Blogger Layouts

Wednesday, 28 December 2011

♥ JATUH CINTA!! 2, 3 ♥

BAB 2
Selesai makan, Raja Shameera memasuki bilik tidur yang telah lama ditinggalkannya. Masih tidak berubah, masih sama seperti dulu.
Tok..tok..tok..
“masuklah, pintu tak kunci...” arah Raja Shameera.
Terjengul wajah abang sulongnya, Raja Salman di sebalik daun pintu. Raja Salman melemparkan senyuman mesra kepada adiknya. Raja Shameera turut membalas senyuman abangnya itu.
“adik tengah buat apa..?” tanya Raja Salman seraya melangkah menghampiri Raja Shameera yang sedang duduk di katil. Raja Salman melabuhkan punggungnya di sebelah Raja Shameera.
“tak buat apa-apa pun...” jawab Raja Shameera sambil tersenyum.
“adik nangis ya...?” gurau Raja Salman dengan senyuman terukir di bibir.
“belum sempat lagi.. Along dah datang..” seloroh Raja Shameera sambil tersenyum.
“Along.... adik rindukan mama dengan papa... setiap kali adik duduk dalam bilik ni, mesti adik teringat kat mama....” luah Raja Shameera tanpa dipaksa. Akhirnya air mata yang ditahan dari tadi mengalir juga.
“kita ubah suai bilik adik ni ya...?” cadang Raja Salman.
Raja Shameera menggeleng tanda tidak bersetuju dengan cadangan abangnya itu.
“adik tak nak ubah apa-apa.. ni hasil hiasan mama... walaupun mama dah tak ada, biarlah kenangan mama terus kekal...” ucap Raja Shameera sayu.
Raja Salman hanya mengangguk dan tersenyum. Dia menyeka air mata yang tumpah di pipi Raja Shameera. Dia membawa Raja Shameera ke dalam pelukannya. Dia mengusap lembut rambut adiknya itu.
Apabila sudah rasa agak tenang, Raja Shameera melepaskan pelukan abangnya.
“adik mesti kuat kan Along....!! adik tak boleh lemah...!!” ucap Raja Shameera dengan penuh semangat tiba-tiba.
“ye sayang... adik perlu kuat untuk teruskan kehidupan.. yang pergi tetap akan pergi.. kita yang hidup mesti teruskan kehidupan... selagi Along dan Angah ada, kami akan jaga adik dan pastikan adik gembira..” ucap Raja Salman sambil mengusap lembut kepala Raja Shameera.
Tiba-tiba pintu bilik ditolak perlahan dari luar. Terpacul wajah Raja Syazwan. Raja Shameera dan Raja Salman terus menoleh ke arahnya.
‘”hah...! kat sini rupanya along dengan adik.. penat  angah cari..!!” sergah Raja Syazwan. Dia melangkah masuk ke dalam bilik Raja Shameera dan melabuhkan punggung di sebelah kiri Raja Shameera.
“Siapa suruh cari... lain kali hantar ajelah sms atau telefon.. kan lagi senang...” seloroh Raja Shameera cuba mengenakan abangnya yang sorang itu.
“owwhh..!! kenakan angah ya...” Raja Syazwan sudah menggeletek pinggang Raja Shameera.
“Angah...!! janganlah...!!” bentak Raja Shameera. Tanpa diduga die melayangkan tumbukan kecil ke perut abangnya itu.
“aduh...!!! mak aih... ganasnya adik ni...” balas Raja Syazwan sambil memegang perutnya yang sedikit senak ditumbuk Raja Shameera. . padahal tidaklah sesakit mana, tapi dia sengaja ingin mengenakan adiknya.
“Errr... angah...! sorry... sorry.. tak sengaja...” Raja Shameera rasa serba salah.
“Ayooo adik, along tak tahu,,,!!” Raja Salman pula sengaja menakut-nakutkan Raja Shameera dengan berkata begitu.
“Alaaaa along... tolonglah tengokkan Angah ni.. aish...!! angah, adik minta maaf... adik main-main jerk tadi...” ucap Raja Shameera. Wajahnya kelihatan kaget sekali.
