Blogger Layouts

Thursday, 30 June 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 2)

BAB 2
Fira kembali duduk di tempatnya. Dia pusing memikirkan apa yang bakal direncanakan oleh bosnya itu. Sementelaah itu, fikirannya menerawang mengingati kejadian yang berlaku seminggu lalu.
-----------------
“adeh.....sakit punggung aku...” keluh Fira kesakitan akibat dilanggar seseorang sehingga dia terjatuh. Fira bangun sambil mengusap-ngusap punggungnya.
Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di hadapannya. Fira terpegun seketika..
“mak uih..hensemnya......” puji Fira di dalam hatinya
Lelaki tersebut hanya memandang tanpa berkata apa-apa. Apatah lagi untuk menolong Fira bangun semula.
“tak apa  encik....  saya tak apa-apa..” jelas Fira sebelum lelaki itu berkata apa-apa...
“bila masa aku tanya engkau ok ke tak ok ke , ada apa-apa ke tak ada apa-apa ke...” balas lelaki tu
Aikk... bengong ke apa mamat ni..gumam fira... belum sempat dia membalas kata-kata lelaki tersebut, lelaki itu terlebih dahulu memarahinya.
“kau ni mata letak kat mana... jalan punya besar, boleh pula nak berdiri kat tengah jalan ni.. kau ni betul-betul  menyusahkan lah....” bebel lelaki itu kepada Fira
Fira terpinga-pinga apabila tiba-tiba dia dimarah begitu.. dia cuba menjawab untuk membela dirinya tetapi tidak berpeluang..
“kau ni betul-betul membuang masa aku... gara-gara kau habis berderai barang aku.. kau ingat murah ke barang tu...huh... sekarang aku nak kau ganti balik....” tambah lelaki itu lagi
Fira merasa geram dengan tohmahan yang diterima.. sepatutnya dia yang memarahi lelaki tersebut, tapi ini lain pula jadinya.. Sudahlah malu kerana dimarah dikhalayak ramai, terasa seperti ingin menangis saja, tapi ditahankan juga air matanya... tanpa  berlengah, Fira terus membalas balik sebelum sempat lelaki itu berkata..
“ Hello encik ...? encik apa yer...? what so ever lah... setahu saya awak yang langgar saya..bukan saya yang langgar awak... yang awak nak marah-marah saya kenapa...tak logik sungguh... huh...!!! dah lah tak minta maaf, lagi diserang adalah... hey ....!!! kalau setakat muka saja yang  handsome tapi perangai macam penyangak, boleh bla lah..pakcik cleaner tu lagi baik tau...huh...!!! lagi satu saya tak akan ganti balik barang awak tu..peduli apa saya....!!!” balas Fira bertubi- tubi
Sebelum dia meninggalkan tempat itu,sempat dia berpaling semula dan mengambil barang tersebut dari tangan lelaki itu dan melemparkannya ke lantai. Bertambah berderailah barang yang sedia berderai itu. Kemudian dia meninggalkan lelaki itu tanpa berkata apa... Puas hatinya... Lelaki tersebut terpinga dan geram dengan tindakan Fira
-----------------------
“woiiit....!! kau termenung apa..?” tegur Sheqa
“hah...???” jawab Fira terpinga-pinga..
“kau berangan  ea?? Mesti kau berangankan bos baru kau tu kan...hehee “ duga Sheqa sambil ketawa.
“hah..? ish.. mana ada..pandai-pandai kau aja..” balas Fira kembali..
Belum sempat mereka meneruskan perbualan, Fikri memanggil Fira masuk ke biliknya lagi.
“ Fira... masuk bilik saya sekejap...” arah Fikri
“weyh bos kau panggil tu.. aku rasa baru kejap tadi kau masuk bilik dia..ni dah panggil lagi..ish..nak apalah agaknya ye...” tanya Sheqa dengan penuh curiga.
“entahlah ... aku pun tak tahu..dah lah aku masuk dulu..nanti ada kena bebel pula lambat masuk...” jelas Fira sambil bangun untuk ke bilik Fikri.
Fira meninggalkan Sheqa yang masih lagi curiga. Dia melangkah longlai menuju ke bilik Fikri.
Tok..tok..tok
“masuk....” jawab Fikri
“ Hah...kau buat apa yang terhegeh-hegeh sangat ni...??? kau ngumpat aku ea....???” serang Fikri bertubi-tubi
“err..... ..” jawab Fira tergagap-gagap
“Sejak bila kau jadi gagap ni...?? hari tu kemain lagi , hari ni da gagap pula?? Hahahaaa” Fikri ketawa besar memerli Fira
Fira hanya menundukkan wajahnya. Tidak sanggup memandang Fikri.. dalam hati sebakul makian telah dihamburkan kepada bosnya itu.
“dah...tak payah jawab apa-apa... aku nak kau dengar syarat-syarat yang akan aku berikan kepada kau ni...Sila dengar dengan baik dan kalau perlu catat, kau catat..biar tak lupa ...” tegas Fikri lagi
Fikri meneruskan kata-katanya.sedikit pun tidak mempersilakan Fira duduk. Dibiarkan sahaja Fira berdiri. Lantas dia membacakan tulisan di sekeping kertas yang berada di tangannya.
“ Nurul Afira Aleya binti Fakrul.... “ panggil Fikri
“ Sebagai Setiausaha merangkap orang suruhan aku.... Aku berhak memberikan syarat-syarat kepada kau ...dan syarat-syarat nya adalah.....”
Fira menanti dengan penuh debaran di dada.
“1) kau WAJIB menurut segala arahan dan perintah aku sebagai bos kau...
 2) setiap pagi dan petang kau wajib buatkan aku air... air tu mesti sedap..tak sedap siap kau..
3) kau kena sampai 15 minit awal sebelum waktu kerja dan  sebelum aku sampai....dan kau kena tunggu aku depan pintu... bawakan beg aku sampai ke bilik...
4) selagi aku tak balik, kau pun tak boleh balik..walaupun dah tak ada urusan pejabat lagi...
5) aku nak pagi-pagi, meja aku, bilik aku kemas.... dan sebelum balik..harus kemas juga... .. faham??? Ada apa-apa  bantahan atau pertanyaan..?” tanya Fikri dengan senyuman sinis
“errrr.... faham... “ jawab Fira tergagap-gagap
 “kalau kau langgar syarat-syarat ni.... siap kau..kau ingat tu..kat sini aku yang berkuasa.... jangan sampai kau tak makan nanti....” ugut Fikri
Fira hanya mengangguk tanda faham. Di dalam hatinya menyumpah setiap kata-kata Fikri.
Ya Allah....kenapalah aku dapat bos macam ni... ini bukan syarat..ini nak mendera namanya ni..hati kecil Fira berbicara sendiri
“ dah..tak payah nak termenung-menung lagi kat sini... kau boleh keluar sekarang... “ arah Fikri
Fira melangkah keluar dari bilik itu tanpa berkata sepatah. Bermacam-macam benda bermain difikirannya. Kenapa lah dia dapat bos yang sebegitu rupa...hati kecilnya merintih sedih mengenangkan hari-hari yang bakal dia lalui di situ.


3 comments:

Yong said...

oh rupa2nya cengitu. kijam betul la bos cengitu. huhuhu.tackle la dia fira, grenti jap lagi baik romantik gler plk.haha

Anonymous said...

mmm permulaan yg menarik perh berjaya mengagmabrkan watak bos yg kejam mendera adehhhh :) kalau aku di tempat fira pun rasa macam nak nangis tak sabar nak tau seterusnya

Anonymous said...

blh bg tajuk yess bos je kan ... suka suka ....


jc