Blogger Layouts

Wednesday 28 December 2011

♥ JATUH CINTA!! 2, 3 ♥

BAB 2
Selesai makan, Raja Shameera memasuki bilik tidur yang telah lama ditinggalkannya. Masih tidak berubah, masih sama seperti dulu.
Tok..tok..tok..
“masuklah, pintu tak kunci...” arah Raja Shameera.
Terjengul wajah abang sulongnya, Raja Salman di sebalik daun pintu. Raja Salman melemparkan senyuman mesra kepada adiknya. Raja Shameera turut membalas senyuman abangnya itu.
“adik tengah buat apa..?” tanya Raja Salman seraya melangkah menghampiri Raja Shameera yang sedang duduk di katil. Raja Salman melabuhkan punggungnya di sebelah Raja Shameera.
“tak buat apa-apa pun...” jawab Raja Shameera sambil tersenyum.
“adik nangis ya...?” gurau Raja Salman dengan senyuman terukir di bibir.
“belum sempat lagi.. Along dah datang..” seloroh Raja Shameera sambil tersenyum.
“Along.... adik rindukan mama dengan papa... setiap kali adik duduk dalam bilik ni, mesti adik teringat kat mama....” luah Raja Shameera tanpa dipaksa. Akhirnya air mata yang ditahan dari tadi mengalir juga.
“kita ubah suai bilik adik ni ya...?” cadang Raja Salman.
Raja Shameera menggeleng tanda tidak bersetuju dengan cadangan abangnya itu.
“adik tak nak ubah apa-apa.. ni hasil hiasan mama... walaupun mama dah tak ada, biarlah kenangan mama terus kekal...” ucap Raja Shameera sayu.
Raja Salman hanya mengangguk dan tersenyum. Dia menyeka air mata yang tumpah di pipi Raja Shameera. Dia membawa Raja Shameera ke dalam pelukannya. Dia mengusap lembut rambut adiknya itu.
Apabila sudah rasa agak tenang, Raja Shameera melepaskan pelukan abangnya.
“adik mesti kuat kan Along....!! adik tak boleh lemah...!!” ucap Raja Shameera dengan penuh semangat tiba-tiba.
“ye sayang... adik perlu kuat untuk teruskan kehidupan.. yang pergi tetap akan pergi.. kita yang hidup mesti teruskan kehidupan... selagi Along dan Angah ada, kami akan jaga adik dan pastikan adik gembira..” ucap Raja Salman sambil mengusap lembut kepala Raja Shameera.
Tiba-tiba pintu bilik ditolak perlahan dari luar. Terpacul wajah Raja Syazwan. Raja Shameera dan Raja Salman terus menoleh ke arahnya.
‘”hah...! kat sini rupanya along dengan adik.. penat  angah cari..!!” sergah Raja Syazwan. Dia melangkah masuk ke dalam bilik Raja Shameera dan melabuhkan punggung di sebelah kiri Raja Shameera.
“Siapa suruh cari... lain kali hantar ajelah sms atau telefon.. kan lagi senang...” seloroh Raja Shameera cuba mengenakan abangnya yang sorang itu.
“owwhh..!! kenakan angah ya...” Raja Syazwan sudah menggeletek pinggang Raja Shameera.
“Angah...!! janganlah...!!” bentak Raja Shameera. Tanpa diduga die melayangkan tumbukan kecil ke perut abangnya itu.
“aduh...!!! mak aih... ganasnya adik ni...” balas Raja Syazwan sambil memegang perutnya yang sedikit senak ditumbuk Raja Shameera. . padahal tidaklah sesakit mana, tapi dia sengaja ingin mengenakan adiknya.
“Errr... angah...! sorry... sorry.. tak sengaja...” Raja Shameera rasa serba salah.
“Ayooo adik, along tak tahu,,,!!” Raja Salman pula sengaja menakut-nakutkan Raja Shameera dengan berkata begitu.
“Alaaaa along... tolonglah tengokkan Angah ni.. aish...!! angah, adik minta maaf... adik main-main jerk tadi...” ucap Raja Shameera. Wajahnya kelihatan kaget sekali.
“hahahahaaa..tahu takut..!!” Raja Syazwan bersuara tiba-tiba sambil ketawa. Seronok dia dapat mengenakan Raja Shameera.
Raja salman turut tergelak melihat reaksi Raja Shameera yang agak kalut sebentar tadi.
“Uwaaaa....!!! along dengan angah jahat....” Raja Shameera berpura-pura menangis. Die menggosok-gosok matanya.
“alah adik ni nangislah pula... tak macholah macam ni... kata brutal...” ucap Raja Salman memujuk Raja  Shameera.
“heheheee....” tiba-tiba Raja Shameera tersengih. Jelas raut wajahnya yang comel dengan lesung pipit di pipi.
“manja betul adik kita ni kan along.. usik sikit dah menangis... nampak aja brutal...hahaha” balas Raja Syazwan pula sambil ketawa.
“hai ... adik.. adik....tak ada ke orang berkenan nak jadikan adik ni awek ke calon isteri ke...?? dahlah pandai masak, cantik pula tu.. dah cantik comel pula tu...” puji Raja Salman tiba-tiba.
“comel...?? adik dah gemuk ke along.. ? angah..?” tanya Raja Shameera sambil melihat-lihat dirinya.
“haah.... adik tak perasan ke yang adik dah gemuk..? cuba tengok dalam cermin tu, saiz adik pun dah dua kali ganda dari angah tau... hahaha” sekali lagi Raja Syazwan mengenakan Raja Shameera. Raja Syazwan memang gemar mengenakan Raja Shameera. Dia suka melihat wajah comel adiknya itu ketika marah dan senyum. Sebolehnya dia tidak mahu adiknya itu sedih mengingatkan peristiwa 5 tahun dahulu.
Raja Shameera menoleh seketika ke arah cermin untuk melihat, apakah benar yang dikatakan oleh abangnya itu.
“Huh.. mana ada..!! angah ni tipulah... ish..!! geram betullah..” pantas sahaja tangan Raja Shameera mencubit lengan Raja Syazwan.
“Auuww..! habislah angah macam ni.. maknanya, badan angah ni memang akan lebam-lebamlah macam dulu sebab jadi mangsa buli adik..” ucap Raja Syazwan sambil melihat kesan cubitan Raja Shameera. Raja Shameera hanya menjelirkan lidah kepada Raja Syazwan. Kemudian dia tertawa kecil. Raja Shameera memang gemar mencubit apabila dia geram. Cubitannya memang berbisa. Kadangkala sampai lebam-lebam dibuatnya akibat kesan dari cubitannya itu.
“ adik comel sebab lesung pipit adik ni..” ucap Raja Salman sambil menunjukkan lesung pipit di pipi Raja Shameera.
“oowhhh.. adik tau, adik memang comel dari dulu lagi...hahahaa” seloroh Raja Shameera sambil memaut leher kedua-dua abangnya.
“Adik nak along dan angah tahu, yang adik sayang sangat abang-abang adik ni....” luah Raja Shameera sambil mencium dahi kedua-dua abangnya itu. Raja Salman dan Raja Syazwan turut menghadiahkan satu ciuman di dahi adik perempuan kesayangan mereka itu.
“Eh.. lupa angah nak bagitahu.. tadi ibu call..” beritahu Raja Syazwan tiba-tiba.
“ibu call...?” tanya Raja Salman minta kepastian.
“yups.. ibu suruh makan tengahari dekat rumah ibu esok, bawa adik sekali.. dah rindu benar katanya dekat adik...” jelas Raja Syazwan kepada abang dan adiknya itu.
“ibu...? ibu Husna ke angah..?’ tanya Raja Shameera ingin tahu.
“ya.. ibu husna dengan Ayah Is.. lepas tu abang Mie...” jawab Raja Syazwan sambil tersengih.
“Abang Mie..? siapa pula..? setahu adik, adik cuma kenal dengan ibu Husna dengan Ayah Is aja...” Raja Shameera sudah confuse. Siapalah abang Mie yang dimaksudkan oleh Raja Syazwan.
“Apalah angah ni.. adik mana kenal dengan Mie tu.. dia tak sempat jumpa lagi.. masa tu kan Mie study kat UK.. masa dia balik sini adik dah duduk dengan nenek...” terang Raja Salman.
“oowh...” balas Raja Shameera pendek.
“Sudahlah dik.. abaikan aja.. Adik rehatlah.. mesti penat kan..? nanti malam kita makan malam sama-sama ok..!”
“ jom angah.. keluar..!” ajak Raja Salman. Dia menepuk bahu Raja Syazwan. Raja Syazwan hanya menuruti sahaja. Raja Shameera memberikan senyuman manis kepada kedua-dua abangnya  sebelum mereka melangkah keluar dari biliknya.