“hahahahaaa..tahu takut..!!” Raja Syazwan bersuara tiba-tiba sambil ketawa. Seronok dia dapat mengenakan Raja Shameera.
Raja salman turut tergelak melihat reaksi Raja Shameera yang agak kalut sebentar tadi.
“Uwaaaa....!!! along dengan angah jahat....” Raja Shameera berpura-pura menangis. Die menggosok-gosok matanya.
“alah adik ni nangislah pula... tak macholah macam ni... kata brutal...” ucap Raja Salman memujuk Raja  Shameera.
“heheheee....” tiba-tiba Raja Shameera tersengih. Jelas raut wajahnya yang comel dengan lesung pipit di pipi.
“manja betul adik kita ni kan along.. usik sikit dah menangis... nampak aja brutal...hahaha” balas Raja Syazwan pula sambil ketawa.
“hai ... adik.. adik....tak ada ke orang berkenan nak jadikan adik ni awek ke calon isteri ke...?? dahlah pandai masak, cantik pula tu.. dah cantik comel pula tu...” puji Raja Salman tiba-tiba.
“comel...?? adik dah gemuk ke along.. ? angah..?” tanya Raja Shameera sambil melihat-lihat dirinya.
“haah.... adik tak perasan ke yang adik dah gemuk..? cuba tengok dalam cermin tu, saiz adik pun dah dua kali ganda dari angah tau... hahaha” sekali lagi Raja Syazwan mengenakan Raja Shameera. Raja Syazwan memang gemar mengenakan Raja Shameera. Dia suka melihat wajah comel adiknya itu ketika marah dan senyum. Sebolehnya dia tidak mahu adiknya itu sedih mengingatkan peristiwa 5 tahun dahulu.
Raja Shameera menoleh seketika ke arah cermin untuk melihat, apakah benar yang dikatakan oleh abangnya itu.
“Huh.. mana ada..!! angah ni tipulah... ish..!! geram betullah..” pantas sahaja tangan Raja Shameera mencubit lengan Raja Syazwan.
“Auuww..! habislah angah macam ni.. maknanya, badan angah ni memang akan lebam-lebamlah macam dulu sebab jadi mangsa buli adik..” ucap Raja Syazwan sambil melihat kesan cubitan Raja Shameera. Raja Shameera hanya menjelirkan lidah kepada Raja Syazwan. Kemudian dia tertawa kecil. Raja Shameera memang gemar mencubit apabila dia geram. Cubitannya memang berbisa. Kadangkala sampai lebam-lebam dibuatnya akibat kesan dari cubitannya itu.
“ adik comel sebab lesung pipit adik ni..” ucap Raja Salman sambil menunjukkan lesung pipit di pipi Raja Shameera.
“oowhhh.. adik tau, adik memang comel dari dulu lagi...hahahaa” seloroh Raja Shameera sambil memaut leher kedua-dua abangnya.
“Adik nak along dan angah tahu, yang adik sayang sangat abang-abang adik ni....” luah Raja Shameera sambil mencium dahi kedua-dua abangnya itu. Raja Salman dan Raja Syazwan turut menghadiahkan satu ciuman di dahi adik perempuan kesayangan mereka itu.
“Eh.. lupa angah nak bagitahu.. tadi ibu call..” beritahu Raja Syazwan tiba-tiba.
“ibu call...?” tanya Raja Salman minta kepastian.
“yups.. ibu suruh makan tengahari dekat rumah ibu esok, bawa adik sekali.. dah rindu benar katanya dekat adik...” jelas Raja Syazwan kepada abang dan adiknya itu.
“ibu...? ibu Husna ke angah..?’ tanya Raja Shameera ingin tahu.
“ya.. ibu husna dengan Ayah Is.. lepas tu abang Mie...” jawab Raja Syazwan sambil tersengih.
“Abang Mie..? siapa pula..? setahu adik, adik cuma kenal dengan ibu Husna dengan Ayah Is aja...” Raja Shameera sudah confuse. Siapalah abang Mie yang dimaksudkan oleh Raja Syazwan.
