalau kat sini nanti orang perasan. Meh saya buat kesan kat tempat lain...” ucap Fikri sambil menarik Fira..
“Err, awak nak buat apa ni?” tanya Fira tergagap-gagap.
“Buat apa lagi, buat babylah....” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
“Hah....??”
“Errr, takkan siang-siang macam ni kot?” ucap Fira malu-malu.
“Kenapa? Tak boleh ke buat baby siang-siang macam ni?” tanya Fikri pula.
“Err, tak adalah...... ” Belum sempat Fira menyambung, Fikri sudah menghalang terlebih dahulu.
“Shhh!! Tak baik tolak permintaan suami....” ucap Fikri sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir Fira. Kemudian dia mencium bibir mulus milik isterinya itu. Fira terkaku seketika. Fira memang kalah dan akan terdiam setiap kali Fikri menciumnya. Pasti dia akan hilang kata-kata jika Fikri buat begitu padanya. Fikri sudah mula ingin memainkan peranannya.
Tiba-tiba.................






BAB 34
Ting tong... Ting tong...
“Assalamualaikum... Fik ooh Fik... You ada kat rumah tak?”
Terdengar bunyi loceng dan orang memberi salam bertalu-talu.
Fira yang terdengar bunyi orang memberi  salam dan loceng terus menolak Fikri. Dia segera bangkit dari katil. Tidak sempat Fikri hendak bertindak lebih ke atasnya. Tanpa sengaja, rupanya Fikri telah terjatuh dari katil.
“Aduh! Ish, awak ni kenapa?” tanya Fikri sambil mengaduh kesakitan.
“Err, awak.. Sorry tak sengaja....” balas Fira sambil membetulkan bajunya yang sudah renyuk itu.
“Saya dengar ada orang beri salam tadi,” tambah Fira lagi. Dia membantu Fikri bangun dan duduk di katil. Kemudian dia segera ke tepi tingkap untuk mengintai siapa yang datang.
“Siapa yang datang tu? kacau daun betullah...” rungut Fikri.
“Emm, buah hati awaklah...” balas Fira sinis.
“Buah hati saya?” tanya Fikri kembali sambil melangkah ke tingkap.
“Ely.... Apa dia buat kat sini?” tanya Fikri lagi.
“Mana saya tahu....” balas Fira bersahaja.
“Emm, saya turun kejap. Awak tunggu sini, jangan ke mana-mana...” beritahu Fikri.
...................................................
“Hai, Ely.. You buat apa kat sini? You tak kerja ke? Mana you tahu alamat rumah I ni?” tanya Fikri sesudah pintu rumah dibuka.
I ambil dari sistem. I cuti hari ni. Mestilah I datang sini nak jumpa you....” balas Ely sambil tersenyum menggoda.
You tak nak jemput I masuk ke?” tambah Ely lagi.
“Eh, tak apalah. Kita borak dekat luar aja. Lagipun tak manis kalau you masuk rumah I, sebab tak ada siapa-siapa...” balas Fikri cuba mengelak.
“Kalau macam tu kita keluar nak? Jom teman I pergi Genting...” ajak Ely.
“Err, tak apalah. I nak rehat dekat rumah aja...” Fikri masih cuba untuk mengelak. Tetapi lain pula dengan Ely, ada saja helahnya untuk terus berkepit dengan Fikri.
“Alah you ni. Jomlah teman I. Please... kalau you tak mahu temankan i, i duduk sini sampai petang...” ugut Ely.
“Hah? Errr, okeylah-okeylah. You tunggu kejap, i pergi mandi dan bersiap...” balas Fikri yang akhirnya akur dengan kehendak Ely.
............................................................................................
“Buah hati awak tu nak apa datang sini?” tanya Fira, saat Fikri masuk ke bilik.
“Ajak dating...” selamba sahaja Fikri menjawab. Sikit pun tidak rasa bersalah dengan jawapan yang diberikan itu.
“Emmm....” hanya itu yang mampu Fira balas.
Fikri segera mendapatkan Fira. Dia memegang kedua-dua belah pipi Fira.
“Saya keluar kejap, nanti kita sambung lagi ya sayang....” ucap Fikri sambil tersenyum nakal. Kemudian dia mengucup dahi Fira.
Kemudian dia melangkah ke bilik air untuk mandi. Saat Fikri keluar dari blik mandi, Fira masih lagi termangu di tepi katil.
“Awak jangan ke mana-mana okey. Tunggu sampai saya balik...” pesan Fikri kepada Fira.
Selesai bersiap, dia terus keluar meninggalkan Fira sendirian. Fira tidak tahu mahu berkata apa. Menyesal pula rasanya cuti pada hari tersebut. kalau dia tahu begitu jadinya, baik dia ke tempat kerja walau lambat bagaimanapun.
.....................................
Fira merasa bosan tinggal sendirian di rumah. Ingin menelefon atau mesej Fikri supaya pulang segera, dia risau jika Fikri akan marah. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengemas rumah.
Selesai mengemas rumah dan masak makan tengahari, Fira tidak tahu lagi untuk buat apa. Akhirnya Fira memberanikan juga dirinya  untuk menelefon Fikri.
.........................
“Fik, kita makan kat kafe sini sajalah, ok?” cadang Ely.
“Erm, ok. I follow ja...” beritahu Fikri sambil tersenyum mesra.
Dia terlupa sebentar akan isterinya yang ditinggalkan bersendirian di rumah. Tiba-tiba telefon bimbit Fikri berbunyi. Tertera perkataan “MY SOULMATE” .
“Siapa yang call you tu?” tanya Ely ingin tahu.
“Err, kawan i.  Sekejap ea...” Fikri meminta diri sebentar untuk menjawab panggilan itu.
“Hello, hah awak! Kenapa?” tanya Fikri sedikit kasar.
“Assalamualaikum....” ucap Fira lembut.
“Ermm, waalaikummussalam...” balas Fikri
“Hah! Kenapa awak telefon ni?” tanya Fikri lagi.
“Err, saya nak tanya awak kat mana ni? Awak balik makan tak tengahari ni? Saya dah masak...” beritahu Fira.
‘Ya Allah... Macam mana aku boleh lupa yang aku tinggalkan dia kat rumah sorang-sorang ni?’ Fikri bermonolog sendiri
“Awak?” panggil Fira bila Fikri senyap sahaja tidak menjawab pertanyaannya.
“Emm, awak makanlah dulu. Saya ada kat Genting ni. Kenapa tak mesej saja?” tanya Fikri.
“Err... Saya takut awak tak balas mesej saya, sebab tu saya call awak...” beritahu Fira.
“Apa-apa ajalah. Awak makan ajalah dulu,  nanti kejap lagi saya baliklah. Ely dah tunggu saya tu. Nanti lama-lama sangat dia curiga pula. Lagi satu, jangan pergi ke mana-mana. Tunggu aja saya kat rumah...” pesan Fikri kepada Fira. Kemudian dia menamatkan panggilan dan kembali semula ke tempat dia duduk bersama Ely sebentar tadi.
“Kenapa kawan you call?” tanya Ely saat Fikri kembali semula ke tempat duduknya.
“Saja je, nak ajak I lepak-lepak malam ni...” bohong Fikri.
“Owh! Kalau I joint boleh?” tanya Ely mesra.
You nak joint? Err, I tak confirm lagi nak keluar ke tak...” beritahu Fikri cuba mengelak.
‘‘Lagipun, I penatlah. Ni pun dah hampir seharian keluar, ingat nak berehat saja malam ni...” tambah Fikri lagi.
“Kalau macam tu, I teman you kat rumah ok! Kita balik kejap lagi...” balas Ely sambil memaut mesra lengan Fikri.
Fikri dapat merasakan yang Ely semakin lama, semakin galak menggodanya. Ely semakin berani bertindak lebih dari jangkaannya. Nasib baik dia bukan jenis lelaki buaya darat dan mudah terlentok pada godaan wanita sebegitu. Baginya cinta dan sayangnya hanya untuk Fira seorang . Isterinya satu-satunya. Walaupun dia tidak pernah mengakuinya di hadapan Fira. Tetapi hakikatnya dia sudah mula jatuh cinta dengan wanita itu. Kesabaran dan keletah Fira mencuri hatinya untuk terus mengasihi wanita itu.
“Hah? Tak apalah, kita lepak dekat sini aja. I teman you ok...” balas Fikri pula.
“Ala you ni, apa salahnya. Lagipun bukan ada siapa-siapa kat rumah you tu kan?” pujuk Ely lagi.
“Sebab tak ada siapa-siapalah yang tak boleh tu, tak eloklah macam tu. Kesian parents I. Mereka pergi buat ibadat, anak dia pula duduk berduaan dengan perempuan yang tak ada kena mengena...” sengaja Fikri memerli Ely.
“Erm, yelah-yelah. Kalau macam tu kita balik lewat sikit ya?” balas Ely cuba menutup malu ditegur begitu.
....................................................................
Fira merasa sebak ditinggalkan sendirian begitu. Dia menangis sepuasnya seorang diri. Dia menjerit sekuat hatinya di dalam rumah besar itu. Dia merasakan yang dirinya tak ubah seperti perempuan simpanan Fikri, bila diperlukan dia dicari bila tidak diperlukan ditinggalkan sendirian. Nasib baik rumah mereka jauh dengan rumah jiran-jiran yang lain. Fira merasa sedikit lega selepas menangis hampir sejam, sehingga matanya menjadi sembab.
Fira baru teringat yang dia belum menunaikan kewajipan kepada ILAHI. Lantas dia segera menuju ke bilik. Fira mengadu nasibnya kepada Allah yang Maha Esa. Dia berdoa agar diberi kekuatan dan kesabaran dalam melayani karenah suaminya. Dia memohon agar dia sentiasa tabah dalam  menjalani kehidupan berumahtangga bersama Fikri.
Setelah bermunajat kepada Yang Maha Esa. Barulah Fira merasa tenang. Untuk mengisi harinya dari terbuang begitu sahaja, Fira bercadang untuk membuat cupcake dan fruit cheese tart. Dua benda ini adalah kegemaran di masa lapangnya semasa bujang dahulu.
Setelah selesai, Fira menelefon Sheqa.
“Hello, assalamualaikum...” ucap Fira sebaik sahaja Sheqa menjawab panggilannya.
“Waalaikummussalam. Hah, kenapa ni?” balas Sheqa.
“Tak ada apa-apa. Saje je call kau, tak boleh ke? Weyh, nanti lepas kerja singgah rumah aku kejap ya...” beritahu Fira.
“Rumah kau?” tanya Sheqa lugu.
“Rumah En. Fikri lah, rumah Datuk Faizal...” balas Fira pula.
“Owh! Hehee Ada hal apa pula ni? En. Fikri tak marah ke karang?” tanya Sheqa lagi.
“Aku nak bagi kau cupcake dengan cheese tart sikit. En. Fikri tak adalah, dia keluar. Kalau ada dia, takkan aku nak suruh kau datang pula...’ beritahu Fira.
‘’Dia tak ada kat rumah?” tanya Sheqa lagi sedikit pelik. Bukankah sewaktu Fira menelefonnya pagi tadi, Fikri ada bersama Fira.
“Dahlah, nanti aku cerita. Jangan lupa singgah ye balik nanti..” pesan Fira lagi mengingatkan temannya itu.
“Hah yela...” balas Sheqa tanda mengerti.
.................................................................................
Petang itu,selepas pulang dari kerja, Sheqa singgah ke rumah Datuk Faizal untuk bertemu Fira.
“Assalamualaikum....” ucap Sheqa.
“Waalaikummussalam. Masuklah...” jawab Fira yang sudah sedia menanti Sheqa di depan  pintu masuk.
“Kau duduklah dulu, aku ke dapur kejap...” Fira mempersilakan Sheqa duduk. Kemudian dia berlalu ke dapur.
Beberapa minit kemudian, Fira datang kembali sambil membawakan minuman dan juadah yang dibuatnya tadi. Dia juga turut membungkuskan bekalan buat Sheqa.
“Jemputlah minum dan rasa juadah buatan aku ni...” ucap Fira.
“Terima kasih...” Sheqa mengambil minuman yang dihulurkan Fira. Dia turut merasa cupcake yang dibuat Fira.
“Rajin kau buat benda ni semua...” tambah Sheqa lagi.
“Aku bosan tak tahu nak buat apa, tu yang aku buat benda ni...” balas Fira.
“Eh! Suami kesayangan kau tu mana?” tanya Sheqa tiba-tiba.
“Keluar...” pendek sahaja jawapan Fira.
“Keluar? Dah tu kenapa kau tak ikut dia sekali?” tanya Sheqa lagi.
“Dia keluar dengan Ely...” jawab Fira malas.
“Ely? Cik Ely ke maksud kau?” tanya Sheqa meminta kepastian.
“Haah! Tadi pagi Ely datang sini cari dia. Lepas tu dorang keluar, sampai sekarang tak balik-balik lagi...” beritahu Fira.
“Geram betul aku, boleh pula Ely tu datang sini ajak Fik keluar. Yang Fik pun satu, ikut aja kehendak dia...” tambah Fira lagi yang jelas bengang dengan keduanya itu.
“Patutlah dia tak kerja. Pagi tadi dia datang kejap, tahu je En. Fikri cuti terus dia kata dia mc. Ke sini rupanya dia..” beritahu Sheqa pula.
“Mana pula dia dapat alamat rumah ni? Fikri pernah bawa dia datang sini ke dulu-dulu sebelum kita orang  kahwin?” tanya Fira ingin tahu.
“Manalah aku tahu. Tapi tadi aku rasa dia ada minta Suhaizan carikan alamat En. Fikri dalam sistem. Mungkin dari situ kot dia dapatkan...” jelas Sheqa.
“Entahlah, aku tak daham betul dengan sikap Fik tu. Kejap okey, kejap kang layan aku nak tak nak ja. Susah aku nak faham perasaan sebenar dia dekat aku tu...” luah Fira.
“Sabarlah Fira, dugaan berumahtangga. Aku nak cakap lebih-lebih pun tak boleh. Aku ni cuma orang luar aja. Apa yang boleh aku nasihatkan, aku nasihatlah. Aku yakin satu hari nanti, kau akan peroleh kebahagiaan kau..” nasihat Sheqa sambil tersenyum mesra kepada temannya itu.
“Okeylah Fira, aku nak gerak balik dululah. Nak pergi ambil Aliya kat nursery lagi ni...” beritahu Sheqa kepada Fira.
“Hah, yela. Terima kasih sebab sudi datang dan dengar luahan hati aku ni...”
“Apa ada hal. Aku kan kawan kau...” balas Sheqa pula sambil tersenyum mesra.