BAB 3
Raja Salman dan Raja Syazwan membawa Raja Shameera ke rumah Tengku Iskandar dan Che Wan Husna untuk makan tengahari bersama seperti yang dipesan oleh Che Wan Husna kepada Raja Syazwan semalam.
“Assalamualaikum ibu....” ucap Raja Salman kepada Che wan Husna seraya menyalami wanita itu. Begitu juga dengan Raja Syazwan dan Raja Shameera.
“Waalaikummussalam..” jawab Che Wan Husna ceria menyambut kedatangan anak-anak angkatnya itu.
“Sham...??” tanya Che Wan Husna saat terpandangkan seorang gadis comel yang datang bersama dengan Raja Salman dan Raja Syazwan.
“iye ibu... Sham lah ni...” jawab Raja Shameera sambil tersenyum comel.
“dah makin cantik anak ibu yang sorang ni...” ucap Che Wan Husna sambil mencium pipi Raja Shameera.
“cantik ke bu..? macam lelaki adalah Wan tengok..hahahaha” usik Raja Syazwan.
Raja Shameera hanya menjeling sahaja abangnya itu.
“Ayah dengan Mie mana bu..?” tanya Raja Salman mengubah topik.
“Ayah ada kat dapur tengah masak.. Mie pula macamlah kamu berdua tak tahu...mana perginya hujung minggu macam ni... ni pun dah berapa hari tak balik rumah, tidur kat apartment. Minta-minta tak ada buat benda bukkan-bukan.. puas Ibu suruh balik, dia buat tak tahu aja...” jelas Che Wan Husna. Risau wanita itu dengan perangai anak lelakinya yang sorang itu.
“InsyaAllah bu, Wan kenal Mie tu.. dia tak adanya buat benda tak elok walaupun Mie tu nakal...hehehe” balas Raja Syazwan cuba menenangkan hati wanita itu.
“Emm... harap-harapnya lah... sudahlah, mari kita ke dapur.. ibu nak tengok ayah dah siap ke belum.. excited sangat nak memasak untuk kamu bertiga...” ajak Che Wan Husna. Mereka bertiga mengekori Che Wan Husna ke dapur.
“Ayah..!! masak apa tu...??!” sergah Raja Shameera sambil mencuit pinggang Tengku Iskandar.
“opocot...!!! Rendangku hangus..!!!” Tengku Iskandar yang terkejut terus termelatah tanpa sengaja.
Mereka yang berada di situ ketawa melihat gelagat Tengku Iskandar.
“hahahaha Ayah ni lawaklah.. sejak bila ayah pandai melatah ni..?” perli Raja Shameera dengan tawa yang masih bersisa.
“haahlah bang, sejak bila abang pandai melatah ni...?” tambah Che Wan Husna pula sambil tersenyum.
“entahlah, tiba-tiba termelatah pula hari ni..hahaha” balas TEngku Iskandar sambil ketawa.
“Ayah masak apa..? sedap bau..” puji Raja Shameera. Tengku Iskandar memang gemar memasak. Biasanya waktu hujung minggu, Che Wan Husna tidak perlu bersusah payah untuk memasak kerana Tengku Iskandar sendiri yang akan masak untuk mereka sekeluarga. Walaupun rumah mereka mempunyai pembantu, tetapi kerja memasak dan melayan suami serta anak dilakukan sendiri oleh Che Wan Husna.
“Eh... Anak siapa pula yang datang rumah kita ni..? Wan dengan Man, Ayah kenallah.. ni siapa pula..?” tanya Tengku Iskandar berpura-pura tidak mengenali Raja Shameera.
“Ini Shamlah ayah.. ayah tak cam ke..?” tanya Raja Shameera sambil memperkenalkan diri.
“ Sham..? Sham Kamikaze ke..?” gurau Tengku Iskandar lagi.
Raja Salman, Raja Syazwan dan Che Wan Husna sudah senyum-senyum menahan gelak.
“warghhh..!!! Ayah betul ke tak ingat Sham ni..? kecil hatilah macam ni...” Raja Shameera sudah membuat muka sedih.
“hahaha Ayah kenallah.. takkanlah ayah lupa anak ayah yang comel dan manja ni...hehehee” ucap Tengku Iskandar sambil mencubit pipi Raja Shameera.
“Alaaa.. habislah pipi Sham.. tak comellah nanti...” gurau Raja Shameera sambil menggosok-gosok pipinya.
“anak ayah ni tetap comel sampai bila-bila” ucap Tengku Iskandar sambil mengusap kepala Raja Shameera.
Raja Shameera sudah tersengih macam kerang busuk.
“sudahlah... kamu bertiga pergi duduk dulu, nanti dah siap kita makan sama-sama ya...” beritahu Tengku Iskandar kepada anak-anak angkatnya itu.
............................................
Selesai makan tengahari, mereka bertiga beransur pulang dari rumah Tengku Iskandar.
“Along..angah... jom pergi tengok wayang... bosanlah... petang-petang macam ni...”cadang Raja Shameera kepada kedua orang abangnya itu.
“tengok wayang..? cerita apa yang baru keluar sekarang ni...?” tanya Raja Salman.
“Jom tengok Alvin and the chipmunks..”
“Alvin and the chipmunks..? tak ada cerita lain ke dik..? macam budak-budak aja..” tanya Raja Syazwan pula
“hehehe ... ada..! Mission Impossible, Songlap.... tapi dua-dua adik tak minat..” beritahu Raja Shameera sambil tersengih.
“Mission Impossible la best dik.. jom tengok cerita tu...” cadang Raja Syazwan.
“tengok Songlap lah.. kan cerita tempatan tu.. cuba sokong cerita tempatan sikit....” Cadang Raja Salman pula
Akhirnya masing-masing mencadangkan cerita yang ingin ditonton.
“Ah.. Sudah..! takkan nak tengok tiga-tiga cerita kot along, angah..? takpun masing-masing tengok cerita pilihan sendiri... Amacam..??” ucap Raja Shameera
“Aish,.... mana boleh, kalau along dengan angah yang tengok sorang-sorang tak apa... ni adik.. tak boleh...tak boleh...!!” balas Raja Salman pula.
“Em.. kalau macam tu, kita main laili tamplong lah.. siapa yang menang dulu, kita pergi tengok cerita pilihan dia okey..??” Raja Syazwan memberi cadangan.
“setuju tak ni...? atau ada cara lain..?” tanya Raja Syazwan lagi, bila adik dan abangnya itu hanya senyap sahaja.
“Emm.. okey setuju..!” jawab Raja Salman. Raja Shameera masih berfikir-fikir lagi.
“cepatlah dik...!” gesa Raja Syazwan
“Emm... yelah.. setuju ajalah...” jawab Raja Shameera akhirnya.
Mereka sudah bersedia untuk bermain laili tamplong dan nampaknya nasib menyebelahi Raja Shameera.
“Yes..! yes..! adik menang..hahaha” Raja Shameera sudah ketawa  riang.
“hek eleh.. entah apa-apa aja adik ni... menang benda macam ni pun, suka bagai nak rak...” ejek Raja Syazwan.
“mestilah dia suka angah, sebab kita semua kena tengok cerita kegemaran dia tu...” balas Raja Salman pula.
“kita tengok Alvin and The Chipmunks ok along.. angah..! tengok dekat JJ barulah..okey..?” cadang Raja Shameera.
“yelah-yelah.. dah jom siap..” Raja Salmana menyuruh adik-adiknya bersiap.
15 minit kemudian....
“Wow...!! along, angah..macam nak pergi dating aja handsomenye... “ puji Raja Shameera.
“kita orang memang selalu handsome kan along kan..?” balas Raja Syazwan sambil mengangkat kening pada Raja Salman.
“Haah... yang adik ni macam nak berjogging aja kenapa...? tak ada ke baju yang comel sikit dik oiii..!” tegur Raja Salman
“haahlah dik.. pakailah yang menampakkan adik tu awek.. janganlah pakai macam jantan...” tokok Raja Syazwan pula dalam nada bergurau.
“ala... bolehlah macam ni... adik tak minat lah baju perempuan-perempuan ni...” bidas Raja Shameera.
“tukarlah baju lain, kalau tak along tak nak bawa pergi tengok wayang...” ugut Raja Salman
Raja Shameera sudah memuncung.
“Dah jom... angah tolong carikan baju yang sesuai...” arah Raja Syazwan sambil menolak Raja Shameera ke bilik. Raja Salman hanya menanti sahaja di luar. Selepas memilihkan pakaian yang sesuai untuk Raja Shameera, Raja Syazwan keluar meninggalkannya untuk bersiap.
Dalam kenakalan Raja Shameera, dia masih lagi patuh kepada arahan kedua-dua abangnya itu dan dalam kasar-kasarnya , masih lagi terselit sifat manja dalam dirinya.
5 minit kemudian, Raja Shameera keluar dari biliknya setelah selesai menukar pakaiannya.
“Hah macam ni baru adik kita orang... baru sesuai jalan dengan kami yang handsome ni ..hahaha” gurau Raja Syazwan.
Raja Shameera hanya membuat muka selamba. Malas ingin melayan karenah abang-abangnya yang poyo itu.
“kejap dik...!” tiba-tiba Raja Salman bersuara.
“Argghh!! Apa lagi ni...!” bentak Raja Shameera.
“kejaplah.. mari sini..” panggil Raja Salman. Raja Salman menyepitkan sepit rambut berbentuk reben di rambut Raja Shameera.
“hah... kan comel tu.. nanti pakai kasut ni okay..” Raja Syazwan menghulurkan sepasang sepatu comel yang menjadi trend anak-anak gadis masa kini kepada Raja Shameera.
“Ish...!! Ni dah kes membuli dah ni... Arggh!! Dah macam Barbie Doll  dah adik rasa tau..!!” protes Raja Shameera.
“comel apa Barbie Doll .. kira okeylah tu kami tak suruh adik pakai gown ke, skirt ke...” tambah Raja Syazwan lagi sambil tersenyum. Raja Salman yang berada di sebelah turut tersenyum.
Raja Shameera sudah muncung tanda protes. Kedua-dua abangnya hanya tersenyum sahaja dari tadi. Mungkin dengan cara ini, serba sedikit dapat merubah Raja Shameera.
“dah-dah... ni nak pergi ke tak..? kalau tak, adik duduk aja rumah.. biar along dengan angah aja yang pergi...” tanya Raja salman. Sengaja dia ingin menduga Raja Shameera.
“Nak lah... ! banyak cantik along dengan angah nak tinggalkan adik..” balas Raja Shameera.
“kalau nak... jom kita gerak sekarang....” ajak Raja Salman.

