Blogger Layouts

Tuesday 10 January 2012

♥ JATUH CINTA!! 7 ♥


BAB 7
Sejak kemalangan tempoh hari, Raja Shameera tidak lagi dibenarkan keluar menaiki ‘Viruz Pinky’ nya oleh kedua-dua orang abangnya itu. Raja Shameera juga dibiarkan berehat di rumah bagi memastikan kecederaan yang dialami pulih sepenuhnya. Walaupun kecederaan yang dialami Raja Shameera itu tidaklah seteruk mana.
Hari Sabtu itu, Raja Shameera tidak ke mana-mana. Begitu juga dengan kedua-dua abangnya. Mereka hanya menghabiskan masa di rumah, memandangkan keesokkan harinya mereka akan menghantar Raja Shameera pergi mendaftar di UiTM, Cawangan Bandaraya Melaka.
......................................
Petang itu, tanpa disangka rumah mereka telah dikunjungi oleh seseorang.
“Assalamualaikum..!!”
“Waalaikummussalam...!!” Raja Shameera membuka pintu untuk melihat siapa yang datang.
“En. Tengkujuh..??” Raja Shameera seakan tidak percaya melihat siapa yang datang ke rumahnya.
“Cik Sham comel..?” Tengku Shahmie juga terkejut saat melihat Raja Shameera.
“ Boleh tak , jangan poyo sangat nak panggil-panggil orang comellah apalah...! meluat tahu...!” bentak Raja Shameera
“Awak buat apa kat rumah saya ni..? Awak skodeng saya eak..? Ni macam mana awak boleh masuk kawasan rumah saya ni..? Suka suki awak aja..!” Bertubi-tubi pertanyaan keluar dari mulut Raja Shameera. Tidak sempat langsung untuk Tengku Shahmie mencelah.
“Pintu pagar tak kunci.. So, saya masuklah...” balas Tengku Shahmie bersahaja.
“Kalau tak kunci pun, bukan bererti awak boleh masuk kawasan rumah orang suka-suka.. Tak ada adab betul...! Tak reti nak tekan loceng dulu ke..? Itu pun nak kena ajar ke..?” bebel Raja Shameera lagi
“Errr....” Tengku Shahmie hilang kata-kata. Dia hanya tersenyum sahaja mendengar bebelan Raja Shameera. Membebel tak henti-henti, macam mak nenek. Tapi comel!
“Apa senyum-senyum..?! Jangan nak senyum-senyum sangat boleh tak..? Meluatlah..! Baik awak blah sekarang, sebelum saya panggil abang-abang saya keluar..!” Raja Shameera menyuruh Tengku Shahmie segera beredar  dari kawasan rumahnya. Belum sempat Tengku Shahmie beredar, terdengar suara Raja Syazwan dari dalam rumah.
“Siapa yang datang tu dik...?” tanya Raja Syazwan yang baru sahaja turun ke ruang tamu.
Tengku Shahmie yang terdengar akan suara Raja Syazwan terus menolak daun pintu dan Raja Shameera. Raja Shameera terdorong sedikit ke belakang. Tengku Shahmie terus melangkah masuk ke dalam rumah dan menyapa Raja Syazwan. Raja Shameera geram dengan tindakan Tengku Shahmie itu.
“Oit Wan..!!” Tegur Tengku Shahmie
“Lah... Engkau rupanya yang datang.. Ingatkan siapalah tadi...” balas Raja Syazwan pula.
Raja Syazwan bersalaman dan berpelukan dengan Tengku Shahmie seperti sudah lama tidak ketemu sahaja rasanya. Raja Shameera yang tidak mengerti apa-apa hanya melihat sahaja perlakuan dua orang lelaki itu. Terlintas juga rasa curiga di dalam hatinya tetapi segera diusir.
“Hah adik..! Ni lah Abang Mie... anak Ayah Is dan Ibu Husna.. Mie, ni adik bongsu kita orang Raja Shameera.. Panggil aja Sham...! korang berdua belum pernah jumpa lagi kan sebelum ni..?” Raja Syazwan memperkenalkan Tengku Shahmie kepada Raja Shameera dan sebaliknya.
“Hah..??” Raja Shameera sedikit terkejut. Dia tidak menyangka yang rupa-rupanya Mamat Tengkujuh itu adalah anak kepada Tengku Iskandar dan Che Wan Husna. Maklumlah sebelum ini, dia tidak pernah langsung bersua muka dengan Tengku Shahmie. Jadi dia tidak pernah tahu bagaimana rupa dan orangnya. Malu juga dia kerana tidak bertanya terlebih dahulu tadi, dan terusan sahaja mahu menghalau Tengku Shahmie keluar dari kawasan rumah mereka. Ah..! dia tidak peduli siapa Tengku Shahmie itu! Yang pastinya dia amat meluat dengan lelaki itu.
“Oowhh! Raja Shameera rupanya... Haii.. Nama penuh saya Tengku....” Tengku Shahmie memperkenalkan pula dirinya kepada Raja Shameera. Tapi belum sempat dia memperkenalkan dirinya, Raja Shameera sudah memotong terlebih dahulu.
“Tengkujuh....!! huh..!” Raja Shameera terus meninggalkan Tengku Shahmie dan Raja Syazwan di situ. Tidak mahu langsung dia beramah mesra dengan Tengku Shahmie.
“Sorry ea Mie, Sham memang macam tu sikit... Nampak aja kasar tapi hati dia baik sebenarnya...” Raja Syazwan tidak sedap hati dengan perlakuan Raja Shameera terhadap Tengku Shahmie.
