BAB 41
Keesokkan
harinya Fikri dan Fira pergi kerja seperti biasa. Mereka beriringan masuk ke
pejabat. Kebetulan Ely masih belum sampai lagi.
“Hay
Sheqa...” tegur Fira ceria.
“Hay!
Amboi, cerianya kau pagi ni. Ada apa-apa ke?” tanya Sheqa kembali.
“Ermm,
ada kot. Hehee” balas Fira
“Kau
ni memang betullah, mood sentiasa
berubah-rubah sejak akhir-akhir ni...” Balas Sheqa kembali.
“Kau
tak ada berita gembira ke nak beritahu aku?’’ tanya Sheqa sambil tersenyum
penuh makna.
Fira
hanya tersenyum sahaja. Baru dia ingin menjawab pertanyaan Sheqa, telefon di
mejanya berbunyi.
“Hello
sayang...” ucap Fikri.
“Hah?
Awak ni betul ke tak?’ tanya Fira seperti tidak percaya.
“Betullah
ni, apa tak betulnya.....” balas Fikri.
“Hah,
kenapa ni? Kat office pun nak
menggatal juga ke? Haish...” perli Fira
“Amboii,
garangnya. Pagi tadi elok aja...” tegur Fikri.
“Lupa.
Sorry. Hehehee ya Encik Bos, ada apa-apa
yang boleh saya bantu?” tanya Fira bergurau ceria.
“Hah
camtu kan elok sikit. Ermmm, tak ada apa-apa. Cuma, nak minta awak buatkan kopi. Dah lama awak
tak buatkan saya kopi awak yang sedap tu...” pinta Fikri manja.
“Oowh,
okey. Lima minit lagi saya hantarkan...” balas Fira seraya menamatkan
panggilan.
“Amboii,
kemain lagi mesranya dengan encik bos hari ni ya. Semalam mengamuk sakan, hari
ni terlebih mesra pula...” tegur Sheqa selepas Fira meletakkan telefon.
Fira
hanya membalas dengan senyuman di bibir.
“Haish!
Memang betullah kau ni mood tak
tetap...” ucap Sheqa lagi.
“Hehehee
kejap ea, nak pergi buatkan bos
kesayangan air...” beritahu Fira.
“Bos
kesayangan pula dah? Macam-macam...” perli Sheqa sambil tersenyum mengejek.
...............................................................................................................................................
Ketika
Fira melangkah masuk ke bilik Fikri, Ely juga turut berada di dalam bilik itu.
“Ermm,
sorry. Saya tak tahu Cik Ely ada
sekali...” ucap Fira. Kemudian dia meletakkan air minuman Fikri di atas meja.
Ely
hanya tersenyum sinis. Raut wajah Fira sudah berubah bengang. Fikri menjadi
serba salah melihat raut wajah isterinya itu. Fira ingin segera keluar dari
situ.
“Saya
keluar dulu. Maaf mengganggu...” ucap Fira dengan riak wajah bengang.
“Err...
Fira, tunggu kejap...” halang Fikri. Dia bangun dari tempat duduknya.
Fira
tidak jadi untuk melangkah keluar. Dia terhenti di tepi pintu dan menekur
lantai. Tidak mahu memandang wajah Ely ataupun Fikri.
“Ely,
you keluar dulu ya. I ada hal sikit dengan Fira...” beritahu
Fikri.
Fira
memandang seketika ke wajah Fikri dan tanpa sedar dia tersenyum. Ely pula agak
bengang dan seperti tidak mahu berganjak.
“Ely,
please...” ucap Fikri lagi seakan
memujuk. Akhirnya Ely akur, dia terus meluru keluar dan melanggar Fira yang
berada di tepi pintu. Hampir sahaja Fira terjatuh. Nasib baik Fikri sempat
memautnya.
“Are you okay sayang...?” tanya Fikri.
Fira
hanya mengangguk dan tersenyum. Kemudian Fikri mengajak Fira duduk di sofa.
“Ely
buat apa dalam bilik awak tadi? Awak dah beritahu dia ke pasal kita?” tanya
Fira ingin tahu.
“Belum
sempat bagitahu apa-apa lagi...” jawab Fikri.
“Emmm..”
keluh Fira.
“Kenapa
ni? Merajuk ke?” tanya Fikri sambil memegang bahu Fira. Fira hanya senyap
sahaja.
“Jangan
merajuk-merajuk ok. Nanti kita keluar makan tengahari sama-sama ya. Ajak Sheqa
sekali, nanti saya ajak Syafiq...” pujuk Fikri.
“Kenapa
nak kena ajak dia orang pula?” tanya Fira tidak puas hati. Nak makan berdua pun
payah. Siap nak kena ajak orang lain. Huh!
“Nak
bagitahu pasal majlis kita, nak minta tolong dia orang apa yang patut. Sebab
dia orang saja yang tahu pasal kita...” jelas Fikri. Fira akur dengan kata-kata
Fikri. Fikri melepaskan Fira keluar dari biliknya apabila dia rasa mood Fira sudah okey.
......................................................................................................................................................
“Lamanya
kat dalam bilik bos kesayangan kau tu. Hantar air ke ada buat benda lain kat
dalam tu?” perli Sheqa sambil tersenyum nakal.
“Ish
kau ni, macam-mcam aja. Takkan nak buat entah apa-apa pula kat office ni. Macam kat rumah tak ada...”
balas Fira sambil tersenyum
“Manalah
tahu. Hahaha”
“Apasal
tadi, aku tengok minah senget tu muka masam aja keluar dari bilik bos kau?”
tanya Sheqa ingin tahu.
“Dia
tak puas hati kot pasal bos kesayangan aku tu suruh dia keluar tadi masa aku
masuk...” jelas Fira.
“Owh,
patutlah...” jawab Sheqa pendek.
“Hah!
Sebelum aku lupa, tengahari ni bos kesayangan aku tu ajak makan sama. Dia, aku,
kau dan En. Syafiq...” beritahu Fira kepada Sheqa.
“Hah!
Betul ke ni? Kenapa pula tiba-tiba aja ni? Haish..” tanya Sheqa curiga.
‘‘Adalah
hal sikit nak bincang dengan korang...” jawab Fira sambil tersenyum.
Selepas
itu, mereka membuat kerja masing-masing. Sheqa terlupa akan hal yang ditanyakan
kepada Fira. Fira juga terlupa untuk memberitahu tentang berita gembira yang
ingin disampaikannya tadi.
.....................................................................................................................................................
Tengahari
itu, Fikri, Fira, Sheqa dan Syafiq keluar makan bersama-sama.
“Kami
ada benda nak bagitahu ni...” ucap Fikri memulakan bicara.
“Kalau
nak bagitahu yang En. Fikri dan Fira adalah pasangan suami isteri, saya dah
tahu dah...” beritahu Sheqa.
“Haah,
aku pun dah tahu juga...” tambah Syafiq pula
“Haish!
Korang ni, sabarlah dulu. Bagilah bos kesayangan aku ni habiskan cakap
dulu....” seloroh Fira.
“Bos
kesayangan ??” tanya Fikri sambil memandang Fira. Fira hanya tersengih saja.
“Dia
ni memang senget sikit sejak akhir-akhir ni, En.Fikri kena faham. Hahahaa”
seloroh Sheqa sambil ketawa.
“Adalah
sikit...” tambah Fikri pula. Fira sudah buat muka ingin merajuk.
“Hah
nak merajuklah tu...” duga Fikri.
“Mana
ada. Dahlah cepat sambung...” balas Fira.
“Sebenarnya ada dua berita gembira yang kami
nak bagitahu..” beritahu Fikri.
“Apa
dia? Cuba straight aja. Haish! Lambat
betul..” ucap Syafiq tidak sabar.
“Ish!
En. Syafiq ni, kot ya pun sabarlah...” balas Fira.
“Entah
kau ni pun. Bagilah aku ambil nafas dulu. Kami nak bagitahu yang sebenarnya, Kami
akan adakan majlis perkahwinan kami dalam masa sebulan dari sekarang. Kami akan
sebarkan perkahwinan kami kepada umum...” jelas Fikri.
“Owh,
ye ke? Akhirnya. Tahniah-tahnia! Penat juga simpan rahsia korang lama-lama ni.
Hahahaa”ucap Syafiq gembira.
“So, Syafiq kalau boleh aku nak minta kau
dengan Sheqa jadi pengapit kami masa majlis nanti...” beritahu Fikri.
“InsyaAllah
tak ada hal punya...” balas Syafiq.
“Itu
baru satu En. Fikri. Lagi satu?” tanya Sheqa pula tidak sabar.
“Awak
bagitahulah...”Fikri menyuruh Fira menyampaikan berita tersebut kepada Sheqa
dan Syafiq.
“Err...
Sebenarnya kami berdua akan jadi papa dengan mama tak lama lagi...”
beritahu Fira malu-malu.
“Serius
ke bos?” tanya Syafiq seakan tidak percaya.
Fikri
hanya mengangguk mengiyakan pertanyaan Syafiq itu.
“Kan
aku dah cakap semalam. Mesti kau pregnant. Betul kan apa yang aku jangka. Dah
berapa minggu?” tanya Sheqa ingin tahu.
“Dah
masuk minggu ke 4.... “jawab Fira sambil menunjukkan angka empat dengan
jarinya.
“Tahniah-tahniah...!!
Kira advance jugalah kau ya bos. Hahaha” seloroh Syafiq.
“Tahniah
juga dari aku. Moga-moga dengan adanya zuriat ni, hubungan En, Fikri dan Fira
akan bertambah baik...” tambah Sheqa pula.
“Terima
kasih, mudah-mudahan...’’ jawab Fikri sambil memeluk bahu Fira.
Mereka
menyambung kembali perbincangan mereka mengenai Majlis tersebut sehingga waktu
rehat habis.
.....................................................................................................................................................
“Awak,
bila nak tengok baju?” tanya Fira kepada Fikri ketika dalam perjalanan pulang
ke rumah selepas waktu kerja.
“Emm,
nantilah. Petang ni macam tak sempat
aja...” jawab Fikri.
“Boleh
tak kalau saya nak pilih warna gold?
Saya nak nak pilih baju yang macam Farah AF pakai masa majlis resepsi dia,
cantik kan?” tanya Fira meminta pendapat Fikri.
“Gold? Tak naklah, silver lah cantik...” balas Fikri pula.
“Tak
nak lah, warna gold lah....” pujuk
Fira.
“Warna
lainlah. Tak naklah gold, saya tak
sukalah...” Fikri pula menolak.
Sepanjang
perjalanan, mereka asyik berbahas mengenai warna persalinan untuk majlis mereka
nanti. Sampai di rumah, dan keluar dari kereta pun mereka masih membahaskan hal
yang sama.
“Warna
hitam ajalah, susah-susah sangat...” seloroh Fikri sambil melangkah keluar dari
perut kereta.
“Ish,
tak naklah. Macam nak berkabung aja...” ucap Fira
“Kamu
berdua ni kenapa?” tanya Datin Maria saat terdengar anak menantunya berbahas
sedari tadi.
“Fik
ni bu, pilih warna tema entah apa-apa aja...” adu Fira.
“Dah
Fik tak suka warna gold , nak macam
mana...” balas Fikri pula.
“Sudah-sudah,
jangan nak bertekak. Kamu ni Fik, cuba mengalah sikit dengan Fira...” bela
Datin Maria.
Fira
tersenyum mengejek kepada Fikri kerana dibela ibu mertuanya. Fikri pula
membalas kembali. Ingin saja digeletek isterinya itu.
“Kamu
berdua dah pergi tengok baju ke?” tanya Datin Maria.
“Belum
lagi bu. Kami tak sempat...” jawab Fikri.
“Saya
nak warna gold tau...” ucap Fira
tiba-tiba.
“Yak
nak!! Saya nak silver...” balas Fikri
pula.
“Sudah-sudah
jangan bergaduh! Macam budak-budak. Ibu sendiri dah buat keputusan. Kamu
berdua ikut aja. Untuk majlis sanding warna gold
dan untuk makan damai dan potong kek, warna silver.
Esok pergi butik tu, untuk tengok baju dan fitting apa yang patut...” beritahu Datin Maria.
“Ada
siapa-siapa yang nak membantah...” tambah Datin Maria lagi.
“Tak
ada, thanks ibu...’ ucap Fira sambil
tersenyum. Dia memeluk ibu mertuanya itu.
“Jangan
peluk ibu lama-lama. Nanti saya cemburu..” seloroh Fikri.
“Sudahlah
tu, pergi naik atas mandi...” arah Datin Maria.
Fikri
dan FIra beriringan menuju ke bilik mereka.
Senang
hati Datin Maria melihat kemesraan anak menantunya itu. Dia yakin yang
keputusannya menjodohkan Fikri dengan Fira adalah keputusan yang terbaik.
BAB 42
Tinggal
lebih kurang 2 minggu sahaja lagi majlis perkahwinan Fikri dan Fira akan
diadakan. Alahan Fira juga sudah berkurangan berbanding di awal-awal dia
mendapat tahu tentang kehamilannya. Staf di pejabat juga masih belum tahu lagi
tentang majlis tersebut termasuk Ely dan Hisyam.
“Awak...”
panggil Fira ketika mereka makan tengahari bersama.
“Yups,
kenapa?” tanya Fikri.
“Awak
dah bagitahu Ely ke pasal kita ni? Saya rimaslah tengok dia tu asyik menempel
aja...” beritahu Fira tidak berpuas hati.
“Nantilah
saya bagitahu...” jawab Fikri selamba.
“Nanti
tu bila? Majlis kita dah nak dekat...’'
“Awak
ni macam payah sangat aja nak bagitahu dia. Kalau susah sangat, biar saya aja
yang bagitahu..” tambah Fira lagi.
“Awak
ni, saya tahulah. Janganlah desak-desak saya. Rimaslah saya...” balas Fikri
yang sudah mula bengang.
“Herm,
awak ni sayang saya ke tak sebenarnya? Kalau tak suka nak buat majlis ni
cakaplah.. Kita batalkan aja terus. Tak payah sibuk-sibuk...” balas Fira. Dia
sudah mula angin dengan sikap Fikri yang seperti tidak bersungguh-sungguh
sahaja.
“Yang
awak ni nak naik angin tiba-tiba kenapa? Ada saja yang tak puas hatinya. Payah
betullah awak ni...’’ Fikri juga sudah mulai angin dengan sikap Fira.
Fira
tersentak mendengar ucapan Fikri yang agak kasar itu. Dia terus meniggalkan
Fikri bersendirian di situ dan kembali ke pejabat. Nasib baik tempat mereka
makan itu agak tersembunyi sedikit.
.....................................................................................................................................................
Ketika
dalam perjalanan pulang, Fira hanya menyepikan diri di dalam kereta. Begitu
juga dengan Fikri. Setibanya di rumah, Fira terus keluar melulu dari kereta dan
terus memasuki rumah. Sempat juga dia melemparkan senyuman pada ibu mertuanya
yang berada di halaman.
Datin
Maria berasa curiga melihat wajah Fikri yang masam.
“Kamu
kenapa Fik? Bergaduh dengan Fira?” tanya Datin Maria.
“Menantu
kesayangan ibu tu lah. Asyik nak naik angin saja...” luah Fikri.
“Kalau
Fik tahu macam ni lah gayanya, Fik tak akan setuju nak buat majlis tu...”
tambah Fikri lagi.
“Apa?
Kamu jangan nak macam-macam. Kamu dah buat Fira tu mengandung, kamu tak nak
bertanggungjawab pula?” bebel datin Maria.
'‘Ish
ibu ni, cakap macamlah Fik dah buat benda tak elok kat Fira tu. Lagipun dia kan
isteri Fik, tak kan Fik tak nak bertanggungjawab. Tak gentleman lah macam tu...” gurau Fikri
“Banyaklah
kamu punya gentleman. Tadi kemain
muka masam mencuka, ini nak bergurau pula dengan ibu...” bebel Datin Maria
lagi.
“Alah
ibu ni, gurau sikit pun dah tak boleh. Yelah, dah ada menantu kesayangan. Fik pun
dah tak peduli...” Fikri berpura-pura sedih.
