Blogger Layouts

Tuesday 27 September 2011

Cintaku Untukmu 32

BAB 32
Selepas 3 hari bercuti, Fira pun kembali bekerja semula.
“hay.. dah sihat kau?” tanya Sheqa sebaik sahaja nampak kelibat Fira
“Alhamdulilah....” balas Fira pendek sambil tersenyum kepada Sheqa
“weyh..kau datang dengan bos kesayangan kau ke tadi...?” tanya Sheqa ingin tahu
“ish..sibok betullah kau ni... mana ada, terserempak sajalah tadi...” balas Fira
“asyik terserempak aja tak sudah-sudah...” perli Sheqa
“betullah... ni aku nak bagitahu kau.. aku dah tak payah datang awal macam dulu.. aku boleh buat kerja dengan normal sekarang...hehehe”  beritahu Fira kepada sheqa dengan riang
“Kiranya, kau dah berbaik dengan bos kau lah ni ya..? patutlah kau mc hari tu, dia yang tahu dulu.. selalu kan aku yang tahu dulu...” balas Sheqa kembali
“kitaorang memang baiklah...” ucap Fira
“baiklah konon... macamlah aku tak tahu, kau dengan en. Fikri tu tak sehaluan.. sekarang ni aja kot baru ok... entah-entah korang ada apa-apa tak....?” perli Sheqa sambil mengerdip-ngerdipkan matanya pada FIra
Belum sempat Fira menjawab, Ely telah menegur mereka.
“Eh... u all ni tak ada kerja ke...? bergosip tak sudah..” perli Ely sinis
Sheqa hanya mencebikkan bibir tanda meluat. Fira pula hanya buat tak tahu.
“Bos u ada tak Fira...?! I nak jumpa dia...!” tanya Ely kasar
“Aik...sejak bila Cik Ely pandai nak bertanya dulu ni...? selalu main terjah aja...” perli Fira sinis
“Huh..”  Ely yang bengang dengan Fira terus melangkah masuk ke bilik Fikri.
Selepas Ely keluar, Fikri memanggil Fira masuk ke biliknya melalui intercom.
“Yer en, Fikri, ada apa-apa yang Encik nak...?” tanya Fira lembut sambil tersenyum kepada Fikri
“Er...”terpegun seketika Fikri melihat senyuman yang diberikan Fira.
“Err... tak...saya Cuma nak beritahu, sekejao lagi saya ada meeting kat luar.. tak tahu sampai pukul berapa.. nanti apa-apa hal saya beritahu awak...” jelas Fikri
“boleh saya tahu meeting dengan siapa? Dan En. Fikri akan pergi dengan siapa nanti ke sana..?” tanya Fira ingin tahu
“saya pergi seorang.. meeting tu dekat Hotel Parlimen.. dengan wakil  dari syarikat-syarikat yang supplier bahan untuk projek kita nanti...” jelas Fikri lagi
“Errmm..ok.. ada apa-apa lagi yang en.Fikri nak..?” tanya Fira minta kepastian sebelum keluar dari bilik itu
‘‘rasanya tak ada..itu saja..” balas FIkri
Fira melangkah keluar dari bilik itu.  Senang hatinya apabila mendapat tahu yang Fikri akan keluar seorang tanpa Ely.
...............................................................................
Waktu petang di pejabat,
“Bosanlah.... lambat pula nak pukul 5 ni...” jerit Sheqa tiba-tiba
“kau buat apa tu weyh...” tanya Sheqa kepada Fira
‘’ Aku tengah baca novel kat blog Penulisan2u ni.. sambil-sambil borak dengan user yang lain dekat chatbox ni....” jelas Fira. Matanya masih tekun menghadap skrin komputernya
“patutlah tersenyum sorang-sorang... kau ni tak ada kerja ke..?” tanya Sheqa kembali
“tak ada... semua dah siap... sebab tu aku layan novel  online ni...” balas Fira kembali
“Fira, jom lepak kat pantry... sembang-sembang sambil minum petang...” ajak Sheqa seraya bangun dari tempat duduknya.
Fira turut mengekori Sheqa menuju ke pantry.
Sedang mereka menikmati minum petang sambil berbual-bual kosong. Tiba-tiba Sheqa mengutarakan satu soalan yang tidak diduga.
“weyh Fira.. cuba kau bagitahu aku, apa hubungan kau dengan En. Fikri sebenarnya...?” pancing Sheqa
“hubungan bos dengan p.a lah...” jawab Fira selamba
“kau jangan tipu aku... korang bercinta ea...?” duga Sheqa
“mana ada... merepek aja kau ni...” jawab Fira cuba menutup rahsia
“alah..kalau bercinta pun, apa salahnya..lagipun aku dah banyak kali terserempak korang bersama...” ucap Sheqa pula
“ada ke...?” balas Sheqa kecut
“jangan kelepet lah.. aku ada bukti... kau nak tengok...?” gertak Sheqa
Tiba-tiba telefon bimbit Fira berbunyi. Tertera nama “MY HUBBY’ dan gambar Fikri di skrin telefon bimbitnya. Fira kelihatan teragak-agak. Dia membiarkan sahaja telefon itu berbunyi.
