Blogger Layouts

Tuesday, 7 August 2012

~ CINTA YANG BENAR (PART 10) ~



CINTA YANG BENAR (PART 10)
Pagi itu selepas semuanya ke tempat kerja, Miazara masuk ke bilik Mikhail untuk membersihkan bilik lelaki itu. Keadaan bilik lelaki itu sama kemas seperti semalam. Tidak apa yang perlu dibersihkan. Pakaian kotornya juga tidak kelihatan. Miazara ingin keluar dari bilik itu, tiba-tiba dia teringat pesanan Mikhail semalam. Lelaki itu tidak mahu biliknya berhabuk walaupun sudah cukup kemas pada pandangan mata Miazara.
Miazara meneliti setiap ruang dan perabot , mana-mana yang dirasakan berhabuk dia bersihkan sebaik mungkin. Setelah berpuas hati dengan kerjanya itu, dia keluar dari bilik Mikhail.
Sebenarnya ada satu perkara lagi yang dia terlupakan iaitu pakaian kotor Mikhail. Dia terlupa untuk mengambil pakaian kotor milik Mikhail.
Sejak Datin Sofia pulang ke London semula, Miazara merasa sunyi. Tiada teman untuk berbicara. Tambahan pula tidak ada banyak aktiviti yang dia dapat lakukan di rumah besar itu. Tugas hariannya hanyalah perlu menyediakan sarapan serta makan malam, membasuh pakaian, mengemas bilik Mikhail dan mengemas rumah. Selepas selesai semua tugasnya, dia tidak mempunyai lain-lain pekerjaan.
.......................................................................................................................................................
Petang itu Mikhail dan Alysa pulang awal.
“Awal Lysa balik?” tanya Miazara ketika Lysa melangkah masuk ke dalam rumah. Mikhail sudah awal-awal lagi naik ke biliknya.
Selalunya dua beradik itu pulang lewat . Paling awal pun dalam pukul 7. Ini baru jam 6 sudah sampai.
“Oowh Kak Zara, Lysa kena pergi Sarawak 5 hari, ada urusan kerja. Malam nanti lepas Maghrib bertolak.”
“Cepatnya? Sempat ke Lysa nak berkemas?”
“Sempat kot. Benda ni pun baru tahu last minit.”
“Tak apalah, akak tolong Lysa kemas ya...”
Alysa hanya mengangguk dan tersenyum mendengar kata-kata Miazara itu.
Miazara mengekori Alysa ke biliknya.
Miazara memasukkan pakaian Alysa ke dalam beg sementara Alysa mandi.
“Terima kasih ya kak... Nasib ada akak...” ucap Alysa yang baru sahaja selesai mandi.
“Ala, small matter la... hehehe”
“Akak dah masak, nanti Lysa makan dulu ya... nanti tak adalah kelang kabut sangat nak bersiap lagi, nak solat maghrib lagi.”
“Okeyh....”
Selesai mengemas, mereka berdua turun ke bawah untuk makan. Sebelum mereka turun, Miazara telah meminta Alysa mengajak Mikhail makan sekali.
Tidak lama selepas mereka duduk di meja makan, Mikhail muncul.
“Abang...”
“Kenapa?” tanya Mikhail yang sedang mencedok lauk ke dalam pinggannya.
“Nanti adik tak ada, takkan tinggal abang berdua je dengan Kak Zara?”
Miazara tersedak mendengar pertanyaan dari mulut Alysa.
“Tinggal berdua dengan En. Mikha??? En. Mikha tak pergi sekali ke?” terpacul pertanyaan itu dari mulut Miazara.
“Kenapa? Awak nak saya pergi sekali ke?”
“kalau boleh tu memanglah, tak kan nak duduk berdua dengan awak kat rumah ni...” jawab Miazara perlahan tanpa memandang Mikhail.
“Apa salahnya duduk berdua, awak okeykan? Awak kan tahu taste saya bukan macam awak...” jawab Mikhail sinis. Dia dengar jelas kata-kata Miazara itu walaupun Miazara berkata perlahan.
