Blogger Layouts

Friday, 20 April 2012

komen anda??

kepada pembaca yang dah habis baca "CINTAKU UNTUKMU" apa komen anda ya? dekat P2u ada yang komen, ceritanya mendatar, tak best langsung. ada kata asyik merajuk aja Firanye ni. komen kalian pulak macam mana?

Thursday, 19 April 2012

perhatian!!

~ Buat semua pembaca yang dikasihi, novel CINTAKU UNTUKMU dalam proses pengeditan semula. Mungkin kalau ada rezeki cerita ni akan diterbitkan. agak-agak kalau diterbitkan, ada yang sudi ke nak beli buku saya ni? hehee ?

Thursday, 12 April 2012

~CINTA YANG BENAR (PART 7) ~



CINTA YANG BENAR (PART 7)
Mikhail membawa Miazara pulang ke ‘VILLA KASIH’ semula selepas Miazara siap mengemaskan pakaian dan barang-barang yang ingin dibawanya bersama.
“Mama, Mikha dah bawa balik semula pembantu kita hari ni.. Dia kata dia nak mula kerja hari ni, tak payah nak tunggu-tunggu esok…”
‘BIla masa pula aku cakap macam tu?? Dia yang paksa aku padahal..ermm’ desis hati kecil Miazara sambil memandang ke arah Mikhail. Mikhail pula hanya buat muka selamba.
 “Betul ke ni Zara?”
“Betul la Ma, kalau tak betul buat apa Mikha bawa dia balik semula…”
Miazara hanya tersenyum dan mengangguk kepada Datin Sofia.
“Kalau macam tu, tak apalah.. Auntie tak kisah pun bila Zara nak mula kerja… Lysa…! Tolong tunjukkan bilik Kak Zara…”
Alysa menunjukkan bilik Miazara. Bilik Miazara terletak di tingkat 2. Rumah banglo 3 tingkat itu mempunyai 7 buah bilik tidur, 1 bilik di tingkat 3 iaitu bilik Mikhail, 4 bilik lagi di tingkat 2 yang menempatkan bilik Datin Sofia dan Alysa serta 2 lagi bilik tetamu, manakala di tingkat bawah terdapat 2 bilik pembantu. Miazara telah diberikan bilik tetamu. Di tingkat 3 juga terdapat ‘mini library’ dan ‘mini gym’ selain dari bilik Mikhail.
“Wah besarnya bilik ni…. Ni bilik tetamu kan Lysa? Kenapa bagi akak bilik tetamu? Akak kan cuma pembantu rumah aja, sepatutnya bilik akak kat bawah…”
“Mama kata, akak bukan pembantu kami. Akak keluarga kami, jadi mama suruh akak duduk dekat bilik ni… lagipun nanti kalau mama dah balik London, takkan setiap sorang nak duduk satu tingkat pula… Bilik abang ada kat tingkat 3, kat tingkat 2 ni bilik Lysa dengan mama je…”
“Oowh.. terima kasih ye Lysa… Kalian memang baik.. dah bagi akak kerja pun dah cukup baik…”
“Apalah kalau nak dibandingkan dengan pertolongan Zara pada auntie…” tegur Datin Sofia yang baru masuk ke bilik Miazara.
“Eh, auntie… Zara cuma tolong apa yang patut je…”
“Zara buatlah macam rumah sendiri ya, anggap je kami ni saudara mara Zara….”
“Hujung minggu kalau akak nak balik kampong, bagitahulah.. Nanti Lysa atau abang boleh hantarkan…”
“Kak Zara dah takde kampung Lysa…. Akak sebatang kara aja kat sini… Dulu ada juga kawan tapi mereka khianati akak…”
“Sabarlah nak, anggap aja kami ni macam keluarga Zara ye…” Pujuk Datin Sofia sambil memeluk Miazara.
“Jom Lysa kita keluar, biar Kak Zara berehat dan berkemas….”
…………………………………………………..
Hari ini merupakan hari pertama Miazara bekerja di VILLA KASIH. Miazara keluar dari biliknya selepas maghrib.   Dia bercadang untuk masak makan malam buat penghuni VILLA KASIH sebagai tugas pertamanya. Memandangkan perutnya juga sudah lapar.