                                                                                                                 by : achiem~


Tuesday 27 December 2011

♥ JATUH CINTA!! 1 ♥


JATUH CINTA!!

Prolog
Raja Shameera binti Raja Zufri. Anak perempuan tunggal kepada Allahyarham Raja Zufri dan Wan Nafisa. Seorang gadis berusia 20 tahun yang lasak tetapi manja. Mempunyai dua orang abang iaitu Raja Salman dan Raja Syazwan. Kedua orang tua mereka telah meninggal dunia 5 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Ketika itu, Raja Salman berusia 23 tahun, manakala Raja Syazwan 20 tahun dan Raja Shameera pula  saat itu baru sahaja berusia 15 tahun. Sebagai abang sulong, Raja Salmanlah yang bertanggungjawab menjaga kedua orang adiknya itu. Dia telah menggalas tugas sebagai abang yang paling tua serta ibu dan ayah kepada Raja Syazwan dan Raja Shameera. Di samping itu, kehadiran teman baik orang tua mereka iaitu Tengku Iskandar dan isterinya, Che Wan Husna , serba sedikit membantu meringankan beban Raja Salman. Mereka berdua telah menganggap Raja Salman dan adik-adiknya seperti anak mereka sendiri. Memandangkan mereka sendiri hanya mempunyai seorang sahaja anak iaitu Tengku Shahmie yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Tengku Shahmie merupakan pewaris tunggal Tengku Iskandar. Dia merupakan rakan sebaya Raja Syazwan.Selepas tamat peperiksaan SPM, Raja Shameera telah dihantar oleh kedua orang abangnya ke rumah nenek mereka di kampung. Mereka berharap Raja Shameera akan berubah menjadi seorang gadis yang lebih lemah lembut dan akan menjadi perempuan sejati sepanjang tinggal di sana. Kini dua tahun sudah masa berlalu, sudah tiba masanya Raja Salman dan Raja Syazwan membawa Raja Shameera kembali ke rumah mereka.

