Blogger Layouts

Thursday, 22 March 2012

♥ JATUH CINTA!! 13 ♥

BAB 13
“Besarnya rumah kau!” ucap Fazliyani dengan sedikit teruja ketika melangkah masuk ke dalam rumah Raja Shameera.
“Ala, biasa- biasa je...” jawab Raja Shameera sambil tersenyum.
“Berapa orang yang duduk dalam rumah ni?” tanya Fazliyani lagi.
“Along, Angah, Aku dan Mak Awe. Tapi hujung minggu Mak Awe balik kampung. Biasanya dua minggu sekali. Tapi ni macam tak ada je Mak Awenya, aku pun tak tahu mana dia pergi.” Jelas Raja Shameera
Fazliyani hanya mengangguk tanda faham. Dia sudah pun sedia maklum tentang ibu bapa Raja Shameera yang telah kembali ke Rahmatullah 5 tahun yang lalu. Jadi dia tidak langsung bertanyakan hal itu.
“Eh adik, dah sampai ke?” tanya Raja Salman yang baru turun dari tingkat atas.
“Yela... Apasal Along tak pergi ambil adik sekali? Kedek lah tu nak guna kereta dia...” perli Raja Shameera selamba. Dia bersalaman dengan Raja Salman. Raja Salman hanya tersengih sahaja.
“Mana ada... Pandai aje adik ni. Tak baik tau! Along ada hal lah tadi...” ucap Raja Salman memberi alasan.
“Ni kawan yang adik cakap semalam ke?” tanya Raja Salman pula, cuba mengubah topik.
“Ha’ah! Nilah Yani... Nama dia Fazliyani, asal Perak. Yani, ni Along aku. Raja Salman...” Raja Shameera memperkenalkan Raja Salman kepada Fazliyani. Fazliyani hanya mengangguk dan tersenyum kepada Raja Salman. Begitu juga Raja Salman.
“Adik ajaklah Yani naik atas dulu, mesti korang penat kan? Malam karang kita pergi makan kat luar okey! Mak Awe tak ada, balik kampung...” beritahu Raja Salman.
“Owh! Patutlah tak nampak Mak Awe dari tadi. Okeylah Along, kita orang naik dulu...” Raja Shameera meminta diri untuk naik ke biliknya.
........................................
“Mehlah masuk bilik aku ni. Bilik orang bujang, biasalah... hehehe” ajak Raja Shameera kepada Fazliyani
“Wah! Pinkiesnya bilik kau! Tak sepadan langsung dengan fi’il kau... hehehe” balas Fazliyani selamba sambil tertawa. Fazliyani yang terperasan akan keterlanjurannya berkata, terus menutup mulutnya dengan telapak tangan.
First time aku dengar kau kutuk aku...hahaha” balas Raja Shameera selamba, tanpa sedikit pun rasa kecil hati dengan Fazliyani.
“Aku tak adalah minat pink sangat, tapi bilik ni arwah mama aku yang hias. Aku tak nak ubah apa-apa pun. Biarlah macam ni. Kenangan dari arwah mama aku...” tambah Raja Shameera lagi. Suaranya kedengaran sedikit sayu bila mengingatkan mamanya.
“Err... Aku minta maaf eak Sham!” balas Fazliyani. Dia rasa bersalah dengan Raja Shameera.
“Lar! Kenapa pula? Tak ada apa-apalah. Aku okey je ni... Kalau kau nak tahu, skuter Yamaha Mio warna pink kat luar tu pun aku punya. Along aku yang belikan. Aku bagi nama “ Viruz Pinky”, pasal aku tak suka warna pink...hahaha “  seloroh Raja Shameera sambil tertawa.
“Tapi , banyak juga barang kau yang warna pink ya... hehehe “ balas Fazliyani
“Nak macam mana, dah dia orang suka belikan aku barang-barang warna pink. Konon nak suruh aku jadi perempuanlah tu! Aku perempuan apa! Cuma belum sejati aja... hahaha “ balas Raja Shameera pula sambil ketawa. Fazliyani turut sama ketawa dengannya.
“Dah-dah...! Pecah lemak aku, asyik ketawa je... hehehe “