Miazara menuju ke dapur. Dia mencari bahan-bahan yang boleh dimasak di dalam peti sejuk dan kabinet dapur. Dia tersenyum melihat peti sejuk dipenuhi dengan pelbagai lauk pauk dan sayuran.
‘nampak benar mereka ni rajin masak…’ desis hati kecil Miazara.
Miazara bercadang untuk masak daging blackpaper, sayur campur dan telur beefstick untuk lauk makan malam ini. Dia mengeluarkan bahan-bahan tersebut. Setelah semuanya disediakan, dia memulakan tugas  memasak.
Datin Sofia turun ke dapur ketika Miazara sedang khusyuk memasak.
“Zara masak apa?”
“Eh, Auntie… Zara ingat nak masak daging blackpaper, sayur campur dan telur beefstick untuk lauk makan malam ni… Okey ke auntie?”
“Okey..apa pula tak okeynya…”
“tak adalah mana tahu ada sesiapa yang tak makan ke dalam rumah ni…”
“jangan risau, keluarga ni memang tak cerewet dalam bab makan..yang penting halal..”balas Datin Sofia sambil tersenyum.
“Mari auntie tolong Zara….” Tambah Datin Sofia lagi
“Eh, tak payahlah auntie.. dah nak siap ni, Auntie rehatlah kat depan.. Apa guna Zara ada kan…”
Walaupun dihalang oleh Miazara, Datin Sofia tetap ingin membantu. Tetapi setelah berkali-kali dipujuk Miazara, akhirnya Datin Sofia mengalah juga.
Setelah siap memasak, Miazara menghidangkan makanan di meja makan. Kali ini Alysa pula datang ingin membantu. Walaupun ditegah, dia tetap juga membantu.
“Mana abang kamu ni Lysa? Tak nak makan sekali ke…?”
“Entahlah, mana entah dia…. Kat bilik kot Ma…”
“Miazara, boleh tolong panggilkan Mikha tak..? cuba tengok dia kat bilik dia..tadi auntie rasa dia tak keluar balik lepas ambil kamu…”
“Errr…” Miazara serba salah.
“Kenapa kak? Akak takut dengan abang ke? Jangan risaulah, abang okey..tak makan orang…”
Nak tak nak Miazara terpaksa akur, memandangkan dia hanya pembantu rumah. Jadi dia terpaksa akur dengan arahan majikannya walaupun mereka tak menganggap Miazara seperti pembantu rumah.
Miazara menuju ke tingkat paling atas, di mana bilik Mikhail ditempatkan.
‘tinggi betullah bilik dia ni, hari-hari macam ni boleh kurus aku dibuatnya… huarghhh!!’ rungut Miazara sambil mendaki tangga menuju ke bilik Mikhail.
Tiba di hadapan pintu bilik Mikhail, Miazara mengetuk pintu itu.
Berkali-kali diketuk, diselangi dengan panggilan kepada Mikhail. Tapi tiada jawapan. Perlahan dia memulas tombol pintu bilik itu. Tidak berkunci. Jadi dia ambil keputusan untuk masuk sahaja ke dalam bilik Mikhail.
Miazara agak terjeda seketika ketika melangkah masuk ke bilik Mikhail.
‘fuwah~~ besarnya bilik dia.. Ni bilik tidur ke apa…?’ ucap Miazara perlahan
Miazara kagum melihat bilik Mikhail yang kemas dan teratur dengan susunan perabot mewah. Terdapat katil bersaiz king, terdapat satu sudut yang menempatkan TV LED skrin bersaiz 40 inchi dan sofa panjang, satu sudut ruangan kerja dengan tema bilik hitam putih cukup menampakkan kemewahannya. Ini baru bilik Mikhail, belum lagi bilik Alysa dan Datin Sofia. Bilik tetamu yang didudukinya juga begitu selesa.
“Awak buat apa dekat bilik saya??” tegur Mikhail yang baru sahaja keluar dari bilik mandi. Dia hanya bertuala sahaja sambil mengelap rambutnya yang basah.