“Apalah angah ni.. adik mana kenal dengan Mie tu.. dia tak sempat jumpa lagi.. masa tu kan Mie study kat UK.. masa dia balik sini adik dah duduk dengan nenek...” terang Raja Salman.
“oowh...” balas Raja Shameera pendek.
“Sudahlah dik.. abaikan aja.. Adik rehatlah.. mesti penat kan..? nanti malam kita makan malam sama-sama ok..!”
“ jom angah.. keluar..!” ajak Raja Salman. Dia menepuk bahu Raja Syazwan. Raja Syazwan hanya menuruti sahaja. Raja Shameera memberikan senyuman manis kepada kedua-dua abangnya  sebelum mereka melangkah keluar dari biliknya.





BAB 3
Raja Salman dan Raja Syazwan membawa Raja Shameera ke rumah Tengku Iskandar dan Che Wan Husna untuk makan tengahari bersama seperti yang dipesan oleh Che Wan Husna kepada Raja Syazwan semalam.
“Assalamualaikum ibu....” ucap Raja Salman kepada Che wan Husna seraya menyalami wanita itu. Begitu juga dengan Raja Syazwan dan Raja Shameera.
“Waalaikummussalam..” jawab Che Wan Husna ceria menyambut kedatangan anak-anak angkatnya itu.
“Sham...??” tanya Che Wan Husna saat terpandangkan seorang gadis comel yang datang bersama dengan Raja Salman dan Raja Syazwan.
“iye ibu... Sham lah ni...” jawab Raja Shameera sambil tersenyum comel.
“dah makin cantik anak ibu yang sorang ni...” ucap Che Wan Husna sambil mencium pipi Raja Shameera.
“cantik ke bu..? macam lelaki adalah Wan tengok..hahahaha” usik Raja Syazwan.
Raja Shameera hanya menjeling sahaja abangnya itu.
“Ayah dengan Mie mana bu..?” tanya Raja Salman mengubah topik.
“Ayah ada kat dapur tengah masak.. Mie pula macamlah kamu berdua tak tahu...mana perginya hujung minggu macam ni... ni pun dah berapa hari tak balik rumah, tidur kat apartment. Minta-minta tak ada buat benda bukkan-bukan.. puas Ibu suruh balik, dia buat tak tahu aja...” jelas Che Wan Husna. Risau wanita itu dengan perangai anak lelakinya yang sorang itu.
“InsyaAllah bu, Wan kenal Mie tu.. dia tak adanya buat benda tak elok walaupun Mie tu nakal...hehehe” balas Raja Syazwan cuba menenangkan hati wanita itu.
“Emm... harap-harapnya lah... sudahlah, mari kita ke dapur.. ibu nak tengok ayah dah siap ke belum.. excited sangat nak memasak untuk kamu bertiga...” ajak Che Wan Husna. Mereka bertiga mengekori Che Wan Husna ke dapur.
“Ayah..!! masak apa tu...??!” sergah Raja Shameera sambil mencuit pinggang Tengku Iskandar.
“opocot...!!! Rendangku hangus..!!!” Tengku Iskandar yang terkejut terus termelatah tanpa sengaja.
Mereka yang berada di situ ketawa melihat gelagat Tengku Iskandar.
“hahahaha Ayah ni lawaklah.. sejak bila ayah pandai melatah ni..?” perli Raja Shameera dengan tawa yang masih bersisa.
“haahlah bang, sejak bila abang pandai melatah ni...?” tambah Che Wan Husna pula sambil tersenyum.
“entahlah, tiba-tiba termelatah pula hari ni..hahaha” balas TEngku Iskandar sambil ketawa.
“Ayah masak apa..? sedap bau..” puji Raja Shameera. Tengku Iskandar memang gemar memasak. Biasanya waktu hujung minggu, Che Wan Husna tidak perlu bersusah payah untuk memasak kerana Tengku Iskandar sendiri yang akan masak untuk mereka sekeluarga. Walaupun rumah mereka mempunyai pembantu, tetapi kerja memasak dan melayan suami serta anak dilakukan sendiri oleh Che Wan Husna.