“Nah! Untuk kau...” Fira memberikan Sheqa sedikit bekalan cupcake dan cheese tart yang dibuatnya tadi.
“Ingat juga kau kat aku ya. Hehehe” balas Sheqa lagi sambil tersengih.
“Mestilah. Kan kau nak cuti esok, sebab tu lah aku suruh kau datang ambil petang ni. Kalau tak, melepaslah kau. Hehehe” gurau Fira.
“Yelah. Terima kasih ye...” balas Sheqa. Fira hanya mengangguk sahaja.
Sebelum Sheqa pulang, mereka bersalaman dan berpelukan seketika. Sempat lagi Sheqa menitipkan kata semangat buat temannya itu.
“Aku balik dulu tau! Kau jangan sedih-sedih sangat. Banyak bersabar. Jaga diri baik-baik...” pesan Sheqa sambil mengusap lembut bahu temannya itu.
“InsyaAllah...”
Fira mengiringi Sheqa pulang hingga ke muka pintu.
......................................................................................................................................................Sehingga jam 8 malam, Fikri masih lagi belum pulang. Fira menunggu Fikri di ruang tamu sehingga akhirnya dia terlelap.
Jam 10.00 malam, barulah Fikri pulang. Ketika pulang, Fikri lihat suasana rumah suram. Dia mencari-cari kelibat Fira. Ketika dia ingin melangkah menaiki tangga menuju ke tingkat atas, dia terdengar bunyi suara di ruang tamu. Lantas dia bergegas ke situ. Dilihat Fira sedang tidur, manakala televisyen masih lagi terpasang. Dia segera mematikan televisyen dan mendapatkan Fira. Dia tenung wajah mulus isterinya itu.
Mata Fira yang sembab membuatkan Fikri rasa bersalah.
‘Pasti dia menangis.’ Desis hati kecil Fikri.
Dia mengusap lembut pipi isterinya itu. Tiba-tiba Fira tersadar dari tidurnya.
“Awak dah balik?” tanya Fira. Dia terus duduk sambil menggosok matanya saat melihat Fikri.
“Baru aje balik. Kenapa awak tidur dekat sini?” tanya Fikri lembut sambil melabuhkan punggung di sebelah Fira.
“Saya ingat awak dah tak jumpa jalan pulang bila dah bersama Ely...” ucap Fira sinis. Sedikit pun tidak menjawab pertanyaan Fikri itu.
Tidak tahu mengapa, tiba-tiba sahaja Fira merasa sebak. Segera dia memalingkan mukanya dari menghadap Fikri.
“Erm, sudahlah! Saya nak naik atas...”
Sebenarnya Fikri sedikit terasa dengan kata-kata Fira itu. Dia  segera bangun dan ingin berlalu meninggalkan  Fira disitu. Tiba-tiba  tangannya ditarik Fira. Lantas, dia menoleh ke    arah Fira.
“Kenapa?” tanya Fikri.
Fira melepaskan pegangannya pada tangan Fikri.
“Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak selalu sahaja menduga saya dengan sikap dan layanan awak? Saya ni tak ada tempat langsung ke dalam hati awak? Bila awak perlukan saya , awak cari. Bila tak nak, awak biarkan aja macam tu...” luah Fira. Air matanya sudah  mula mengalir.
Fikri terpempam seketika. Bukan dia tidak mahu memujuk isterinya itu, tapi dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin memujuknya. Dia sedar akan kesalahannya itu.
Kemudian tanpa sepatah kata, dia meninggalkan Fira sendirian disitu.
Tanpa dipaksa, air mata Fira berjujuran sekali lagi diperlakukan begitu oleh Fikri.
...................................................................................................................................................
Ketika Fira melangkah masuk ke bilik, Fikri berada di dalam bilik air. Fira merasa penat dan lemah seluruh sendinya. Dia merebahkan dirinya di atas katil. Dia baring membelakangi tempat pembaringan Fikri. Bantal peluk diletakkan di tengah-tengah sebagai penghalang.
Fira masih lagi menangis dalam senyap. Fikri juga sudah bersiap-siap untuk tidur. Dia duduk di katil. Dia memanggil Fira lembut. Dia ingin cuba memujuk Fira walaupun dia tidak tahu bagaimana caranya. Dia ingin membuktikan pada Fira, yang dia bukanlah seperti yang Fira sangkakan. Hanya mencari Fira bila diperlukan sahaja.
“Fira.....” panggil Fikri lembut.
Fira tidak menjawab. Dia mengesat air  mata yang jatuh ke pipinya. Kemudian dia berpaling menghadap Fikri. Terlihatkan wajah Fikri, membuatkan dia mengalirkan air mata sekali lagi.
Fikri rasa bersalah melihat Fira begitu. Lantas dia mengalihkan bantal yang diletakkan di tengah-tengah itu. Kemudian dia baring di sebelah  Fira.
“Shh, jangan menangis lagi...” pujuk Fikri sambil mengesat air mata Fira yang berjujuran di pipi. Fira masih lagi begitu. Fikri menarik Fira kedalam pelukannya. Dia mencium ubun-ubun Fira untuk menenangkan wanita itu.
“Sudah ya sayang, jangan menangis lagi. Saya ada kat sini dengan awak...’’ucap Fikri lembut memujuk Fira.
Perlahan-lahan Fira membalas pelukan Fikri. Pelukan yang sangat kejap, seakan dia tidak mahu melepaskan lelaki itu pergi dari dalam hidupnya. Tiada kata yang lahir dari bibirnya saat itu. Hanya air mata yang mengalir. Walaupun sakit hatinya mengenangkan sikap Fikri terhadapnya, tetapi berada dalam pelukan lelaki itu membuatkan dirinya merasa tenang. Malam itu Fira tidur dalam dakapan Fikri ditemani air mata.







BAB 35
Fira tersedar dari tidur apabila merasakan tekaknya mual dan perutnya sakit. Dia segera menuju ke bilik air.
Fikri yang sedang lena tidur terjaga saat terdengat bunyi orang muntah di bilik air. Dikerling jam di sisi, menunjukkan 5.30 pagi. Segera dia bangkit dari pembaringannya.
“Awak kenapa?” tanya Fikri saat terlihat Fira keluar dari bilik air.
“Tak tahulah, perut saya sakit, tekak pula rasa mual...” beritahu Fira.
“Takkan pregnant kot?” duga Fikri. Setahunya perempuan mengandung aja yang muntah-muntah di awal pagi.
Pregnant? Takkanlah, baru beberapa hari kan...” balas Fira sambil baring semula di katil.
“Ya tak ya juga...” balas Fikri pula.
“Entah-entah perut awak masuk angin agaknya. Awak makan tak semalam?” tanya Fikri ingin tahu.
Fira hanya menggelengkan kepala sahaja.
“Kenapa tak makan? Tengok apa dah jadi...” bebel Fikri.
Dia bangun untuk mengambil minyak angin.
“Mari sini saya sapukan minyak angin, biar kurang sikit sakit tu...” baru Fikri ingin menyapukan minyak angin pada perut Fira, Fira sudah bangun semula menuju ke bilik air.
Lagi sekali dia muntah-muntah. Fikri mendapatkan Fira di bilik air.
“Awak okey tak ni?” tanya Fikri cemas. Kemudian dia membantu Fira untuk ke katil. Fira merasakan kepalanya sangat pening saat itu.
“Badan awak panas ni. Awak demam rasanya ni...” ucap Fikri. Dia meletakkan belakang tangannya di dahi Fira.
Fira sudah tidak bermaya lagi.  Sudah terlalu banyak dia muntah.  Mukanya kelihatan pucat. Fikri kelihatan cemas.
“Saya nak baring kejap. Awak pergilah bersiap. Dah pukul berapa dah ni...” ucap Fira lemah.
Fikri mengambil sebesen kecil air dan tuala kecil. Dia menjelumkan kepala Fira dengan tuala kecil yang sudah dibasahkan.
Dia membiarkan Fira dalam keadaan begitu, sementara dia mandi dan menunaikan solat subuh.
Bila tuala itu sudah kering, dia membasahkannya sekali lagi dan diletakkan semula di atas dahi Fira. Selepas itu dia meninggalkan Fira untuk menyiapkan sarapan buat Fira. Fikri membuatkan roti bakar buat Fira. Sungguh dia kaget waktu itu, sehingga tidak tahu untuk berbuat apa. Selama ini, waktu dia demam ibu yang merawatnya. Tetapi kali ini, dia pula yang harus merawat Fira demam.
Fikri meletakkan dulang yang berisi air susu dan roti bakar di atas meja sisi di sebelah katil. Dilihat Fira sedang tidur. Kemudian dia bersiap-siap pula untuk ke pejabat.
“Fira, saya nak pergi kerja dah ni. Nanti jangan lupa makan sarapan dan ubat. Kalau ada apa-apa telefon saya okey...” beritahu Fikri. Dia mencium ubun-ubun Fira sebelum meninggalkan Fira. Fira hanya mengangguk lemah.
..........................................................................................................................
Di pejabat, Fikri merasa resah tidak menentu. Dia rasa bersalah pula membiarkan Fira yang tidak sihat itu bersendirian di rumah. Dia cuba menghubungi Fira. Tetapi tidak berjawab.
Tidak sampai sejam berada di pejabat, Fikri mengambil keputusan untuk pulang.
“Hello, kak Yati. Nanti tolong ambil pesanan ya kalau ada apa-apa hal. Fira mc tak sihat. Fik nak balik, ada hal...” beritahu Fikri kepada setiausaha papanya itu melalui intercom.
“Baik En. Fikri...” balas Haryati, setiausaha Datuk Faizal.
Tok..tok..tok...
“Masuk...” ucap Fikri yang sedang mengemaskan barang-barangnya untuk pulang.
You, kenapa ni? Tergesa-gesa aja I tengok...” tanya Ely.
I nak balik, ada hal. Ada apa-apa nanti kita cerita kemudian ya...” beritahu Fikri.
I teman you boleh?” tanya Ely lagi.
No, thanks. I tak apa, bos. You pekerja. So, you kena stay...” ucap Fikri sinis dan terus melangkah keluar dari biliknya meninggalkan Ely.
Sebelum keluar, Fikri singgah sebentar ke bilik Syafiq.
“Hah, bos apasal macam kalut aje ni aku tengok?” tanya Syafiq bila dilihat Fikri kalut semacam.
“Aku nak balik ni. Fira tak sihat, risau aku dia tinggal rumah sorang-sorang. Aku nak minta tolong sikit....” beritahu Fikri.
“Tolong apa?” tanya Syafiq lagi.
“Tolong tengokkan office, sementara aku tak ada ni. Esok aku tak tahu kerja ke tak. Tengok pada keadaan Fira...” beritahu Fikri lagi.
“Okey, beres bos. Entah-entah demam nak dapat orang baru kot...” seloroh Syafiq sambil tersenyum nakal
“Merepek aja kau ni. Takkan baru 2-3 hari dah menjadi. Hahaha” balas Fikri sambil ketawa. Dalam keadaan kalut pun sempat lagi dia bergurau.
“Okeylah, aku berangkat dulu...” tambah Fikri lagi.
“Okey, hati-hati bos, jangan kalut sangat...” pesan Syafiq kepada Fikri sebelum Fikri melangkah keluar dari bilinya.
......................................................................................................................................................Setibanya di rumah, Fikri terus menuju ke bilik. Dia lihat Fira tiada di atas katil. Dia segera meletakkan beg dan coatnya. Tiba-tiba dia terpandang sesusuk tubuh di depan pintu bilik air.  Dia segera mendapatkan Fira yang sudah tidak sedarkan diri. Dilihat muka Fira pucat sekali. Segera dia mengangkat Fira ke katil. Fikri semakin resah. Dia tidak tahu ingin menghubungi sesiapa. Dalam keadaan kalut begitu, yang dia ingat hanyalah bapa mertuanya. Kemudian , dia terus menelefon bapa mertuanya yang turut mengerjakan umrah bersama keluarganya.
“Hello, assalamualaikum abah. Maaf Fik mengganggu..” ucap Fikri memulakan bicara.
“Waalaikummussalam. Ya Fik, kenapa nak? Macam cemas aja bunyinya...” tanya Pak Cik Fakrul.
“Errr, Fira... Dia demam. Fik tak tahu nak buat apa...” beritahu Fikri sedikit kalut.
“Dia muntah-muntah pagi tadi, ni sekarang tak sedarkan diri pula....” tambah Fikri lagi.
“Sabar Fik, jangan kalut-kalut sangat nak. Fira kalau demam memang macam tu. Muntah-muntah. Lepas ni, Fik buatkan bubur kosong letak lobak asin. Lepas tu, bagi dia minum air kelapa. Lagi satu, cari pucuk daun jambu kemudian rebuskan. Air rebusan tu, guna buat jelum kepala Fira. InsyaAllah akan kebah demam dia. Biasanya dulu kalau Fira demam, abah akan buat begitu...” beritahu Pakcik Fakrul.
“Kalau tak elok juga macam mana bah?” tanya Fikri lagi. Bukan tidak mahu percaya dengan apa yang diajarkan oleh bapa mertuanya itu, tetapi dia risau kalau deman Fira itu bukan demam biasa.
“Kalau tak elok juga, Fik bawalah pergi jumpa doktor. Takut nanti sakit lain pula...” beritahu pakcik Fakrul.
“Baiklah, Fik akan cuba dulu apa yang abah ajarkan.Terima kasih ya bah..” ucap Fikri
“Yalah,  elok-elok ya nak. Jaga diri kamu berdua baik-baik ...” pesan Pak Cik Fakrul.
“InsyaAllah  Bah. Sampaikan salam Fik pada ibu dengan papa. Assalamualaikum...” balas Fikri seraya menamatkan perbualan.
Tanpa berlengah, Fikri terus mendapatkan Fira.
“Fira... Fira... ” panggil Fikri lembut sambil menggoncang perlahan tubuh Fira.
Fira membuka mata perlahan-lahan. Lemah sekali dirasakan tubuhnya.
“Saya tolong mandikan awak dulu ya?” ucap Fikri. Dia sudah mengangkat Fira untuk di bawa ke bilik mandi.
“Awak nak buat apa ni?” tanya Fira dalam keadaan mamai-mamai saat Fikri ingin membukakan bajunya.
“Janganlah, malulah...” ucap Fira perlahan.
“Kenapa nak malu? Saya kan suami awak. Lagipun dah tak ada apa lagi yang nak dirahsiakan....” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
“Biar saya buat sendiri. Saya tak selesalah!” Fira masih lagi berdegil.