“It’s okay lah bro.. Tak ada hal punya.. Mungkin dia malu kot.. Tak pun dia tak selesa agaknya ada lelaki lain dalam rumah ni..” Balas Tengku Shahmie sambil menepuk bahu Raja Syazwan.
“Entahlah... agaknya kot...kau duduk dulu ea, aku nak pergi dapur ambil air kejap...” Raja Syazwan meminta diri untuk ke dapur sebentar. Tinggal Tengku Shahmie sendirian di situ. Raja Shameera pula  terus sahaja naik ke bilik . Raja Salman pula sedang khusyuk membaca di bilik bacaan.
“Jemput minum Mie, air bujang aja ni... Mak Awe tak ada , balik kampung.. Jadi pandai-pandai kita orang ajalah duduk kat rumah ni...” pelawa Raja Syazwan.
“Ni pun dah okey..  Terima kasih...” balas Tengku Shahmie.
“Adik kau tu umur berapa Wan..?” tanya Tengku Shahmie tiba-tiba.
“Baru masuk 20 tahun ni.. 15 April  karang cukuplah 20 tahun umur dia..” beritahu Raja Syazwan.
“Owwh! Comel juga adik kau tu ya... Dengan ada lesung pipitnya lagi, anak mata warna hazel... Memang sweetlah..!!” puji Tengku Shahmie.
“Aii... lain macam aja bunyi, kau jangan macam-macam.. Adik aku tu budak lagi okey..!”seloroh Raja Syazwan.
“Hahaha  Apa salahnya...” balas Tengku Shahmie bersahaja
“Habis , awek-awek kau yang 7 orang tu kau nak letak mana..?” Perli Raja Syazwan.
“Aku ceraikanlah dorang semua tu...  Lagipun bukan aku yang terhegeh-hegeh kat dorang.. Dorang yang datang sendiri kat aku...hahaha “ jawab Tengku Shahmie selamba.
“Kau ni biar betul...hahaha “ tanya Raja Syazwan seakan tidak percaya.
“Hahaha aku main-main ajalah..!”
“Tapi kalau betul apa salahnya... hahaha  Tapi adik aku tu kasar sikitlah.. Nampak aja macam perempuan tapi hakikatnya brutal.. Tengoklah  dengan pakai baju macam lelaki, rambut pendek... Dah macam lelaki tiruan aku tengok.. Nasib baik muka dia muka perempuan tulen..hahaha “ seloroh Raja Syazwan. Tengku Shahmie turut ketawa mendengar kata-kata Raja Syazwan. Mereka tidak sedar akan kehadiran Raja Shameera di situ.
“Amboiii...!! Sedapnya mengata orang..!” Perli Raja Shameera
“Eh.. Adik! Bila masa adik turun..?” tanya Raja Syazwan. Serta-merta ketawanya terhenti. Tengku Shahmie hanya tersenyum sahaja.
Raja Shameera hanya menjeling sahaja Tengku Shahmie dan abangnya.
“Kemain lagi Angah ya..!!”
“Alah... Angah gurau ajalah... Janganlah touching-touching... “ pujuk Raja Syazwan sambil tersengih memangang Raja Shameera.
“Tak ada masa nak touching-touching...Tolong hantar adik  pergi pasaraya kejap..! Nak bawa ‘Viruz Pinky’ dah tak boleh...” beritahu Raja Shameera.
“Alah adik ni, nak cari apa kat sana..?” tanya Raja Syazwan
“Nak cari keledek... Adik nak buat pau keledek untuk minum petang ni...!” jawab Raja Shameera.
“Pau keledek..? Reti ke adik buat..?hehehe” perli Raja Syazwan. Dia tidak percaya akan kebolehan Raja Shameera itu.
“Hey..! Banyak tanyalah Angah ni..! Nak hantar tak nak..?” balas Raja Shameera sedikit bengang.
“Kalau kau pergi, aku nak ikut sekalilah Wan... Boleh..?” Tiba-tiba sahaja Tengku Shahmie menyampuk.
“Ish.. Sibuk betullah Tengkujuh ni...!” Raja Shameera berkata perlahan. Tapi tetap didengari oleh Raja Syazwan.
“Tengkujuh...?? Kenapa adik panggil Abang Mie Tengkujuh..? Ish, tak baik tahu..! Nama dia Tengku Shahmie.. Panggil dia Abang Mie, sebab dia sebaya Angah dan dia lagi tua dari adik...” bebel Raja Syazwan. Tengku Shahmie hanya tersengih bila Raja Syazwan memihaknya. Raja Shameera yang meluat melihat sengihan Tengku Shahmie itu, memberikan jelingan maut buatnya.
Saat itu juga, Raja Salman turun ke ruang tamu dan mendapatkan mereka bertiga.
“Eh.. Ada Mie rupanya..! Bila sampai..?” Tanya raja Salman saat terlihat Tengku Shahmie.
“Adalah dalam setengah jam..” jawab Tengku Shahmie sambil menyalami Raja Salman.
“Along... Jom pergi pasaraya kejap...!” ajak Raja Shameera tiba-tiba.
“Aii adik ni, tadi ajak Angah.. Ni ajak Along pula... Mana satu ni...?” tanya Raja Syazwan.
“Malas ajak angah! Banyak tanya... Jom Along..! Kalau tak nak bawa adik, bak sini kunci kereta Mazda RX8 Along tu..! Biar je adik pergi sendiri... Kalau sayang sangat kereta Along tu, biar aja Adik pergi naik ‘Viruz Pinky’ adik tu..” Sengaja Raja Shameera berkata begitu. Dia ingin menduga abangnya itu.