“Eh... Anak siapa pula yang datang rumah kita ni..? Wan dengan Man, Ayah kenallah.. ni siapa pula..?” tanya Tengku Iskandar berpura-pura tidak mengenali Raja Shameera.
“Ini Shamlah ayah.. ayah tak cam ke..?” tanya Raja Shameera sambil memperkenalkan diri.
“ Sham..? Sham Kamikaze ke..?” gurau Tengku Iskandar lagi.
Raja Salman, Raja Syazwan dan Che Wan Husna sudah senyum-senyum menahan gelak.
“warghhh..!!! Ayah betul ke tak ingat Sham ni..? kecil hatilah macam ni...” Raja Shameera sudah membuat muka sedih.
“hahaha Ayah kenallah.. takkanlah ayah lupa anak ayah yang comel dan manja ni...hehehee” ucap Tengku Iskandar sambil mencubit pipi Raja Shameera.
“Alaaa.. habislah pipi Sham.. tak comellah nanti...” gurau Raja Shameera sambil menggosok-gosok pipinya.
“anak ayah ni tetap comel sampai bila-bila” ucap Tengku Iskandar sambil mengusap kepala Raja Shameera.
Raja Shameera sudah tersengih macam kerang busuk.
“sudahlah... kamu bertiga pergi duduk dulu, nanti dah siap kita makan sama-sama ya...” beritahu Tengku Iskandar kepada anak-anak angkatnya itu.
............................................
Selesai makan tengahari, mereka bertiga beransur pulang dari rumah Tengku Iskandar.
“Along..angah... jom pergi tengok wayang... bosanlah... petang-petang macam ni...”cadang Raja Shameera kepada kedua orang abangnya itu.
“tengok wayang..? cerita apa yang baru keluar sekarang ni...?” tanya Raja Salman.
“Jom tengok Alvin and the chipmunks..”
“Alvin and the chipmunks..? tak ada cerita lain ke dik..? macam budak-budak aja..” tanya Raja Syazwan pula
“hehehe ... ada..! Mission Impossible, Songlap.... tapi dua-dua adik tak minat..” beritahu Raja Shameera sambil tersengih.
“Mission Impossible la best dik.. jom tengok cerita tu...” cadang Raja Syazwan.
“tengok Songlap lah.. kan cerita tempatan tu.. cuba sokong cerita tempatan sikit....” Cadang Raja Salman pula
Akhirnya masing-masing mencadangkan cerita yang ingin ditonton.
“Ah.. Sudah..! takkan nak tengok tiga-tiga cerita kot along, angah..? takpun masing-masing tengok cerita pilihan sendiri... Amacam..??” ucap Raja Shameera
“Aish,.... mana boleh, kalau along dengan angah yang tengok sorang-sorang tak apa... ni adik.. tak boleh...tak boleh...!!” balas Raja Salman pula.
“Em.. kalau macam tu, kita main laili tamplong lah.. siapa yang menang dulu, kita pergi tengok cerita pilihan dia okey..??” Raja Syazwan memberi cadangan.
“setuju tak ni...? atau ada cara lain..?” tanya Raja Syazwan lagi, bila adik dan abangnya itu hanya senyap sahaja.
“Emm.. okey setuju..!” jawab Raja Salman. Raja Shameera masih berfikir-fikir lagi.
“cepatlah dik...!” gesa Raja Syazwan
“Emm... yelah.. setuju ajalah...” jawab Raja Shameera akhirnya.
Mereka sudah bersedia untuk bermain laili tamplong dan nampaknya nasib menyebelahi Raja Shameera.
“Yes..! yes..! adik menang..hahaha” Raja Shameera sudah ketawa  riang.
“hek eleh.. entah apa-apa aja adik ni... menang benda macam ni pun, suka bagai nak rak...” ejek Raja Syazwan.
“mestilah dia suka angah, sebab kita semua kena tengok cerita kegemaran dia tu...” balas Raja Salman pula.
“kita tengok Alvin and The Chipmunks ok along.. angah..! tengok dekat JJ barulah..okey..?” cadang Raja Shameera.
“yelah-yelah.. dah jom siap..” Raja Salmana menyuruh adik-adiknya bersiap.
15 minit kemudian....
“Wow...!! along, angah..macam nak pergi dating aja handsomenye... “ puji Raja Shameera.
“kita orang memang selalu handsome kan along kan..?” balas Raja Syazwan sambil mengangkat kening pada Raja Salman.
“Haah... yang adik ni macam nak berjogging aja kenapa...? tak ada ke baju yang comel sikit dik oiii..!” tegur Raja Salman
“haahlah dik.. pakailah yang menampakkan adik tu awek.. janganlah pakai macam jantan...” tokok Raja Syazwan pula dalam nada bergurau.
“ala... bolehlah macam ni... adik tak minat lah baju perempuan-perempuan ni...” bidas Raja Shameera.
“tukarlah baju lain, kalau tak along tak nak bawa pergi tengok wayang...” ugut Raja Salman
Raja Shameera sudah memuncung.
“Dah jom... angah tolong carikan baju yang sesuai...” arah Raja Syazwan sambil menolak Raja Shameera ke bilik. Raja Salman hanya menanti sahaja di luar. Selepas memilihkan pakaian yang sesuai untuk Raja Shameera, Raja Syazwan keluar meninggalkannya untuk bersiap.
Dalam kenakalan Raja Shameera, dia masih lagi patuh kepada arahan kedua-dua abangnya itu dan dalam kasar-kasarnya , masih lagi terselit sifat manja dalam dirinya.
5 minit kemudian, Raja Shameera keluar dari biliknya setelah selesai menukar pakaiannya.
“Hah macam ni baru adik kita orang... baru sesuai jalan dengan kami yang handsome ni ..hahaha” gurau Raja Syazwan.
Raja Shameera hanya membuat muka selamba. Malas ingin melayan karenah abang-abangnya yang poyo itu.
“kejap dik...!” tiba-tiba Raja Salman bersuara.
“Argghh!! Apa lagi ni...!” bentak Raja Shameera.
“kejaplah.. mari sini..” panggil Raja Salman. Raja Salman menyepitkan sepit rambut berbentuk reben di rambut Raja Shameera.
“hah... kan comel tu.. nanti pakai kasut ni okay..” Raja Syazwan menghulurkan sepasang sepatu comel yang menjadi trend anak-anak gadis masa kini kepada Raja Shameera.
“Ish...!! Ni dah kes membuli dah ni... Arggh!! Dah macam Barbie Doll  dah adik rasa tau..!!” protes Raja Shameera.
“comel apa Barbie Doll .. kira okeylah tu kami tak suruh adik pakai gown ke, skirt ke...” tambah Raja Syazwan lagi sambil tersenyum. Raja Salman yang berada di sebelah turut tersenyum.
Raja Shameera sudah muncung tanda protes. Kedua-dua abangnya hanya tersenyum sahaja dari tadi. Mungkin dengan cara ini, serba sedikit dapat merubah Raja Shameera.
“dah-dah... ni nak pergi ke tak..? kalau tak, adik duduk aja rumah.. biar along dengan angah aja yang pergi...” tanya Raja salman. Sengaja dia ingin menduga Raja Shameera.
“Nak lah... ! banyak cantik along dengan angah nak tinggalkan adik..” balas Raja Shameera.
“kalau nak... jom kita gerak sekarang....” ajak Raja Salman.

                                                                                                                 by : achiem~


Tuesday, 27 December 2011

♥ JATUH CINTA!! 1 ♥


JATUH CINTA!!

Prolog
Raja Shameera binti Raja Zufri. Anak perempuan tunggal kepada Allahyarham Raja Zufri dan Wan Nafisa. Seorang gadis berusia 20 tahun yang lasak tetapi manja. Mempunyai dua orang abang iaitu Raja Salman dan Raja Syazwan. Kedua orang tua mereka telah meninggal dunia 5 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Ketika itu, Raja Salman berusia 23 tahun, manakala Raja Syazwan 20 tahun dan Raja Shameera pula  saat itu baru sahaja berusia 15 tahun. Sebagai abang sulong, Raja Salmanlah yang bertanggungjawab menjaga kedua orang adiknya itu. Dia telah menggalas tugas sebagai abang yang paling tua serta ibu dan ayah kepada Raja Syazwan dan Raja Shameera. Di samping itu, kehadiran teman baik orang tua mereka iaitu Tengku Iskandar dan isterinya, Che Wan Husna , serba sedikit membantu meringankan beban Raja Salman. Mereka berdua telah menganggap Raja Salman dan adik-adiknya seperti anak mereka sendiri. Memandangkan mereka sendiri hanya mempunyai seorang sahaja anak iaitu Tengku Shahmie yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Tengku Shahmie merupakan pewaris tunggal Tengku Iskandar. Dia merupakan rakan sebaya Raja Syazwan.Selepas tamat peperiksaan SPM, Raja Shameera telah dihantar oleh kedua orang abangnya ke rumah nenek mereka di kampung. Mereka berharap Raja Shameera akan berubah menjadi seorang gadis yang lebih lemah lembut dan akan menjadi perempuan sejati sepanjang tinggal di sana. Kini dua tahun sudah masa berlalu, sudah tiba masanya Raja Salman dan Raja Syazwan membawa Raja Shameera kembali ke rumah mereka.

BAB 1
“Eeraaa....!!” panggil nek piah mencari kelibat Raja Shameera. Ke mana pergi agaknya cucu yang seorang ini.
“orang kat sini nek....!” jerit Raja Shameera dari atas pokok rambutan. Dia sedang bertenggek di dahan pokok sambil menikmati buah rambutan.
“Ya Allah... bertuah punya budak...! apa kamu buat kat atas tu...??? turun sekarang...!! apalah nak jadi dengan anak dara sorang ni....” arah nek piah sambil meleteri cucunya itu. Raja Shameera hanya tersengih sahaja.
“turun sekarag...!!! Abang Man dengan Abang Wan dah sampai tu...” arah Nek Piah sekali lagi. Akhirnya Raja Shameera turun ke bawah. Dia sudah pun diberitahu dari semalam yang kedua abangnya akan datang menjemputnya hari ini.
“Kamu ni Eeraa..... apa nak jadi... kamu tu kan perempuan... cubalah elok-elok sikit...” tegur Nek Piah kepada cucunya yang seorang itu.
“ish nenek ni... kan orang dah kata, jangan panggil Eera.... panggil Sham.... Eera tu perempuan sangatlah nek...” balas Raja Shameera sambil tersengih
“Banyaklah kamu... habis kamu tu bukan perempuan ke...?? sudah! Pergi masuk dalam.. abang-abang kamu dah lama tunggu tu...” arah Nek Piah kepada Raja Shameera.
Raja Shameera masuk ke dalam rumah sambil membawa setangkai buah rambutan yang sempat dipetiknya tadi.
“ Yoo... !! abang-abangku yang tersayang...” tegur Raja Shameera sambil mendapatkan kedua-dua abangnya itu untuk bersalaman. Dia meletakkan rambutan yang dipetiknya tadi di atas meja.
“Aiii... setangkai aja ke dik... ? mana cukup...” ucap Raja Salman
“Cukuplah tu, buat jamah-jamah....heheee” balas Raja Shameera sambil tersengih.
“Apa lagi yang kamu buat dekat situ Eera oiii..!! pergi bersiap cepat..!!” arah Nek Piah yang baru datang dari dapur dengan membawa minuman.
“Eera...???” ucap Raja Salman dan Raja Syazwan serentak. Mereka tertawa kecil.
“Sejak bila adik tukar nama ni long...? hahaha” tanya Raja Syazwan sambil ketawa kecil
“Sejak duduk dengan neneklah agaknya...hahahaa” balas Raja Salman pula sambil ketawa.
“Along dengan Angah diam ea...!! Nenek ni, kan orang kata jangan panggil Eera.. panggil Sham..ishhh!..” bentak Raja Shameera comel.
“Biarlah nenek nak panggil Eera... baru perempuan sikit....” balas Nek Piah. Dia tahu cucunya yang sorang itu memang tidak gemar dengan nama panggilan tersebut. Dari kecil semua orang memanggilnya dengan panggilan “Sham” dan adik. Perangainya yang lasak kerana terikut-ikut dengan perangai kedua orang abangnya  itu. Maklumlah, dia seorang sahaja perempuan. Oleh kerana itulah,Raja Salman dan Raja Syazwan nekad untuk menghantar Raja Shameera tinggal dengan nenek mereka di kampung. Dengan harapan, adik mereka akan berubah menjadi gadis yang lebih lemah lembut.
“Haahlah dik... sedap apa nama tu... macam nama artis..hahaha” Tambah Raja Salman lagi
Raja Shameera sudah memeluk tubuh tanda protes. Mereka semua tersenyum melihat gelagat Raja Shameera.
“sudah-sudah..!! pergi bersiap.. nanti lambat pula bertolaknya...” arah Nek Piah kepada Raja Shameera.
Raja Shameera bangun dari kerusi dan melangkah masuk ke biliknya untuk bersiap-siap.
“Man.. Wan... Nanti jaga adik kamu tu elok-elok ya.. tengok dengan siapa dia berkawan.... dia tu sorang saja adik perempuan kamu... dekat sini pun dia bukan ada kawan sangat.. nenek nak minta maaf sebab tak dapat nak ubah dia jadi macam budak perempuan lain... tapi kamu berdua jangan risau, nenek dah terapkan ilmu memasak pada dia... kamu cari-carikanlah boyfriend ke calon suami ke untuk dia, mana tahu boleh berubah..hehehe” sempat lagi Nek Piah berseloroh dalam menitip pesan kepada cucu-cucunya itu.
“tak apalah nek.. kami pun nak ucap terima kasih pada nenek sebab sudi jaga Sham....Insya Allah kami ingat pesan nenek tu...” Balas Raja Salman sambil tersenyum
“Nanti Wan carikan boyfriend untuk Sham ya nek...hehehee” gurau Raja Syazwan pula.
“Hah... !! ngumpat oranglah tu...” sergah Raja Shameera yang baru keluar dari biliknya. Di tangannya terdapat teddy bear besar dan sebelah lagi beg pakaiannya.
“hah... tengoklah tu nek... nampak aja brutal, kasar... tapi hati jambu... orang brutal mana main teddy bear la dik....” perli Raja Syazwan saat terpandangkan Raja Shameera. Dia tersenyum mengejek kepada adiknya.
“Angah tu dengki lah tu....!! Biarlah orang nak main ke nak peluk teddy bear ni.. Ni  kan pemberian arwah mama...” ucap Raja Shameera sayu. Hampir saja air matanya menitis. Tapi dia kuatkan hatinya. Mereka yang berada di situ memandang sayu ke wajah Raja Shameera.
“sudahlah tu... jom kita gerak..angah, adik...” ajak Raja Salman cuba mengubah topik dan menjernihkan keadaan.
...................................
“Man... Wan... memandu baik-baik ya cu... kalau penat rehat... dah sampai nanti telefon nenek ya...” pesan Nek Piah
“Nek... Sham balik dulu ya.. terima kasih tau sebab nenek dah jaga Sham... halalkan makan minum Sham ye nek sepanjang Sham duduk dengan nenek ... Sham minta maaf kalau banyak susahkan nenek... Sham sayang............. nenek...!!” ucap Raja Shameera. Dia mencium tangan Nek Piah dan memeluknya. Nek Piah  hanya mengangguk sahaja. Raja Shameera berasa sedih untuk meninggalkan neneknya. Begitu juga dengan Nek Piah.
“Nek... Kami balik dulu ya.. nanti ada masa lapang kami datang jenguk nenek kat sini... dah sampai karang kami telefon nenek okeh..??” ucap Raja Salman pula sambil menyalami nek Piah . Diikuti dengan Raja Syazwan.
Seketika kemudian, kereta mereka bergerak meninggalkan perkarangan rumah Nek Piah.
############
Hampir 3 jam perjalanan barulah mereka sampai di rumah.
“Adik...bangun!! dah sampai dah ni rumah kita....” Raja Salman mengejutkan Raja shameera yang sudah terlena di dalam kereta. Raja Syazwan pula sudah masuk ke dalam rumah dengan membawa beg pakaian Raja Shameera.
Raja Shameera menggeliat perlahan sebelum keluar dari kereta. Di muka pintu, Mak Awe, pembantu rumah mereka sudah sedia menanti.
“Mak Awe....!!! Miss u..!! “ laung Raja Shameera saat ternampak Mak Awe. Lantas dia mencium tangan dan memeluk Mak Awe.
“Mak Awe pun rindu dekat Sham... Dah makin cantik anak Mak Awe yang sorang ni....” puji Mak Awe sambil tersenyum. Dia membelai rambut Raja Shameera yang pendek itu.
“Tapi kenapa rambut ni pendek sangat...? dah macam lelaki dah Mak Awe tengok...” tambah Mak Awe lagi
“Pendeklah baru macho...hehehee” seloroh Raja Shameera sambil tersengih, membariskan giginya yang cantik dan lesung pipit di pipi.
“Banyaklah adik punya macho.. itu kira dah panjang sikit Mak Awe, sebelum ni lagilah...” balas Raja Salman pula.
“Betul kata nenek agaknya Along, adik ni nak kena ada boyfriend atau calon suami kot baru jadi perempuan sejati agaknya...” celah Raja Syazwan yang baru turun selepas menghantar beg Raja Shameera ke bilik.
“Apa along dengan angah ni... orang kecil lagilah..tak mainlah semua tu....” balas Raja Shameera tak puas hati.
“Kecil ke...? hahahaaa” balas Raja Salman pula sambil ketawa.
“Yelah...Along tu dengan Kak Fara bila nak kahwin.. Along tu dah tua tau..!!! Angah tu, sendiri pun tak ada calon, sibuk nak carikan orang pula...huh...!!” tambah Raja Shameera lagi.
“Along tak apa..lelaki...hahaaa  lagipun Kak Fara dah memang perempuan sejati... tapi betullah angah kan..kita carikanlah sorang calon, mungkin adik akan berubah kot nanti...hahahahaa” mereka gelak sakan mengenakan Raja Shameera.
“set la Along...hahaha Angah tunggu adik kahwin dulu baru angah kahwin...hahahaa” tambah Raja Syazwan lagi.
“Mak Awe...!! tengoklah Along dengan Angah ni....suka tau buli orang..benci lah macam ni....!!” adu Raja Shameera sambil menumbuk-numbuk perlahan lengan kedua-dua orang abangnya.
“jangan kasar-kasar sangat dik, nanti takde lelaki yang nak....hahahaa” perli Raja Syazwan lagi.
Raja Shameera hanya menjeling sahaja kedua-dua bangnya itu.
“sudahlah tu...mari makan... Mak Awe dah masakkan makanan kegemaran Sham ni..” ajak Mak Awe.
“Ye ke...? Wah bestnya..Sham pun rindu nak makan masakan Mak Awe...” ucap Raja Shameera sedikit teruja. Terlupa sebentar dengan usikan abang-abangnya tadi. Kemudian mereka melangkah menuju ke ruang makan bersama-sama. Begitu juga dengan Raja Salman dan Raja Syazwan.

                                                                                                                                                by : achiem~

Tuesday, 20 December 2011

♥ JATUH CINTA ♥

~ penulisan terbaru yang bakal dipaparkan di blog ini hasil tulisan salah seorang rakan safira... please give your support..thank you... ~