“Kenapa awak ni degil sangat? Dah sakit pun degil lagi!” bebel Fikri, tanpa sedikit pun mengendahkan kata-kata Fira. Dia meneruskan tugasnya itu.
Fira diam tidak terkata. Dalam keadaan dirinya yang sangat lemah itu, dia tidak mampu untuk melawan.
Selesai memandikan dan menyiapkan Fira, Fikri turun ke bawah semula.
“Awak jangan ke mana-mana. Badan awak ni lemah sangat. Asyik muntah aja. nanti kalau rasa nak muntah, muntah dalam baldi ni saja. Saya nak ke bawah sekejap...” pesan Fikri. Dia meletakkan baldi kecil disebelah katil, supaya kalau Fira mahu muntah dia tidak perlu ke tandas.
Fikri memasakkan bubur untuk Fira seperti yang diberitahu oleh Pakcik Fakrul kepadanya. Sementara menunggu bubur masak, dia mencari pucuk daun jambu dan kelapa muda. Nasib baik rumah mereka dipenuhi dengan pelbagai pokok. Jadi tidak perlu dia bersusah payah keluar untuk mencari itu semua.
Selesai masak, Fikri membawakan bubur ke bilik. Dikejutkan Fira yang sudah terlena.
“Fira, bangun sayang....” panggil Fikri lembut.
“Makan bubur ni, buat alas perut...” Fikri membantu Fira bangun dan menyandarkannya pada kepala katil.
“Makan sikit ya...” pujuk Fikri. Dia menyuapkan bubur ke mulut Fira.
Perlahan-lahan Fira makan. Hampir setengah mangkuk Fira makan, akhirnya dia berhenti.
“Awak habiskanlah, lagi sikit aja ni...” pujuk Fikri lagi.
Fira hanya menggelengkan kepala tanda tidak mahu.
“Kalau macam tu, makan ubat ya?” Fikri mengambilkan ubat dan memberikannya kepada Fira.
“Awak tidur dulu ya, banyakkan rehat...” tambah Fikri lagi. Kemudian Fikri mengambil air rebusan pucuk daun jambu dan sehelai tuala kecil. Dia membasahkan tuala kecil itu dan menjelum kepala Fira.
Hampir setengah hari Fikri menjaga Fira, kerana kepenatan akhirnya dia tertidur di sisi Fira tanpa menukar pakaian kerjanya.
.........................................................................................................................................
Fira terjaga dari tidurnya, dilihat jam sudah menginjak ke 2.30 petang. Demamnya juga sudah kebah seikit. Direnung Fikri disebelahnya dengan penuh kasih sayang. Dia mengusap lembut pipi Fikri. Fikri tersedar dari tidurnya.
“Awak dah bangun? Awak dah okey?” tanya Fikri bertalu-talu.
Fira hanya tersenyum. Fikri melihat jam di pergelangan tangannya.
“Masya Allah. Dah nak pukul 3, saya tak solat Zohor lagi...” Fikri terus bangkit dan mengambil tuala menuju ke bilik mandi.
Ketika Fikri sedang bersiap-siap untuk solat, Fira bangun dari pembaringannya.
“Awak nak ke mana ni?” tanya Fikri tegas.
“Emm, saya nak pergi ambil wudhu’. Saya nak solat...” beritahu Fira.
“Sudah, mari saya tolong. Awak tu belum betul-betul sihat lagi...” berhati-hati Fikri membantu Fira, agar wudhu’nya juga tidak terbatal.
Mereka solat zohor berjamaah.
Petang itu, Fikri menemani Fira berehat di bilik.
“Minum air kelapa ni...” sua Fikri kepada Fira.
Fira menyambut dan meminumnya. Selepas itu tanpa diduga Fira menitiskan air mata.
“Kenapa awak nangis ni?” tanya Fikri. Dia kaget melihat Fira yang tiba-tiba sahaja menangis. Apakah dia telah membuatkan isterinya itu sedih.
“Terima kasih awak. Saya selalu susahkan awak...” ucap Fira sambil mengenggam erat tangan Fikri.
“Saya tak tahu apa perasaan awak yang sebenar pada saya. Tapi saya hargai sangat apa yang awak buat pada saya. Walaupun awak tak pernah kata yang awak sayang saya, tapi awak selalu ambil berat pasal saya setiap kali saya sakit. Terima kasih awak, selagi saya isteri awak, sayang dan cinta saya hanya untuk awak, suami saya ...” ucap Fira ikhlas dengan tangisan yang semakin deras.
“Shhh, sudahlah tu. Dah awak sakit, takkan saya nak layan kasar-kasar pula....” balas Fikri sambil menarik Fira ke dalam pelukkannya. Sebenarnya, dia juga tersentuh mendengar luahan isterinya itu.
‘Cinta dan sayang saya pun hanya untuk awak, isteri saya satu-satunya...” desis hati kecil Fikri. Dia tersenyum sendiri.
Fira telah bertekad, walau apa jadi sekalipun dia akan tetap mempertahankan rumah tangganya. Dia akan berusaha untuk memenangi hati suaminya itu. Dia akan terus sabar melayani karenah suaminya itu, walaupun hatinya seringkali terluka. Selagi Fikri menjadi suaminya, selagi itulah dia akan terus menyayangi dan mencintai Fikri. Dia akan terus taat dan patuh kepada suaminya itu selagi ianya tidak bertentangan dengan syarak.
...................................................................................................................................................
“Esok awak pergilah kerja. Tak payah temankan saya lagi. Saya dah okey dah ni...” beritahu Fira kepada Fikri.
“Betul ni? Nanti kalau jadi macam siang tadi macam mana?” tanya Fikri.
“Saya dah okey. Cuba rasa ni, dah tak panas lagi kan macam siang tadi...” beritahu Fira lagi cuba meyakinkan Fikri.
Fikri akui, yang demam Fira sudah kebah. Nampaknya, apa yang diajarkan bapa mertuanya tadi menjadi. Fira sudah kelihatan segar sedikit berbanding siang tadi.
“Betul ni? Awak pasti? Atau awak tak suka saya temankan awak sebenarnya?” sengaja Fikri ingin menduga isterinya itu.
“Bukan macam tu maksud saya. Saya cuma tak nak susahkan awak je...” ucap Fira sayu.
“Lagipun saya dah okey. Esok pun Mak Jah dengan Siti dah balik. Awak tak perlu risau okey...” tambah Fira lagi sambil tersenyum mesra.
“Okeylah kalau awak dah kata macam tu...” balas Fikri. Nak tak nak dia terpaksa akur juga.
Tiba-tiba handset Fikri berbunyi. Fikri hanya membiarkan sahaja handsetnya berbunyi tanpa diangkat.
“Kenapa awak tak jawab panggilan tu?” tanya Fira sedikit curiga.
“Saje. Takpelah, bukan penting pun. Biar ajelah...” balas Fikri.
“Siapa yang telefon? Kenapa awak tak nak jawab?” tanya Fira lagi.
“Tak ada siapa-siapa, tak penting pun...” jawab Fikri malas.
Kemudian terdengar bunyi loceng rumah dan suara orang memberi salam.
“Awak, ada orang datang tu...” beritahu Fira
Fikri segera menjengah ke tingkap.
‘Ely... Apa dia nak ni datang malam-malam...’ desis hati kecil fikri. Seraya itu, handsetnya sekali lagi berbunyi.
Fikri membuat isyarat pada Fira agar senyap, kemudian dia menjawab panggilan tersebut. Fira hanya diam tanda faham.
“Hello, ye Ely...” ucap Fikri saat menjawab panggilan.
Fira hanya mendengar sahaja perbualan itu.
Sorry, I tak ada kat rumah...”
Owh... keluar dengan member I, dia ambil tadi....”
“Okeylah, see u tomorrow...”
Fikri menamatkan perbualannya.
“Ely ke yang datang tu?” tanya Fira.
“Yups...” jawab Fikri pendek.
“Dia nak apa?” tanya Fira seperti tidak berpuas hati.
“Ajak dating...” ringkas sahaja jawapan Fikri.
“Emm...” balas Fira.
“Kenapa?” tanya  Fikri pula.
“Kenapa awak tak keluar saja dengan Ely.. Kenapa bohong dia?” tanya Fira lagi.
“Bohong? Biarlah, saya penatlah. Hari ni dah jaga awak seharian, nak keluar lagi. Nanti entah pukul berapa balik...” jelas Fikri.
Fira diam tidak terkata. Walaupun kedengaran sinis alasan yang diberikan oleh Fikri itu, tetapi Fira tahu Fikri ikhlas menjaganya hari itu. Kalau tidak masakan dia bersusah payah, buat itu semua untuk Fira.
Tanpa sedar Fira tersenyum mengingatkan betapa prihatinnya Fikri kepadanya.
“Awak tidurlah, saya pun nak tidur dah ni...”
Fikri lantas mematikan lampu dan menuju semula ke katil untuk tidur.
“Awak....” panggil Fira lembut.
“Emm, kenapa? Awak ada nak apa-apa ke?” tanya Fikri.
“Terima kasih sebab jaga saya....” ucap Fira ikhlas.
Fikri tidak membalas apa-apa. Fira merapatkan tubuhnya pada Fikri, perlahan-lahan dia memeluk Fikri, seakan tidak mahu melepaskannya. Fikri hanya membiarkan sahaja tindakan Fira itu.
....................................................................................................................................................
Ketika Fikri terjaga dari tidur, Fira masih lagi memeluk erat tubuhnya. Perlahan-lahan Fikri mengalihkan tangan Fira. Dia meraba dahi Fira dengan belakang tangannya, panas Fira sudah berkurang. Tiba-tiba Fira terjaga dari tidurnya.
“Emm, kenapa awak? Dah pukul berapa ni? “ tanya Fira.
“Dah pukul 6, awak macam mana hari ni?” tanya Fikri pula.
“Dah rasa ok sikit. Cuma masih rasa pening-pening sikit...” jawab Fira.
“Tak apalah, awak rehat dulu hari ni. Esok kalau dah ok, baru pergi kerja...” balas Fikri.
“Saya nak bangun dulu, nak mandi dan solat...” Fikri bangun dan terus menuju ke bilik air. Fira masih lagi di katil
..............................................................
“Awak nak solat sekali...?” tanya Fikri saat dia sedang bersiap-siap untuk solat subuh.
Fira hanya mengangguk. Dia bangun dari katil. Tetapi dia hampir terjatuh kerana kepalanya masih pening.
“Awak ok tak ni?” tanya Fikri
“Ok...” jawab Fira.
Fikri tahu Fira tidak ok, lantas dia segera membantu fira.
Selesai solat subuh berjamaah, Fira berehat semula di katil. Manakala Fikri turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan buat Fira.
Selesai membuat sarapan, Fikri membawakan sarapan Fira ke bilik.
“Ni saya dah siapkan sarapan untuk awak. Awak dah  tak muntah-muntah lagi kan? Rasanya boleh kot makan apa yang saya masak ni....” beritahu Fikri.
Fira hanya mengangguk dan tersenyum.
“Hari ini Mak Jah dengan Siti balik, kalau awak rasa belum ok lagi. Tak payah buat apa-apa.Beritahu dia orang aja nanti, kalau awak nak apa-apa ok...”pesan Fikri.
Kemudian dia, meninggalkan Fira untuk bersiap-siap ke pejabat.
“Saya pergi kerja dulu. Kalau apa-apa hal , telefon saya...” pesan Fikri lagi sebelum dia berangkat ke tempat kerja.
Fira hanya mengangguk. Dia menghulurkan tangan kepada Fikri untuk bersalaman.
“Terima kasih awak...” ucap Fira sambil tersenyum mesra dan mencium tangan Fikri
Fikri turut membalas senyuman Fira dan menghadiahkan ciuman di ubun-ubun isterinya itu.





BAB 36
Keesokan harinya Fira kembali bekerja seperti biasa, setelah dirinya sudah dirasakan betul-betul sihat.
“Kau dah sihat ke?” tanya Sheqa kepada Fira ketika mereka makan tengahari di pantry berdua.
Pagi tadi Sheqa tidak sempat untuk bertanyakan keadaan temannya itu. Fira begitu sibuk sekali menyelesaikan kerja-kerjanya yang tertangguh akibat bercuti selama 3 hari.
“Alhamdulilah...”jawab Fira sambil tersenyum.
“En.Fikri jaga kau ya?” tanya Sheqa lagi sambil tersenyum.
“Ya sayang, dah tu siapa lagi...” jawab Fira.
“Emm, aku tak fahamlah dengan dia tu. Kejap okey kejap tak okey. Tapi tiap kali aku sakit, dia yang jaga aku. Dia ambil berat sangat. Tapi lepas tu buat tak tahu...” tambah Fira lagi sebelum sempat Sheqa bertanya.
“Itu maknanya dia sayang kat kaulah tu...” balas Sheqa pula.
“Sayang? Entahlah...” balas Fira.
“Emm, aku rasa nak bagi somethinglah pada dia tanda aku hargai apa yang dia buat untuk aku...” tambah Fira lagi sambil tersenyum.
“Agak-agak kau, benda  apa yang sesuai ya untuk lelaki ni? Maklumlah aku kan tak pernah belikan hadiah untuk orang lelaki...” jelas Fira.
“Kau bagilah perfume ke, baju ke...” cadang Fira.
“Tak pun, kalau susah-susah sangat. Bagi aje diri kau tu. Hahaha " seloroh Sheqa.
“Hah? Bagi diri aku? Maksud kau?” tanya Fira tidak mengerti.
“Malam ni kan malam jumaat, tak reti-reti ke?” sakat Sheqa.
“Kau ni tak sudah-sudah malam jumaat. Kenapa pula dengan malam jumaatnya?” 
“Kau ni lampi betullah. Nak kata belum kahwin dah kahwin. Nak kata budak-budak, umur dah nak masuk 25 tahun. Dah boleh jadi mak orang pun. Itu pun nak kena ajar juga ke?” bebel Sheqa. Geram pula dengan sikap temannya yang terlalu lurus itu.
“Owh, maaflah. Aku kan budak baru belajar. Hehehee”
“Alah, malulah. Takkan aku yang nak mulakan dulu kot. Lagipun hari ni parents kita orang balik dari umrahlah. Takkan nak sibukkan benda tu pula...” tambah Fira lagi.
“Kalau tak dan hari ni, kau cuba hari lainlah. Apalah kawan aku sorang ni. Yang lurus sangat kenapa? Haish! Lagipun apa salahnya kalau kau yang mulakan dulu, takkan nak tunggu dia aja yang mulakan. Suami sendiri kot yang kau goda tu, bukan orang lain. Yang penting, kau tak lampu merah sudahlah time tu. Hehehe” beritahu Sheqa lagi sambil ketawa kecil.