“Dah-dah
jangan nak macam-macam. Semua ibu sayang tahu?” ucap Datin Maria.
“Cuba
kamu beritahu , kenapa yang kamu masam aja ni? Yang sorang macam tu, yang
sorang lagi macam ni. Risau ibu tengok...” tanya Datin Maria.
“Tak
ada apa-apalah bu. Fik ok aja, Fira tu asyik nak naik angin saja. Ada aja benda
yang tak kena. Kalau apa yang dia nak tak dituruti, mulalah nak merajuk. Letihlah
Fik macam ni. dulu tak ada pula dia macam ni...” luah Fikri.
“Emm..
Sabarlah nak, perempuan mengandung memang macam tu. Emosi tak stabil. Macam perempuan
nak datang bulan juga. Lagi satu, perempuan mengandung memang cepat sensitif.
Fik kena banyak bersabar ya, lagipun anak yang dikandung tu kan anak Fik. Jadi
nak tak nak, Fik kena tahan ajalah...” nasihat Datin Maria.
“Emm,
yelah bu. Fik faham. Fik cuba ok...” balas Fikri sambil tersenyum kepada
ibunya.
“Sudahlah
tu, pergi masuk. Dah nak maghrib dah ni. Pujuk Fira tu, tak salah kita mengalah
untuk orang yang kita sayang. Untuk kebaikan juga...” tambah Datin Maria lagi.
Fikri
hanya tersenyum dan mengangguk tanda faham. Kemudian dia masuk ke dalam rumah.
.....................................................................................................................................................
Fikri
melangkah masuk ke bilik tidurnya. Fira cepat-cepat mengatur langkahnya
ke bilik air. Langsung tidak dihiraukan Fikri. Fikri pula hanya membiarkan.
Tidak mahu memujuk.
Selesai
mandi dan solat maghrib, Fikri terus turun ke bawah untuk makan malam. Sedikit
pun dia tidak mengajak Fira bersama. Memujuk Fira juga tidak. Fira bengang
dengan sikap Fikri.
“Fira
mana Fik?” tanya Datin Maria yang sedang menyediakan makan malam bersama
pembantu rumah mereka.
“Kat
bilik...” jawab Fikri pendek.
“Kenapa
tak diajak turun makan sekali?” tanya Datin Maria lagi.
“Pandailah
nanti dia turun...” jawab Fikri bersahaja
“Kamu
tak baik lagi ke dengan Fira? Sudah.. ! Pergi panggil dia ajak turun makan. Ish
kamu ni cuba jangan degil, cubalah beralah sikit...” bebel Datin Maria.
Fikri
malas mahu melawan cakap dengan ibunya. Lantas dia menuruti sahaja arahan
ibunya itu.
Ketika
Fikri masuk ke bilik. Fira sedang duduk termenung di depan cermin.
“Ada
juga pecah cermin tu karang....” perli Fikri. dia mendapatkan Fira yang berada
di meja solek. Fira hanya menjeling Fikri dari dalam cermin. Kemudian dia
bangun dan beralih duduk di katil. Fikri hanya mengekori dan turut duduk
disebelahnya.
Fira
ingin bangun tetapi sempat dihalang Fikri.
“Nak
ke mana lagi ni?” tanya Fikri lembut.
“Lepaslah..!!”
bentak Fira seraya ingin melepaskan tangannya dari Fikri.
“Cuba
duduk kejap...” arah Fikri. Fira hanya menurut.
“Herm,
marah? Merajuk?” tanya Fikri. Fira tidak menjawab tetapi mukanya sahaja yang
cemberut menandakan yang moodnya
tidak baik.
Fikri
menarik Fira ke dalam dakapannya. Kemudian dia mencium dahi , pipi dan bibir
Fira. Fira terpaku seketika. Fikri pula hanya tersenyum. Fira menolak Fikri
perlahan.
“Awak
memang suka ambil kesempatan kan?!” bentak Fira.
“Ye
ke? Bukan awak suka ke?” perli Fikri dengan senyuman di bibir. Seronok dia
melihat muka Fira yang sudah merah.
“Huh...!”
protes Fira sambil memeluk tubuh.
“Itu
je kan cara nak pujuk awak kalau tengah marah atau merajuk...” balas Fikri.
Fira
hanya berdiam diri.
“Emm...
Nak kena bagi kiss lagi ke baru ok ni?” gurau Fikri. Fira memberi jelingan maut
pada Fikri. Fikri hanya tersenyum. Kemudian tanpa disangka dia menggeletek
pinggang Fira.
“Awak..!!
Janganlah, gelilah..!!” jerit Fira sambil ketawa kecil menahan geli.
“Hahahaha...”
Fikri turut ketawa melihat Fira
“Nak
merajuk lagi tak?” tanya Fikri sambil tersenyum
“Emm...”
balas Fira.
“Kenapalah
isteri saya ni kuat merajuk agaknya ya. Emm, nanti baby lahir mesti kuat
merajuk dan kuat nangis...” perli Fikri.
Fira
hanya memuncungkan mulut. Fikri geram. Dia mencium bibir itu sekali lagi dan
tersenyum nakal pada Fira.
“Awak..!!!”
bentak Fira. Dia memukul lembut lengan Fikri.
“Awak
ni suka tau ambil kesempatan...” ucap Fira.
“Mana
ada, saya cuma bagi hadiah kat isteri saya yang kuat merajuk sekarang ni...”
balas Fikri sambil tersenyum nakal.
“Orang
merajuk dia bukan nak pujuk betul-betul. Tak romantiklah awak ni...” balas Fira
pula.
“Nak
pujuk macam mana? Nak romantik-romantik saya tak pandailah. Nak bagi bunga?
Dalam bilik ni tak ada bunga...” ucap Fikri selamba.
“Huh...!!”
Fira mencebikkan mulutnya.
“Buat
lagi macam tu, nanti saya cium baru tahu!” ucap Fikri sambil cuba mencium Fira.
“Eee,
gatal!!” Fira mencubit lengan Fikri geram.
“Aduh!
Sakitlah sayang...” Fikri pula yang berpura-pura merajuk. Fira kaget.
“Err,
awak. Sorry-sorry, sakit ke?” tanya
Fira.
“Sakitlah....”
balas Fikri sambil memalingkan badannya dari menghadap Fira. Dia berpura-pura
merajuk.
“Awak,
sorry tak sengaja. mari saya
tengok...” pinta Fira.
“Tak
payah!” balas Fikri yang kononnya merajuk dengan Fira.
“Awak,
saya minta maaf ya? Jangan merajuk ya...” pujuk Fira lagi.
Fikri
hanya diam. Fira bangun dan pergi ke hadapan Fikri.
“Awak,
please...” pujuk Fira lagi sambil
memegang tangan Fikri. Dia melihat muka Fikri dengan sayu.
Fikri
tidak sanggup melihat wajah Fira yang sayu itu.
“Okey,saya
boleh maafkan awak. Tapi dengan syarat....” ucap Fikri sambil tersenyum nakal.
“Apa
syaratnya?” tanya Fira ingin tahu. Suaminya ini bukannya boleh dipercayai
sangat.
“Bagi
saya kiss. Dekat sini dan sini...”
pinta Fikri ambil menunjukkan kedua-dua belah pipi dan bibirnya.
“Ish,
tak naklah!” balas Fira malu-malu.
“Ok,
tak nak tak apa...” jawab Fikri. Sengaja mendyga isterinya itu.
Fira
teragak-agak. Akhirnya dia buat juga seperti yang dipinta Fikri. Dia mencium
pipi Fikri kedua-dua belah dan kemudian turun ke bibir Fikri. Dia tertunduk
malu.
“Thanks sayang. Jangan merajuk lagi ya. Saya
pun nak minta maaf kat awak kalau tadi petang saya pun ada marah-marah awak...”
ucap Fikri sambil memeluk Fira.
Fira
turut membalas pelukan Fikri. Semenjak disahkan mengandung, Fira mudah saja
naik angin dan cepat merajuk. Pantang silap sikit, pasti cepat saja dia berubah
mood.
....................................................................................................................................................
“Fik
dengan Fira tak turun lagi ke?” tanya Datuk Faizal yang baru sahaja turun
bersama Faiz.
“Tadi
Fik dah turun, tapi tak diajaknya Fira sekali. Saya suruh dia panggil Fira,
tapi sampai sekarang tak turun-turun lagi...” balas Datin Maria.
“Faiz,
pergi panggil abang dengan kakak kamu tu. Entah apa lagi dibuat lama sangat
agaknya...” arah Datin Maria.
Belum
sempat Faiz memanggil Fikri dan Fira, mereka sudah turun terlebih dahulu.
“Kamu
ni pergi panggil Fira ke pergi buat benda lain Fik?” perli Datin Maria saat
terpandangkan Fikri dan Fira.
“Sambil-sambillah
bu...” jawab Fikri sambil tersenyum nakal. Fira yang geram mendengar jawapan
Fikri itu mencubit pinggang Fikri. Fikri mengaduh kecil kerana terkejut.
“Kena
sepit dengan ketam ke abang Fik? Hahaha” perli Faiz pula selamba.
“Ketam?”
tanya Datin Maria tidak mengerti.
“Yelah
ketam. Abang Fik tu kan gatal bu, tu
pasal kena sepit dengan ketam...” perli Faiz lagi sambil tersenyum mengejek
pada Fikri.
“Ada-ada
aja kamu ni Faiz. Ketamlah apalah...” Datin Maria hanya menggelengkan kepalanya
mendengar kata-kata anak bongsunya itu.
“Pandai-pandai
Faiz je ye kata abang macam tu. Nanti abang tak nak tolong ajarkan matematik
lagi...” ugut Fikri.
“Tak
apa, Kak Fira ada. Kan kakak kan?” ucap Faiz sambil tersengih pada Fira.
Fira
hanya tersenyum dan mengangguk sahaja pada Faiz.
“Yelah,
mentang-mentang dah ada kak Fira. Abang sendiri pun dah tak pedulikan...” Fikri
berpura-pura merajuk.
“Aik,
merajuk ke anak ibu ni?” perli Datin Maria.
“Alah
bu, kalau abang Fik merajuk Kak Fira kan ada tolong pujuk...” balas Faiz pula
sambil tersenyum.
Fira
memandang seketika Fikri di sebelahnya untuk memastikan sama ada Fikri
betul-betul merajuk atau tidak. Fikri hanya makan dengan selamba. Sedikit pun
tidak mengendahkan pandangan Fira.
“Hai,
hati kering macam kamu pun reti merajuk ke Fik. Hahaha” perli Datuk Faizal.
“Pembawakan
budak la Pa, sensitif. Hehehe” balas Fikri tiba-tiba sambil tertawa kecil.
Tidak jadi dia ingin berpura-pura merajuk. Datuk Faizal dan Datin Maria hanya
tersenyum.
“Awak
perli saya ea?” ucap Fira sambil mencubit peha Fikri. sekali lagi Fikri
mengaduh kesakitan.
“Kena
sepit ketam lagi ea abang Fik? Hahaha” perli Faiz sekali lagi.
“Tulah,
ketam mana entah yang sesat agaknya...” jawab Fikri selamba. Suka benar dia
menyakat isterinya itu didepan ahli keluarganya yang lain.
“Sejak-sejak
ada baby ni, asyik nak menyepit aja
kerjanya...” tambah Fikri lagi cuba bergurau.
Yang
lain turut ketawa sama. Fira sudah membuat muka bila Fikri tidak sudah-sudah
mengenakannya. Datuk Faizal yang perasaan akan perubahan pada wajah menantunya
itu lantas menegur.
“Fira
okey ke ni?” tanya Datuk Faizal.
“Fira
okey je...” jawab Fira sambil tersenyum.
“Jangan masam-masam muka, nanti jadi macam angry bird pula...” sakat Fikri lagi
sambil tersengih.
“Kamu
ni Fik, ada-ada saja. Nanti kalau dia merajuk baru kamu tahu...” ucap Datin
Maria.
“Takkan
merajuk kot sayang, kan gurau-gurau aja...” ucap Fikri. Kadangkala Fikri langsung
tidak mengambil peduli sensitiviti isterinya itu.
“Fira
okey Bu, jangan risau...” balas Fira. Dia tidak mahu Datin Maria dan lainnya
merasa tidak selesa melihat keadaannya itu. Walaupun dia tidak suka bila Fikri
asyik menyakatnya.
BAB 43
Selesai
makan dan membantu ibu mertuanya mengemas meja, Fira terus naik ke bilik untuk
solat Isyak. Fikri sudah terlebih dahulu masuk ke bilik untuk bersolat.
“Awak
merajuk ke?” tanya Fikri saat Fira sedang melipat telekung usai solat Isyak.
Fira
senyap sahaja tidak berkata apa.
“Tak
baik tahu, suami tanya buat tak tahu saja...” ucap Fikri cuba memancing minat
Fira untuk bercakap dengannya. Tetapi Fira masih lagi diam tidak mahu bercakap.
Dia tahu Fira mungkin terasa hati dengannya ketika di meja makan tadi kerana
Fira senyap sahaja bila dia menyakatnya. Ketika mereka berbual-bual, Fira hanya
menyampuk sekali sekala sahaja.
“Tak
takut ke, kalau suami tidur dalam keadaan kecil hati, malaikat laknat sampai
subuh?” duga Fikri pula mencari reaksi Fira.
‘’Herm...”
Fira mengeluh kecil. Fikri tersenyum melihat Fira.
Fikri
tahu, itu salah satu kelemahan Fira. Fira seorang isteri yang taat, dia tidak
mungkin akan membiarkan Fikri terasa hati dengannya.
“Awaklah!
Suka-suka aja kata saya macam itulah, inilah. Sensitif tahu!” akhirnya Fira
bersuara.
Fikri
hanya melemparkan senyuman kepada Fira.
“Tengoklah
tu, dah buat orang macam ni boleh pula dia senyum-senyum...” Fira geram melihat
Fikri tersenyum-senyum. Dia sudah muncung sedepa. Tiba-tiba dia rasa sebak. Dia
sendiri tidak pasti kenapa.
“Laa,
kenapa ni? Takkan saya senyum macam ni awak sedih kot...” Fikri kaget melihat
wajah Fira yang tiba-tiba berubah mendung.
Fira
hanya diam. Dia seperti sudah hendak menangis.
“Err,
janganlah nangis. Saya minta maaf ok... “pujuk Fikri sambil memegang bahu Fira.
Fira menepis tanda protes.
“Janganlah
merajuk, saya minta maaf ya. Emm, nanti kita pergi shopping ya? Tengok wayang
ke?” cadang Fikri cuba untuk memujuk Fira.
“Tak
nak..!!! “ bentak Fira.
“Habis
tu nak apa?” tanya Fikri yang masih lagi memujuk.
“Saya
boleh maafkan awak tapi dengan satu sayarat...” balas Fira dengan senyuman yang
sudah terukir di bibir.
“Emm..
okey, apa syaratnya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya
teringin nak makan bubur durian...” beritahu Fira. Tiba-tiba sahaja tekaknya
teringin nak makan bubur durian.
“Owh,
ingatkan apalah tadi. Ok, esok saya suruh ibu atau Mak Jah masakkan ya...”
balas Fikri sambil tersenyum.
“Tak
nak!!! Saya nak awak yang masakkan...” rengek Fira.
“Saya
mana pandai. Suruh ajalah Mak Jah yang masakkan...” jawab Fikri.
“Tak
nak!! Saya nak awak juga yang masakkan. Please...
” rayu Fira dengan wajah yang sayu.
“Saya
tak pandailah sayang. Nanti tak sedap macam mana?” Fikri masih lagi memberi
alasan. Memang dia tidak pandai masak bubur durian. Makan pandailah.
“Huh,
alasan! Bukannya tak boleh belajar...” balas Fira. Dia terus merebahkan dirinya
untuk tidur tanpa menghiraukan Fikri. Dia mahu Fikri tahu yang dia sedang
merajuk kerana Fikri tidak mahu menuruti permintaannya. Padahal bukan selalu
pun dia buat permintaan pada Fikri. Inilah kali pertama. Itupun kerana dia
mengandung.
Fikri
pening kepala melayan karenah Fira. Sensitif sungguh sejak mengandung ini.