BAB 1
“Eeraaa....!!” panggil nek piah mencari kelibat Raja Shameera. Ke mana pergi agaknya cucu yang seorang ini.
“orang kat sini nek....!” jerit Raja Shameera dari atas pokok rambutan. Dia sedang bertenggek di dahan pokok sambil menikmati buah rambutan.
“Ya Allah... bertuah punya budak...! apa kamu buat kat atas tu...??? turun sekarang...!! apalah nak jadi dengan anak dara sorang ni....” arah nek piah sambil meleteri cucunya itu. Raja Shameera hanya tersengih sahaja.
“turun sekarag...!!! Abang Man dengan Abang Wan dah sampai tu...” arah Nek Piah sekali lagi. Akhirnya Raja Shameera turun ke bawah. Dia sudah pun diberitahu dari semalam yang kedua abangnya akan datang menjemputnya hari ini.
“Kamu ni Eeraa..... apa nak jadi... kamu tu kan perempuan... cubalah elok-elok sikit...” tegur Nek Piah kepada cucunya yang seorang itu.
“ish nenek ni... kan orang dah kata, jangan panggil Eera.... panggil Sham.... Eera tu perempuan sangatlah nek...” balas Raja Shameera sambil tersengih
“Banyaklah kamu... habis kamu tu bukan perempuan ke...?? sudah! Pergi masuk dalam.. abang-abang kamu dah lama tunggu tu...” arah Nek Piah kepada Raja Shameera.
Raja Shameera masuk ke dalam rumah sambil membawa setangkai buah rambutan yang sempat dipetiknya tadi.
“ Yoo... !! abang-abangku yang tersayang...” tegur Raja Shameera sambil mendapatkan kedua-dua abangnya itu untuk bersalaman. Dia meletakkan rambutan yang dipetiknya tadi di atas meja.
“Aiii... setangkai aja ke dik... ? mana cukup...” ucap Raja Salman
“Cukuplah tu, buat jamah-jamah....heheee” balas Raja Shameera sambil tersengih.
“Apa lagi yang kamu buat dekat situ Eera oiii..!! pergi bersiap cepat..!!” arah Nek Piah yang baru datang dari dapur dengan membawa minuman.
“Eera...???” ucap Raja Salman dan Raja Syazwan serentak. Mereka tertawa kecil.
“Sejak bila adik tukar nama ni long...? hahaha” tanya Raja Syazwan sambil ketawa kecil
“Sejak duduk dengan neneklah agaknya...hahahaa” balas Raja Salman pula sambil ketawa.
“Along dengan Angah diam ea...!! Nenek ni, kan orang kata jangan panggil Eera.. panggil Sham..ishhh!..” bentak Raja Shameera comel.
“Biarlah nenek nak panggil Eera... baru perempuan sikit....” balas Nek Piah. Dia tahu cucunya yang sorang itu memang tidak gemar dengan nama panggilan tersebut. Dari kecil semua orang memanggilnya dengan panggilan “Sham” dan adik. Perangainya yang lasak kerana terikut-ikut dengan perangai kedua orang abangnya  itu. Maklumlah, dia seorang sahaja perempuan. Oleh kerana itulah,Raja Salman dan Raja Syazwan nekad untuk menghantar Raja Shameera tinggal dengan nenek mereka di kampung. Dengan harapan, adik mereka akan berubah menjadi gadis yang lebih lemah lembut.
“Haahlah dik... sedap apa nama tu... macam nama artis..hahaha” Tambah Raja Salman lagi
Raja Shameera sudah memeluk tubuh tanda protes. Mereka semua tersenyum melihat gelagat Raja Shameera.
“sudah-sudah..!! pergi bersiap.. nanti lambat pula bertolaknya...” arah Nek Piah kepada Raja Shameera.
Raja Shameera bangun dari kerusi dan melangkah masuk ke biliknya untuk bersiap-siap.
“Man.. Wan... Nanti jaga adik kamu tu elok-elok ya.. tengok dengan siapa dia berkawan.... dia tu sorang saja adik perempuan kamu... dekat sini pun dia bukan ada kawan sangat.. nenek nak minta maaf sebab tak dapat nak ubah dia jadi macam budak perempuan lain... tapi kamu berdua jangan risau, nenek dah terapkan ilmu memasak pada dia... kamu cari-carikanlah boyfriend ke calon suami ke untuk dia, mana tahu boleh berubah..hehehe” sempat lagi Nek Piah berseloroh dalam menitip pesan kepada cucu-cucunya itu.
“tak apalah nek.. kami pun nak ucap terima kasih pada nenek sebab sudi jaga Sham....Insya Allah kami ingat pesan nenek tu...” Balas Raja Salman sambil tersenyum
“Nanti Wan carikan boyfriend untuk Sham ya nek...hehehee” gurau Raja Syazwan pula.
“Hah... !! ngumpat oranglah tu...” sergah Raja Shameera yang baru keluar dari biliknya. Di tangannya terdapat teddy bear besar dan sebelah lagi beg pakaiannya.
“hah... tengoklah tu nek... nampak aja brutal, kasar... tapi hati jambu... orang brutal mana main teddy bear la dik....” perli Raja Syazwan saat terpandangkan Raja Shameera. Dia tersenyum mengejek kepada adiknya.
“Angah tu dengki lah tu....!! Biarlah orang nak main ke nak peluk teddy bear ni.. Ni  kan pemberian arwah mama...” ucap Raja Shameera sayu. Hampir saja air matanya menitis. Tapi dia kuatkan hatinya. Mereka yang berada di situ memandang sayu ke wajah Raja Shameera.
“sudahlah tu... jom kita gerak..angah, adik...” ajak Raja Salman cuba mengubah topik dan menjernihkan keadaan.
...................................
“Man... Wan... memandu baik-baik ya cu... kalau penat rehat... dah sampai nanti telefon nenek ya...” pesan Nek Piah
“Nek... Sham balik dulu ya.. terima kasih tau sebab nenek dah jaga Sham... halalkan makan minum Sham ye nek sepanjang Sham duduk dengan nenek ... Sham minta maaf kalau banyak susahkan nenek... Sham sayang............. nenek...!!” ucap Raja Shameera. Dia mencium tangan Nek Piah dan memeluknya. Nek Piah  hanya mengangguk sahaja. Raja Shameera berasa sedih untuk meninggalkan neneknya. Begitu juga dengan Nek Piah.
“Nek... Kami balik dulu ya.. nanti ada masa lapang kami datang jenguk nenek kat sini... dah sampai karang kami telefon nenek okeh..??” ucap Raja Salman pula sambil menyalami nek Piah . Diikuti dengan Raja Syazwan.
Seketika kemudian, kereta mereka bergerak meninggalkan perkarangan rumah Nek Piah.
############
Hampir 3 jam perjalanan barulah mereka sampai di rumah.
“Adik...bangun!! dah sampai dah ni rumah kita....” Raja Salman mengejutkan Raja shameera yang sudah terlena di dalam kereta. Raja Syazwan pula sudah masuk ke dalam rumah dengan membawa beg pakaian Raja Shameera.
Raja Shameera menggeliat perlahan sebelum keluar dari kereta. Di muka pintu, Mak Awe, pembantu rumah mereka sudah sedia menanti.
“Mak Awe....!!! Miss u..!! “ laung Raja Shameera saat ternampak Mak Awe. Lantas dia mencium tangan dan memeluk Mak Awe.
“Mak Awe pun rindu dekat Sham... Dah makin cantik anak Mak Awe yang sorang ni....” puji Mak Awe sambil tersenyum. Dia membelai rambut Raja Shameera yang pendek itu.
“Tapi kenapa rambut ni pendek sangat...? dah macam lelaki dah Mak Awe tengok...” tambah Mak Awe lagi
“Pendeklah baru macho...hehehee” seloroh Raja Shameera sambil tersengih, membariskan giginya yang cantik dan lesung pipit di pipi.
“Banyaklah adik punya macho.. itu kira dah panjang sikit Mak Awe, sebelum ni lagilah...” balas Raja Salman pula.
“Betul kata nenek agaknya Along, adik ni nak kena ada boyfriend atau calon suami kot baru jadi perempuan sejati agaknya...” celah Raja Syazwan yang baru turun selepas menghantar beg Raja Shameera ke bilik.
“Apa along dengan angah ni... orang kecil lagilah..tak mainlah semua tu....” balas Raja Shameera tak puas hati.
“Kecil ke...? hahahaaa” balas Raja Salman pula sambil ketawa.
“Yelah...Along tu dengan Kak Fara bila nak kahwin.. Along tu dah tua tau..!!! Angah tu, sendiri pun tak ada calon, sibuk nak carikan orang pula...huh...!!” tambah Raja Shameera lagi.
“Along tak apa..lelaki...hahaaa  lagipun Kak Fara dah memang perempuan sejati... tapi betullah angah kan..kita carikanlah sorang calon, mungkin adik akan berubah kot nanti...hahahahaa” mereka gelak sakan mengenakan Raja Shameera.
“set la Along...hahaha Angah tunggu adik kahwin dulu baru angah kahwin...hahahaa” tambah Raja Syazwan lagi.
“Mak Awe...!! tengoklah Along dengan Angah ni....suka tau buli orang..benci lah macam ni....!!” adu Raja Shameera sambil menumbuk-numbuk perlahan lengan kedua-dua orang abangnya.
“jangan kasar-kasar sangat dik, nanti takde lelaki yang nak....hahahaa” perli Raja Syazwan lagi.
Raja Shameera hanya menjeling sahaja kedua-dua bangnya itu.
“sudahlah tu...mari makan... Mak Awe dah masakkan makanan kegemaran Sham ni..” ajak Mak Awe.
“Ye ke...? Wah bestnya..Sham pun rindu nak makan masakan Mak Awe...” ucap Raja Shameera sedikit teruja. Terlupa sebentar dengan usikan abang-abangnya tadi. Kemudian mereka melangkah menuju ke ruang makan bersama-sama. Begitu juga dengan Raja Salman dan Raja Syazwan.

                                                                                                                                                by : achiem~

Tuesday 20 December 2011

♥ JATUH CINTA ♥

~ penulisan terbaru yang bakal dipaparkan di blog ini hasil tulisan salah seorang rakan safira... please give your support..thank you... ~

Wednesday 23 November 2011

perhatian!!

assalamualaikum. perhatian kepada semua pembaca, sambungan cerita ini tidak dapat dipaparkan untuk beberapa hari kerana saya akan bercuti. harap semua dapat bersabar. minta maaf banyak-banyak dari saya.

