Blogger Layouts

Wednesday 22 February 2012

♥ JATUH CINTA!! 12 ♥

BAB 12
“Mie betul-betul serius ke dengan apa yang Mie cakap semalam?” tanya Raja Salman meminta kepastian dari Tengku Shahmie.
“Yups! Mie memang serius... Kalau boleh Mie nak ikat Meera terus jadi pasangan hidup Mie. Mie tak nak bercinta lama-lama...” jelas Tengku Shahmie bersungguh-sungguh
Melihat kesungguhan Tengku Shahmie inginkan Raja Shameera membuatkan Raja Salman yakin dengan keputusan yang bakal dibuat nanti.
“Emm... Baiklah! Sebenarnya Along suruh Mie datang ni pun pasal hal semalam tulah...” beritahu Raja Salman. Raja Syazwan di sebelah hanya diam sahaja, memberi ruang kepada abangnya bercakap. Tengku Shahmi berasa gementar menunggu apa yang bakal diberitahu oleh Raja Salman.
“Kami berdua dah buat keputusan nak bagi peluang pada Mie untuk dekati Sham. Tapi....... “ belum sempat Raja Salman meneruskan kata-katanya, Tengku Shahmie  sudah mencelah terlebih dahulu.
“Tapi apa Long...?” tanya Tengku Shahmie tidak sabar. Raja Salman tersenyum kepada Raja Syazwan sebelum dia meneruskan kata-katanya. Tindak tanduk mereka itu membuatkan Tengku Shahmie kembali gusar.
“Tapi ada syaratnya... Angah, tolong bagitahu Mie apa syaratnya..!” Raja Salman mengarahkan Raja Syazwan memberitahu Tengku Shahmie syarat-syarat yang telah mereka bincangkan.
“Syaratnya tak banyak cuma …... Pertama, kau kena putuskan hubungan dengan semua awek kau. Kedua, kami akan bawa kau jumpa nenek. Kalau nenek setuju, kami pun setuju dan yang ketiga, kau kena berusaha sendiri untuk pikat hati Sham. Kami tak akan masuk campur, melainkan atas sebab-sebab tertentu.” Jelas Raja Syazwan satu persatu. Tengku Shahmie mendengar dengan teliti setiap syarat yang disebutkan oleh Raja Syazwan.
“Itu aje ke syarat-syaratnya?” tanya Tengku Shahmie
“Kenapa? Kau nak kita orang tambah lagi ke?” Tanya Raja Syazwan. Sengaja ingin menduga sahabatnya itu.
“Eh, tak adalah! Cukuplah tu….” Jawab Tengku Shahmie sambil tersengih.
“So, macam mana? Mie setuju ke tak dengan syarat kami tu?” Raja Salman pula tiba-tiba bertanya untuk mendapatkan kepastian dari Tengku Shahmie.
Tengku Shahmie hanya mengangguk dan tersenyum tanda bersetuju.
“Hah! Lupa pula aku nak bagitahu, kau tak dibenarkan bercakap dengan Sham kalau korang berjumpa selagi kau tak jumpa nenek, okey…!” tambah Raja Syazwan lagi.
“Aku setuju! Apa syarat sekalipun aku sanggup. Asalkan aku diberi peluang untuk mendekati Meera. Aku memang sungguh-sungguh dan ikhlas sayangkan dia. Mungkin korang anggap benda ni gila. Sebab mustahil untuk jatuh cinta dalam tempoh masa yang sekejap. Tapi aku yakin, perasaan yang aku rasa sekarang ni adalah anugerah terindah dari Allah.” Balas Tengku Shahmie bersungguh-sungguh dan penuh semangat.
“Baiklah! Tapi ingat, kalau Along tahu Mie guna cara kotor untuk dapatkan Sham, Along takkan teragak-agak untuk tarik balik peluang ni…” tegas Raja Salman memberi peringatan kepada Tengku Shahmie. Dia risau kalau-kalau Tengku Shahmie menggunakan cara yang salah untuk mendapatkan adik kesayangannya itu. Orang kalau dah mabuk cinta, benda lain dah tak difikirkan. Yang penting dia dapat apa yang dia nak.
“Kami percayakan kau! Aku harap kau takkan sia-siakan kepercayaan kami pada kau.” Raja Syazwan pula menambah.
“InsyaAllah! Along dengan Wan boleh percayakan Mie. Mie takkan buat sesuatu yang salah, sebab Mie nak jadikan Meera teman hidup Mie bukan perempuan simpanan…” jelas Tengku Shahmie dengan penuh keikhlasan.
“Tapi, Sham tu masih belajar lagi. Mie sanggup ke tunggu?” tanya Raja Salman lagi
“Kalau betul dia jodoh Mie, Mie sanggup tunggu...” jawab Tengku Shahmie sambil tersenyum.
“Aku harap kau tak cepat putus asa layan kerenah Sham tu!” celah Raja Syazwan sambil tersenyum sinis.
“Apasal pula?” tanya Tengku Shahmie kembali.
“Yelah, Sham tu kan kasar. Garang pula tu. Kuat membebel dan macam-macamlah lagi. Mie sanggup ke nak ngadap perangai dia tu?” Raja Salman menjawab sebelum sempat Raja Syazwan membalas.
“Kau pula tu banyak pula songehnya. Apa hari tu kriteria calon teman hidup yang kau nak?” saja Raja Syazwan memulangkan paku buah keras kepada Tengku Shahmie.
“Hahaha Aku rasa Meera ada kot semua tu! Budi pekerti dia elokkan? Dengan kata lain, tak tinggal solat dan jaga adab. Kalau perangai dia yang entah apa-apa dan tak bertudung tu, kita boleh didik dia pelan-pelan! Hehehe Masak pun dia pandai, cantik pun cantik, comel pun comel. Kiranya sedaplah mata memandang kan! Cuma yang boros tu aku tak tahulah. Tak pernah keluar dengan dia. Hehehe So,  aku rasa dah kira sedang elok dan memenuhi citarasa hati akulah tu...” jelas Tengku Shahmie. Setiap kriteria yang disebut oleh Tengku Shahmie hanya dibalas dengan anggukan sahaja oleh Raja Syazwan tanda mengiyakan kata-kata Tengku Shahmie itu.
“Sham tu, kalau bab berbelanja ni dia fifty-fifty. Kadang jimat kadang boros! Hahaha” Raja Salman mencelah tiba-tiba.
“Ha’ah, kalau kau nak tahu Sham tu pelik sikit. Kadang-kadang dia sangatlah pemurah alias pemboros, kadang-kadang penjimat alias kedekut! Kalau dia suka sesuatu tu, dia akan berbelanja ikut suka hati dia. Kadang-kadang, kalau dia  suka tapi dia rasa benda tu tak perlu dan tak ada kegunaan, memang jangan haraplah dia nak keluarkan duit untuk beli. Dia kata ‘ sayang duit. Nak dapat duit bukan senang.’ Kalau dia rasa pemurah sangat, dia akan belanja kami dan kawan-kawan dia makan ataupun belikan something untuk kami, even benda tu sesuatu yang simple. Tapi bila datang time kedekut dia, kalau dia nak benda tu tapi tak nak keluar duit, dia akan kikis kami. Bila kami cakap dia kedekut, dia akan jawab ‘ Nak kaya kenalah kedekut’ dan lepas tu dia ketawa. Itulah Raja Shameera adik kesayangan kita orang. Kalau kau nak tahu lebih lanjut, cuba kau try bawa dia pergi shopping ke ataupun dalam tempoh kau nak usha dia tu, ajak dia keluar dan tengok macam mana perangai dia yang sebenar! Tu pun kalau dia naklah... hehehe”  Jelas Raja Syazwan panjang lebar. Tengku Shahmie begitu teruja mendengar penjelasan Raja Syazwan. Mendengar penjelasan Raja Syazwan itu membuatkan Tengku Shahmie tergelak mengenangkan keletah Raja Shameera.
“Hahaha Macam-macam aje adik korang ni eak? Aku tahu dia tu baik hati walaupun agak pelik sikit fi’il dia tu. Hahaha” balas Tengku Shahmie sambil ketawa.
#############
“Siapa ajelah lagi yang sebut-sebut aku ni? Uhuk-uhuk...” Raja Shameera yang sedang minum air tersedak tiba-tiba. Nasib baik tidak tersembur air yang diminumnya.
“Nasib baik bukan masa persembahan tadi! Kalau tak, habis rosak semuanya...!” tambah Raja Shameera lagi.
“Entah-entah kau minum tak baca Bismillah kot. Tu pasal tersedak!” tegur Damia Tan
“Ye ke? Aku pun lupa, aku dah baca Bismillah ke belum. Hehehe” balas Raja Shameera sambil tersengih.
“ Korang ni balik pukul berapa?” tanya Fatiha tiba-tiba.
“Aku tunggu abang-abang aku ambil, Mia tunggu Ummi dia. Korang pula?’ tanya Raja Shameera kembali.
“Kejap lagi kita orang balik bilik, kemas-kemas. Lepas tu , keluar. Malam ni, aku nak ajak Dahlia tidur rumah Mak Cik aku. Esok kami balik hostel semula.” Jelas Fatiha
“Owwh! Kau Mika? Yani? Stay hostel ke keluar?” tanya Raja Shameera kepada mereka berdua.
“Aku nak keluar ke mana aje? Bukan ada kawan lain sangat selain korang ni, roommate aku pun aku tak rapat! Nak balik rumah mak abah aku, jauh kat Perak sana. Lepak hostel ajelah gaknya!” jawab Fazliyani.
“Ikut aku balik jom... Hari Isnin pergi kelas dari rumah aku je karang! Kau bawalah baju lebih-lebih sikit...” ajak Raja Shameera sambil tersenyum.
“Haahlah Yani, jomlah.... Esok kita keluar jalan-jalan. Nanti aku pinjam kereta Ummi aku.hehehe” pujuk Damia Tan pula.
“Aku nak ikut juga balik rumah kau, boleh tak? Hehehe” celah Rayyan Mikael sambil tersengih kepada Raja Shameera.
“Sibuk aje kau ni Mika! Asyik nak menempel dengan dorang aje.. Apa kau ni dah tak ada kawan sejenis ke?” selamba sahaja Fatiha menegur Rayyan Mikael.
“Entah! Sibuk aje... Tak malu ea? Asyik nak menempel dengan kita orang. Kau pergilah balik rumah family kau sana..!” Raja Shameera pula menokok tambah dengan selamba. Rayyan  Mikael hanya tersengih sahaja sebelum dia membalas balik kata-kata mereka.
Family aku kat Selangorlah! Jauh juga kot nak balik... penat tu....”
“ Kalau esok aku nak joint korang keluar, boleh tak?” tanya Rayyan Mikael.
“Suka hati kaulah Mika... Tapi pergi sendiri tau! Kita jumpa kat tempat kejadian je nanti...” jawab Raja Shameera. Rayyan Mikael tersengih mendengar jawapan Raja Shameera. Ini adalah peluang untuk dia mendekati Raja Shameera.
......................................
Selepas mengemas barang-barang mereka, Raja Shameera dan Damia Tan menunggu keluarga mereka datang menjemput di kafe. Fazliyani juga telah bersetuju untuk mengikut Raja Shameera pulang ke rumahnya. Sebaik sahaja Fazliyani bersetuju, dia terus sahaja beritahu abang-abangnya. Rayyan Mikael pula berbesar hati untuk menemani mereka bertiga di kafe sementara menanti kedatangan keluarga masing-masing. Fatiha dan Dahlia pula sudah terlebih dahulu keluar selepas mereka makan.