“Kau rehat dulu eak! Aku nak mandi, lepas tu solat Asar. Asyik berbual aja, terlepas pula karang Asar aku...” Raja Shameera meminta diri untuk membersihkan diri dan solat. Fazliyani hanya mengangguk sahaja.
.................................
Malam itu, mereka makan di sebuah restoran yang terdapat di Limbongan atas permintaan Raja Shameera.
“Nah, cer kau rasa udang butter dia ni! Best tau! Aku belum pernah makan lagi udang butter yang best macam ni kat tempat lain...” ucap Raja Shameera sambil meletakkan beberapa ekor udang masak butter ke dalam pinggan Fazliyani.
“Makanlah Yani, jangan segan-segan. Lain kali , kalau Yani datang rumah kami lagi, Along bawa Yani pergi makan kat Tom Yam Klasik ...”
“Tom Yam Klasik? Kat mana tu Long?” tanya Raja shameera ingin tahu,
“Kat Sungai Putat. Ala tak jauh pun dari IPK Bukit Beruang. Along pun baru pergi sekali dua je... Angah ni yang selalu pergi dengan Abang Mie...” jawab Raja Salman.
“Macam tahu pula kan adik ni area-area  sana tu...” balas Raja Shameera.
“Angah pergi sana tak pernah pun nak ajak adik kan. Yelah, kalau dah dengan kawan kesayangan dia tu, mana nak ingat adik dia yang comel lagi cun ni...” tambah Raja Shameera lagi sambil berpura-pura merajuk dengan Raja Syazwan. Sempat dia memuji diri sendiri.
“Ah, poyolah adik ni...! Mengengada nak touching-touching . Angah pergi dengan budak-budak keretalah, takkan nak bawa adik kot! Lagipun, adik bukan ada kat sini. Balik pun tak sampai sebulan lagi. Tak apa, nanti ada masa kita pergi ea...?” pujuk Raja Syazwan sambil mencubit pipi Raja Shameera.
“Adoi..!! Ni yang tak suka ni... Angah ni sukalah cubit pipi orang. Kalau adik tak cute lagi lepas ni, siap Angah!” aduh Raja Shameera sambil mencubit pinggang abangnya itu. Raja Syazwan hanya menyeringai kesakitan. Maklumlah cubitan Raja Shameera itu sangat berbisa.
“Sudah-sudahlah tu... Tak malu eak dengan Yani?” tegur Raja Salman
“Dorang ni memang macam ni Yani. Perangai macam kanak-kanak rebina...” tambah Raja Salman lagi.
“Hehehe Tak apa Along. Best tengok korang 3 beradik ni. Mesra dan sempoi...!” balas Fazliyani. Dia turut tertawa kecil.
“Yani adik beradik berapa orang?” tanya Raja Syazwan tiba-tiba.
“Yani 3 beradik je semuanya. Semua perempuan. Akak yang sulong dah kahwin, Yani nombor dua, adik pula baru tingkatan 3...” jelas Fazliyani.
“Akak kau yang sulong dah kahwin? Baru aku nak kenenkan dengan Angah! Nampaknya  bujang sampai ke tualah Angah aku ni... hahaha” seloroh Raja Shameera. Sengaja ingin mengusik Angahnya itu.
“Amboi adik.... Seronoknya kutuk Angah!” balas Raja Syazwan
“Owh! Maknanya Yani tak ada abanglah ni eak? Tak apa, anggap aje kami ni macam abang Yani...” celah Raja Salman sambil tersenyum.
Fazliyani hanya tersenyum sahaja. Dia rasa selesa berkumpul bersama adik-beradik Raja Shameera. Mereka sangat baik dan sporting.
#########################
Hari Ahad itu, Raja Shameera telah merancang untuk keluar bersama Fazliyani dan Damia Tan. Pagi itu sebelum keluar, dia bercadang untuk menyediakan sarapan terlebih dahulu.
“Awal adik bangun??!!” tegur Raja Salman yang baru ingin keluar
