Blogger Layouts

Tuesday, 27 December 2011

♥ JATUH CINTA!! 1 ♥


JATUH CINTA!!

Prolog
Raja Shameera binti Raja Zufri. Anak perempuan tunggal kepada Allahyarham Raja Zufri dan Wan Nafisa. Seorang gadis berusia 20 tahun yang lasak tetapi manja. Mempunyai dua orang abang iaitu Raja Salman dan Raja Syazwan. Kedua orang tua mereka telah meninggal dunia 5 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Ketika itu, Raja Salman berusia 23 tahun, manakala Raja Syazwan 20 tahun dan Raja Shameera pula  saat itu baru sahaja berusia 15 tahun. Sebagai abang sulong, Raja Salmanlah yang bertanggungjawab menjaga kedua orang adiknya itu. Dia telah menggalas tugas sebagai abang yang paling tua serta ibu dan ayah kepada Raja Syazwan dan Raja Shameera. Di samping itu, kehadiran teman baik orang tua mereka iaitu Tengku Iskandar dan isterinya, Che Wan Husna , serba sedikit membantu meringankan beban Raja Salman. Mereka berdua telah menganggap Raja Salman dan adik-adiknya seperti anak mereka sendiri. Memandangkan mereka sendiri hanya mempunyai seorang sahaja anak iaitu Tengku Shahmie yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Tengku Shahmie merupakan pewaris tunggal Tengku Iskandar. Dia merupakan rakan sebaya Raja Syazwan.Selepas tamat peperiksaan SPM, Raja Shameera telah dihantar oleh kedua orang abangnya ke rumah nenek mereka di kampung. Mereka berharap Raja Shameera akan berubah menjadi seorang gadis yang lebih lemah lembut dan akan menjadi perempuan sejati sepanjang tinggal di sana. Kini dua tahun sudah masa berlalu, sudah tiba masanya Raja Salman dan Raja Syazwan membawa Raja Shameera kembali ke rumah mereka.