“Jangan nak mengada-ngada..! Dah, jom Along bawa adik pergi pasaraya... Tolong ambilkan kunci dan wallet Along kat bilik...” Arah Raja Salman. Raja Shameera hanya tersengih sahaja. Dia tahu, abangnya itu pasti tidak akan membiarkan dia pergi bersendirian.
“Sweet betul adik korang tu ya... hahaha “ Tiba-tiba sahaja Tengku Shahmie bersuara. Raja Salman dan Raja Syazwan berpandangan seketika. Mereka tidak percaya dengan apa yang mereka dengari. Apa yang mereka tahu, Tengku Shahmie yang mereka kenali ini amat sukar sekali untuk memuji perempuan.
“Along dengan Wan ni dah kenapa..?” tanya Tengku Shahmie sedikit pelik melihat mereka berdua.
“Hahaha tak ada apa-apa... Along cuma terkejut aja dengar kau cakap Si Sham tu sweet...hahaha” beritahu Raja Salman. Dia tidak dapat menahan gelaknya.
“Laa... Kenapa pula..? Memang sweet apa Sham tu.. . Mie suka tengok sikap dia yang selamba tu... Brutal tapi sweet..! hahaha “ Akui Tengku Shahmie. Sekali lagi Raja Salman dan Raja Syazwan berpandangan. Akhirnya kedua-dua mereka ketawa.
“Hah...!! Ngumpat orang lagilah tu..!” tegur Raja Shameera yang baru turun dari mengambil kunci dan wallet alongnya itu.
“Ish adik ni... Mana ada, kami cerita pasal benda lainlah...!” dalih Raja Salman.
“Dah-dah...! Pergi cepat, nanti habis pula keledek kat pasaraya tu.. Nanti tak dapat pula nak rasa kuih buatan adik...” Raja Syazwan sengaja menukar topik.
“Keledek..? Adik nak beli keledek ke..?” tanya Raja Salman ingin tahu.
“ Along ni sama macam Angah jugalah... Banyak tanya..! Haish... Tak nak jawab boleh tak...? Terus pergi aja boleh tak....?” Rungut Raja Shameera. Dia bosan untuk menjawab pertanyaan Alongnya itu.
“Yelah-yelah... Jom gerak sekarang..!” ajak Raja Salman.
“Mie, Along keluar kejap ya.. Borak-boraklah dulu dengan Wan...” beritahu Raja Salman . Tengku Shahmie hanya mengangguk dan tersenyum. Raja Shameera sempat memberikan pandangan meluatnya kepada Tengku Shahmie sebelum keluar.

                                                                                                       by : achiem~


9 comments:

Hustler said...

Sham Comel!

Anonymous said...

best...best cpat sambung...:)

Anonymous said...

best...cepat sambung.. sweet la,,

achiem~ said...

thanx 4 ur support n comment..(^___^)

Anonymous said...

best entry ni tapi nak tegur skit. hope writer x marah..lelaki pakai wallet..not purse...

achiem~ said...

terima kasih kepada y memberi teguran..en.editor saya mesti lupa nak menegur tu... saya pon dah ubah dari purse ke wallet.. hri tu saya mmg terlupa ape sebutan utk beg duet lelaki..hahaha anyway thanx la kerana da memperbetulkannya..hehee (^___^)

Aliesha Kirana said...

alalaala. nampak sgt yg shahmie tu dh berkenan sgt dgn sham. heeheh. ape lg, kahwinkan la dorg. eheheh

Anonymous said...

thanks writer sbb tak marah..:) anywway, good job! saya dah lama follow ur blog. mmg best ur storyline :D keep up the good work!

penulis halimunan said...

maaf cerita ni bukan hak milik saya...tapi milik teman saya.. terima kasih ats sokongan anda utk kami... =)