Blogger Layouts

Thursday, 9 February 2012

♥ JATUH CINTA!! 11 ♥

BAB 11
Hari Jumaat itu, Che Wan Husna telah membuat jamuan makan malam untuk keluarganya. Dia turut menjemput Raja Salman dan adik-adiknya. Tengku Shahmie juga telah diingatkan untuk pulang pada hari tersebut.
“Assalamualaikum...!” ucap Raja Salman kepada Tengku Shahmie yang sedang menunggunya dan Raja Syazwan di muka pintu.
Mereka bertiga bersalaman dan berpelukan seketika. Selepas melepaskan pelukan, Tengku Shahmie seperti meninjau-ninjau mencari kelibat seseorang. Raja Syazwan yang perasan akan hal itu, segera menegurnya.
“Kau cari siapa Mie..?” tanya Raja Syazwan ingin tahu
“Err.. Mana Meera?  Tak nampak pun..” tanya Tengku Shahmie cuba menyembunyikan kegusaran di hatinya.
“Sham tak ada, dia kan tengah orientasi sekarang ni..” jelas Raja Syazwan
“Orientasi?” tanya Tengku Shahmie sedikit pelik
“Kau tak tahu ke? Kan dia sambung belajar kat UiTM, sekarang ni tengah orientasi. So, kenalah stay kat hostel. Sabtu ni dia baliklah...” jelas Raja Syazwan lagi
“Oowh...” jawab Tengku Shahmie pendek. Dia rasa sedikit kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan Raja Shameera. Sudah beberapa hari tidak ketemu, membuatkannya rindu kepada gadis itu. Harapannya untuk bertemu dengan gadis yang berjaya mencuri hatinya itu ternyata tidak kesampaian. Hampa menyelubungi diri Tengku Shahmie
“Jomlah masuk... Ibu dengan Ayah ada kat dalam.. Dah siap agaknya dorang..” ajak Tengku Shahmie
Mereka bertiga beriringan masuk dan mendapatkan Tengku Iskandar dan Che Wan Husna yang sudah berada di ruang makan.
“Eh, Man... Wan... Sham mana?” tanya Che Wan Husna saat ternampak mereka
“Sham tengah orientasi bu, kan sekarang ni dia dah sambung belajar kat UiTM...” beritahu Raja Salman. Dia dan Raja Syazwan bersalaman dengan Tengku Iskandar dan Che Wan Husna
“Oowh.. Ibu tak tahu pula...” jawab Che Wan Husna sambil tersenyum
“Sudahlah, nanti kita sambung cerita lagi! Mari makan dulu.” Tengku Iskandar mengajak mereka menikmati makan malam yang telah disediakan
Di meja makan, mereka lebih banyak membicarakan soal kerja. Cuma sekali sekala sahaja terselit cerita peribadi.
............................................
Selepas makan, Raja Salman bersama Raja Syazwan dan Tengku Shahmie duduk santai di gazebo yang terdapat di perkarangan rumah Tengku Iskandar sambil menikmati minuman coklat.
“Along, Wan.... Mie rasa, Mie dah jatuh cintalah...Jatuh cinta pandang pertama..!” Luah Tengku Shahmie tiba-tiba. Raja Salman dan Raja Syazwan sedikit tersentak mendengar pengakuan dari Tengku Shahmie.
“Jatuh cinta? Kau ni betul-betul ke main-main? Kau dah jatuh cinta dengan siapa? Emily? Johana or siapa lagi awek-awek kau tu...?” seloroh Raja Syazwan
“Aku seriuslah! Kali ni aku betul-betul dah jatuh cinta... Seminggu tak jumpa dia, rasa rindu... Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang...” luah Tengku Shahmie lagi dengan penuh perasaan
“Baguslah tu Mie! Perempuan tu tahu tak Mie suka dia?” tanya Raja Salman pula. Tengku Shahmie hanya menggeleng sahaja
“Mie pergilah luahkan perasaan Mie tu kat dia... Terima atau tak, tu belakang kira...” tambah Raja Salman lagi
“Macam mana nak luahkan Long... Asal jumpa Mie je dia naik hangin... Jangan kata nak tengok muka  Mie, cakap dengan Mie pun dia macam tak sudi aja...” balas Tengku Shahmie meluahkan rasa hatinya sambil menghirup hot chocolate.
“Kau ada gambar perempuan tu? Agak-agak aku kenal tak?” Raja Syazwan meminta Tengku Shahmie menunjukkan gambar perempuan yang dimaksudkan kepadanya.