Miazara yang terkejut terus menghumbankan dirinya di atas katil milik Mikhail.
‘wah..empuknya tilam dia…’ sempat Miazara merasakan keasyikan berada di atas tilam milik Mikhail.
“Cik Miazara Syuhada..! awak buat apa ya kat bilik saya ni?” Tanya Mikhail sekali lagi sambil menundukkan sedikit kepalanya kepada Miazara yang sedang berbaring di atas tilamnya itu.
“Errr……” Miazara yang baru terperasan, terus bangun dari katil milik Mikhail. Tergagap-gagap dia ingin menjawab.
“Kenapa?” Tanya Mikhail lagi. Dia duduk di birai katil sambil mengelap  rambutnya.
Miazara pula hanya tertunduk . Malu dia menghadap Mikhail dalam keadaan begitu.
“Awak kenapa? Malu…? Ke takut? Bukan awak tak kisah ke? Saya kan gay, takkan tergoda kot dengan gay…” ucap Mikhail sedikit sinis.
‘Memanglah awak gay, tapi awak lelaki juga kot… mestilah saya malu, lainlah awak tu suami saya…’ gumam Miazara di dalam hati.
“Miazara syuhada?” panggil Mikhail sekali lagi bila Miazara masih mendiamkan diri.
Perlahan-perlahan Miazara mengangkat mukanya menghadap Mikhail.
“Siapa kata saya takut??? Saya datang ni sebab Mama awak suruh turun makan.. tadi saya dah ketuk pintu bilik, awak tak jawab. Lagipun salah awaklah tak kunci pintu …” balas Miazara sedikit berani.
“saya memang tak pernah kunci pintu bilik sebab kat atas ni cuma ada bilik saya seorang aja. Lagipun saya duduk  sorang-sorang kat rumah ni.. Oops, lupa sekarang dah ada pembantu rumah….” Balas Mikhail sambil tersenyum sinis.
“5 minit lagi saya turun…. Awak boleh keluar sekarang ya…!”
Miazara terus sahaja keluar dari bilik Mikhail dan Mikhail terus menutup pintu biliknya. Miazara terhenti seketika di anak tangga. Dirasakan jantungnya berdegup pantas saat itu.
‘kenapa pula ni? Sebab naik turun tangga ke ? tak pun…… ish takkanlah sebab tengok dia dalam keadaan macam tu kot… hah!!! Malas fikir…’ Miazara malas melayan perasaannya sendiri. Dia terus melangkah laju menuruni anak tangga .
………………………
“Mana Mikha, Zara?”
“Hah? Errr, dia kata kejap lagi dia turun…”
“Abang buat apa kak?”
“Baru lepas mandi kot….”
Miazara kemudiannya terus beralih ke meja makan. Dia mensedukkan nasi ke dalam pinggan Alysa dan Datin Sofia. Ketika dia menuangkan air ke dalam gelas, Mikhail turun ke ruang makan.
“Sorry late…. Baru lepas mandi…” Ucap Mikhail sambil tersenyum. Kemudian dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan adiknya, Alysa.
“Siapa nak cedokkan Mikha nasi ni mama?”
“Abang cedoklah sendiri… itu pun nak kena ajar ke?”
“Apa guna ada orang gaji kalau tak reti nak sendokkan tuannya nasi…” peril Mikhail.
Miazara terus mengambil nasi dan dia mensedukkannya ke dalam pinggan Mikhail. Dia mensedukkan 1setengah senduk nasi kepada Mikhail.
“Segini je? Mana cukup….”
Miazara menambahkan lagi satu setengah senduk nasi ke dalam pinggan Mikhail.
“Eh, awak ingat saya ni kaki mentekedarah ke isi nasi banyak-banyak? Paling banyak saya makan 2 senduk je.. Ni dah tiga senduk… kurangkan sikit…”
Miazara tidak melawan, walaupun dia sedikit bengang dengan Mikhail. Dia mengurangkan nasi di dalam pinggan Mikhail.
“Okey, dah!”
Datin Sofia hanya menggeleng sahaja melihat sikap anak terunanya itu.