Asyik-asyik nak merajuk, nak marah.
Hari
ini sahaja sudah dua kali dia merajuk. Jenuh Fikri mahu memujuknya.
......................................................................................................................................................
Pagi
itu, Fira masih lagi merajuk dengan Fikri. sedikit pun tidak dihiraukan Fikri.
Datin Maria yang perasan akan hal tersebut segera bertanya kepada Fikri.
“Kamu
gaduh lagi dengan Fira ke Fik? Ibu tengok muka Fira masam aja...” tanya Datin
Maria kepada Fikri.
“Tak
gaduh pun...”
“Fira
tu merajuk sebenarnya dari malam tadi...” tambah Fikri lagi.
“Pasal
hal yang kat meja makan semalam tu ke?” tanya Datin Maria lagi. Manalah tahu
kalau-kalau menantunya itu terasa hati kerana Fikri tidak sudah-sudah
menyakatnya.
“Bukan,
ni pasal hal lain...” belum sempat Fikri menjelaskan lebih lanjut kepada
ibunya, sudah terdengar bunyi hon kereta dari luar.
“Tengoklah
menantu ibu tu, dah mulalah tu nak buat perangai....” adu Fikri.
“Kamu
tu pun, beralah sikit dengan Fira tu. Perempuan mengandung memang macam tu moodnya...” pesan Datin Maria.
“Tapi
takkan hari-hari macam tu bu, jenuhlah Fik kalau macam tu...” balas Fikri.
“Tak
semua orang sama, mungkin awal-awal mengandung aja macam tu. Nanti dah
lama-lama okeylah tu. Sabar ajelah...”
“Sudahlah
tu, pergi cepat!” arah Datin Maria.
Selepas
menyalami ibunya, Fikri terus keluar pergi mendapatkan Fira di dalam kereta.
“Awak
ni kenapa? Cubalah sabar sikit! Nasib baik ibu faham...” bebel Fikri kepada
Fira sebaik sahaja dia memasuki kereta.
Fira
hanya diam. Langsung tidak memperdulikan Fikri. Fikri hanya menggeleng
melihatkan sikap isterinya itu. Tiba-tiba jadi keras kepala bila mengandung.
......................................................................................................................................................
Tiba
di pejabat, Fira terus meluru masuk tanpa mengendahkan Fikri.
Sheqa
yang perasan akan wajah Fira yang masam tidak jadi menegur Fira yang baru duduk
di tempatnya. Fikri melemparkan senyuman kepada Sheqa saat melintasi meja Sheqa.
Sheqa memberikan bahasa isyarat kepada Fikri tentang Fira, tapi dapat dikesan
Fira.
“Tak
payah nak buat isyarat. Macam orang tak faham...” perli Fira. Sheqa hanya
tersengih menghadap Fira. Fikri pula terus melangkah masuk ke biliknya.
Tidak
lama kemudian, Syafiq melintasi meja Fira.
“Fira
, saya nak jumpa bos kesayangan awak boleh tak?” gurau Syafiq sambil tersenyum
ceria.
“Masuk
ajalah...” jawab Fira malas.
“Kenapa
dengan bestfriend awak ni Sheqa?”
saja Syafiq bertanya pada Sheqa. Pelik dengan mood Fira pagi itu.
“Biasalah
En. Syafiq, macam tak faham-faham pula...” balas Sheqa sambil tersengih.
“Ni
nak masuk ke tak nak?” tanya Fira bengang. Syafiq hanya tersengih, kemudian dia
melangkah masuk ke bilik Fikri.
“Hah,
Syafiq. Kenapa? Pagi-pagi dah menjengah bilik aku...” tegur Fikri saat Syafiq
melangkah masuk ke biliknya.
“Nak
apa bos tanya? Aku datang ni nak ajak bos pergi lawat sitelah. Lupa ke?” beritahu Syafiq.
Walaupun
Fikri tugas Fikri adalah dalam bidang Pengurugan Sumber Manusia, tetapi sejak akhir-akhir
ini Datuk Faizal seringkali memberikan tugas seperti melawat tapak dan
perjumpaan dengan pembekal kepada Fikri. Dia mahu Fikri mengambil tahu bidang
tugas yang lain kerana suatu hari nanti syarikat itu akan diserahkan kepada
Fikri juga untuk diuruskan.
“MasyaAllah!!
Macam manalah aku boleh lupa. Hai ni semua sebab Firalah ni...” balas Fikri
sambil menepuk dahinya.
“Cakap
pasal Fira, kenapa dengan dia tu? Moody
semacam aja...” tanya Syafiq meminta kepastian Fikri.
“Merajuk...”
jawab Fikri pendek.
“Merajuk?”
tanya Syafiq kembali.
“Haah,
dia minta aku buatkan dia bubur durian. Manalah aku tahu. Perempuan mengandung
memang macam tu ke? Banyak sangat karenahnya...” jelas Fikri.
“Entahlah,
memang kot...” jawab Syafiq.
“Alah,
masak ajalah apa susahnya. Minta tolong dengan ibu bos ke bibik ke. Yang
penting si Fira tu puas hati...” tambah Syafiq lagi
“Emm,
tengoklah nanti...” jawab Fikri.
“Jangan
tengok-tengok bos. Baik bos buat aja. Aku pernah dengar mak aku bebel kat abang
aku. Dia cakap kalau perempuan mengandung ni nak makan apa-apa, bagi aja.
Karang kempunan. Lepas tu nanti anak lahir, air liur meleleh aja...” jelas
Syafiq.
“Ye
ke?” tanya Fikri seakan tidak percaya.
“Yela
tu agaknya. Manalah aku tahu, aku pun dengar orang tua-tua cakap. Kalau bos nak
ke kepastian, cuba tanya ibu bos ke...” jawab Syafiq.
“Nantilah
aku tanya. Banyak benda juga nak amik tahu ni...ermm!”
“Eh..
Jomlah kita pergi sekarang..” ajak Fikri
Sebelum
meinggalkan office, sempat Fikri
memberitahu Fira terlebih dahulu.
“Fira
, saya nak keluar lawat site kejap
dengan Syafiq...” beritahu Fikri
Fira
hanya mengangguk sahaja. Langsung tidak dipandang muka Fikri. Fikri mengeluh
kecil dan memandang ke arah Syafiq. Syafiq hanya tersenyum dan mengjungkit
bahu. Kemudian mereka berdua keluar dari pejabat.
.....................................................................................................................................................
Fikri
dan Syafiq pulang semula ke pejabat ketika waktu rehat. Fikri segera mencari
Fira. Dia mahu memujuk isterinya itu. Tidak mahu rajuk isterinya itu
berpanjangan.
“Awak
tak keluar makan ke Sheqa?” tegur Fikri ketika ternampak kelibat Sheqa.
“Baru
sudah makan dekat pantry tadi..”
jawab Sheqa sambil tersenyum mesra.
“Owh,
nampak Fira tak?” tanya Fikri lagi.
“Tadi
dia makan dengan saya dekat pantry, lepas tu dia beredar dulu. Erm, cuba En.Fikri
tengok dia kat ruang santai sana, dia kata tadi dia nak ambil angin
kejap...” beritahu Sheqa.
“Okey,
thanks ya...” balas Fikri sambil
berlalu meninggalkan Sheqa.
Fikri
pergi mendapatkan Fira yang sedang duduk sendirian di ruang santai yang
terdapat di pejabat itu. Dia segera menegur isterinya itu.
“Hai
sayang, sorang aje ke?” tegur Fikri, cuba berbasa-basi dengan isterinya itu.
Mana tahu kalau-kalau mood isterinya
itu sudah berubah.
“Taklah,
berdua. Tak nampak ke?” jawab Fira sinis.
“Hermm...”
keluh Fikri.
“Awak
merajuk lagi ke pasal bubur durian tu?” sambung Fikri lagi.
“Awak
tu, susah sangat ke nak penuhi permintaan saya? Bukannya saya minta benda pelik-pelik
pun. Suruh masakkan bubur durian aja pun Lagipun, ni lah kali pertama saya buat
permintaan dekat awak....” balas Fira. Dia sudah mula hendak menangis. Sensitif
betul dia.
“Alahai,
janganlah nangi. Lemah betullah saya macam ni..” pujuk Fikri.
“Emm.
Yelah-yelah saya masakkan, tapi kalau tak sedap jangan marah pula nanti..”
tambah Fikri lagi. Akhirnya dia mengalah dan menuruti juga permintaan isterinya
itu.
Fira
seakan tidak percaya apa yang baru sahaja didengarinya itu. Lantas dia segera
menoleh ke arah Fikri. Meminta kepastian.
“Ye,
kenapa? Tak percaya?” tanya Fikri bila dilihat Fira seperti tidak percaya
dengan apa yang diucapkannya tadi.
“Betul
ni? Tak tipu?” tanya Fira minta kepastian. Dia mengelap air matanya dengan
jari.
“Ya
sayang. Tapi kalau tak sedap jangan marah pula...” jawab Fikri.
“Tak
apa, yang penting dapat makan bubur durian yang awak masak...” balas Fira.
Wajahnya yang suram tadi berubah ceria.
“Erm,
yela. Nanti lepas kerja kita pergi cari durian dengan barang-barang lain ok?”
beritahu Fikri.
“Ok,
thanks awak. Sayang awak! “ ucap Fira
sambil memaut lengan Fikri. Hilang terus rajuknya.
“Habis
selama ni, tak sayang ke?” tanya Fikri sengaja ingin menduga.
“Sayang
juga tapi hari ni lagi sayang...” jawab Fira sambil tersengih.
“Yalah
tu. Dah jom, karang staf lain nampak, apa pula kata dia orang...” Fikri
mengajak Fira kembali ke tampat. Rajuk Fira juga sudah hilang. Pening Fikri
dengan sikap isterinya yang sorang itu. Kalau tidak sebabkan Fira sedang
mengandungkan anaknya, tak mungkin dia akan melayani karenah Fira.
Selepas
pulang dari kerja, Fikri terus membawa Fira ke pasar tani untuk mencari buah
durian dan barang-barang lain untuk membuat bubur durian. Setelah mendapatkan
semua barang yang dikehendaki, mereka terus pulang ke rumah.
......................................................................................................................................................
“Banyak
durian kamu beli? Siap dengan kacang hijau lagi. Nak buat bubur ke..?” tegur
Datin Maria ketika Fikri meletakkan
durian dan barang-barang untuk membuat bubur durian.
“Ye
ibu, menantu kesayangan ibu ni nak makan bubur durian...” jawab Fikri sambil
memeluk bahu Fira.
“Bubur
durian yang Fik masak...” tambah Fira sambil tersenyum.
“Pandai
ke Fik?” tanya Datin Maria sambil tersenyum kepada Fikri.
“Entahlah
bu. Ibu ajalah yang tolong masakkan, boleh?” pinta Fikri kepada Ibunya. Sengaja
dia berkata begitu, dia ingin melihat bagaimana agaknya reaksi isterinya.
“Awak
ni tipulah! Tadi kata nak masakkan. Saya tak nak orang lain, saya nak awak juga
yang masakkan!!” rengek Fira. Fira sudah memeluk tubuh tanda protes.
Datin
Maria hanya tersenyum sahaja.
“Masakkanlah
Fik, kesian menantu ibu tu. Nanti Ibu ajarkan...” ucap Datin Maria sambil
tersenyum.
“Hish..!!
Manja betul sekarang ni! Ye lah sayang, kita naik atas dulu, mandi dan
solat ya. Nanti turun balik masak bubur, boleh?” Pujuk Fikri. Dia mencuit
hidung isterinya itu. Fira hanya mengangguk. Serta- merta wajahnya kembali
ceria.
......................................................................................................................................................
Selepas
maghrib Fikri dan Fira turun kembali ke dapur.
“Awak
pergi duduk kat depan tu dengan Faiz, nanti dah siap masak saya panggil...” beritahu
Fikri
“Tak
nak! Saya nak duduk sini nak tengok sendiri betul tak awak masak...” balas
Fira.
‘Aik,
macam pernah dengar aja ayat tu. Tu bukan ayat aku ke dulu...’ gumam Fikri di
dalam hati. Dia tersenyum sendiri. Tak sangka Fira akan memulangkan paku buah
keras kepadanya.
Sekarang
ini sejak Fira mengandung, banyak benda yang berubah. Kalau dulu Fikri selalu
membuli Fira dan Fira selalu mengalah dengannya tapi sekarang sudak terbalik,
Fikri yang terpaksa mengalah dengan Fira.
“Yelah-yelah...”
jawab Fikri pendek. Malas nak panjang-panjangkan cerita.
Datin
Maria telah menunjukkan cara-cara memasak bubur durian kepada Fikri.
“Awak
nak makan durian ni tak?” tanya Fikri kepada Fira ketika dia mengopek buah
durian untuk dibuat bubur.
“Tak
nak!! Nak makan bubur durian aja...” jawab Fira.
Fikri
hanya menggelengkan kepala dengan karenah isterinya itu.
Setelah
bubur durian siap dimasak, Fikri menghidangkannya kepada Fira.
“Malam
ni, kita makan bubur durian aja ye...” beritahu Datin Maria kepada
suaminya yang baru sahaja menjenguk ke dapur.
“Siapa
yang masak? Mak Jah ke?” Tanya Datuk Faizal pula.
“Bukanlah.
Anak lelaki abanglah. Menantu kita ni teringin nak makan bubur durian
buatan Fik...” Terang Datin Maria.
“Owh.
Dah tu, dah siap ke belum ni?” Tanya Datuk Faizal lagi.
“Dah.
Ni Fik nak bagi Fira cuba dulu...” beritahu Datin Maria lagi.
Fikri
meletakkan semangkuk bubur durian di depan Fira. Dia meminta Fira mencubanya
terlebih dahulu sebelum orang lain merasanya.
“Cuba
rasa, kalau ak sedap jangan marah okey!” arah Fikri.
Fira
yang teruja dengan bubur durian itu terus menyudu dan menyuap ke dalam mulut.
“Uhuk!
Aduh, panas...!!” Fira terjerit kecil sambil menjelirkan lidahnya yang sedikit
melecur.
“Itulah,
siapa suruh tak menyabar sangat. Kan dah melecur lidah tu...” bebel Fikri.
“Kamu
ni Fik, janganlah marah Fira tu. Pergi ambilkan air untuk Fira cepat...” arah
Datin Maria.
Fikri
mengambilkan air untuk Fira.. Kemudian dia menyudu kembali bubur kacang itu dan
ditiupnya perlahan sebelum disuapkan kepada Fira.
“Emmm..!!”
“Macam
mana? Okey tak? Itulah saya cakap, saya tak pandai. Awak nak juga saya
masak...” bebel Fikri lagi.
Yang
lain hanya menanti komen dari Fira.
“Nak
lagi awak. Sedap..!!” pinta Fira sambil tersenyum.
“Ye
ke?” Fikri seperti tidak percaya, lantas dia mencuba sesudu.
“Emm,
sedap juga saya masak ek?” ucap Fikri memuji diri sendiri.
“Dah
ibunya. Cedok masuk mangkuk, kita makan kat depan. Biarkan pasangan suami
isteri ni kat dapur...” arah Datuk Faizal sambil tersenyum. Datin Maria hanya
menurut sahaja.
Mereka
meninggalkan Fikri dan Fira berdua-duaan di dapur. Tidak mahu mengganggu
kemesraan mereka berdua.
“Awak.
Tambah lagi, kita share aja...” pinta Fira kepada Fikri. Kemudian Fira meminta
Fikri duduk di sebelahnya. Fikri hanya menurut sahaja.
Fira
menarik kerusi yang diduduknya rapat dengan Fikri. Tangan kanan Fikri ditarik
dan dilingkari di pinggangnya. Terasa ingin bermanja-manjaan dengan suaminya
itu.
‘Aish
lain macam aja iseri aku ni..’ desis hati kecil Fikri.
Fira
menyuapkan bubur durian kepada Fikri. Fikri hanya menurut. Mereka menikmati
bersama bubur durian itu.
“Terima
kasih awak...!!” ucap Fira tiba-tiba sambil mencium pipi Fikri. Fikri yang
terkejut dengan tindakan Fira itu menoleh seketika ke arah Fira. Fira
hanya tersenyum menggoda. Dia memainkan jarinya di dada Fikri. Sejak hamil,
perangai Fira semakin pelik. Lebih manja dan selamba berbanding selalu. Tidak
lagi malu-malu dengan Fikri melainkan bila dihadapan keluarga mereka.
“Ni
kenapa ni? Janganlah macam ni, karang orang nampak...” tanya Fikri.
“saya
rindu kat awak...” tanpa segan silu, Fira meluahkan rasa hatinya.
“Lain
macam aja awak ni, manja kemain..” perli Fikri.
“Nak
manja dengan suami sendiri pun tak boleh...” Fira tiba-tiba terasa hati bila
Fikri berkata begitu. Lantas dia bangun dari kerusi.
“Nak
pergi mana? Ni bubur tak habis lagi...”
Fira
hanya buat tidak endah. Fikri segera menarik Fira dan memeluknya dari belakang.
“Jangan
merajuk ya sayang. Saya pun rindu kat awak juga... “ ucap Fikri memujuk
isterinya itu. Sekarang ini tidak boleh tersalah sikit, cepat sahaja Fira
terasa hati.
Fira
berpusing menghadap Fikri. Tangan Fikri masih lagi merangkul pinggang Fira.
“Jangan
merajuk ya?” pujuk Fikri lagi. Fira hanya tersenyum manja.
“Habiskan
bubur ni dulu. Nanti dah sudah kita naik atas ya..” ucap Fikri sambil
mengenyitkan mata pada Fira.
“Ehem-
ehem. Tak habis lagi ke bercinta? Sambung kat biliklah. Jaga-jaga sikit nanti
adik kamu nampak. Dia tu kecil lagi...” perli Datuk Faizal yang baru masuk ke
dapur bersama Datin Maria. Datin Maria yang sedang menatang dulang hanya
tersenyum sahaja.
“Err..
Papa, ibu. Sorry tak perasan...” ucap
Fikri. Fira sudah pun merona merah menahan malu.
“Kami
naik dululah, nanti kami sambung makan...” ucap Fikri sambil menarik tangan
Fira. Fira hanya tersenyum sahaja kepada mertuanya. Sebenarnya Fikri juga malu,
kerana itu dia terus mengajak Fira naik ke bilik. Kalau sudah naik, masakan dia
mahu turun lagi untuk menghabiskan bubur mereka.
BAB 44
“Bila
masa kau ambil gambar-gambar ni..?” Tanya Afiz, salah seorang staf di pejabat
itu.
“Semalam
petang, masa aku pergi pasar tani lepas balik kerja...” jawab Fizi.
“Aku
rasa dorang berdua tu memang ada hubunganlah. Kau tak perasan ke, dorang nampak
rapat sejak ahir-akhir ni...” sampuk Mazni pula.
“Semalam
rehat, aku pun ada perasan juga dorang berdua kat ruang santai tu. Nampak macam
mesra aja...” tambah Ayu pula.
“Kalau
betullah dorang ada hubungan, macam mana dengan Cik Ely tu ya?” Tanya Mazni
tiba-tiba.
“Alah...
Entah-entah En. Fikri tu biasa-biasa aja dengan dia. Dia aja agaknya yang
perasan lebih. Kalau perempuan gedik bajet
hot macam tu, aku pun tak nak weyh..!” ucap Afiz sambil membuat muka tidak
sukanya.
“Lagipun
Fira dengan En. Fikri tu memang sesuai, dua-dua pun sama bujang. So, tak ada
masalah bagi aku kalau dia orang nak berhubungan pun...” jelas Ayu pula.
“Aku
ada dengar-dengar juga, yang bapa Fira tu bestfriend
Datuk. Jadi ada kemungkinan juga kalau dorang berdua akan dijodohkan bersama
untuk mengeratkan silaturrahim...” Fizi cuba membuat spekulasinya sendiri.
“Dah
macam dalam cerekarama dan novel pula, main jodoh-jodohkan dengan anak kawan
baik. Hahaha “ seloroh Afiz.
Sedang
mereka berempat asyik berborak, tiba-tiba Ely muncul.
“Apa
yang you all berempat buat ni? Tak
ada kerja ke? Hah Fizi, apa yang you nak tunjuk tu? Bawa sini!!” Fizi cuba
menyembunyikan handsetnya, tapi tidak
sempat. Ely sudah pun merampasnya terlebih dahulu. Wajahnya berubah serta merta
saat melihat gambar-gambar yang terdapat pada handset Fizi.
Sebenarnya,
Ely telah mendengar perbualan mereka berempat. Kebetulan ketika dia ingin lalu
di kawasan itu, mereka berempat sedang berbual-bual dan ada menyebut nama Fira
dan Fikri. Jadi dia cuba mencuri dengar perbualan mereka untuk mencari tahu apa
yang mereka bualkan itu. Tambahan pula selepas apa yang dilihatnya di dalam handset milik Fizi. Jelas terpancar
kemesraan Fikri dan Fira di dalam gambar itu.
Tanpa
berkata apa, Ely terus berlalu meninggalkan mereka berempat. Ely terus
mendapatkan Fira ditempatnya.
“Hey
perempuan!! Kau memang tak faham bahasa kan? Berapa kali aku cakap, jangan cuba
nak dekat dengan Fikri. Yang kau degil sangat kenapa?! Dasar perempuan
murahan...!!” Serang Ely bertubi-tubi. Fira yang tidak tahu apa-apa, terkejut
diserang begitu. Sheqa juga begitu. Suara Ely yang kuat membuatkan semua staf
dapat mendengar jelas apa yang diperkatakannya. Masing-masing sibuk ingin
mengetahui apa yang terjadi sebenarnya.
“Apa
masalah awak ni Ely? Tiba-tiba nak serang saya macam ni? Kalau ya pun,
elok-eloklah sikit. Malulah orang lain tengok..” Fira masih lagi berlembut
dengan Ely. Sheqa pula risau melihat keadaan itu. Lantas dia menghubungi Fikri.
“Ah..!
Sudahlah! Jangan nak berpura-pura baiklah! Kau dah bagi ubat guna-guna apa pada
Fikri hah? Padahal, sebelum ni dia benci sangat dekat kau!” Ely semakin
menggila. Dia sudah mendekati Fira.
“Apa
yang awak merepek ni? Tolonglah Ely. Istighfar banyak-banyak. Awak tak malu ke,
semua orang tengok kita bergaduh sebab lelaki?” Fira cuba memujuk Ely tapi Ely
masih lagi begitu.
“Ah..!
Aku peduli apa!!” Ely geram melihatkan Fira yang sedikit pun tidak melawan.
Lantas
dia menolak Fira ke belakang. Nasib baik Fikri datang tepat pada masanya.
Dengan pantas dia menahan Fira dari terjatuh.
“Ely!
You ni kenapa? What’s your problem?”
tanya Fikri tegas.
“You
tak malu ke dengan staf lain?” tambah Fikri lagi.
“Sheqa,
tolong tangokkan Fira. Dan you Ely,
masuk bilik I sekarang!” arah Fikri tegas.
“Yang
lain, sambung buat kerja masing-masing...” jerit Fikri kepada semua staf di
bawah pengawasannya.
Nasib
baik hari itu Datuk Faizal tiada di pejabat. Kalau tidak mungkin keadaan akan
bertambah sulit, jika Datuk Faizal mengetahuinya. Silap-silap Ely akan diambil
tindakan tata tertib kerana menggangu keamanan dan ketenteraman pekerja lain.
......................................................................................................................................................
“Fik!
Betul ke apa yang I dengar?” tanya Ely ketika berada di bilik Fikri.
“Apa
yang you dengar?” tanya Fikri
kembali.
“You dengan Fira? You all berdua ada special
relationship , betul ke?” Tanya Ely meminta kepastian.
“Emm...”
keluh Fikri. Kemudian dia mengangguk perlahan.
“Kami
akan adakan majlis perkahwinan dalam tempoh lebih kurang dua minggu sahaja
lagi..” akhirnya Fikri memberitahukan perkara yang sebenar. Sedikit lega
hatinya dapat memberitahu hal ini kepada Ely.
‘‘What?!”
tanya Ely seakan tidak percaya.
“Ini
mesti parents you punya cadangan kan?
Kenapa you tak bantah? You kan dah ada I...” tambah Ely lagi.
Fikri
hanya menggelengkan kepala menandakan apa yang difikirkan oleh Ely itu tidak
benar,
“Pada
mulanya memang cadangan parents I,
tapi sekarang ni I akui yang I memang benar-benar sukakan Fira. I sayangkan dia...” akui Fikri jujur.
“Apa
perempuan tu dah bagi kat you ni
sampai you boleh suka kat dia? Tak
guna punya perempuan!!!” berang Ely.
“Fira
tak pernah buat apa-apa pada I. I sendiri yang jatuh cinta dekat dia.
Sikap dia menarik perhatian I...”
jelas Fikri. Dia tidak suka Ely berfikir yang bukan-bukan tentang isterinya
itu.
“Sampai
hati you buat I macam ni Fik! You tahu
kan I betul-betul cintakna you...!” Ely tidak dapat menerima apa
yang disampaikan oleh Fikri. Dia bertindak dengan memukul dada Fikri.
Fikri
segera memegang tangan Ely dari terus-terusan memukulnya.
“Ely!
Please, stop it..!”
“I minta maaf, I tak boleh nak terima cinta you.
I cuma anggap you kawan I, tak lebih
dari tu. Lagipun, I tak pernah cakap pun yang I suka you lebih dari kawan kan? So,
tolong faham...” tambah Fikri lagi. Lega hatinya dapat meluahkan segala yang
tersimpan di dalam hati.
“Habis
selama ni? Setiap kali I ajak u
keluar, tak pernah pun you tolak. Dan
layanan you pada I selama ni? ” Ely masih lagi tidak berpuas hati.
“I tahu, tu silap I sebab tak pernah menolak setiap kali you ajak keluar. I minta
maaf sebab dah bagi you harapan...”
balas Fikri dengan rasa bersalah. Jika dia tidak melayan Ely berlebihan pasti
semua ini takkan terjadi.
Ely
tidak membalas apa-apa. Dia terus meluru keluar dari bilik Fikri.
......................................................................................................................................................
“Argghh!!
Aku mesti buat sesuatu..!” gumam Ely.
Ely
mengambil handbagnya dan terus keluar
dari pejabat.
Selepas
ditinggalkan Ely, Fikri terus memanggil Fira masuk ke biliknya.
“Are you okay sayang?” tanya Fikri kepada
Fira.
“Okay,
awak?” tanya Fira pula.
Fikri
hanya mengangguk. Fira menarik Fira dekat dengannya. Dia memegang dan mengucup
lembut tangan Fira.
“Ely
macam mana?” tanya Fira tiba-tiba.
“Dia
dah tahu. Saya dah bagitahu dia tadi...” jawab Fikri mendatar.
“Dia
dah tahu kita dah kahwin?” tanya Fira lagi.
“Tak,
saya cuma cakap yang kita akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat
ni...” jawab Fikri
“Emm..
Tak apalah, sekurang-kurangnya awak dah bagitahu dia...” balas Fira pula dengan
suara yang sedikit mendatar.
Fikri
tersenyum kepada Fira. Fira turut membalasnya. Fikri menarik Fira ke dalam
dakapannya.
.....................................................................................................................................................“Hello
Hisyam, boleh tak I nak jumpa you
lepas kerja nanti?”
“Kat
mana tu Ely?”
“Kat
Restoran Fruitary, boleh?”
“Okey,
kita jumpa nanti ya..”
Ely
yang tidak berpuas hati, cuba merancang sesuatu bagi memastikan hubungan Fira
dan Fikri berantakan. Dia telah mengatur pertemuan dengan Hisyam. Dia mahu
Hisyam membantunya dalam usaha merosakkan hubungan Fira dan Fikri.
“Hah,
Ely ada apa you nak jumpa I ni?” tanya Hisyam sebaik duduk di meja
yang telah menempatkan Ely.
“You order dulu, nanti I bagitahu” Ely memanggil pelayan untuk
mengambil pesanan. Selepas memesan menu yang dipilih, Ely meneruskan kembali
apa yang ingin disampaikan.
“Macam
ni, I sebenarnya nak minta
bantuan you...” jelas Ely memulakan
bicara.
“Bantuan
apa tu?” tanya Hisyam ingin tahu.
Ely
menceritakan apa yang dia inginkan sebenarnya kepada Hisyam. Hisyam yang
sememangnya menaruh hati kepada Fira bersetuju dengan rancangan Ely.
“Baiklah,
I setuju! “ balas Hisyam sambil tersenyum
BAB 45
“Fira
boleh saya bercakap dengan awak sekejap?” tanya Hisyam ketika Fira sedang
membuat air di pantry.
“Owh,
En.Hisyam rupanya. Boleh, apa salahnya...” jawab Fira dengan senyuman di bibir.
“Jemputlah
duduk, En. Hisyam nak minum apa? Saya buatkan sekali...” pelawa Fira.
“Taka
pa, terima kasih...” balas Hisyam. Dia menarik kerusi dan duduk.
Selepas
membuat air, Fira duduk bersama Hisyam.
“Ya
En.Hisyam, nak cakap pasal apa ya?” tanya Fira ramah.
“Betul
ke apa yang saya dengar?” tanya Hisyam memulakan bicara.
“Apa
yang En.Hisyam dengar?” tanya Fira pula. Dia tidak mengerti apa yang ingin
disampaikan oleh Hisyam.
“Pasal
awak dengan En. Fikri...” beritahu Hisyam.
“Betul
ke awak dengan En.Fikri ada hubungan?” tambah Hisyam lagi.
Fira
tidak segera menjawab, dia hanya mendiamkan diri. Dia berkira-kira sama ada
ingin memberitahukan hal sebenar atau tidak.
“Jawablah, kenapa awak diam? Betul ke tidak
yang awak ada hubungan dengan En.Fikri?!” tanya Hisyam sekali lagi. Kali ini
suaranya lebih keras sedikit dan mendesak.
Fira
hanya mengangguk. Dia tunduk memandang meja.
“Patutlah
awak tolak cinta saya! Rupanya awak ada hubungan dengan bos awak. Adakah sebab
dia lebih kaya dari saya? Sebab tu ke awak pilih dia?” tanya Hisyam lagi dengan
penuh emosi.
“Apa
En. Hisyam merepek ni? Saya pilih dia bukan sebab tu! Lagipun cinta tak boleh
dipaksa En. Hisyam!” balas Fira.
“Ahhh!!
Alasan...” Hisyam tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Fira
itu.
“Terpulang
En.Hisyam nak kata apa...” malas Fira mahu melayankan Hisyam. Lantas dia bangun
dari kerusi. Dia ingin segera beredar dari situ. Tiba-tiba tangannya ditarik
Hisyam.
“Fira,
please...! Tinggalkan dia, dan ikut
saya! Awak tahu kan, En.Fikri dah ada Ely...” pujuk Hisyam. Hisyam masih lagi
tidak berputus asa.
“En.
Hisyam! Apa ni?” Fira tidak senang diperlakukan begitu. Dia cuba melepaskan
tangannya dari pegangan Hisyam.
“Fira,
please... Saya sayangkan awak!”
Hisyam masih lagi memujuk rayu Fira. Tangannya sudah ingin menyentuh pipi Fira.
Fira pantas mengelak. Tangannya masih lagi tidak dilepaskan Hisyam.
“En.Hisyam!
Tolong jangan melampau sangat! En. Hisyam ingat saya ni apa? Tolong lepaskan
tangan saya!” bentak Fira.
Rupa-rupanya
tanpa Fira sedari, ada seseorang yang berada di balik pintu, dan orang itu
adalah Ely. Ely telah mengambil beberapa keping gambar mereka berdua. Ely
tersenyum sendiri mengenangkan apa yang bakal terjadi.
“En.
Hisyam, tolonglah jangan macam ni. Orang lain nampak nanti, tak eloklah!” Fira
masih mencuba untuk melepaskan tangannya.
“Biarkan!
Biar semua staf tahu...” jawab Hisyam.
Fira
sudah tidak tahu ingin berbuat apa. Pegangan Hisyam pada tangannya amat kuat.
Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. Lantas dia menggigit tangan Hisyam sekuat
hatinya.
“Arrggh!”
jerit Hisyam kesakitan akibat tangannya digigit Fira. Pegangannya pada tangan
Fira terus terlepas.
Fira
terus berlalu pergi meninggalkan Hisyam sendirian di situ. Ely pula sempat
bersembunyi dari di nampak Fira.
“You okay ke Hisyam?” tanya Ely ketika
dia mendapatkan Hisyam.
“Okay.
You macam mana? Dapat ke macam yang
dirancangkan tu?” tanya Hisyam sambil memegang tangannya yang sudah kesakitan.
Ely
hanya tersenyum sambil menunjukkan ibu jari kepada Hisyam, tanda apa yang
mereka rancangkan menjadi.
......................................................................................................................................................
Petang
itu, Fikri telah menerima sekeping sampul surat. Dia membuka sampul surat
tersebut dan melihat apa yang ada di dalamnya. Alangkah terkejutnya apabila
melihat isi kandungan di dalam sampul tersebut.
Gambar
Hisyam sedang memgang tangan Fira dan pelbagai lagi. Fikri cuba untuk tidak mempercayai
apa yang dilihatnya tetapi egonya memaksa dia untuk mempercayainya.
Fikri
tidak terus memanggil Fira untuk bertanyakan hal itu. Dia tidak mahu bertindak
terburu-buru kerana ini boleh merosakkan hubungan mereka yang baru sahaja ingin
membaik. Dia harus berfikiran panjang. Mungkin ada orang yang ingin merosakkan
hubungannya dengan Fira. Kali ini dia tidak mahu tersalah langkah dengan
membuat keputusan tanpa bukti yang kukuh.
Di
dalam perjalanan pulang, Fikri hanya senyap sahaja. Hanya kedengaran suara Fira
sahaja yang berceloteh sana sini. Tapi sikitpun tidak menarik minatnya. Di
fikirannya hanya memikirkan tentang gambar-gambar Fira dan Hisyam yang
diterimanya tadi.
Sehingga
selepas waktu makan malam pun, Fikri masih lagi begitu. Fira tidak senang hati
melihat Fikri yang senyap sahaja sedari tadi.
“Awak?
Kenapa ni? Saya tengok awak asyik senyap aja dari petang tadi!” Fira cuba
mencari tahu kenapa Fikri begitu.
“Tak
ada apa-apa...” jawab Fikri malas.
“Bagitahulah
, kenapa ni? Awak ada masalah ke?” tanya Fira lagi. Dia tidak puas hati selagi
Fikri tidak memberitahunya apa yang melanda jiwa suaminya itu.
“Tak
adalah. Awak jangan risau, saya okey ja...” balas Fikri.
“Betul
ni? Kalau macam tu, tak apalah. Saya nak turun kejap ambil air, awak nak sekali?”
tanya Fira.
“Boleh
juga...” jawab Fikri pendek.
Fira
kembali semula ke bilik dengan membawa dua cawan berisi minuman coklat panas.
Dia menghulurkan satu cawan kepada Fikri.
“Awak
ada apa-apa nak bagitahu saya?” tanya Fikri tiba-tiba.
“Emm?
Tak ada kot, kenapa awak?” tanya Fira tidak mengerti mengapa Fikri tiba-tiba
berkata begitu dengannya.
“Tak
ada apa-apa, kalau rasa ada benda nak bagitahu saya, bagitahulah sekarang...”
balas Fikri sambil meletakkan mug di
meja sisi. Kemudian dia terus berlalu ke bilik air.
Fira
pelik dengan sikap Fikri yang tiba-tiba sahaja begitu. Fikri kembali semula ke
katil dan terus merebahkan dirinya.
“Awak?”
panggil Fira.
“Kenapa?
Awak ada apa-apa nak beritahu saya ke?” tanya Fikri sekali lagi.
“Tak
ada...” Fira bingung kenapa Fikri asyik mengulangi soalan yang sama saja.
“Kalau
tak ada, tidur ajalah. Saya dah ngantuklah...” balas Fikri
Fira
bangun dan menutup suiz lampu. Dia berbaring di sebelah Fikri. Hatinya tidak
tenang dengan pertanyaan Fikri itu. Seperti ada sesuatu yang sedang
disembunyikan Fikri. Lantas dia mengambil keputusan untuk menceritakan
kejadian siang tadi kepada Fikri.
“Awak?
Dah tidur ke” tanya Fira
“Emm..”
jawab FIkri
“Saya
rasa, saya ada benda nak bagitahu awak..!” tanpa menunggu reaksi dari Fikri,
Fira terus menceritakan apa yang terjadi.
“Tadi
pagi, En. Hisyam ada jumpa saya. Dia bertanyakan pasal hubungan kita. Dia tak
boleh terima bila saya mengakuinya. Macam-macam dia cakap. Bila saya menafikan,
dia terus pegang tangan saya. Dia juga nak sentuh pipi saya, tapi saya sempat
elak. Bila saya minta dia lepaskan tangan saya, dia tak nak. Akhirnya saya
gigit tangan dia, barulah dia lepaskan. Lepas tu saya terus tinggalkan dia.”
jelas Fira panjang lebar.
“Itu
je? Dahlah tidurlah..!” balas Fikri. Mungkin itu belum cukup untuk membuktikan
segalanya tapi Fikri malas mahu membahaskannya dengan lebih lanjut.
“Kenapa
awak kata macam tu?” tanya Fira seakan tidak berpuas hati. Geram pula dia
dengan sikap Fikri itu. Seperti tidak mahu ambil peduli dengan apa yang
disampaikannya itu.
Untuk
mengelakkan Fira curiga, Fikri menarik Fira ke dalam pelukannya. Dia mengucup
ubun-ubun Fira. Sedangkan hatinya masih lagi curiga.
“Dahlah.
Esok sambung cerita lagi, tidur dulu ya sayang...” pujuk Fikri. Akhirnya Fira
lena dalam dakapan Fikri. Fikri pula tidak bisa tidur dengan tenang apabila
memikirkan hal itu.
......................................................................................................................................................
Keesokkan
harinya, ketika Fira sedang mengemaskan meja Fikri di pejabatnya, dia terjumpa
satu sampul surat yang mencurigakan. Lantas dia melihat isi kandungan yang
terdapat di dalam sampul itu. Alangkah terkejutnya dia saat melihat gambarnya
bersama Hisyam di pantry semalam.
Patutla Fikri lain macam, rupanya ini yang menjadi punca.
“Awak?
Kenapa awak tak cakap dengan saya pasal benda ni?” tanya Fira sambil
menunjukkan sampul surat di tangannya.
Fikri
yang sedang membaca suratkhabar terus memandang ke arah Fira.
“Mana
awak jumpa benda tu?” tanya Fikri.
“Kat
atas meja ni. Pasal ni ke yang awak layan saya nak tak nak semalam?” tanya Fira
tidak berpuas hati.
Fikri
tidak menafikan dan tidak pula mengiyakan.
Fira
terus sahaja keluar dari bilik Fikri tanpa sempat Fikri berkata apa. Dia terus
sahaja mencari Hisyam di biliknya.
“En.
HIsyam! Awak mesti tolong saya!” ucap Fira. Dia meredah pintu bilik Hisyam
tanpa mengetuk terlebih dahulu.
“Fira,
kenapa ni?” tanya Hisyam.
“En.
Hisyam kena tolong saya jelaskan perkara sebenar kepada En. Fikri...” beritahu
Fira
“Tolong
jelaskan apa? Awak nak saya bagitahu tentang hubungan kita ke? Awak nak
berpisah dengan dia?” tanya Hisyam lagi sedikit ceri
“Bukan!
Saya nak En. Hisyam bagitahu En.Fikri perkara sebenar. Sya nak En.Hisyam
buktika pada En. Fikri yang kita tak ada apa-apa hubungan. Tolonglah En.
Hisyam, saya tak mahu hubungan saya dengan dia rosak gara-gara salah faham...”
rayu Fira.
“Kenapa
Fira? Kalau dia tak nak awak, masih ada saya yang mahukan awak...” Hisyam masih
lagi menaruh harapan pada Fira.
“Tak
boleh! Saya cuma nak dia sorang aja. Bukan orang lain. Tolonglah En. Hisyam,
selamatkan rumahtangga kami!” rayu Fira lagi.
“What?!” tanya Hisyam seakan tidak
percaya dengan apa yang didengarinya.
“Ya,
En. Hisyam! Sebenarnya kami dah bernikah...” akui Fira akhirnya. Dia tidak
sanggup lagi untuk berahsia.
Fira
mengajak Hisyam untuk bertemu Fikri di biliknya. Hisyam yang pada mula tidak
mahu, akhirnya terpaksa akur juga.
“Awak!
Kita mesti selesaikan masalah ni sekarang juga..!” pinta Fira kepada
Fikri.
“En.
Hisyam, tolong bagitahu perkara sebenar pada En. Fikri...” rayu Fira kepada
Hisyam.
“Nanti
kejap! Saya rasa elok panggil Ely sekali..” pinta Hisyam
“Kenapa
nak kena panggil dia sekali?” tanya Fira tidak mengerti.
“Hal
ni ada kena mengena dengan dia juga...” jawab Hisyam.
Fikri
terus menghubungi Ely dan meminta Ely datang ke biliknya.
“Yer,
Fik. Kenapa You panggil I? Fira dengan Hisyam pun ada?” tanya
Ely yang sedikit terkejut.
“Duduk
dulu. Ada benda yang nak dibincangkan...” ucap Fikri tenang.
“Hisyam, Fira. Awak berdua ada apa-apa nak
cakap ke pasal gambar ni?” tanya Fikri sambil menunjukkan gambar yang
diterimanya semalam.
Ely
hanya tersenyum sinis kepada Fira. Fira yang tidak berpuas hati terus bersuara
bagi membela dirinya.
“Apa
yang jadi dalam gambar tu semuanya salah faham.. Awak tahu kan Fik, saya cinta dan
sayang awak sorang aja. Saya yakin mesti ada orang yang cuba nak rosakkan
hubungan kita..!” tegas Fira membela dirinya.
“Eh,
Fira! Benda dah ada bukti, you nak
berdalih pun tak guna lagi...!” Ely tiba-tiba mencelah.
“Cik
Ely, I tahu you tak sukakan I. Tapi you kena terima hakikat yang Fik bukan
untuk you...” balas Fira.
“En.Hisyam,
Cik Ely! Saya rasa tak perlu lagi nak dirahsiakan lagi hal ini. Untuk
pengetahuan korang, saya dengan Fik dah bernikah. Kami adalah pasangan
suami isteri yang sah..!” akui Fira akhirnya. Fikri yang senyap sedari tadi,
tidak menyangka yang Fira akan membuka mulut mengenai hal ini.
“What..?! Betul ke ni Fik? Atau you all sekadar nak menhindari kami?”
tanya Ely yang jelas terkejut dengan pengakuan Fira.
“Hurm...
Biarlah I berterus terang. Sebenarnya
I dengan Fira dah nikah 5 bulan yang
lepas.. Dan sekarang , Fira tengah mengandungkan anak I. Dah tiba masanya kami war-warkan perkahwinan kami pada orang
ramai...” jelas Fikri.
“Maafkan
saya En. Fikri, Fira! Saya tak tahu kalian dah lama berkahwin, kalau saya tahu,
saya takkan setuju dengan rancangan Ely untuk merosakkan hubungan kalian.
Mengenai gambar semalam, itu semua adalah salah faham dan tak seperti apa yang
En. Fikri fikirkan. Memang ianya dirancang, Fira langsung tak bersalah. Lagi
sekali saya minta maaf...” jelas Hisyam yang sedikit kesal dengan perbuatannya
itu.
“Kenapa
you sampai hati buat macam ni Ely? Tega
you rosakkan hubungan kami?” tanya
Fikri yang sedikit kesal.
“I.... I sayangkan you, I tak nak you jatuh ke tangan orang lain...!!” balas Ely. Rahsianya sudah
terbongkar. Tiada apa yang perlu diperkatakan lagi. Lantas dia keluar dari
bilik Fikri.
“Lagi
sekali saya minta maaf. Saya keluar dulu..!” ucap Hisyam. Dia keluar dari bilik
Fikri meninggalkan mereka berdua di situ.
Semuanya
sudah diselesaikan. Fira juga ingin keluar dari bilik itu. Tapi sempat dihalang
oleh Fikri.
“Nak
ke mana tu sayang?” tanya Fikri.
“Nak
keluarlah, nak buat apa duduk sini lagi. Orang tu sendiri tak percayakan
kita...” balas Fira. Fikri segera menarik Fira kepadanya. Dia tahu Fira marah
dengannya kerana dia tidak berterus terang tentang hal itu.
“Saya
minta maaf okey? Saya bukan tak percaya awak, saya cuma nak kepastian aja...”
ucap Fikri.
“Senanglah
cakap, yang tanggungnya saya. Cuba awak terus terang, kan senang. Tak adalah
saya rasa tersisih sangat...” luah Fira.
“Tapi
saya cool je kan? Mana ada saya
ngamuk-ngamuk. Tak ada kan?” Fikri membela dirinya.
“Memanglah
tak ada, tapi cara awak tu...” belum sempat Fira meneruskan kata, Fikri
terlebih dahulu mengucup bibirnya. Kemudian dia tersengih menghadap Fira.
“Dah
eak? Awak sayang saya kan? Kita lupakan aja hal tu ya?” pujuk Fikri.
“Kalau
setakat saya aja yang sayang awak, tapi awak tak sayang saya, tak guna juga...”
balas Fira selamba.
“Siapa
kata saya tak sayang awak. Tengok ni buktinya...” ucap Fikri sambil mengusap
perut Fira.
Malas
Fira mahu melayan Fikri. Dia membiarkan sahaja Fikri begitu.
BAB 46
Hari
yang dinantikan akhirnya tiba jua. Majlis resepsi Fira dan Fikri berlangsung
dengan meriahnya di Hotel Grand Continental. Ramai kenalan yang hadir ke majlis
resepsi mereka. Hisyam juga turut hadir. Hanya Ely sahaja yang tidak kelihatan.
Selepas
kejadian itu, Ely telah menghantar notis letak jawatan selama 24 jam. Hisyam
pula minta ditukar ke cawangan lain.
Fira
sangat gembira kerana dia tidak perlu merahsiakan lagi hubungannya dengan
Fikri. Fikri juga sudah melayaninya dengan baik sekarang ini. Ini adalah berkat
anak yang dikandungnya.
.....................................................................................................................................................
Selepas
selesai majlis tersebut, keesokkan harinya Fikri dan Fira terus bergerak ke
Desaru Resort, Kota Tinggi, Johor untuk berbulan madu. Walaupun agak terlewat
tapi Fira puas hati, asalkan dia dapat menghabiskan masanya berdua dengan
Fikri. Pada asalnya, Datuk Faizal menyuruh mereka berbulan madu ni Bali, tetapi
Fikri tidak mahu. Fira pula hanya mengikut sahaja kata suaminya itu.
“Lepas
ni, panggil abang okey! Tak nak berawak saya lagi...” ucap Fikri saat mereka
berdua sedang melepaskan penat. Perjalanan yang makan masa hampir 5 jam itu,
sungguh memenatkan.
“Abang?
Kalau tak nak tak boleh ke?” tanya Fira kembali.
“Kena
juga! Lagi pun, saya kan tua 2 tahun dari awak! Kenalah panggil abang...”
beritahu Fikri sambil tersenyum.
“Tapi
awak bukan abang saya. Awak suami saya...” balas Fira pula sambil menjelirkan
lidah.
“Panggil
abang ya sayang! Sayang tak sayang abang ke?” balas Fikri pula sambil membuat
muka manja.
“Ish,
ngada-ngadalah awak ni! Jom makan, laparlah...” rengek Fira. Langsung tidak
mengendahkan apa yang diperkatakan Fikri. Fikri pula hanya membuat tidak tahu
sahaja dengan ajakan Fira itu.
“Abang.....
Jom makan, sayang laparlah...” rengek Fira manja. Cuba memujuk Fikri.
“Abang
nak makan sayang boleh?” tanya Fikri. Dia sudah tersengih-sengih mendengar Fira
memanggilnya abang.
“Ish!
Gatallah awak ni...” Fira mencubit Fikri tanda geram.
“Tengok
tu? Awak lagi. Ermmmm...”Fikri merajuk sekali lagi.
“Merajuk
pula dah. Yelah abang , sayang, darling,
bucuk, baby. Jom pergi makan, sayang
dah laparlah...” lagi sekali Fira memujuk Fikri.
Fikri
sudah tersengih dipanggil begitu oleh Fira.
“Mengada-ngada.
Kalau abang tak nak makan dahlah. Biar sayang pergi sorang aja. Baby dalam perut ni dah lapar.” beritahu
Fira. Malas mahu melayan Fikri.
“Alah,
merajuk pula sayang abang ni. Jom abang teman sayang pergi makan. Lepas ni
abang nak makan sayang pula ye...” ucap Fikri sambil mengenyitkan matanya kepada
Fira. Sengaja mahu menyakat isterinya itu.
“Eeeee..
Gatal..!!” Fira mencubit Fikri. Fikri hanya menyeringai kesakitan.
Mereka
berdua beriringan menuju ke kafe untuk makan tengahari.
......................................................................................................................................................
Malam
itu Fikri telah membuat satu kejutan buat Fira. Fikri telah menyediakan candle light dinner buat Fira.
Memandangkan bilik mereka berhampiran pantai, jadi suasana malam itu sangat
romantis, ditambah pula dengan cahaya bulan yang menemani malam mereka.
“Sayang
ikat mata dulu okey!” arah Fikri.
“Nak
pergi makan pun kena ikat-ikat mata ke?” balas Fira.
“Alah
sayang ni, sportinglah sikit...”
balas Fikri pula.
“Yelah-yelah.
Cepat sikit okey! Dah lapar dah ni...” Akhirnya Fira akur. Dia sudah
menggosok-gosokkan perutnya tanda lapar.
Sepanjang
berjalan menuju ke tempat yang Fikri bawa, mulut Fira tidak henti-henti
bertanya itu ini. Fikri hanya melayankan sahaja.
“Okey!
Dah sampai...” beritahu Fikri. Fikri membukakan ikatan mata Fira. Fira terjeda
seketika melihat apa yang ada di hadapan matanya.
“Oh My God! So sweet! Thanks abang. Love you so much!” ucap Fira sedikit
teruja. Lantas dia mencium pipi Fikri.
Fikri
menarikkan kerusi dan meminta Fira duduk. Kemudian dia duduk di kerusi
berhadapan Fira.
“Sayang,
terima kasih sebab sudi jadi isteri abang. Terima kasih sebab banyak bersabar
dengan perangai abang. Terima kasih sebab mengandungkan anak abang. Terima
kasih untuk semuanya...” ucap Fikri sambil menggenggam erat tangan Fira.
Fira
terharu mendengar ucapan Fikri. Dia hanya mengangguk dan tersenyum sahaja. Walaupun
ringkas dia tahu apa yang Fikri ucapkan itu benar-benar ikhlas dari hatinya.
“Thanks untuk semua ni.. Tak sangka sayang,
suami sayang ni romantik juga rupanya..!” balas Fira.
Mereka
menikmati makan malam yang telah disajikan di bawah sinaran cahaya bulan dan
cahaya lilin.
Selesai
makan, Fikri mengajak Fira duduk di sebuah bangku yang menghadap ke pantai.
Mereka menikmati keindahan pantai pada waktu malam diterangi cahaya bulan.
Fira
melentokkan kepalanya di bahu Fikri sambil memeluk pinggang Fikri.
“Abang...
Sayang sayang sangat kat abang. Sayang cintakan abang dunia akhirat...” ucap
Fira
Fikri
tersenyum melihat Fira.
“Abang
pun sama sayang!” balas Fikri.
“Abang...
Sayang tak pernah pun dengar abang cakap yang abang sayang dan cinta sayang...”
ucap Fira dengan sedikit curiga.
“Sayang
dan cinta tak semestinya diungkapkan dengan kata-kata. Melalui perbuatan pun
boleh. Kata-kata yang lahir kadangkala tidak ikhlas dari hati. Jadi, abang rasa
tak perlu luah dengan kata-katapun tak apa. Yang penting sayang tahu. Lagipun baby dalam perut ni dah cukup untuk
buktikan segalanya...” jelas Fikri sambil tersenyum kepada Fira. Fira sedikit
terkesan dengan kata-kata Fikri. Dia turut membalas senyuman Fikri.
Fikri
memeluk Fira erat. Mereka menikmati angin bayu malam di tepi pantai itu.
Kemudian Fira melepaskan pelukan Fikri. Fikri yang terkejut dengan tindakan
Fira lantas menoleh ke arahnya.
“Kenapa?”
tanya Fikri curiga.
Fira
tidak menjawab. Dia terus mencium dahi Fikri, kedua belah pipi Fikri dan
kemudian turun ke bibir Fikri. Selepas itu dia hanya tersenyum. Fikri terkedu
seketika dengan tindakan refleks Fira itu. Kemudian dia juga turut tersenyum.
Fikri
mencium ubun-ubun Fira. Dia merenung tajam ke dalam anak mara Fira sehingga
Fira merasa tak keruan. Bibir Fira yang merah bak delima sangat menggoda Fikri.
Fikri mendekatkan bibirnya ke bibir Fira. Fikri menjarakkan kembali dirinya dari
Fira, dan dia tersenyum nakal kepada Fira. Tanpa menunggu respon daripada Fira,
Fikri terus mengangkat Fira . Fikri mengendong Fira menuju ke bilik mereka.
Malam itu menjadi saksi kebahagiaan yang sedang mereka alami saat itu. Tanpa
bayangan Ely atau siapa sahaja.
BAB 47
5
bulan kemudian.
“Abang,
baby bergeraklah!” beritahu Fira
kepada Fikri. Fikri yang sedikit teruja meletakkan tangannya di perut Fira. Dia
dapat merasakan pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan Fira. Kini usia
kandungan Fira sudah pun menjangkau 7 bulan.
“Tak
sabar pula rasanya nak tunggu baby
kita lahir..” ucap Fikri sambil mengusap perut Fira. Kemudian dia mencium pipi
Fira.
“Baby kita?” tanya Fira ingin menguji.
“Yelah,
baby kita. Yang ada dalam perut
sayang ni...” sekali lagi Fikri mengusap perut Fira.
“Ni
baby sayanglah! Bukan baby abang. Sayang yang mengandungkan
dia...” balas Fira ingin menguji Fikri.
“Memanglah
sayang yang mengandungkan dia. Tapi siapa yang buat sayang menagndung? Abang
kan? So, baby abang jugalah...” jawab
Fikri sambil tersenyum nakal.
“Eleh!
Tu pun sebab takut kita tinggalkan dia, kalau tak. Sampai hari ni pun tak jadi
lagi agaknya...” perli Fira selamba.
“Sayang
perli abang ea?” balas Fikri.
Fira
hanya membuat muka selamba. Lantas dia mencapai buku disebelahnya. Fikri yang
geram melihat keselambaan isterinya itu terus mengambil buku tersebut dari
Fira.
“Ish,
apa abang ni!” bentak Fira.
“Abang
tanya tak nak jawab...” balas Fikri.
“Alah,
abaikanlah...” jawan Fira malas.
“Tak
nak!” Fikri sudah berpura-pura merajuk.
Fira
hanya tersenyum sahaja melihat suaminya itu. Kalau tak dia yang merajuk
pasti Fikri yang merajuk. Lantas dia menarik wajah Fikri dekat kepadanya.
Kemudian dia mencium dahi, kedua belah pipi dan turun pula ke bibir Fikri.
Kemudian dia tersenyum kepada Fikri. Fikri turut membalas senyuman tersebut.
“Tiba-tiba
rasa rindulah kat sayang...” ucap Fikri manja. Fira yang faham dengan apa yang
dimaksudkan oleh suaminya itu terus memotong.
“Nak
menggatallah tu...”balas Fira.
“Siapa
suruh sayang goda abang...” jawab Fikri sambil tersenyum nakal.
“Sayang
penatlah, lagipun kesian baby. Lainkali
ea...” pujuk Fira manja.
Sejak
beberapa bulan ini, Fira sangat manja dengan Fikri. Fikri pula semakin hari
semakin romantis melayan isterinya. Fikri yang kini sangat berbeza dengan Fikri
yang dahulu. Lebih memahami dan selalu mengalah. Fira bersyukur kerana Fikri
telah banyak berubah. Fira sangat bahagia dengan kehidupannya sekarang.
“Abang...”
panggil Fira lembut.
“Ye
sayang, kenapa..?” tanya Fikri kembali.
“Kita
pergi bercuti jom? Sayang tengok abang asyik kerja aja. Sayang pun penat tau.
Jomlah kita pergi bercuti...” ajak Fira
“Bila
tu?” tanya Fikri lagi.
“Lepas
abang balik kursus? Macam mana?” Tanya Fira memberi cadangan.
“Hujung
minggu ni?” tanya Fikri kembali.
“Kita
sambunglah cuti lepas tu dalam 2-3 hari ke seminggu ke. Boleh tak?” tanya Fira
pula meminta persetujuan.
“Tak
bolehlah sayang, abang banyak kerja sekarang ni. Kalau nak, tunggu hujung
tahun. Boleh ya?” balas Fikri sambil tersenyum.
“Hujung
tahun tak bolehlah, sayang dalam pantang.” beritahu Fira.
“Kalau
macam tu, tunggu sayang habis pantanglah. Kita pergi honeymoon second time. Boleh buat baby lagi...”balas Fikri sambil tersenyum nakal.
“Tak
nak!” bentak Fira.
“Habis
tu nak minggu ni juga ke sayang?” tanya Fikri lagi cuba memujuk.
“Nak
minggu ni juga. Tak nak tangguh-tangguh...” jawab Fira
“Kalau
macam tu tak bolehlah sayang. Abang tak dapat nak tunaikan...” balas Fikri
“Betul
tak boleh?” Fira masih lagi mencuba nasib.
“Ye,
tak boleh. Ttapi kalau hujung tahun atau next
year boleh...” jawab Fikri sambil tersenyum.
“Ok!
Tak boleh tak apalah...” balas Fira. Kemudian dia terus menutup suis lampu dan
tidur. Fikri kelu seketika dengan tindakan Fira yang tiba-tiba sahaja itu. Dia
memanggil Fira tetapi Fira senyap sahaja tanpa berkata apa. Seraya itu, dia
juga membaringkan dirinya dan terus tidur di sebelah Fira.
......................................................................................................................................................
Hari
ini, Fikri akan berkursus di Pulau Pinang selama 3 hari iaitu dari hari Rabu
hingga Jumaat. Pagi itu, Fira melayani Fikri seperti biasa sebelum bertolak ke
Pulau Pinang.
Tetapi
apabila Fikri sudah tiba di sana, Fira melayaninya seperti nak tak nak. Sepatah
yang ditanya, sepatah yang dijawab. Risau pula Fikri mengenangkan isterinya
itu.
“Sayang
okey ke ni?” tanya Fikri bila dilihatnya isterinya itu seperti lain macam
sahaja.
“Okey
jer. Kenapa pula tak okeynye?” balas Fira.
“Betul
ni?” tanya Fikri lagi.
“Ye.
Dahlah, abang pergi sana elok-elok ya...” pesan Fira sambil menyalami tangan
Fikri.
Fikri
tidak tahu bahawa sebenarnya Fira merajuk dengannya kerana permintaannya tidak
dituruti. Fira berasa kecil hati dengan Fikri kerana terlalu sibuk dengan
kerjanya. Padahal bukan tidak boleh dia bercuti, papanya juga telah
mengizinkannya. Tetapi Fikri sahaja yang banyak alasan.
Malam
sebelum kursus di Pulau Pinang berakhir, Fikri ada menelefon isterinya.
“Hello
sayang. Assalamualaikum...”
“Waalaikummussalam..”
“Sayang
sihat? Abang rindulah kat sayang...”
“Sihat
Alhamdulilah...”
“Sayang
kenapa ni? Macam tak okey jer.”
“Hah?
Tak adalah, sayang okey jer. Abang balik esok ke?”
“Ni
abang nak bagitahu, abang balik lusa. Tapi kursus habis esok.. kawan-kawan abang
ajak jalan-jalan sini dulu. Sayang okey kan?”
“Emm,
okey. Sayang penatlah, nak tidur...”
“Emm,
okey. Jaga diri dengan baby baik-baik ya...”
“Okey!
Good Night...” Fira terus menamatkan
panggilan.
Fikri
berasa sedikit terkejut. Tapi dia buat seperti biasa sahaja dan fikir yang
positif. Kebarangkalian memang benar isterinya itu penat.
Keesokkan
harinya, Fira pula yang menelefon Fikri.
“Hello.
Assalamualaikum abang..!”
“Ye
sayang, waalaikummussalam....”
“Abang
free ke?”
“Abang
free. Kursus pun dah selesai. Baru
ingat nak telefon sayang, tapi sayang dah telefon dulu...”
“Ye
ke? Fira ada benda nak bagitahu ni...” Fira tidak lagi membahasakan dirinya
dengan ‘sayang’.
“Apa
dia sayang?”
“Fira
nak minta izin abang, Fira pergi kampung
Murni. Bestfriend Fira masa belajar
dulu. Boleh tak.?”
“Bila
tu? Berapa hari?”
“Esok.
Sehari je. Dekat Port Dickson. Nanti dia ambil dan hantarkan. Boleh ya?”
“Okey,
tapi pastikan sayang balik sebelum abang sampai ya esok..”
“Okey,
terima kasih...”
“Sayang
ada nak kirim apa-apa tak?”
“Emm,
tak ada kot. Abang balik dengan selamat pun dah bersyukur...”
“Sayang
doakan abang ya. Okey sayang, abang nak berehat kejap ni! Kejap lagi nak keluar.
Sayang jaga diri baik-baik ya. Bye
sayang, miss you..”
“Okey,
take care...” balas Fira mengakhiri
perbualan.
Fira
sebenarnya terkilan dengan Fikri. Permintaannya langsung tidak dituruti, tetapi
boleh pula mengambil masa untuk berjalan-jalan dengan rakan-rakannya di Pulau
Pinang. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengikut sahabatnya , Murni yang
kebetulan datang ke Kuala Lumpur pulang ke kampungnya di Port Dickson. Dan dia
juga berhajat untuk membawa diri ke sana selama beberapa hari.
BAB 48
Ketika
Fikri pulang Sabtu itu, rumah Datuk Faizal sunyi sepi. Ini kerana Datuk Faizal,
Datin Maria dan Faiz pergi ke rumah saudara mereka di Pahang. Sepatutnya Fira
yang menyambut kepulangan Fikri, tetapi Fira juga tiada. Yang ada hanyalah
pembantu rumah mereka.
“Mak
Jah, Fira belum balik lagi ke..?” tanya Fikri.
“Tak
tahu pula Mak Jah. Fira tak tahu ke Fik balik hari ni?” tanya Mak Jah pula.
“Tahu,
tak apalah. Nanti Fik call dia. Fikri
terus naik ke biliknya, dia risau memikirkan Fira yang tidak pulang-pulang
lagi. Hari sudah jauh malam. Fikri cuba menghubungi telefon bimbit Fira, tapi
tidak berjaya. Fikri menanti Fira hingga dia tertidur.
Ketika
Fikri terjaga dari tidur keesokkan harinya, dia terus mencari kelibat Fira.
Tetapi tiada. Risau dia memikirkan ke mana hilang iserinya itu. Selepas mandi
dan bersarapan, Fikri terus menuju ke rumah bapa mertuanya.
......................................................................................................................................................
“Fira,
kau okey ke stay kat Ilham ni sorang-sorang..?” tanya Murni.
“Okey
jer. Tak apa, nanti suami aku sampai aku adalah teman. Kau jangan risau okey.”
bohong Fira kepada Murni.
“Kalau
macam tu, aku balik dululah ye. Nanti apa-apa, telefon aku.” beritahu Murni
seraya meminta diri untuk pulang.
“Okey,
thanks ya..!” balas Fira. Dia
bersalaman dan berpelukan dengan Murni sebelum Murni meninggalkannya.