“hah... apasal kau tak angkat..? siap berhubby-hubby lagi.. ni kau kata tak ada apa-apa..”  perli Sheqa lagi
Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi dan tertera nama pemanggil yang sama. Lantas Sheqa menekan butang ‘ANSWER” dan ‘LOUDSPEAKER’ pada telefon itu.
“Hello awak...?” ucap Fikri setelah panggilannya di jawab.
“emm.. hello....” jawab Fira tergagap-gagap
“awak ni kenapa...? ok ke tak ? kenapa tadi saya call tak angkat...awak kat mana ..?” tanya FIkri bertubi-tubi
Sheqa hanya menjadi pendengar setia
“Er.. sorry awak... saya kat pantry.. tak perasan tadi.. kenapa awak...?” tanya Fira tergagap-gagap
“saya nak bagitahu yang saya mungkin tak balik office.. meetinga saya tak habis lagi ni... nanti awak balik tumpang papa ye....” beritahu Fikri kepada Fira
“emm... ok...” jawab Fira pendek
“awak ni ok ke tak...?” tanya Fira tak puas hati
“Ermm..?? saya ok je.. ada apa-apa lagi ke..?” tanya Fira kembali
“Emm... lagi satu, nanti fail kat atas meja saya tu, tolong bawa balik... saya nak buat kerja sikit nanti balik rumah...” pesan Fikri
Selepas menamatkan perbualan, bertubi-tubi pertanyaan yang keluar dari mulut Sheqa.
“apa sebenarnya hubungan korang ni..? siap panggil Datuk Papa segala.. nak kata adik beradik ? aku rasa tak.. nak kata bercinta? Mungkin juga.. pasangan kekasih..? tak kanlah sampai duduk serumah.. Entah-entah korang ni....?” duga Sheqa sambil tersenyum sinis
“entah-entah apa...? macam-macamlah kau ni..” balas Fira
“kau orang ni dah kahwin senyap-senyao ke...?” duga Sheqa
Fira hanya membuat tidak faham sahaja dengan pertanyaan itu.
“baik kau ngaku... ke kau nak aku tanya sendiri kat En. Fikri...?” ugut Sheqa
‘’ish kau ni..yela-yela, aku beritahu... tapi janji tau... ini rahsia kita berdua...” beritahu Fira
“okey...im promise...hehehe...” balas Sheqa sambil tersengih kepada Fira
Fira menceritakan segalanya yangt erjadi kepada Sheqa. Bagaimana dia boleh berkahwin dengan Fikri dan bagaimana hubungannya dengan Fikri.
“lama juga ye... dah 3 bulan.. baik betul korang simpan rahsia ..hehehe” balas Sheqa
Sedang mereka berdua berbual-bual, tiba-tiba Ely muncul.
“u all berdua ni tak sudah-sudah bergosip kan.. tadi u all sebut-sebut nama Fikri  kenapa...?” tanya Ely ingin tahu
Mereka hanya buat tidak tahu sahaja dengan pertanyaan Ely itu.
“Mentang-mentang Fik tak ada, seronok u curi tulang ue Fira...” tambah Ely lagi
“yang u nak sibuk tu kenapa Cik Ely..? i susahkan u ke? Kalau u nak beritahu En. Fikri atau Datu pun i tak heranlah...” balas Sheqa berani
Sheqa hanya mengangguk tanda menyokong kata-kata temannya itu.
‘huh.. berlagak u sekarang ye FIra.. u ingat sekarang u dah pandai bergaya, u boleh dapat Fikri... Fikri tu i punya..jangan cuba-cuba nak dekati dia...” gertak Ely
“ada i kisah.. i ni p.a dia, dah confirm-confirm i lagi dekat dengan dia...” balas Fira cuba menyemarakkan kemarahan Ely
“betul tu Cik Ely.. cuba CIk Ely tengok, dorang berdua ni memang sepadan. FIra, FIkri... nama fun dah dekat-dekat..” tambah Sheqa pula sambil tersenyum mengejek
“Huh...tak guna betul korang ni...” balas Ely yang sudah mula nak mengamuk. Tangannya ingin dilayangkan ke muka Fira tetapi sempat di tahan oleh Fira.
“tangan u ni tak layak nak dilayangkan ke muka i yang suci bersih ni...” ucap Fira sinis sambil menepis tangan Ely
“dah..jom Sheqa kita bla... biar perempuan senget ni sorang-sorang..” ucap FIra sambil menarik tangan Sheqa beredar dari situ
Sheqa hanya mengikut sahaja Fira. Tinggallah Ely seorang diri di situ menahan rasa amarah dan bengang.

6 comments:

Yong said...

hehehe bgs, cengitu la fira. lawan je ely tu.

Anonymous said...

kelas nama baru bagi cik ely perempuan senget i liked :)

Unknown said...

Ada silap sikitlah dekat situ, masa ely dtg tegur fira dkt kedai coffee..tapi sheqa yang jawab.actually fira kan?

Unknown said...

Ada silap sikitlah dekat situ, masa ely dtg tegur fira dkt kedai coffee..tapi sheqa yang jawab.actually fira kan?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.