.....................................................................................................................................................
Malam itu, Fikri mengambil Datuk Faizal, Datin Maria, Pakcik Fakrul dan Faiz di airport. Fira pula hanya menanti sahaja di rumah.
“Assalamualaikum...” Datuk Faizal serta yang lain memberi salam sesampai sahaja di muka pintu.
“Waalaikummussalam....” jawab Fira yang sudah sedia menanti di hadapan pintu
“Alhamdulilah, selamat juga kami pulang semula ke sini...” ucap Datuk Faizal. Kemudian mereka masuk dan berlalu ke ruang tamu.
“Anak abah macam mana? Dah sihat?” tanya Pakcik Fakrul saat Fira menyalaminya.
“Alhamdulilah bah, Fira dah sihat...” jawab Fira sambil tersenyum mesra.
“Baguslah, nasib baik menantu abah ada tolong jagakan anak abah yang manja ni...” balas Pakcik Fakrul sambil tersenyum.
Fikri hanya tersenyum bangga dipuji bapa mertuanya. Fira pula senyum mengejek.
Faiz sesampai sahaja tadi terus naik ke biliknya, mahu berehat. Malas mahu melibatkan diri dengan perbualan orang dewasa.
Entah-entah demam nak dapat orang baru tak?” tambah Datin Maria pula sambil tersenyum.
“Hah? Ish ibu ni, takkanlah. Awal lagi kot..” balas Fikri pula.
“Apa yang awal lagi?” tanya Datin Maria tidak mengerti.
“Err, tak ada apa-apa la Bu. Maksud Fik, masih awal. Lagipun kami masih nak honeymoon. Kan sayang kan?” jawab Fikri sambil memberi isyarat pada Fira.
‘Sayang? Tiba-tiba pula nak berlagak romantik depan family...’ desis hati kecil Fira.
Fira hanya mengangguk dan tersenyum kelat.
“Tak payahlah honeymoon lama-lama sangat. Ibu kamu tu dah tak sabar nak timang cucu...” tambah Datuk Faizal pula.
“Ke masih belum lekat-lekat lagi? Atau kamu yang tak aktif ni Fik. Hahaha” gurau Pakcik Fakrul pula.
Wajah Fira sudah merona merah kerana malu. Fikri pula hanya buat muka selamba.
“Ni ibu ada bawakan buah zuriati dari sana. Fira makanlah, mana tahu kalau-kalau lepas ni ada rezeki...” ucap Datin Maria sambil menghulurkan bungkusan yang berisi buah tersebut kepada Fira.
“Masa kat sana, ibu tak putus-putus doakan kebahagiaan kamu berdua dan mudah-mudahan cepatlah kamu berdua dikurniakan zuriat. Ibu dah tak sabar nakkan cucu ni...” tambah Datin Maria lagi.
“InsyaAllah Bu, kalau ada rezeki adalah nanti. Ibu sabar ya? Nanti Fik dengan Fira usaha lebih keras. Hehehe” seloroh Fikri. Fira di sebelah sudah semakin memerah wajahnya.
‘Tak senonoh betullah laki aku ni, suka buat aku malu. Huh!’ gumam Fira di dalam hati.
“Yelah, kalau boleh biarlah cepat-cepat sikit...”
‘‘Sudah-sudahlah tu bercerita pasal cucu ibunya, tengok menantu kita ni, dah tak senang duduk saya tengok...” tegur Datuk Faizal pula sambil tersenyum.
“Ni Fik, Fira. Kami cadang esok malam lepas isyak, kami nak buat kenduri kesyukuran sikit..” beritahu Datuk Faizal menukar topik.
“Fik dengan Fira tak ada masalah. Siapa aja yang Papa nak jemput?” tanya Fikri ingin tahu.
“Papa ingat nak buat kecil-kecil aja. Cuma jemput orang masjid dengan saudara mara terdekat kita aja...” beritahu Datuk Faizal.
......................................................................................................................................................
“Awak, apa pandangan awak tentang permintaan ibu tadi?” tanya Fira saat mereka berdua berada di bilik.
“Pandangan apa pula?” tanya Fikri tidak mengerti.
“Emm, pasal anak? Dah banyak kali ibu sebut pasal benda ni...” jelas Fira.
“Dah belum ada rezeki. Tunggu ajalah, kalau cepat cepatlah. Kalau lambat, lambatlah. Nak macam mana. Lagipun baru percubaan pertama kan...” balas Fikri pula sambil membaringkan dirinya di katil.
“Emm. yelah...’’ jawab Fira pendek.
“Kenapa? Awak nak ke malam ni?” tanya Fikri tiba-tiba sambil tersenyum nakal menghadap Fira.
“Hah? Errr...” jawab Fira tergagap-gagap. Dia dapat menangkap apa yang dimaksudkan Fikri.
“Lain kali sajalah. Saya penat malam ni...” balas Fikri sambil menarik bantal peluk dan memejamkan matanya.
Fira hanya diam. Malu juga dirasakan apabila Fikri seolah-olah dapat membaca fikirannya.
“Tolong matikan lampu, saya nak tidur...” pesan Fikri.
Fira mematikan lampu dan berbaring di sebelah Fikri. Dia masih belum dapat melelapkan mata . Macam-macam yang difikirkan di dalam kepalanya.
“Awak? Dah tidur ke?” panggil Fira tiba-tiba.
“Herm, baru terlelap kejap. Kenapa? Awak tak boleh tidur ke?” tanya Fikri.
“Belum boleh tidur lagi. Sorry saya kacau awak tidur...” balas Fira.
“Hah! Tau tak apa, awak nak apa? Jangan minta yang itu sudah. Saya penat ni...” sempat lagi Fikri mengenakan isterinya itu.
“Err, bukanlah! Saya nak minta izin awak, minggu ni saya nak balik rumah abah. Tidur sana, boleh tak?” beritahu Fira
“Ingatkan apalah tadi. Macamlah esok tak boleh nak bagitahu...” bebel Fikri.
“Saya takut terlupa. Boleh tak awak?” tanya Fira lagi.
“Emm, boleh tu boleh. Tapi saya tak dapat nak teman, ada kerja hujung minggu ni...” balas Fikri.
“Tak apa, aya faham. Thanks awak....” balas Fira kembali.
“Aii! Macam tak kisah aja saya tak ada...” duga Fikri.
“Err, tak adalah....” jawab Fira.
“Ingat, jangan nak macam-macam kat belakang saya. Kalau awak macam-macam, siap awak!” pesan Fikri tegas.
Dahlah, saya nak tidur. Jangan kacau saya lagi. Kalau awak tak boleh tidur, awak buatlah apa-apa pun. Kira biri-biri ke apa ke, asal tak kacau saya...” tambah Fikri lagi memberi peringatan kepada Fira.
‘Ingat aku budak-budak ke nak suruh kira biri-biri. Aish!’ gumam hati kecil Fira.

BAB 37
Sudah seminggu Datuk Faizal pulang dari menunaikan umrah. Sepanjang itu juga, Fikri sibuk dengan kerjanya, sehingga kurang masa bersama Fira.
“Sheqa, tengahari karang jom teman aku pergi shopping...” ajak Fira.
“Tak ada hal lah. Tapi suami kesayangan kau tu bagi ke?” tanya Sheqa pula.
“Nanti aku tanya. Lagipun dia kan solat jumaat, takkan nak teman pula...” balas Fira.
“Kau nak shopping barang apa weyh?” tanya Sheqa.
“Tengoklah nanti, apa-apa yang berkenan...” beritahu Fira.
“Aku nak cari present untuk Fik. Seminggu ni dia sibuk sangat sampai tak ada masa langsung untuk aku...” tambah Fira lagi.
“Masa untuk apa tu?” duga Sheqa sambil tersenyum nakal.
“Ish, dah mula lah tu nak fikir bukan-bukan...” balas Fira.
“Eleh, macamlah aku tak tahu. Apa nak malu, kita sama-sama dah kahwin kot. Hahaha Tak payah nak selindung-selindung sangatlah dengan aku. Lagi orang yang tengah mood honeymoon macam kau ni...” seloroh Sheqa.
Mood honeymoon? Hahaha Honeymoon pun kitaorang tak pergi lagi lah. Entah bila agaknya dapat pergi...” balas Fira lagi.
Honeymoon kat rumah sudahlah, tak payah nak pergi jauh-jauh sangat. Hahaha “ semakin galak Sheqa menyakat Fira.
“Ish, kau ni! Macam-macam ajalah. Malas aku nak melayan kau ni, makin layan makin menjadi. Jangan lupa rehat nanti temankan aku....”
“Yela...” jawab Sheqa pendek.
.....................................................................................................................................................
Tok..tok..tok
“Masuk...” arah Fikri.
“Yups, ada apa-apa  ke?” tanya Fikri ketika melihat Fira masuk ke biliknya.
“Err, awak saya nak minta izin boleh? Saya nak keluar dengan Sheqa, waktu solat jumaat nanti...” beritahu Fira.
“Nak ke mana?” tanya Fikri lagi.
“Nak keluar pergi shopping mall kejap, cari barang sikit...” beritahu Fira lagi.
“Ok...” balas Fikri pendek.
‘ok ja? selalu kemain panjang berjela lagi amanat dia’ Fira berbicara sendiri di dalam hati.
“Ada apa-apa lagi ke?” tanya Fikri bila dilihat Fira masih tercegat lagi disitu.
“Err, tak ada. Saya keluar dululah ya...” jawab Fira.
“Awak? Malam ni busy tak?” tanya Fira sekali lagi sebelum melangkah keluar dari bilik Fikri
“Emm, tak kot. Kenapa?” tanya Fikri kembali.
Nothing.....” balas Fira sambil tersenyum dan melangkah keluar dari bilik Fikri.
......................................................................................................................................................
Selepas makan malam, Fira terus naik ke bilik. Manakala Fikri masih lagi duduk bersantai di ruang tamu bersama ahli keluarganya yang lain.
“Fira mana Fik?” tanya Datin Maria saat dia melihat Fira tiada bersama Fikri di ruang tamu itu.
“Dah naik atas lepas makan tadi...” beritahu Fikri.
“Awalnya. Dia tak sihat ke?” tanya Datin Maria. Tidak senang betul hatinya kalau tidak melihat anak menantunya duduk bersama.
“Taklah, dia okey aja...” jawab Fikri pendek.
“Ke kamu gaduh dengan dia ni? Tak pun dia merajuk dengan kamu sebab kamu sibuk sangat minggu ni sampai tak ada masa nak layan dia?” duga Datin Maria.
“Ish, ibu ni. Kami okey ajalah. Mana ada gaduh-gaduh lagi...” balas Fikri menutup kecurigaan ibunya itu.
“Ibu kamu ni risau benar kalau tak tengok kamu dengan Fira duduk bersama. Kalau boleh ibu kamu nak tengok kamu berdua duduk berkepit 24 jam, baru dia puas hati...” perli Datuk Faizal.
“Abang ni, kalau tak perli saya tak boleh ke? Saya bukannya apa, saya risau aja. Manalah tahu budak berdua ni gaduh ke...” balas Datin Maria.
“Hahaha Ibu jangan risau okey! Kami baik-baik aja. Tak ada gaduh-gaduh. Kalau gaduh-gaudh macam mana nak bagi ibu cucu cepat. Hahahaa “ seloroh Fikri.
Nasib baik Fira tiada bersama, kalau tidak pasti sudah merona merah mukanya.
“Sekarang ni gaduh-gaduhlah lagi senang lekat Fik oii!” sakat Datuk Faizal pula.
“Betul ke Pa? Hahaha”
“Percaya lah sangat Papa kamu tu...” perli Datin Maria.
“Cuba kamu naik atas, tengok Fira tu Fik...” arah Datin Maria.
“Alah ibu, Fira okey ajalah bu...”
“Pergi ajelah Fik, ibu kamu dah suruh tu...”
“Erm, yelah-yelah...” dengan malas, Fikri melangkah juga naik ke bilik untuk melihat isterinya itu.
.....................................................................................................................................................
“Fira....” panggil Fikri ketika melangkah masuk ke bilik tidurnya.
“Awak buat apa tu?” tanya Fikri ketika melihat Fira sedang duduk menghadap cermin.
Fira langsung tidak menjawab peguran Fikri itu.
“Emm, wanginya. Awak pakai perfume apa ni? Saya rasa sebelum ni tak pernah bau pun...” tanya Fikri. Hampir sahaja Fikri mahu naik angin dengan Fira gara-gara tidak mengendahkan tegurannya tadi. Tapi automatik hatinya menjadi lembut, tatkala menghidu perfume yang dipakai Fira.
Fira yang sedang menghadap cermin, menoleh kea rah Fikri. Dia tersenyum sambil pergi mendapatkan Fikri.
“Awak suka bau perfume ni?”
“Awak cuba yang ni pula. Perfume ni sepasang, satu lagi ni untuk awak...” beritahu Fira sambil menyemburkan sedikit pada Fikri.
“Boleh tahan juga baunya. Yang awak punya perfume tu, sexy sangat baunya. Boleh menggetarkan naluri. Jangan pakai time keluar rumah ya...” pesan Fikri. Walaupun bersahaja tapi ada nada tegas di situ.
“Saya pakai untuk awak saja....” bisik Fira . kemudian dia meletakkan perfume tersebut di meja solek. Dia melangkah menghampiri fikri. Fira cuba untuk menggoda Fikri. Dibuang perasaan malunya.  Dia membuka jubah tidur yang tersarung ditubuhnya. Di dalamnya pula, dia memakai baju tidur pemberian Fikri tempoh hari.
“Emm, ni baju tidur yang saya bagi hari tu kan?” tanya Fikri cuba mengawal getaran di hati. Menghidu bau perfume Fira saja sudah mampu menggetarkan naluri lelakinya.  Ini pula melihat Fira berpakaian sebegitu.
Fira tidak menjawab, malah dia merapatkan lagi tubuhnya pada Fikri. cuba menggoda Fikri. tangannya, bermain-main di dada dan leher Fikri.
“Awak nak goda saya ke?” tanya Fikri. dia menghalang tangan Fira dari terus memainkan peranannya.
Sorry, bukan malam ni. Kalau saya perlukan awak, saya sendiri akan cari awak. Tak perlu goda saya macam ni...” ucap Fikri sinis.
Fira bengang ditolak begitu oleh Fikri. Terus dia menyarung semula jubah tidurnya dan berlalu ke bilik air.