“Erm, okeyh! Saya ni memang bukan taste En. Mikha... Taste En. Mikha kan macam.............” Miazara memerli balik Mikhail. Terselit senyuman sinis di bibirnya.
“Macam apa.....??? Awak jangan nak macam-macam ya Mia...” ugut Mikhail.
“Mana ada macam-macam. Betullah kan....”
Alysa sudah memandang pelik mereka berdua.
‘apa kena dieorang ni...’ ucap Alysa di dalam hati.
“Kalau betul apa masalah awak?”
“Saya tak ada masalah. En. Mikha yang ada masalah.... “ balas Miazara lagi sambil tersenyum sinis.
Haish. Sakit pula hati Mikhail melihat senyuman sinis milik Miazara itu.
“Eh! Dah-dah! Apehal abang dengan Kak Zara ni? Bertekak pula...” tegur Alysa. Semakin dibiarkan semakin berlarutan pula.
Mikhail dan Miazara saling memandang dengan pandangan sinis.
“Dah tu, adik tak ada takkanabang nak duduk berdua dengan Kak Zara. Karang mama tahu, marah pula dia. Tak elok lagipun kan...”
“Abang tahulah dik macam mana nak buat. Takkanlah abang nak duduk dengan nenek lampir ni berdua pula. Adik jangan risau ye...”
‘Nenek Lampir?’ Gumam Miazara di dalam hati. Semakin tajam pandangannya kepada Mikhail.
“Apa pandang-pandang?” tegur Mikhail selamba.
“Huh...” Miazara terus meneruskan makanannya. Malas mahu melayan Mikhail. Makin dilayan makin menyakitkan hati. Mikhail tersenyum kemenangan.
“Abang ni macam-macamlah, suka sangat buli Kak Zara.”
“Bila masa abang buli dia. Betullah abang cakap tadi tu... Dahlah dik, cepat makan. Dah nak masuk maghrib ni...”
...........................................................................................................................................................
Mikhail menghantarkan Alysa ke airport manakala Miazara menanti di rumah.
Mikhail terus saja pulang ke rumah selepas menghantar Alysa. Ketika Mikhail pulang , Miazara sedang elok membaca komik sambil tergelak sendirian di ruang tamu. Terperasan saja akan Mikhail, Miazara terus berhenti ketawa dan menutup komiknya.  Dia bangun dari tempat duduknya dan ingin segera beredar ke biliknya di tingkat atas.
“Awak nak ke mana?”
“Naik ke biliklah. “
“Awal lagi ni, marilah duduk sini borak-borak dengan saya dulu.”
“Borak-borak dengan awak? Tak nak lah saya...”
“Tak nak atau awak takut duduk berduaan dengan saya?” tanya Mikhail sambil tersenyum sinis kepada Miazara.
“Nak buat apa takut dengan awak? Apa lah yang awak boleh buat kat saya, awak tu kan .......................”
“Malaslah nak layan awak, saya nak naik...” Miazara ingin segera beredar. Tetapi belum sempat dia beredar, Mikhail telah menarik tangannya terlebih dahulu.
Kini tangannya berada dalam genggaman Mikhail.
Mikhail menolak Miazara ke dinding. Sebelah tangannye memegang tangan Miazara. Sebelah lagi menahan dinding.
“Siapa kata saya tak boleh nak buat apa-apa kat awak?” Mikhail sudah mendekatkan wajahnya ke Miazara.
“Errr, awak jangan  nak macam-macam ya....” Miazara sudah kalut.
“Mana ada macam-macam. “ balas Mikhail dengan senyuman nakalnya.
“Baik awak lepaskan saya. Kalau tak saya jerit...”
“Jeritlah....”
Senyuman Mikhail semakin melebar.
Miazara mendapat idea. Dia memijak kaki Mikhail sekuat hatinya.