‘Ish, kenapalah dia ni…. Apa masalah entah gaknya…’ gumam Miazara di dalam hati.
Selepas itu, Miazara ingin bergerak ke dapur. Dia ingin makan di dapur.
“Eh, Zara nak ke mana tu? Mari lah makan sekali…”
“Tak apalah auntie, Zara makan kat dapur aje….”
“Buat apa makan kat dapur sorang-sorang… Mari makan dengan kami… Zara bukan pembantu rumah auntie okey…? Ke Zara takut dengan Mikha?”
“ermmm… tak adalah….”
“Kalau macam tu, mari makan sekali dengan kami…. Jangan layan si Mikha ni, dia memang suka menyakat…”
Akhirnya Miazara turut serta makan bersama dengan mereka. Mikhail kelihatan begitu berselera sekali makan. Miazara tersenyum melihat Mikhail yang begitu berselera makan. Semasa makan langsung Mikhail tidak bertanyakan siapa yang masak. Sehinggalah selesai, baru dia bertanyakan hal tersebut. Ketika itu mereka duduk di ruang tamu dan Miazara berada di dapur sedang berkemas.
“Siapa yang masak lauk pauk tadi tu Ma? Mama ke? Tapi rasanya mama tak pernah masak lauk macam tu kan?”
“Mestilah bukan mama, abang ni….. Kak Zaralah yang masak….Amacam? Sedap kan… Tak rugi kan Mama kita ambil kak Zara…” ucap Alysa sambil memeluk mamanya.
“Sedap ke? Bolehlah kot buat ada-ada…”
“Yerla tu Mikha… Mama tengok kemain berselera lagi kamu makan….”
“ Tu sebab…..” belum sempat Mikhail meneruskan kata, Miazara muncul.
“Err, maaf ganggu… Auntie, kalau tak ada apa-apa lagi Zara masuk bilik dulu ya…”
“Pergilah Zara…. Lagipun, bukan ada kerja sangat….”
Miazara hanya mengangguk dan tersenyum. Mikhail hanya menjeling . Kemudian Miazara mengatur langkahnya menuju ke biliknya di tingkat 2.
…………………………………………………………………………………
Miazara menoleh jam di sisi, sudah menginjak angka 11. Tiba-tiba tekaknya terasa haus. Lantas dia bangun dan mengorak langkah ke dapur untuk minum.
Suasana di VILLA KASIH sudah sunyi sepi. Pasti semua sudah tidur.
Selepas minum, Miazara ingin kembali semula ke biliknya. Ketika melepasi ruang tengah untuk naik ke tingkat atas, dia terdengar orang sedang ketawa. Dengan berani dia cuba mencari suara itu. Dilihat ruang tamu sunyi sepi tiada orang, dia cuba menjengah di luar rumah. Dia ternampak Mikhail sedang seronok menghadap laptopnya . Miazara mendapatkan Mikhail yang sedang leka itu.
“Awak tak tidur lagi ke?” tegur Miazara
“Huh…???!! Buat terkejut orang aja awak ni…” marah Mikhail dengan riak sedikit terkejut. Serta merta ketawanya berhenti.
“ Sorry… tak sengaja…..”
“Yang awak ni kenapa tak tidur lagi…?”
“Saya turun minum tadi.. Haus pula….”
Miazara melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Mikhail.
“Awak buat apa ni….? Ketawa sorang-sorang?”
“Tak ada buat apa… Kenapa sibuk nak tahu?”
“Tanya pun tak boleh…hurmmm”
“Memang tak boleh, pembantu tak ada hak untuk menyoal bos ok..?”
Miazara hanya mencebikkan mulutnya saat mendengar kata-kata Mikhail.
“Mikha, kenapa awak layan saya macam ni? Saya ada buat salah ke dengan awak…? Sebelum ni okey jer kot.. tapi kenapa tiba-tiba awak berubah… Lelaki memang macam tu ke? Mudah berubah dalam sekelip mata…?”
“ awak nak kata saya ni macam ex awak si Ghaz tu ke? Kami tak sama okey?!!!”
