CINTA YANG BENAR (PART
8)
“Miazara Syuhada!” panggil Mikhail. Ketika itu Miazara sedang
menyiram pokok bunga di halaman. Kebetulan Datin Sofia dan Alysa berada di
dalam rumah.
Miazara yang sedang leka menyiram pokok bunga, terus berhenti
dan menghadap Mikhail.
“Ye, En. Mikha.”
“Nah! Ambil kertas ni dan baca!”
“Kertas apa ni?”
“Baca ajelah....”
Miazara mengambil kertas yang dihulurkan oleh Mikhail. Dia
membaca satu persatu apa yang tertulis di kertas tersebut.
“Syarat yang wajib dipatuhi. Satu, panggil En.Mikha. Dua,
setiap hari kena kemaskan dan bersihkan bilik. Ketiga, tak dibenarkan makan
semeja dengan majikan. Keempat, setiap malam tolong buatkan hot chocolate dan
hantarkan ke bilik. Kelima, dua minggu sekali tolong cuci kereta. Keenam,
tolong basuh baju dan iron baju kerja...”
“Okey!” balas Miazara selepas membaca semua yang tertulis di
dalam kertas tersebut.
“Okey jer?”
“Yerla. Sudah tu?”
“Tak ada nak bantah apa-apa ke?”
“Nak bantah apa lagi? Nama
pun wajib dipatuhi. Lagipun En. Mikha kan bos, saya ni pembantu aja. Mana boleh
lawan bos.” Jawab Miazara bersahaja.
“Okey!” balas Mikhail terus meninggalkan Miazara sendirian.
‘Aik! Balas balik nampak!’ gumam Miazara sambil menoleh
seketika kea rah Mikhail yang sudah pun bergerak meninggalkannya. Miazara terus
menyambung kembali tugasnya yang tergendala sebentar tadi.
‘Bagus perempuan ni! Tak reti membantah. Lagi senanglah kerja
aku...’ desis hati kecil Mikhail sambil tersenyum sinis.
..................................................................................................................................................................
“Miazara Syuhada!” jerit Mikhail.
Miazara yang sedang memasak di dapur terkejut mendengar
jeritan Mikhail. Nampaknya sekarang Mikhail lebih gemar memanggilnya dengan
nama penuh.
“Mikhail Irsyad? Kenapa kamu ni terjerit-jerit panggil anak
dara orang?” tegur Datin Sofia yang sedang membaca majalah di ruang tamu
bersama Alysa.
Mikhail menoleh ke arah mamanya. Sedikit terkejut. Bukan kerana
ditegur mamanya itu tetapi kerana mamanya itu memanggilnya dengan nama penuh.
‘Eh, mama ni perli aku ke apa?’ gumam Mikhail.
“Eh, mama. Sejak bila panggil abang dengan nama penuh?” tanya
Alysa yang juga terkejut tatkala mendengar mamanya memanggil abangnya dengan
nama penuh.
“Saja aja... Macam seronok pula panggil orang dengan nama
penuh ni...”perli Datin Sofia.
“Kamu nak apa terjerit-jerit panggil Zara ni Mikha?” tambah Datin Sofia lagi.
“Err, tak ada apa-apalah ma..”
Seraya itu Miazara datang ke depan sambil membawa senduk. Dia
segera mendapatkan Mikhail yang sedang berada di tangga.
“Ye, En. Mikha?”
“Awak bawa senduk ni nak buat apa?” tanya Mikhail. Dia terkejut
melihat Miazara mendapatkannya dengan membawa senduk bersama.
“Eh.. Errr...” Miazara tergagap-gagap untuk menjawab.
“Dah abang panggil Kak Zara time dia tengah masa, sebab tu
dia bawa senduk sekali...”
“Senduk tu bagus diketukkan kat kamu aje Mikha...” tambah
Datin Sofia pula selamba.
Miazara hanya tersengih sahaja mendengar kata-kata Datin
Sofia.
“Lepas siap masak, jumpa saya kat atas...”
Selepas memberi pesan kepada Miazara, Mikhail terus melangkah
naik ke biliknya semula.
“Kenapa dengan abang tu Ma? Lain macam aje. Tiba-tiba pula
berubah sikap bila Kak Zara ada kat sini...”
“Entahlah Lysa, mama pun tak tahu. Entah-entah dia suka kat
Kak Zara kamu tak?”