“Aduh...!!!” adu Mikhail sambil memgang kakinya yang kesakitan itu. Serentak itu, terdengar bunyi orang memberi salam.
Miazara semakin kalut.
‘Siapa pula yang bagi salam ni. Pencegah maksiat ke? Ya Allah, apa nak buat ni. Aku tak nak kahwin free dengan mamat gay ni.’ Ucap Miazara di dalam hati.
Mikhail perasan akan kekalutan Miazara itu. Dia sebenarnya sudah tahu siapa yang datang. Dia berhajat ingin mengenakan Miazara.
“Pergi tengok siapa yang datang tu?” Mikhail menyuruh Miazara membuka pintu.
“Hah? Tak nak lah, takutlah.”
“Apasal pula nak takut. Bukannya hantu, orang kot.”
“Entah-entah pencegah maksiat? Saya tak nak lah kahwin free dengan lelaki tak normal macam awak ni.Huh!!”
“Untung apa kahwin free. Hahaha” Seronok Mikhail dapat mengenakan Miazara. Sedang seronok dia ketawa, telefon bimbitnya bunyi.
“Weyh! Bukalah Pintu ni. Aku dah sampai”
“Ye-ye, tunggu kejap.”
Seraya itu panggilan ditamatkan.
Mikhail terus berlalu ke pintu dengan kaki yang terhenjot-henjot.
Miazara masih lagi berdiri di tepi dinding.
“Apasal lambat  buka pintu ni? Kau buat apa?” tanya Ilham sambil melangkah masuk ke dalam rumah itu.
“Oowh, patutlah! Sejak bila kau dah pandai ni??” tanya Ilham lagi sambil melirik ke arah Miazara.
“Pandai apa? Kau jangan nak macam-macamlah.” Balas Mikhail tidak mengerti.
“Tu?” Ilham menunjuk ke arah Miazara.
“Banyaklah kau.”
“Mia , tolong buatkan kami air. Lepas tu awak dah boleh berehat dalam bilik awak.” Arah Mikhail.
Miazara hanya menurut saja.
“Siapa awek tu weyh?”
“Tu orang gaji kami. Tapi tak orang gaji sangatlah. Mama dengan Lysa tak anggap pun, aku je yang anggap. Nama dia Miazara Syuhada”
“Oowhhh... cantik juga ye?”
“Bolehlah. Baru lepas putus cinta.”
“Aik! Mana kau tahu?”
“Adalah. Hah! Kalau kau nak tahu, dial ah yang tolong aku papah kau hari tu masa kau mabuk.”
“Hah? Dia tu ke? Dah tu macam mana boleh jadi orang gaji dekat rumah kau ni?”
“Panjang ceritanya, nantilah lain kali aku cerita.”
Miazara datang dengan membawa 2 cawan minuman buat mereka berdua.
“Terima kasih ya Cik Miazara.” Ucap Ilham sambil tersenyum kepada Miazara.
Miazara hanya mengagguk dan tersenyum.
“Terima kasih juga sebab tolong saya masa mabuk hari tu...”
“Oowh, sama-sama” jawab Miazara.
“Dah, awak boleh naik ke bilik awak sekarang.” Arah Mikhail. Tidak senang melihat Miazara di situ.
Miazara sempat menjeling Mikhail sebelum dia beredar.
“Wah! Kemain lagi dia menjeling kau ya? Korang dua ni ada apa-apa ke?” duga Ilham
“Ada apanya?”
“Bercinta ke ? Manalah tahu kan?”
“Tak ada maknanya. Kalau kau nak tahu, dia tu ingat aku ni gay tahu tak? Ada skandal dengan kau.Huh!”
“Hah??”
“Tak payah nak terkejut. Ni semua kau la punya pasal.”
“Aku punya pasal? Kenapa pula?”
“nanti-nantilah aku cerita, sekarang jom layan aku main game ni. Dah lama tak main game ni, madang busy je...” ajak Mikhail sambil mengeluarkan set game nya.