“Memanglah tak sama, dia lelaki normal awak tu gay….” Miazara berbicara perlahan.
Mikhail menoleh ke arah Miazara dengan pandangan tajam. Miazara perasan akan hal itu, dan dia sendiri sedar apa yang dicakapnya. Tapi dia saja buat tidak mengerti.
“Saya rasa awak ni memang tak boleh dibuat baiklah Mia… Dan memang patut kot saya layan awak macam ni…” Balas Mikhail sedikit tegas. Hatinya begitu sakit setiap kali mendengar Miazara menyebutnya ‘gay’.
Miazara tersentak sedikit.  Dia sedar dia telah merosakkan mood Mikhail. Mikhail yang kelihatan benang terus bangun dan mengambil laptopnya. Dia ingin beredar dari situ.
“Sebelum lupa, mulai detik ini panggil saya En. Mikha bukan Mikha..! Sebab saya majikan awak bukan kawan-kawan awak…! okey!” tegas Mikhail sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Miazara sendirian di situ.
‘erk..!’ Tidak sempat Miazara ingin berkata apa. Dia tahu dia sudah melakukan kesalahan dengan merosakkan mood lelaki itu. Tapi dia langsung tidak membuat apa-apa. Memohon maaf pun tidak di atas keterlanjurannya itu. Dia dapat rasai yang hubungannya dengan Mikhail akan semakin teruk selepas ini.


Thursday, 5 April 2012

~CINTA YANG BENAR (PART 6) ~



CINTA YANG BENAR (PART 6)
Miazara meneliti alamat yang tertera pada kertas . Dia pasti inilah rumah yang dicari itu. Besar sungguh rumah yang berada di hadapannya kini. Rumah banglo 3 tingkat.  Di hadapan rumah tertera nama pemilik rumah dan nama bangle tersebut. “VILLA KASIH” , Datuk Kamarul dan Datin Sofia.
Dia tidak menyangka wanita yang dibantu semalam itu adalah seorang datin.  Miazara terus mendail nombor telefon yang tertera di kertas yang dipegangnya.
“Assalamualaikum... Ni rumah Datin Sofia ke?”
“Waalaikummussalam, ya saya Datin Sofia... Siapa ya?”
“Saya Zara ......”
“OOwh Zara... Zara dah sampai ke?”
“Dah datin, saya sekarang dekat depan pintu pagar ‘VILLA KASIH’..”
Selepas menamatkan panggilan, pintu pagar automatic terus terbuka. Terjengul wajah Datin Sofia dengan senyuman di bibir menyambut Miazara.
“Jemput masuk Zara....”
“Err... terima kasih datin..”
“Usah berdatin-datin... Panggil saja Auntie....”
Miazara beriringan masuk ke dalam Villa Kasih bersama Datin Sofia. Ketika itu Alysa baru sahaja turun . Dia terpegun  melihat keindahan hiasan dalaman Villa Kasih. Susunan perabot sangat kemas dan teratur.
“Eh, Kak Zara dah sampai?”
Alysa terus mendapatkan Miazara untuk bersalaman dengannya.
“Lysa, tolong buat air untuk kak Zara... Zara jemputlah duduk...”
Miazara hanya menurut dan tersenyum. Tidak lama kemudian, Alysa datang sambil membawa minuman.
“Jemput minum Kak Zara.. Air bujang aja...” pelawa Alysa sambil meletakkan cawan di hadapan Miazara.
“Kita tak payah cerita panjang-panjang lah ya...Auntie terus terang aja pada Zara... Sebenarnya rumah kami ni tak ada pembantu... seminggu sekali ada yang datang bersihkan rumah ni... Auntie pula tak duduk sini, yang duduk sini cuma anak lelaki auntie.. sebab tu kami tak ambil pembantu... dan kebetulan pula kali ni, Lysa akan tinggal di sini,  jadi dengan adanya Zara bolehlah Zara temankan Lysa nanti...”
Miazara hanya mengangguk tanda faham.
“Kak Zara pindahlah duduk rumah ni... tak ada sesiapa pun dalam rumah ni, nanti bila Mama dah balik London tinggal Lysa dengan abang aja... Abang dah lah jarang nak lekat dekat rumah....”