Walaupun perlahan perbualan mereka, Miazara masih lagi dapat
mendengar dengan jelas pa yang diperkatakan mereka berdua.
‘Erk! Dia suka aku? Dia tu kan gay, takkan suka aku kot...’
desis hati Miazara. Dia melangkah semula ke dapur untuk menyiapkan kerjanya.
..................................................................................................................................................................
Selesai masak, Miazara terus naik ke bilik Mikhail untuk
menghadapnya.
“Zara nak ke mana tu?” tegur Datin Sofia sebaik sahaja
melihat Miazara menuju ke tangga untuk naik ke tingkat atas.
“Err, Zara nak jumpa En. Mikha kejap. Zara dah siapkan makan
tengahari. Kalau untie dengan Lysa nak makan Zara siapkan.”
“Ada apa Mikha tu nak jumpa Zara? Kalau dia buli Zara
beritahu auntie. Tahulah antie nak buat apa...”
“Eh, tak adalah auntie. En. Mikha tak buli Zara pun. Lagipun
dia kan dah jadi majikan Zara. So, kenalah patuh kan...”
“Yelah tu. Sudahlah, nanti ajak dia turun makan . Kita makan
sekali...”
Pesan Datin Sofia. Sempat Miazara melemparkan senyuman kepada
wanita itu sebelum dia melangkah naik ke bilik Mikhail.
Tok... tok.. tok
Miazara mengetuk pintu bilik milik Mikhail berkali-kali tapi
tiada respon. Dia mengambil keputusan untuk cuba memulas tombol pintu bilik itu
pula, mana tahu kalau-kalau Mikhail tidak menguncinya seperti malam tadi.
Ternyata memang benar, Mikhail tidak mengunci pintu biliknya.
Miazara menolak perlahan pintu bilik Mikhail. Elok sahaja Mikhail duduk di sofa
dalam biliknya sambil membaca.
‘Khusyuk benar baca, sampai aku ketuk pintu bilik dia pun tak
sedar...” desis hati kecil Miazara.
“Tak reti ketuk dulu ke pintu tu?” tanya Mikhail yang sedar
akan kehadiran Miazara.
“Errr, saya dah ketuk. Tapi tak ada respon...”
“Alasan!” hakikatnya Mikhail memang mendengar ketukan dari
luar tetapi dia sengaja tidak mempedulikannya.
“Awak memang suka ceroboh bilik saya kan Mia?” tambah Mikhail
lagi.
“Mana ada... Dah saya ketuk En. Mikha tak respon. Saya masuk
ajelah... Kot-kot pintu tak kunci...”
“Alasan!”
“Suka hati En. Mikha lah.”
“Ada apa En. Mikha cari saya?” tanya Miazara.
“Oowh ya! “
“Kenapa awak tak kemas bilik saya pagi tadi?”
“En. Mikha tak ada pun
suruh saya kemas...” jawab Miazara lugu.
Mikhail jadi geram pula mendengar jawapan Miazara yang
selamba itu.
“Awak baca ke tidak syarat-syarat yang saya bagi kat awak tu?”
“Baca..”
“Faham ke tidak syarat-syarat yang tertulis tu?”
“Faham...”
“Dah tu?”
“En. Mikha tak cakap pon yang syarat tu berkuatkuasa bila...”
“Kalau saya bagi hari
ni, maknanya hari ni lah kuat kuasanya...!”
“Mana saya tahu....”
“Apalah lurus sangat awak ni, patutlah senang-senang aja
orang pergunakan awak!”
“Dahlah! Awak boleh keluar. Jangan lupa laksanakan tugas-tugas awak yang
lain lepas ni...” pesan Mikhail tanpa sedikit pun memandang Miazara.
Miazara ingin berlalu keluar tetapi dia tiba-tiba teringat
pesan Datin Sofia sebelum dia bertemu Mikhail tadi.
“Errr, En. Mikha...”
“Ermm, nak apa lagi?”
“Datin ajak makan sekali...”
“Kejap lagi saya turun...”
Miazara terus berlalu keluar dari bilik Mikhail. Mikhail
mengeluh kecil bila teringatkan sikap Miazara.
‘Kenapalah dia ni lurus sangat. Sikit pun tak melawan. Patutlah
senang orang pergunakan dia. Aku ni tak adalah kejam sangat kot. Maafkan saya
Mia. Sampai masa nanti saya takkan buat awak macam ni lagi...’ ucap Mikhail .