Fikri beristighfar seketika. Hampir luruh juga imannya digoda Fira. Berpeluh juga dia berhadapan denan Fira. Tetapi kerana ego, dia cekalkan juga. Dia tidak mahu kalah dengan godaan Fira. Kalau boleh dia mahu Fira yang kalah dengannya.
Kemudian Fikri keluar dari bilik itu. Fira makan hati dengan sikap Fikri. Dia malu kerana Fikri menolaknya. Setelah hampir 15 minit dia duduk di dalam bilik air, barulah dia keluar. Saat Fira keluar , Fikri sudah tiada di dalam bilik.
Ketika Fikri masuk semula ke dalam bilik, dilihat Fira sudah tidur dan membelakangi tempat pembaringannya. Bantal peluk diletakkan di tengah-tengah.
Fikri tahu Fira merajuk dengannya. ‘Tak apalah, biarkan dia merajuk, esok aku pujuklah.’ desis hati kecil FIkri. Dia tersenyum melihat Fira. Kemudian dia baring di sebelah Fira dan bantal peluk dibiarkan di tengah-tengah.
Sebenanrya Fira masih belulm tidur. Dia berasa hati dengan Fikri. Dia fikir Fikri akan memujuknya tetapi hampa. Dia tidak menyangka Fikri akan menolaknya dan berkata begitu kepadanya. Perasaan malu ditolak Fikri membuatkan Fira tekad untuk tidak mahu buat sebegitu lagi.
Beberapa ketika kemudian, Fira memusingkan tubuhnya menghadap Fikri. Dia tahu, berdosa isteri yang tidur membelakangi suaminya. Walau rajuk dan sedih macam mana pun hatinya, dia tetap tidak akan membelakangi Fikri ketika tidur.
......................................................................................................................................................
Pagi itu Fira terlewat bangun. Fikri juga masih tidur. Jam sudah menunjukkan 6.40 pagi. Waktu subuh sudah hampir tamat,
Fira segera bangkit dan mengejutkan Fikri
“Awak, bangun dah siang...” kejut Fira. Fikri masih lagi tidur, tidak mahu bangun. Fira mengejutkan Fikri sekali lagi.
“Awak, bangunlah. Waktu subuh dah nak habis ni...” kejut Fira sambil mengusap lembut tubuh Fkri
“Errmm?? Dah pukul berapa ni?” tanya Fikri dalam keadaan mamai.
“Dah 6.45 pagi. Bangunlah, nanti terlepas subuh...” beritahu Fira.
Fikri menggeliatkan tubuhnya. Fira sudah meninggalkannya dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu’.
“Awak tunggu kejap, saya pergi ambil wudhu’. Kita solat sama-sama...” beritahu Fikri
Mereka solat subuh berjamaah. Hampir sahaja mereka terlepas waktu subuh. Fira terlupa seketika akan rajuknya tadi malam. Selesai solat , Fira ingin menuju ke bilik air untuk mandi.
“Awak nak pergi mana tu?” tanya Fikri saat melihat Fira ingin melangkah ke bilik air.
“Nak pergi mandilah, lepas tu nak turun bawah. Tak kan nak sambung tidur pula...” ucap Fira sinis.
Fikri menarik Fira rapat kepadanya. Dia memluk Fira dari belakang. Fira tidak pula melawan.
“Tak payah mandi dululah. Temankan saya dulu...” bisik Fikri romantis di telinga Fira.
“Nak buat apa temankan awak? Awak kan tak nak saya...” balas Fira.
“Awak merajuk y?” tanya Fikri sambil mencium bahu Fira.
Fira hanya mendiamkan diri. Mengiyakan tidak, menafikan pun tidak.
“Saya tak nak teman awak. Saya nak mandi, lepas tu turun bawah..” ucap Fira seolah-olah baru tersedar.
“Saya nak awak temankan saya sekarang. Lepas ni boleh mandi. Mandi dengan saya, ok sayang?” ucap Fikri sambil tersenyum nakal.
“Saya tak nak!” balas Fira kembali.
“Shhh... Tak baik melawan cakap suami...” balas  Fikri sambil memusingkan Fira agar menghadapnya.
“Awak memang selalu macam tu kan? Selalu sangat gunakan alasan macam tu... Tak ada alasan lain ke?” balas Fira sedikit bengang.
“Betul lah kan? Awak tak kesian suami awak ni ke?” sengaja Fikri menduga Fira.
“Habis? Awak tu kesiankan saya ke?” Fira masih lagi tidak mahu mengalah.
“Kesian..... tapi......” Fikri terus menolak Fira ke katil. Fira bengang diperlakukan begitu.
“Ish, awak ni. Main tolak-tolak pula!! Kalau tak nak saya, janganlah buat macam ni...” marah Fira. Dia geram dengan tindakan Fikri itu.
“Siapa kata saya tak nak?” balas Fikri sambil tersenyum nakal. Dia sudah pun mendapatkan Fira.
“Dah sianglah awak, lagipun tak mandi lagi ni...” balas Fira pula. Dalam marah dia masih lagi berlembut.
“Alah, tak ada sesiapa yang nak marahlah kalau kita keluar lambat dari bilik. Lagipun hujung minggu. Tak payah nak mandi, masih wangi lagi ni...” ucap Fikri sambil tersenyum nakal pada Fira.
“Awak!” halang Fira tiba-tiba
“Kenapa?” tanya Fikri
“Jangan tinggalkan apa-apa kesan macam hari tu okey!” balas Fira sambil tersenyum malu.
Fira tidak membenarkan Fikri meninggalkan kesan tetapi sebaliknya tanpa sengaja dia yang telah meninggalkan kesan pada Fikri.
.....................................................................
“Faiz, pergi panggil abang dengan kak Fira kamu. Dah pukul berapa ni, tak turun-turun sarapan lagi...” suruh Datin Maria kepada Faiz.
Tok... tok..tok
“Abang, kakak... Ibu panggil, suruh turun sarapan...” panggil Faiz sambil mengetuk pintu bilik abang dan kakak iparnya itu.
“Ouchhh...!! Kenapa awak gigit saya? Sakitlah...” tegur Fikri sambil mengaduh kesakitan.
Sorry. Hehehe Geram! Alah sikit aja tu...” balas Fira sambil tersenyum manja.
Tok..tok..tok..
“Abang oooo abang...” panggil Faiz sekali lagi.
“Awak, ada orang ketuk pintu tu. Pergilah tengok...” ucap Fira.
“Ish, siapa pula ni. Kacau daun betullah. Nasib sempat...” bebel Fikri.
Fikri menuju ke pintu. Dia membuka sedikit pintu untuk melihat siapa diluar.
“Hah Faiz, kenapa?” tanya Fikri kepada Faiz
“Abang baru bangun ke? Ibu panggillah, suruh sarapan...” beritahu Faiz.
“Emm... Cakap ibu, kejap lagi abang turun dengan kak Fira...” balas Fikri.
Fikri menutup pintu setelah Faiz beredar.
“Ibu dah panggil, suruh sarapan..” bertahu Fikri kepada Fira.
“Kalau macam tu, biar saya mandi dulu okey...” Fira segera bangkit dari katil.
“Lambat... Mandi sama-sama aja, cepat sikit...” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
“Hah? Tak naklah saya. Awak dahlah gatal...” ucap Fira sambil bangun menuju ke bilik air.
Belum sempat dia menutup pintu bilik air, Fikri sudah menrjah masuk terlebih dahulu.
...................................................................................................................................................
Setangah jam kemudian, barulah Fikri dan Fira turun ke ruang makan. Mereka jalan beriringan. Fikri memeluk erat pinggang Fira, menunjukkan kemesraan. Dia tetap membuat selamba walaupun berulang kali Fira menegah.
“Amboii, lamanya. Kami dah nak sudah baru kamu berdua turun...” tegur Datin Maria saat melihat mereka berdua.
“Kemain mesra lagi anak menantu kita ni ya bang sekarang. Dah ada kemajuan. Nampaknya, kita kena kerap tinggalkan mereka berdua ni...” tambah Datin Maria lagi sambil tersenyum
Fira sudah malu ditegur begitu oleh ibu mertuanya.
“Itulah, semalam Fikri cakap ibu tak percaya. Kami okey aja kan? Mana ada gaduh-gaduh. Kalau asyik gaduh, macam mana nak bagi ibu cucu...” saja Fikri berkata begitu. Dia seronok melihat muka Fira yang sudah memerah.
“Sudahlah tu. Mari duduk sarapan..” pelawa Datuk Faizal.
Fikri duduk berhadapan ibunya manakala Fira duduk di sebelah Fikri.
Tiba-tiba Fira terperasan yang leher Fikri ada kesan meah. Dia cuba menyatakannya kepada Fikri. Dia malu jika orang lain terperasan akan hal itu. Rupa-rupanya Datin Maria sudah perasan terlebih dahulu.
“Aii Fik.. Kenapa leher kamu merah-merah? Nyamuk mana yang gigit?” perli Datin Maria sambil tersenyum.
“Patutlah lambat....” tambah Datuk Faizal pula sambil tersenyum.
“Aiii...Kerja menantu kesayangan ibulah. Kan ibu kata nak cucu cepat. Ni tengah berusaha keraslah ni...” balas Fikri selamba sambil tersenyum nakal.
Wajah Fira di sebelah sudah merona merah menahan malu. Fikri pula buat tidak tahu sahaja.
“Kamu ni Fik, suka benar menyakat Fira. Tengok dah merah muka dia...”
“Tak payah malu-malu Fira, ibu pun dah pernah lalui...” tambah Datin Maria lagi.
Nasib baik Faiz sudah beredar terlebih dahulu. Kalau tidak pasti Fira lebih malu.
“Ibu rasa,  kalau Fira pregnant, ibu nak adakan majlis Fik dengan Fira. Okey tak bang?” tanya Datin Maria kepada suaminya.
Fikri yang terdengar ungkapan itu tersedak. Dia belum bersedia sebenarnya untuk menghebahkan statusnya.
“Hah Fik, kamu ni kenapa?” tanya Datuk Faizal.
“Err, tak ada apalah papa..”
“Emm, ibu seius ke ni?” tanya Fikri.
“Kenapa? Kamu tak suka ke? Sampai bila kamu nak rahsiakan perkahwinan kamu dengan Fira pada umum?”
“Ibu dah buat keputusan. Tak kiralah lambat atau cepat. Kalau dapat tahu Fira pregnant, ibu akan adakan terus majlis terebut. Tak mahu tangguh-tangguh lagi...” tambah  Datin Maria lagi.
“Betul kata ibu kamu tu Fik. Papa pun setuju..” tambah Datuk Faizal pula.
Fira hanya diam tidak mencelah. Fikri meneruskan makannya. Kemudian Datin Maria dan Datuk Faizal meninggalkan mereka berdua di situ.
“Awak? Awak tak suka ke kalau saya pregnant?” tanya Fira tiba-tiba.
“Awak belum pregnant lagi kan? So, tak payah tanya apa-apa..” jawab Fikri sinis. Hilang terus kemesraan nya kepada Fira.
“Tapi.....”
“Tak payah fikir apa-apa. Lepas ni, pakai protection. Saya belum bersedia lagi nak hebahkan perkahwinan kita...” jelas Fikri lagi. Dia kemudian menyelesaikan makanannya dan meninggalkan Fira sendirian.
Tiba-tiba Fira merasa sebak mendengar kata-kata Fikri itu. Kadangkala dia merasakan dirinya tak ubah seperti perempuan simpanan kepada Fikri.
Hakikatnya, Fikri tidak kisah jika Fira hamil. Tetapi bila mendengar kata-kata ibunya, membuatkan dia tidak dapat menerima keputusan itu. Dia tidak menyangka bahawa ibunya akan membuat keputusan tanpa meminta pendapatnya dahulu.
















BAB 38
Sejak kejadian hari itu, Fikri seperti tidak mengendahkan Fira. Hanya jika dihadapan ibu bapa mereka sahaja, Fikri akan melayan Fira dengan baik. Di belakang, Fikri hanya buat tidak tahu sahaja dengan Fira. Fira sendiri tidak faham kenapa Fikri begitu.
Walaubagaimanapun, Fikri akan berubah menjadi romantis bila dia memerlukan Fira. Mahu tidak mahu Fira masih setia memenuhi kehendak suaminya itu, walaupun dia merasakan dirinya tak ubah seperti perempuan simpanan.
....................................................................................................................................................
Sudah hampir sebulan kejadian itu berlaku. Satu hari, ketika ingin ke pejabat Fira tiba-tiba sahaja berubah tingkah, tidak seperti selalunya.
“Awak ni kenapa lambat sangat??!! Dah kematu saya tunggu tahu tak!!!!” tiba-tiba sahaja Fira memarahi Fikri. Fikri yang baru keluar dari rumah terkejut dengan Fira yang tiba-tiba sahaja memarahinya.
“Yang awak ni kenapa pula? Tiba-tiba nak hangin dengan saya. Selalu waktu macam ni juga saya keluar. Tak ada pula awak nak hangin tak tentu pasal. Boleh aja tunggu. Hari ni nak cari pasal pula?” bebel Fikri.
“Kalau awak nak cepat sangat, awak pergi sendiri lain kali...” tambah Fikri lagi yang sedikit bengang.
“Okey....Fine!!!” balas Fira, lantas dia keluar dari perut kereta Fikri.
Fikri tidak menyangka yang Fira akan bertindak sebegitu. Dia sendiri tidak faham kenapa Fira tiba-tiba begitu. Lantas dia terus mendapatkan isterinya itu.
“Awak ni kenapa? Tiba-tiba aja macam ni Sudah! Masuk dalam kereta, nanti lambat...” Fikri menarik tangan Fira dan menyuruhnya masuk ke dalam kereta semula..
Di dalam kereta, Fira hanya diam. Tidak langsung bercakap dengan Fikri seperti selalunya.
..................................................................................................................................................
Tiba di pejabat, Fira terus masuk dan berlalu ke tempatnya tanpa mengendahkan Fikri.
“Jangan tegur aku!! Aku tak ada mood!” Fira memberi peringatan kepada Sheqa sebelum sempat rakannya itu menegur. Sheqa hanya menuruti walaupun dia merasa sedikit pelik dengan sikap temannya itu.
Awal-awal pagi lagi Ely sudah muncul di hadapan Fira.
“Hah kau Ely! Nak apa?!” tanya Fira kasar.
Terkejut Ely mendengar pertanyaan yang kasar dari Fira. Begitu juga dengan Sheqa.
You ni kenapa? Putus cinta ke?” tanya Ely.
“Bukan urusan kau. Tak payah nak sibuk...”