Friday 18 November 2011

~ CINTAKU UNTUKMU (BAB 43) ~


BAB 43
Ting tong... ting tong...
“Assalamualaikum...Fik ooh Fik..u ada kat rumah tak...?”
Terdengar bunyi loceng dan orang member salam bertalu-talu.
....................
Fira yang terdengar bunyi orang memberi  salam dan loceng terus menolak Fikri. Dia segera bangkit dari katil. Tidak sempat Fikri hendak bertindak lebih ke atasnya. Tanpa sengaja, rupanya Fikri telah terjatuh dari katil.
“aduh...ish awak ni kenapa...?” tanya Fikri sambil mengaduh kesakitan
“Errr...awak.. sorry tak sengaja....” balas Fira sambil membetulkan bajunya
“saya dengar ada orang beri salam tadi,” tambah Fira lagi. Dia membantu Fikri bangun dan duduk di katil. Kemudian dia segera ke tepi tingkap untuk mengintai siapa yang datang.
“Siapa yang datang tu...? kacan daun betullah...” rungut Fikri
“Emm... buah hati awaklah...” balas Fira sinis
“Buah hati saya..??” tanya Fikri kembali sambil melangkah ke tingkap
“Ely.... apa dia buat kat sini..?” tanya Fikri lagi
“mana saya tahu....” balas Fira bersahaja
“Emmm... saya turun kejap..awak tunggu sini..jangan ke mana-mana...” beritahu Fikri
.........................
“hai Ely... u buat apa kat sini...? u tak kerja ke? Mana u tahu alamat rumah i ni..?” tanya FIkri sesudah pintu rumah dibuka.
“I ambil dari sistem.. i cuti hari ni... mestilah i datang sini nak jumpa u....” balas Ely sambil tersenyum menggoda
“u tak nak jemput i masuk ke...?” tambah Ely lagi
“Eh... tak apalah... kita borak dekat luar aja... lagipun tak manis kalau u masuk rumah i..sebab tak ada siapa-siapa...” balas Fikri cuba mengelak
“kalau macam tu kita keluar nak..? jom teman i pergi genting...” ajak Ely
“Err..tak apalah, i nak rehat dekat rumah aja...” ucap Fikri lagi cuba mengelak
“alah u ni...jomlah teman i.... please... kalau u tak mahu temankan i, i duduk sini sampai petang....” ugut Ely
“hah... errr... okeylah-okeylah.. u tunggu kejap, i pergi mandi dan bersiap...” balas Fikri yang akhirnya akur dengan kehendak Ely.
...............................................
“buah hati awak tu nak apa datang sini...?” tanya Fira, saat FIkri masuk ke bilik.
“ajak dating...” balas Fikri bersahaja
“Emmm....” hanya itu yang mampu Fira balas
Fikri segera mendapatkan FIra. Dia memegang kedua-dua belah pipi Fira.
“saya keluar kejap...nanti kita sambung lagi ya sayang....” ucap Fikri sambil tersenyum nakal. Kemudian dia mengucup dahi Fira.
Kemudian dia melangkah ke bilik air untuk mandi. Saat Fikri keluar dari blik mandi, Fira masih lagi termangu di tepi katil.
“awak jangan ke mana-mana okey... tunggu sampai saya balik...” pesan Fikri kepada Fira
Selesai bersiap, dia terus keluar meninggalkan Fira sendirian. Fira tidak tahu mahu berkata apa. Menyesal pula rasanya cuti pada hari tersebut. kalau dia tahu begitu jadinya, baik dia ke tempat kerja walau lambat bagaimanapun.
.....................................
Fira merasa bosan tinggal sendirian di rumah. Ingin menelefon atau meseg Fikri supaya pulang segera, dia risau jika Fikri akan marah. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengemas rumah.
Selesai mengemas rumah dan masak makan tengahari, Fira tidak tahu lagi untuk buat apa. Akhirnya Fira memberanikan diri unruk menelefon Fikri.
.........................
“Fik, kita makan kat kafe sini sajalah..ok?” cadang Ely
“em.. ok, i follow ja..” beritahu Fikri sambil tersenyum mesra
Dia terlupa sebentar akan isterinya yang ditinggalkan. Tiba-tiba telefon bimbit Fikri berbunyi. Tertera perkataan “MY SOULMATE” .
“ siapa yang call u tu..?” tanya Ely ingin tahu.
“Err... kawan i, sekejap ea u...” Fikri meminta diri sebentar untuk menjawab panggilan itu
“Hello.. hah awak, kenapa...?” tanya Fikri kasar
“Assalamualaikum....” ucap Fira lembut
“Ermm... waalaikummussalam...” balas Fikri
“hah... kenapa awak telefon ni....?” tanya Fikri lagi
“Errr... saya nak tanya awak kat mana...? awak balik makan tak tengahari ni...? saya dah masak...” beritahu Fira
‘Ya Allah... macam mana aku boleh lupa yang aku tinggalkan dia kat rumah sorang-sorang ni...?” Fikri bermonolog sendiri
“Awak...??” panggil Fira
“Emmm... awak maknlah dulu... saya ada kat genting ni... kenapa tak meseg saja...?” tanya Fikri
“Err... saya takut awak tak balas meseg saya nanti...” beritahu Fira
“apa-apa ajalah... awak makan ajalah dulu.. nanti kejap lagi saya baliklaj. Ely dah tunggu saya tu..nanti lama-lama sangat dia curiga pula.. lagi satu, jangan pergi ke mana-mana.. tunggu aja saya kat rumah...” pesan Fikri kepada Fira. Kemudian dia menamatkan panggilan dan kembali semula ke tempat dia duduk bersama Ely sebentar tadi.
“kenapa kawan u call...?” tanya Ely saat Fikri kembali semula
“nothing... Cuma nak ajak i lepak-lepak malam ni...” bohong Fikri
“owwh... kalau i joint boleh..?” tanya Ely mesra
“ u nak joint....?? err... i tak confirm lagi nak keluar ke tak...” beritahu Fikri cuba mengelak
‘‘lagipun, i penatlah.. ni pun dah hampir seharian keluar...ingat nak berehat saja malam ni...” tambah Fikri lagi
“kalau macam tu, i teman u kat rumah ok... kita balik kejap lagi...” bals Ely sambil memaut mesra lengan Fikri
Fikri dapat merasakan yang ely semakin lama, semakin galak menggodanya. Ely semakin berani bertindak lebih dari jangkaannya. Nasib baik dia bukan jenis lelaki buaya darat dan mudah terlentok pada godaan wanita sebegitu. Baginya cinta dan sayangnya hanya untuk Fira seorang . isterinya satu-satunya. Walaupun dia tidak pernah mengakuinya di hadapan Fira. Tetapi hakikatnya dia sudah mula jatuh cinta dengan wanita itu. Kesabaran dan keletah Fira mencuri hatinya untuk terus mengasihi wanita itu.
“hah...? tak apalah, kita lepak dekat sini aja... i teman u ok...” balas Fikri pula
“ ala u ni, apa salahnya... lagipun bukan ada siapa-siapa kat rumah u tu kan...?” pujuk Ely lagi
“sebab tak ada siapa-siapalah yang tak boleh tu... tak eloklah macam tu... kesian parents i... mereka pergi buat ibadat, anak dia pula duduk berduaan dengan perempuan yang tak ada kena mengena...” ucap Fikri memerli Ely
“ erm..yelah-yelah... kalau macam tu kita balik lewat sikit ya...?” balas Ely cuba menutup malu ditegur begitu.
............................
