Blogger Layouts

Tuesday 18 October 2011

Cintaku Untukmu 34


BAB 34
Hari ke hari hubungan Fira dan Fikri bertambah baik. Walaupun kadangkala sikap Fikri kasar kepada Fira. Fira sedaya upaya ingin menjadi isteri yang baik kepada Fikri. Dia tidak mahu Fikri marah kepadanya seperti yang terjadi sebelum ini.
“Fira... Kak Yart ni.. Datuk nak jumpa Fira dengan En. Fikri sekarang...” beritahu Haryati, setiausaha Datuk Faizal  kepada Fira melalui intercom.
“ok kak.. terima kasih..” ucap Fira
Fira melangkah ke bilik Fikri.
Tok..tok...tok..
Fira masuk setelah diarahkan oleh Fikri.
“yups... kenapa..?” tanya Fikri
“Papa nak jumpa awak dengan saya...” beritahu Fira kepada Fikri
“ada apa papa nak jumpa...?” tanya Fikri ingin tahu
“tak tahu...” jawab Fira pendek
Kemudian mereka beriringan menuju ke bilik Datuk Faizal
Tok..tok..tok..
Mereka melangkah masuk setelah diarahkan.
“kunci pintu sekali..” arah Datuk Faizal
“papa ada benda nak beritahu ni....” ucapa Datuk Faizal memulakan bicara
Fira dan Fikri hanya mendengar dengan teliti
“Sebenarnya papa nak beritahu, yang Fik kena bertugas di luar selama sebulan... papa nak minta Fik pantau projek kita kat Kuching...” beritahu Datuk Faizal
“ Fik akan pergi seorang ke...?” tanya Fikri
“tak..kamu akan pergi dengan Syafiq...” beritahu Datuk Faizal lagi.
“ tapi perlu ke Fik pergi sekali pa...? lagipun ni bukan tugas Fik....” tanya Fikri
“sepatutnya papa..tapi oleh sebab Fik yang akan ambil alih syarikat ni, papa minta Fik pergi.. boleh kan..? atau sebenarnya Fik berat hati nak tinggalkan Fira...?” duga Datuk Faizal
“baiklah Fik setuju... tapi apa kena mengena dengan Fira dalam hal ni...?” tanya Fikri lagi
Fira pula sedari tadi hanya mendiamkan diri
“Fira kan isteri kamu.. Fik nak tinggalkan dia kat sini ke selama sebulan...?” tanya Datuk Faizal
“ Fira... kalau kamu nak ikut Fikri sekali, pergilah.. boleh honeymoon sekali...” ucap Datuk Faizal sambil tersenyum
“Er... kalau Fik bagi, Fira tak ada hal...” jawab Fira tergagap-gagap
“ Tak payahlah... kalau Fira pergi, nanti apa kata staf lain..? lagipun Syafiq ada sekali.. nanti dia curiga pula.. lagipun perkahwinan kami kan masih lagi rahsia...” balas Fikri
“Biar sajalah dia dekat sini.. nanti kalau ada orang cari senang...” tambah Fikri lagi
“ emm.. kamu ok ke Fira...?” tanya Datuk Faizal
“ermm... ok je pa... betul juga kata Fik tu...” balas Fira, walaupun dalam hatinya sedih.
“ Bila Fik kena bertolak pa...?” tanya Fikri
“Sabtu ni...” jawab Datuk Faizal
Maknanya ada lebih kurang 2 hari saja lagi sebelum Fikri bertolak ke Kuching.
................................................
Sehari sebelum bertolak ke Kuching
“nanti awak tak ada, mesti saya rindu...” ucap Fira perlahan sambil mengemaskan pakaian Fikri untuk ke sana
“apa...??” tanya Fikri seolah-olah tidak mendengar ungkapan Fira itu.
“emmm...?? tak ada apa-apalah...” jawab Fira terkejut
‘‘baik cakap...!” desak Fikri
“tak.... err... saya cakap, nanti awak tak ada macam mana saya nak pergi kerja...?” balas Fira
“tumpanglah papa... naik teksi ke... tak pun bawa aja kereta saya tu...” balas Fikri kembali
“ saya mana ada lessen....” beritahu Fira
“ tak ada lessen pergilah ambil lessen...” balas Fikri bersahaja
“ ermm... awak... nanti dekat sana, jangan lupa telefon saya ya.... tak pun meseg ke...” balas Fira sambil tersenyum mesra kepada Fikri
“tengoklah kalau saya rajin....” balas Fikri selamba sambil melangkah keluar dari bilik itu
Fira meneruskan tugasnya mengemas pakaian Fikri

1 comments:

Yong said...

tgk2x bini pya la baik. huhuhu apa la teruk sangat hati batu mamat tu ye. nak kena clorox nih.