“Kau nak apa pagi-pagi ni?” tanya Fira lagi.
I nak jumpa bos you. Boleh?” tanya Ely dengan suara yang memualkan pendengaran telinga FIra.
“Kau carilah sendiri kat dalam bilik dia ada ke tak...” balas Fira selamba. Kemudian dia meninggalkan Ely dan pergi ke bilik fotostat.
Ely segera menuju ke bilik Fikri.
Tok..tok..tok..
“Masuk...” arah Fikri
“Hey Fik. You busy ke..?” tanya Ely manja
“Boleh tahanlah. Kenapa?” balas Fikri yang masih tekun menghadapnya komputernya.
Ely mendapatkan Fikri di mejanya. Dia sudah mula ingin menggoda Fikri. Tiba-tiba dia terperasankan kesan-kesan yang terdapat pada leher Fikri. Kesan-kesan merah yang hampir hilang, tapi jika diteliti dengan dekat dapat dilihat dengan jelas.
“Fik, you ni dalam diam nakal juga ya...” bisik Ely tiba-tiba.
“Hah? Apa maksud you?” tanya Fikri yang tiba-tiba terkejut mendengar suara Ely yang begitu hampir dengannya. Dia cuba menjarakkan sedikit kedudukannya dengan Ely.
You buat apa kat luar? Bersepah love bite...” balas Ely sinis  sambil tersenyum nakal.
Love bite?” tanya Fikri kembali seakan tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Ely.
‘Ya Allah... Macam mana aku boleh tak perasan. Tak pasal-pasal minah ni fikir yang bukan-bukan pasal aku. Dia ni bukan boleh percaya. Fira ni pun satu. Sorok-soroklah sikit. Haish!’ Fikri berbicara sendiri di dalam hatinya sambil meraba-raba lehernya.
“Kenapa? Apa you fikir?” tanya Ely memecahkan lamunan Fikri.
You ni nakal kan, tapi dengan I kenapa you tak sudi? I suka tau benda-benda macam ni. You tak payahlah cari perempuan lain kat luar tu, I pun boleh bagi kalau you nak....” akui Ely tiba-tiba sambil meliuk manja pada Fikri.
“Errr... Taklah, ni bukan love bite. Ni kesan percikan minyak panas masa I tolong ibu I masak kat rumah hari tu...” Fikri membuat helah untuk menutup perkara sebenar.
“Owh ye ke? I ingat love bite tadi. Look alike lah. Kalau you nak nakal-nakal, I ada ok...” balas Ely sambil melentokkan mesra tubuhnya pada Fikri.
“Errr, jom kita keluar minum....” ajak Fikri tiba-tiba. Dia tidak betah duduk lama-lama dengan Ely di dalam bilik itu. Sikap Ely merimaskannya.
“Ok, lets go...” balas Ely manja.
Ketika keluar dari bilik Fikri, Ely memaut mesra lengan Fikri.
“Sheqa, Fira mana?” tanya Fikri saat melintasi meja Sheqa.
“Tadi dia ke bilik fotostat, tapi sampai sekarang belum balik ke tempat dia lagi...” beritahu Sheqa.
“Okey! Nanti bagitahu dia lepas minum, saya nak jumpa dia...”pesan Fikri.
“Baiklah En. Fikri..” balas Sheqa.
................................................................................................................................................
Fira masih lagi belum kembali ke tempatnya sehingga Fikri pulang dari minum bersama Ely.
“Ely, jumpa you nanti la ye. I ada kerja...” beritahu Fikri kepada Ely, agar wanita itu tidak terus membuntutinya lagi.
“Ok darling...” balas Ely sambil tersenyum manja.
‘Huh! Dasar gedik..’ desis hati kecil Sheqa sambil memberikan pandangan yang meluat.
“Sheqa, Fira masih tak sudah lagi ke?” tanya Fikri.
“Belum lagi En. Fikri, saya pun tak tahu kenapa lama sangat...” jawab Sheqa.
Fikri cuba menghubungi telefon bimbit Fira.
“En. Fikri, saya rasa dia tak bawa phone kot. Rasanya bunyi tu dari dalam laci tu....” Beritahu Sheqa sambil menuding ke arah laci meja Fira saat tersengar bunyi telefon.
“Emm, ke mana dia ya? Awak dah cari dia dekat bilik fotostat tu?” tanya Fikri lagi. Dia sudah mula risau.
“Belum lagi...” jawab Sheqa pendek.
“Awak tolong cari dia kat sana, kalau ada suruh dia jumpa saya segera ok...” beritahu Fikri sambil berlalu ke biliknya.
Belum sempat Sheqa mencari Fira di bilik fotostat, dia terlihat Fira kembali ke tempatnya.
“Fira kau pergi mana, lama sangat?” tanya Sheqa.
“Aku pergi berehat dekat surau sekejap. Kepala aku peninglah...” beritahu Fira.
“Kau kenapa? Tak sihat?” tanya Sheqa lagi.
“Entahlah. Ttak apa ni dah okey sikit...”balas Fira.
“Emm, En.Fikri cari kau tadi. Dia suruh kau jumpa dia...” beritahu Sheqa kepada Fira.
Fira tidak membalas. Lantas dia menelefon Fikri.
“Emm.. Awak nak apa?” tanya Fira kasar.
Sheqa terkejut mendengar Fira bercakap kasar dengan Fikri.
“Amboii kasarnya. Kenapa tak datang jumpa saya?” balas Fikri.
“Ada benda penting sangat ke? Dalam telefon tak boleh cakap ke?” balas Fira selamba.
“Fikri meletakkan ganggang tanpa menjawab pertanyaan Fira. Kemudian dia keluar dari biliknya dan memanggil Fira.
“Fira, masuk bilik saya kejap!” panggil Fikri dari depan pintu biliknya.
Fira tidak dapat mengelak lagi, bila Fikri sendiri yang keluar dan memanggilnya.
“Ish apa hal lah dia ni. Telefon dah main letak aja. Sibuk sangat panggil aku masuk bilik dia apahal. Macamlah tak boleh cakap dalam telefon je. Leceh betul...” rungut Fira
Sheqa agak terkejut dengan sikap Fira yang dirasakan seperti lain hari tu. Moody tiba-tiba. Selama ini tidak pernah pula temannya itu bersikap seperti itu.
Fira menuju ke bilik Fikri dengan langkah yang longlai.
“Awak nak apa??” tanya Fira sebaik sahaja memasuki bilik Fikri.
“Aii! Macam tu ke cakap dengan suami?” tegur Fikri.
“Kat sini awak bos saya bukan suami...” balas Fira selamba.
“Awak ni kenapa? Nak buat perangai tiba-tiba?” tanya Fikri. Dia geram melihat sikap Fira yang sebegitu.
Lantas dia bangun dan mendapatkan Fira. Dia menarik tangan Fira untuk duduk di sofa yang terdapat di dalam biliknya itu.
“Duduk sini...” arah Fikri.
“Awak nak apa? Saya letihlah, boleh tak jangan ganggu saya?” tanya Fira lagi.
“Awak ke mana tadi?” tanya Fikri kembali.
Fira tidak menjawab, dia bangun dari sofa dan ingin keluar dari bilik itu.
“Awak nak ke mana tu? Saya tak sudah lagi ni...” ucap Fikri geram. Dia segera bangun dan menarik tangan Fira.
“Lepaslah!! Saya letih tahu tak? Letih!!!” bentak Fira.
Tiba-tiba Fira merasakan kepalanya berpusing. Pandangannya menjadi kabur, dan akhirnya dia rebah tidak sedarkan diri.
Fikri panik melihat Fira yang tiba-tiba sahaja pengsan. Dia segera mengangkat Fira dan meletakkannya di atas sofa panjang. Dia tidak tahu ingin buat apa. Kemudian dia terus menelefon Sheqa.
“Sheqa, masuk bilik saya kejap...” arah Fikri
Tok..tok..tok
“Masuk...” Fikri menyuruh Sheqa masuk.
“Ya En.Fikri kenapa?” tanya Sheqa.
“Tolong, Fira tiba-tiba pengsan...” beritahu Fikri sambil menunjuk ke arah Fira.
“Ya Allah... Kenapa pula dengan Fira ni?” tanya Sheqa sambil mendapatkan Fira.
“Kenapa En.Fikri tak buka butang baju dia ni, bagi lega sikit...” tanya Sheqa sambil membuka sedikit butang baju Fira.
“Hah? Errr.. Takkan saya nak buat macam tu kat dia...” jawab Fikri.
“Apa salahnya. En.Fikri kan suami dia...” beritahu Sheqa.
“Awak tahu pasal kami?” tanya Fikri meminta kepastian.
Sheqa menganggukkan kepalanya.
“Tapi En.Fikri jangan risau, saya akan rahsiakan hal ni...” balas Sheqa sambil tersenyum.
Ok thanks...” balas Fikri pula. Sedikit lega mendengar jawapan Sheqa.
“Emm.. En. Fikri boleh tolong ambilkan air kosong?” pinta Sheqa sambil mengipas-ngipas Fira.
Fikri mengambilkan segelas air kosong dan memberikannya kepada Sheqa. Sheqa membacakan selawat dan merenjiskan sedikit air itu pada wajah Fira. Selepas itu Fira tersadar. Sheqa memberikan air itu kepada Fira untuk minum.
“Nah minum air ni...” aju Sheqa kepada Fira.
“Kenapa ni Fira? Kau tak sehat ke?” tanya Sheqa.
“Kenapa dengan aku? Apa dah jadi tadi?” tanya Fira pula tanpa menjawab pertanyaan Sheqa.
“Awak pengsan tadi. Awak ok ke? Awak nak balik? Saya hantarkan...” Fikri risau dengan keadaan isterinya itu.
“Tak payah!!! Ni semua sebab awak!!” balas Fira. Dia tiba-tiba sahaja berang. Kemudian dia bangun sambil menumbuk perut Fikri.
Walaupun perlahan, tetap jua terasa. Dia keluar dari bilik itu meninggalkan Fikri dan Sheqa.
“Err... En. Fikri ok ke?” tanya Sheqa.
“Tak apa, saya ok. Saya tak tahu kenapa hari ni dia hangin semacam aja. Selama ni tak pernah pun dia macam tu...” beritahu Fikri.
“Emm.. saya pun tak faham. Kenapa Fira tiba-tiba moody hari ni. Tak apalah En. Fikri, nanti saya tolong tengok-tengokkan dia..” balas Sheqa, lalu dia keluar dari bilik Fikri.
......................................................................................................................................................
“Fira, kau ok ke ni?” tanya Sheqa.
“Ok, jangan risau...” jawab Fira.
“Muka kau pucat ni. Kau okey ke?” tanya Sheqa lagi tidak berpuas hati.
“Aku ok, tak apa-apa...”jawab Fira.
Beberapa minit kemudian.
“Jom teman aku pergi pantry, laparlah....” ajak Fira tiba-tiba.
“Lapar?” tanya Sheqa kembali.
“Tak naklah. Aku nak pergi kafe bawah, jom teman aku...” ajak Fira lagi.
“Hah? Sekarang kan waktu kerja...” balas Sheqa.
“Aku laparlah, jomlah teman aku....” pujuk Fira.
“Kita tapau je. Jomlah... Please!” pujuk Fira bersungguh-sungguh.
“Yela-yelah. Tapi kau pergi bagitahu bos kau dulu, nanti dia cari pula karang...” beritahu Sheqa.
“Malas aku, dahlah jomlah cepat...” ucap Fira seraya menarik tangan Sheqa untuk beredar.
..................................................................................................................................................
“Teman aku makan jom...” pinta Fira.
“Tadi ajak teman pergi kafe, sekarang ajak teman makan pula....” bebel Sheqa.
“Tak nak teman tak apalah...” balas Fira yang kononnya merajuk.
“Yelah-yelah. Ish, manja betul. Semua nak berteman...” balas Sheqa sambil tersenyum. Lantas membuntuti Fira ke pantry.
Sheqa menemani Fira makan di pantry. Baru beberapa suap Fira makan, tiba-tiba tekaknya berasa mual. Dia segera menuju ke singki.
“Fira kau kenapa ni? Tersedak ke? Tercekik tulang ke?” tanya Sheqa bertubi-tubi. Dia segera mendapatkan Fira.
Baru ingin menjawab pertanyaan Sheqa, dia muntah sekali lagi.
“Fira kau ok tak ni?” tanya Sheqa
Fira kembali semula ke meja makan.
“Nah minum air ni...” Sheqa menyuakan segelas air suam kepada Fira.
Fira mengambil air tersebut dan meminumnya. Makanan yang baru dijamah tadi ditutup dan ditolak ke tepi.
“Kenapa ni weyh? Risau aku tengok. Kau nak aku panggilkan En. Fikri ke?”tanya Sheqa.
“Tak payahlah, aku rasa aku nak rehat kat surau kejap. Nanti apa-apa cari aku kat sana ye...” beritahu Fira.
Kemudian dia terus bangun dan berlalu menuju ke surau.
......................................................................................................................................................
Waktu rehat, Fira kembali semula ke tempat duduknya.
“Kau tak keluar rehat ke?” Fira menegur Sheqa yang sedang khusyuk online.
“Hah? Tak, malas...” jawab Sheqa pendek.
“Kau dah okey? Muka kau nampak pucatlah...” beritahu Sheqa.
“Pening sikit, tadi kat surau. Adalah muntah-muntah sikit...” jawab Fira.
Tiba-tiba dia terasa mual lagi. Terus dia bergegas ke tandas.
Rupanya di dalam tandas itu terdapat Ely.
“Eh you ni kenapa Fira? Serabai aja I tengok...” tegur Ely sambil menepis-nepis dan mencuit-cuit Fira.
Fira tidak kuasa ingin melayan Ely. Lagi sekali Fira muntah.
“Eee...yulk...!! Selekeh lah you ni....” tambah Ely lagi dengan riak wajah yang mengjengkelkan.
You ni kenapa? Owh, maybe you frust kot.  You nak tahu tak? Love bite kat leher Fik tu, I lah yang buat...” bisik Ely di telinga Fira, cuba mencari pasal dengannya.
“Ada I  kisah??” balas Fira selamba. Malas ingin melayan Ely.
‘Kau konon yang buat. Boleh bla! Aku yang buat ok. Laki aku, aku tahu lah...’ desis hati kecil Fira. Dalam diam, Fira tersenyum sinis.
Ely perasan seolah-olah Fira mengejeknya. Dia juga tidak berpuas hati kerana Fira tidak mengendahkan perbuatannya.