“Awal ke? Standardlah ni.  Bangun pagi-pagi baru rezeki murah...” balas Raja Shameera
“Along nak pergi mana ni? Pagi-pagi dah keluar....” tanya Raja Shameera pula.
“Nak keluar pergi cari sarapanlah dik! Mak Awe kan tak ada. Lagipun kita kan ada tetamu...” jawab Raja Salman.
“Tak payahlah Long! Buat sarapan sendiri aje...” ucap Raja Shameera. Sememangnya dia bangun awal pagi itu adalah kerana ingin menyediakan sarapan.
“Siapa nak buat? Adik ke?” tanya Raja Salman seakan tidak percaya. Raja Shameera hanya mengangguk dan tersenyum sahaja.
Raja Shameera mengeluarkan bahan-bahan yang ingin digunakan untuk membuat sarapan.
“Adik nak buat sarapan apa pagi ni?” tanya Raja Salman lagi.
“Adik ingat nak buat lempeng gelembung cicah sambal tumis ikan bilis...” beritahu Raja Shameera sambil tersengih kepada Raja Salman.
“Lempeng gelembung?”
“Ye.... Lempeng gelembung! Ala, buat macam lempeng biasa tu. Cuma tambah mauripan je untuk bagi dia gelembung. Macam buat kuih apam tu...” jelas Raja Shameera. Dia sudah mula mengadun tepung dan air.
“Macam-macam aje adik ni! Along tolong adik ea?” Raja Salman menawarkan bantuan kepada Raja Shameera.
“Nah! Tolong kupas bawang ni, lepas tu hiriskan! Nanti adik nak masuk dalam sambal. Ikan bilis ni pun sama, tolong kopekkan...” arah Raja Shameera sambil menolak bawang besar dan ikan bilis ke depan Raja Salman. Raja Salman hanya menurut tanpa banyak soal.
Tidak lama selepas itu, Fazliyani turun ke dapur.
“Selamat pagi Along, Sham...” ucap Fazliyani sambil tersenyum mesra kepada keduanya. Raja Shameera dan Raja Salman menoleh seketika ke arah Fazliyanin dan mereka turut membalas senyuman Fazliyani sebelum menyambung semula kerja mereka.
“Kau nak masak apa ni Sham? Boleh aku tolong?” tanya Fazliyani.
“Lempeng gelembung dengan sambal tumis. Ni aku tengah goreng lempeng. Kau nak tolong boleh, tak tolong pun tak apa...” jawab Raja Shameera sambil tersenyum.
“Kalau macam tu, biar aku tolong kau ye!”
“Along, biar Yani aje yang tolong Sham... Along pergilah duduk kat depan...” ucap Fazliyani sambil tersenyum.
“Tak apalah, sikit aje lagi ni! Kalau Yani nak tolong, tolong kopekkan ikan bilis tu...” balas Raja Salman. Matanya sudah berair-air kerana mengupas dan menghiris bawang. Fazliyani hanya mengangguk dan terus melakukan apa yang disuruh.
“Eh, Along! Nangis ke?” tanya Raja Shameera saat dia terperasan mata Raja Salman berair.
“Mana ada nangis! Mata Along pedihlah kupas bawang ni...” jawab Raja Salman sambil mengesat matanya.
“Ala, Mengadalah tu! Siap kupas bawang tu karang, Along pergilah siram pokok bunga ke apa ke... Biar adik dengan Yani je duduk kat dapur ni buat kerja...” arah Raja Shameera.
“Tengoklah Sham tu Yani, membebel macam mak nenek. Hehehe “ perli Raja Salman. Fazliyani yang mendengar hanya tersenyum sahaja.
Selesai mengupas bawang, Raja Salman terus ke halaman rumah untuk menyiram pokok bunga. Hanya tinggal Raja Shameera dan Fazliyani sahaja di dapur. Raja Syazwan pula masih belum menunjukkan diri.
............................................
Setelah siap memasak, Raja Shameera menghidangkan sarapan pagi di atas meja dan dibantu oleh Fazliyani. Ketika itu, barulah Raja Syazwan turun ke bawah. Raja salman pula sudah duduk menanti di meja makan.