...........................
“Assalamualaikum
abah!” ucap Fikri saat melihat bapa mertuanya. Dia bersalaman dengan Pakcik
Fakrul.
“Fira
mana Fik? Tak ikut sama ke?” tanya Pakcik Fakrul. Dia pelik melihat Fira tiada
bersama Fikri.
“Fira
tak ada balik sini ke bah?” tanya Fikri kembali.
“Tak
ada, kenapa?” pakcik Fakrul pula bertanya.
“Fira
tak balik sini? Habis ke mana dia pergi? Fik ingat dia balik rumah abah,
semalaman Fik tunggu dia tak balik-balik...” beritahu Fikri.
“Mana
pula perginya budak Fira ni? Dahlah tengah sarat..” jelas kerisauan di wajah
Pakcik Fakrul.
“Dia
tak ada beritahu kamu ke yang dia ada nak ke mana-mana?” tanya Pakcik Fakrul
lagi.
“Semalam
dia kata dia nak pergi PD, ikut kawan dia Murni balik kampung. Petang balik
semula ke sini. Ini sampai pagi ni pun tak nampak bayang dia lagi. Fik ingat
dia balik rumah abah...” jelas Fikri.
“Ish,
ke mana lah Fira ni. Fik risaulah bah kalau apa-apa jadi kat dia macam mana?”
Fikri sudah tidak senang duduk memikirkan isterinya itu.
“Fik
dah cuba telefon dia?” tanya Pakcik fakrul lagi.
“Dah
cuba, tapi tak dapat. Dia off telefon
dia...” jawab Fikri.
“Apa
tadi nama kawan dia? Murni? Jom kita tengok kat bilik dia, cari buku ke diari
ke. Kalau-kalau ada jumpa nombor telefon atau alamat si Murni tu...” Pakcik
Fakrul dan Fikri terus melangkah naik menuju ke bilik Fira.
Hampir
sejam mereka menyelongkar bilik Fira. Akhirnya mereka menemukan apa yang
dicari.
Fikri
terus menghubungi nombor telefon milik Murni. Tetapi tidak berjaya.
“Macam
mana Fik? Dapat?” tanya Pakcik Fakrul.
“Tak
dapat bah, nombor tiada dalam perkhidmatan...” beritahu Fikri. Jelas keresahan
diwajahnya.
“Ni
ada alamat rumah dia kat PD, apa kata kamu pergi ke sana cari Fira...” cadang
Pakcik Fakrul.
“Baiklah,
Fik cuba...” balas Fikri.
Fikri
bergerak ke Port Dickson untuk mencari isterinya. Dia membawa sekali
pakaiannya. Tiba di Port Dickson dia terus mencari rumah Murni berdasarkan
alamat yang diperolehinya.
......................................................................................................................................................
“Assalamualaikum,
tumpang tanya. Ini rumah Murni binti Suhadi ke?” tanya Fikri kepada seorang
budak kecil yang sedang bermain di halaman rumah.
“Mak
Cu, ada orang cari Mak Cu...” jerit budak itu.
Keluar
seorang perempuan datang menjengah.
“Cik
ni Murni ke?” tanya Fikri meminta kepastian.
“Ya
saya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” tanya Murni.
“Saya
Fikri, suami Fira...” beritahu Fikri.
Fikri
memberitahu tujuan kedatangannya kepada Murni, dan Murni sedikit terkejut
mendengar penjelasan Fikri. Murni tidak tahu kalau Fira berbohong dengannya.
Murni memberitahu kepada Fikri tempat di mana Fira menginap. Fikri telah
meminta Murni agar tidak memberitahu akan hal ini kepada Fira.
“Terima
kasih ya Cik Murni...” ucap Fikri seraya meninggalkan kawasan itu.
Setelah
mendapat tahu di mana keberadaan Fira. Fikri terus menelefon bapa mertuanya.
Tidak dilupakan juga untuk memaklumkan hal itu kepada ibu dan papanya. Datin Maria
yang mendapat tahu hal tersebut sangat terkejut dan terus-terusan membebelin
anak lelakinya itu. Datuk Faizal yang lebih memahami mencadangkan Fikri agar
menyambung cuti dan terus sahaja bercuti bersama isterinya di sana.
................................................................................................................................
Fira
duduk sendirian di bangku yang terdapat di tepi pantai itu. Tiba-tiba hatinya
dipagut rasa sunyi. Bukan niat dia untuk membohongi Fikri, tapi hatinya sedikit
kecil hati dengan Fikri. lantas dia membawa dirinya ke situ untuk
menenangkan diri.
Setelah
puas berjalan menghirup angin pantai, Fira kembali ke biliknya.
Alangkah
terkejutnya Fira saat melihat baju seseorang di atas katilnya. Kemudian dia
keluar semula dari bilik itu untuk memastikan yang dia telah masuk ke bilik
yang betul.
“Betullah
ni bilik aku. Tapi baju siapa pula ni?” tanya Fira sendirian. Dia melilau-lilau
mencari siapa yang telah memasuki biliknya itu.
“Hai!
Sayang cari apa tu?” berderau darah Fira ditegur seseorang. Dia terus menoleh
ke belakang. Dilihat Fikri sedang tersenyum dengannya. Fikri hanya bertuala
sahaja. Pasti baru selesai mandi.
Fikri
terus mendapatkan Fira. Lantas dipeluk dan dicium Fira. Fira yang masih
berkecil hati terus menolak Fikri jauh darinya.
“Abang
buat apa kat sini? Macam mana abang boleh masuk bilik ni? “ tanya Fira
bertubi-tubi.
“Abang
cari sayanglah! Abang pergi rumah Murni tadi. Dia yang bagitahu abang, sayang
ada kat sini. Macam mana abang boleh masuk bilik ni? Abang suruh staf resort ni
bukakan pintu, abang bagitahu dorang yang abang suami sayang! Kunci tertinggal.
Lepas tu dorang bukakanlah pintu ni...”
jawab Fikri sambil tersenyum. Dia sudah menyarung kan pakaiannya ke tubuh.
“Takkan
senang-senang aja dia orang nak buat macam tu?” Fira masih lagi tidak puas
hati,
“Memanglah.
Mula-mula diaorang tak nak bagi juga, lepas tu abang tunjuklah kad kahwin kita
sebagai bukti. Tu yang diaorang bagi...” jelas Fikri lagi.
Fira
sudah pun beralih duduk di birai katil. Fikri pun sama duduk di sebelah
Fira.
“Kenapa
sayang buat macam ni? Kenapa sayang tinggalkan abang? Abang risau tahu tak! Sayang
tak sayang abang ke?” tanya Fikri. Dia sudah meraih tangan Fira. Fira hanya
diam sahaja.
“Sayang,
kenapa ni? Sayang dah tak sayangkan abang ke? Kalau abang ada buat salah. Abang
minta maaf ya. Janganlah senyap macam ni. Abang risau kalau sayang asyik senyap
aja...” tambah Fikri lagi.
“Jangan
asyik nak tanya orang aja! Tanya diri awak tu! Awak sayang saya ke? Saya tak
tahu awak ni sebenarnya sayang saya ke tak? Awak tak pernah pun cakap yang awak
tu sayang saya! Saya ni sebenarnya kecil hati tahu tak dengan awak! Awak boleh
luangkan masa dengan kawan-kawan awak jalan-jalan kat Pineng, tapi dengan saya?
Banyak kerjalah apalah! Padahal bukan tak boleh cuti, tapi awak tu aja yang tak
nak. Agaknya kalau saya tak adalah, awak lagi senang hati kan. Tak payah nak
layan karenah saya..’’ luah Fira, tanpa diduga dia mengalirkan air mata.
Perasaan
bersalah hadir dalam diri Fikri tatkala mendengar luahan hati Fira dan melihat
air mata isterinya itu mengalir.
“Sayang,
abang minta maaf! Abang sayangkan sayang sepenuh hati abang. Sejak dulu lagi.
Sejak hari pertama sayang jadi isteri abang. Mungkin abang terlalu ego sebab
tak mahu luahkannya. Abang nak sayang tahu, baby
yang bakal lahir ni adalah tanda sayang abang pada sayang. Bukan sebab nafsu.
Sehari sayang tinggalkan abang, dah cukup merana bagi abang. Inikan pula
selamanya...” luah Fikri pula. Dia memeluk Fira erat. Tidak mahu dilepaskan.
Fira menangis tersedu sedan dalam pelukan Fikri. Itulah pertama kali dia
mendengar luahan hati Fikri.
Tiada
apa yang Fira ingin katakan. Dia tahu Fikri ikhlas meluahkan perasannya tadi.
Dia sendiri tidak sanggup berjauhan dengan Fikri, mana mungkin dia kan
meninggalkan lelaki itu.
“Maafkan
abang ya sayang...” ucap Fikri sambil mencium ubun-ubun Fira.
“Sayang
pun nak minta maaf dengan abang sebab bohong abang dan tinggalkan abang...”
ucap Fira dengan mata yang masih berkaca.
“Sudahlah
abang maafkan. Apa yang jadi mungkin ada hikmahnya. Kalau sayang tak buat macam
ni, mungkin kita tak ada kat sini sekarang ni kan?”
“Dahlah,
jangan menangis lagi. Senyum sikit...” tambah Fikri lagi sambil tersenyum
kepada Fira.
“Abang
dah minta cuti dekat papa, cuti sayang pun abang dah applykan sampai jumaat. Hari ni kita stay kat sini sampai lusa. Kemudian hari Rabu kita check in kat Phillea Resort, Melaka. Sampai
cuti kita habis...” beritahu Fikri sambil tersenyum kepada Fira.
Fira
hanya mengangguk dan dia turut membalas senyuman Fikri.
BAB 49
Selepas
menginap di Ilham Resort selama 3 hari, mereka menyambung pula cuti mereka di
Phillea Resort, Melaka.
Pelbagai
kemudahan yang terdapat di sana. Firalah yang paling seronok. Tidak sia-sia dia
merajuk dengan Fikri dan membawa diri ke Port Dickson. Kalau dia tidak buat
begitu, pasti dia tidak mungkin dapat bercuti dalam masa terdekat ini.
Fikri
pula sebenarnya bukan tidak mahu membawa Fira pergi bercuti, tetapi dia
risaukan keadaan isterinya yang sudah sarat itu. Walaupun masih ada masa 2 bulan lagi untuk melahirkan,
tapi kalau sudah Allah takdirkan bayi mereka keluar lebih cepat dari yang sepatutnya.
Siapa yang dapat menduga. Alasan kerja yang banyak sekadar mahu mematahkan
keinginan isterinya itu sahaja. Tapi tidak sangka pula isterinya itu boleh
nekad sebegitu sekali.
“Abang,
takkan kita nak duduk sini ja? Tak ada rasa nak jalan-jalan dekat sekitar
Melaka ni ke?” tanya Fira ketika mereka sedang duduk santai.
“Sayang
nak pergi mana? Paling dekat dengan Phillea ni pun cuma zoo, taman buaya, taman
botanikal, Melaka Planetarium, Melaka Wonderland dengan Mydin je... “ beritahu
Fikri sambil tersengih.
“Mydin?
Nak buat apa?”
“Mana
tahu sayang nak shopping ke. Hehehee”
jawab Fikri.
“Orang
nak jalan-jalanlah bang. Bukan nak shopping...”
balas Fira pula.
“Okey-okey!
Sayang bagitahu abang, sayang nak pergi mana? Nanti abang bawa...” tanya Fikri.
“Sayang
teringin nak naik river cruise. Tapi
nak naik waktu malam. Hari tu Sheqa cerita dia cuti kat Melaka, naik river cruise malam-malam. Cantiknya...”
beritahu Fira.
“Okey,
petang ni kita pergi ya. Kita jalan-jalan dekat Bandar Hilir. Tapi sayang larat
ke ni?” tanya Fikri lagi. Risau dia dengan keadaan isterinya itu. Dalam keadaan
begitu pun masih kuat nak berjalan dan merayau sana sini.
“Mestilah
larat...” jawab Fira sambil tersengih.
‘Kalau
bab berjalan, cepat aja.’ Desis hati kecil Fikri. Dia hanya menggelengkan
kepala melihat tingkah isterinya itu.
......................................................................................................................................................
Petang
itu Fikri membawa Fira berjalan-jalan di sekitar Bandar Hilir. Kebetulan sekarang
bukan musim cuti sekolah, jadi tidaklah ramai orang yang berkunjung ke Melaka
pada waktu sebegitu.
Oleh
kerana Fira mahu menaiki river cruise pada waktu malam, mereka mengambil
kesempatan yang ada untuk berjalan-jalan di sekitar Bandar Hilir. Hampir
kesemua tempat mereka tuju. Kecuali Bukit St. Paul Melaka atau lebih dikenali
sebagai A Famosa sahaja yang tidak dinaiki. Ini kerana Fikri risau akan keadaan
isterinya itu untuk mendaki anak tangga yang tinggi untuk ke atas.
Ketika
mereka berjalan-jalan di Dataran Pahlawan. Tiba- tiba Fira terlanggar seseorang
tanpa sengaja. Barang-barang yang dibimbit perempuan itu jatuh ke lantai.
“Maaf
Cik, saya tak sengaja...” ucap Fira kepada perempuan yang dilanggarnya tadi.
“Lain
kali jalan tengok depan! Buta ke?” marah perempuan tersebut.
“Maaf
Cik, isteri saya tak sengaja...” Fikri pula memohon maaf bagi pihak Fira. Dia
mengutip barang-barang milik perempuan itu yang jatuh ke lantai. Lantas dia
memberikannya kepada perempuan itu.
Perempuan
itu menyambut dan menoleh seketika ke arah Fikri.
Fikri
dan Fira terkejut seketika saat terpandangkan wajah perempuan itu.
“Ely...??”
serentak nama perempuan itu tersebut disebut mereka berdua.
“Ely?
Mana awak menghilang?” tanya Fikri.
“Err,
Encik salah orang ni. Saya bukan Ely...” ucap wanita yang dipanggil Ely itu.
Lantas dia berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
“Abang?
Betul ke itu bukan Ely?” tanya Fira minta kepastian.
“Entahlah!
Dia kata dia bukan Ely, tapi abang yakin sangat dia tu Ely...” jawab Fikri.
“Apa
dia buat dekat sini?”
“Entahlah,
biarkanlah! Asalkan tak mengganggu kita sudahlah...” balas Fikri.
“Dah,
jomlah sayang...” Fikri segera mengajak Fira beredar dari situ.
......................................................................................................................................................
‘Fikri...
Fira..... apa dorang buat kat sini?’ desis hati kecil Ely.
Sejak
peristiwa 5 bulan lalu, Ely telah membawa diri ke Melaka. Dia telah menetap dan
bekerja di Melaka. Walaupun hampir 5 bulan dia menyepikan diri, ini tidak
bererti dia melupakan apa yang telah terjadi dahulu. Memang tidak terlintas
langsung dalam akal fikirannya untuk membalas dendam atas apa yang terjadi.
Tetapi pertemuannya dengan mereka pada hari menyebabkan dia tekad untuk buat
sesuatu.
‘Aku
takkan biarkan korang berdua hidup bahagia. Kau Fira! Kalau aku tak dapat
Fikri, engkau pun tak boleh dapat dia!’ Akal dan hati Ely sudah dirasuk
syaitan. Dendam di dalam hatinya membara
kembali.
Tanpa
Fikri dan Fira sedari, Ely rupanya mengintip setiap pergerakkannya. Ely telah
mengekorinya dalam diam.
Ketika
Fira dan Fikri sedang sedia untuk melintas di salah satu jalan menuju ke tempat
untuk menaiki river cruise, Ely sudah
bersedia dengan kereta. Kebetulan waktu itu, kenderaan yang lalu lalang tidak begitu
banyak.
Saat
Fira menjejakan kakinya di atas jalan, sebiji kereta berjenama Toyota vios
dengan lajunya memecut ke arah Fira.
“Sayang...!!!”
jerit Fikri. Fikri sempat menarik Fira ke tepi. Tetapi akibat tidak dapat
menyeimbangi badan dia dan Fira terjatuh di tubir jalan. Kepala Fikri terhantuk
sedikit pada bucu jalan dan Fira pula jatuh tersembam ke atas jalan.
Saat
itu Fira merasakan perutnya amat sakit. Dia cuba bangun tetapi tidak berdaya. Fikri yang luka
sedikit di dahi terus merangkak mendapatkan isterinya.
“Ya
Allah sayang...!!”jerit Fikri saat melihat isterinya yang sedang kesakitan.
Darah
merah mengalir keluar dari celah kaki Fira.
“Abang...
Tolong bang, sakit...” rengek Fira. Dia sudah tidak tertahan lagi.
Orang
ramai yang berada di situ berkumpul mengerumuni mereka. Nasib baik ada diantara
mereka yang sudi ingin menghantar ke hospital.
“Ini
kena bawa ke hospital segera ni...” ucap salah seorang mereka.
“Mari
saya bawakan ke hospital...” seseorang yang baik hati telah menawarkan bantuan
kepada mereka.
“Cepat
angkat isteri Encik, kereta saya ada di situ...” arah orang tersebut sambil
menunjukkan di mana keretanya berada. Nasib baik keretanya tidak berada jauh
dari tempat kejadian.
Fikri
mengangkat Fira dibantu oleh orang yang menawarkan bantuan tersebut ke kereta
miliknya. Selepas itu, orang tersebut terus membawa mereka ke hospital yang
berhampiran iaitu Putra Specialist Hospital.
Setibanya
di hospital, Fira terus dimasukkan ke wad kecemasan. Fikri juga diberikan
rawatan.
Fikri
terus menelefon bapa mertuanya dan kedua orang tuanya memberi tahu apa yang
berlaku. Fikri masih lagi menanti di luar bilik kecemasan.
“Encik,
suami Puan Nurul Afira Aleya binti Fakrul ke?” tanya seorang doktor.
“Ya
saya, macam mana dengan isteri saya doktor?” tanya Fikri. Dia sudah tidak
senang duduk.
“Isteri
Encik harus dibedah segera. Keadaannya sangat kritikal. Banyak darah yang telah
hilang. Kami harus selamatkan salah seorang dari mereka, sama ada ibu atau
anak...” beritahu doktor tersebut.
‘Ya
Allah, dugaan apa yang telah Engkau berikan kepada kami ini...’ hati Fikri
merintih sayu mendengar apa yang disampaikan oleh doktor tersebut.
“Selamatkan
isteri saya doktor...” ucap Fikri membuat keputusan.
“Kalau
macam tu, sila tanda tangani borang ni...” arah doktor tersebut sambil
memberikan borang pada Fikri.
......................................................................................................................................................
Sudah
hampir dua jam Fira berada di dalam bilik pembedahan. Masih belum ada khabar
berita yang Fikri terima. Fikri sudah tidak senang duduk. Dia mundar mandir di
hadapan bilik pembedahan.
“Fik,
macam mana dengan Fira?” tanya Pakcik Fakrul yang baru sahaja sampai bersama
Datuk Faizal, Datin Maria dan Faiz.
“Abah,
papa, ibu....” ucap Fikri.
“Fira
ada kat dalam....” beritahu Fikri lemah.
“Macam
mana boleh jadi macam ni Fik?” tanya Datin Maria. Air matanya sudah membasahi
pipi.
“Entahlah
ibu, Fik pun tak tahu. Benda jadi
sekelip mata aja..” luah Fikri. Dia juga turut bersedih di atas apa yang
berlaku.
“Sudahlah
tu. Mesti ada hikmah di atas apa yang berlaku. Kita doakan yang terbaik untuk
Fira...” nasihat Datuk Faizal. Dia tahu anaknya itu sedang bersedih, dia tidak
mahu anaknya itu tertekan.
Hampir
3 jam barulah doktor keluar dari bilik pembedahan itu. Fikri segera menerpa kea
rah doktor tersebut untuk mengetahui keadaan isterinya.
“Macam
mana isteri saya doktor?” tanya Fikri.
Doktor
itu menanggalkan masknya. Dia
tersenyum kepada Fikri.
“Alhamdulilah.
Isteri Encik selamat, anak Encik juga kami berjaya selamatkan...”beritahu
doktor tersebut.
“Tahniah
Encik dapat anak lelaki...”
“Tapi
isteri Encik masih tidak sedarkan diri lagi. Anak Encik kami terpaksa letakkan
di nursery dulu kerana keadaan
jantungnya yang lemah dan lahir tidak cukup bulan. Dia harus dipantau buat masa
ni...” tambah doktor itu lagi.
“Alhamdulilah
ya Allah...” Fikri terus membuat sujud syukur disitu. Tiada apa yang
menggembirakan hatinya selain mendengar khabar yang baru diterimanya saat itu.
“Alhamdulilah,
boleh kami lawat dia?” tanya Datin Maria.
“Saya
rasa buat masa ni biarkan pesakit rehat dahulu. Mungkin esok kamu semua boleh
datang untuk melawat...” beritahu doktor itu. Kemudian dia terus meninggalkan
mereka.
......................................................................................................................................................
Sepanjang
malam Fikri menemani Fira. Dia ingin berada disamping Fira sehingga isterinya
itu sedarkan diri. Pakcik Fakrul, Datin Maria, Datuk Faizal serta Faiz telah
menginap di hotel berdekatan. Supaya nanti senang untuk mereka ke sana jika ada
apa-apa berita tentang Fira.
“Abang.....”
panggil Fira perlahan. Selepas pembedahan Fira langsung tidak sedarkan diri.
Pagi itu barulah dia sedar.
“Sayang
dah sedar?” tanya Fikri dalam keadaan mamai. Dia telah terlelap di sisi Fira.
Fira
hanya tersenyum dan mengangguk lemah.
“Bang?
Anak kita mana bang? Fira meraba-raba perutnya yang sudah kempis...” tiba-tiba
dia menangis hiba. Dia beranggapan yang anaknya pasti tidak dapat diselamatkan.
“Kenapa
sayang nangis ni?” tanya Fikri yang kaget melihat isterinya itu.
“Anak
kita.... Maafkan sayang sebab tak dapat selamatkan anak kita...” ucap Fira
hiba.
“Shhh!
Apa sayang merepek ni?” tanya Fikri. Dia menarik Fira ke dalam dakapannya.
“Anak
kita ada sayang. Anak kita selamat. Kita dapat anak lelaki...” beritahu Fikri
ceria.
“Anak
kita selamat? Mana dia bang? Sayang nak tengok dia, sayang nak peluk dia, kucup
dia...” Fira sudah tidak sabar ingin melihat anaknya itu.
“Anak
kita ada kat nursery. Masih dibawah
pengawasan sebab jantung terlalu lemah dan lahir tak cukup bulan...”
“Sayang
sabar ya, nanti abang suruh nurse
bawa anak kita pada sayang...” pujuk Fikri.
Fira
mengangguk setuju. Tidak lama kemudian, ahli keluarga mereka datang melawat
Fira.
“Fira
dah sedar?” tanya Datin Maria ceria. Dia terus mendapatkan menantunya itu.
“Alahmdulilah
bu...” ucap Fira.
“Fira
rehat dulu kat sini, nanti dah okey baru kita balik KL ya. Kami semua akan
temankan Fira dekat sini...” beritahu Datin Maria.
Tiada
apa yang menggembirakan hati Fira sangat itu apabila mendapat tahu anaknya
selamat dan dia sentiasa dikelilingi orang-orang yang sangat menyayanginya.
BAB 50
“Kimi,
jangan lari-lari, nanti jatuh sayang!” jerit Fira kepada anak lelakinya itu.
Kini
usia perkahwinan Fira dan Fikri telah menjangkau 4 tahun. Anak mereka juga
telah berusia 3 tahun. Anak itu telah diberi nama Mohd Isy’ham Hakimi.
Alhamdulilah, walaupun semasa lahir keadaan Hakimi sangat lemah dan tidak cukup
bulan, anak itu telah membesar dengan baik tanpa sebarang masalah kesihatan.
“Alah
sayang ni, biarlah Kimi tu main. Nama pun budak-budak...” balas Fikri.
“Memanglah,
nanti jatuh siapa susah? Nanti rengeknya kat siapa? Kat mama dia juga kan?”
bebel Fira. Fikri hanya tersenyum sahaja.
“Sayang...”
panggil Fikri.
“Ya,
kenapa?” tanya Fira yang sedang menuang air ke dalam cawan.
“Sayang
tak rasa ke yang Kimi tu dah patut ada adik?” tanya Fikri sambil tersenyum
nakal.
Fira
memandang suaminya dengan penuh curiga.
“Kimi
yang patut ada adik atau papa Kimi yang rasa nak tambah anak lagi?” tanya Fira
memerli Fikri.
“Dua-dua...”
jawab Fikri selamba sambil tersengih kepada isterinya.
“Sayang
okey jer. Tapi abang tu sanggup ke nak layan karenah sayang time mengandung nanti?” Duga Fira.
“Demi
isteri abang ni, abang sanggup buat apa sahaja...” ucap Fikri sambil mengucup
tangan Fira
“Sayang
tahu kan, cinta dan sayang abang hanya untuk sayang sorang...” tambah Fikri
lagi.
“Sayang
tahu! Cinta dan sayang sayang pun hanya untuk abang sorang aja!” balas Fira
sambil mengucup pipi Fikri.
Kimi
yang sedang bermain terus mendapatkan mama dan papanya.
“Kimi
nak minum? Mari sini dekat mama, sayang...” panggil Fira.
“Kimi
nak adik tak?” tanya Fikri kepada anaknya itu.
“Adik?
Nak.. nak..! Nanti Kimi ada kawan nak main...” ucap Kimi gembira.
“Mintalah
kat mama!” ucap Fikri sambil mengenyit mata pada anaknya.
“Apa
pula. Abanglah...!” balas Fira.
“Kimi
minta kat mama dengan papalah! Boleh..?” celah Kimi.
Fira
dan Fikri tergelak mendengar kata-kata Kimi itu. Sesungguhnya kehidupan mereka
kini lebih bahagia berbanding dahulu.
Datuk
Faizal telah menyerahkan segala urusan syarikat kepada Fikri. Dia lebih banyak
menghabiskan masanya dengan Datin Maria melakukan ibadat dan bercuti. Fira pula
selepas melahirkan Mohd Isy’ham Hakimi, dia terus berhenti kerja. Dia indin
menumpukan perhatian kepada suami dan anaknya. Pakcik Fakrul pula telah
berkahwin dengan seorang wanita yang ditemuinya ketika sama-sama mengerjakan
haji setahun yang lalu. Kini Fira tidak perlu risau lagi tentang abahnya kerana
abahnya sudah pun mempunyai teman baru. Faiz pula telah dihantar belajar ke
luar negara. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang Arkitek terkenal.
Ely
pula telah ditangkap kerana kes langgar lari. Berdasarkan rakaman cctv yang
terdapat di kawasan Fira dilanggar beberapa tahun lalu, kereta yang cuba melanggarnya
adalah milik Ely. Sheqa pula sudah menggantikan tempat Fira sebagai setiausaha
Fikri. Walaupun bidang Sheqa bukan dalam tugas tersebut, tetapi atas permintaan
Fira dia telah menggantikan Fira. Memandangkan sewaktu Fira cuti bersalinkan
Hakimi, tugasnya telah digalas oleh Sheqa. Syafiq pula sudah mendirikan
rumahtangga setahun yang lalu. Dan kini dia sedang menanti kelahiran cahaya
matanya yang pertama. Hisyam pula sudah berhenti kerja dan pulang ke kampungnya
di Perak . Dia telah membuka perniagaannya sendiri.
.....................................................................................................................................................
“Abang...
Sayang rasakan, sayang teringinlah nak makan ikan keli salai masak sambal...”
pinta Fira tiba-tiba.
“Ikan
keli? Sayang kan tak makan ikan keli, tiba-tiba aja ni kenapa?” tanya Fikri
sedikit pelik. Setahunya isterinya itu memang tidak gemar makan ikan sungai.
“Entahlah,
tiba-tiba rasa nak makan...”
“Nanti
abang tolong masakkan ya? Tak nak beli, tak nak orang lain masak. Nak abang
juga yang masak..!” tambah Fira lagi sebelum sempat Fikri menjawab.
“Hah..?”
Fikri terkejut dengan permintaan isterinya yang tiba-tiba itu.
“Kenapa?”
tanya Fira kembali.
“Sayang
mengandung ke? Dah berapa hari lewat ni?” tanya Fikri meminta kepastian.
“Mengandung?
Takkanlah. Rasa belum lewat, ikut tarikh lagi beberapa hari. Lagipun period sayang memang tak teratur
sikit...” belum sempat Fira meneruskan kata, dia sudah bangun menuju ke bilik
air. Tekaknya terasa mual.
Fira
memuntahkan segala isi perutnya. Selepas agak lega, baru dia keluar semula dari
bilik air.
“Sayang...
Sayang okey ..?” tanya Fikri risau.
“Pening..
pening...” jawab Fira pendek
“Abang
yakin dan pasti yang sayang sayang mengandung!” ucap Fikri dengan gembira
sambil membanti Fira kembali ke katil.
“Ye
je abang ni. Belum pergi cek doktor lagi pun kan? Lagipun macamlah abang yang
rasa...”balas Fira.
“Eh,
abang tahulah! Abang yang buat...” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
“Gatal..!!”
Fira mencubit perlahan pinggang suaminya itu.
“Esok,
kita pergi klinik ya?” ajak Fikri.
“Okey,
sayang peninglah...”
“Tolong
picitkan boleh?” pinta Fira ssambil tersengih.
“Yela.
Mari sini abang tolong picitkan...” balas Fikri.
Tiba-tiba
pintu bilik mereka ditolak, terjengul wajah comel si kecil Hakimi.
“Kimi
sayang, kenapa tak tidur lagi ni?” tanya Fira kepada anaknya itu.
“Kimi
nak tidur dengan mama dan papa boleh?” tanya Kimi meminta izin.
Fira
memandang suaminya. Fikri hanya tersenyum dan mengangguk.
“Mari
sini sayang...” panggil Fira.
Hakimi
terus mendapatkan mama dan papanya. Dia berbaring di sebelah Fira. Kini Fira
berada di tengah-tengah antara Hakimi dan Fikri. Hakimi memeluk erat mamanya.
“Mama,
tadi Kimi mimpi dapat adik...”ucap Kimi.
Fira
hanya tersenyum sahaja.
“Kimi
mimpi dapat adik perempuan ke lelaki?” tanya Fikri.
“Entahlah,
tapi adik Kimi tu ada dua...” beritahu Hakimi.
“Dengar
tu sayang dua. Tu maknanya kembar la tu. Abang memang pastilah yang sayang
mengandung..” ucap Fikri kepada Fira.
“kembar
okey!” tambah Fikri lagi sambil menunjukkan angka dua pada Fira.
“Yela
tu bang. Jangan terlampau yakin sangat okey selagi tak pergi cek doktor...”
balas Fira.
“Boleh
dapat malam ni tak mama adik tu?” tanya Hakimi tiba-tiba.
Fira
tergelak mendengar pertanyaan anaknya itu.
“Tak
boleh sayang, kena tunggu 9 bulan baru boleh dapat adiknya...” balas Fira
sambil mencium anaknya itu.
“Kimi
tidur dulu, nanti esok-esok Kimi akan dapat adik Kimi okey..!” pujuk Fikri
pula.
Hakimi
akur dengan arahan papanya itu. Dia memeluk erat Fira. Fira menepuk-nepuk Hakimi
supaya tidur. Fikri pula masih lagi memicit kepala Fira. Sehingga akhirnya,
kedua-dua mereka tertidur.
Fikri
menarik selimut menutup tubuh kedua-duanya. Dia mengucup lembut dahi Hakimi dan
Fira. Kemudian dia merebahkan dirinya di sebelah Fira.
Fikri
berharap agar kebahagiaan yang dialaminya ini akan berkekalan hingga akhir
nanti. Dia berazam untuk menjadi seorang suami dan bapa yang penyayang
serta bertanggungjawab kepada keluarganya. Kini dia yakin, apa yang terjadi
telah ditakdirkan oleh Allah.
Sekian.....