Ketika Fira ingin keluar dari tandas itu, secara tidak sengaja, dia telah terlanggar Ely. Hampir sahaja Ely terjatuh, tapi nasibnya baik kerana sempat berpaut pada pintu tandas.
Sorry...” balas Fira selamba sambil tersenyum sinis. Kemudian Fira terus  keluar dan kembali ke tempat duduknya semula.
“Kau okey?” tanya Sheqa lagi sekembalinya Fira dari tandas.
“Kau ni dah berapa kali dah tanya, Aku okey ke tak. Aku okeylah...!” balas Fira bengang
“Aku tanya je....” balas Fira berpura-pura sedih.
“Janganlah sedih, aku tahu kau risau....” pujuk Fira.
“Mestilah. Kot dah kenapa-kenapa ke...” balas Sheqa.
“Tapi aku tengok kau ni lain macamlah hari ni. Asyik nak marah-marah tak memasal...”
“Ye ke? Entahlah . Mood aku tak baik kot...” balas Fira selamba.
“Dah tu asyiklah pening, muntah-muntah segala. Tadi tu, siap pengsan pula. Entah-entah...?”Sheqa sudah mula mahu serkap jarang.
“Entah-entah apa?” tanya Fira ingin tahu.
“Kau dah berapa lama tak datang bulan?” tanya Sheqa
“kalau ikut kiraan bulan lepas, aku dah lewat seminggu. Tapi aku punya period memang tak teratur. Kenapa?” tanya Fira kembali.
“Aku rasa kau pregnant kot...” duga Sheqa.
“Takkanlah, nak period kot. Kan orang nak period memang selalu moody...” jelas Fira.
“Selalu kau tak macam nil ah kalau nak period pun. Aku tahu sangat kau tu...”
“Apa kata kau pergi klinik cek, takpun beli ‘pregnancy test’ kat farmasi...” cadang  Sheqa
“Tengoklah nanti....” balas Fira kembali.
Sedang mereka berbual-bual, tiba-tiba Ely lalu di depan mereka. Dia terus meluru masuk ke bilik Fikri.
“Weyh, apasal perempuan tu, laju je masuk bilik laki kau?”tanya Sheqa.
“Entah, lantak dialah...” balas Fira selamba.
Tidak lama kemudian, Fikri menelefon Fira dan meminta Fira masuk ke biliknya.
“Apalah yang dia nak ni. Waktu rehat pun nak kacau aku juga ke...” rungut Fira.
“Pergi ajalah. Suami kesayangan kau juga...” balas Sheqa sambil tersenyum mengejek.
Fira melangkah masuk ke bilik Fikri.
“Ya En. Fikri, ada apa?”tanya Fira selamba.
Fira menjeling Ely yang ada berhampiran dengan Fikri. Muka Ely seperti sedang meraih simpati.
“Awak buat apa pada Ely tadi?” tanya Fikri tiba-tiba.
“Buat apa pula?” tanya Fira tidak mengerti.
“Kan saya dah kata. Jangan cari pasal dengan dia. Kenapa awak ni?” tegur Fikri tegas, Ely yang ada di belakang Fikri tersenyum sinis kepada Fira.
“Kau ngadu apa kat Fik?” tanya Fira, dia terus mendapatkan Ely.
“Yang kau lebih sangat kenapa? Kau yang cari pasal dengan aku dulu!!” tengking Fira kepada Ely. Dia sudah menerpa Ely.
Ely cuak apabila diterpa Fira. Fikri juga terkejut melihat Fira begitu.
“Tu...!! Love bite tu, ingat aku hairan? Kau jangan nak perasan kau yang buat. Tu semua kerja aku lah!!!! “ jelas Fira tersenyum sinis sambil menuding ke arah Fikri. Dia sudah tidak memikirkan apa yang akan berlaku, apa yang ada dalam dirinya cuma perasaan geram sahaja.
“Fira.....!!!!” tengking Fikri. Dia tidak mahu, Fira sampai membocorkan rahsia mereka. Ely tercengang seketika.
I rasa Fira ni dah tak siumanlah Fik...” balas Ely takut-takut sambil mendapatkan Fikri.
“Fira..!! Awak ni kenapa? Apa masalah awak ni sebenarnya? Semua orang awak nak hanginkan!” berang Fikri.
“Sudahlah! Awak pun sama!!! Tak sudah-sudah nak sebelahkan perempuan ni!!” balas Fira kasar.
“Nak sangat tengok saya cari pasal kan?!! Ok, fine..!!” Fira mengambil segelas air yang berada di atas meja Fikri, kemudian dia menyimbah ke muka Ely.
Fikri terkejut dengan tindakan Fira. Ely juga sama. Kemudian Fira terus meluru keluar dari bilik Fikri. Tiba-tiba dia merasa sebak.
“Fira? Kenapa kecoh-kecoh kat dalam tadi?” tanya Sheqa. Nasih baik , waktu rehat. Tidak ada staf lain ketika itu. Kalau tidak pasti heboh.
“Aku nak balik...” balas Fira tanpa menjawab pertanyaan Sheqa.
“Kau okey tak?” tanya Sheqa.
“Aku okey, aku nak balik...” balas Fira sambil mengambil begnya untuk pulang.
“Kau nak aku hantarkan?” tanya Sheqa lagi.
“Tak apa, aku balik sendiri...” jawab Fira.
Ketika dalam perjalanan pulang. Fira singgah di farmasi untuk membeli alat uji kehamilan.
‘Macam mana kalau betul aku pregnant? Fikri akan terima ke?’ Fira bermonolog sendiri memikirkan sebarang kemungkinan yang berlaku.














BAB 39
Selepas menenangkan Ely dan menyuruh Ely beredar, Fikri keluar dari biliknya untuk mencari Fira.
“Sheqa, awak nampak Fira?” tanya Fikri ketika lalu di hadapan meja Sheqa.
“Fira? Dia dah balik...” beritahu Sheqa.
“Balik? Dia tak bagitahu saya pun...” balas Fikri.
“Dia tengah marah kot. Sebab tu  tak bagitahu En. Fikri agaknya...” jelas Sheqa.
“Kalau macam tu tak apalah....”jawab Fikri seraya ingin berlalu.
“Err.... En. Fikri...” panggil Sheqa.
Fikri segera menoleh dan kembali mendapatkan Sheqa.
“Kenapa Sheqa? Ada apa-apa ke?” tanya Fikri curiga.
“Err... Saya rasa baik En. Fikri pergi cari Fira. Dia tak sihat rasanya tu. Asyik pening dan muntah-muntah je. Saya rasa.... Dia pregnant....” terang Sheqa kepada Fikri.
Pregnant?” tanya Fikri seakan tidak percaya.
Sheqa hanya mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan Fikri itu.
“Emm.. Kalau macam tu tak apalah. Thanks ya...” balas Fikri.
Dia kembali semula ke biliknya. Dia mendail nombor telefon Fira, tetapi Fira menutupnya.
Kemudian Fikri menelefon ibunya di rumah.
“Assalamualaikum....” ucap Fikri memulakan bicara.
“Waalaikummussalam...” jawab Datin Maria.
“Ibu, Fira ada kat rumah tak?’’ tanya Fikri.
“Tak ada, bukan ke dia pergi kerja dengan kamu ke tadi pagi?” tanya Datin Maria pula.
“Err, dia dah balik...” jawab Fikri tergagap-gagap.
“Kamu jangan macam-macam ya Fik...” ucap Datin Maria memberi peringatan.
“Err...Okeylah bu, nanti kalau Fira balik bagitahu ya...” balas Fikri seraya menamatkan perbualan.
Fikri kaget , tidak tahu mana ingin mencari isterinya. Kemudian dia menghubungi bapa mertuanya pula.
“Assalamualaikum abah...” ucap Fikri memulakan bicara
“Waalaikummussalam... Hah Fik, ada apa ni nak?” tanya Pakcik Fakrul.
“Err... Fira ada kat rumah abah tak?” tanya Fikri tergagap-gagap.
“Kenapa? Kamu gaduh lagi ke?”  tanya Pakcik Fakrul tanpa menjawab pertanyaan Fikri.
“Ada salah faham sikit. Fira tiba-tiba naik hangin tadi, lepas tu dia terus balik, tak bagitahu Fik...” jelas Fikri.
“Dah kenapa pula Fira ni. Macam-macam aja. Dia tak ada pula balik sini. Tak apalah, nanti kalau dia ada balik, abah bagitahu ya...” balas Pakcik Fakrul.
“Terima kasih abah....” ucap Fikri sambil menamatkan panggilan.
......................................................................................................................................................
Fikri mendail nombor Fira sekali lagi, tapi tetap tidak berjaya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar mencari Fira.
“Sheqa, saya nak keluar terus ni. Saya nak cari Fira, nanti apa-apa hal telefon nombor saya ya...”pesan Fikri kepada Sheqa.
Sheqa hanya mengangguk tanda faham.
Sudah hampir setengah jam Fikri memandu keretanya mencari Fira. Namun tetap tidak kelihatan susuk Fira di mana-mana tempat yang ditujunya.
...................................................................................................................................................
“Fira? Kamu dari mana? Fik cari tadi....” beritahu Pakcik Fakrul saat Fira melangkah masuk ke dalam rumah.
“Fira naik atas dulu ya abah. Letih, nak mandi nak rehat....” balas Fira tanpa menjawab pertanyaan abahnya.
Pakcik Fakrul hanya menggeleng kepala melihat sikap anak perempuan tunggalnya itu. Kemudian dia terus menghubungi Fikri memberitahu keberadaan Fira.
Hampir satu jam kemudian barulah Fikri sampai di rumah Pakcik Fakrul.
“Assalamualaikum abah. Dah lama Fira balik?” tanya Fikri sesudah saja masuk ke dalam rumah.
“Waalaikummussalam. Dah dekat sejam juga. Pergilah naik, dia ada kat atas..” beritahu Pakcik Fakrul.
Fikri melangkah naik, menuju ke bilik tidur Fira. Dia lihat Fira sedang tidur di atas katil. Perlahan-lahan dia pergi mendapatkan Fira. Wajah Fira kelihatan pucat. Fikri membelai lembut rambut Fira.
Dia rasa bersalah kepada Fira. Dia tahu dia tidak melayan Fira dengan sewajarnya. Dia lebih mementingkan dirinya berbanding perasaan isterinya. Dia mengusap wajah pucat isterinya itu. Lantas dia menghadiahkan sebuah kucupan di dahi Fira.
Fira terjaga dari lenanya. Dia terkejut bila dia merasakan ada orang mencium dahinya.
 “Emmmm....” Fira terkejut melihat Fikri berada di sisinya.
“Awak buat apa kat sini?” tanya Fira sedikit kasar.
“Saja....”balas Fikri selamba sambil tersenyum kepada Fira.
“Tak payah nak senyum kat saya, kalau senyuman awak tu senyuman palsu...” perli Fira sinis.
“Okey!” jawab Fikri pendek. Dia tahu Fira sedang marah dengannya. Kemudian dia terus  menuju ke bilik air untuk mandi.
Bengang Fira mengenangkan sikap Fikri itu.
Di dalam bilik air, Fikri terperasankan alat ujian kehamilan yang diletakkan oleh Fira di tepi sinki. Alat tersebut menunjukkan tanda positif. Lantas Fikri keluar dan terus mendapatkan Fira.
“Kenapa awak tak cakap yang awak pregnant?” tanya Fikri tegas.
Pregnant? Bila masa saya pregnant?!’ balas Fira yang sedikit bengang dengan Fikri.
“Ni apa?” tanya Fikri lagi sambil menunjukkan alat ujian kehamilan di tangannya.
“Mana saya tahu! Saya tak tengok lagi pun...” balas Fira selamba.
“Sudah, lepas maghrib ni kita pergi klinik...” uacap Fikri. kemudian dia masuk semula ke bilik air untuk mandi.
Selesai mandi dan menunaikan solat maghrib, Fikri bersiap-siap untuk membawa Fira ke klinik.
“Kenapa awak tak siap-siap lagi ni?” tanya Fikri apabila dia lihat Fira masih tidak bersiap-siap lagi.
“Saya tak nak pergi...” jawab Fira selamba.
‘‘Kenapa yang degil sangat ni?” ucap Fikri yang sudah mula geram dengan sikap Fira yang degil itu.
Fira tidak mengendahkan Fikri. Dia bangun dan ingin keluar dari bilik itu. Tetapi kepalanya pusing. Fikri menarik tangannya. Sekali lagi Fira rebah tidak sedarkan diri. Fikri jadi panik.
Fikri mencempung Fira turun ke bawah. Sebelum keluar dia memberitahu Pakcik Fakrul terlebih dahulu.
“Abah, Fik nak keluar. Bawa Fira pergi klinik...” beritahu Fikri kepada Pakcik Fakrul.
“Ya Allah, kenapa pula dengan Fira ni Fik?” tanya Pakcik Fakrul cemas.
‘‘Fira pengsan. Ada kemungkinan dia pregnant. Fik nak bawa dia pergi klinik. Buat check up...” jelas Fikri.
“Hah yelah. Baik-baik ya Fik..” pesan Pakcik Fakrul.
......................................................................................................................................................
 “Macam mana dengan isteri saya doktor?” tanya Fikri kepada Dr. Harlina, doktor yang memeriksa Fira.
“Isteri Encik tak apa-apa, jangan risau. Dia cuma lemah sikit. Apa-apa pun saya nak ucapkan tahniah, isteri Encik hamil masuk minggu ke-4...” jelas Dr. Harlina sambil tersenyum.
“Alhamdulilah, terima kasih doktor...”ucap Fikri sambil tersenyum riang.
“Nanti saya berikan vitamin dan supplement tambahan untuk ibu hamil...” tambah Dr. Harlina lagi.
Selepas selesai, Fikri dan Fira menunggu diluar untuk mengambil ubat.
......................................................................................................................................................
Ketika di dalam kereta, Fira hanya senyap tidak berkata apa. Fikri sesekali menoleh Fira disebelahnya. Fikri tidak terus memandu pulang tetapi dia memandu menuju ke sebuah taman.
“Awak nak ke mana ni?” Fira bersuara tiba-tiba apabila dilihat Fikri memandu ke arah yang berlainan dengan rumah abahnya.
Fikri senyap tidak menjawab pertanyaan Fira. Fira geram. Dia memeluk tubuhnya tanda protes.
Tiba di sebuag taman, Fikri memberhentikan keretanya. Dia keluar dari pintu keretanya dan membukakan pintu untuk Fira keluar.
“Keluarlah. Takkan nak duduk dalam kereta aja...’’
Fira keluar dari kereta itu dan mengekori langkah Fikri. Fikri duduk bersandar dihadapan keretanya dan dia menarik Fira agar duduk dekat dengannya.