“Wow! Adik masak ke sarapan ni?” tanya Raja Syazwan seraya menarik kerusi di sebelah Raja Salman.
“Taklah! Beli dekat kedai...” jawab Raja Shameera sinis. Tahulah Raja Syazwan kalau begitu gaya menjawab Raja Shameera, pasti adiknya itu cuba memerlinya. Raja Syazwan hanya tersengih sahaja kepada Raja Shameera.
“Tak payah nak sengih-sengih Angah! Kami semua pagi-pagi lagi dah bangun. Masak sama-sama. Angah bangun-bangun terus makan aje!” perli Raja Salman pula.
“Masaklah sangat Along tu! Baru suruh kupas bawang, dah meleleh-leleh air mata...” Raja Salman pula diperli oleh Raja Shameera. Fazliyani disebelah sudah tersenyum-senyum melihat karenah mereka tiga beradik. Raja Salman juga tersengih kepada Raja Shameera.
“Dah-dah, jom makan! Yani jemput makan. Kami bertiga memang macam ni kadang-kadang...” Raja Salman segera menukar topik. Tidak mahu memanjangkan cerita. Nanti entah bila mahu makan kalau asyik berceloteh sahaja.
Ketika mereka sedang menikmati sarapan, tiba-tiba rumah mereka dikunjungi seseorang.
“Siapalah yang datang rumah orang pagi-pagi ni....” bebel Raja Shameera saat terdengar bunyi loceng rumah.
“Pergi tengok Angah, siapa yang datang!” arah Raja Salman kepada Raja Syazwan. Raja Syazwan berhenti menikmati sarapannya dan terus bangun menuju ke ruang tamu untuk melihat siapa yang datang.
“Assalamualaikum...” Tengku Shahmie memberi salam kepada Raja Syazwan.
“Waalaikummussalam...! Awal kau sampai? Jomlah masuk, kita orang tengah sarapan ni..” pelawa Raja Syazwan. Tengku Shahmie mengekori Raja Syazwan ke ruang makan.
Tiba di ruang makan, Tengku Shahmie terkedu seketika saat terlihat wajah yang amat dirinduinya. Dia memberi senyuman ikhlas kepada Raja Shameera tetapi hanya dibalas dengan jelingan oleh Raja Shameera. Raja Syazwan hanya tersenyum sahaja. Fazliyani yang tidak mengerti apa-apa hanya menjadi pemerhati. Raja Salman yang perasan akan hal itu, berdehem beberapa kali.
“Ehem-ehem...!”  deheman Raja Salman itu serta merta memecahkan lamunan Tengku Shahmie.
“Along...!” tegur Tengku Shahmie sambil tersengih. Dia menghulurkan tangan, bersalaman dengan Raja Salman.
“Dah sarapan?” pertanyaan Raja Salman itu hanya dibalas  dengan gelengan oleh Tengku Shahmie.
“Duduklah dulu... Mari sarapan dengan kami...” pelawa Raja Salman. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Tengku Shahmie terus saja duduk tanpa berlengah. Tambahan pula sarapan itu disediakan oleh Raja Shameera.
“Adik, tolong ambilkan pinggan dan cawan untuk Abang Mie...” Raja Syazwan meminta Raja Shameera mengambilkan pinggan dan cawan untuk Tengku Shahmie.
“Pagi-pagi dah datang rumah orang! Lepas tu nak makan free... Tak malu betul!! “ sempat lagi Raja Shameera membebel sebelum bangun untuk mengambil pinggan dan cawan. Raja Salman hanya menggeleng sahaja dengan karenah adiknya itu.
“Kau sabar ajelah ye Mie dengan Sham tu...” pesan Raja Syazwan. Tengku Shahmie hanya tersenyum sahaja.
“Nah pinggan dengan cawan...!” Raja Shameera meletakkan pinggan dan cawan yang diambil di atas meja makan.
“Isikanlah sekali lempeng dengan sambal tu dalam pinggan.. Air tu pun tuang sekali...” arah Raja Salman.