“Kau kenal dia... Kenal sangat-sangat!” jawab Tengku Shahmie sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Kemudian dia menunjukkan gambar perempuan yang dimaksudkan kepada Raja Syazwan. Raja Syazwan mengambil telefon bimbit tersebut dari tangan Tengku Shahmie untuk melihat gambar itu. Raja Syazwan yang sedang minum tersedak melihat gambar yang ditunjukkan.
“Hai Angah, kenapa ni? Sampai tersedak-sedak...” tegur Raja Salman. Raja Syazwan terus menunjukkan gambar yang dimaksudkan kepada Raja Salman
“Betul ke ni Mie?” tanya Raja Salman sambil menoleh ke arah Tengku Shahmie, meminta kepastian. Tengku Shahmie hanya mengangguk.
“Betul ke kau dah jatuh cinta kat Sham ni Mie?” tanya Raja Syazwan pula minta kepastian.
“Yups! Aku dah jatuh cinta kat Meera... Raja Shameera, adik kesayangan korang tu..” luah Tengku Shahmie jujur
“Sejak bila? Setahu Along, Mie baru jumpa Sham sekali aja kan?” tanya Raja Salman
“Dah tu? Macam mana dengan awek-awek kau yang lain?” Raja Syazwan pula menyoal sebelum sempat Tengku Shahmie menjawab pertanyaan Raja Salman.
“Perempuan-perampuan lain tu, pandailah aku uruskan nanti...”
“Sebenarnya, Mie dah pernah terserempak dengan Meera beberapa kali sebelum ni. Tiga hari berturut-turut. Semua tu kebetulan, Mie tak tahu langsung yang Meera tu adik korang. Sampailah masa Mie datang rumah korang hari tu. Dari first time jumpa dia, jantung Mie asyik berdebar-debar aja. Akhir-akhir ni, Mie kerap teringatkan dia. Rindu nak tengok muka dia, dengar dia membebel, senyuman dia dan semuanya tentang dia. Mie rasa, Mie dah mula suka dan sayangkan dia. Mie ikhlas sayangkan dia Along...! Kali ni Mie tak main-main...!” Jelas Tengku Shahmie panjang lebar. Lega sedikit hatinya dapat meluahkan apa yang terbuku di sanubari.
##############
“Uhuk!” Raja Shameera tersedak tiba-tiba ketika dia sedang membuat perbincangan dengan rakan sekumpulannya untuk persembahan esok.
“Siapa pula yang sebut nama aku malam-malam ni...” bebel Raja Shameera
“Uhuk! Uhuk!” sampai berair-air mata Raja Shameera akibat tersedak
“Teruk nau kau tersedak ni Sham! Sampai berair mata...” tegur Damia Tan sambil menepuk perlahan belakang Raja Shameera
“Sham... Nah, minum air ni dulu..!” Rayyan Mikael menyuakan sebotol air mineral kepada Raja Shameera. Raja Shamera menyambut botol air mineral itu dan meneguknya perlahan.
“Terima kasih ya  Mika...” ucap Raja Shameera sambil tersenyum. Rayyan Mikael turut membalas senyuman itu.
“Sham, bulu mata kau gugurlah..” tegur Fazliyani. Raja Shameera meraba-raba bawah matanya, dan memang benar. Ada sehelai bulu matanya yang gugur.
“Orang kata, kalau bulu mata kita gugur maknanya ada orang rindu kat kita...” tambah Fazliyani lagi sambil tersenyum.
“Siapalah agaknya yang rindu kat kau ya Sham? Entah-entah boyfriend kau kot..!” seloroh Fatiha
Boyfriend? Kau dah ada boyfriend ke Sham?” tanya Rayyan Mikael. Dia sedikit gusar mendengar pernyataan yang keluar dari mulut Fatiha itu.
“Kalau Sham dah ada boyfriend, apa salahnya. Dia perempuan kot... Cantik pula tu, walaupun ada sedikit jantanlah dalam diri dia tu... hehehe” ucap Fatiha selamba. Nasib baik Raja Shameera jenis selamba dan tidak mudah terasa hati. Kalau tak, sudah lama dia sula mulut si Fatiha yang selamba itu.
“Apa korang merepek ni? Haish..!! Tak ada boyfriend-boyfriend nya.. kalau ada orang yang nak rindu aku pun, tak lain tak bukan abang-abang kesayangan aku dengan nenek aku je..!” balas Raja Shameera. Rayyan Mikael tersenyum mendengar jawapan Raja Shameera itu. Hatinya sedikit tenang dengan pernyataan itu.
“Kau ni Mika, apa hal tersenyum-senyum? Dah gila ke?” perli Raja Shameera
“Err.... Tak ada apa-apalah... Jomlah kita sambung perbincangan kita tadi..” jawab Rayyan Mikael, cuba menyembunyikan rasa di hatinya.
Mereka berenam kembali memberi tumpuan kepada perbincangan mereka yang tergendala sebentar tadi.
####################
“Angah rasa, Mie tu sungguh-sungguh ke suka dekat adik?” tanya Raja Salman kepada Raja Syazwan ketika mereka dalam perjalanan pulang.
“Entahlah Long! Tapi dari gaya dia tu, nampak macam sungguh-sungguh...” jawab Raja Syazwan
“Tak sangka kan, rupanya mamat poyo bajet handsome yang adik benci sangat tu adalah Tengku Shahmie... Patutlah masa Mie datang hari tu, dia layan Mie macam apa je... hahaha Macam-macam aje dorang ni...”Raja Salman ketawa kecil bila mengingatkan kembali cerita dan layanan Raja Shameera kepada Tengku Shahmie.
“Tulah kan Along..! Semua tu tak boleh jangka... Si Mie tu dah tahap kronik suka adik, dan adik pula meluat tahap kronik dengan si Mie tu...!” balas Raja Syazwan pula.
So, macam mana Along? Nak bagi peluang ke dekat Mie?” tanya Raja Syazwan tiba-tiba.
“Entahla eak? Ni kira untuk masa depan adik juga. Along pun tak tahu nak cakap macam mana. Angah kan lebih rapat dengan Mie, mesti Angah lagi tahu Mie tu macam mana...” luah Raja Salman sedikit bimbang.
“Mie tu okey Long... Tak adalah teruk sangat. Rasanya ini kali pertama dia cakap yang dia jatuh cinta kat perempuan. Selama Angah kawan dengan dia, tak pernah pun dia cakap macam tu. Mungkin dia betul-betul serius  agaknya kali ni...” jelas Raja Syazwan
“Emmm!! Apa kata kita kenakan syarat pada dia.. Kalau dia setuju, kita bagilah peluang dekat dia.. Mungkin kita dapat lihat kesungguhan dia dengan cara ni...” cadang Raja Salman
“Kalau Along rasa cara tu okey, Angah ikut aje...Mana tahu Mie tu boleh jinakkan adik. Ye tak? hehehe” balas Raja Syazwan sambil tersenyum.
“Boleh jadi juga..! Esok suruh Mie datang rumah...” pesan Raja Salman. Raja Syazwan hanya mengangguk tanda faham.
Di dalam kepala Raja Salman sudah memikirkan pelbagai syarat yang akan dikenakan kepada Tengku Shahmie. Dia sudah tersenyum sendirian.
Manakala di rumah Tengku Iskandar, Tengku Shahmie masih termenung sendiri di luar balkoni biliknya. Dia risau kalau-kalau Raja Salman dan Raja Syazwan tidak memberinya peluang untuk mendekati Raja Shameera. Dia sudah bertekad, yang dia akan berusaha untuk memenangi hati Raja Shameera walaupun dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan. Ini adalah kali pertama dia jatuh cinta dengan seseorang. Tengku Shahmie sangat berharap, Raja Salman dan Raja Syazwan memperkenankan hajatnya itu kerana dia sungguh-sungguh dan ikhlas menyayangi Raja Shameera.
                                        
                                                                                      by : achiem~

6 comments:

Anonymous said...

xsabar nk tggu next n3.. ^,^

Hustler said...

Ahjoooo.... biler mau sambung?? biler mau sambung??

Anonymous said...

lagi...lagi...lagi......

Eppy Safri said...

Berbaloi jengah2..
Skali n3 bab 11 dh kuar upernye...
Bestt,,.. Eh si mika pun nk tackle si meera ni, sian lh mie nnti..

achiem said...

time kasih sume2nye...skgn anda amtla diharapkan..hehe

buntal - tunggu aku pulang dari kmpung..kih3

aliesha kirana said...

amboi2 ade syarat le pulak. hohohho