“Awak ni kenapa? Asyik nak hangin saja? Pembawakan budak ya?” tanya Fikri lembut sambil memegang tangan Fira.
Fira hanya diam. Tiba-tiba dia rasa sebak. Fikri kaget melihat Fira.
“Kenapa ni? Kenapa nangis?” tanya Fikri cemas.
“Kalau awak tak suka saya pregnant, tak apalah. Tapi saya tetap nak bayi ni. Saya tahu awak belum sedia nak dedahkan rahsia perkahwinan kita. Tak apa, saya rela berhenti kerja duduk rumah abah. Asal saya dapat teruskan kehamilan saya ni...’’ ucap Fira dengan sedu sedan yang sudah mula kedengan.
“Apa awak merepek ni?” tanya Fikri tidak mengerti.
“Saya tahu, awak tak suka saya pregnant kan? Awak tak nak bayi ni kan?” tanya Fira lagi.
“Bila masa saya kata? Sudah-sudah, jangan menangis lagi. Ini kan zuriat saya, takkan saya nak buang pula. Siapa kata saya tak suka awak pregnant?” duga Fikri.
“Habis hari tu?” ucap Fira cuba mengingati perbualan mereka tempoh hari.
“Hari tu hari tulah. Ini hari ni. Tak sama ok. Sudah ya sayang jangan menangis lagi...”pujuk Fikri sambil menarik Fira ke dalam dakapannya.
“Awak tipu, awak tak sayang saya...”ucap Fira tiba-tiba sambil menolak Fikri.
“Kenapa ni?” tanya Fikri yang terkejut bila Fira menolaknya tiba-tiba.
“Awak tipu..!!! Awak tak sayang saya. Awak selalu buli perasaan saya. Awak selalu layan saya kasar. Awak suka cari pasal dengan saya. Awak selalu buat saya rasa , macam saya ni yang terhegeh-hegeh kat awak. Bila saya perlukan awak, awak buat tak tahu aja. Tapi bila masa awak, nak tak nak saya kena ikut aja. Awak selalu lebihkan Ely dari saya. Awak biarkan aja Ely sakitkan hati saya, awak tak pernah langsung nak menyebelahi saya...” luah Fira penuh emosi.
Fikri tersenyum melihat Fira yang seperti tidak puas hati. Fikri tidak mahu menyemarakkan api kemarahan Fira. Lantas dia mencium bibir Fira. Fira yang sedang meluahkan rasa tidak puas hatinya, terdiam tiba-tiba. Fikri tahu, itu sahaja cara untuk membuat Fira diam. Fikri tersenyum melihat wajah Fira yang sudah merona  merah.
Fikri ketawa kecil melihat Fira. Lantas dia menarik Fira ke dalam dakapannya sekali lagi.
“Hahaha Comellah awak ni...” puji Fikri sambil memeluk Fira. Dia mencium ubun-ubun Fira.
‘‘Awak jahat!! Awak suka buli perasaan saya....”ucap Fira. Dia turut membalas pelukan Fikri.
“Jahat-jahat pun awak sayang juga kan?” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
“Dah, jom balik. Kesian abah tunggu lama. Mesti dia risau..” ucap Fikri seraya mengajak Fira pulang.
......................................................................................................................................................
“Assalamualaikum..”ucap Fikri setibanya di rumah Pakcik Fakrul.
“Waalaikummussalam..”jawab Pakcik Fakrul dan semua yang ada
“Ibu dan papa pun ada kat sini juga?” tanya Fikri saat terpandang  wajah kedua orang tuanya.
Fikri mengenggam erat tangan Fira ketika melangkah masuk ke dalam rumah.
“Mari duduk sini Fira....” arah Datin Maria sambil menunjukkan tempat kosong di sebelah kanannya.
“Fira sorang je ke bu? Fik nak duduk mana?” tanya Fikri.
“Kamu duduklah kat mana-mana...” balas Datin Maria bergurau.
Fira duduk di sebelah ibu mertuanya, manakala Fikri duduk di tepi sofa bersebelahan Fira.
“Hah! Fik, Fira.macam mana?” Apa kata doktor?” tanya Pakcik Fakrul seakan tidak sabar.
“Haah, Fik. Aapa doktor cakap? Kami tak sabar ni nak tahu...” tambah Datuk Faizal pula.
Fira memandang Fikri di sebelahnya. Fikri turut membalas pandangan itu.
“Sebenarnya................” Fikri sengaja melengah-lengahkan untuk memberitahu perkara sebenar.
“Sebenarnya apa? Kamu jangan macam-macam. Kami datang sini sebab nak tahu berita gembira dari kamu berdua. Boleh tak jangan nak main-main...”bebel Datin Maria.
“Ala ibu, .janganlah marah. Sabar ya.....” gurau Fikri.
“Kamu tu suka sangat main-main....” balas Datin Maria.
“Okey-okey. Sebenarnya, kami bakal jadi mama dan papa tak lama lagi. Ibu pula akan jadi nenek. Papa dan abah pula akan jadi atok ..” beritahu Fikri gembira. Dia memegang bahu Fira. Fira turut tersenyum riang.
“Faiz pula akan jadi paksu kan?” sampuk Faiz tiba-tiba yang sedari tadi hanya senyap sahaja.
Mereka semua ketawa mendengar kata-kata Faiz. Terlupa pula mereka pada faiz yang turut berada di situ.
“Ya, anak ibu yang sorang ni akan jadi paksu....” Datin Maria mengiyakan kata-kata Faiz sambil memeluk anak bongsunya itu.
“Akhirnya tercapai juga hajat ibu...” ucap Datin Maria sambil memeluk menantu kesayangan itu.
“Terima kasih ya Fira...” tambah Datin Maria lagi.
“Kat Fira je ke bu? Fik yang kerja keras ni macam mana pula?” tanya Fikri sambil tersengih.
Wajah Fira sudah merona merah.
‘‘Yelah, terima kasih juga kat anak ibu yang sorang ni...”ucap Datin Maria sambil menepuk bahu Fikri. Fikri hanya tersengih seperti kerang busuk sahaja.
“Dah berapa bulan usia kandungan kamu ni Fira?”tanya Datin Maria kepada Fira yang sedari tadi hanya senyap.
“Dah masuk minggu ke empat, Bu...” jawab Fira.
“Owh, awal lagi. Jaga baik-baik ya nak. Kamu pun sama Fik. Janganlah aktif sangat...” perli Datin Maria.
“Kalau tak aktif, tak ada hasillah bu. Hehehe Lepas ni, ibu kena kerap tinggalkan kami berdua, baru ada hasil. Hehehe” balas Fikri sambil tersenyum nakal
“Sudah-sudahlah tu, kamu ni macam-macam aja Fik. Tengok Fira tu dah merah padam muka dia...” tegur Datuk Faizal sambil tersenyum.
Semua di situ turut tersenyum melihat wajah Fira yang sudah memerah.
‘’Hah! Fik, Fira kamu berdua jangan lupa pula apa yang ibu cakap hari tu...” ucap Datin Maria tiba-tiba.
“Benda apa pula tu bu?” tanya Fikri.
“Kalau Fira pregnant, ibu nak buat majlis kamu berdua terus, tak mahu tunggu-tunggu lagi. Papa dengan abah kamu pun dah setuju...” jelas Datin Maria.
“Em....” terdengar keluhan dari mulut Fikri.
“Bila ibu nak adakan majlis tu?” tanya Fikri lagi.
“Sebulan dari sekarang...”jawab Datin Maria
“Hah...?? Sempat ke bu?” tanya Fikri. Sempat ke mereka mahu membuat persiapan dalam tempoh sebulan ini.
“Sempat... Semua ibu dah prepare awal-awal lagi. Tinggal nak confirmkan tarikh saja...” beritahu Datin Maria sambil tersenyum penuh makna.
“Dalam minggu ni juga, kamu berdua kena pergi butik  yang ibu tempah untuk tengok baju pengantin...” tambah Datin Maria lagi.
Advance betul ibu ni..” balas Fikri.
“Ibu kamu biasalah Fik, lebih cepat dan ekspress dari pos laju. Hahahaha” sampuk Datuk  Faizal sambil ketawa.
Semua yang berada di situ turut ketawa mendengar kata-kata Datuk Faizal itu.















BAB 40
Malam itu, Fira dan Fikri bermalam di rumah pakcik Fakrul kerana Fira tidak mahu pulang. Fikri tidak dapat menghalang keinginan isterinya itu. Tambahan pula, isterinya itu baru sahaja baik dari merajuk dengannya. Datin Maria dan Datuk Faizal juga sedia maklum dengan kemahuan mereka untuk bermalam di sana. Bagi mereka tiada masalah, kerana bermalam di mana-mana sama sahaja. Asalkan anak menantu mereka berada bersama.
“Awak...” panggil Fira lembut. Saat itu, Fikri sedang duduk membaca majalah di meja tulis dalam bilik Fira.
“Ye, kenapa sayang??” jawab Fikri sambil menoleh ke arah Fira.
“Awak okey ke dengan cadangan ibu tadi? Kalau awak tak ok, saya boleh pujuk ibu...” tanya Fira.
“Tak payahlah. Saya okey je. Lagipun, lambat laun orang tahu juga. Kandungan awak tu pun makin lama makin membesar. Nak suruh siapa tanggungjawab kalau tak saya...” balas Fikri sambil tersenyum. Dia kembali menumpukan pembacaannya.
“Terima kasih awak...” ucap Fira tiba-tiba. Lantas dia memeluk Fikri yang sedang membaca majalah di meja tulis.
“Hey. Kenapa ni?’ tanya Fikri. Dia memusingkan tubuhnya untuk menghadap Fira.
“Tak ada apa-apa. Terima kasih ya...” ucap Fira sekali lagi seraya menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Fikri. Kemudian dia berlalu ke bilik air. Fikri hanya tersenyum.
....................................................................................................................................................
“Besarnya teddy bear awak ni. Mengalahkan saya...” tegur Fikri saat terpandangkan teddy bear milik Fira yang diletakkan di atas katilnya.
“Kat sini, dialah peneman saya tidur...” balas Fira sambil tersenyum nakal.
“Siapa bagi? Boyfriend ke?” tanya Fikri. Ada nada cemburu di situ.
“Awak cemburu ea? Hehehe” duga Fira.
“Tak kuasa. Dah tu, malam ni takkan awak nak tidur dengan teddy bear awak tu?” tanya Fikri lagi.
“Boleh juga. Lagipun dah lama tak tidur dengan dia...” balas Fira sambil tersenyum nakal.
“Tak payah! Teddy bear ni, tidur dekat pintu sana. Jaga pintu...” balas Fikri sambil meletakkan teddy bear milik Fira itu di tepi pintu.
“Awak cemburu ea? Saya mana pernah ada boyfriend. Awaklah boyfriend saya satu-satunya merangkap suami kesayangan saya. Teddy bear tu, abah yang hadiahkan masa hari lahir saya yang ke – 18 dulu..” jelas Fira sambil tersenyum.
“Eak? Malam ni tidur peluk saya ok. Jangan peluk teddy bear...” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
“Ish, gatal...” balas Fira pula.
“Awak tidur kat tepi dinding ya. Saya tidur sebelah sini...” beritahu Fira sambil menunjuk kea rah katilnya.
“Ish, tak naklah saya...” balas Fikri.
“Kalau tak nak, awak tidur kat bawah. Tak pun tidur dengan abah ke, ataupun kat ruang tamu...” cadang Fira.
“Tegakan awak buat macam tu kat suami awak. Tak baik tau buli suami...” ucap Fikri seakan merajuk.
“Habis tu. Nak macam mana?” tanya Fira sambil memikirkan cadangan yang lebih baik.
“Kita dua-dua tidur kat bawah. Macam mana? Seronok kot...” jawab Fikri sambil tersenyum nakal.
“Ish, nak menggatal lah tu.Tak mahulah. Nanti badan sakit-sakit. Awak tak kesiankan saya ke? Kan saya ibu hamil...” balas Fira sambil membuat muka sedih.
“Yelah-yelah. Kita tidur atas katil. Tapi awak tidur tepi dinding ya. saya tidur sebelah sini..” cadang Fikri pula.
“Alah, awaklah tidur sana. Biar saya tidur sini. Nanti  kalau saya rasa nak muntah kan senang nak bangun pergi toilet...” pujuk Fira
“Emm, yelah. Nanti karang awak jatuh tergolek macam mana? Letak teddy bear awak tu kat bawah, buat alas. Kalau terjatuh nanti tak sakit sangat. Hehehe”cadang Fikri sambil ketawa kecil.
“Merepek aja awak ni lah. Saya tahulah katil saya tak sebesar katil awak. Bilik saya pun tak sebesar bilik awak...”ucap Fira sedih.
“Hah! Nak nangislah tu. Dah-dah eak? Jangan sedih, tak apa nanti saya peluk  awak kejap-kejap, biar tak terjatuh ya...” pujuk Fikri.
“Dahlah tu. Jom tidur sayang. Esok nak kerja kan? Ke awak nak cuti esok?” tanya Fikri sambil menarik Fira ke katil untuk tidur.
“Tengoklah kalau saya rasa tak nak kerja, saya bagitahu awak ea...” jawab  Fira.
“Kalau awak tak nak kerja, saya pun tak nak kerja jugalah esok...”balas Fikri sambil tersenyum.
“Saya kerjalah esok. Tak nak cuti, nanti duduk rumah, awak asyik nak menggatal aja. Tak mahulah saya...” balas Fira sambil tersenyum mengejek.
“Tak apalah,  gatal dengan isteri sendiri. Karang menggatal dengan Ely, awak juga yang makan hati...” ucap Fikri selamba. Sengaja mahu menyakat suaminya itu.
“Huh...!!”protes Fira.
“Marahlah tu. Dah ya sayang, jangan marah-marah. Tak baik untuk baby kita...” pujuk Fikri seraya menarik Fira ke dalam pelukannya.
“Awak, Ely macam mana?” tanya Fira tiba-tiba.
“Tentang Ely, awak jangan risau. Pandailah saya nanti. Lagipun saya bukannya bercinta dengan dia...” jawab Fikri.
Fira hanya mengangguk tanda faham. Hari itu, Fira rasa sangat bahagia. Dia harap kebahagiaan yang dirasakan saat itu bukanlah untuk sementara waktu. Dia bersyukur kerana dengan rezeki yang Allah berikan, telah mengubah kehidupannya. Benarlah kata orang, kalau anak itu pengerat hubungan dalam keluarga.

0 comments: