Blogger Layouts

Monday 26 September 2011

Cintaku Untukmu 31

BAB 31
Di dalam bilik,
“Mari sini kaki awak tu..saya urutkan.. biar cepat baik...” arah Fikri kepada Fira
Fira serba salah ingin menghulurkan kakinya . Lantas Fikri menarik kaki Fira dan segera menyapukan minyak. Perlahan-lahan dia mengurut kaki isterinya itu. Sesekali terdengar Fira mengaduh kesakitan.
“slow sikitlah awak.... sakit...” ucap Fira dengan suara yang seperti nak menangis.
“kalau slow-slow, macam mana nak baik... awak ni asyik nangis aja.. tak penah eah..?” bebel Fikri
Fira hanya mencebikkan mulutnya.
“Buatlah macam tu..saya cium baru awak tahu... “ gertak Fikri
Fira yang agak kalut mendengar gertakan Fikri terus menarik kakinya.
“ish awak ni.. duduk diam-diam boleh tak..?” ucap Fikri sambil menarik semula kaki Fira
Fikri meneruskan urutannya sehingga selesai. Selepas itu, dia menyuruh Fira berehat.
“dah.. awak rehatlah dulu.. doctor dah bagi awak mc 3 hari..esok saya beritahu Sheqa.. kalau  nak apa-apa beritahu saya, kalau saya tak ada, minta tolong ibu atau sesiapa yang ada kat rumah ni...” pesan Fikri kepada Fira sambil bangun dari katil itu.
“awak....” panggil Fira
“yups.... kenapa? Awak ada nak apa-apa ke..?” tanya Fikri lembut.
“terima kasih awak...” ucap Fira sambil memberikan senyuman manis kepada Fikri.
Fikri turut membalas senyuman itu.
....................................
Di ruang tamu,
“senang hati saya tengok budak berdua tu dah berbaik bang...” ucap datin Maria
“biasalah hidup berumah tangga ni..yang penting kena sabar, saling bertolak ansur...” balas Datuk Faizal
“saya risau kalau dia orang tak bahagia bang... maklumlah, kahwinpun sebab kita yang suruh...” tambah Datin Maria lagi
“kita doakan ajalah yang terbaik untuk mereka.. saya tengok dia orang ok aja... kita biarkanlah dia orang berdua sesuaikan diri masing-masing dulu...” balas Datuk Faizal
“agaknya harapan saya nak dapat cucu awal pon makin cerahlah jawabnya...” ucap Datin Maria penuh berharap
“yang itu, biarlah dulu... jangan kita paksa budak berdua tu.. ada rezeki adalah...” balas Fatuk Faizal pula.
“Kita tak usahlah masuk campur hal rumah tangga mereka.. sebagai ibu bapa , kita Cuma boleh nasihat mana yang patut aja.. jangan dipaksa sangat mereka ikut kehendak kita.. cukuplah kita dah suruh mereka ikut kehendak kita untuk berkahwin. Jangan ditambah pula dengan desakan lain lagi...” tambah Datuk Faizal lagi mengingatkan isterinya.
“ye lah bang.. saya harap apa yang kita buat ni betul...” balas Datin Maria kembali.

1 comments:

Yong said...

er pendek tak tau nak komen apa. hurm tu la,lenkali biar anak2 cari sendiri.kesian fira.