“Ish! Mengada betullah!” dalam merungut, Raja Shameera tetap juga buat apa yang disurun oleh abangnya itu.
“Jemputlah makan Mie, sarapan buatan Sham!” pelawa Raja Salman.
“Lupa nak kenalkan dekat kau. Ni Yani, kawan belajar Sham... Yani, ni Tengku Shahmie... Bestfriend Angah. Panggil aje Abang Mie...” celah Raja Syazwan. Dia memperkenal Fazliyani kepada Tengku Shahmie dan sebaliknya. Tengku Shahmie dan Fazliyani hanya berbalas senyuman tanda salam perkenalan.
Semasa di meja makan, Tengku Shahmie lebih banyak berbual dengan Raja Salman dan Raja Syazwan. Sesekali ada juga dia bertanya kepada Fazliyani. Dengan Raja Shameera langsung tidak ditegur. Bila Raja Shameera bersuara atau menyindirnya, dia terus senyap dan langsung tidak melayan. Raja Shameera yang perasan akan hal itu merasa bengang dengan Tengku Shahmie. Layan tidak, tengok pun tidak sudi. Seperti Raja Shameera tiada di situ sahaja gayanya.
‘Eh, Mamat Tengkujuh ni! Kerek betul tak nak cakap dengan aku! Tengok pun tak nak! Dahlah datang rumah orang pagi-pagi, makan sarapan yang aku buat pula tu! Lepas tu sombong tak nak tegur orang! Huh!’ gumam Raja Shameera di dalam hati. Dia memberi jelingan maut kepada Tengku Shahmie tanda protes terhadap lelaki itu.
Tengku Shahmie perasan yang Raja Shameera  sedang menjelingnya. Tetapi apakan daya, dia tak mampu untuk membalasnya. Di dalam hati dia tersenyum sendiri.
‘Hai lah Meeraku sayang! Bukan niat tak nak tegur, tapi dah ketetapannya macam tu. Nak bercakap tak boleh, nak tengok lebih-lebih pun tak boleh...” bicara hati kecil Tengku Shahmie. Nak tak nak dia terpaksa berlagak seolah-olah Raja Shameera tidak wujud disitu.
.................................................
“Adik! Kejap lagi kita orang nak pergi main bowling! Adik nak joint?” tanya Raja Syazwan kepada Raja Shameera. Selepas mereka  bersarapan, Tengku Shahmie juga masih berada di rumah mereka.
“Kat mana?” tanya Raja Shameera kembali.
“Kat MIBC (Malacca International Bowling Centre) “ jawab Raja Syazwan
“Tak apalah! Adik nak keluar kejap lagi. Pukul 11 karang Mia datang jemput kita orang..” beritahu Raja Shameera.
“Nak ke mana ajelah tu?” tanya Raja Salman pula yang sedang khusyuk membaca surat khabar.
“Jalan-jalan dekat Bandar Hilir kot! Tengoklah macam mana karang...” balas Raja Shameera
“Jangan balik lambat sangat. Esok ada kelas!” pesan Raja Salman mengingatkan Raja Shameera.
“Okey boss! Jom Yani kita siap! “ Raja Shameera dan Fazliyani berlalu naik ke tingkat atas untuk bersiap.

                                                                    by : achiem~
















6 comments:

Anonymous said...

rezeki murah ke..murah rezeki ehhh...hhmmmmm

Anonymous said...

punya la lama tunggu.... best.. cpt sikit sambung

aliesha kirana said...

lempeng gelembung? wah teringin nak rase. heheehehe. pink jugak eh! hahaha. mesti somel bilik itu..

achiem~ said...

hahaha kak kiran..cer akk try wat dulu..kui3 saya belum pernah cuba lgi..hehhe

inarina said...

best...sambung lagi eh...?

Anonymous said...

bile nak sambung lg cite ni??? best sgt2 ni....x sabar nak tunggu...hehee