Tiba-tiba Fira merasa sebak ditinggalkan sendirian begitu. Dia menangis sepuasnya seorang diri. Dia menjerit sekuat hatinya di dalam rumah besar itu. Nasib baik rumah mereka jauh dengan rumah jiran-jiran yang lain. Hampir sejam menangis barulah fira merasa lega sehingga sembab matanya. Dia baru teringat yang dia belum menunaikan kewajipan kepada ILAHI. Lantas dia segera menuju ke bilik.
Fira mengadu nasibnya kepada Allah yang Maha Esa. Dia berdoa agar diberi kekuatan dan kesabaran dalam melayani karenah suaminya. Dia memohon agar dia sentiasa tabah dalam  menjalani kehidupan berumahtangga bersama Fikri.
Setelah bermunajat kepada Yang Maha Esa. Barulah Fira merasa tenang. Untuk mengisi harinya dari terbuang begitu sahaja dan bercadang untuk membuat cupcake dan fruit cheese tart. Dua benda ini adalah kegemaran di masa lapangnya semasa bujang dahulu.
Setelah selesai, fira menelefon Sheqa.
“Hello..Assalamualaikum...” ucap Fira
“waalaikummussalam..hah kenapa ni..?” balas Sheqa
“tak ada apa-apa..weyh nanti lepas kerja, singgah rumah aku kejap ya...” beritahu Fira
“rumah kau...?” tanya Sheqa lugu
“Rumah En. Fikri lah, Rumah Datuk Faizal...” balas Fira pula
“oowh..hehee ada kenapa pula..? En. Fikri tak marah ke karang...?” tanya Sheqa lagi
“Aku nak bagi kau cupcake dengan cheese tart sikit..En. Fikri tak adalah, dia keluar... kalau ada dia, takkan aku nak suruh kau datang pula...’ beritahu Fira.
‘’Dia tak ada kat rumah?” tanya Sheqa lagi
“dahlah.... nanti aku cerita..jangan lupa singgah ye balik nanti..” pesan Fira lagi
“hah yela...” balas Sheqa tanda mengerti
................................
Petang itu, Sheqa singgah ke rumah Datuk Faizal selepas pulang dari kerja.
“rajin kau buat benda ni semua...” ucap Sheqa
“habis dah tak tahu nak buat apa.... aku buat ajalah benda yang aku suka...” balas Fira
“ingat juga kau kat aku ya...hehehe” tambah Sheqa lagi sambil tersengih
‘mestilah..sebab kau nak cuti esok, aku soh kau datang ambil... kalau tak, melepaslah kau....” gurau Fira
“yelah..terima kasih...” balas Sheqa
“laki kau pergi mana..? kenapa kau tak ikut dia sekali...?” tanya Sheqa tiba-tiba
“keluar dengan Ely... dari pagi tadi sampai sekarang tak balik-balik... hairan betul aku, macam mana lah perempuan tu boleh pula datang sini ajak Fik keluar...” jelas Fira
“patutlah dia tak kerja... pagi tadi dia datang kejap, tahu je En. Fikri cuti terus dia kata dia mc... ke sini rupanya dia..” beritahu Sheqa pula
Fira meluahkan serba sedikit masalahnya kepada Sheqa. Lega hatinya dapat meluahkan rasa yang terbuku di dalam hati.
“sabarlah Fira...dugaan berumahtangga... aku yakin satu hari nanti, kau akan peroleh kebahagiaan kau...’ nasihat Sheqa
“harap-harapnya... terima kasih sebab sudi dengar luahan hati aku...” balas Fira pula
“apa ada hal.. aku kan kawan kau...” balas Sheqa pula sambil tersenyum mesra.
“okeylah... aku nak balik... dah lewat ni..anyway, thanks for the desserts... ‘‘ tambah Sheqa sambil menunjukkan bungkusan yang diberikan Fira
Fira menghantar Sheqa pulang hingga ke muka pintu.
...........................
Sehingga jam 8 malam, Fikri masih lagi belum pulang. Fira menunggu Fikri di ruang tamu sehingga akhirnya dia terlelap.
Jam 10.00 malam, barulah Fikri pulang. Ketika pulang, Fikri lihat suasana rumah suram. Dia mencari-cari kelibat Fira. Ketika dia ingin melangkah menaiki tangga menuju ke tingkat atas, dia terdengar bunyi suara di ruang tamu. Lantas dia bergegas ke ditu. Dilihat Fira sedang tidur, manakala televisyen terpasang. Dia segera mematikan televisyen dan mendapatkan Fira. Dia tenung wajah mulus itu.
Mata Fira yang sembab membuatkan Fikri rasa bersalah. Dia mengusap lembut pipi isterinya itu. Tiba-tiba Fira tersadar dari tidurnya.
“awak dah balik...?” tanya Fira saat melihat Fikri
“sudah... kenapa tidur dekat sini..?” tanya Fikri lembut
“perlu ke awak tahu...? saya ingat awak dah tak jumpa jalan pulang bila dah bersama Ely...” ucap Fira sinis sambil memalingkan mukanya dari menghadap Fikri. Dalam dian, dia menangis sebenarnya.
Fikri terasa dengan kata-kata Fira itu, lantas dia  ingin meninggalkan Fira disitu. Tiba-tiba  Fira menarik tangan Fikri. Fikri menoleh kea rah Fira.
“kenapa....?” tanya Fikri
Fira bangun dari pembaringannya dan melepaskan pegangannya pada tangan Fikri.
“kenapa awak buat saya macam ni...?” kenapa awak selalu sahaja menduga saya dengan sikap dan layanan awak..? saya ni tak ada tempat langsung ke dalam hati awak...? bila awak perlukan saya , awak cari..  bila tak nak, awak biarkan aja macam tu...” luah Fira. Air matanya sudah  mula mengalir.
Fikri terpempam seketika. Kemudian dia melangkah pergi meninggalkan Fira sendirian di situ tanpa berkata apa.
Tanpa dipaksa, air mata Fira berjujuran sekali lagi diperlakukan begitu oleh Fikri.
........................
Ketika Fira melangkah masuk ke bilik, Fikri berada di dalam bilik air. Fira merasa penat dan lemah seluruh sendinya. Dia merebahkan dirinya di atas katil. Dia baring membelakangi tempat pembaringan Fikri. Bantal peluk diletakkan di tengah-tengah sebagai penghalang.
Fira masuh lagi menangis dalam senyap. Fikri juga sudah bersiap-siap untuk tidur. Dia duduk di katil. Dia memanggil Fira lembut.
“Fira.....?” panggil Fikri lembut
Fira tidak menjawab. Dia mengesat air  mata yang jatuh ke pipinya. Kemudian dia berpaling menghadap Fikri. Terlihatkan wajah Fikri, membuatkan dia mengalirkan air mata sekali lagi.
Fikri rasa bersalah melihat Fira begitu. Lantas dia mengalihkan bantal yang diletakkan di tengah-tengah itu. Kemudian dia baring di sebelah  Fira.
“ Shh... jangan menangis lagi..” pujuk Fikri sambil mengesat air mata Fira yang berjujuran di pipi. Fira masih lagi begitu. Fikri menarik Fira kedalam pelukannya. Dia mencium ubun-ubun Fira untuk menenangkan wanita itu.
‘’sudah ya sayang.... jangan menangis lagi.. saya ada kat sini dengan awak...’’ucap Fikri lembut memujuk Fira
Perlahan-lahan Fira membalas pelukan Fikri. Pelukan yang sangat kejap, seakan dia tidak mahu melepaskan lelaki itu pergi dari dalam hidupnya. Tiada kata yang lahir dari bibirnya saat itu. Hanya air mata yang mengalir. Malam itu Fira tidur dalam dakapan Fikri ditemani air mara.

