Blogger Layouts

Friday 15 June 2012

assalamualaikum. Dah lama rasanya achiem x update cter kan, hri ni tetiba dpt idea nk wat cerpen... Cerpen ni tercetus sbb mmber opis ni dok perli2 achiem baca cte Suami Aku Ustaz.. So, achiem pon rasa  cam nk wat jerk cerpen tjuk Isteri Aku Ustazah. Kpd pemilik novel tersebut, achiem xniat meniru karya awak cuma achiem mndptkan idea berdasarkan novel awak... Tq n sori banget.... Novel awk tu memang best... ^_~

Monday 4 June 2012

~ CINTA YANG BENAR (PART 9) ~



CINTA YANG BENAR (PART 9)
Awal-awal pagi lagi Miazara sudah bangun untuk menyiapkan sarapan buat penghuni Villa Kasih. Hari ini merupakan hari pertama Alysa ke pejabat mengikut abangnya Mikhail.
“Sarapan dah siap?” tegur Mikhail yang baru turun.
“Eh! Dah siap dah. Awal En. Mikha turun...”
“Kenapa? Salah ke kalau saya turun awal?”
“Errr.... tak adalah.........” belum sempat Miazara membalas lebih panjang, Mikhail sudah memotongnya terlebih dahulu.
“Nanti jangan lupa kemas bilik saya!” pesan Mikhail . Dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi .
Miazara pula terus sahaja mengisikan air ke dalam cawan dan nasi goreng yang dibuatnya ke dalam pinggan Mikhail.
“Aik abang... Awal turun....” tegur Alysa yang baru sahaja turun ke ruang makan.
“Saja... Mama mana?”
“Mama ada ni. Kenapa kamu tanya-tanya mama?” semua mata tertumpu pada Datin Sofia yang berada di belakang Alysa.
“Mari sarapan auntie, Lysa...”
Miazara terus mencedokkan nasi goring buat Alysa dan Datin Sofia. Miazara ingin segera beredar ke belakang. Tetapi dihalang oleh Datin Sofia.
“Zara nak pergi mana tu? Marilah sarapan sama kami...”
“Eh, tak apalah auntie. Zara makan nanti-nanti aja. Nak siapkan kerja kat belakang dulu...”
“Kerja tu nanti-nanti siapkan, mari sarapan dulu dengan kami...”
“Tak apalah auntie....”
“Orang dah pelawa tu, setuju ajalah. Banyak pula songehnya....” perli Mikhail selamba tanpa memandang Miazara.
‘eh dia ni. Hari tu dia juga yang kata, jangan makan dengan dia orang. Ni lain pula. Senget!’ gumam Miazara di dalam hati . Dia memandang Mikhail. Tetapi Mikhail buat tak tahu sahaja.
“Apa akak dok pandang-pandang abang tu? Marilah kak, kita sarapan sama...”
Miazara tersentak ditegur Alysa. Dia tersenyum kepada Alysa. Kemudian dia mengambil tempat dan makan bersama mereka.
..........................................................................................................................................................
Selepas Mikhail dan Alysa bergerak ke pejabat, Datin Sofia terus menjengah kebun bunganya yang berada di halaman belakang Villa Kasih. Miazara pula setelah siap mengemaskan meja makan, dia terus naik ke tingkat paling atas di mana bilik Mikhail berada.
Perlahan-lahan Miazara memulas tombol pintu. Dia melangkah masuk ke dalam bilik Mikhail. Masuk sahaja dia terus berdiri tegak.
‘Nak kemas apanya ni? Semua dah kemas. Katil pun dah kemas.’ Desis hati kecil Miazara. Dia berjalan di sekitar bilik Mikhail. Mencari kalau-kalau ada yang tidak kawasan yang tidak berkemas. Puas Miazara mengelilingi bilik Mikhail untuk mencari bahagian mana yang tidak berkemas, tetapi dia tetap tidak temukan. Keseluruhan bilik itu sangat kemas dan teratur. Miazara mengambil keputusan untuk keluar sahaja dari bilik itu.
‘Eh! Baju kotor dia...’ Miazara berkata sendirian. Dia berpusing semula untuk mengambil baju kotor Mikhail di dalam bakul yang disediakan.
‘Aik! Mana baju-baju kotor dia? Dia dah basuh sendiri ke? Ermmm..’ Miazara tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia mengangkat bakul itu dan menunggang terbalikkannya untuk memastikan yang bakul itu kosong tiada isi.
‘Bilik kemas. Baju kotor pun tak ada. Mana pula dia letak baju-baju kotor dia ni. Ish! Dia ni sengaja tau nak membuli aku. Ah! Lantaklah...’ Miazara terus melangkah keluar dari bilik Mikhail. Ketika dia turun ke bawah, dia terserempak dengan Datin Sofia yang baru sahaja masuk ke dalam rumah.
“Zara buat apa kat atas tu?”
“Errr... Zara pergi tengok bilik gym kejap tadi...”
“Auntie nak minum? Zara buatkan...”
“Boleh juga...”
Miazara meminta diri ke dapur untuk membuatkan Datin Sofia air.
..................................................................................................................................................................
Malam itu, mereka semua ke ‘airpot’ untuk menghantar Datin Sofia. Datin Sofia akan pulang  semula ke London setelah hampir 2 minggu berada di Malaysia. Kali ini dia pulang sendirian kerana Alysa akan tinggal di Malaysia untuk menguruskan syarikat milik keluarga mereka bersama abangnya. Miazara juga telah diajak sama.
“Mikha, jaga adik kamu baik-baik ya. Lagi satu, mama amanahkan Zara dekat kamu juga. Jaga dia elok-elok. Jangan buli-buli dia....”
Mikhail tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya mengangguk sahaja.
“Lysa, jaga diri baik-baik ya nak. Tengok-tengok abang kamu ni. Kalau dia buli kak Zara kamu, bagitahu mama...”
“Okey Ma... Mama jangan risau ya....”
“Zara, tolong tengok-tengokkan anak-anak auntie ni ya. Anggap kami semua macam saudara Zara sendiri ya nak....”
Miazara hanya tersenyum dan mengangguk sahaja. Sedih pula rasa hatinya ingin berpisah dengan Datin Sofia. Datin Sofia telah melayannya seperti anak sendiri semenjak dia tinggal di rumah itu.
Selepas bersalaman dan berpelukan, Datin Maria masuk ke ruang berlepas.
................................................................................................................................................................
Sebelum mereka pulang ke rumah , mereka singgah di kedai makan untuk makan malam terlebih dahulu.
“Lysa, akak nak pergi toilet kejap.”
“Okey! Akak nak Lysa temankan ke?”
“Pergi toilet pon nak berteman ke?” sinis sahaja Mikhail memerli.
“Eh, sibuk je abang ni. Biarlah...”
“Taka pa lah Lysa, akak boleh pergi seorang...” balas Miazara sambil tersenyum. Dia melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.
Ketika keluar dari tandas, Miazara terlanggar seseorang tanpa sengaja.
“Maaf Encik, saya tak sengaja...” ucap Miazara tanpa menoleh siapa yang dilanggarnya.
“ Miazara?”
Miazara segera menoleh ke arah suara yang menegurnya itu.
“Ghaz.....” Miazara agak terkejut sedikit melihat Ghazali. Selepas kejadian tempoh hari, inilah kali pertama mereka bertemu semula.
Belum sempat Ghazali berkata lebih, seseorang telah menyapanya terlebih dahulu.
“Sayang... You buat apa lama sangat ni...” tegur wanita itu.
Miazara menoleh ke arah wanita tersebut.
“Balqis....”
“Eh, Zara! Kau buat apa kat sini?”
“Errr, aku pergi makan dengan majikan aku.”