BAB 1
“Eeraaa....!!” panggil nek piah mencari kelibat Raja Shameera. Ke mana pergi agaknya cucu yang seorang ini.
“orang kat sini nek....!” jerit Raja Shameera dari atas pokok rambutan. Dia sedang bertenggek di dahan pokok sambil menikmati buah rambutan.
“Ya Allah... bertuah punya budak...! apa kamu buat kat atas tu...??? turun sekarang...!! apalah nak jadi dengan anak dara sorang ni....” arah nek piah sambil meleteri cucunya itu. Raja Shameera hanya tersengih sahaja.
“turun sekarag...!!! Abang Man dengan Abang Wan dah sampai tu...” arah Nek Piah sekali lagi. Akhirnya Raja Shameera turun ke bawah. Dia sudah pun diberitahu dari semalam yang kedua abangnya akan datang menjemputnya hari ini.
“Kamu ni Eeraa..... apa nak jadi... kamu tu kan perempuan... cubalah elok-elok sikit...” tegur Nek Piah kepada cucunya yang seorang itu.
“ish nenek ni... kan orang dah kata, jangan panggil Eera.... panggil Sham.... Eera tu perempuan sangatlah nek...” balas Raja Shameera sambil tersengih
“Banyaklah kamu... habis kamu tu bukan perempuan ke...?? sudah! Pergi masuk dalam.. abang-abang kamu dah lama tunggu tu...” arah Nek Piah kepada Raja Shameera.
Raja Shameera masuk ke dalam rumah sambil membawa setangkai buah rambutan yang sempat dipetiknya tadi.
“ Yoo... !! abang-abangku yang tersayang...” tegur Raja Shameera sambil mendapatkan kedua-dua abangnya itu untuk bersalaman. Dia meletakkan rambutan yang dipetiknya tadi di atas meja.
“Aiii... setangkai aja ke dik... ? mana cukup...” ucap Raja Salman
“Cukuplah tu, buat jamah-jamah....heheee” balas Raja Shameera sambil tersengih.
“Apa lagi yang kamu buat dekat situ Eera oiii..!! pergi bersiap cepat..!!” arah Nek Piah yang baru datang dari dapur dengan membawa minuman.
“Eera...???” ucap Raja Salman dan Raja Syazwan serentak. Mereka tertawa kecil.
“Sejak bila adik tukar nama ni long...? hahaha” tanya Raja Syazwan sambil ketawa kecil
“Sejak duduk dengan neneklah agaknya...hahahaa” balas Raja Salman pula sambil ketawa.
“Along dengan Angah diam ea...!! Nenek ni, kan orang kata jangan panggil Eera.. panggil Sham..ishhh!..” bentak Raja Shameera comel.
“Biarlah nenek nak panggil Eera... baru perempuan sikit....” balas Nek Piah. Dia tahu cucunya yang sorang itu memang tidak gemar dengan nama panggilan tersebut. Dari kecil semua orang memanggilnya dengan panggilan “Sham” dan adik. Perangainya yang lasak kerana terikut-ikut dengan perangai kedua orang abangnya  itu. Maklumlah, dia seorang sahaja perempuan. Oleh kerana itulah,Raja Salman dan Raja Syazwan nekad untuk menghantar Raja Shameera tinggal dengan nenek mereka di kampung. Dengan harapan, adik mereka akan berubah menjadi gadis yang lebih lemah lembut.
“Haahlah dik... sedap apa nama tu... macam nama artis..hahaha” Tambah Raja Salman lagi
Raja Shameera sudah memeluk tubuh tanda protes. Mereka semua tersenyum melihat gelagat Raja Shameera.
“sudah-sudah..!! pergi bersiap.. nanti lambat pula bertolaknya...” arah Nek Piah kepada Raja Shameera.
Raja Shameera bangun dari kerusi dan melangkah masuk ke biliknya untuk bersiap-siap.
“Man.. Wan... Nanti jaga adik kamu tu elok-elok ya.. tengok dengan siapa dia berkawan.... dia tu sorang saja adik perempuan kamu... dekat sini pun dia bukan ada kawan sangat.. nenek nak minta maaf sebab tak dapat nak ubah dia jadi macam budak perempuan lain... tapi kamu berdua jangan risau, nenek dah terapkan ilmu memasak pada dia... kamu cari-carikanlah boyfriend ke calon suami ke untuk dia, mana tahu boleh berubah..hehehe” sempat lagi Nek Piah berseloroh dalam menitip pesan kepada cucu-cucunya itu.
“tak apalah nek.. kami pun nak ucap terima kasih pada nenek sebab sudi jaga Sham....Insya Allah kami ingat pesan nenek tu...” Balas Raja Salman sambil tersenyum
“Nanti Wan carikan boyfriend untuk Sham ya nek...hehehee” gurau Raja Syazwan pula.
“Hah... !! ngumpat oranglah tu...” sergah Raja Shameera yang baru keluar dari biliknya. Di tangannya terdapat teddy bear besar dan sebelah lagi beg pakaiannya.
“hah... tengoklah tu nek... nampak aja brutal, kasar... tapi hati jambu... orang brutal mana main teddy bear la dik....” perli Raja Syazwan saat terpandangkan Raja Shameera. Dia tersenyum mengejek kepada adiknya.