Selepas ini, mereka berempat akan jarang bertemu dengan Fatiha dan Dahlia kerana untuk course yang mereka ambil telah dibahagikan kepada dua kelas. Fatiha akan sekelas bersama Dahlia. Manakala Raja Shameera, Damia Tan, Fazliyani dan Rayyan Mikael pula akan berada di kelas yang sama.
“Eh! Ummi aku dah sampailah. Aku balik dulu ya! Esok aku call korang, inform pasal plan kita tu.. okey!” Damia Tan meminta diri untuk pulang apabila kereta yang dipandu ibunya sudah sampai. Mereka bertiga hanya mengangguk dan melambai kepada Damia Tan.
Best kan kau dengan Mia, duduk kat luar...” Rayyan Mikael bersuara tiba-tiba kepada Raja Shameera. Kini hanya tinggal mereka bertiga sahaja.
“Nak macam mana, rumah dekat! Ikutkan aku, nak duduk hostel je, lagi best...” balas Raja Shameera. Rayyan Mikael hanya mengangguk sahaja. Fazliyani pula sedari tadi hanya diam sahaja.
“Eh Yani, yang kau ni senyap aje kenapa? Malu dengan Mika ke?” tegur Raja Shameera selamba sambil menepuk bahu Fazliyani.
“Hah? Mana ada... Aku tak tahu nak cakap apalah... Sebab tu aku senyap je...!” balas Fazliyani tergagap-gagap menahan malu ditegur begitu.
“Eleh, yelah tu! Kau malu dengan Mika kan? Kan? Kau suka Mika ea...?” galak Raja Shameera menyakat Fazliyani. Muka Fazliyani sudah memerah disakat begitu.
‘Eh, dia ni! Aku suka kaulah! Bukan budak Yani. Haish!’ gumam Rayyan Mikael di dalam hati. Dia begitu leka merenung Raja Shameera yang sedang galak menyakat Fazliyani. Raja Shameera seperti terperasan yang Rayyan Mikael sedang memandangnya. Dengan selamba dia menegur Rayyan Mikael.
“Kau ni pehal tengok aku macam tu?” tanya Raja Shameera seperti tidak berpuas hati.
“Err... Tak adalah, aku tengok mata kau tu cantik lah. Warna hazel... Ori ke tiruan? Hehehe “ seloroh Rayyan Mikael. Dia terkejut akibat ditegur Raja Shameera.
“Ori ar beb! Mana main tiruan-tiruan ni... hahaha  Dah-dah, jangan nak tengok lama-lama. Karang kau jatuh cinta kat aku baru tahu!” jawab Raja Shameera selamba.
“Memang aku ...........” belum sempat Rayyan Mikael meneruskan kata-katanya, Raja Shameera sudah memotong terlebih dahulu.
“Abang aku dah sampailah!” beritahu Raja Shameera saat melihat kereta Honda Civic warna hitam milik Raya Syazwan berhenti berhampiran dengan tempat mereka menunggu. Raja Shameera terus mendapatkan abangnya. Dia meninggalkan Fazliyani dan Rayyan Mikael seketika.
“Hai adik! Lama dah ke tunggu?” tanya Raja Syazwan seraya keluar dari keretanya.
“Cer tengok rambut adik ni? Dah beruban ke belum? Kalau ada, maknanya lama jugalah tu...!” perli Raja Shameera selamba. Raja Syazwan hanya tersengih sahaja.
“Tak payah nak sengih-sengih lah Angah..! Geli tengok. Hahaha “
“Along mana? Apasal tak ikut sama?” tanya Raja Shameera saat tersedar bahawa Alongnya tiada bersama.
“Along ada hal...” jawab Raja Syazwan pendek.
“Ada hal ke malas nak ikut? Hahaha Ni mesti kes kedekut nak guna kereta kesayangan dia tu... Ngeh ngeh ngeh “ balas Raja Shameera sambil ketawa dan membuat gaya ala-ala devil.
“Entah! Hahaha Macam-macam ajelah adik ni! Mana barang adik? Kata ada kawan nak ikut...” Raja Syazwan terus menukar topik.
“Kejap..! Adik pergi kat dorang!” Raja Shameera meninggalkan abangnya di kereta dan pergi mendapatkan Rayyan Mikael serta Fazliyani.
“Yani, jom! Kita gerak sekarang... “ ajak Raja Shameera. Fazliyani hanya menurut sahaja. Sebelum sempat Raja Shameera mengambil begnya, Rayyan Mikael sudah mengambil terlebih dahulu. Raja Shameera menoleh seketika kepada Rayyan Mikael.
“Tak apa, biar aku tolong bawakan!” ucap Rayyan Mikael sambil tersenyum.
“Suka hati kaulah!” balas Raja Shameera. Malas Raja Shameera mahu menghalang. Dah ada orang sudi nak bawakan begnya. Dia pun membiarkan sahaja.
Mereka bertiga berjalan menuju ke kereta Honda Civic milik Raja Syazwan.
“Mana beg adik? Budak lelaki ni pun ikut sekali ke?” tanya Raja Syazwan selamba.
“Eh, taklah bang! Saya tolong bawakan beg Sham ni aje...” jawab Rayyan Mikael mewakili Raja Shameera.
“Owwh! Adik buli dia eak? Ish apalah adik ni... Tak baik tau!” tegur Raja Syazwan sambil menggelengkan kepala.
“Eh, Angah! Adik baik tau! Mana main buli-buli orang ni. Dah dia nak bawa, adik biar ajelah...” balas Raja Shameera selamba. Raja Syazwan hanya mencebik sahaja.
“Meh adik kenalkan kawan-kawan adik ni... Yang ni Yani dan yang ni pula Mika. Ni angah aku, Raja Syazwan... Suka hati korang nak panggil apa. Angah boleh, Abang Wan pun boleh.” Raja Shameera memperkenalkan mereka kepada Raja Syazwan dan sebaliknya. Fazliyani hanya mengangguk dan tersenyum kepada Raja Syazwan, manakala Rayyan Mikael bersalaman dengan Raja Syazwan.
Selepas memasukkan beg ke dalam kereta, Raja Shameera meminta diri untuk pulang.
“Okeylah Mika! Kita orang blah dulu! Esok kita jumpa lagi ya kalau jadi. Daa~~ “ ucap Raja Shameera sambil melambaikan tangan kepada Rayyan Mikael.

                                                    by : achiem~

10 comments:

Hustler said...

Laaa??? nih jek ke?? mana Bab 13??? Tak puas baca.. :|

achiem~ said...

gediklah ko...hahahahaa baca ke? tetttttttt

Aliesha Kirana said...

oh itu je syaratnye. ehehe. ingtkan syarat pelik2 tadi. keh3. caiyok2. heehehe

achiem~ said...

eeh.. dah sudah baca ek kak kiran..hehheee

Anonymous said...

ori ehh mate nye...hahahahaha

Anonymous said...

best2... cpt sambung...

Eppy Safri said...

Hihihi pendek sgt syarat tu...
Alah mika pun nk tackle meera ker...
Xnaklh, nak mie jer....

achiem~ said...

eppy..cukuplah tu.... hehehee syarat simple2 sudah... hehehehe

siti aminah said...

ini je ke nak lagi............best sngat nak lagi

achiem~ said...

wargh..lamenye tak update...huhuhu dah sebulan rupenye... nanti saya update ye.. bz la, plus dengan mood menulis tade..hehehehe sebenarnya dlm proses nak menyambung tapi tak siap lgi..hehee mahap2...