Thursday 10 November 2011

~ CINTAKU UNTUKMU (BAB 42) ~



BAB 42
Fikri sampai di rumah jam 9.00 malam. Ketika itu Fira sedang menonton televisyen. Seraya mendengar bunyi kereta Fikri di halaman, Fira terus bergegas ke pintu utama untuk menyambut kepulangan Fikri.
“Assalamualaikum awak....” ucap Fira sebaik sahaja Fikri tiba si muka pintu. Dia tersenyum mesra kepada Fikri. Segera dihulur tangan kepada Fikri untuk bersalaman.
“Waalaikummussalam...” balas Fikri
Fira segera mengambil beg Fikri dan membawanya masuk ke dalam rumah.
“Awak nak makan...?” tanya Fira kepada Fikri
“Emm.... saya nak mandi dulu... awak pergilah siapkan makanan.. beg tu biar saya bawa naik atas...” arah Fikri kepada FIra
Fira hanya patuh pada arahan Fikri. Lantas dia segera ke dapur untuk menyiapkan makan malam untuk Fikri.
..............................
Fikri makan denganselera sekali. Suasana di meja makan sunyi tanpa suara mereka berdua.
“Err...awak...?” panggil Fira memulakan bicara
“Emmm... kenapa..?” tanya Fikri
“Awak sihat..?” Tanya Fira. Dia tidak tahu ingin bertanya apa
“awak tengok saya ok ke tak..?” balas Fikri selamba
Fira hanya tersengih sahaja mendengar jawapan Fikri. Tiba-tiba dia rasa gementar berada berdua sahaja dengan Fikri di rumah itu. Bermacam-macam benda bermain di fikirannya.
“awak ni dah kenapa...?” tanya Fikri menghentikan lamunan Fira
“ hah...? errr... tak ada apa-apa...” jawab Fira
“sudah...! cepar habiskan makan tu...” arah Fikri seraya meneruskan makannya
Selesai makan, fikri menemani Fira mencuci pinggan dan mengemas meja di dapur.
“cepat kemas meja ni.. dan sudahkan basuh pinggan tu...” arah Fikri
“kenapa? Awak nak tidur dah ke..? kalau awak nak berehat, pergiah naik atas dulu.. biar saya selesaikan semua ni..” balas Fira
“tak apa... saya temankan awak... dah cepat siapkan...” balas Fikri kembali
‘ish dia ni.. sinikal betul.. ingat nak tolong aku tadi..emm...’ Fira bermonolog sendiri. Dia meneruskan kerja-kerjanya. Fikri hanya memerhati sahaja tanpa membantu.
Setelah siap, mereka berdua naik ke bilik tidur. Fira mengemaskan beg pakaian Fikri. Sedang dia mengemaskan pakaian-pakaian kotor Fikri, Fikri menghulurkan sesuatu kepadanya.
“Nah...! untuk awak...” ucap Fikri sambil menghulurkan bungkusan kepada Fira
Fira mengambil bungkusan itu dari Fikri
“terima kasih... buat susah-susah awak aja...” ucap Fira sambil tersenyum mesra
Lantas dia membuka bungkusan itu.
“Ek...!!” Fira terkejut saat membuka bungkusan itu
“kenapa...?” tanya Fikri
“awak beli kat Johor ke..?” tanya Fira
“tak lah... saya beli kat shopping mall sini aja...buat apa nak beli jauh-jauh kat Johor... kat sini melambak kot...macam mana...? awak suka...?” ucap Fikri sambil tersenyum nakal
“Err... awak tak rasa cukup seksi ke baju tidur ni...?” balas Fira malu-malu sambil melihat baju tidur dari kain shifon yang jarang berwarna pink lembut itu.
“seksi-seksilah bagus.... baru seronok..hahaha” balas Fikri sambil ketawa
Wajah Fira sudah berubah rona. Fikri hanya tersenyum melihat Fira berkeadaan begitu.
“Err... bila awak nak saya pakai baju tidur ni...?” tanya Fira malu-malu sambil melipat semula baju tidur itu
“Bila-bila masa yang saya rasa, saya perlukan awak...” ucap Fikri sambil merebahkan dirinya untuk tidur
‘Apa maksud kata-kata dia...? siapa aku ni pada diri dia sebenarnya... apa aku ni tak ubah seperti perempuan simpanan ke..?’ tanya Fira di dalam hati
Fikri sudah pun lena dibuai mimpi. Dia tidur sambil memeluk bantal peluk yang selama ini menjadi penghalang anara dia dan Fira. Fira pula termangu sendirian sambil memikirkan kata-kata Fikri tadi.
................................
Fira tersadar saat jam loceng disisinya berbunyi. Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 pagi. Fikri masih lagi lena dibuai mimpi. Mungkin penatnya masih belum hilang. Kebetulan hari itu dia bercuti, jadi bolehlah dia berehat sepuasnya.
Usai mandi dan bersolat, Fira mengejutkan Fikri untuk menunaikan solat subuh.
“Awak....” panggil Fira sambil mengusap lembut tubuh Fikri
Hanya itu cara untuk mengejut Fikri dari tidur. Mengusap tubuhnya dengan lembut.
“Awak... bangun.... solat subuh...” kejut Fira lagi
Bagai terkena renjatan eletrik, Fikri terus bangun dari tidurnya.
“Ermm... dah pukul 6.30..pergilah solat...” beritahu Fira lembut
Fikri terus bangun menuju ke bilik air. Manakala Fira pula ke dapur untuk menyediakan sarapan.
...................................................
Ketika Fira kembali semula ke bilik untuk bersiap-siap, dilihatnya Fikri sudah terlena semula di atas katil.
Selepas selesai bersiap, Fira mengejutkan Fikri untuk memintanya menghantarkan ke pejabat.
“awak...” panggil Fira lembut
“Emmm....” jawab Fikri dengan mata yang masih tertutup
“Awak.... bangunlah... tolong hantarkan saya pergi office...” pinta Fira
“saya penatlah... awak pergilah sendiri...” balas Fikri
Fira tidak mampu berkata apa lagi, dilihat jam sudah 7.30 pagi. Dia harus cepat. Setelah meninggalkan pesan kepada Fikri dia segera beredar.
“Emmm... tak apalah macam tu.. saya pergi dulu..saya dah siapkan sarapan .. nanti makan ya...” pesan Fira
........................
Nasib Fira kurang baik hari itu, kerana tiada teksi yang lalu waktu itu. Hampir 20 minit dia menunggu tetapi hampa. Akhirnya dia ambil keputusan untuk pulang ke rumah dan meminta bantuan dari Fikri.
“awak...!!” panggil Fira sambil menggoncangkan tubuh Fikri
Fikri yang terkejut segera bangkit.
“awak ni tak pergi kerja lagi ke...?” tanya Fikri geram dengan tindakan Fira yang mengejutkannya.
“awak... tolonglah hantarkan saya pergi kerja... teksi tak ada.. tolonglah awak.. dah nak pukul 8.00 pagi dah ni... tolonglah...” rayu Fira
“apa saya dapat kalau saya tolong awak...?” duga Fikri
“er... nanti saya fikir... sekarangtolonglah hantarkan saya...” rayu Fira lagi sambil memegang lengan Fikri
“tak payah kerjalah... dah pukul 8 dah pun... baik awak temankan saya kat rumah ni... kesian saya tinggal sorang-sorang...” balas Fikri pula
“mana boleh macam tu...” balas Fira kembali
“kenapa pula...?” tanya Fikri
Fira terdiam. Dia tidak tahu ingin menjawab apa.
“kalau awak nak pergi kerja, pergilah sendiri..saya tak nak hantar...saya nak tidur..saya penat...” ucap Fikri sambil merebahkan dirinya semula di atas katil
Fira duduk di birai katil di sebelah Fikri. Dia masih lagi berusaha untuk memujuk Fikri agar menghantarnya ke tempat kerja. Tetapi Fikri tetap tidak mengendahkannya. Akhirnya Fira berputus asa. Dilihat jam sudah menginjak ke 8.15 pagi. Dia berkira-kira sama ada mahu cuti atau pergi juga ke tempat kerja.
Fikri segera berpusing ke arah Fira yang duduk membelakanginya di birai katil itu.
“dah pukul 8 lebih.. kalau awak nak masuk kerja pun dah lambat..cuti ajalah.....” ucap Fikri
“mana boleh...takkan nak E.L (Emergency Leave) kot...” balas Fira
“Apa salahnya... cuti awak tu kan saya yang luluskan.. saya bos awak kan.. awak kenalah dengar cakap saya...”balas Fikri pula
“emmm...” Fira masih lagi berkira-kira untuk cuti atau tidak.
“awak sayang kerja awak ke awak sayang suami awak..? suami awak penting  ke kerja awak lagi penting...?” duga Fikri
“errr....” Fira tidak tahu ingin jawab apa
“kalau awak tak sayang saya tak apalah..pergilah kerja tu... kalau awak nak buat saya kecil hati..awak pergilah....” ugut Fikri sambil memusingkan semula tubuhnya membelakangi Fira
Fira rasa serba salah. Masa sudah berlalu begitu sahaja.
Setelah puas berfikir. Akhirnya Fira mengambil keputusan untuk menuruti sahaja kemahuan Fikri. Kemahuan suami yang disayangi. Lantas Fira mengambil telefon di atas meja di sisi katil. Fira terus mendail nombor Sheqa.
“Hello... Assalamualaikum Sheqa...” ucap Fira memulakan bicara
“Waalaikummussalam... kau kat mana ni weyh...? apasal tak masuk-masuk office lagi...?” tanya Sheqa bertubi-tubi
“ish kau ni.. sabarlah...” balas Fira pula
“sebenarnya aku.......” sambung Fira
Fikri yang mendengar Fira bercakap di dalam telefon terus bangun dari pembaringan sam bil tersenyum nakal. Nampaknya , taktik dia Berjaya. Lantas dia memeluk pinggang Fira dari belakang dan mencium lembut bahu Fira.
“Sebenarnya apa kau ni...” tanya Sheqa tidak sabar
“janganlah.....” ucap Fira memarahi Fikri yang mengganggunya
“Janganlah apa ni..? kau ni kenapa sebenarnya...?” tanya Sheqa lagi
“Err... taka pa-apa.. sebenarnya aku nak bagi tahu yang aku E.L hari ni...” beritahu Fira akhirnya.
“Emm... patutlah tak sampai-sampai lagi dah 8 lebih... hahaha apasal..? suami kesayangan kau ikat kau kat rumah ea...? hehee” duga Sheqa
“ish..macam-macamlah kau ni.. dahlah tu aja yang aku nak bagitahu...” balas Fira kembali
Yelah...hahaha selamat melepaskan kerinduan masing-masing ya... hehehe “ balas Sheqa kembali sambil mematikan talian
“hah... kan senang macam tu....” Fikri tiba-tiba sahaja bersuara
Fira hanya senyap. Fikri sudah mula ingin menjelajah  leher jinjang milik fira. Tiba-tiba dia menegur kesan-kesan yang terdapat pada leher Fira itu.
“kenapa leher awak ni...? kena gigit nyamuk ke..?” tanya Fikri
“haah nyamuk..nyamuk jantan yang besar sangat...” perli Fira
“nyamuk jantan besar...?” fikri berfikir sejenak. Setelah dia mendapat tahu apa yang dimaksudkan Ira itu. Dia berhajat ingin mengenakan Fira.
“oowh..nyamuk jantan besar ya.... meh saya nak jadi drakula pula hari ni... hehehe” ucap Fikri sambil mencium leher Fira
“awak.....!! janganlah... nanti tinggal kesan... malulah orang nampak....” halang Fira
“okey.. kalau kat sini nanti orang perasan... meh saya buat kesan kat tempat lain...” ucap Fikri sambil menolak tubuh Fira rebah ke katil.
“Err... awak nak buat apa ni..?” tanya Fira tergagap-gagap
“Buat apa lagi.... buat babylah....” balas Fikri sambil tersenyum nakal
“hah....??”
“Errr..takkan siang-siang macam ni kot...?” ucap Fira malu-malu
“kenapa..? tak boleh ke buat baby siang-siang macam ni...?” tanya Fikri pula
“Err... tak adalah.........” Belum sempat Fira menyambung, Fikri sudah menghalang terlebih dahulu
“shhh..... tak baik tolak permintaan suami....” ucap Fikri sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir Fira. Kemudian dia mencium bibir mulur milik isterinya itu. Fira terkaku seketika. Fira memang kalah dan akan terdiam setiap kali Fikri menciumnya. Pasti dia akan hilang kata-kata jika Fikri buat begitu padanya. Fikri sudah mula ingin memainkan peranannya.
TIba-tiba.................