“Angah tu dengki lah tu....!! Biarlah orang nak main ke nak peluk teddy bear ni.. Ni  kan pemberian arwah mama...” ucap Raja Shameera sayu. Hampir saja air matanya menitis. Tapi dia kuatkan hatinya. Mereka yang berada di situ memandang sayu ke wajah Raja Shameera.
“sudahlah tu... jom kita gerak..angah, adik...” ajak Raja Salman cuba mengubah topik dan menjernihkan keadaan.
...................................
“Man... Wan... memandu baik-baik ya cu... kalau penat rehat... dah sampai nanti telefon nenek ya...” pesan Nek Piah
“Nek... Sham balik dulu ya.. terima kasih tau sebab nenek dah jaga Sham... halalkan makan minum Sham ye nek sepanjang Sham duduk dengan nenek ... Sham minta maaf kalau banyak susahkan nenek... Sham sayang............. nenek...!!” ucap Raja Shameera. Dia mencium tangan Nek Piah dan memeluknya. Nek Piah  hanya mengangguk sahaja. Raja Shameera berasa sedih untuk meninggalkan neneknya. Begitu juga dengan Nek Piah.
“Nek... Kami balik dulu ya.. nanti ada masa lapang kami datang jenguk nenek kat sini... dah sampai karang kami telefon nenek okeh..??” ucap Raja Salman pula sambil menyalami nek Piah . Diikuti dengan Raja Syazwan.
Seketika kemudian, kereta mereka bergerak meninggalkan perkarangan rumah Nek Piah.
############
Hampir 3 jam perjalanan barulah mereka sampai di rumah.
“Adik...bangun!! dah sampai dah ni rumah kita....” Raja Salman mengejutkan Raja shameera yang sudah terlena di dalam kereta. Raja Syazwan pula sudah masuk ke dalam rumah dengan membawa beg pakaian Raja Shameera.
Raja Shameera menggeliat perlahan sebelum keluar dari kereta. Di muka pintu, Mak Awe, pembantu rumah mereka sudah sedia menanti.
“Mak Awe....!!! Miss u..!! “ laung Raja Shameera saat ternampak Mak Awe. Lantas dia mencium tangan dan memeluk Mak Awe.
“Mak Awe pun rindu dekat Sham... Dah makin cantik anak Mak Awe yang sorang ni....” puji Mak Awe sambil tersenyum. Dia membelai rambut Raja Shameera yang pendek itu.
“Tapi kenapa rambut ni pendek sangat...? dah macam lelaki dah Mak Awe tengok...” tambah Mak Awe lagi
“Pendeklah baru macho...hehehee” seloroh Raja Shameera sambil tersengih, membariskan giginya yang cantik dan lesung pipit di pipi.
“Banyaklah adik punya macho.. itu kira dah panjang sikit Mak Awe, sebelum ni lagilah...” balas Raja Salman pula.
“Betul kata nenek agaknya Along, adik ni nak kena ada boyfriend atau calon suami kot baru jadi perempuan sejati agaknya...” celah Raja Syazwan yang baru turun selepas menghantar beg Raja Shameera ke bilik.
“Apa along dengan angah ni... orang kecil lagilah..tak mainlah semua tu....” balas Raja Shameera tak puas hati.
“Kecil ke...? hahahaaa” balas Raja Salman pula sambil ketawa.
“Yelah...Along tu dengan Kak Fara bila nak kahwin.. Along tu dah tua tau..!!! Angah tu, sendiri pun tak ada calon, sibuk nak carikan orang pula...huh...!!” tambah Raja Shameera lagi.
“Along tak apa..lelaki...hahaaa  lagipun Kak Fara dah memang perempuan sejati... tapi betullah angah kan..kita carikanlah sorang calon, mungkin adik akan berubah kot nanti...hahahahaa” mereka gelak sakan mengenakan Raja Shameera.
“set la Along...hahaha Angah tunggu adik kahwin dulu baru angah kahwin...hahahaa” tambah Raja Syazwan lagi.
“Mak Awe...!! tengoklah Along dengan Angah ni....suka tau buli orang..benci lah macam ni....!!” adu Raja Shameera sambil menumbuk-numbuk perlahan lengan kedua-dua orang abangnya.
“jangan kasar-kasar sangat dik, nanti takde lelaki yang nak....hahahaa” perli Raja Syazwan lagi.
Raja Shameera hanya menjeling sahaja kedua-dua bangnya itu.
“sudahlah tu...mari makan... Mak Awe dah masakkan makanan kegemaran Sham ni..” ajak Mak Awe.
“Ye ke...? Wah bestnya..Sham pun rindu nak makan masakan Mak Awe...” ucap Raja Shameera sedikit teruja. Terlupa sebentar dengan usikan abang-abangnya tadi. Kemudian mereka melangkah menuju ke ruang makan bersama-sama. Begitu juga dengan Raja Salman dan Raja Syazwan.

                                                                                                                                                by : achiem~

5 comments:

Anonymous said...

satu permulaan yg baik..next pliss!!!

Anonymous said...

like2..

aliesha kirana said...

teruskan usaha anda! caiyok3! hehe

achiem~ said...

hahaha thanx kak kiran..hehehe (T_T)

Idha Chunhyang said...

best... :)

satu permulaan yg baik :D