“Berkenaan gaji Zara jangan risau...  Zara boleh minta berapa saja yang Zara nak....”
“Errr, tentang gaji tu terpulang Auntie lah nak bagi berapa.. Yang penting saya ada kerja ...”
Sedang mereka seronok berbicara, Mikhail yang baru pulang entah dari mana memberi salam.
“Assalamualaikum...”
Miazara yang sedang minum menoleh seketika ke arah suara yang seakan dikenali tu. Dan tidak semena-mena dia tersedak saat terpandangkan wajah yang amat dikenali itu.
Mikhail tersenyum sinis melihat Miazara.
“Errr, Zara okey ke?”
Miazara hanya mengangguk sambil mengelap mulutnya.
“Abanglah ni, tengok dah tersedak kak Zara... hish...”
‘Abang...?’ Miazara bermonolog sendiri.
“Sorry tak sengaja...hahahaa..”
“Zara mari auntie kenalkan.. Ini Mikhail Irsyad, anak lelaki tunggal auntie merangkap anak sulong auntie... Mikha, ni Zara , yang mama cerita semalam...”
‘Ermmm... baik aku buat-buat tak kenal aja dengan Mia ni..hehee’ bicara hati kecil Mikhail.
“Hai.... Saya Mikha...” Mikhail menghulurkan tangannya kepada Miazara sambil tersenyum.
“Err... Hai....”
‘Dia tak kenal aku ke? Atau betul-betul tak kenal? Nak tunjuk ke yang aku ni kenal dia? Atau buat tak tahu juga...? ermmm, ikut ajelah rentak dia...’ Miazara pula berbicara sendiri di dalam hati.
“Mikha, mulai hari ni Zara akan duduk sini.. Zara akan bekerja di rumah kita... “
“Kerja kat rumah kita? Kerja apa  yang awak boleh buat..?” Tanya Mikhail kepada Miazara dengan sedikit sinis.
“Err... kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas dan semua-semualah....”
“Lagi satu, Kak Zara akan jadi peneman adik kalau abang tak ada... “
‘Herm, maknanya bila dia kerja kat rumah ni, dia akan duduk sini.... dan makna lainnya, aku boss dia... aku buli dia... Yess! Aku tahu apa nak buat...hehehe’
Mikhail memandang Miazara dengan senyuman sinis.
“Err, bila awak mula kerja...?”
Miazara terpinga-pinga. Dia memandang Datin Sofia dan Alysa.
“Hari ni boleh, seminggu lagi pun boleh....” jawab Datin Sofia sambil tersenyum lagi.
“Seminggu lagi..?” tanya Miazara tidak mengerti.
“sebab mama akan balik London semula.. nanti tinggal Lysa dengan abang je... tapi kalau kak Zara nak kerja hari ni boleh juga.. Kan Ma?”
“ Haah Zara, bila-bila masa kamu nak mula kerja pun auntie tak kisah....”
“Errr... kalau macam tu, saya mula esok boleh tak... hari ni saya ingat, nak kemas pakaian saya dulu...”
“tadi apesal tak bawa sekali...?” tanya Mikhail
“Hah? Tak tahu pula saya kena stay sini, ingatkan kerja mcam waktu office hour... datang pagi, petang balik....”
“Awak kerja sebagai pembantu rumah, bukan pembantu peribadi kat pejabat...”sinis sahaja kata-kata Mikhail.
‘Eh, kenapa dengan Mikha ni. Tetiba aje sinis dengan aku, sebelum ni elok pula.. Entah-enah dia marah pasal semalam kot.. pasal aku cakap dia..... urmmm’
“tak pelah , nanti Zara balik kemas pakaian Zara... esok datang sini semula ye...”
“Kak Zara datang dengan apa tadi?”
“Err, akk naik teksi...”
“takpelah, nanti minta Mikha hantarkan Zara balik... boleh kan Mikha...?”
Mikhail ingin menolak tetapi dia tahu tak guna dia membantah kata mamanya itu. Miazara hanya tersenyum sahaja kepada Mikhail.