Thursday 3 November 2011

:: CINTAKU UNTUKMU ::


Tuesday 18 October 2011

Cintaku Untukmu 35


BAB 35
Sudah seminggu Fikri berada di Kuching, tiada satu meseg dan panggilan pun yang diterima Fira dari Fikri. Tetapi Fikri ada pula menghubungi ibunya, sedangkan Fira dibiarkan sepi tanpa berita. Apabila ditanya, Fira berbohong kepada Datin Maria. Ingin dihubungi Fikri, dia takut Fikri marah, jadi dia juga senyap sahaja.
Malam itu, tanpa diduga Fira telah menerima panggilan telefon dari Fikri. Gembira hatinya tetapi dia berpura-pura merajuk dengan Fikri. Sengaja ingin diduganya.
“Hello.. Assalamualaikum...” ucap Fikri apabila panggilannya dijawab
“waalaikummussalam....” jawab Fira kembali
“Awak sehat ke..? dah makan...?” tanya Fikri, rindu benar dia akan suara itu. Tetapi kerana ego , dia menyembunyikan perasaannya itu.
“entah.. baru nak ingat saya ke..? buat apa telefon ....” balas Fira yang konon-kononnya merajuk
“awak ni kenapa...? nak buat hal...?” tanya Fikri geram
“merajuk.....” jawab Fira pendek
“ tak nak cakap dengan saya kan...? nak sangat merajuk.... silakan...”
Pap..!! Fikri mematikan talian. Bukan niat dia ingin buat begitu kepada Fira tetapi egonya yang mendorong dia buat begitu.
‘erk.... dia matikan telefon.. sampai hati betul.. nak merajuk sikit pun tak boleh...’ gumam Fira di dalam hati.
Lantas Fira menelefon Fikri kembali, tetapi Fikri tidak menjawabnya. Setelah puas menelefon beberapa kali, akhirnya Fira mengalah. Dia mengambil keputusan untuk menghantar meseg kepada Fikri.
awak... saya minta maaf ya.. janganlah marah dengan saya..saya cuma nak merajuk sikit-sikit aja.. tapi kalau awak tak suka tak apalah.. saya mengalah demi awak... i miss u so much.. please reply my message.. =)”
Fira menghantar meseg kepada Fikri
Fikri tersenyum membaca meseg daripada Fira. Ingin sahaja dia membalas semula meseg itu dan menyatakan yang dia juga merindui Fira, tetapi egonya menghalang semua itu.. dia membiarkan sahaja meseg itu tidak berbalas.
Fira menanti balasan meseg dari Fikri sehingga tertidur.
.........................
Keesokkan harinya, Fira menghantar lagi meseg kepada Fikri dengan ucapan “selamat pagi...=)”, begitu juga pada waktu tengahari dan malam. Tapi satu meseg pun tidak dibalas Fikri. Tiga hari berturut-turut Fira menghantar meseg yang sama, barulah Fikri membalasnya. Riang hati Fira menerima meseg dari Fikri.
tak penat ke hari-hari meseg? Bukan saya balas pun..”
“tak... saya tahu awak mesti balas punya nanti..”
“kalau saya tak balas..? awak nak buat apa?”
“saya call lah awak..”
“kalau saya tak angkat..?”
“saya meseg lagi... sampai awak balas..”
“suka hati awaklah... saya tak ada awak mengular ya..? dah-dah, pergi buat kerja...”
“=p”
Fikri tersenyum menerima meseg terakhir Fira itu. Seronok juga bermeseg rupanya. Ucap Fikri di dalam hati.
Syafiq yang melihat Fikri tersenyum sendirian, lantas menegur.
“Aik bos.. senyum sorang-sorang ni kenapa..? meseg dengan siapa tu..?” tegur Syafiq
‘BOS’ itulah panggilan yang digunakan oleh Syafiq kepada Fikri.
“Hah... mana ada...” jawab Fikri
“ye lah tu.. dari tadi aku tengok kau dengan handset tak sudah-sudah..dah berkenan dengan mana-mana awek kat sini ke..?” duga Syafiq
“macam-macamlah kau ni..dahlah jom g lawat site...” balas Fikri mengubah topik
........................
“wah... yang kau tersenyum sirang-sorang ni kenapa...” tanya Sheqa tiba-tiba
“ hah...! tak ada apa-apa.. Fikri balas meseg aku akhirnya...” jawab Fira riang
“patutlah... macam orang bercinta pula dah aku tengok...hahaha” balas Sheqa
“bercinta...? doa-doakanlah ye..hahaha “ balas Fira pula.
.................
Boleh dikatakan setiap hari Fira menghantar meseg kepada Fikri. Kadangkala Fikri membalasnya, kadangkala dia hanya senyap sahaja. Walaupun Fikri tidak menelefonnya, sekurang-kurangnya dengan bermeseg dapat juga mengubati kerinduannya pada Fikri.
Masuk hari ni sudah 3 hari Fikri tidak membalas meseg Fira. Tidak ketahuan juga Fira dibuatnya. Tiba-tiba dia menerima panggilan dari Fikri.
“Awak....!” jawab Fira ceria
“Assalamualaikum...” Fikri memberi salam
“Err.. waalaikummussalam...” jawab Fira termalu sendiri
“pandai pun..kot ya pun excited sangat, janganlah lupa nak beri salam...” perli Fikri
“mana ada...” balas Fira pendek
“kenapa tak balas meseg-meseg saya...?” tanya Fira pula
“ malas... penat nak taip meseg “ jawab Fikri selamba.
“Emm...” itu sahaja yang keluar dari mulut Fira
‘’kenapa..? tak suka saya call ke..?” duga FIkri
“emm..tak lah.. kalau meseg kan lagi jimat..” jawab Fira
“suka hati sayalah... kredit saya...” balas Fikri selamba
“ye lah....” jawab Fira pendek
“jangan nak buat hal ya..” ucap Fikri apabila dia emrasakan intonasi suara Fira berubah
“okeylah... nak tidur..saja je call.. saya tahu awak rindu nak dengar suara saya kan... okey night...” ucap Fikri sambil mematikan telefon.
Tak sempat Fira membalasnya. Tetapi terubat juga rindunya ketika mendengar suara Fikri. Begitu juga dengan Fikri.
............................................
Hari ini genap sebulan Fikri bertugas di Kuching. Dia telah memaklumkan kepada Fira yang dia akan pulang pada hari itu. Fikri telah meminta Fira memasakkan untuknya. Buat kali pertama Fira akan masak untuk Fikri. Dia sangat teruja. Fira telah menanyakan ibu mertuanya berkenaan makanan kegemaran Fikri. Datin Maria telah membantu Fira. Senang hatinya melihat anak dan menantu kesayangannya bahagia. Walaupun dia tidak tahu jelas tentang situasi mereka berdua.