“Majikan? Wah, kau dah kerja ye sekarang? Kerja apa? Kat mana?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Balqis. Ghazali pula hanya diam sahaja. Kelihatannya Balqis langsung tiada rasa bersalah dengan kejadian yang berlaku tempoh hari.
“Kerja biasa-biasa je. Okeylah Balqis, Ghaz... Saya pergi dulu.” Miazara meminta diri untuk beredar. Dia juga sudah tidak membahasakan dirinya ‘zara’ lagi kepada Ghazali.
“Zara... Tunggu dulu....” Ghazali cuba menghalang, tetapi Miazara sudah terlebih dahulu meninggalkan mereka.
“Sayang, you jangan nak macam-macam ye. Biar ajelah dia pergi. Yang you nak sibuk-sibuk panggil dia kenapa?” halang Balqis.
Ghazali hanya diam patuh.
..................................................................................................................................................................
Miazara kembali  mendapatkan Mikhail dan Alysa.
“Maaf, lama....”
“Tak apa kak...”
“Memang lama, entah apa dibuat agaknya....”
“Eh, abang ni. Membebel pula. Dahlah, pergi panggil pelayan tu...”
Mikhail terus memanggil pelayan. Semasa membuat pesanan, tidak ada sesuatu pun yang menarik perhatian Miazara.
“Cepat sikit boleh? Nak order makan pun susah...”
“Abang ni kenapa? Nak marah-marah kak Zara pula...”
“Errr, tak apalah saya minum aja...”
“Jangan nak ngada-ngada tak nak makan! Nanti sakit, kami juga yang susah.”
“Bagi lagi satu set yang ni ya....” ucap Mikhail sambil menunjukkan menu pilihannya kepada pelayan.
Pelayan tersebut hanya mengangguk tanda faham.
Semasa makan Miazara tidak banyak bercakap. Makannya pun tidak habis. Alysa pelik melihatkan Miazara. Mikhail pula sebenarnya sudah mengetahui apa yang terjadi sebentar tadi. Kebetulan dia juga ingin ke tandas, tapi tidak jadi kerana terlihatkan Miazara bersama Ghazali dan Balqis. Dia cuma memerhatikan apa yang terjadi. Dia pasti apa yang terjadi kepada Miazara ada kena mengena dengan apa yang dilihatnya tadi.
..................................................................................................................................................................
Tiba sahaja di rumah. Miazara terus meminta diri naik ke biliknya.
“Abang, Kak Zara tu kenapa?”
“Manalah abang tahu. Lysa tanyalah dia sendiri....”
“Ish tak naklah. Tak berani...”
“Dah tu, biarkan jerlah dia sendirian dulu. Jangan kacau dia...”
Mikhail turut melangkah naik ke biliknya meninggalkan adiknya itu sendirian di ruang tamu.
Malam itu Miazara tidak dapat melelapkan matanya. Di ruang matanya terbayang-bayang kemesraan Balqis dan Ghazali serta kenangan-kenangan ketika dia bersama mereka dahulu. Sedih hatinya mengenangkan mereka berdua yang sanggup mengkhianatinya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk turun ke bawah menonton televisyen memandangkan jam baru pukul 11.00 malam. Alysa mungkin sudah dibuai mimpi kerana kepenatan bekerja di siang hari. Mikhail? Malas dia mengambil tahu perihal lelaki itu.
Walaupun matanya pada kaca televisyen, tapi hati dan fikirannya menerawang entah ke mana.
Mikhail yang sedang terkocoh-kocoh turun ke bawah, ternampak Miazara yang sedang menonton televisyen. Dia mendapatkan Miazara di situ.
“Mia....??”
Miazara yang sedang berkhayal langsung tidak perasan Mikhail memanggilnya.
“Miazara Syuhada!” panggil Mikhail. Kali ini lebih kuat dari tadi. Dia menyentuh perlahan bahu Miazara.
“Hah?”
“Awak ni kenapa? Awak buat apa duduk kat sini sorang-sorang?”
“Errr....”
“Ni awak tengok tv ke tv yang tengok awak? Kalau tak nak tengok tv matikan... jangan membazir...”
“Sorry....”
“Dahlah, pergilah masuk tidur sana.” Ucap Mikhail. Dia ingin beredar meninggalkan Miazara. Tiba-tiba sahaja Miazara bersuara.
“Kenapa saya tak boleh nak lupakan dia Mikha? Saya benci... saya sakit tengok dia dengan Balqis. Saya sedih sangat bila kenangkan mereka sanggup khinati saya....”
Mikhail yang baru sahaja hendak beredar berpaling semula menghadap Miazara. Kemudian dia melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan Miazara.
“Kenapa saya ni terlalu lemah sangat?” Miazara sudah mula mengalirkan air matanya.
Mikhail tidak berkata apa. Dia cuma menjadi pendengar setia setiap luahan Miazara.
“Saya ni buruk sangat ke , sampai tak ada siapa yang nak kat saya. Sampai saya ditinggalkan?”
“Mungkin sebab tak cantik macam Balqis, sebab tak pandai bergaya, Ghaz tinggalkan saya.”
“Kecantikan luaran tak sama tandingan dengan kecantikan dalaman Mia. Bagi saya awak ada kecantikan dan keistimewaan awak tersendiri yang tidak ada pada orang lain. Kecantikan luaran kita boleh ubah, tapi kecantikan dalaman adalah kecantikan yang hakiki. “ Mikhail memberikan kata-kata semangat kepada Miazara.
“Awak kena belajar lupakan dia. Kalau dia betul ikhlas cintakan awak, dulu lagi dia dah ikat awak menjadi milik dia yang sah.” Tambah Mikhail lagi.
“Tolong saya Mikha... Tolong saya lupakan dia...” pinta Miazara. Dia memandang Mikhail dengan penuh pengharapan. Seraya itu, telefon bimbit milik Mikhail berbunyi.
Tertera nama Ilham  di skrin telefon bimbitnya. Segera dia berpaling dan menjawab panggilan telefonnya itu.
“weyh, aku rasa aku tak dapat joint lah malam ni. Ada hal sikit. Sorry ya...”
Hanya itu sahaja yang dapat didengari oleh Miazara. Selepas menjawab telefon dia menghadap Miazara semula.
“Sorry... “
“Awak nak saya tolong apa Miazara?”
“Tolong saya. Jadikan saya seorang yang kuat, pandai bergaya dan semua yang saya tak tahu...”
“Errrmmmm... tengoklah nanti. Sudahlah, pergilah masuk tidur. Usah dikenang masa lalu awak tu.”
“Lagi satu, tak perlu nak bersedih dengan apa yang awak lihat tadi di kedai makan tu.”
“Hah? Awak nampak ke?”
Mikhail hanya mengangguk. Miazara pula hanya tertunduk.
“Pergilah tidur....”
Miazara hanya mengangguk. Dia bangun dan ingin beredar.
“Nanti kejap. Tadi pagi awak tak masuk bilik saya ke?” Sempat lagi Mikhail bertanyakan tugas Miazara dalam keadaan Miazara begitu.
“Masuk. Kenapa?”
“Awak kemas ke tak?”
“Errrr....”
“Awal tak kemas kan?”
“Emm, nak kemas macam mana. Bilik tu dah memang kemas. Saya tak tahu nak kemas macam mana lagi. Baju kotor pun tak ada.”
“Memanglah dah kemas, tapi awak tak cek ke habuk-habuk kat atas meja ke tingkap ke....”
“Errr, yang itu saya tak cek pula...”
“Lenkali cek. Saya tak suka bilik saya berhabuk...”
“Baik!”
“Herm! Dah pergilah naik atas sana.”
Miazara terus berlalu meninggalkan Mikhail.