......................................................................................
“Err... Mikha terima kasih ya sudi hantarkan saya...”
“Saya buat pun sebab mama...”
“Awak marahkan saya ke Mikha pasal malam tadi....?”
“pasal malam tadi? Pasal apa pula? Dan kenapa pula saya nak marah awak...?”
“Yela, hari tu awak okey.. tadi malam pun masa datang rumah saya, awak okey jerk... tapi kalau awak marah saya sebab saya kata awak .......”
“Kata saya apa..???” belum sempat Miazara meneruskan kata, Mikhail sudah memotong terlebih dahulu. Sedikit keras suaranya.
“Err... tak ada apa-apalah.....”
“kata apa Miazara...?? cakaplah...” desak Mikhail sedikit keras.
“Sebab cakap awak gay.... saya minta maaf...”
Miazara terus cepat-cepat keluar dari kereta dan meninggalkan Mikhail. Mikhail hanya tergelak dan kemudian dia juga terus keluar dari kereta dan mendapatkan Miazara.
“Miazara Syuhada...! tunggu kejap...”
Miazara berhenti serta-merta setelah mendengar namanya dipanggil Mikhail dan dia menoleh ke arah Mikhail dengan muka sedikit bersalah.
“Errr... saya minta maaf ......”
“Sekali lagi saya ingatkan awak... jangan pernah lagi nak cakap yang saya ni gay depan sesiapa pun...” “Kalau tak.. Siap awak....!!!” Mikhail memberikan peringatan sambil menujukan jari penunjuknya di hadapan Miazara.
“ dah jom naik ke apartment awak, kemas pakaian awak sekarang dan ikut saya balik rumah terus... tak payah nak tunggu-tunggu esok...” Mikhail terus menarik tangan Miazara untuk mengikutinya.
Tiba di depan pintu apartment, Miazara hanya tercegat sahaja.
“Apa lagi awak tunggu? Bukalah pintu tu cepat...”
“err... “ Miazara yang sedikit kalut terus membuka pintu apartmentnya.  Terbuka sahaja pintu itu, Mikhail terus menerjah masuk.
“Eh, kenapa awak masuk...?”
“kenapa? Tak boleh? Selama ni okey jerk? Ke awak takut dengan saya...?”
“takut...? kenapa pula?”
“takut saya apa-apakan awak....”
“awak tu gay, mana ada hati kat perempuan...”
‘alamak! Terlepas cakap lagi....’ Miazara kecut perut . sekali lagi dia terlepas cakap. Dia memukul-mukul mulutnya yang celupar tu.
Mikhail hanya tersenyum sinis. ‘Nampaknya mulai hari ni aku memang kena berlakon jadi gaylah gamaknya, kalau nak mendekati dia. Ermmm’ Mikhail bermonolog sendiri.
“okey gay!” jawab Mikhail sinis.
Miazara cepat-cepat masuk ke biliknya dan mengemaskan pakaian dan barang-barang yang akan dibawanya.
Sejam kemudian Miazara keluar dengan membawa satu beg besar berisi pakaiannya dan satu lgi beg sederhana besar yang entah apa isinya pun tidak diketahui.
“Ni nak duduk terus sana ke apa?” tanya Mikhail sedikit sinis.
“Errr... biasalah barang perempuan....”
“dahlah, jom gerak... naik kematu tunggu awak....”
Mikhail terus berdiri dan ingin melangkah keluar. Miazara mengekorinya dari belakang sambil menarik satu beg pakaian dan membibit satu lagi beg.
Kemudian, Mihail berhenti tiba-tiba. Miazara yang tidak sempat berhenti terlanggar belakang Mikhail.
“awak ni dah kenapa...?”
“Err.. sorry-sorry saya tak perasan.. Yang awak tiba-tiba berhenti kenapa pula..?”
“Ni saya nak ingatkan... Mulai hari ini, saya majikan awak okey.. segala arahan saya awak kena ikut.. lagi satu, anggap sahaja kita tak pernah  kenal..okey...?!!”
“tapi kenapa...?”
“ikut aje boleh tak? Jangan banyak tanya...”
“yerla-yerla....”